HADIS BERKAITAN FITNAH

dokumen-dokumen yang mirip
"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

LALUAN KEHIDUPAN

Fadhilat Berbaik Sangka

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

Inspirasi Dua Wanita Paling Mulia dalam Sejarah Manusia

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

SIKAP MUSLIM MENGHADAPI MUSIBAH. Ust. H. Ahmad Yani, MA. Kondisi Manusia Menghadapi Musibah

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.

Siksa-Kubur: Ajaran Muhammad yang Kacau & Menakutkan

SUMBER HUKUM ISLAM 1

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Kitab Tentang Sumpah (Qosamah), Kelompok Penyamun, Kisas Dan Diyat 1. Qasamah (sumpah)

Dusta, Dosa Besar Yang Dianggap Biasa

Bahaya Menyebarkan Isu

E٤٢ J٣٣ W F : :

Rasulullah saw. memotong tangan pencuri dalam (pencurian) sebanyak seperempat dinar ke atas. (Shahih Muslim No.3189)

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

Tafsir Surat Al-Kautsar

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

PEMBUKAAN KOTA MEKAH

Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku`lah beserta orangorang yang ruku (Al Baqarah : 43)

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Anuraga Jayanegara Tanda-tanda kiamat Tanda-tanda kiamat

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Desas-desus. 1 P a g e

1. Di surga terdapat sebatang pohon yang luas bayangannya tidak dapat ditempuh selama seratus tahun berkendaraan

Memperhatikan dan Menasihati Pemuda Untuk Shalat

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :


Kasih Sayang Nabi Muhammad? Kepada Umatnya

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

*** Tunaikanlah Amanah

Ust. H. Ahmad Yani, Lc. MA. Urgensi Menjaga Lisan

Permasalahan Adzab Kubur

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Kematian Lebih Baik Bagi Seorang Mukmin

ASAS HIDUP TAKWA Oleh Nurcholish Madjid

1. Kewajiban mandi Jumaat atas setiap lelaki dewasa dan keterangan tentang beberapa hal yang dianjurkan

SUNNAH SEBAGAI SUMBER AJARAN ISLAM

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

SALAM PADA TUHAN Oleh Nurcholish Madjid

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

P e n t i n g n y a T a b a y y u n

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

1. Tentang firman Allah: Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka

Diantara perintah Allah Azza wa Jalla kepada kita adalah perintah agar kita mengikuti Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam.

Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir (Qaaf:18 )

Sifat Surga dan Penghuninya

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala.

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Perdamaian Itu Lebih Baik

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

Metode Bijak Memperbaiki Aib

E١١٧ J١٠٩ W F : :

06. Taubat dan pengajaran melalui perkataan

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF

Berpegang kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah, dan tidak bertaqlid kepada seseorang

Dan kemarahan itu sering menimbulkan perkara-perkara negatif, berupa perkataan maupun perbuatan yang haram.

?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.

MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Macam-Macam Dosa dan Maksiat

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

Qana ah dan Tasamuh. Aspek Akhlak

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

Bab 4 باب الصدق. Kebenaran

MAKNA DUA KALIMAT SYAHADAT DAN KONSEKUENSINYA

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama

Rasulullah SAW suri teladan yang baik (ke-86)

992. Abdullah bin Umar r.a. berkata, "Rasulullah biasa melakukan i'tikaf pada sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan."

Engkau Bersama Orang Yang Kau Cintai

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

Bismillahirrahmanirrahim

Kekhususan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam Yang Tidak Dimiliki Oleh Umatnya

Istiqomah. Khutbah Pertama:

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

Serial Akhlak Muslim : Amanah

DAFTAR TERJEMAH No. BAB Hal Terjemah

WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH SAW

Doa Penawar Kezaliman Tuesday, 25 August :23

Bahaya Zina dan Sebab Pengantarnya

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."

