D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

dokumen-dokumen yang mirip
Undang-Undang Malaysia

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

SUSUNAN FASAL BAHAGIAN. 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 1 D.R. 33/2010 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010

RANG UNDANG-UNDANG AKADEMI SAINS MALAYSIA 1994

DR. 42/91 RANG UNDANG-UNDANG PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1991

D.R. 12/96 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA AKREDITASI NEGARA 1996

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA 1971

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 1 D.R. 2/2015 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM 2015

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA BANK PERTANIAN MALAYSIA 1969

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

D.R. 27/92 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Institiut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 1 D.R. 43/2010

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

D.R. 19/90 RANG UNDANG-UNDANG. b ernama. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais [ ]

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Pencen (Pindaan) 1 D.R. 32/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pencen Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

D.R. 4/96. Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972.

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) D.R. 33/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 27/2006 RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2006

AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA 1973

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

AKTA PILIHAN RAYA 1958

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan)(No. 2) D.R. 23/2008 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 38/91. Naskhah Sahih Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 29/90 RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

Undang-Undang Malaysia

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) D.R. 43/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Teknologis dan Juruteknik 1 D.R. 30/2014 RANG UNDANG-UNDANG TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2014

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 226 AKTA TAMAN NEGARA 1980

BAHAGIAN I PERMULAAN

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

' "ditetapkan" ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;';

D.R. 51/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perbadanan Produktiviti Negara (Pemerbadanan) 1966.

D.R. 38/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Koperasi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 7/93 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Keterangan 1950.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 62 AKTA AUDIT Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Penjara (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 10/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penjara 1995.

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 37/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a [ ]

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

Undang-Undang Malaysia

D.R. 4/90 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) [ ]

D.R. 33/96 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Duti Timbal Balas dan Anti- Lambakan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 25/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pusat Jagaan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

(b) apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan itu sebagaimana yang difikirkannya patut dilaporkan,

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta A1489 AKTA SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN) 2015

D.R. 6/93 RANG UNDANG-UNDANG DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN PERMULAAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Industri Pelancongan (Pindaan) 1 D.R. 44/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

Pendidikan (Pindaan) 1 D.R. 29/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996.

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

Transkripsi:

D.R. 20/95 Nashkah Sahih Bahasa Inggeris RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, dan untuk memperluaskan Akta tersebut, sebagaimana yang dipinda, ke Negeri Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. [ ] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan) 1995. (2) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. 2. Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini) hendaklah dan dengan ini diperluaskan ke Negeri Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. 3. Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, adalah dipinda dalam subseksyen 1(2) dengan menggantikan perkataan "bagi Malaysia Barat sahaja" dengan perkataan "seluruh Malaysia". Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. Perluasan. Akta 213 Pindaan seksyen 1.

Pindaan am dalam teks bahasa kebangsaan. 2 RANG UNDANG-UNDANG 4. Teks bahasa kebangsaan Akta ibu adalah dipinda (a) dalam subseksyen 3(1), dengan memotong perkataan "Barat"; dan (b) dengan menggantikan perkataan "penjawat" dan "penjawat-penjawat" di mana-mana jua terdapat di dalamnya masing-masingnya dengan perkataan "pengkhidmat" dan "pengkhidmat-pengkhidmat". Pindaan seksyen 2. 5. Seksyen 2 Akta ibu adalah dipinda (a) dengan memasukkan selepas takrif "ahli" takrif yang berikut: ' "jawatankuasa tatatertib" ertinya jawatankuasa tatatertib Lembaga yang disebut dalam seksyen 18A(2); "Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 16;'; (b) dengan memotong takrif "Malaysia Barat"; dan (c) dengan menggantikan perkataan "pelajaran" dalam takrif "Menteri" dalam teks bahasa kebangsaan dengan perkataan "pendidikan". Pindaan seksyen 4. 6. Subseksyen 4(1) Akta ibu adalah dipinda (a) dengan menggantikan perkataan "Pelajaran" dalam perenggan (b) dan (c) dengan perkataan "Pendidikan atau wakilnya"; (b) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut: "(cc) Peguam Negara atau wakilnya;"; (c) dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut: "(d) Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya;"; dan

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (PINDAAN 3 DAN PERLUASAN) (d) dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut: "(dd) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau wakilnya;". 7. Seksyen 5 Akta ibu adalah dipinda Pindaan (a) dengan menggantikan perenggan (i) dengan seksyen 5. perenggan yang berikut: "(i) untuk membina dan memperkayakan bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;"; (b) dalam perenggan (iv) (i) dengan menggantikan perkataan "menstandardisasikan" dalam teks bahasa kebangsaan dengan perkataan "untuk membakukan"; (ii) dengan memotong perkataan "teknik"; dan (iii) dengan menggantikan noktah dengan koma bernoktah; (c) dengan memasukkan selepas perenggan (iv) perenggan yang berikut: "(v) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan (vi) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa."; dan (d) dengan menomborkan semula seksyen 5 sebagai subseksyen 5(1) dan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: "(2) Bagi maksud perenggan (l)(v) dan (vi), "untuk menggalakkan" termasuklah memberi arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan atau pengawasan.".

