Notis Perlindungan Data Peribadi ( Notis / Notis Privasi ) ini menyatakan bagaimana Leadership Resources (Malaysia) Sdn Bhd (273497-D) dan Malaysian Info-Science Sdn Bhd (263873-P) ( Syarikat-syarikat tersebut ) mengumpul, menggunakan dan melindungi Data Peribadi yang kamu berikan kepada Syarikatsyarikat tersebut. Dengan menggunakan perkhidmatan Syarikatsyarikat tersebut atau melayari laman-laman web Syarikat-syarikat tersebut seperti di www.leadershipresources.my ( Laman Web ), kamu adalah dengan ini bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi kamu oleh Syarikat-syarikat tersebut dalam penyediaan/peruntukan perkhidmatan-perkhidmatan seperti latihan, bimbingan, pelaksanaan dan segala-segala perkhidmatanperkhidmatan yang berkaitan dan/atau sebarang perkhidmatanperkhidmatan yang kamu telah meminta dari Syarikat-syarikat tersebut ( Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut ). 1. DATA PERIBADI 1.1 Data Peribadi yang kamu berikan ataupun yang telah diberikan kepada Syarikat-syarikat tersebut termasuk nama kamu, maklumat perhubungan, alamat, alamat e-mel, nombor kad pengenalan atau nombor passpot, maklumat akaun bank, jawatan, butiran kad kredit dan maklumat-maklumat lain yang diberikan oleh kamu dalam sebarang borang-borang, seperi borang permohonan, sama-ada fizikal ataupun maya (virtual). 1.2 Selain daripada Data Peribadi yang kamu berikan kepada Syarikat-syarikat tersebut secara langsung (sama ada ketika menggunakan perkhidmatan kami ataupun semasa sebarang komunikasi dengan Syarikat-syarikat tersebut), Syarikatsyarikat tersebut juga mungkin akan memperolehi Data Peribadi kamu dari pelbagai sumber lain, termasuk tanpa had, dari alat carian talian, maklumat yang diperolehi daripada pihak ketiga melalui sumber yang sah termasuk tetapi tidak 1
terhad kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, atau di acara-acara yang dianjurkan atau disertai oleh Syarikat-syarikat tersebut. 1.3 Berkenaan dengan data peribadi bagi pihak ketiga seperti pasangan kamu dan ahli-ahli keluarga kamu, kamu dengan ini menjamin bahawa kamu telah mendapatkan persetujuan mereka untuk membenarkan kami untuk memproses data peribadi mereka dan kamu akan melanjutkan satu salinan Notis ini kepada mereka. 2. TUJUAN MEMPROSES DATA PERIBADI 2.1 Dengan menghadiri atau mengambil bahagian dalam acaraacara yang dianjurkan oleh Syarikat-syarikat tersebut atau menggunakan perkhidmatan Syarikat-syarikat tersebut, kamu dengan ini bersetuju dan membenarkan Syarikat-syarikat tersebut menggunkan dan memproses Data Peribadi kamu yang telah berikan kepada Syarikat-syarikat tersebut, dalam cara dan untuk tujuan yang dinyatakan di bawah: i. untuk tujuan bagi Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut; ii. iii. iv. untuk menyediakan apa-apa dokumen atau surat cara yang dikehendaki bagi tujuan yang dinyatakan di dalam perenggan (1) di atas dan apa-apa kerja sampingan lain yang berkaitan dengan perenggan (1) di atas; untuk memberi maklumat yang diperlukan kepada manamana pihak berkuasa atau kerajaan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, peraturan atau keperluan kerajaan; untuk tujuan pentadbiran dalaman Syarikat-syarikat tersebut; v. untuk Syarikat-syarikat berkomunikasi dengan kamu; 2
vi. untuk Syarikat-syarikat tersebut mematuhi obligasinya di bawah undang-undang atau mana-mana peraturanperaturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan. 2.2 Ia adalah secara sukerela bagi kamu untuk membekalkan Data Peribadi kamu kepada Syarikat-syarikat tersebut. Tetapi, jika kamu tidak ingin berikan Data Peribadi kamu, Syarikatsyarikat tersebut mungkin tidak dapat: i. memberikan perkhidmatan yang kamu perlukan atau telah daftarkan diri atau menghadiri atau mengambil bahagian; atau ii. berkomunikasi secara efektif dengan kamu. 2.3 Syarikat-syarikat tersebut juga mungkin akan mengguna dan memproses Data Peribadi kamu untuk tujuan lain seperti: i. untuk menghantar kepada kamu kad-kad ucapan dan pesanan, surat berita, artikel-artikel, brosur, risalah, rencana-rencana dan kemas kinian yang lain, mengedar maklumat acara, persidangan, ceremah dan seminar yang mungkin menarik minat kamu; dan ii. untuk memberi laporan dan rujukan mengenai hadiran, pengambilan bahagian dan penglibatan kamu dengan Perkhidmatan-perkhidmatan Syarikat-syarikat tersebut kepada mana-mana pihak, sama ada atas permintaan atau kehendak sendiri Syarikat-syarikat tersebut, tertakluk kepada budi bicara Syarikat-syarikat tersebut bahawa ia bersesuaian dan berpatutan. jika ada, melalui emel, mel, telefon, faks atau sebarang cara komunikasi sama-ada serta-merta atau tidak. 3