Adab di Dalam Rumah. Penyusun : Majid bin Su'ud al- Ausyan. Terjemah : Muzafar Sahidu bin Mahsun Lc. Editor : Eko Haryanto Abu Ziyad

Muhammad Nashiruddin Al-Bani, Sahih Sunan Ibnu Majah, Vol, 2, (Jakarta: Pustaka Azzam, 2013), h

Transkripsi:

HADIS BERKAITAN FITNAH Hadis 1: Ibnu Abbas menceritakan : "Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW : Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar. Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,: Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan. Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya: Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu? Jawab baginda Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering. (Bukhari) Hadis 2: Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-tirmidzi, Nasa i dan Ibnu Majah) Hadis 3: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata: Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Sehingga syaitan akan berkata: Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu? Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam. (Riwayat Bukhari Dan Muslim) Hadis 4: Dari Asma r.a katanya: "Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya, Mengapakah orang banyak mengerjakan solat? Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, Ayat? (tanda kebesaran Allah?) Jawab Aisyah, Ya! Tanda kebesaran Allah! Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening). Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi

kepala dan mukaku. Kata Asma selanjutnya, Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu baginda bersabda, antara lain: Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah kusaksikan dalam solatku sebentar tadi, syurga dan neraka. Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajjal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,: Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini? Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,: Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi. Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur. Katanya,: Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.kerana itu tidurlah dengan nyenyak. Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,: Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu kuucapkan pula. (Muslim) Hadis 5: Dari Zainab ats-thaqafiy r.a katanya: "Apabila kamu (para wanita) mengikuti solat Isya berjamaah di masjid, maka janganlah memakai harum-haruman ketika itu. (Muslim) Hadis 6: Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan. (Muslim) Hadis 7: Musaddad menyampaikan kepada kami, dari Abdul Aziz bin Mukhtar, dari Khalid al- Hazza, dari Akramah katanya: Abdullah bin Abbas berkata kepada aku dan anaknya Ali: Kamu berdua dengarlah hadith (daripadanya). Maka kami berdua pun pergi dan ketika itu Abu Said sedang membersihkan halaman. Ia mengambil selendangnya lalu duduk. Selepas itu ia mula menyampaikan hadith hingga sampai kepada membicarakan binaan masjid. Beliau berkata: Kami membawa batu-bata sekeping demi sekeping dan Ammar pula membawa dua batu bata (sekaligus), maka nabi s.a.w melihatnya lalu baginda mengibas-ngibas tanah daripadanya sambil bersabda: Kasihan Ammar, puak pelampau ingin membunuhnya sedangkan ia menyeru mereka kapada syurga dan mereka menyerunya kepada neraka. Abu Said berkata, Ammar menjawab: Aku berlindung dengan Allah daripada segala fitnah. (Bukhari)

Hadis 8: Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka. (Muslim)

Bahaya Fitnah Fitnah adalah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada atau mengaitkan diri seseorang dengan sesuatu yang tidak benar. Ia terhasil daripada persepsi atau gambaran dan bukannya berdasarkan realiti. Rasulullah S.A.W bersabda : Tahukah kamu apa itu memfitnah? Para sahabat berkata: Allah dan Rasulnya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (Muslim) ketika dia tidak ada dan yang dia tidak suka. Ditanya: Wahai Rasulullah jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa yang harus aku dikatakan? Baginda menjawab: Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat. (Riwayat Muslim) Islam melarang keras tindakan menabur fitnah dan menyebar khabar angin, malah mereka yang berbuat demikian dijanjikan dengan balasan yang buruk. "Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui." (An- Nur:19) Ayat itu diturunkan rentetan daripada peristiwa yang menimpa Rasulullah S.A.W apabila isterinya, Aisyah dituduh melakukan hubungan tidak baik dengan seorang sahabat bernama Safwan. Berita palsu ini berlaku selepas peperangan Bani al-mustaliq yang turut disertai golongan munafik. Dalam perjalanan pulang ke Madinah, tentera Islam singgah di satu tempat manakala Saidatina Aisyah keluar daripada kenderaannya untuk qada hajat dan kalungnya terjatuh, lalu beliau kembali ke tempat terbabit untuk mencari kalung itu. Pada masa yang sama, tentera Islam berangkat meneruskan perjalanan ke Madinah. Pada sangkaan mereka, Aisyah berada di kenderaan tunggangannya. Selepas Aisyah menjumpai kalung itu, beliau terus ke tempat persinggahan tentera Islam tetapi terkejut apabila mendapati tiada lagi sesiapa di sana. Beliau terlelap kerana penat dan dikejutkan dengan laungan seorang sahabat bernama Safwan bin Ma'tal yang kebetulan tercicir daripada kumpulan tentera Islam. Safwan yang mengetahui Aisyah isteri Rasulullah segera mengucapkan 'inna lillahi wa

