Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

dokumen-dokumen yang mirip
1. Apa produk ini berkenaan?

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

Kempen CIMB Bank My First Cash Advance Terma-terma dan Syarat-syarat

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

Terma-Terma & Syarat- Syarat Kad Kredit Cash Rebate Platinum

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CashLite CIMB Bank

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

2018 Kad UOB ONE Terma dan Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN KAD MASTERCARD DWI-JENAMA CIMB PETRONAS

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

1. Kempen ini dikendali oleh CIMB Bank dan setiap penyebutan C I M B B a n k merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Pilih Baucar Anda untuk Permohonan Kad Kredit

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

*Nota: Bagi Leftenan Muda atau setaraf dan ke bawah, umur semasa memohon MESTILAH tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh persaraan

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Memilih Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Kad Caj: KAD PERIBADI AMERICAN EXPRESS Jun 2012

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Faedah Bonus CIMB

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Terma dan Syarat Kad Kredit MRCA Hong Leong ("Terma dan Syarat")

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

TERMA DAN SYARAT Kempen Penggunaan Besar-besaran Kad RHB Pertengahan Tahun 2016

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK. CIMB Islamic Bank Berhad

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

Overdraf. November 2017

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

SYNERGY CARDS SDN BHD

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Transkripsi:

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI 2018 Program Penukaran Baki 1. CIMB Bank Berhad (No. Syarikat 13491-P) akan dirujuk sebagai CIMB Bank. 2. Program Penukaran Baki CIMB Bank ( Program ) telah disediakan kepada Pemegang Kad Utama CIMB Bank yang telah dihubungi oleh CIMB Bank untuk menyertai dalam Program atau yang telah menyatakan kepada CIMB Bank bahawa mereka ingin menyertai dalam Program tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat ini dan terma-terma dan syaratsyarat yang mengawal penggunaan kad kredit CIMB Bank ("Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pemegang Kad"). Pemegang Kad CIMB Platinum Business Card, CIMB Partner Card (yang dikeluarkan kepada ejen syarikat rakan kongsi) dan kad kredit yang dikeluarkan oleh CIMB Islamic Bank Berhad adalah tidak layak untuk menyertai dalam Program. 3. Program ini membenarkan Pemegang Kad untuk menukar separa dan/atau seluruh Baki Runcit yang Layak mereka (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 4 di bawah) ke dalam pelan ansuran bulanan di mana amaun yang ditukarkan ("Amaun Penukaran Baki") adalah untuk dibayar balik bersama-sama dengan faedah yang terpakai ("Faedah Penukaran Baki") dalam ansuran bulanan bagi suatu tempoh pembayaran terpilih/pra-ditentukan dalam masa 6, 12, 18, 24, 30 atau 36 bulan ("Tempoh Penukaran Baki"). Untuk mengelakkan keraguan, penukaran Baki Runcit Kad Tambahan yang Layak kepada Program adalah tertakluk kepada persetujuan Pemegang Kad Utama yang diperoleh sama ada melalui sistem pesanan ringkas ("SMS") atau komunikasi lisan di telefon. 4. Program ini hanya terpakai bagi baki runcit tertunggak yang: (i) adalah dicaj kepada kad kredit CIMB Bank Pemegang Kad termasuk Kad Tambahan; (ii) adalah tidak kurang daripada Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500) setiap permohonan; (iii) termasuk transaksi tempatan dan luar negara, transaksi dalam talian, pembayaran bil; dan (iv) tidak termasuk tunai dan transaksi berasaskan wang tunai, amaun ansuran yang perlu dibayar di bawah program CIMB Bank yang lain termasuk tetapi tidak terhad kepada CashLite dan Pemindahan Baki, fi tahunan, cukai barang dan perkhidmatan (GST), amaun lampau tempoh dan sebarang caj kewangan/faedah/bayaran lewat yang dicaj oleh CIMB Bank di bawah Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pemegang Kad. (selepas ini ditakrifkan sebagai "Baki Runcit yang Layak ). Amaun Penukaran Baki 5. Amaun Penukaran Baki minimum di bawah Program ini adalah Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500) setiap permohonan, tertakluk kepada had kredit sedia ada Kad Pemegang Kad dan tidak boleh melebihi had kredit yang sedia ada pada Kad Pemegang Kad. 6. Pengesahan Pemegang Kad melalui sistem pesanan ringkas ("SMS") atau komunikasi lisan di telefon hendaklah dianggap sebagai tawaran Pemegang Kad kepada CIMB Bank untuk memohon Program pada Amaun Penukaran Baki, Faedah Penukaran Baki, Bayaran Bulanan Penukaran Baki (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 9) dan Tempoh Penukaran Baki yang ditetapkan dalam SMS daripada CIMB Bank atau dikomunikasi melalui telefon. CIMB Bank dianggap telah menerima tawaran Pemegang Kad untuk memohon Program apabila CIMB Bank memberitahu Pemegang Kad secara bertulis, melalui telefon atau secara elektronik Amaun Penukaran Baki yang diluluskan, Tempoh Penukaran Baki, Bayaran Bulanan Penukaran Baki dan Kadar Faedah Penukaran Baki di bawah Klausa 21 terma-terma dan syarat-syarat ini. 7. Sekiranya Pemegang Kad meminta variasi Amaun Penukaran Baki, Kadar Faedah Penukaran Baki, Bayaran Bulanan Penukaran Baki dan/atau Tempoh Penukaran Baki, CIMB Bank mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk meluluskan atau menolak permintaan tersebut. Sebarang perbezaan antara Amaun Penukaran Baki, Kadar Faedah Penukaran Baki, Bayaran Bulanan Penukaran Baki atau Tempoh Penukaran Baki yang dipohon dan Amaun Penukaran Baki, Kadar Faedah Penukaran Baki, Bayaran Bulanan Penukaran Baki atau Tempoh Penukaran Baki yang akhirnya diluluskan