Pindaan seksyen 6. 4 RANG UNDANG-UNDANG 8. Seksyen 6 Akta ibu adalah dipinda (a) dengan memotong perkataan "dan kuasa-kuasa" dalam nota birai; dan (b) dengan memotong subseksyen (2). Seksyen baru 6A dan 6B. 9. Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6 seksyen yang berikut: Lembaga menjadi pihak berkuasa penyelaras yang tunggal. Perwakilan. 6A. Lembaga hendaklah menjadi pihak berkuasa penyelaras yang tunggal berkenaan dengan membentuk, mencipta dan membakukan istilahistilah dalam bahasa kebangsaan. 6B. (1) Lembaga boleh, dengan suatu suratcara secara bertulis yang mengandungi meterai biasanya dan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang ditetapkan di dalamnya, mewakilkan mana-mana tugas atau kuasanya yang dipertanggungjawabkan atau diberikan kepadanya, kecuali kuasa di bawah seksyen 18A, 18B, 19 dan 27, kepada (a) Ketua Pengarah; atau (b) mana-mana pegawai atau pengkhidmat Lembaga. (2) Sesuatu perwakilan di bawah subseksyen (1)- (a) boleh dibatalkan atau diubah pada bilabila masa oleh Lembaga; dan (b) tidaklah boleh menghalang Lembaga daripada melaksanakan tugasnya atau menjalankan kuasanya yang diwakilkan itu jika ternyata suai-manfaat untuk berbuat demikian.".

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (PINDAAN 5 DAN PERLUASAN) 10. Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 7 dengan seksyen yang berikut: Pindaan seksyen 7. Kuasakuasa am Lembaga untuk membuat kontrak, dsb. 7. (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa perkara dan untuk membuat kontrak atau apa-apa transaksi perniagaan (sama ada atau tidak melibatkan perbelanjaan, perolehan, penggunaan dan pelupusan apa-apa harta alih, tak alih, ketara atau tak ketara) yang pada pendapatnya dikira akan memudahkan pelaksanaan tugasnya atau penjalanan kuasanya dengan berkesan: Dengan syarat bahawa kuasa ini tidaklah termasuk kuasa untuk meminjam selain daripada yang diperuntukkan dalam seksyen 19(2). (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa (a) untuk menjalankan apa-apa aktiviti perdagangan, perindustrian, penyelidikan atau latihan atau apa-apa aktiviti lain yang penjalanannya ternyata kepadanya diperlukan, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan tugasnya atau penjalanan kuasanya; (b) untuk mengenakan fee atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi perkhidmatan yang diminta dijalankan, diberikan atau dilaksanakan oleh Lembaga; (c) untuk menerima sebagai balasan bagi perkhidmatan yang dijalankan, diberikan atau dilaksanakan olehnya apaapa komisen atau pembayaran sebagaimana yang dipersetujui; dan (d) untuk melaksanakan semua tugas dan menjalankan semua kuasa yang, adalah atau mungkin, atau boleh menjadi,

6 RANG UNDANG-UNDANG diletakhakkan pada atau diwakilkan kepada Lembaga di bawah mana-mana undang-undang bertulis. (3) Bagi maksud seksyen ini (a) "perolehan", berhubungan dengan harta, termasuklah pembelian, pengambilan pajakan dan penyewagunaan harta itu; dan (b) "pelupusan", berhubungan dengan harta, termasuklah pemindahhakan, penjualan, penyerahhakan, penyerahan dan pemulangan, penggadaian, penggadaijanjian, pendemisan, penyewaan dan penyewaan kecil, penyerahhakan semula dan pemindahmilikan harta itu.". Seksyen baru 7A. 11. Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 7 seksyen yang berikut: Kuasakuasa Lembaga memindahkan atau melupuskan aktiviti atau tugas. 7A. (1) Lembaga boleh, berhubungan dengan penjalanan tujuannya di bawah seksyen 5 (iii), memindahkan atau melupuskan apa-apa aktiviti atau tugasnya kepada mana-mana orang atau badan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakannya. (2) Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah untuk mengawalselia aktiviti orang atau badan itu dan menetapkan kadar dan caj yang boleh ditetapkan oleh orang atau badan itu berkenaan dengan aktiviti atau tugas orang atau badan itu di bawah subseksyen (1).".

