pengurusan wang ringgit anda Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

dokumen-dokumen yang mirip
Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

SYNERGY CARDS SDN BHD

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Overdraf. November 2017

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kenderaan baru buatan tempatan terpilih bagi kegunaan teksi / kereta sewa sahaja.

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

*Nota: Bagi Leftenan Muda atau setaraf dan ke bawah, umur semasa memohon MESTILAH tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh persaraan

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PEMBIAYAAN PERIBADI-I TAWARRUQ

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

SPB1M. BSN memberi perkhidmatan kepada pengusaha bas sekolah untuk ditukar ganti kepada bas baru tertakluk kepada:

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

1. Apa produk ini berkenaan?

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

Kad Caj: KAD PERIBADI AMERICAN EXPRESS Jun 2012

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U)

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

10.75% RM672, Jumlah Pembayaran berdasarkan Harga Jualan Bank adalah RM672,105.60

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

TAKAFULINK DANA EKUITI DINASTI PROFIL DANA 2015

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Transkripsi:

pengurusan wang ringgit anda Diterbitkan oleh:

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Aras 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Faks: 03-2616 7601 E-mel: enquiry@akpk.org.my AKPK Edisi Kedua 2013 Hak cipta buku ini adalah milik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Buku ini atau mana-mana bahagiannya boleh diterbitkan semula, diterjemahkan atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dengan mendapat izin bertulis terlebih dahulu daripada AKPK dan hanya untuk tujuan pendidikan. Tiada sebarang bentuk keuntungan kewangan boleh diperoleh, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung daripada penerbitan semula seperti di atas. ISBN 978-983-44004-2-2 Penafian: Maklumat yang terkandung di dalam buku ini bertujuan untuk pendidkan semata-mata. Maklumat tersebut bukanlah pengganti kepada nasihat atau saranan yang mungkin anda terima daripada penasihat kewangan profesional. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menafikan sebarang liabiliti kepada mana-mana pihak yang menggunakan maklumat di dalam buku ini sebagai asas untuk membuat sebarang keputusan atau tindakan. Walaupun segala usaha telah dibuat untuk memastikan ketepatan maklumat di dalam buku ini, AKPK mengharapkan pemahaman anda sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kekurangan. Nama dan maklumat individu yang terkandung di dalam kisah benar telah diubah bagi melindungi identiti mereka. Book 1.indb 2 3/25/11 11:40:53 AM

ep ro du ce d R Be To N ot Book 1.indb 23 BAB 2 ASAS MEMINJAM 3/25/11 11:41:10 AM

Hendak meminjam ataupun tidak... itulah persoalannya! Hari ini, dengan adanya pelbagai kemudahan pinjaman dan kad kredit yang ditawarkan oleh penyedia kredit, anda mungkin terpengaruh untuk berbelanja lebih daripada apa yang sepatutnya dengan meminjam. Melalui pinjaman, anda boleh membeli rumah dan kereta, membayar bil, malah juga pergi melancong. Walaupun pinjaman adalah berguna, terutamanya apabila anda ingin membeli sesuatu yang memerlukan wang yang banyak, anda juga harus ingat bahawa pinjaman yang diambil itu bukannya percuma. Sebaliknya pinjaman tersebut perlu dibayar balik dengan caj faedah dan bayaran penalti jika anda terlewat bayar! Kredit dan hutang Kredit adalah kemudahan pinjaman dengan persetujuan untuk membayar balik mengikut syarat dan terma perjanjian pinjaman yang telah ditetapkan. 24 Book 1.indb 24 3/25/11 11:41:10 AM

