RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

dokumen-dokumen yang mirip
D.R. 51/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perbadanan Produktiviti Negara (Pemerbadanan) 1966.

Pendidikan (Pindaan) 1 D.R. 29/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996.

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Pencen (Pindaan) 1 D.R. 32/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pencen Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) D.R. 33/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 33/96 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan)(No. 2) D.R. 23/2008 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 30 AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI Mengandungi segala pindaan hingga 1 Februari 2009

D.R. 10/99 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Penyemakan Undang-Undang DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

DR. 42/91 RANG UNDANG-UNDANG PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1991

Undang-Undang Malaysia

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PERATURAN TATATERTIB DAN PERUNDANGAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS Unit Perundangan Jabatan Canselori

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

Penjara (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 10/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penjara 1995.

AKTA PILIHAN RAYA 1958

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 35/95 RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 1995

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) D.R. 43/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 1 D.R. 9/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

D.R. 4/96. Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972.

Industri Pelancongan (Pindaan) 1 D.R. 44/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

D.R. 25/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pusat Jagaan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

Ahli Kimia (Pindaan) 1 D.R. 1/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Kimia 1975.

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

D.R. 17/99 RANG UNDANG-UNDANG BADAN BERKANUN (KUASA MEMINJAM) 1999

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Universiti Teknologi MARA 1C / 2010

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 1 D.R. 33/2010 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 1 D.R. 2/2015 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM 2015

BAHAGIAN I PERMULAAN

D.R. 27/92 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Institiut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975.

' "ditetapkan" ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;';

Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1 D.R. 23/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 37/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a [ ]

AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550)

SUSUNAN FASAL BAHAGIAN. 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 19/90 RANG UNDANG-UNDANG. b ernama. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais [ ]

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 27/2006 RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2006

D.R. 38/91. Naskhah Sahih Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

RANG UNDANG-UNDANG AKADEMI SAINS MALAYSIA 1994

D.R. 38/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Koperasi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 1 D.R. 43/2010

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

D.R. 7/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

AKTA SARAAN HAKIM 1971

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 62 AKTA AUDIT Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

STATUT UNIVERSITI STATUT XXIII (SIRI BAHARU) STATUT UNIVERSITI MALAYA (BADAN-BADAN PELAJAR) 1979 BAHAGIAN I: PERMULAAN

b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Duti Timbal Balas dan Anti- Lambakan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 8/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Paten DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Undang-Undang Malaysia

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

D.R. 4/90 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) [ ]

Transkripsi:

D.R. 2/2000 RANG UNDANG-UNDANG bernama.suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000. (2) Akta ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 26 Ogos 1999. Tafsiran tarikh permulaan kuat kuasa 2. Bagi maksud Akta ini, "tarikh permulaan kuat kuasa" ertinya tarikh yang dinyatakan dalam subseksyen 1(2). Pi~daan am 3. Akta Institut Teknologi MARA 1976 [Akta 173], yang disebut '.'Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda- (a) dengan menggantikan perkataan "INSTITUT" di manamana jua terdapat dengan perkataan "UNIVERSITI"; dan (b) dengan menggantikan perkataan "Institut" di mana-mana jua terdapat, kecuali yang terdapat selepas perkataan "Rektor" dan "Lembaga Pengarah" dalam seksyen 3, dengan perkataan "Universiti".

2 Rang Undang-Undang Pentafsiran sebutan mengenai Akta ibu 4. Jika, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa, sesuatu sebutan dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai "Akta Institut Teknologi MARA 1976", sebutan itu hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai "Akta Universiti Teknologi MARA 1976", Perubahan nama Institut 5. (1) Institut Teknologi MARA yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta ibu hendaklah, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa, dikenali sebagai "Universiti Teknologi MARA". (2) Segala sebutan mengenai Institut Teknologi MARA dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam apa-apa surat cara, surat ikatan, hakmilik, dokumen, bon, perjanjian atau perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa hendaklah, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Universiti Teknologi MARA. (3) Perubahan nama daripada "Institut Teknologi MARA" kepada "Universiti Teknologi MARA" tidaklah menyentuh apa-apa kuasa, hak, keistimewaan, tanggungan, kewajipan atau obligasi Institut Teknologi MARA, atau menjadikan cacat apa-apa prosiding undangundang oleh atau terhadapnya. (4) Prosiding undang-undang yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Institut Teknologi MARA sebelum tarikh permulaan kuat kuasa boleh diteruskan atau dimulakan selepas tarikh permulaan kuat kuasa atas nama Universiti Teknologi MARA. Tanggungan boleh dikuatkuasakan terhadap Universiti 6. Segala tanggungan yang sedia ada yang dilakukan oleh atau bagi pihak atau bagi maksud Institut Teknologi MARA boleh, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa, dikuatkuasakan terhadap Universiti Teknologi MARA. Peletakhakan tanah, harta dan aset pada Universiti 7. (1) Segala tanah, harta dan aset yang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa terletak hak pada atau dirizabkan bagi Institut