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (PINDAAN 7 DAN PERLUASAN) 12. Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 11 dengan seksyen yang berikut: Pindaan seksyen 11. 11. (1) Lembaga boleh melantik satu atau lebih jawatankuasa yang difikirkannya patut untuk membantunya dalam melaksanakan tugasnya dan menjalankan kuasanya tentang apa-apa perkara yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan apa-apa tugas atau kuasanya di bawah Akta ini. (2) Tertakluk kepada Akta ini, dan kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Lembaga, sesuatu jawatankuasa boleh mengawalselia tatacaranya sendiri. (3) Sesuatu jawatankuasa boleh, selepas berunding dengan Lembaga, mengundang seorang atau lebih untuk menghadiri mana-mana mesyuarat tertentu jawatankuasa itu bagi maksud membantu atau menasihati jawatankuasa itu, tetapi orang yang diundang sedemikian tidak berhak untuk mengundi. (4) Sesuatu jawatankuasa hendaklah menepati apa-apa arahan yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Lembaga dan Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah pertubuhan jawatankuasa yang dilantik sedemikian.". 13. Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11 seksyen yang berikut: Seksyen baru 11A dan 11B. "Perlantikan dan tatacara jawatankuasa. "perlantikan dan tatacara jawatankuasa kecil. 11A. (1) Tertakluk kepada apa-apa batasan, sekatan atau syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, suatu jawatankuasa boleh melantik satu atau lebih jawatankuasa kecil untuk membantunya dalam melaksanakan tugasnya dan menjalankan kuasanya.

RANG UNDANG-UNDANG (2) Tertakluk kepada Akta ini, dan kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh jawatankuasa, sesuatu jawatankuasa kecil boleh mengawalselia tatacaranya sendiri. (3) Sesuatu jawatankuasa kecil boleh, selepas berunding dengan jawatankuasa dan dengan kelulusan Lembaga, mengundang seorang atau lebih untuk menghadiri mana-mana mesyuarat tertentu jawatankuasa kecil itu bagi maksud membantu atau menasihati jawatankuasa kecil itu, tetapi orang yang diundang sedemikian tidak berhak mengundi. (4) Sesuatu jawatankuasa kecil hendaklah menepati apa-apa arahan yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa oleh jawatankuasa dan jawatankuasa itu boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah pertubuhan jawatankuasa kecil yang dilantik sedemikian. Saraan atau elaun, 11B. Jika seseorang yang bukan ahli, pegawai atau pengkhidmat Lembaga diundang untuk menghadiri sesuatu mesyuarat Lembaga, manamana jawatankuasa atau jawatankuasa kecil bagi maksud memberi bantuan atau nasihat di bawah seksyen 9(3), 11(l)atau 11A(1) Lembaga boleh melalui resolusi menetapkan saraan atau elaun bagi orang itu, dan wang itu hendaklah dibayar daripada Kumpulanwang.". Pindaan tajuk Bahagian III 14. Akta ibu adalah dipinda.dengan memasukkan selepas perkataan "PENTADBIRAN" dalam tajuk Bahagian III perkataan ", TATATERTIB".

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (PINDAAN 9 DAN PERLUASAN) 15. Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 16 seksyen yang berikut: Seksyen baru 16A. Tugas Ketua Pengarah. 16A. Ketua Pengarah hendaklah, tertakluk kepada arahan dan kawalan Lembaga, bertanggungjawab bagi (a) pentadbiran dan pengurusan hari ke hari hal-ehwal Lembaga; (b) penyediaan program, skim, projek dan aktiviti Lembaga; (c) pelaksanaan semua program, skim, projek dan aktiviti Lembaga; (d) pemberian maklumat yang sepenuhnya kepada Lembaga tentang kemajuan program, skim, projek dan aktiviti Lembaga; (e) pengeluaran panduan dasar atau penerangan keputusan-keputusan Lembaga kepada pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Lembaga; (f) pelaksanaan keputusan-keputusan dasar Lembaga; dan (g) pengawasan dan pengawalan ke atas pelaksanaan keputusan-keputusan Lembaga.". 16. Seksyen 17 Akta ibu adalah dipinda dengan memotong perkataan, "menggantung jawatan, membuangkerja, mendenda,". Pindaan seksyen 17.

