BAHAGIAN IX PELBAGAI. (c) membahagikan dirinya menjadi dua koperasi atau lebih,

dokumen-dokumen yang mirip
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BAHAGIAN I PERMULAAN

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

BAHAGIAN I PERMULAAN

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

Undang-Undang Malaysia

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 38/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Koperasi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

(b) apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan itu sebagaimana yang difikirkannya patut dilaporkan,

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Wang sesuatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

D.R. 27/2006 RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

D.R. 29/90 RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Yayasan Labuan 1 D.R. 26/2009 RANG UNDANG-UNDANG YAYASAN LABUAN 2009

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 1 D.R. 43/2010

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

Hakmilik Strata (Pindaan) 1 D.R. 33/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hakmilik Strata 1985.

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 1 D.R. 20/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

AKTA PILIHAN RAYA 1958

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Undang-Undang Malaysia

AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 1 D.R. 2/2015 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM 2015

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2012

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 1 D.R. 33/2010 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010

DR. 31/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2009

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara D.R. 6/2015

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN

550/1998], yang disebut Kod ibu dalam Kod ini, dipinda dalam subseksyen 2(1) -

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Perdagangan Strategik 1 D.R. 4/2010

GARIS PANDUAN AM UNTUK PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD DAN PERKARA-PERKARA BERKAITAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta A1489 AKTA SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN) 2015

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD (Nombor Pendaftaran :1912, Tarikh Pendaftaran 23 April 1953)

AKTA PERKONGSIAN LIABITI TERHAD 2012 PERATURAN-PERATURAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD 2012 SUSUNAN PERATURAN-PERATURAN BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PEKERJA-PEKERJA JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA BERHAD (pindaan: 23 Jun 2012)

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 671

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

Teknologis dan Juruteknik 1 D.R. 30/2014 RANG UNDANG-UNDANG TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2014

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI NEW STRAITS TIMES PRESS (MALAYSIA) BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN 1 PERMULAAN BAHAGIAN II

Transkripsi:

BAHAGIAN IX PELBAGAI 85. Pergabungan, pemindahan dan pembahagian sukarela Sesuatu koperasi boleh (a) bergabung dengan suatu koperasi yang lain atau koperasi-koperasi yang lain untuk membentuk satu koperasi tunggal; (b) memindahkan aset-aset dan liabiliti-liabilitinya kepada suatu koperasi yang lain; atau (c) membahagikan dirinya menjadi dua koperasi atau lebih, mengikut peraturan-peraturan. 85A. Mengemukakan maklumat dan statistik (1) Sesuatu koperasi, seseorang pegawai koperasi, seseorang anggota koperasi atau manamana orang yang dikehendaki oleh Suruhanjaya hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya apa-apa penyata, statistik, dokumen atau maklumat dalam apa-apa masa dan mengikut apa-apa cara atau bentuk sebagaimana yang boleh dikehendaki oleh Suruhanjaya melalui notis secara bertulis. (2) Suruhanjaya boleh menghendaki dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) untuk disahkan dengan sewajarnya oleh juruaudit. (3) Mana-mana penyata, statistik, dokumen atau maklumat yang dikemukakan kepada Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) hendaklah benar, tepat dan lengkap. (4) Jika maklumat yang diperoleh oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) berhubung dengan akaun atau hal-ehwal anggota koperasi, maklumat itu hendaklah dianggap sebagai rahsia antara Suruhanjaya dan anggota koperasi itu. (5) Sesuatu koperasi hendaklah menzahirkan maklumat kepada mana-mana biro kredit sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (6) Bagi maksud subseksyen (5), apa-apa maklumat yang diterima daripada sesuatu koperasi oleh biro kredit hendaklah dianggap rahsia antara koperasi dengan biro kredit itu. (7) Mana-mana koperasi, pegawai koperasi, anggota koperasi atau mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2), (3), (4), (5) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan boleh sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. 86. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1) Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan di bawah seksyen ini sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan atau memberikan kuat kuasa kepada prinsip dan peruntukan Akta ini. (2) Khususnya, tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh (a) (b) (c) (d) (e) menetapkan borang yang hendaklah digunakan dan syarat yang hendaklah dipatuhi dalam memohon pendaftaran sesuatu koperasi dan tatacara dalam hal permohonan itu; menetapkan perkara yang berkenaan dengannya sesuatu koperasi hendaklah atau boleh membuat undang-undang kecil dan bagi tatacara yang hendaklah diikuti dalam membuat, meminda dan membatalkan undang-undang kecilnya termasuk undangundang kecil yang tidak selaras dengan peruntukan Akta ini dan syarat-syarat yang hendaklah dipenuhi sebelum pembuatan, pindaan atau pembatalan itu; menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan pemilihan, pelantikan, tempoh jawatan dan kehilangan kelayakan anggota Lembaga sesuatu koperasi dan juruauditnya; menetapkan cara bagaimana sesuatu perniagaan, aktiviti atau hal-ehwal tertentu boleh dijalankan oleh sesuatu koperasi; menetapkan maksud yang baginya simpanan khas sesuatu koperasi boleh digunakan; (f) menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan penggabungan dan pembahagian mana-mana koperasi dan pemindahan aset dan liabiliti koperasi itu, termasuk (i) peletakhakan aset dan liabiliti (A) koperasi yang bergabung dalam koperasi gabungan itu; (B) sesuatu koperasi dalam koperasi baru yang diwujudkan menurut sesuatu pembahagian; atau (C) sesuatu koperasi dalam suatu koperasi lain menurut sesuatu pemindahan; dan (ii) pendaftaran koperasi gabungan, koperasi baru dan pembatalan pendaftaran, dalam hal suatu penggabungan, koperasi yang bergabung, dalam hal suatu pembahagian, koperasi yang sedia ada, dan dalam hal suatu pemindahan, koperasi yang membuat pemindahan; (g) menetapkan maksud yang baginya dana di dalam Akaun Rizab, selain yang berbangkit