Institut Teknologi MARA (Pindaan) 3 Teknologi MARA atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa, terletak hak pada atau dirizabkan bagi Universiti Teknologi MARA atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan, atau pemindahan hakmilik. (2) Segala tanah, harta dan aset yang terletak hak pada atau dirizabkan bagi Universiti Teknologi MARA menurut kuasa subseksyen (l) hendaklah terletak hak sedemikian pada atau dirizabkan sedemikian bagi Universiti Teknologi MARA dengan. hakmilik atau kepentingan dan pemegangan yang serupa sebagaimana tanah, harta dan aset itu terletak hak atau dirizabkan sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa.. Kumpulan Wang Institut Teknologi MARA dan kumpulan wang rizab 8. (1) Segala wang yang terkandung dalam atau yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang Institut Teknologi MARA yang ditubuhkan di bawah seksyen 24 Akta ibu hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa, dipindahkan ke dalam <:ian disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Universiti Teknologi MARA. (2) Apa-apa harta lain kepunyaan Kumpulan Wang Institut Teknologi MARA sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa hendaklah menjadi, pada tarikh permulaan kuat kuasa, harta Kumpulan Wang Universiti Teknologi MARA. (3) Segala wang yang terkandung dalam kumpulan wang rizab dan mana-mana kumpulan wang lain Institut Teknologi MARA hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa, dipindahkan ke dalam dan disifatkan menjadi sebahagian daripada kumpulan wang rizab atau mana-mana kumpulan wang lain Universiti Teknologi MARA.,~:.Cawangan, kampus, Sekolah dan Pusat 9. Semua Cawangan, kampus, Sekolah dan Pusat Institut Teknologi MARA yang wujud sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa, disifatkan sebagai Cawangan, kampus, Sekolah dan Pusat Universiti Teknologi MARA.

4 Rang Undang- Undang Lernbaga Pengarah dan Senat 10. (1) Lembaga Pengarah dan Senat Institut Teknologi MARA hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa, disifatkan sebagai Lembaga Pengarah dan Senat Universiti Teknologi MARA. (2) Semua orang yang merupakan anggota Lembaga Pengarah dan anggota Senat Institut Teknologi MARA sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa, disifatkan sebagai anggota Lembaga Pengarah dan anggota Senat Universiti Teknologi MARA. Penerusan perkhidmatan kakitangan, ejen, dll. 11. (1) Semua kakitangan yang dilantik atau diambil kerja oleh Institut Teknologi MARA sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa, disifatkan telah dilantik atau diambil kerja oleh Universiti Teknologi MARA atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang terpakai bagi mereka sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa. (2) Jika perubahan dibuat pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa berkenaan dengan syarat perkhidmatan kakitangan Universiti Teknologi MARA yang disifatkan di bawah subseksyen (1) telah diambil kerja oleh Universiti, mereka hendaklah diberikan suatu pilihan sama ada terus tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang sedia ada atau tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang bam. (3) Semua ejen, penasihat teknik dan orang lain yang diambil kerja oleh Institut Teknologi MARA menurut seksyen 11 Akta ibu sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa, disifatkan telah diambil kerja oleh Universiti Teknologi MARA. Pelajar Institut 12. Semua pelajar Institut Teknologi MARA yang mengikuti kursus pengajian secara sepenuh masa atau sambilan di Institut Teknologi MARA sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa, disifatkan sebagai pelajar-pelajar