Subtajuk baru dan seksyen baru 18A dan 18B. 10 RANG UNDANG-UNDANG 17. Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18 subtajuk dan seksyen yang berikut: "Tatatertib Jawatankuasa tatatertib. 18A. (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pegawai dan pengkhidmatnya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang itu mengikut Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 18B. (2) Bagi maksud seksyen ini (a) maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa tatatertib Lembaga berkenaan dengan Ketua Pengarah yang terdiri daripada (i) Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa; dan (ii) dua ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga; dan (b) Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori pegawai-pegawai atau pengkhidmat-pengkhidmat Lembaga yang berlainan. (3) Yang berikut hendaklah terpakai kepada mana-mana jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan menurut subseksyen (2)(b); (a) jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan ahli Lembaga atau pegawai Lembaga atau apa-apa gabungan ahli dan pegawai itu; dan (b) seseorang pegawai yang menjadi ahli jawatankuasa tatatertib tidak boleh berpangkat lebih rendah daripada mana-

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (PINDAAN 11 DAN PERLUASAN) mana pegawai atau pengkhidmat yang ke atas pegawai atau pengkhidmat itu jawatankuasa yang dia menjadi ahli mempunyai kuasa tatatertib. (4) Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (2)(b) hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara berhubungan dengan tatatertib pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya. (5) Pada menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa tatatertibnya, jawatankuasa tatatertib yang disebut di bawah subseksyen (2) hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan hukuman tatatertib yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 18s. (6) Sesuatu keputusan (a) jawatankuasa tatatertib yang disebut di bawah subseksyen (2)faJ; dan (b) mana-mana jawatankuasa tatatertib yang disebut di bawah subseksyen (2)(b), boleh dirayu masing-masingnya kepada (i) Menteri; atau (ii) Lembaga, dan Menteri atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan itu. (7) Apabila Lembaga menimbangkan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (6), seseorang ahli

12 RANG UNDANG-UNDANG Kuasa untuk membuat peraturanperaturan tatatertib. jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga ahli Lembaga tidak boleh hadir atau dalam apa-apa cara turut serta dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu. (8) Keputusan Menteri atau Lembaga di bawah subseksyen (6) adalah muktamad dan konklusif. 18B. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan yang difikirkannya perlu atau suai-manfaat bagi mengadakan peruntukan mengenai tatatertib Ketua Pengarah, pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Lembaga. (2) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini (a) boleh mewujudkan kesalahan tatatertib; (b) boleh mengadakan peruntukan bagi hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukumanhukuman yang diperuntukkan itu boleh meliputi pelucuthakan emolumen, penangguhan pergerakan gaji, pengurangan gaji, penurunan pangkat dan pembuangan kerja; dan (c) hendaklah memberikan kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang membuat representasi terhadap tuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum suatu keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib itu kecuali dalam hal-hal yang berikut: (i) jika seseorang pegawai atau pengkhidmat Lembaga dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (PINDAAN 13 DAN PERLUASAN) alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya; (ii) jika Lembaga, atas syor Menteri yang bertanggungjawab bagi halehwal dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai-manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau (iii) jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau pengkhidmat Lembaga itu apaapa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika telah dikenakan terhadap pegawai atau pengkhidmat Lembaga itu apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis; (d) peruntukan-peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen seseorang pegawai atau pengkhidmat Lembaga sementara menanti suatu prosiding jenayah terhadapnya atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya; dan

14 RANG UNDANG-UNDANG (e) peruntukan-peruntukan bagi penggantungan kerja tanpa emolumen seseorang pegawai atau pengkhidmat Lembaga jika pegawai atau pengkhidmat itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah atau jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan atau dikenakan ke atas pegawai atau pengkhidmat itu. (3) Bagi maksud subseksyen (2), "pegawai" termasuklah Ketua Pengarah.". Pindaan seksyen 22. Seksyen baru 24A, 24B, 24c dan 24D. 18. Seksyen 22 Akta ibu adalah dipinda (a) dengan menggantikan perkataan "seksyenseksyen 11(4)" dengan perkataan "seksyenseksyen 11B"; (b) dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (d) dengan koma bernoktah; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut: "(e) bagi memberi pinjaman-pinjaman kepada pegawai-pegawai dan pengkhidmatpengkhidmat Lembaga bagi apa-apa maksud lain yang diluluskan oleh Lembaga.". 19. Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24 seksyen yang berikut: "Pengenaan surcaj. 24A. (1) Seseorang yang atau telah dalam penggajian Lembaga boleh disurcajkan jika didapati oleh Lembaga bahawa orang itu (a) telah gagal memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya; (b) adalah atau telah bertanggungjawab atas apa-apa pembayaran wang yang tidak