daripada keuntungan modal, boleh digunakan; (h) (i) (j) (k) (l) (m) menetapkan cara bagaimana Kumpulan Wang Pusat Koperasi dan Akaun Pelikuidasian Koperasi hendaklah dipegang, ditadbir dan digunakan; tertakluk kepada peruntukan nyata Akta ini, menentukan dalam hal yang bagaimana sesuatu rayuan boleh dibuat terhadap perintah Suruhanjaya dan menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam mengemukakan dan menyelesaikan rayuan itu; menetapkan cara melantik seseorang penimbang tara dan tatacara yang hendaklah diikuti dalam prosiding di hadapan Suruhanjaya atau penimbang tara itu; menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh pelikuidasi yang dilantik di bawah seksyen 74 dan hal yang mengenainya rayuan boleh dibuat terhadap perintah pelikuidasi itu; menetapkan borang yang hendaklah digunakan, fi yang hendaklah dibayar, tatacara yang hendaklah dipatuhi dan semua perkara lain yang berkaitan dengan atau bersampingan dengan pengemukaan, pendengaran dan penyelesaian rayuan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan; mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan; (n) menetapkan cara bagaimana Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi, Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi dan apa-apa kumpulan wang lain hendaklah dipegang, ditadbirkan dan digunakan; (o) (p) (q) (r) (s) (t) (u) mengadakan peruntukan bagi pelaburan wang sesuatu koperasi dalam bon atau debentur mana-mana koperasi, sekuriti mana-mana syarikat atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang didaftarkan di Malaysia atau dalam subsidiarinya; mengadakan peruntukan bagi pelaburan oleh sesuatu koperasi dalam harta tak alih; mengadakan peruntukan bagi penerimaan deposit oleh sesuatu koperasi daripada orang yang bukan anggota koperasi itu; menetapkan tatacara berkenaan dengan pembayaran bagi syer atau yuran yang dikeluarkan oleh anggota daripada Kumpulan Wang Rizab Statutori; mengadakan peruntukan bagi penubuhan subsidiari koperasi dan semua perkara yang berhubungan dengannya; menetapkan tatacara bagi pengeluaran syer, pulangan atau faedah anggota yang meninggal dunia oleh wakil yang sah, penama, waris atau mana-mana orang, mengikut mana-mana yang berkenaan; menetapkan kontrak yang dibuat antara koperasi dengan anggota yang merupakan seorang kanak-kanak;