Institut Teknologi MARA (Pindaan) 5 Universiti Teknologi MARA yang mengikuti kursus pengajian yang sarna seperti yang diikuti oleh mereka sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa. Perubahan nama jawatan Rektor 13. (1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan "Rektor" di mana-mana jua terdapat, kecuali dalam seksyen 2 dan 3, dengan perkataan "Naib Canselor". (2) Segala sebutan mengenai Rektor Institut Teknologi MARA dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam apa-apa surat cara, surat ikatan, hakmilik, dokumen, bon, perjanjian atau perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA. (3) Perubahan nama jawatan itu tidaklah menyentuh apa-apa kuasa, hak, keistimewaan, tanggungan, kewajipan atau obligasi Rektor, atau menjadikan cacat apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadapnya. (4) Prosiding undang-undang yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Rektor sebelum tarikh permulaan kuat kuasa boleh diteruskan atau dimulakan atas nama Naib Canselor. (5) Segala tanggungan yang sedia ada yang dilakukan oleh atau bagi pihak atau bagi maksud Rektor boleh, pada tarikh permulaan kuat kuasa, dikuatkuasakan terhadap Naib Canselor. Seksyen baru la 14. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 1 seksyen yang berikut: "Penubuhan lao Universiti Teknologi MARA ditubuhkan menurut Universiti dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan adalah P k " menurut erse utuan.. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

6 Rang Undang-Undang Pindaan seksyen 2 15. Seksyen 2 Akta ibu dipinda- (a) dengan memasukkan selepas takrif "Bendahari" takrif yang berikut: '''Canselor'' ertinya Canselor Universiti dan termasuklah mana-mana orang lain, dengan nama apa jua disebut, yang dilantik sebagai Ketua Universiti, dan "Pro-Canselor" hendaklah ditafsirkan sewajarnya;' ; (b) dengan memasukkan selepas takrif "Menteri" takrif yang berikut:, "Naib Canselor" ertinya Naib Canselor Universiti yang dilantik di bawah seksyen 20 dan termasuklah mana-mana orang lain, dengan nama apa jua disebut, yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Universiti, dan "Timbalan Naib Canselor" hendaklah ditafsirkan sewajarnya;';. (c) dalam takrif "pelajar", dengan memasukkan selepas perkataan "mengikuti" perkataan "apa-apa jenis" dan dengan menggantikan. perkataan "secara sepenuh masa atau sambilan" dengan perkataan "dari atau oleh atau"; (d) dengan memasukkan selepas takrif "Pengerusi" takrif yang berikut:, "persatuan alumni" ertinya persatuan alumni, yang ditubuhkan di bawah seksyen 16B, bagi Institut Teknologi MARA dan Universiti;'; dan (e) dengan memotong takrif "Rektor". Pindaan seksyen 3 16. Seksyen 3 Akta ibu dipinda- (a) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan "an" yang terdapat selepas perkataan "established" deilgan perkataan "a";

Institut Teknologi MARA (Pindaan) 7 (b) dengan menggantikan perkataan "Rektor Institut yang dilantik di bawah seksyen 20 dan ahli-ahli" dengan perkataan "Canselor, Pro-Canselor, Naib Canselor dan anggota-anggota"; dan (c) dengan menggantikan perkataan "Institut Teknologi MARA yang ditubuhkan di bawah seksyen 13" dengan perkataan "dan Senat", Seksyen barn 3A 17. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 3 seksyen yang berikut: "Ketak- 3A. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 tidak pakaian terpakai bagi Universiti.", Akta 30. Pindaan seksyen 4 18. Subseksyen 4(1) Akta ibu dipinda- (a) dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan "atau di tempat lain"; dan (b) dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan "dalam" dengan perkataan "dari atau oleh atau di", Pindaan seksyen 7 19. Subseksyen 7(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan "atau di tempat lain". Pindaan seksyen 13 20. Subseksyen 13(3) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan "Lembaga" dan sebelum perkataan "hendaklah dibuat" perkataan ", kecuali Naib Canselor,". Pindaan seksyen 16A 21. Seksyen 16A Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut: "(5A) Dalam masa ketiadaan Naib Canselor, seorang Timbalan Naib Canselor hendaklah mempengerusikan apa-apa mesyuarat Senat.",

