TEKS ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PERKHIDMATAN RAJA SEHARI 1
KOPERASI SMK DATO AHMAD RAZALI BERHAD 12 OGOS 2017, DEWAN UTAMA, SMK DATO AHMAD RAZALI 2
Bismillahirrahmanirrahim., Assalamualaikum wr. wbth. Salam 1Malaysia dan Salam 1Koperasi Terima Kasih Pengacara Majlis Ybhg Pengetua SMK Dato Ahmad Razali 3
YBhg Puan Rodhiah Saad Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru-guru dan para pelajar sekalian. 4
Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana memberi kesempatan dan waktu kepada kita untuk berhimpun di sini, bagi menjayakan Majlis Perasmian Pelancaran Perkhidmatan Raja 5
Sehari oleh Koperasi SMK Dato Ahmad Razali Berhad. Saya bagi pihak ANGKASA mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Koperasi SMK Dato Ahmad Razali dan seluruh anggota lembaga koperasi, yang 6
telah berjaya mengadakan satu aktiviti ekonomi yang boleh memberi manfaat kepada koperasi sekolah. Perkhidmatan Raja Sehari seperti ini merupakan satu yang membanggakan dalam pembangunan ekonomi koperasi sekolah, membina keusahawanan 7
di kalangan pelajar dan dalam masa yang sama, memberikan satu pengalaman pengurusan acara yang lengkap kepada pelajar. Pelancaran perkhidmatan Raja Sehari ini merupakan satu inovasi perkhidmatan yang boleh 8
ditawarkan oleh koperasi sekolah kepada masyarakat setempat. Ianya bukan sahaja boleh dimanfaatkan oleh guru-guru yang mempunyai anak atau bekasbekas pelajar di sekolah ini, tetapi boleh dipanjangkan kepada komuniti setempat. 9
Untuk makluman semua, ANGKASA dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Pendidikan dan MARA ada mengadakan satu konvensyen yang dinamakan Konvensyen 10
Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah (KPKKS). Konvensyen ini mengiktiraf aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan oleh koperasi sekolah dan saya lihat perkhidmatan yang disediakan ini merupakan salah satu 11
keusahawanan yang boleh diketengahkan. Inilah peluang kepada semua anggota koperasi sekolah yang terdiri daripada murid-murid untuk menimba ilmu keusahawanan dan 12
menguruskan satu-satu acara besar secara lebih tersusun. Saya percaya, dengan kepelbagaian ilmu yang ada dikalangan guru dan kemudahankemudahan yang ada di sekolah ianya boleh digunakan secara 13
optimum, perkhidmatan ini boleh menjadi katalis kepada aktiviti koperasi sekolah yang lain. YBhg. Tuan/Puan Pengetua, guruguru dan pelajar sekalian 14
Untuk makluman semua, ANGKASA sentiasa memberi keutamaan kepada koperasi sekolah seawal tahun 80an lagi. Sebagai contoh ialah sambutan HKS yang bertujuan untuk menggalakkan koperatorkeperator sekolah mendalami ilmu koperasi melalui pertandingan kuiz 15
yang diadakan sempena Perayaan Hari Koperasi Antarabangsa. Acara ini diperluaskan ke peringkat zon, negeri dan kebangsaan melalui acara berasingan iaitu Perayaan Hari Koperasi Sekolah 16
dengan pelbagai aktiviti bagi menyuburkan amalan berkoperasi dalam skala yang lebih besar. Bagi memberi peluang lebih ramai pelajar-pelajar, sekolah-sekolah dan penglibatan komuniti dalam sambutan HKS, pada 2004 sehingga kini sekolah diberi peluang 17
merayakan HKS dengan cara dan kreativiti sendiri, mengikut tempoh yang ditetapkan. Koperasi sekolah yang cemerlang dikumpulkan dalam satu majlis untuk penghargaan dan 18
pengiktirafan seperti yang kita adakan pada malam ini. Alhamdulilah, sejak HKS dilaksanakan pada 1991 sehingga kini, sambutan sangat menggalakkan. Pada tahun ini, 1266 buah sekolah telah 19
merayakan HKS secara sukarela. Penyertaan luar biasa ini menunjukkan HKS telah menjadi acara tahunan mega pilihan sekolah, sekaligus membuktikan keberjayaan HKS dalam membudayakan amalan 20
berkoperasi dalam kalangan generasi muda di sekolah. Statistik pertumbuhan koperasi sekolah meningkat dengan ketara sejak diasaskan pada tahun 1969, selaras dengan usaha-usaha yang dilaksanakan ANGKASA yang 21
mendapat sokongan padu daripada KPM, Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri, SKM dan sekolah-sekolah. Sehingga Disember 2016, koperasi sekolah berjumlah 2,376 dengan keahlian 2.08 juta, aset berjumlah RM327.1 22
juta, menyumbang perolehan sebanyak RM359.3 juta. Sepanjang 2016, 91 peratus atau 2,155 koperasi sekolah memperoleh keuntungan. Untuk makluman, Koperasi MRSM Kepala Batas telah berjaya memperoleh pendapatan 23
melebihi RM1 juta, manakala 2 buah sekolah lagi bakal mengikuti jejak yang sama iaitu SMK Bintulu Sarawak dan SMK Kota, Kota Bharu Kelantan yang perolehannya hampir mencecah RM1 juta. ANGKASA berhasrat melahirkan lebih banyak koperasi sekolah 24
menyumbang perolehan melebih sejuta. Ini tidak bermakna, ANGKASA mencuba untuk mengkomersialkan koperasi sekolah. ANGKASA berpandangan koperasi sekolah berpotensi 25