Anda diberi satu kad kredit dengan had kredit sebanyak RM3,000. Jika anda telah membelanjakan RM1,000 dengan kad kredit tersebut, maka RM1,000 kredit yang telah digunakan itu akan menjadi hutang. SEBELUM : RM3,000 kredit sedia ada SELEPAS : RM2,000 baki kemudahan kredit HUTANG : RM1,000 KENAPA ANDA MEMINJAM? Apabila anda ingin meminjam, anda perlu tahu apakah tujuan pinjaman tersebut? Ingat, anda sepatutnya meminjam untuk memenuhi keperluan dan bukannya kehendak anda. Sekiranya anda ingin mengambil pinjaman atau menggunakan kad kredit untuk membeli sesuatu, tanya diri anda soalan yang berikut terlebih dahulu: Adakah barangan atau perkhidmatan yang saya ingin beli itu suatu keperluan ataupun kehendak? Adakah saya mampu membayar ansurannya? Jika barangan tersebut merupakan suatu pembelian besar, seperti membeli rumah atau kereta, bolehkah saya menyediakan wang pendahuluan yang lebih tinggi? 25 Book 1.indb 25 3/25/11 11:41:13 AM

Memiliki pengetahuan asas meminjam boleh membantu anda untuk mengurus pinjaman dengan baik. Asas meminjam Pinjam hanya untuk tujuan produktif atau untuk sesuatu yang amat diperlukan tetapi anda tidak mempunyai wang tunai yang cukup. Ini termasuk pembelian rumah dan kereta, menghantar anak melanjutkan pelajaran atau menampung perbelanjaan pada waktu kecemasan. Pinjam mengikut kemampuan. Sebaik-baiknya buatlah pinjaman yang membolehkan anda membayar balik dengan selesa. Adalah disarankan jumlah pembayaran bulanan semua hutang tidak melebihi 40% daripada pendapatan bersih anda (selepas potongan cukai, PERKESO dan KWSP). Peminjam mempunyai tanggungjawab moral untuk membayar balik pinjaman. Harus ingat, penilaian kredit ke atas anda akan terjejas jika anda tidak membayar balik mengikut terma pembayaran. Berikut adalah beberapa contoh hutang produktif dan hutang tidak produktif: HUTANG PRODUKTIF (Membeli aset naik nilai) Meminjam wang pada kadar kompetitif untuk dilaburkan dalam aset berkualiti Membayar balik pinjaman perumahan dengan teratur HUTANG TIDAK PRODUKTIF (Membiayai gaya hidup) Mengambil pinjaman baharu semata-mata untuk menebus pinjaman lama tanpa penjimatan sebarang kos Mengambil pinjaman peribadi pada kadar faedah tinggi untuk membiayai percutian atau kos gaya hidup Seperti yang dijelaskan di atas, pinjaman untuk tujuan yang betul boleh membantu meningkatkan nilai harta bersih anda. Setelah mengetahui kenapa dan bila anda harus meminjam, seterusnya marilah kita lihat sumber pinjaman yang ditawarkan. 26 Book 1.indb 26 3/25/11 11:41:13 AM

SUMBER PINJAMAN Di Malaysia, terdapat pelbagai penyedia kredit yang menyediakan kemudahan pinjaman. Antara sumber-sumber pinjaman adalah seperti berikut: Institusi Kewangan Berlesen Institusi kewangan berlesen, termasuk bank perdagangan yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan kemudahan kredit kepada orang ramai. Anda dinasihatkan supaya mendapatkan pinjaman daripada penyedia kredit berlesen kerana terdapatnya undang-undang dan peraturan yang melindungi hak anda sebagai peminjam. Untuk mendapatkan senarai penuh institusi kewangan berlesen, sila layari laman web BNM di www.bnm.gov.my Koperasi Koperasi adalah dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Ahli koperasi boleh meminjam daripada koperasi masing-masing berdasarkan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh pengurusan koperasi tersebut. Peminjam Wang Berlesen Peminjam wang berlesen dilesenkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menawarkan pinjaman kepada orang ramai. Berbeza dengan institusi kewangan berlesen, peminjam wang berlesen tidak boleh menerima deposit dan biasanya kadar faedah pinjaman yang dikenakan adalah lebih tinggi. Anda dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu kadar pinjaman mereka sebelum membuat pinjaman. Peminjam Wang Tidak Berlesen Peminjam wang tidak berlesen beroperasi secara haram dan mereka dikenali sebagai Lintah Darat atau Ah Long. Mereka menawarkan pinjaman tanpa cagaran pada kadar faedah yang sangat tinggi, dengan terma dan syarat yang ketat dan tidak jelas. Mereka juga sering menggunakan ancaman dan kekerasan terhadap peminjam yang tidak dapat membayar balik pinjaman mereka. Anda dinasihatkan supaya tidak meminjam daripada peminjam wang yang tidak berlesen. 27 Book 1.indb 27 3/25/11 11:41:13 AM