8 Rang Undang-Undang Seksyen baru 16B 22. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen l6a seksyen yang berikut: "Persatuan alumni. 16B. (1) Tertakluk kepada kelu1usan Lembaga, maka adalah sah bagi tidak kurang daripada tiga puluh orang siswazah Institut Teknologi MARA dan siswazah Universiti membentuk dan menubuhkan persatuan alumni.. masmg-masmg. (2) Setiap persatuan alumni hendak1ah dikelolakan dan ditadbirkan mengikut perlembagaannya, dan perlembagaan yang dibuat sedemikian atau apa-apa pindaan kepada perlembagaan itu tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika kelulusan bertulis Lembaga diperoleh terlebih dahulu. (3) Sebutan dalam subseksyen (1) mengenai "Institut Teknologi MARA" ialah sebutan mengenai Institut Teknologi MARA yang wujud sebaik sebelum tarikh mula berkuatkuasanya seksyen ini.". Pindaan Bahagian IV dan seksyen baru 19A dan 19B 23. Bahagian IV Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 20 seksyen yang berikut: "Canselor. 19A. (1) Maka hendaklah ada seorang Canselor yang hendaklah menjadi Ketua Universiti dan hendaklah apabila hadir mempengerusikan mana-mana Konvokesyen dan hendaklah mempunyai apa-apa kuasa lain dan melaksanakan apa-apa kewajipan lain yang diberikan atau dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini. (2) Canselor ialah Yang di-pertuan Agong. Pelantikan Pro Canselor. 19B. (1) Canselor boleh melantik, atas nasihat Menteri, mana-mana orang menjadi Pro-Canselor sebagaimana yang difikirkannya sesuai.

Institut Teknologi MARA (Pindaan) 9 (2) Jika kerana apa-apa sebab Canselor tidak dapat menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini, dia boleh memberi kuasa mana-mana Pro-Canselor untuk menjalankan fungsi itu bagi pihaknya. (3) Tiap-tiap Pro-Canselor hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang diperkenankan oleh Canselor.". Pindaan seksyen 20 24. Seksyen 20 Akta ibu dipinda- (a) dalam teks bahasa Inggeris dalam subseksyen (7), dengan menggantikan perkataan "Rectors" dengan perkataan "Vice-Chancellors"; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (7) subseksyen yang berikut: "(7A) Mana-mana orang yang layak dan sesuai sarna ada dari dalam atau luar Universiti boleh dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor, dan terma jawatan dan syarat perkhidmatan lain seseorang Timbalan Naib Canselor hendaklah ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Naib Canselor."; dan (c) dengan menggantikan subseksyen (8) dengan subseksyen yang berikut: "(8) Jika bagi apa-apa tempoh yang lama Naib Canselor tidak dapat oleh sebab sakit, bercuti atau apa-apa sebab lain menjalankan mana-mana fungsi jawatannya, Timbalan Naib Canselor atau, jika ada lebih daripada seorang Timbalan Naib Canselor, manamana seorang daripada mereka yang dinamakan oleh Menteri hendaklah menjalankan fungsi itu, dan sekiranya Timbalan Naib Canselor atau semua Timbalan Naib Canselor Uika ada lebih daripada seorang) tidak ada atau hilang upaya, Menteri hendaklah membuat apaapa perkiraan sementara sebagaimana yang difikirkannya patut bagi penjalanan fungsi itu.".

10 Rang Undang-Undang Seksyen baru 29B 25. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29A seksyen yang berikut: "Konvo- 29B. (1) Konvokesyen bagi penganugerahan ijazah, kesyen. diploma, sijil dan kepujian akademik lain hendaklah diadakan pada setiap tahun, atau seberapa kerap mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh Canselor, pada tarikh yang diluluskan oleh Canselor. (2) Jika Canselor tidak hadir atau jika Pro-Canselor yang diberi kuasa bagi maksud ini oleh Canselor tidak hadir, maka Naib Canselor hendaklah mempengerusikan sesuatu Konvokesyen.".. Pengesahan perbuatan yang dilakukan dengan menjangkakan bahawa Akta ini akan diperbuat 26. Segala perbuatan dan benda yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Universiti Teknologi MARA, termasuk melantik Canselor, Pro-Chancellor dan Naib Canselor dan mengadakan Konvokesyen dan menganugerahkan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain atas nama Universiti, sebagai persediaan bagi dan ke arah pelaksanaan sepatutnya manamana peruntukan Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya, dengan menjangkakan bahawa Akta ini akan diperbuat hendaklah disifatkan telah diberi kuasa di bawah Akta ini, jika perbuatan atau benda yang dilakukan itu selaras dengan niat dan maksud am Akta ini, dan segala hak yang diperoleh dan obligasi yang ditanggung bagi pihak Universiti sebagai akibat pelakuan perbuatan atau benda itu, termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya, hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa, disifatkan sebagai hak dan obligasi Universiti. Pencegahan anomali 27. (1) Menteri boleh, melalui perintah, membuat apa-apa ubahsuaian dalam peruntukan Akta ini yang didapatinya perlu atau suaimanfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang disebabkan oleh permulaan kuat kuasa Akta ini tetapi Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh Akta ini disiarkan.

