(a) melalui perwakilan yang dipilih oleh anggota-anggota individu pada mesyuarat agung wilayah atau kawasan mereka; atau

dokumen-dokumen yang mirip
Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

(b) apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan itu sebagaimana yang difikirkannya patut dilaporkan,

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PEKERJA-PEKERJA JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA BERHAD (pindaan: 23 Jun 2012)

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD

BAHAGIAN I PERMULAAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN 1 PERMULAAN BAHAGIAN II

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI NEW STRAITS TIMES PRESS (MALAYSIA) BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN 1 PERMULAAN BAHAGIAN II

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 1 D.R. 2/2015 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM 2015

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

RANG UNDANG-UNDANG AKADEMI SAINS MALAYSIA 1994

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI BEKAS PELAJAR ASRAMA TUN DOKTOR ISMAIL SELANGOR BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD (Nombor Pendaftaran :1912, Tarikh Pendaftaran 23 April 1953)

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI RAKYAT KELANTAN BERHAD

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 1 D.R. 43/2010

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Undang-Undang Malaysia

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

UNDANG- UNDANG KECIL

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD

BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Duti Timbal Balas dan Anti- Lambakan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI JIMAT CERMAT DAN PINJAMAN MERCANTILE BERHAD. mercantile

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN FELCRA MALAYSIA BERHAD

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KOPERASI WAWASAN PEKERJA-PEKERJA BERHAD

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 1 D.R. 33/2010 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

STATUT UNIVERSITI STATUT XXIII (SIRI BAHARU) STATUT UNIVERSITI MALAYA (BADAN-BADAN PELAJAR) 1979 BAHAGIAN I: PERMULAAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

D.R. 27/2006 RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2006

D.R. 2/2008 RANG UNDANG-UNDANG AHLI GEOLOGI 2008

UNDANG-UNDANG KECIL DAN ATURAN-ATURAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA SEBERANG PERAK BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

Transkripsi:

BAHAGIAN V ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI-KOPERASI BERDAFTAR 36. Mesyuarat agung. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan dan undangundang kecil, kuasa tertinggi bagi sesuatu koperasi berdaftar hendaklah terletakhak pada mesyuarat agung anggota-anggotanya, yang padanya tiap-tiap anggota, sama ada dia sendiri atau melalui perwakilan atau, dalam hal koperasi menengah atau koperasi atasan, melalui proksi, mempunyai hak untuk hadir dan mengundi. 37. Mesyuarat agung perwakilan. Tiap-tiap koperasi berdaftar yang kawasan operasinya meliputi satu Negeri, meliputi dua Negeri atau lebih atau meliputi seluruh Malaysia hendaklah membuat undangundang kecil yang memperuntukkan bahawa perwakilan di mesyuarat agungnya hendaklah- (a) melalui perwakilan yang dipilih oleh anggota-anggota individu pada mesyuarat agung wilayah atau kawasan mereka; atau (b) melalui perwakilan koperasi-koperasi anggota, mengikut mana-mana yang berkenaan. 38. Mesyuarat agung pertama. (1) Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah, dalam masa tiga bulan selepas menerima perakuan pendaftarannya, mengadakan mesyuarat agung yang pertama anggota atau perwakilannya. (2) Urusan dalam mesyuarat agung pertama itu hendaklah termasuk pemilihan pemegang-pemegang jawatan yang hendaklah berkhidmat sehingga mesyuarat agung tahunan yang pertama dan yang hendaklah layak dilantik semula. 39. Mesyuarat agung tahunan. Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah mengadakan mesyuarat agung tahunan anggota atau perwakilannya tidak lewat daripada enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan. 40. Mesyuarat agung khas. (1) Lembaga sesuatu koperasi berdaftar boleh, dan hendaklah apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus orang anggota atau perwakilan koperasi itu, mengikut mana-mana yang kurang, memanggil mesyuarat agung khas.