JENIS PINJAMAN Pinjaman bercagar Memerlukan aset sebagai cagaran dan lazimnya pinjaman bercagar mudah diperolehi Jika gagal membayar balik, penyedia kredit berhak merampas dan menjual aset anda untuk mendapatkan kembali wang pinjaman mereka Contoh bercagar pinjaman dan kereta pinjaman adalah perumahan Pinjaman tidak bercagar Tidak memerlukan aset sebagai cagaran Bergantung kepada keupayaan membayar balik pinjaman dan sejarah kredit anda Jumlah pinjaman biasanya lebih rendah dengan tempoh pembayaran yang lebih pendek. Biasanya kadar faedah yang dikenakan adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar pinjaman bercagar Untuk mengurangkan risiko, penyedia kredit kadangkala memerlukan penjamin pinjaman Contoh pinjaman tidak bercagar adalah hutang kad kredit dan pinjaman peribadi 28 Book 1.indb 28 3/25/11 11:41:13 AM

ep ro du ce d PERBANKAN ISLAM R Institusi perbankan Islam dilesenkan oleh BNM dan operasinya berasaskan peraturan Syariah (prinsip Islam) yang mengharamkan riba (pengumpulan dan pembayaran faedah), usury (tindakan atau amalan meminjamkan wang pada kadar faedah yang amat tinggi), perdagangan risiko kewangan (opsyen dan pasaran hadapan) dan usaha niaga yang haram. To Be Di Malaysia, kita mempunyai pilihan untuk memilih antara perbankan konvesional dan Islam. Di sebalik tanggapan sesetengah orang, perbankan Islam sebenarnya adalah untuk semua orang tanpa mengira agama mereka. N ot Institusi perbankan Islam menjalankan transaksi mengikut peraturan Syariah yang dikenali sebagai Fiqh al-muamalat. Prinsip asas perbankan Islam adalah perkongsian untung dan rugi dan larangan riba. Antara konsep Islam yang biasa digunakan dalam perbankan Islam termasuk perkongsian (Mudharabah), simpanan (Wadiah), perkongsian untung rugi (Musharakah), perjanjian jual beli (Murabahah) dan pajakan (Ijarah). Produk perbankan Islam di Malaysia dipantau oleh Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan oleh BNM di samping jawatankuasa penasihat Syariah yang ditubuhkan di institusi masing-masing. 29 Book 1.indb 29 3/25/11 11:41:15 AM

APA YANG DIAMBIL KIRA OLEH PEMIUTANG? Apabila anda memohon kad kredit, pinjaman peribadi atau lain-lain pinjaman, pemiutang akan menilai tahap risiko kredit anda. Sewaktu membuat penilaian tersebut, pemiutang akan mengambil kira keupayaan peminjam untuk memenuhi kewajipan membayar balik. Tahap nilai risiko ini juga akan menentukan kadar faedah dan kos-kos lain untuk pinjaman yang akan diambil. Kelulusan pinjaman biasanya bergantung kepada faktor-faktor asas berikut: Tiga Faktor Asas 30 1Tujuan 2 Pinjaman Keupayaan Membayar Balik Pemiutang ingin mengetahui tujuan sesuatu pinjaman bagi menilai risiko yang terlibat. Jenis pinjaman akan dipadankan dengan tujuan pinjaman. Jika anda membeli rumah, maka anda akan ditawarkan dengan pinjaman perumahan dan untuk membeli kereta, anda pula akan ditawarkan dengan pinjaman sewa beli. Bagi pinjaman untuk sesuatu tujuan yang tidak produktif atau berunsur spekulasi, mungkin anda akan ditawarkan pinjaman peribadi atau overdraf. Tujuan dan jenis pinjaman serta sama ada bercagar ataupun tidak, akan menentukan kadar faedah dan tempoh pinjaman anda Keupayaan anda untuk membayar balik pinjaman adalah penting. Pemiutang akan menilai sama ada anda mempunyai lebihan pendapatan atau simpanan tunai untuk memenuhi komitmen kewangan yang baharu. Mereka juga ingin kepastian sama ada anda mempunyai pendapatan yang stabil atau pekerjaan tetap. Kedudukan aliran tunai anda akan dinilai dengan terperinci. Petunjuk utama bagi menilai keupayaan pembayaran anda adalah dengan mengetahui nisbah hutang kepada pendapatan anda Book 1.indb 30 3/25/11 11:41:15 AM