oleh CIMB Bank tidak akan menjejaskan keesahan dan penguatkuasaan Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini. Rujukan kepada Amaun Penukaran Baki yang terkandung di sini hendaklah ditafsirkan sebagai merujuk kepada Amaun Penukaran Baki yang diluluskan untuk amaun yang dipohon atau Amaun Penukaran Baki yang diluluskan untuk amaun yang berlainan (mengikut mana-mana yang berkenaan). 8. Pemegang Kad boleh memohon lebih daripada satu Penukaran Baki, tertakluk kepada kelayakan Pemegang Kad untuk Penukaran Baki mengikut terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini dan tertakluk kepada kelulusan CIMB Bank. Akaun 9. Sebaik sahaja kelulusan CIMB Bank terhadap permohonan Pemegang Kad untuk Program ini, Amaun Penukaran Baki yang diluluskan akan ditukarkan menjadi pelan ansuran bulanan tetap. Penyata akaun kad kredit Pemegang Kad ("Akaun"), yang merupakan Akaun yang dipilih oleh Pemegang Kad untuk tujuan Program ini akan mencerminkan bahagian utama dan bahagian faedah bayaran ansuran bulanan Penukaran Baki ("Bayaran Bulanan Penukaran Baki"). Bayaran Bulanan Penukaran Baki dikira berdasarkan kaedah pembayaran balik baki berkurangan mengikut Contoh 1 di bawah. Amaun yang perlu dibayar ke Akaun setiap bulan akan menjadi amaun gabungan Bayaran Bulanan Penukaran Baki dan apa-apa bayaran yang perlu dibayar pada baki kad kredit. Contoh 1: Amaun Penukaran Baki Tempoh Kadar Faedah Rata Kadar Faedah Efektif Bayaran Bulanan Penukaran Baki Jumlah Faedah Jumlah Prinsipal & Faedah RM1,000.00 12 bulan 9.80% setahun 17.62% setahun RM91.50* RM98.00 RM1,098.00 Bulan Amaun Prinsipal Penukaran Baki Tertunggak (RM) Pembayaran Balik Prinsipal Bulanan (RM) Faedah Bulanan (RM) Bayaran Bulanan Penukaran Baki (RM) 1 1,000.00 76.42 15.08 91.50 2 923.58 77.68 13.82 91.50 3 845.90 78.94 12.56 91.50 4 766.96 80.19 11.31 91.50 5 686.77 81.45 10.05 91.50 6 605.32 82.71 8.79 91.50 7 522.61 83.96 7.54 91.50 8 438.65 85.22 6.28 91.50 9 353.43 86.47 5.03 91.50 10 266.96 87.73 3.77 91.50 11 179.23 88.99 2.51 91.50 12 90.24 90.24 1.26 91.50 Jumlah 1,000.00 98.00 1,098.00 * Bayaran Bulanan Penukaran Baki untuk bulan pertama mungkin berbeza kerana pembundaran faedah/amaun prinsipal. 10. Bayaran Bulanan Penukaran Baki akan dibilkan kepada Akaun Pemegang Kad bermula pada penyata akaun yang akan datang berikutan kelulusan CIMB Bank terhadap permohonan Pemegang Kad untuk Program ini.