(v) menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu; (w) menetapkan perkara yang berhubungan dengan mesyuarat agung permulaan dan mesyuarat agung tahunan; (x) menetapkan tatacara berkenaan dengan pengeluaran dan pemindahan syer, pulangan atau kepentingan seseorang anggota apabila keanggotaan ditamatkan; dan (y) mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang disifatkan oleh Suruhanjaya suai manfaat atau perlu bagi maksud Akta ini. (3) Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen (1) dan (2), Suruhanjaya boleh, dengan persetujuan Menteri dan Menteri Kewangan, membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang perlu bagi maksud mengawal atau mengawal selia perniagaan, aktiviti atau hal-ehwal, dan untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan yang lebih baik, koperasi yang menjalankan perniagaan pengambilan deposit atau perniagaan insurans. (4) Apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh berhubung dengan kesemua, atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan koperasi dan peruntukan yang berlainan boleh dibuat bagi koperasi, kelas, kategori atau perihalan koperasi yang berlainan. (5) Warta. 86A. Mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Kuasa untuk membuat perintah Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa perintah di bawah seksyen ini sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan atau memberikan kuat kuasa kepada prinsip dan peruntukan Akta ini. 86B. Kuasa untuk mengeluarkan arahan, garis panduan, dll. (1) Suruhanjaya boleh mengeluarkan arahan, garis panduan, surat pekeliling atau notis berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini termasuk perkara yang dinyatakan dalam Jadual yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kuat kuasa sepenuhnya kepada atau untuk menjalankan mana-mana peruntukan Akta ini. (2) Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah, memotong, menambah kepada, menggantikan, atau selainnya meminda Jadual di bawah subsekyen (1) dan apabila penyiaran perintah itu, Jadual, sebagaimana yang diubah, dipotong, ditambah kepada, digantikan atau selainnya dipinda, hendaklah berkuatkuasa penuh dan hendaklah disifatkan sebagai suatu bahagian integral Akta ini sebagaimana dari tarikh penyiaran itu, atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(3) Mana-mana arahan, garis panduan, surat pekeliling atau notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh berhubung dengan kesemua, atau apa-apa kelas, kategori atau perihalan koperasi, dan peruntukan yang berlainan boleh dibuat untuk koperasi, kelas, kategori atau perihalan koperasi yang berlainan. 87. Pengecualian (1) Menteri boleh, apabila berpuas hati bahawa adalah wajar untuk berbuat demikian demi kepentingan perkembangan koperasi pada amnya atau sesuatu koperasi tertentu atau sesuatu kelas, kategori atau perihalan koperasi tertentu, melalui perintah am atau khas, tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan olehnya, mengecualikan mana-mana koperasi atau kelas, kategori atau perihalan koperasi, daripada mana-mana peruntukan Akta ini, atau mengarahkan bahawa peruntukan itu hendaklah terpakai bagi mana-mana koperasi atau kelas, kategori atau perihalan koperasi, berkuatkuasa dari apa-apa tarikh atau dengan apa-apa ubahsuaian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu. (2) Warta. 88. Apa-apa pengecualian yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Mendapatkan jumlah-jumlah wang yang kena dibayar kepada Kerajaan (1) Segala jumlah wang yang kena dibayar oleh sesuatu koperasi atau seseorang pegawai atau anggota atau bekas anggota sesuatu koperasi, sebagai yang demikian kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri boleh dapatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan. (2) Jumlah-jumlah wang yang kena dibayar oleh sesuatu koperasi kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri dan boleh didapatkan di bawah subseksyen (1) boleh didapatkan (a) pertamanya, daripada harta koperasi itu; (b) keduanya, dalam hal koperasi-koperasi yang liabiliti anggota-anggota adalah terhad, daripada anggota-anggota tertakluk kepada had liabiliti mereka; dan (c) ketiganya, dalam hal koperasi-koperasi lain, daripada anggota-anggotanya. 89. Seksyen 89 Akta ibu dipotong 90. Ketakpakaian undang-undang tertentu Peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa berhubungan dengan kesatuan sekerja, persatuan, pertubuhan dan syarikat tidaklah terpakai bagi koperasi-koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini.

91. Kesalahan-kesalahan am (1) Menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini jika (a) sesuatu koperasi, seseorang pegawai koperasi atau seseorang anggota koperasi melakukan apa-apa perbuatan yang menghendaki keizinan atau kelulusan Suruhanjaya atau mesyuarat agung tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan atau kelulusan itu; (b) sesuatu koperasi, seseorang pegawai koperasi atau seseorang anggota koperasi yang abai atau enggan melakukan sesuatu perbuatan atau perkara yang dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini, peraturan-peraturan atau perintah, untuk dibuat; dan (c) sesuatu koperasi atau mana-mana orang yang melakukan atau menyebabkan dilakukan apa-apa perbuatan atau perkara yang dilarang oleh, atau tidak mematuhi kehendak Akta ini, peraturan-peraturan atau perintah. (2) Mana-mana koperasi, pegawai koperasi, anggota koperasi, atau mana-mana orang, yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda satu ratus ribu ringgit dan boleh sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. 92. Bagaimana dan bila prosiding diambil Suruhanjaya atau pegawainya yang diberi kuasa olehnya boleh, dengan keizinan secara bertulis daripada Pendakwa Raya, di mana-mana mahkamah, mendakwa mana-mana kes berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini. 93. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan

1) Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan atau perintah yang dibuat di bawah Akta ini, dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Suruhanjaya dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu apa-apa jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum termasuk denda harian, jika ada, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, yang boleh dikenakan kepada orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu. (2) Apa-apa wang yang dibayar kepada Suruhanjaya menurut peruntukan subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada kumpulan wang operasi Suruhanjaya. (3) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa pelanjutan masa yang boleh diberikan oleh Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat. (4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat. 93A. Mahkamah boleh memerintahkan pematuhan Jika sesuatu koperasi atau mana-mana orang telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa denda atau tempoh pemenjaraan yang boleh dikenakan, memerintahkan koperasi atau orang itu untuk membetulkan pelanggaran Akta ini yang berkenaan dengannya koperasi atau orang itu telah disabitkan.