Institut Teknologi MARA (Pindaan) 11 (2) Dalam seksyen ini, "ubahsuaian" termasuklah pindaan, tambahan, pemotongan, penggantian, adaptasi, variasi, pengubahan dan ketakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini. HURAIAN Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976 ("Akta 173"). 2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan. Akta yang dicadangkan diberi tarikh kuat kuasa ke belakang. 3. Fasal 2 bertujuan untuk mentakrifkan istilah "tarikh permulaan kuat kuasa" yang bererti tarikh Akta yang dicadangkan akan mula berkuat kuasa. 4. Fasal 3 bertujuan untuk membuat pindaan am kepada Akta 173 dengan menggantikan perkataan "INSTITUT" dan "Institut" masing-masing dengan perkataan "UNIVERSITI" dan "Universiti". Dengan pindaan ini, Akta 173 sekarang akan bernama "Akta Universiti Teknologi MARA 1976". Fasal 4 bertujuan untuk menyatakan bahawa segala sebutan mengenai nama lama dalam mana-mana undang-undang bertulis akan ditafsirkan sebagai sebutan mengenai nama baru. 5. Fasal 5 bertujuan untuk memberi kesan kepada perubahan nama Institut. Institut sekarang akan dikenali sebagai "Universiti Teknologi MARA". Fasal ~. ini juga memperuntukkan bahawa kuasa, hak, keistimewaan, tanggungan, kewajipan dan obligasi Institut, dan prosiding undang-undang oleh atau terhadap Institut, tidak akan terjejas dengan perubahan nama Institut. 6. Fasal6 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa segala tanggungan yang sedia ada yang dilakukan oleh Institut boleh dikuatkuasakan terhadap Universiti. 7. Fasal 7 memperkatakan peletakhakan tanah, harta dan aset Institut pada Universiti. 8. Fasal 8 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan wang dan harta daripada Kumpulan Wang Institut Teknologi MARA kepada Kumpulan Wang Universiti Teknologi MARA. Pemindahan yang serupajuga diperuntukkan berhubung dengan wang yang terkandung dalam kumpulan wang rizab atau mana-mana kumpulan wang lain Institut. 9. Fasal 9 memperuntukkan bahawa Cawangan, kampus, Sekolah dan Pusat Institut hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan, disifatkan sebagai Cawangan, kampus, Sekolah dan Pusat Universiti.