3Sejarah Pembayaran Rekod pembayaran hutang terdahulu atau semasa akan dinilai untuk mengetahui perilaku anda sebagai seorang pembayar. Jika anda mempunyai rekod yang tidak memuaskan maka peluang untuk mendapat pinjaman baharu mungkin tipis NISBAH HUTANG KEPADA PENDAPATAN Nisbah hutang kepada pendapatan menunjukkan jumlah pembayaran balik bulanan semua pinjaman berbanding dengan jumlah pendapatan bersih bulanan anda. Nisbah yang tinggi menunjukkan seseorang itu tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan bulanannya. Sebagai panduan am, jumlah pembayaran balik bulanan bagi semua pinjaman termasuk hutang kad kredit tidak boleh melebihi 40% daripada pendapatan bersih anda Kita lihat contoh kiraan nisbah hutang kepada pendapatan dengan melihat kedudukan kewangan Encik Daud: Pendapatan bulanan Encik Daud ialah RM3,800. Jumlah pembayaran balik bulanan pinjaman rumah, sewa beli kereta dan kad kredit ialah RM2,128. Nisbah hutang kepada = Pembayaran balik bulanan pendapatan Pendapatan bersih = RM 2,128 X 100% RM 3,800 = 56% 31 Book 1.indb 31 3/25/11 11:41:17 AM

Seperti yang anda boleh lihat, Encik Daud mempunyai nisbah hutang kepada pendapatan yang melebihi daripada nisbah yang disarankan. Dalam keadaan seperti ini, Encik Daud harus berusaha untuk mengurangkan nisbah tersebut. Jadi bagaimanakah caranya untuk mengurangkan nisbah hutang kepada pendapatan anda? Nisbah ini boleh diperbaiki dengan mempertingkatkan tahap pendapatan dan/atau mengurangkan komitmen pinjaman anda. Anda dinasihatkan agar tidak mempunyai komitmen hutang yang tinggi dan menggunakan kad kredit secara berlebihan. Ini kerana ia akan memberi kesan ke atas nisbah hutang kepada pendapatan dan mungkin menjejaskan nilai kredit anda di masa hadapan. MENJADI SEORANG PENJAMIN Apabila kedudukan kredit seseorang diragui, pihak pemberi pinjaman biasanya akan meminta peminjam menyediakan penjamin pinjaman tersebut. Penjamin bukanlah peminjam utama. Walau bagaimanapun, penjamin dipertanggungjawabkan atas baki pinjaman termasuk faedah sekiranya peminjam utama gagal membayar balik. Jaminan terhadap kewajipan peminjam akan terus berkekalan sehinggalah kesemua hutang berkenaan dilangsaikan. Tanggungjawab penjamin tidak akan dilepaskan tanpa penyelesaian penuh pinjaman atau tanpa kebenaran daripada pemberi pinjaman terlebih dahulu. 32 Book 1.indb 32 3/25/11 11:41:17 AM

