D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

dokumen-dokumen yang mirip
UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 1 D.R. 43/2010

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 1 D.R. 33/2010 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

RANG UNDANG-UNDANG AKADEMI SAINS MALAYSIA 1994

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 1 D.R. 2/2015 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM 2015

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

SUSUNAN FASAL BAHAGIAN. 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran.

Teknologis dan Juruteknik 1 D.R. 30/2014 RANG UNDANG-UNDANG TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2014

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

BAHAGIAN I PERMULAAN

DR. 42/91 RANG UNDANG-UNDANG PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1991

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA [ ] DAN BAWASANYA kekurangan tersebut telah berakar umbi sejak beberapa generasi dan menimbulkan kitaran ketaksamaan turun-temurun;

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 27/2006 RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2006

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA 1973

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA 498 AKTA SURUHANJAYA SEKURITI (Mengandungi Pindaan terkini Akta A1489/2015) SUSUNAN SEKSYEN

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 62 AKTA AUDIT Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Undang-Undang Malaysia

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

D.R. 51/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perbadanan Produktiviti Negara (Pemerbadanan) 1966.

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 1 D.R. 13/2015 RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA 2015

AKTA BANK PERTANIAN MALAYSIA 1969

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

D.R. 27/92 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Institiut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975.

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

D.R. 17/99 RANG UNDANG-UNDANG BADAN BERKANUN (KUASA MEMINJAM) 1999

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Pencen (Pindaan) 1 D.R. 32/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pencen Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

D.R. 29/90 RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

(b) apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan itu sebagaimana yang difikirkannya patut dilaporkan,

D.R. 2/2008 RANG UNDANG-UNDANG AHLI GEOLOGI 2008

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) D.R. 33/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 12/96 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA AKREDITASI NEGARA 1996

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

Kawalan Harga dan Antipencatutan 1 D.R. 29/2010 RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta A1489 AKTA SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN) 2015

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

AKTA PILIHAN RAYA 1958

D.R. 14/2005 RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

Ahli Kimia (Pindaan) 1 D.R. 1/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Kimia 1975.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 4/96. Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972.

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 1 D.R. 20/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

D.R. 38/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Koperasi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 53/2007 RANG UNDANG-UNDANG PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2007

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan)(No. 2) D.R. 23/2008 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Transkripsi:

D.R. 44/96 Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran. BAHAGIAN II YAYASAN LAPORAN KEWANGAN DAN LEMBAGA PIAWA1AN PERAKAUNAN MALAYSIA 3. Penubuhan Yayasan. 4. Fungsi-fungsi Yayasan. 5. Anggota Yayasan. 6. Mesyuarat Yayasan. 7. Penubuhan dan fungsi-fungsi Lembaga. 8. Anggota Lembaga. 9. Mesyuarat Lembaga. 10. Hilang kelayakan. 11. Saraan. 12. Tempoh jawatan. 13. Peletakan jawatan dan pembatalan pelantikan. 14. Pengosongan jawatan. 15. Arahan Menteri. 16. Kuasa dan kewajipan lain Yayasan dan Lembaga. 17. Pengambilan khidmat Pengarah Teknikal dan orang lain. 18. Pengambilan kerja pegawai dan pengkhidmat.

2 Rang Undang-Undang BAHAGIAN III KEWANGAN Fasal 19. Kumpulan Wang. 20. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang. 21. Tahun kewangan Yayasan. 22. Pelaburan. 23. Laporan tahunan. 24. Akaun. 25. Ketakpakaian Akta 240. 26. Kuasa meminjam. BAHAGIAN IV AM 27. Pematuhan piawaian perakaunan diluluskan. 28. Kerahsiaan. 29. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan.