11. Bayaran Bulanan Penukaran Baki merupakan sebahagian daripada pembayaran minimum Pemegang Kad yang perlu dibayar dan akan ditunjukkan dalam Penyata Pemegang Kad. Bayaran Bulanan Penukaran Baki hendaklah dibayar sepenuhnya pada atau sebelum tarikh matang pembayaran. Sekiranya Bayaran Bulanan Penukaran Baki tidak dibayar sepenuhnya pada tarikh matang pembayaran setiap bulan, caj pembayaran lewat 1% ke atas baki tertunggak pada Bayaran Bulanan Penukaran Baki (tertakluk kepada minimum RM 10.00 dan maksimum RM100.00) akan dicaj selepas tarikh matang pembayaran dan caj bayaran lewat tersebut hendaklah dibayar sepenuhnya pada tarikh matang pembayaran berikutnya yang dinyatakan dalam Penyata. Caj bayaran lewat dikenakan dengan cara ganti rugi yang ditetapkan dan bukan sebagai penalti dan hendaklah dibayar sebelum, serta selepas mana-mana perintah atau penghakiman mahkamah. 12. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai transaksi runcit yang merupakan sebahagian daripada Baki Runcit Yang Layak selepas Baki Runcit yang Layak telah ditukar kepada Amaun Penukaran Baki di bawah Program ini, Amaun Penukaran Baki akan kekal menjadi sama. Apa-apa pertikaian mengenai transaksi runcit di bawah kad kredit Pemegang Kad selepas permohonan Penukaran Baki Pemegang Kad tetapi sebelum kelulusan CIMB Bank terhadap Penukaran Baki boleh mengakibatkan kelulusan Amaun Penukaran Baki yang lebih rendah daripada apa yang Pemegang Kad telah memohon. 13. Amaun Bayaran Bulanan Penukaran Baki adalah tetap. Sebarang pra-pembayaran atau bayaran lebihan tidak akan mengurangkan amaun prinsipal tertunggak atau Bayaran Bulanan Penukaran Baki yang berikutnya dan hanya akan dianggap oleh CIMB Bank sebagai bayaran pendahuluan. Caj Kewangan 14. CIMB Bank akan mengenakan caj kewangan sebanyak 18% setahun ke atas apa-apa wang belum dibayar yang kena dibayar dan masih belum dibayar kepada CIMB Bank di bawah Program yang dikira berdasarkan baki harian dan dipermodalkan pada setiap tarikh matang pembayaran yang dinyatakan dalam Penyata. Caj kewangan tersebut akan dicaj kepada Akaun Pemegang Kad dan dikira dari tarikh pengeposan dalam Penyata sehingga bayaran penuh diterima. Caj kewangan terakru tersebut hendaklah dibayar sepenuhnya pada tarikh matang pembayaran berikutnya yang dinyatakan di dalam Penyata. Had Kredit 15. Amaun Penukaran Baki yang diluluskan akan menjadi sebahagian daripada jumlah had kredit sedia ada kepada semua akaun kad kredit Pemegang Kad CIMB Bank, termasuk akaun kad kredit tambahannya dan akan mengurangkan had kad kredit sedia ada Pemegang Kad. Atas budi bicara CIMB Bank, had kad kredit yang sedia ada akan dipulihkan secara progresif dan disediakan untuk penggunaan Pemegang Kad bagi amaun bahagian utama setiap Bayaran Bulanan Penukaran Baki yang dibayar dan setakat pembayaran sebenar diterima oleh CIMB Bank. Tiada Mata Bonus atau Rebat Tunai 16. Transaksi yang dilaksanakan di bawah Program ini tidak akan layak untuk sebarang mata bonus atau rebat tunai. Pembatalan & Bayaran Balik Penuh 17. Untuk apa-apa pembatalan atau penyelesaian awal oleh Pemegang Kad Program sebelum tamatnya Tempoh Penukaran Baki, Pemegang Kad mesti menghubungi pusat panggilan CIMB Bank dan memberi notis kepada CIMB Bank tidak kurang daripada tiga puluh (30) hari notis terdahulu. Pemegang Kad dikehendaki membayar balik CIMB Bank jumlah baki tertunggak Amaun Penukaran Baki (iaitu ansuran bulanan yang kena dibayar termasuk faedah, caj lewat dan caj kewangan) dan jumlah amaun prinsipal Amaun Penukaran Baki yang terhutang di bawah Akaun Pemegang Kad untuk pembatalan atau penyelesaian awal. Permohonan melalui saluran yang ditetapkan 18. Persetujuan Pemegang Kad yang diperolehi melalui SMS atau komunikasi lisan di telefon akan dianggap bukti muktamad tawaran Pemegang Kad untuk memohon Program dan menerima Amaun Penukaran Baki, Kadar Faedah Penukaran Baki, Bayaran Bulanan Penukaran Baki dan Tempoh Penukaran Baki atas terma-terma dan syarat-syarat ini dan Terma-Terma & Syarat-Syarat Pemegang Kad.