(2) Ketua Pendaftar atau mana-mana orang yang diberikuasa oleh Ketua Pendaftar boleh memanggil, pada bila-bila masa, suatu mesyuarat agung khas sesuatu koperasi berdaftar mengikut cara dan pada masa dan di tempat yang diarahkannya, dan boleh menentukan perkara-perkara yang hendaklah dibincangkan oleh mesyuarat itu; dan mesyuarat itu hendaklah mempunyai segala kuasa dan tertakluk kepada kaedah-kaedah yang sama seperti mesyuarat agung yang dipanggil mengikut Akta ini atau undang-undang kecil koperasi berdaftar itu. 41. Notis mesyuarat untuk Ketua Pendaftar. Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah memberi Ketua Pendaftar notis bertulis yang munasabah tentang segala mesyuarat agung yang dikehendaki supaya diadakan oleh koperasi itu dan hendaklah memberi Ketua Pendaftar maklumat berhubungan dengan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat-mesyuarat itu; dan Ketua Pendaftar atau mana-mana orang yang diberikuasa melalui perintah am atau khas secara bertulis oleh Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai hak untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sedemikian dan memberikan nasihat tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi Ketua Pendaftar atau orang yang diberikuasa itu tidaklah berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu. 42. Pegawai-pegawai koperasi berdaftar. Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah mempunyai- (a) suatu Lembaga, yang hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada lima belas orang anggota; dan (b) suatu Jawatankuasa Audit Dalaman, yang hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada enam orang anggota; yang dipilih dengan sewajarnya pada mesyuarat agung tahunan. 43. Kelayakan bagi dipilih menjadi anggota Lembaga atau Jawatankuasa Audit Dalaman. (1) Tiada seorang pun layak dilantik menjadi anggota Lembaga atau Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar jika- (a) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau (b) dia telah dipecat sebagai pekerja sesuatu koperasi berdaftar. (2) Tiada seorang pun layak dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar jika dia telah dilantik menjadi anggota Lembaga koperasi berdaftar itu dan tiada seorang pun layak dilantik menjadi anggota Lembaga sesuatu koperasi berdaftar jika dia telah dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Audit Dalaman koperasi berdaftar itu.

(3) Dari tahun ketiga pendaftaran sesuatu koperasi, tiada seorang pun boleh dilantik menjadi anggota Lembaga koperasi berdaftar itu melainkan jika dia telah menjadi anggota koperasi berdaftar itu selama tempoh minimum dua tahun. (4) Subseksyen (3) tidaklah terpakai bagi sesuatu koperasi berdaftar yang anggotanya berjumlah satu ratus orang atau kurang daripada itu dan bagi koperasi sekolah. 44. Tugas-tugas dan kuasa-kuasa Lembaga. Lembaga sesuatu koperasi berdaftar hendaklah mewakili koperasi itu di hadapan segala pihak berkuasa awam yang kompeten dan dalam segala urusan dan transaksi dengan orang-orang ketiga, hendaklah mempunyai kuasa untuk memulakan atau membela guaman yang dibawa atas nama koperasi berdaftar itu dan, pada umumnya, hendaklah mengarahkan, menguruskan dan mengawasi urusan, wang dan harta koperasi berdaftar itu, dan hendaklah menjalankan segala kuasa yang perlu untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan yang sepenuhnya dan sepatutnya akan hal-ehwal koperasi itu, kecuali kuasa-kuasa yang dikhususkan untuk mesyuarat agung anggota atau perwakilan. 45. Liabiliti anggota-anggota Lembaga. (1) Dalam penjalanan hal-ehwal sesuatu koperasi berdaftar, anggota-anggota Lembaga koperasi berdaftar itu hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli-ahli perniagaan yang biasa dan hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun sedemikian atau oleh sebab apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan, undang-undang kecil koperasi berdaftar itu atau arahan mesyuarat agungnya. (2) Walau apa pun subseksyen (1), tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa atau dimulakan terhadap diri mana-mana anggota Lembaga atau pegawai sesuatu koperasi berdaftar berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau kenyataan yang dibuat bona fide menurut atau semasa melaksanakan atau dengan tujuan untuk melaksanakan Akta ini, peraturan-peraturan atau undang-undang kecil koperasi berdaftar itu. (3) Jika Lembaga sesuatu koperasi berdaftar telah melantik seseorang sebagai pengurus untuk mentadbirkan dan menguruskan hal-ehwal koperasi berdaftar itu, perlantikan itu tidaklah mengecualikan anggota-anggota Lembaga daripada liabiliti dan tanggungjawab bagi arahan dan penjalanan yang sepatutnya akan hal-ehwal koperasi berdaftar itu. 46. Saraan untuk anggota-anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman. (1) Seseorang anggota Lembaga atau Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar boleh menerima elaun daripada koperasi berdaftar itu, tetapi amaun elaun itu tidak boleh melebihi jumlah wang yang ditetapkan oleh mesyuarat agung koperasi berdaftar itu sebelum atau pada masa tempoh jawatannya bermula.

