DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

dokumen-dokumen yang mirip
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH SENI VISUAL TAHUN SATU

PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PEMBELAJARAN)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENDIDIKAN JASMANI (MASALAH PEMBELAJARAN)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SENI VISUAL

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN TIGA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN DUA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN SENI KREATIF (MASALAH PEMBELAJARAN)

PENDIDIKAN SENI KREATIF (MASALAH PEMBELAJARAN)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN ISLAM

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Kurikulum Kebangsaan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN SENI KREATIF

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN DUA

REKAAN DAN JAHITAN PAKAIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN VISUAL SUAIAN TAHUN 1 MASALAH PENGLIHATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN ISLAM TAHUN DUA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH LANDSKAP DAN NURSERI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN ENAM

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TEKNOLOGI VOKASIONAL - SAINS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KATERING DAN PENYAJIAN

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AMALAN BAHASA MELAYU

Pendidikan Seni Visual

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KESUSASTERAAN MELAYU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

PENDIDIKAN KESIHATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKA N MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH MEMBUAT PERABOT

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

PENDIDIKAN KESIHATAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PANDUAN PENGAJARAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3

PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS BAHASA MALAYSIA (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN REKA CIPTA TINGKATAN EMPAT 2002

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN

Transkripsi:

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS [ Masalah Pendengaran ] Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2010

Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

KANDUNGAN Kandungan Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK Kurikulum Modular Berasaskan Standard MUKA SURAT iii iv v vi viii ix Pendahuluan KSSRPK Bahasa Inggeris 1 Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Dunia Seni Visual Tahun Pengukuhan Bidang 1 Menggambar 3 Bidang 2 Membuat Corak dan Rekaan 5 Bidang 3 Membentuk dan Membuat Binaan 7 Bidang 4 Mengenal Kraf Tradisional 9 iii

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN iv

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara v

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN Pendahuluan Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. KSSRPK Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas. KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua murid menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. Matlamat Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan. vi

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu: 1. Komunikasi 2. Kerohanian, Sikap dan Nilai 3. Kemanusiaan 4. Sains dan Teknologi 5. Perkembangan Fizikal dan Estetika 6. Keterampilan Diri vii

Sains & Teknologi Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi Perkembangan Fizikal & Estetika Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi Reka Bentuk Kurikulum Komunikasi Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil Insan seimbang Keterampilan Diri Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum Kerohanian, Sikap & Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai Kemanusiaan Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK viii

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan. Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. ix

KSSRPK DUNIA SENI VISUAL PENDAHULUAN Kurikulum Kreativiti Dan Seni Visual merupakan salah satu cabang bidang ilmu kesenian yang luas. Sebagai satu bidang ilmu, seni visual turut berperanan dalam sistem pendidikan. Kreativiti Dan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar. Murid sekolah rendah keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat melalui visual, imaginasi dan daya pemikiran. Murid akan diberi pelbagai peluang untuk meningkatkan apresiasi terhadap estetika kesenian. Perkembangan bidang ilmu serta perubahan kepada penekanan dasar pembangunan negara menuntut supaya rancangan pendidikan atau kurikulum persekolahan ditransformasikan. Pendidikan Seni Visual juga tidak terkecuali daripada arus perkembangan ini. MATLAMAT Kreativiti Seni Dan Visual Sekolah Rendah Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran bermatlamat untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif, kritis dan produktif secara intelektual menerusi aktiviti kesenian. OBJEKTIF Kurikulum Pendididikan Seni Visual Sekolah Rendah Tahun Pengukuhan pendidikan khas bermasalah pendengaran bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut ; i. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat. ii. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis dan kreatif sebagai aktiviti kesenggangan yang menyeronokkan dan berfaedah. iii. Mengembangkan bakat dan potensi murid melalui aktiviti kesenian. FOKUS MATA PELAJARAN Kurikulum Pendidikan Seni Dan Visual Sekolah Rendah Tahun Pengukuhan pendidikan khas bermasalah pendengaran dibina berasaskan bidang kegiatan seni visual meliputi proses dan produk seni iaitu. 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Kraf Tradisional. PENEKANAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, terdapat beberapa perkara diberi penekanan bagi tujuan memaju pencapaian aspirasi negara khususnya dalam pembangunan modal insan. Selain daripada berilmu pengetahuan, anak bangsa yang dididik dihasratkan supaya kreatif, inovatif, patriotik dan berketrampilan dalam penggunaan teknologi. Di samping ilmu seni visual itu sendiri, kurikulum pendidikan seni visual di peringkat sekolah rendah turut mendokong penekananpenekanan tersebut. Kreativiti dan Inovasi Kreativiti merupakan intipati kepada semua bidang ilmu kesenian terutamanya bidang ilmu seni visual. Proses kreatif seperti penerokaan, penjanaan idea, mereka bentuk, penggunaan alat dan media, serta penghasilan karya seni adalah sebahagian utama kandungan pendidikan seni visual. Dalam kurikulum pendidikan seni visual, proses kreatif telah diangkat sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang unik kepada pendidikan seni visual. Oleh itu, kreativiti bukan sahaja dapat dilihat sebagai kandungan, malah juga sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum pendidikan seni visual. 1

