PROGRAM FESTIVAL SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN II, 2016 1. TUJUAN Kertas cadangan ini disediakan bagi mendapatkan kelulusan penglibatan guru dan murid dari Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia sempena program Festival Sains, Teknologi dan Inovasi Kebangsaan II, 2016. 2. PENGENALAN Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) digubal dengan hasrat untuk melahirkan modal insan bagi menyokong teras Misi Nasional dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk minda kelas pertama. Ciri-ciri keintelektual tinggi yang ada dalam masyarakat ini seterusnya akan memperkukuhkan lagi momentum dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah Negara maju menjelang tahun 2020 dan pasca-2020. Fakulti Sains Gunaan (FSG) adalah salah satu fakulti di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang melahirkan ahli sains yang memenuhi keperluan pembangunan industri dan negara serta melaksanakan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang Fizik, Kimia, dan Biologi. Kini, Fakulti Sains Gunaan merupakan antara salah sebuah fakulti yang terbesar di mana ianya menawarkan 13 program peringkat Sarjana Muda di kampus Shah Alam. Sejajar dengan hasrat kerajaan dan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dalam menyemarakkan lagi budaya Science, Technology, Engineering and Mathematic (STEM) di kalangan rakyat Malaysia terutamanya pelajar sekolah, pihak Fakulti Sains Gunaan UiTM Kampus Shah Alam mengambil inisiatif untuk menganjurkan program tahunan yang kali ke-2 diadakan iaitu Festival Sains, Teknologi dan Inovasi II 2016 atau lebih dikenali sebagai FESTASI II 2016. Program ini akan melibatkan Kementerian Pelajaran Malaysia, mahasiswa daripada pelbagai Institut Pengajian Tinggi, pelajar-pelajar sekolah serta guru-guru dari sekolah dari seluruh Malaysia, Jabatan- Pelajaran Negeri Selangor, Yayasan Inovasi Malaysia, Pihak Polis, RELA dan Badan Swasta. Berbeza dengan penganjuran pada tahun 2015, pihak penganjur FESTASI 2016 menampilkan pendekatan yang baharu di mana FESTASI 2016 pada kali ini akan dijalankan
di luar kampus UiTM. Langkah terbaru ini dilaksanakan bagi mendekati masyarakat luar dan memperluas bidang sains itu sendiri di kalangan pelajar mahupun masyarakat setempat. Langkah ini dijangka memberi impak positif terhadap pembangunan sains, teknologi dan inovasi selaras dengan kehendak dan keperluan semasa. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah eksperimen secara hands-on oleh kumpulan eksperimen dari pelbagai persatuan dalaman FSG, pertandingan inovasi- penyelesaian masalah di sekolah, peringkat sekolah,,pertandingan permainan sains, promosi program uitm, Selangkah ke UiTM, pameran, keusahawanan dan sebagainya. Dengan penganjuran program ianya juga menjadi salah satu platform bagi mahasiswa untuk mendekati masyarakat luar serta bergiat aktif bukan sahaja dalam bidang akademik bahkan juga dalam sukan dan aktiviti persatuan. Penganjuran bersama persatuan dalaman juga memberi peluang kepada mahasiswa untuk menarik minat pelajar sekolah untuk mendalami bidang sains sekaligus menjadi warga FSG suatu hari nanti. Selain itu, program seperti ini dapat mengasah bakat kepimpinan bagi melahirkan mahasiswa dan modal insan yang berintelektual dan berkarisma. 3. MISI Program tahunan ini dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai bidang sains dan teknologi di samping mengasah bakat mahasiswa dan pelajar dalam bidang inovasi di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, ianya dapat melatih mahasiswa untuk mahir dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat luar. 4. MATLAMAT Matlamat penganjuran program ini adalah untuk menarik minat pelajar terhadap subjek sains dengan menggunakan pendekatan eksperimen secara hands-on dan pertandingan inovasi sasaran.
5. OBJEKTIF 1.1 Untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah dan rendah terhadap bidang sains di peringkat universiti. 1.2 Untuk memupuk minat dan pengetahuan kepada pelajar dan mahasiswa mengenai bidang sains dan teknologi. 1.3 Untuk memberi peluang dan menjadi salah satu platform untuk mengetengahkan bakat pelajar dalam menghasilkan inovasi baharu melalui pertandingan inovasi. 1.4 Untuk memberi peluang kepada mahasiswa dalam mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang sains sama ada fizik, kimia mahupun biologi melalui eksperimen bersama pelajar sekolah. 1.5 Untuk mempromosi program-program di dalam FSG sama ada di peringkat Diploma mahupun Ijazah Sarjana Muda. 1.6 Untuk memperkukuh dan mengeratkan hubungan warga UiTM khususnya FSG dengan masyarakat luar.
STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK FESTIVAL SAINS TEKNOLOGI & INOVASI KEBANGSAAN 2016 FAKULTI SAINS GUNAAN, UiTM SHAH ALAM Penaung YBhg Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan bin Said Naib Cancelor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Penasihat 1 YBhg. Prof Dato Dr. Abdullah Mohamad said YBhg. Prof Dr. Haji Khudzir Bin Ismail Pengerusi Dr Mohd Tajuddin Bin Mohd Ali Timbalan Pengerusi En. Fairus Muhammad Darus Ahli Jawatankuasa Induk Prof. Madya Dr Farida Zuraina Prof. Madya Dr. Azizah Hanom Sekreteriat Pn. Norliza Abd. Rahman Pn. Azizah Mohin En. Hafidz Mohd Noor Ketua-Ketua Pusat Pengajian Prof. Datin Dr. Rohaya Ahmad Prof. Madya Dr. Zainal Samicho Prof Madya Dr. Abu Hassan Prof Madya Dr. Harita Hashim Penasihat Penasihat Persatuan Dalaman, Fakulti Sains Gunaan Pengarah Program Muhamad Izzad Sharif Bin Saharuddin
1. TENTATIF PROGRAM (Hanya Pelajar UiTM dan Masyarakat Setempat) HARI PERTAMA, AHAD 12/ 11/2016 Masa 10.00 pagi- 1.00 tengah hari Program : Program Cintailah Tanaman dan Bumi Kita Bersama Masyarakat -program gotong royong membersihkan sisa kimia di sawah -pengujian kualiti air sawah -Penyampaian maklumat tentang sisa kimia. 2. TENTATIF PROGRAM HARI KEDUA, ISNIN 13/ 11/2016 Masa Program 8.00 Ketibaan tetamu 8.45 Pagi : Bacaan Doa 9.30 pagi : Ucapan Aluan & Majlis Perasmian 10.00 pagi- 1.00 tgh : Pameran produk Inovasi Sekolah 9.30 pagi- 1.00 tengah hari : : Experiment 4U- sebanyak 13 set exsperiment bermula. Science Games cth Chemistry Scrabble, Ting-ting kimia, Pameran program/ booth penaja Jualan produk 1.00 petang : Makan Tengah Hari & Solat 2.15 ptg- 3.15 petang : Career Talk 3.15-5.00 petang Penyampian hadiah. 5:00 Petang : Bersurai
PENUTUP Diharapkan pihak pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia dapat mempertimbangkan kelulusan terhadap penglibatan murid dan guru. Program ini dijangka akan memberikan impak positif terhadap pembudayaan sains, teknologi dan inovasi di kalangan pelajar sekolah mahupun mahasiswa sendiri serta menaikkan dan memartabatkan nama UiTM.