12 Rang Undang-Undang 10. Fasal10 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan, Lembaga Pengarah dan Senat Institut hendaklah disifatkan sebagai Lembaga Pengarah dan Senat Universiti. 11. Fasal11 bertujuan untuk memastikan penerusan perkhidmatan kakitangan, ejen dan orang lain yang dilantik atau diambil kerja oleh Institut dengan Universiti dari tarikh Akta yang dicadangkan ini mula berkuat kuasa. 12. Melaluifasal12, semua pelajar Institut disifatkan sebagai pelajar Universiti yang mengikuti kursus pengajian yang sarna seperti yang diikuti oleh mereka sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan. 13. Fasal13 memperkatakan perubahan daripada Rektor kepada Naib Canselor. Sebutan mengenai Rektor Institut sekarang akan disifatkan sebagai sebutan mengenai Naib Canselor Universiti. Fasal ini juga memperkatakan kuasa, hak, keistimewaan, tanggungan, kewajipan atau obligasi Rektor, dan prosiding undang-undang oleh atau terhadapnya, yang tidak terjejas dengan perubahan nama jawatan itu. Fasal ini juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa segala tanggungan yang sedia ada yang dilakukan oleh Rektor boleh dikuatkuasakan terhadap Naib Canselor. 14. Fasal 14 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru la ke dalam Akta 173 untuk memperuntukkan bahawa penubuhan Universiti adalah menurut dan mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. 15. Fasal15 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 173 untuk memasukkan takrif baru dan untuk meminda takrif tertentu yang digunakan dalam Akta 173, antara yang lebih penting adalah seperti yang berikut: (a) (b) (c) (d) takrif "persatuan alumni" yang merujuk kepada persatuan alumni yang ditubuhkan di bawah seksyen 16B yang dicadangkan; takrif "Canselor" sebagai Ketua Universiti; takrif "pelajar" untuk merangkumi pelajar-pelajar pengajian jarak jauh dan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus pengajian yang dijalankan oleh Universiti tidak di kampusnya tetapi di tempat-tempat di luar kampus; dan takrif "Naib Canselor" untuk menggambarkan perubahan nama jawatan Rektor. 16. Fasal16 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Akta 173 untuk memasukkan Canselor, Pro-Canselor dan Senat sebagai sebahagian daripada pertubuhan perbadanan, iaitu Universiti. 17. Fasal 17 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 3A ke dalam Akta 173 untuk menyatakan dengan khusus bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 tidak akan terpakai bagi Universiti.

Institut Teknologi MARA (Pindaan) 13 18. Fasal 18 bertujuan untuk meminda perenggan 4(1)(d) Akta 173 untuk menghentikan kuasa Universiti untuk mendirikan, melengkapkan dan menyenggarakan perpustakaan, dewan kuliah, asrama dan bangunan lain di luar negara. Fasal ini juga bertujuan untuk meminda perenggan 4(1)(e) Akta 173 bagi membolehkan Universiti mengurniakan fellowship, biasiswa, dsb., berkenaan dengan pendidikan dan latihan yang diadakan tidak sahaja di Universiti tetapi dari atau oleh Universiti. 19. Fasal 19 bertujuan untuk meminda seksyen 7 Akta 173 yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada perenggan 4(1)(d) dalam fasal 18. 20. Fasal 20 bertujuan untuk meminda seksyen 13 Akta 173 bagi maksud penjelasan. 21. Fasal21 bertujuan untuk meminda seksyen 16A Akta 173 untuk memasukkan subseksyen baru (5A) bagi membolehkan Timbalan Naib Canselor mempengerusikan apa-apa mesyuarat Senat semasa ketiadaan Naib Canselor. 22. Fasal 22 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 16B ke dalam Akta 173. Seksyen baru ini memperkatakan penubuhan persatuan alumni. 23. Fasal 23 bertujuan untuk memasukkan dua seksyen baru ke dalam Akta 173, iaitu seksyen 19A dan 19B. Seksyen 19A memper,untukkan bahawa Canselor Universiti ialah Yang di-pertuan Agong manakala seksyen 19B memperkatakan pelantikan Pro-Canselor. 24. Fasal 24 bertujuan untuk meminda seksyen 20 Akta 173 untuk memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang layak dan sesuai sarna ada dari dalam atau luar Universiti boleh dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor. Fasal ini juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa semasa ketiadaan Naib Canselor, seorang Timbalan Naib Canselor yang dinamakan oleh Menteri hendaklah menjalankan fungsi Naib Canselor. 25. Fasal 25 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 29B ke dalam Akta 173 untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan konvokesyen. 26. Fasal26 bertujuan untuk memastikan bahawa semua perbuatan dan benda yang dilakukan dalam menjangkakan bahawa Akta yang dicadangkan ini akan diperbuat akan disifatkan telah diberi kuasa oleh Akta yang dicadangkan. 27. Fasal 27 bertujuan untuk membenarkan Menteri membetulkan apa-apa anomali dalam Akta yang dicadangkan melalui perintah. Kuasa ini hanya boleh dijalankan dalam tempoh dua tahun dari tarikh Akta ini disiarkan. 28. Pindaan-pindaan lain yang tidak disebut dengan khusus adalah pindaanpindaan yang keeil atau berbangkit.

14 Rang Undang- Undang IMPLlKASI KEWANGAN Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaandalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini. [PN(U2)2158]