مسجد ڤوليتيكنيك إبراهيم سلطان مسجد ڤوليتيكنيك إبراهيم سلطان Km 10, Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang Johor Darul Ta zim No. Telefon : 07-261 2430 : 07-261 2404 : 07-261 2488 : 07-261 2797 No. Fax : 07-261 2402 Lama Web : http://www.pis.edu.my LAPORAN PROGRAM MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015 MASIHI / 1436 HIJRAH Tarikh : 04 Februari 2015 (Rabu) Masa : 7.30 pagi 10.30 pagi Tempat : Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Anjuran : Masjid Politeknik Ibrahim Sultan dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS Peserta : 1000 orang staf, pelajar PIS serta masyarakat sekitar Penceramah : Ustaz Ahmad Zaki Fikri Bin Nooh Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM Melaka Disediakan oleh : Md Yusri Bin Jani Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Politeknik Ibrahim Sultan pada 04 Februari 2015. Pelbagai aktiviti bermanfaat diadakan antaranya Pertandingan Kain Rentang (Banner) dan Sesi Tazkirah dan Ceramah. Antara tujuannya program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat cintakan Nabi Muhammad SAW junjungan besar kita. Pada Majlis ini telah diadakan Pertandingan Kain Rentang (banner/ sepanduk) dan seterusnya diadakan pertandingan perarakan antara jabatan. Antara jabatan yang mengambil bahagian adalah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Kediaman Pelajar, Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Pengajian Am serta Kelab dan persatuan di Politeknik Ibrahim Sultan. Seramai 1000 orang pelajar, staf, pemimpin masyarakat terlibat dalam majlis ini. Bagi mengadili pertandingan tersebut, Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul telah melantik dua orang juri iaitu En. Kamal bin Dardak (Pengurus Smart Home), Ustaz Khairul Nizam Bin Mohd Khalid (Pensyarah Politeknik Metro Johor Bahru)
Keputusan Pertandingan Kain Rentang dan perarakan Johan Jabatan Kejuruteraan Elektrik Majlis kemudian diteruskan dengan kata-kata aluan oleh Pengarah PIS, En. Mohd Hatta Bin Zainal, Bagi acara kemuncak, majlis diteruskan dengan ceramah daripada Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Ahmad Zaki Fikri Bin Nooh, Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM Melaka dengan tajuk Perpaduan Nadi Transformasi Negara. Antara yang disentuh dalam ceramah beliau adalah sejarah kelahiran Rasulullah dan perkembangan dakwah Rasulullah. Kelahiran Nabi Muhammad SAW menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Siti Aminah tidak berasa sakit semasa melahirkan anaknya. Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tetapi Nabi Muhammad SAW tidak menangis, dia diam sahaja. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya bersinar-sinar seperti sedang melihat sesuatu. Kemudian dia bersin. Aminah pula berasa sangat gembira selepas melahirkan Muhammad bagaikan mendapat harta yang banyak. Pada malam Aminah melahirkan bayinya, saya berada di halaman rumahnya. Saya lihat rumah itu bermandikan cahaya. Bintang-bintang seperti sangat dekat, hingga saya bimbang sekiranya bintang itu jatuh di atas kepala saya, kata Fatimah al-thaqfiyah, jiran yang juga sahabat baik Aminah. Menurut Fatimah al-thaqfiyah lagi, apabila dia masuk ke dalam rumah Aminah, dilihatnya keadaan dalam rumah itu juga terang benderang. Dia hairan melihat Muhammad. Biasanya, bayi lahir terlentang, tetapi Muhammad lahir dalam keadaan tertiarap, kepalanya mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-olah sedang mengucapkan sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-olah ada benda yang dipandangnya. Kisah keganjilan Muhammad itu menarik perhatian jiran tetangga. Mereka datang ke rumah Aminah bagi melihat bayi yang dikatakan luar biasa itu. Akhirnya orang ramai tidak putusputus mengunjungi rumah Aminah. Keadaan rumah itu juga tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang ramai. Pada waktu malam pula, rumah itu terang benderang seperti sedang diterangi bulan purnama sedangkan ketika itu bulan tidak terbit. Kaum wanita pula amat suka melihat
wajah bayi yang baru dilahirkan Aminah. Mereka terpesona kerana seolah-olah ada satu tarikan pada tubuh Muhammad. Penutup Selesai sahaja sesi ceramah, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kain rentang dan perarakan. Penyampaian ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Mohd Hatta Bin Zainal, Pengarah PIS diringi Tn. Syed Syikh Bin Syed A. Kadir, Pengerusi Masjid Politeknik Ibrahim Sultan. Di dalam majlis itu juga Masjid PIS dan jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar PIS yang kediamannya terlibat dengan musibah banjir baru-baru ini. Seperti kebiasaan tahun tahun sebelum ni, anugerah Iltizam di wujudkan bagi memberi penghargaan kepada individu yang bergiat aktif dalam memberi sumbangan kepada pembangunan dan aktiviti masjid. Pada tahun ini pelajar semester enam Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, saudara Mohd Aidil Bin Yahya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Iltizam. Semoga penganjuran program kali ini memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat sama ada peserta, AJK dan masyarakat setempat. InshaALLAH program-program seperti ini akan diadakan lagi dan diharapkan ianya akan terus mendapat sokongan daripada semua pihak khususnya para dermawan. Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya). (Bukhari) ڤنراجو علمو سجاڬت CERTIFIED TO ISO 9001:2008 CERT. NO : AR 4531
Jemputan lelaki Jemputan Wanita
Ucapan Pengarah PIS, En. Mohd Hatta Bin Zainal Ceramah di sampaikan oleh Ustaz Ahmad Zikri Fikri Bin Mohd Nooh
Tetamu muslimat Penyampaian sumbangan kepada surau kariah Penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir (pelajar)
Penyampaian hadiah kepada penerima Anugerah Iltizam Tetamu VVIP yang hadir
Laungan Selawat beramai-ramai Bergambar bersama Jawatankuasa Masjid PIS