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (PINDAAN 15 DAN PERLUASAN) sepatutnya daripada Kumpulanwang atau atas apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya; (c) adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau secara tak langsung, atas apa-apa kekurangan pada, atau atas pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang-barang simpanan atau harta lain Lembaga; (d) sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau (e) telah gagal membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab atas apa-apa kelewatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulanwang kepada manamana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga. (2) Lembaga hendaklah, sebelum orang itu disurcajkan, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcajkan. (3) Jika suatu penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis yang tersebut dahulu disampaikan, Lembaga boleh (a) dalam hal subseksyen (\}(a), (b) dan (c), mensurcajkan terhadap orang itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun yang tidak dipungut, atau pembayaran yang tidak sepatutnya yang dibuat, atau kekurangan pada atau kerugian, atau pemusnahan harta itu;

16 RANG UNDANG-UNDANG (b) dalam hal subseksyen (l)(d) dan (e), mensurcajkan apa-apa jumlah wang yang difikirkan patut oleh Lembaga terhadap orang itu. Pemberitahuan surcaj. 24B. Lembaga hendaklah memberitahu orang yang disurcajkan itu berkenaan dengan apa-apa surcaj yang dibuat di bawah seksyen 24A(3). Penarikan balik surcaj. 24c. Walau apa pun seksyen 24A(3) dan seksyen 24s, Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya suatu penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Lembaga hendaklah dengan segera memberitahu orang itu tentang penarikan balik itu. Mendapatkan surcaj. 24o. Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah seksyen 24A(3) dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 24c hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh didakwa dan didapatkan di dalam manamana mahkamah atas guaman Lembaga dan boleh juga jika diarahkan oleh Lembaga didapatkan melalui pemotongan (a) gaji orang yang disurcajkan; atau (b) pencen orang yang disurcajkan, dengan bayaran ansuran yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji bulanan atau pencen, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.".

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (PINDAAN 17 DAN PERLUASAN) 20. Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 25 seksyen yang berikut: Seksyen baru 25A. Pengkhidmat-pengkhidmat awam. N.M.B. Bab 45. 25A. Pada melaksanakan tugas dan menjalankan kuasa mereka, semua ahli, Ketua Pengarah, pegawai dan pengkhidmat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat-pengkhidmat awam mengikutpengertian Kanun Keseksaan.". 21. Seksyen 27 Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan "yang tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini -" dengan perkataan "bagi melaksanakan peruntukan Akta ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan-peruntukan yang terdahulu, berkenaan dengan perkara-perkara yang berikut:". Pindaan seksyen 27. HURAIAN Rang Undang-Undang ini bertujuan meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (" Akta") dan memperluaskan penguatkuasaan Akta ke Negeri Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. 2. Fasal 3 bertujuan meminda subseksyen 1(2) Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemakaian Akta ke seluruh Malaysia. Dengan ini, perenggan (d) fasal 5 bertujuan memotong takrif "Malaysia Barat" dalam seksyen 2 Akta. 3. Fasal 4 bertujuan membuat pindaan am dalam teks bahasa kebangsaan Akta dengan memotong perkataan "Barat" dalam subseksyen 3 (1) dan dengan menggantikan perkataan "penjawat" dan "penjawat-penjawat" masing-masingnya dengan perkataan "pengkhidmat" dan "pengkhidmat-pengkhidmat". 4. Fasal 5 bertujuan memasukkan takrif "Ketua Pengarah" dan "jawatankuasa tatatertib". la juga bertujuan menggantikan perkataan "pelajaran" dalam takrif "Menteri" dengan perkataan "pendidikan". 5. Fasal 6 bertujuan meminda seksyen 4 Akta berhubungan dengan pertubuhan Lembaga. la bertujuan mengadakan peruntukan bagi perlantikan baru ahli-ahli dan perlantikan wakil ahli-ahli tertentu. 6. Fasal 7 bertujuan meminda seksyen 5 Akta. la bertujuan, antara lain perkara, memasukkan dua tujuan baru Lembaga iaitu, menggalakkan