19. Selepas tawaran Pemegang Kad untuk memohon Program, Pemegang Kad tidak akan dapat mengubah Amaun Penukaran Baki, Tempoh Penukaran Baki, Faedah Penukaran Baki dan/atau Ansuran Bulanan Penukaran Baki sebaik sahaja permohonan Pemegang Kad untuk Program diterima dan diluluskan oleh CIMB Bank. Surat Notifikasi dan Perkhidmatan Pesan Ringkas ("SMS") 20. Notifikasi melalui SMS dan surat dikeluarkan oleh sistem akan dihantar oleh CIMB Bank kepada Pemegang Kad menasihati beliau bahawa permohonannya untuk Program tersebut telah diluluskan. Sekiranya permohonan itu telah diluluskan, SMS dan surat notifikasi akan menyatakan Amaun Penukaran Baki yang diluluskan, Tempoh Penukaran Baki, Ansuran Bulanan Penukaran Baki dan Faedah Penukaran Baki. Sekiranya permohonan telah ditolak oleh CIMB Bank, SMS akan dihantar kepada Pemegang Kad. Hak untuk Memutus, Menolak dan Hak untuk Tolakan 21. Keputusan CIMB Bank mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Program termasuk tetapi tidak terhad kepada kelayakan Pemegang Kad dan/atau kelulusan dan/atau penolakan permohonan untuk Program adalah muktamad dan mengikat semua Pemegang Kad dan tiada rayuan, pertikaian atau surat-menyurat akan dilayan. 22. Sekiranya CIMB Bank telah meluluskan permohonan Pemegang Kad untuk Program tetapi kemudian mendapati bahawa Pemegang Kad melanggar apa-apa terma-terma dan/atau syarat-syarat terma-terma dan syarat-syarat ini dan/atau Terma- Terma & Syarat-Syarat Pemegang Kad atau tidak mempunyai had kredit yang mencukupi di bawah Akaun, CIMB Bank menyimpan hak untuk membatalkan Program yang diluluskan. 23. CIMB Bank mempunyai hak untuk menolak apa-apa baki kredit dalam akaun Pemegang Kad yang dikekalkan dengan CIMB Bank terhadap sebarang baki tertunggak dalam Akaun dan/atau di bawah Program dengan memberi Pemegang Kad tujuh (7) hari kalender notis terdahulu terlebih dahulu. Apabila notis dikeluarkan kepada Pemegang Kad, CIMB Bank boleh secara serentak memperuntukkan sebarang dana yang sedia ada dalam akaun Pemegang Kad terhadap baki tertunggak dalam Akaun dan/atau di bawah Program. Kejadian Ingkar 24. Sekiranya Pemegang Kad gagal untuk membuat Bayaran Bulanan Penukaran Bakinya selama tiga (3) bulan berturut-turut tanpa mengira sama ada berlakunya kejadian ingkar, CIMB Bank berhak mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa untuk menamatkan Program yang sedia ada kepada Pemegang Kad, di mana atas semua wang kena dibayar dan terhutang di bawah Program yang terdiri daripada jumlah tertunggak Bayaran Bulanan Penukaran Baki dan jumlah prinsipal Amaun Penukaran Baki yang belum dibil bersama-sama dengan caj kewangan yang terpakai, faedah terakru, caj lewat bayaran dan baki semua wang lain kena dibayar dan terhutang di bawah Akaun Pemegang Kad akan kena dibayar dengan serta-merta, yang CIMB Bank berhak untuk menuntut daripada Pemegang Kad sepenuhnya. 25. Tanpa menjejaskan Klausa 24, jika Pemegang Kad melanggar mana-mana terma-terma dan/atau syarat-syarat Terma- Terma dan Syarat-Syarat Pemegang Kad atau terma-terma dan syarat-syarat ini atau sekiranya berlaku penamatan Kad atas apa-apa sebab, semua wang yang kena dibayar dan terhutang di bawah Program terdiri daripada jumlah tertunggak Bayaran Bulanan Penukaran Baki dan jumlah prinsipal Amaun Penukaran Baki yang belum dibil bersama-sama dengan caj kewangan yang terpakai, faedah terakru dan caj bayaran lewat akan segera menjadi kena dibayar oleh Pemegang Kad. Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am 26. Dengan memohon untuk dan/atau menyertai dalam Program, Pemegang Kad bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat ini dan keputusan CIMB Bank. 27. CIMB Bank menyimpan hak untuk membatalkan, menamatkan atau menangguhkan Program dengan tujuh (7) hari notis terdahulu dan CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang tuntutan, kerugian atau kerosakan Pemegang Kad akibat daripada pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh CIMB Bank.