Tanggunggan Penjamin Usia : 28 tahun Pekerjaan : Jurutera Status Perkahwinan : Bujang Sam dan Ling telah menjalin hubungan semenjak mereka belajar di kolej lagi. Selepas beberapa tahun berpacaran, Ling telah meminta Sam untuk menjadi penjamin kepada pinjaman sewa beli kereta baharunya. Tanpa berfikir panjang, Sam bersetuju kerana dia sedang dilamun cinta dan mengharapkan cintanya dibalas. Sebelum menandatangani borang penjamin, Sam tidak mendapatkan sebarang nasihat atau pandangan orang lain. Apa yang penting bagi Sam ialah cinta Ling dan dia yakin tidak lama lagi mereka akan mendirikan rumah tangga. Lagipun, Ling telah berjanji akan membayar ansurannya dengan teratur. Selang beberapa bulan kemudian, ansuran pinjaman sewa beli Ling sudah mula tertunggak. Sam, seperti yang telah dijangkakan, sekali lagi termakan dengan pujuk rayu Ling dan menolong Ling membayar ansuran pinjaman tersebut sehinggalah pada suatu hari Sam mengetahui bahawa Ling sebenarnya telah bertunang dengan orang lain. Kerana terlalu kecewa dengan perbuatan Ling, Sam membawa hati lukanya dengan berpindah ke tempat lain, malah Sam juga telah beberapa kali bertukar kerja. Oleh kerana Ling gagal membayar balik pinjaman sewa belinya, pihak pemberi pinjaman telah menarik balik dan melelong keretanya. Baki yang perlu dijelaskan selepas lelongan adalah sebanyak RM45,000. Apabila Ling tidak mampu menjelaskan baki pinjaman tersebut, pihak pemberi pinjaman telah mengemukakan notis tuntutan ke atas Sam selaku penjamin. Sam juga tidak boleh membayarnya kerana jumlah yang terlibat adalah terlalu besar baginya. Pihak pemberi pinjaman mula mengambil tindakan mahkamah terhadap Sam untuk menuntut balik kesemua baki hutang mereka. Oleh kerana terlalu bimbangkan tentang masa depannya, Sam telah bertindak dengan mendapatkan bantuan AKPK. 33 Book 1.indb 33 3/25/11 11:41:17 AM

KESAN KADAR FAEDAH Faedah ialah caj yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam atau keuntungan yang diperoleh daripada wang yang didepositkan. Kadar faedah yang dikenakan atas pinjaman adalah ukuran risiko yang diambil oleh pemberi pinjaman. Semakin tinggi risikonya, maka semakin tinggilah kadar faedah yang dikenakan. Biasanya, ada tiga jenis kadar faedah yang terdapat di pasaran seperti yang dijelaskan dibawah: Kadar Sama Rata Kadar Tetap Kadar Terapung Faedah dikira berdasarkan jumlah asal nilai pinjaman dan dikenakan untuk tempoh pinjaman yang dipersetujui Faedah dihitung berdasarkan baki pinjaman semasa pada kadar faedah yang tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman Faedah dihitung berdasarkan baki pinjaman semasa, dengan kadar faedah bersandarkan pada indeks atau kadar asas. Kadar ini boleh berubah-ubah sepanjang tempoh pinjaman. Indeks atau kadar asas faedah yang paling biasa digunakan ialah Kadar Pinjaman Asas (KPA). Jika istilah KPA tidak lagi digunakan, kadar faedah penyedia kredit masing-masing akan digunapakai Faedah kadar sama rata biasanya adalah lebih tinggi atau mahal kerana ianya dihitung atas jumlah asal pinjaman yang dibuat dan dikenakan sepanjang tempoh pinjaman. Sebaliknya, faedah kadar tetap dan faedah terapung pula dikira berdasarkan baki pinjaman semasa. 34 Book 1.indb 34 3/25/11 11:41:17 AM