Keusahawanan Asas penting kepada keusahawanan adalah inovasi. Inovasi dan kreativiti mempunyai maksud yang sama, hanya yang membezakan antara kedua-dua istilah tersebut ialah dari segi penggunaanya. Kreativiti digunakan dalam disiplin kesenian, manakala inovasi digunakan dalam disiplin keusahawan. Dengan hal yang demikian, boleh dikatakan bahawa pendidikan seni visual ialah asas yang penting ke arah memupuk semangat keusahawanan. Sejarah dan Patriotisme Antara disiplin pendidikan seni visual ialah sejarah seni. Dengan memberi fokus kepada pengajian tentang hasil seni warisan budaya bangsa, secara sedar dan terancang pendidikan seni visual menyokong teguh kepada usaha untuk menimbulkan kesedaran terhadap sejarah tanah air serta memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid pendidikan khas masalah pendengaran. Penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) Perkembangan teknologi khususnya TMK telah memberi impak kepada aspek kehidupan. Bidang pendidikan seni visual tidak terkecuali daripada menerima kesan yang menyeluruh akibat perkembangan dan kemajuan teknologi TMK mempengaruhi pendidikan seni visual dalam pelbagai cara sama ada dari segi kandungan mahu pun pengajaran dan pembelajaran. Dari segi kandungan pendidikan seni visual, TMK bukan sahaja merupakan alat atau media baru untuk menghasilkan karya seni, malah TMK memberi penambahbaikan kepada alat dan media lazim. TMK juga mempunyai keupayaan untuk membuat simulasi karya seni. Dalam erti kata yang lain penggunaan TMK merupakan satu teknik baru bagi menghasilkan karya seni ORGANISASI KANDUNGAN : Standard kandungan setiap bidang pembelajaran ialah : MENGGAMBAR Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang,struktur dan komposisi. Antara cadangan aktiviti yang boleh dijalankan ialah : Kolaj, capan, lukisan dan catan MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara menghasilkan corak dan mengaplikasikan menjadi suatu rekaan lain. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah : titisan dan capan. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Bidang ini menekankan perkembangan persepsi murid terhadap aspek dari segi bentuk, ruang, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, murid dapat memahami dengan jelas apabila membina sesuatu model. Bidang ini memberi pendedahan kepada murid tentang penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik dan memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif semasa menjalankan proses penghasilan seni. Antara cadangan aktiviti ialah topeng dan membuat mobail. KRAF TRADISIONAL Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan ( kerja seni ) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat turun-temurun. Cadangan aktiviti yang boleh dijalankan ialah anyaman. 2

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN PENGUKUHAN BIDANG 1 : MENGGAMBAR STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual. 1.1.1 Mengenal dan menjelaskan unsur garisan, rupa, jalinan dan warna dalam karya seni sendiri. 1.1.2 Memahami penggunaan unsur seni dalam penghasilan karya. 1.1.3 Mengenalpasti bahasa seni visual yang terdapat dalam proses dan karya. 1.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa menerusi penggunaan media dan teknik seni 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media. 1.2.2 Mengenal sifat-sifat media. 1.2.3 Mengetahui fungsi media dari segi kegunaan. 1.2.4 Mengetahui teknik-teknik asas penggunaan media dalam penghasilan karya. 1.2.5 Menggunakan media, teknik dan proses dengan bertanggungjawab. 3

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.3 Ekspresi Kreatif Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual. Menzahirkan idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya 2 Dimensi (2D) dan 3 Dimensi (3D). 1.3.1 Menghasilkan pelbagai lakaran. 1.3.2 Mengekplorasi bahan dan teknik dalam menghasilkan kerja seni. 1.3.3 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif. 1.3.4 Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya. 1.3.5 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual 1.4 Apresiasi Seni visual Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. Menghayati dan menghargai karya seni Menghubungkaitkan seni visual dengan matapelajaran lain.. 1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan. 1.4.2 Menceritakan karya sendiri. 1.4.3 Mengetahui kaitan seni visual dengan mata pelajaran lain. 1.4.4 Menghargai karya seni sendiri dan rakan. 4