18 RANG UNDANG-UNDANG penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan menggalakkan penggunaannya yang lebih meluas. 7. Fasal 8 bertujuan meminda seksyen 6 Akta dengan memotong subseksyen (2). 8. Fasal 9 bertujuan memasukkan seksyen baru 6A dan 6B. Seksyen baru 6A bertujuan memperuntukkan bahawa Lembaga adalah pihak berkuasa penyelaras yang tunggal berkenaan dengan membentuk, mencipta, dan membakukan istilah-istilah dalam bahasa kebangsaan. Peranan baru ini adalah perlu memandangkan perlunya penyeragaman dalam perkembangan bahasa kebangsaan. Seksyen baru 6B memberi Lembaga kuasa untuk mewakilkan, secara bertulis, apa-apa tugas atau kuasanya kecuali kuasa-kuasa di bawah seksyen 18A, 18B, 19 dan 27 kepada Ketua Pengarah atau pegawai-pegawai atau pengkhidmatpengkhidmat Lembaga. 9. Fasal 10 bertujuan menggantikan seksyen 7 Akta. Seksyen 7 yang baru bertujuan menerangkan kuasa-kuasa Lembaga. 10. Fasal 11 bertujuan memasukkan seksyen baru 7A yang memberi Lembaga kuasa untuk memindahkan atau melupuskan apa-apa aktiviti atau tugasnya berhubungan dengan penjalanan tujuannya yang dinyatakan dalam perenggan 5(iii) Akta kepada mana-mana orang atau badan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga. 11. Fasal 12 bertujuan menggantikan seksyen 11 Akta. Seksyen 11 yang baru membuat peruntukan bagi Lembaga untuk melantik satu atau lebih jawatankuasa bagi membantunya dalam melaksanakan tugas-tugasnya dan menjalankan kuasa-kuasanya. la juga menyatakan fungsi-fungsi jawatankuasa-jawatankuasa itu. 12. Fasal 13 bertujuan memasukkan seksyen baru 11A dan 11B. Seksyen baru 11A bertujuan membuat peruntukan bagi jawatankuasa untuk melantik satu atau lebih jawatankuasa kecil untuk membantunya dalam melaksanakan tugas-tugasnya dan menjalankan kuasa-kuasanya. la juga menyatakan fungsi-fungsi jawatankuasa kecil itu. Seksyen baru 11B bertujuan mengadakan peruntukan bagi pembayaran saraan atau elaun kepada mana-mana orang selain daripada ahli, pegawai atau pengkhidmat Lembaga yang diundang untuk menghadiri manamana mesyuarat Lembaga, jawatankuasa atau jawatankuasa kecil. 13. Fasal 14 bertujuan menambahkan suatu tajuk baru kepada Bahagian III Akta mengenai tatatertib. 14. Fasal 15 bertujuan memasukkan seksyen baru 16A yang bertujuan menyatakan tugas-tugas Ketua Pengarah.

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (PINDAAN 19 DAN PERLUASAN) 15. Fasal 16 bertujuan memotong perkara-perkara berhubungan dengan tatatertib daripada skop seksyen 17 Akta kerana perkaraperkara sedemikian diuruskan dalam seksyen baru 18A dan 18s yang dicadangkan. 16. Fasal 17 bertujuan memasukkan seksyen baru 18A dan 18s. Seksyen baru 18A menubuhkan jawatankuasa tatatertib Lembaga berkenaan dengan Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmatnya dan menyatakan tugas-tugas, kuasakuasa dan fungsi-fungsinya. Seksyen baru 18B memberi Lembaga kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib. 17. Fasal 18 bertujuan menambah perenggan baru (e) kepada seksyen 22 Akta untuk membolehkan Lembaga memberikan pinjaman kepada pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmatnya bagi apa-apa maksud yang diluluskan olehnya. 18. Fasal 19 bertujuan memasukkan seksyen baru 24A, 24B, 24c dan 24D yang berhubungan dengan pengenaan surcaj terhadap manamana orang yang sedang atau pernah bekerja dengan Lembaga. 19. Fasal 20 bertujuan memasukkan seksyen baru 25A yang bertujuan menjadikan ahli, Ketua Pengarah, pegawai-pegawai dan pengkhidmatpengkhidmat Lembaga pengkhidmat-pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan. 20. Pindaan-pindaan lain yang dicadangkan kepada Akta yang tidak disebut dengan nyata adalah pindaan-pindaan yang berbangkit atau kecil sahaja. IMPLIKASI KEWANGAN Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. [PN. (U 2 )1256.]