SOALAN NO. 69 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : JAWAB LISAN DARIPADA DATO' SERI TIONG KING SING [BINTULU] TARIKH 3 OGOS 2017 (KHAMIS) SOALAN Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan (a) apakah langkah-langkah agensi dan jabatan di bawah seliaan Kementerian dalam memastikan orang kurang upaya (OKU) di seluruh negara terutamanya di Bintulu dapat bertahan dan berdaya saing dalam mengharungi keadaan ekonomi yang semakin m encabar terutam a kepada mereka yang berpendapatan rendah; dan i
(b) bagaimana Kementerian memantau langkah tersebut dijalankan dan bagaimana Kementerian memastikan langkah tersebut berjaya.
JAWAPAN: YB PATO SRI ROHANI ABDUL KARIM. MENTERI PEMBANGUNAN WANITA. KELUARGA DAN MASYARAKAT Tuan Yang Dipertua, a. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan beberapa skim bantuan kebajikan kepada OKU supaya mereka dapat bertahan dan berdaya saing dalam dalam mengharungi keadaan ekonomi yang semakin mencabar. Bagi OKU yang masih boleh bekerja atau produktif, JKM telah merangka program melalui pendekatan productive welfare iaitu suatu pendekatan bagi membantu penerima bantuan kebajikan ke arah hidup berdikari dan survival, supaya tidak bergantung kepada bantuan selama-lamanya. Elaun Pekerja Cacat (EPC), dengan kadar RM350 sebulan dipertimbangkan kepada OKU yang sedang bekerja dan pendapatannya kurang daripada RM1.200 sebulan, sebagai insentif supaya mereka terus bekerja. Di Bintulu, seramai 202 OKU sedang 3
menerima EPC melibatkan agihan peruntukan sebanyak RM355,100.00 sehingga Jun 2017. Program 1AZAM telah diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar menjana peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan mereka. Golongan OKU juga telah mendapat manfaat daripada program ini. Sejak diperkenalkan pada 2009 sehingga September 2016, lebih 195,953 orang telah meraih manfaat daripada program ini dan daripada jumlah itu, seramai 85,866 (44%) termasuk OKU telah berjaya meningkatkan pendapatan sekurang-kurangnya RM 300.00. Berdasarkan Kajian Penilaian Outcome Program 1AZAM (AZAM Niaga & Khidmat) KPWKM yang telah dilaksanakan pada tahun 2016, sebanyak 89.17% peserta memperoleh pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Miskin Tegar sebelum menerima bantuan/memulakan perniagaan dan peratusan tersebut berkurang kepada 58.69% selepas menerima bantuan/memulakan perniagaan iaitu pengurangan sebanyak 30.48%. Pada masa yang sama, sebanyak 6.04% peserta memperoleh pendapatan di atas PGK 4
(Miskin) sebelum menerima bantuan/memulakan perniagaan dan peratusan tersebut bertambah kepada 17.63% selepas menerima bantuan/memulakan perniagaan iaitu pertambahan sebanyak 11.59%. Program Sokongan Pekerjaan kepada OKU telah dilaksanakan menerusi pelaksanaan program Job Coach. Mereka yang dilantik sebagai Job Coach berperanan untuk membantu OKU dan majikan dalam membuat penyesuaian kepada persekitaran kerja dan bidang kerja, mengambil kira keupayaan OKU supaya OKU dapat bekerja dalam keadaaan selesa dan produktif. Selain itu, peranan Job Coach adalah untuk mewujudkan hubungan saling memahami antara pekerja OKU dengan majikan dan rakan-rakan sekerja agar mereka dapat membantu OKU bekerja secara berterusan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan. Sehingga 2016, seramai 576 OKU telah bekerja di 338 majikan dengan bantuan seramai 184 Job Coach. Selain itu, Bantuan Geran Pelancaran (GP), dengan kadar RM2,700.00 sekaligus dipertimbangkan kepada kumpulan sasar JKM termasuk OKU bagi memulakan projek atau pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan ke arah berdikari dan tidak bergantung 5
kepada bantuan bulanan selama-lamanya. Kadar pemberian Geran Pelancaran di Sarawak adalah lebih tinggi iaitu sebanyak RM5.000. Di Bintulu seramai 6 OKU telah menerima GP pada tahun 2017. Antara perniagaan yang diceburi adalah seperti muzik jalanan (buskers), gerai minuman, jahitan, pertanian dan perikanan. JKM juga menyediakan latihan kepada OKU untuk terus berdikari menerusi institusi latihan seperti Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) di Bangi dan Bengkel Terlindung. Seramai 7 pelatih dari Sarawak akan menyertai PLPP untuk sesi Adakemik 2017 /2018 pada Julai 2017. OKU yang tidak produktif juga sentiasa mendapat perhatian kerajaan. Antara bantuan yang disalurkan kepada golongan ini adalah seperti berikut: i. Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB), dengan kadar RM200 sebulan dipertimbangkan kepada OKU yang tidak mampu bekerja kerana keadaan ketidakupayaan mereka. Di Bintulu, sehingga Jun 2017, seramai 6
357 OKU sedang menerima bantuan ini dengan peruntukan sebanyak RM351,400.00 ii. Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT), dengan kadar RM300 seorang sebulan dipertimbangkan kepada penjaga Orang Kurang Upaya Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar bagi mengurangkan bebanan perbelanjaan keluarga penjaga serta mempastikan penjagaan yang berkualiti. Sehingga Jun 2017, seramai 143 OKU sedang menerima bantuan ini dengan peruntukan sebanyak RM223,500.00 di Bintulu, Sarawak. iii. Bantuan Alat Tiruan / Sokongan, dengan kadar sebenar alat tiruan/ sokongan tersebut bagi membantu kumpulan sasar JKM yang tidak berkemampuan untuk membeli alat tiruan atau alat sokongan seperti kaki palsu, kerusi roda, alat pendengaran dan lain-lain peralatan yang bersesuaian dan diperlukan seperti yang disyorkan oleh Pegawai Perubatan. Bagi meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat Kerajaan juga menyediakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 7
kepada OKU, di samping mengumumkan pelepasan GST kepada pemegang Kad OKU yang sah untuk pembelian 31 jenis peralatan bantuan / sokongan OKU. Tuan Yang Dipertua, b) Jabatan Kebajikan Masyakat Negeri dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah sentiasa terlibat dalam menyalurkan khidmat nasihat untuk sebarang perancangan dan pemantauan program-program berkaitan OKU terutamanya di agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) syarikat swasta, dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK). Perkara yang memerlukan tindakan dan keputusan dasar akan dibawa ke Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) yang telah ditubuh di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008. MKBOKU dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan terdapat enam jawatankuasa di bawahnya iaitu Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina, Jawatankuasa Pekerjaan, Jawatankuasa Pendidikan Jawatankuasa Quality Life Care, 8
Jawatankuasa Pengangkutan dan Jawatankuasa Pendaftaran. Selain itu, Jawatankuasa Task Force Isu-Isu Ketidakupayaan yang dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat juga memberi perhatian kepada isu pekerjaan dan aksesibiliti OKU secara khusus. 9