BIDANG 2 : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual. 2.1.1 Mengenal dan menjelaskan unsur garisan, rupa, jalinan dan warna dalam karya seni sendiri. 2.1.2 Memahami penggunaan unsur seni dalam penghasilan corak. 2.1.3 Mengenal pasti bahasa seni visual yang digunakan dalam proses rekaan corak. 2.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni menerusi penggunaan media dan teknik 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam rekaan dan penghasilan corak. 2.2.2 Mengenal sifat-sifat media. 2.2.3 Mengetahui fungsi media dalam corak. 2.2.4 Mengetahui teknik-teknik asas penggunaan media dalam penghasilan corak. 5

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.3 Ekspresi Kreatif Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual. Menzahirkan idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya 2D dan 3D. 2.3.1. Menghasilkan kepelbagaian lakaran dalam rekaan corak. 2.3.2 Mengeksplorasi bahan dan teknik dalam menghasilkan kerja mencorak. 2.3.3 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif. 2.3.4 Menggunakan unsur seni dalam penghasilan rekaan corak. 2.3.5 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual. 2.4 Apresiasi Seni visual Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Menghayati dan menghargai karya seni dan warisan. Menghubungkaitkan seni visual dengan matapelajaran lain, kehidupan seharian dan kerjaya. 2.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan. 2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan. 2.4.3 Mengetahui kaitan seni visual dengan mata pelajaran lain. 2.4.4 Menghargai karya seni sendiri dan rakan. 2.4.5 Menghargai karya seni berkaitan sejarah dan budaya. 6

BIDANG 3 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual. 3.1.1 Mengenal dan menjelaskan unsur garisan, rupa, jalinan dan warna dalam karya seni sendiri. 3.1.2 Memahami penggunaan unsur seni dalam penghasilan boneka dan origami. 3.1.3 Mengenal pasti bahasa seni visual yang terdapat dalam proses penghasilan boneka dan origami. 3.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni menerusi penggunaan media dan teknik. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam penghasilan boneka dan origami. 3.2.2 Mengenal sifat-sifat media. 3.2.3 Mengetahui fungsi media dari segi kegunaan dalam membentuk dan membuat binaan. 3.2.4 Mengetahui teknik-teknik asas penggunaan media dalam penghasilan boneka dan origami. 7

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.3 Ekspresi Kreatif Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual. Menzahirkan idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya 2D dan 3D. 3.3.1 Menghasilkan pelbagai lakaran dalam penghasilan boneka dan origami. 3.3.2 Mengeksplorasi bahan dan teknik dalam menghasilkan boneka dan origami. 3.3.3 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif. 3.3.4 Menggunakan unsur seni dalam penghasilan boneka dan origami. 3.3.5 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual. 3.4 Apresiasi Seni visual Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Menghayati dan menghargai karya seni dan warisan. Menghubungkaitkan seni visual dengan matapelajaran lain, kehidupan seharian dan kerjaya. 3.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan. 3.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan. 3.4.3 Mengetahui kaitan seni visual dengan mata pelajaran lain. 3.4.4 Menghargai karya seni sendiri dan rakan. 3.4.5 Menghargai karya seni berkaitan sejarah dan budaya. 8

BIDANG 4 : MENGENAL KRAF TRADISIONAL STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual. 4.1.1 Mengetahui penggunaan garisan lurus dalam anyaman. 4.1.2 Memahami rupa segi empat dalam proses anyaman. 4.1.3 Mengenal dan menjelaskan unsur garisan, rupa dan jalinan dalam karya seni sendiri. 4.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni menerusi penggunaan media dan teknik 4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam proses penghasilan anyaman. 4.2.2 Memahami teknik selang seli dalam penghasilan anyaman mudah. 4.2.3 Mengetahui proses penghasilan kraf anyaman 4.2.4 Mengetahui teknik-teknik asas penggunaan media dalam penghasilan karya. 4.2.5 Menggunakan media, teknik dan proses dengan bertanggungjawab. 9

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.3 Ekspresi Kreatif Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual. Menzahirkan idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya 2D dan 3D. 4.3.1 Menjalin helaian daun kelapa, daun mengkuang atau bahan gantian lain dalam proses menganyam.. 4.3.2 Menyusun helaian daun kelapa, daun mengkuang atau bahan gantian lain dengan kemas. 4.3.3 Menghasilkan kraf mudah dengan menggunakan teknik anyaman secara kreatif. 4.4 Apresiasi Seni visual Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Menghayati dan menghargai karya seni dan warisan. Menghubungkaitkan seni visual dengan matapelajaran lain, kehidupan seharian dan kerjaya. 4.4.1 Mengetahui nama kraf tradisional- anyaman tikar, ketupat dan lain-lain. 4.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan. 4.4.3 Menghargai kraf tradisional tempatan. 10