menjana pendapatan tanpa mengganggu pembelajaran dalam kelas, malah mampu mengasah bakat-bakat keusahawanan dan kemahirankemahiran mentadbir, mengurus, berniaga, membuat kira-kira dan dapat memupuk pelbagai nilai-nilai 26
murni yang diperlukan untuk manusia berguna dan berjaya kepada agama, bangsa dan negara selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 27
Ingin saya tegaskan di sini, pengembangan koperasi sekolah oleh ANGKASA masih tetap mengekalkan matlamat asal untuk memberi latihan, pendidikan dan pengalaman keusahawanan secara langsung kepada pelajar- 28
pelajar. Yang mana latihan ini tidak dapat diperolehi di bilik darjah. Apabila mereka habis belajar, pengalaman ini diharap dapat membuka minda mereka untuk menjalankan perniagaan sendiri atau menubuhkan koperasi. Ini 29
bukan sahaja dapat membantu mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru malah dapat mengurangkan kebergantungan generasi muda untuk bekerja makan gaji. 30
Ybhg Tuan/Puan Pengetua, guruguru dan pelajar sekalian Penjanaan pendapatan oleh koperasi sekolah bukan untuk keuntungan semata-mata, malah koperasi dapat menjual keperluankeperluan pelajar-pelajar, guru- 31
guru dan sekolah pada harga yang lebih murah. Ini dapat membantu mengurangkan beban pelajarpelajar dan kos sara hidup. Keuntungan yang diperolehi juga akan dipulangkan kepada pelajarpelajar dalam bentuk dividen atau membantu sekolah menyediakan 32
kemudahan-kemudahan untuk pelajar. Ini dapat mengurangkan kebergantungan sekolah kepada kerajaan untuk pembiayaan prasarana sekolah. Selaras dengan itu, ANGKASA memfokuskan untuk 33
membangunkan dan mengembangkan perniagaan koperasi sekolah melalui program terpilih seperti Pelancongan Koperasi Sekolah, Bengkel Pembangunan Perniagaan, Bengkel Perniagaan Kiosk, Bengkel Pembangunan Produk, Dialog 34
Pengetua, kursus-kursus untuk pelajar-pelajar dan guru-guru koperasi, Bengkel Audit dan Bengkel Khas Pengarah Teknik dan Vokasional. Justeru, untuk memperkasakan lagi koperasi sekolah di negara ini, saya 35
memohon KPM memastikan semua jabatan-jabatan pendidikan dan pengetua-pengetua sekolah menyokong penuh semua program-program pembangunan dijalankan ANGKASA dengan memberi pelepasan kepada guruguru koperasi dan pelajar-pelajar, 36
mengurangkan waktu mengajar guru koperasi, memberi ruang operasi, menggalakkan perluasan perniagaan koperasi dan kelonggaran menjual makanan dan minuman yang tidak bermasak semasa kantin beroperasi. Sokongan mereka ini amat penting 37
dalam memacu kejayaan koperasi. Banyak bukti menunjukkan sokongan pengetua menjadi pemangkin kejayaan koperasi sekolah seperti Pengetua SM Sains Kuala Pilah Bhd, Koperasi SMK (P) Pasir Mas Bhd, Koperasi SMK Bintulu Bhd dan SMK Merbau Miri Bhd. 38
Saya juga Memohon persetujuan Kementerian Pendidikan untuk berkongsi peluang perniagaan solar dengan koperasi sekolah. Sekolah boleh menjana pendapatan melalui panel-penal solar yang digunakan untuk garaj 39
kereta guru. Solar yang dijana itu boleh dijual kepada TNB. Dalam konteks ini, koperasi menjana pendapatan berganda daripada tenaga solar dan sewa garaj. Dalam hal ini, ANGKASA mengharapkan SKM dapat 40
menambah bajet KWAP untuk pembangunan koperasi sekolah bagi tahun hadapan dan semua program pembangunan koperasi sekolah diserahkan sepenuhnya kepada ANGKASA selaras dengan Deklarasi Putrajaya. 41
Bagi semua koperasi sekolah, Saya mengharapkan agar dapat mencari satu inisiatif untuk meningkatkan tabungan pelajarpelajar melalui peningkatan kadar yuran atau mewujudkan tabung simpanan bagi menggalakkan pelajar-pelajar menyimpan dan 42
berjimat cermat. Apabila mereka habis belajar dan berjaya menyambung pengajian di IPT ada sumber kewangan yang dapat mereka gunakan untuk menampung perbelanjaan diawal pengajian. 43
Akhir kata, marilah kita bersamasama mengekalkan prestasi koperasi sekolah negara di persada dunia. Model koperasi sekolah kita sentiasa mendapat perhatian dunia. Di forum-forum antarabangsa, banyak negara berminat dan memohon ANGKASA 44
membentangkan kertas kerja khusus mengenai model pelaksanaan koperasi sekolah. Terbaru, ANGKASA bakal membantu Timor Leste dari segi kepakaran membangunkan koperasi sekolah. Semoga usaha yang dilakukan ini menjadi platform 45
terbaik membangkitkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri generasi muda bagi melahirkan lebih ramai usahawan berjaya di negara kita. Tahniah kepada Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Razali Ampang Jaya yang telah berjaya menghasilkan satu 46
perkhidmatan yang boleh memberi manfaat kepada anggota dan masyarakat. Dengan lafaz bismmilahhiroman nilrohim, saya merasmikan Perkhidmatan Raja Sehari pada hari ini. 47
Sekian, wabillahi tawfiq wal hidayah. Wassalamualaykum wrh. wbth. 48