ilahi rajiun' dan merendahkan tunggangannya untuk dinaiki Aisyah. Sepanjang perjalanan, mereka tidak bercakap walau sepatah perkataan pun sehingga mereka sampai ke Nahr al-zahirah yang secara kebetulan tentera Islam berhenti di tempat yang sama. Apabila dilihat tentera Islam yang ada di kalangan mereka itu orang munafik, mereka mula menyebarkan cerita berunsur fitnah, kononnya Aisyah melakukan hubungan sulit dengan Safwan. Cerita fitnah ini berlanjutan sehinggalah tentera Islam selamat sampai ke Madinah. Rasulullah mengambil sikap mendiamkan diri sehingga wahyu turun bagi menjelaskan perkara sebenar. Sebulan lamanya wahyu tidak turun dan dalam tempoh itu juga Aisyah ditimpa demam. Sehingga pada satu hari, turunnya ayat 11-20 surah an-nur menjelaskan mengenai kesucian Aisyah dan pembuktian dia tidak bersalah.mengapakah begitu besar ancaman fitnah ini kepada masyarakat? Firman Allah S.W.T yang bermaksud:...dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh...(al-baqarah: 191). Ayat di atas menjelaskan bahaya fitnah dalam masyarakat. Fitnah itu boleh dibaratkan sebagai pembunuh senyap yang boleh menjadikan sesiapa sahaja mangsanya. Mangsanya pula akan tertekan dan masyarakat jadi porak peranda. Berbanding dengan membunuh, ia hanya melibatkan nyawa. Sebab itu, di dalam Islam hukum merampas barang orang dan mencuri berbeza. Mencuri hukumnya lebih berat kerana ia mengambil barang orang lain secara senyap dan menyebabkan masyarakat rasa tertekan dan tidak tenteram. Walhal, merampas barang orang walaupun berdosa tetapi hukumannya adalah dengan membayar ganti rugi. Di akhirat, orang yang menabur fitnah akan diseksa kerana ia adalah dosa besar. Allah turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan mengumpat dan fitnah itu menerusi firmannya:...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?...(al-hujurat: 12)

Islam menyuruh umatnya menutup keburukan yang dilakukan oleh saudara sesama Muslim. Bagi mereka yang menyembunyikan keburukan ini maka Allah akan sembunyikan keburukan mereka di akhirat sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. Pengajaran yang lebih penting dalam ayat ini adalah membudayakan sikap berhati-hati apabila menerima berita daripada orang yang kita ragui. Demikian juga apabila mendapat berita sama ada melalui khidmat pesanan suara (SMS), khabar angin, tuduhan melulu atau melalui internet yang boleh dipertikaikan kejujurannya. Setiap Muslim tidak boleh menerima bulat-bulat tohmahan atau fitnah yang disampaikan kecuali setelah diperiksa kesahihannya. Sebab itu Islam sangat menentang sifat jahiliah iaitu sifat yang menggunakan persepsi semata-mata untuk menentukan kebenaran atau tidak. Sebaliknya, umat Islam perlu menggunakan keyakinan data ilmiah dalam menentukan benar atau salah sesuatu berita itu. Angkara fitnah ini amat buruk kesannya kepada masyarakat. Apabila masyarakat terutama anak muda terbiasa hidup dalam suasana fitnah, mereka akan hilang sensitiviti. Akhirnya masyarakat jadi kucar-kacir dan menghakis idealisme perpaduan dan persaudaraan dalam Islam. Dari segi agama, mangsa yang difitnah hendaklah bersabar dan tidak melakukan fitnah balas kepada orang yang memfitnah atau kepada pihak ketiga. Tindakan yang terbaik ialah memberi penjelasan berkaitan perkara yang telah menimbulkan prasangka masyarakat terhadap dirinya. Ini adalah sifat Muslim yang ideal yang dapat menahan emosi, nafsu juga akalnya dari melakukan perkara-perkara yang melampau dan ditegah agama. Kadang-kadang, kejadian ini adalah cubaan Allah untuk menguji keimanan seseorang. Baginda S.A.W sendiri pernah difitnah. Namun, fitnah atau tohmahan itu akan melahirkan peribadi yang lebih utuh. Barangkali juga kesulitan dan ujian Allah ini baik untuk kita sebagaimana firman Allah,...Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu dan dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-baqarah: 216).