Memahami faedah kompaun Faedah kompaun pada dasarnya adalah siri pengiraan faedah biasa di mana faedah akan dicampurkan dan dijadikan sebagai sebahagian daripada pinjaman pokok untuk tempoh yang berikutnya. Pengiraan faedah kompaun dilakukan secara tahunan, bulanan atau harian. Pengiraan faedah yang lebih kerap akan memberi kesan faedah kompaun yang lebih ketara. Faedah kompaun juga boleh diibaratkan sebagai pedang bermata dua. Ini kerana selain memberikan pulangan pelaburan yang lebih tinggi, faedah kompaun juga menyebabkan caj faedah yang lebih banyak jika ada kelewatan dalam pembayaran balik pinjaman atau hutang kad kredit. Faedah kompaun ini biasanya digunakan dalam pengiraan hutang kad kredit yang anda akan pelajari dalam Bab 3 dan juga dalam pengiraan pinjaman perumahan dalam Bab 5. Garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai ketelusan dan penzahiran produk Menyedari betapa pentingnya penzahiran yang mencukupi dan berkesan kepada pengguna, Garis Panduan BNM Mengenai Ketelusan dan Penzahiran Produk dikeluarkan bagi membantu meningkatkan piawaian penzahiran untuk produk kewangan runcit dan untuk menyokong pengguna membuat keputusan bijak melalui penzahiran yang bermakna dan terkini. Anda dinasihatkan untuk memahami ciri sesuatu produk pinjaman sebelum membuat sebarang keputusan untuk menerima kemudahan pinjaman berkenaan. 35 Book 1.indb 35 3/25/11 11:41:17 AM

rumusan Meminjam untuk memenuhi keperluan dan bukan kehendak; meminjam untuk tujuan produktif sahaja Meminjam mengikut kemampuan hadkan nisbah hutang supaya tidak melebihi 40% daripada pendapatan bersih Apabila meminjam, fahami tiga faktor asas meminjam: - tujuan pinjaman - keupayaan membayar balik - sejarah pembayaran Fahami pengiraan jenis kadar faedah dan kesan terhadap keseluruhan kos pinjaman Ketahui risiko sebelum menjadi seorang penjamin pinjaman kerana jika peminjam gagal membayar balik pinjaman, maka anda adalah orang yang akan bertanggung jawab! 36 Book 1.indb 36 3/25/11 11:41:18 AM

Senarai semakan Adakah anda tahu jumlah kos pinjaman anda? Kira nisbah hutang kepada pendapatan bersih anda. Adakah nisbah tersebut di bawah 40%? Adakah anda tahu tarikh akhir bayaran bagi semua ansuran pinjaman anda? Adakah anda seorang penjamin pinjaman? Jika ya, adakah peminjam membayar ansurannya mengikut jadual? 37 Book 1.indb 37 3/25/11 11:41:19 AM

PENILAIAN DIRI 1. Kadar faedah untuk pinjaman tidak bercagar kebiasaannya a. rendah b. tinggi c. tetap d. berubah-ubah 2. Berikut adalah kriteria penilaian kredit yang digunakan oleh penyedia kredit apabila mempertimbangkan permohonan pinjaman: a. Keupayaan membayar balik b. Rekod bayaran pinjaman terdahulu c. Tujuan meminjam d. Kesemua di atas 3. Nisbah hutang kepada pendapatan anda disarankan tidak melebihi a. 40% daripada pendapatan kasar anda b. 40% daripada perbelanjaan anda c. 40% daripada pendapatan bersih anda d. 40% daripada jumlah hutang anda 4. Sekiranya anda adalah seorang penjamin, penyedia kredit boleh: a. meminta rakan anda yang bukan penjamin untuk membayar jumlah hutang tertunggak b. mendapatkan bayaran balik pinjaman daripada ahli keluarga anda yang bukan penjamin c. meminta anda membayar lain-lain pinjaman di institusi penyedia kredit tersebut yang anda bukan penjamin d. meminta anda membayar jumlah tunggakan sekiranya peminjam gagal membayar balik 39 Book 1.indb 39 3/25/11 11:41:20 AM

5. Berikut adalah keterangan tentang mekanisme faedah kompaun? a. Faedah dikenakan ke atas jumlah pokok dan faedah terkumpul b. Faedah dikenakan ke atas jumlah pokok sahaja c. Faedah dikenakan ke atas bahagian faedah yang tidak berbayar sahaja d. Kesemua di atas adalah tidak benar 6. Keterangan berikut adalah BENAR tentang perbankan Islam? a. Institusi perbankan Islam dilesenkan oleh BNM b. Ia berlandaskan Syariah (prinsip Islam) c. Ia berdasarkan konsep perkongsian untung dan rugi d. Kesemua di atas Sila rujuk jawapan anda di muka surat terakhir buku ini 40 Book 1.indb 40 3/25/11 11:41:20 AM