28. CIMB menyimpan hak mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk mengubah, meminda, memotong atau menambah mana-mana terma-terma dan syarat-syarat terkandung di sini pada bila-bila masa dengan memberi Pemegang Kad dua puluh satu (21) hari notis terdahulu dan terma-terma dan syarat-syarat terpinda akan berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh CIMB Bank dan menyatakan dalam notis tersebut. Atas budi bicara tunggal dan mutlak Bank, notifikasi mengenai Pindaan atau apa-apa komunikasi lain atau notis kepada Pemegang Kad boleh dilaksanakan dengan mana-mana satu cara komunikasi yang ditetapkan dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pemegang Kad. 29. Terma-Terma dan Syarat-Syarat yang terkandung di sini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. 30. Terma-terma dan syarat-syarat di sini adalah sebagai tambahan kepada dan tanpa menjejaskan kepada terma-terma dan syarat-syarat yang termaktub dalam Terma-Terma & Syarat-Syarat Pemegang Kad. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran atau konflik di antara terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini dan terma-terma dan syaratsyarat dalam Terma-Terma & Syarat-Syarat Pemegang Kad berhubung dengan Program, terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini akan diguna pakai dan menjadi konklusif setakat ketidaksejajaran atau konflik sedemikian. 31. Semua penyataan dalam terma-terma dan syarat-syarat di sini hendaklah mempunyai makna yang sama seperti yang termaktub dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pemegang Kad kecuali jika konteksnya menghendaki makna yang lain atau jika dinyatakan sebaliknya secara nyata. 32. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, konflik, kesamaran atau kepincangan di antara version Bahasa Inggeris atau versi Bahasa Malaysia Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Walau apa pun yang dinyatakan di atas di mana permintaan telah dibuat oleh Pemegang Kad dan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia terma-terma dan syarat-syarat akan mengawal akaun Pemegang Kad, maka versi Bahasa Malaysia terma-terma dan syarat-syarat terkandung di sini akan mengatasi yang lain. 33. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa perbuatan, peninggalan, kelewatan atau keingkaran yang berkaitan dengan Program disebabkan oleh apa-apa perbuatan Tuhan, peperangan, rusuhan, mogok, sekat masuk, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, teknikal atau kegagalan sistem atau apa-apa peristiwa di luar kawalan munasabah CIMB Bank. 34. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Kad atau mana-mana pihak untuk sebarang kerugian atau kerosakan apa-apa jenis yang dialami oleh Pemegang Kad atau mana-mana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau muhibah, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, ganti rugi teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak) walau apa pun timbul, berhubung dengan penyertaan atau tidak penyertaan dalam Program melainkan perkara yang sama disebabkan oleh keingkaran sengaja atau kecuaian melampau CIMB. 35. Untuk apa-apa bantuan, Pemegang Kad boleh menghubungi CIMB Bank di Unit Resolusi Pelanggan Alamat: Tingkat 19, Menara Bumiputera Commerce No.11, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 603-6204 7788 Faks: 603-2691 3248 Emel: cru@cimb.com 36. Pemegang Kad boleh menghubungi yang berikut: i. untuk pembetulan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Alamat: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail

50250 Kuala Lumpur. Tel: 603-2616 7766 Emel: enquiry@akpk.org,my ii. untuk aduan Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK Alamat: Block D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato Onn 50480 Kuala Lumpur. Tel: 1-300-88-5465 Faks: 03-2174 1515 Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my