(2) Tiada anggota Lembaga sesuatu koperasi berdaftar yang dilantik untuk mewakili koperasi berdaftar itu dalam lembaga pengarah mana-mana subsidiarinya boleh menerima atau mengambil apa-apa saraan daripada subsidiari itu tanpa kelulusan terdahulu mesyuarat agung koperasi berdaftar itu. (3) Dalam seksyen ini, "elaun" ertinya saraan yang dibayar kepada seseorang anggota Lembaga sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang anggota Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar sebagai balasan kerana khidmat-khidmatnya yang diberikan kepada koperasi itu secara tetap. 47. Penggantungan pegawai koperasi berdaftar. (1) Jika mana-mana prosiding dimulakan terhadap seseorang pegawai koperasi berdaftar berkenaan dengan sesuatu kesalahan boleh daftar atau sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, maka- (a) Lembaga koperasi berdaftar itu hendaklah menggantung pegawai itu daripada menjadi pegawai koperasi berdaftar itu; dan (b) jika pegawai itu ialah juga pegawai Lembaga mana-mana koperasi berdaftar yang lain, Lembaga koperasi berdaftar yang satu lagi itu hendaklah menggantung pegawai itu daripada menjadi pegawai koperasi berdaftar yang satu lagi itu, dari masa dia mula-mula dipertuduh di mahkamah hingga selesai dengan muktamadnya prosiding terhadapnya, termasuk apa-apa prosiding selanjutnya dalam bentuk rayuan, dan dia hendaklah dengan itu berhenti menggunakan apaapa hak atau melaksanakan apa-apa fungsi atau tugas berkenaan dengan jawatan itu dan dia tidak boleh menerima apa-apa saraan berkenaan dengan jawatan itu sepanjang tempoh penggantungan itu. (2) Jika seseorang pegawai yang telah digantung di bawah subseksyen (1) dibebaskan, selepas prosiding terhadapnya diputuskan dengan muktamad, dia hendaklah dibayar apa-apa saraan yang sepatutnya kena dibayar kepadanya dalam tempoh penggantungan itu jika tidak kerana peruntukan-peruntukan subseksyen (1). 48. Akibat sabitan. Jika pegawai sesuatu koperasi berdaftar disabitkan atas sesuatu kesalahan boleh daftar atau sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dan sabitan itu tidak diketepikan apabila selesai segala prosiding, termasuk apa-apa rayuan, pegawai itu hendaklah disifatkan te]ah mengosongkan jawatannya dari tarikh dia mula-mula dipertuduh atas kesalahan itu dan dia adalah terhalang daripada dilantik semula sebagai pegawai mana-mana koperasi berdaftar.

49. Kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi Jawatankuasa Audit Dalaman (1) Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar hendaklah memeriksa segala rekod perakaunan dan rekod lain yang berhubungan secara langsung atau tak langsung dengan koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiarisubsidiarinya, jika ada, bagi maksud menentukan sama ada hal-ehwal koperasi berdaftar itu dijalankan mengikut matlamat-matlamat koperasi berdaftar itu, peruntukan-peruntukan undang-undang kecilnya dan ketetapan-ketetapan yang dibuat dimesyuarat-mesyuarat agungnya, dan khususnya, hendaklah- (a) memastikan kuasa dan keesahan segala perbelanjaan; (b) memeriksa akaun-akaun koperasi berdaftar itu, atau melantik orang-orang yang kompeten untuk memeriksa akaun-akaun itu, pada lat-lat tempoh yang tetap yang, bagaimanapun, tidak boleh kurang daripada sekali dalam tiaptiap tempoh tiga bulan; dan (c) memberitahu Lembaga apa-apa ketakselarasan yang berlaku dalam pengurusan koperasi berdaftar itu. (2) Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar hendaklah mengemukakan, dalam mesyuarat agung tahunan, laporan tentang pengurusan dan hal-ehwal koperasi berdaftar itu, termasuklah apa-apa pelanggaran undangundang kecil koperasi itu. (3) Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar hendaklah, pada setiap masa, mempunyai akses kepada segala buku, akaun dan dokumen koperasi berdaftar itu, dan mana-mana orang yang dikehendaki oleh Jawatankuasa Audit Dalaman itu supaya mengemukakan apa-apa maklumat atau buku-buku, akaunakaun dan dokumen-dokumen sedemikian hendaklah mematuhi kehendak itu. (4) Segala kos dan perbelanjaan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar pada menjalankan tugas-tugas, fungsi-fungsi dan tanggungjawab-tanggungjawabnya hendaklah ditanggung oleh koperasi berdaftar itu.