2.4 Kamu dengan ini bersetuju dan memberi kebenaran kamu kepada penyimpanan, pemeliharaan dan penyenggaraan Data Peribadi kamu di sebuah kemudahan, perkhidmatan, lokasi atau sistem, sama ada fizikal atau maya, di dalam atau di luar Malaysia, yang difikirkan paling bersesuaian oleh Syarikatsyarikat tersebut. 2.5 Jika kamu tidak bersetuju atau tidak memberikan kebenaran kepada Syarikat-syarikat tersebut untuk memproses Data Peribadi kamu mengikuti cara dan bagi tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan di dalam sini, sila memaklumkan kepada Syarikat-Syarikat tersebut melalui butiran-butiran perhubungan yang dinyatakan di sini. 3. PENDEDAHAN DATA PERIBADI 3.1 Data Peribadi kamu yang diberikan kepada Syarikat-syarikat tersebut atau diperolehi Syarikat-syarikat tersebut akan disimpan sulit oleh Syarikat-syarikat tersebut. Akan tetapi, ia mungkin perlu bagi Syarikat-syarikat tersebut untuk menggunakan pihak ketiga, pembekal perkhidmatan atau individu-individu untuk melaksanakan perkhidmatanperkhidmatan tertentu bagi pihak Syarikat-syarikat tersebut. Dalam situasi ini, kamu dengan ini bersetuju dan membenarkan Syarikat-syarikat tersebut untuk mendedahkan dan memindahkan Data Peribadi kamu kepada pihak ketiga, mahupun di dalam atau di luar Malaysia, termasuk tanpa had, seperti yang berikut: i. Bank-bank dan institusi kewangan; ii. Syarikat insuran; iii. Syarikat yang membekal kemudahan penyimpanan (storage facility); 4
iv. Penasihat luar dan penasihat professional yang lain, seperi juruaudit, peguam, dan v. Mana-mana pihak lain sebagaimana Syarikat-syarikat tersebut fikirkan perlu bagi tujuan yang dinyatakan di dalam perenggan 2 di atas. 3.2 Syarikat-syarikat tersebut juga akan mendedahkan dan memindahkan maklumat tersebut kepada mana-mana badanbadan berkanun, badan-badan pengawal aturan dan/atau pihak berkuasa kerajaan di mana adalah perlu untuk berbuat demikian di bawah undang-undang. 4. EMEL DAN LAMAN WEB 4.1 Sebarang Data Peribadi yang terkandung di dalam emel dan mesej Hubungi Kami yang dihantar melalui Laman-Laman Web Syarikat-syarikat tersebut, seperti di www.leadershipresources.my kepada Syarikat-syarikat tersebut (termasuk sebarang permintaan dari laman web Franklin Covey) hendaklah digunakan dan diproses mengikut cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Kandungan mesejmesej tersebut akan dikawal ketat oleh Syarikat-syarikat tersebut. 4.2 Jika kamu tidak inginkan Data Peribadi kamu dikumpul melalui cecikut (cookies) di Laman Web, sila konfigurasikan internet kamu untuk memadamkan atau menyahaktifkan cecikut (cookies). 4.3 Laman Web Syarikat-syarikat tersebut mungkin mengandungi sambungan ke laman web dan laman-laman lain. Syarikatsyarikat tersebut tidak bertanggungjawab bagi apa-apa Data Peribadi atau maklumat yang kamu berikan kepada entity lain melalui sambungan-sambungan tersebut. 5
5. PERMINTAAN UNTUK AKSES DAN PERTANYAAN 5.1 Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini sama ada memohon untuk mendapat akses kepada, atau memohon untuk pembetulan dibuat ke atas Data Peribadi kamu (tertakluk kepada sebarang bayaran, jika berkenaan), atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi kamu oleh Syarikatsyarikat tersebut, yang mana berkenaan, tetapi tertakluk kepada pengecualian dan sekatan sebagaimana yang terkandung di bawah undnag-undang yang terpakai. Jika kamu ingin berbuat demikian, sila hubungi: Leadership Resources (Malaysia) Sdn Bhd (273497-D) Marketing & Event Management D4-1-8, Solaris Dutamas, No1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur +603 6205 5550 +603 6205 5551 marketing@leadershipresources.my Kamu juga boleh menghubungi Syarikat-syarikat tersebut melalui butir-butir hubungan di atas jika kamu mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi kamu yang diberikan kepada Syarikat-syarikat tersebut. 5.2 Sila ambil perhatian bahawa Syarikat-syarikat tersebut mempunyai hak untuk menolak permintaan kamu untuk mendapat akses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi kamu, setakat mana yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai. 6. AM 6.1 Syarikat-syarikat tersebut berhak untuk meminda atau mengubah suai Notis ini dari semasa ke semasa. 6
6.2 Notis Perlindungan Data Peribadi ini diisu dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat apaapa yang tidak konsisten atau terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. -- TAMAT -- 7