3 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta bagi menubuhkan Yayasan Laporan Kewangan dan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia; bagi mengadakan peruntukan tentang fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya; dan bagi mengadakan peruntukan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [ ] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Padirka Baginda Yang di-pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya seperti berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Laporan Kewangan 1996. (2) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain Tafsiran. "Bank Negara" ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958; "Institut Akauntan Malaysia" ertinya badan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Akauntan 1967; Akta 5/9. Akta 94

4 Rang Undang-Undang "Kumpulan Wang" ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah subseksyen 19(1); "Lembaga" ertinya Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 7; "Menteri" ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; "pegawai utama", berhubungan dengan sesuatu syarikat awam tersenarai, ertinya seseorang, dengan nama apa jua disebut, yang bertanggungjawab bagi perjalanan perniagaan dan pentadbiran syarikat awam tersenarai itu, dan termasuk pengerusi bukan eksekutif syarikat awam tersenarai itu; Akta 125. "Pendaftar Syarikat" ertinya Pendaftar Syarikat yang dilantik di bawah Akta Syarikat 1965; "piawaian perakaunan" ertinya pernyataan amalan perakaunan yang lazim yang digunakan bagi menyediakan penyata kewangan; "piawaian perakaunan diluluskan" ertinya piawaian perakaunan yang dikeluarkan atau diterima pakai oleh Lembaga di bawah subseksyen 7(1); Akta 498. "Suruhanjaya Sekuriti" ertinya Suruhanjaya Sekuriti yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993; "Yayasan" ertinya Yayasan Laporan Kewangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3. BAHAGIAN YAYASAN LAPORAN KEWANGAN DAN LEMBAGA PIAWAIAN PERAKAUNAN MALAYSIA II Penubuhan Yayasan. 3. Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama "Yayasan Laporan Kewangan" yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai biasa, yang boleh mendakwa dan didakwa dengan namanya itu

Laporan Kewangan 5 dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletakhak pada Yayasan mengikut apa-apa terma yang didapatinya patut. 4. (1) Fungsi-fungsi Yayasan ialah (a) memberikan pandangannya kepada Lembaga tentang apa-apa perkara yang hendak diusahakan atau dilaksanakan oleh Lembaga berhubungan dengan fungsi-fungsi Lembaga di bawah seksyen 7; (b) mengkaji semula prestasi Lembaga; (d) bertanggungjawab bagi segala perkiraan pembiayaan bagi kegiatan Lembaga, termasuk meluluskan belanjawan Lembaga; dan (e) melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, (2) Yayasan tidak boleh, oleh sebab atau berkaitan dengan kuasanya untuk meluluskan belanjawan Lembaga di bawah subseksyen (1), mengarahkan Lembaga supaya mengusahakan atau tidak mengusahakan mana-mana projek atau kegiatan yang tertentu atau selainnya menyentuh penjalanan kuasa Lembaga atau pelaksanaan fungsi Lembaga di bawah Akta ini. 5. (1) Yayasan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya; (b) Gabenor Bank Negara atau wakilnya; Fungsifungsi Yayasan. Anggota Yayasan.

6 Rang Undang-Undang (c) Pengerusi Suruhanjaya Sekufiti atau wakilnya; (d) Pendaftar Syarikat atau wakilnya; (e) Pengerusi Eksekutif Bursa Saham Kuala Lumpur atau wakilnya; (f) Presiden Institut Akauntan Malaysia; (g) Pengerusi Lembaga; (h) dua belas orang anggota lain yang daripadanya (i) lima orang hendaklah pegawai utama syarikat-syarikat awam tersenarai; (ii) empat orang hendaklah akauntan awam yang setiap seorang hendaklah merupakan rakan kongsi yang mempunyai tidak kurang daripada sepuluh tahun pengalaman dalam firma perakaunan; (iii) seorang hendaklah peguambela dan peguamcara yang merupakan rakan kongsi yang mempunyai tidak kurang daripada sepuluh tahun pengalaman dalam firma guaman; dan (iv) dua orang lain yang mempunyai pengalaman dan latar belakang yang relevan. (2) Menteri boleh melantik seorang Pengerusi daripada kalangan orang-orang yang disebut dalam subseksyen (1). Mesyuarat Yayasan 6. (1) Pengerusi Yayasan dan lapan orang anggota lain hendaklah membentuk kuorum pada semua mesyuarat Yayasan. (2) Yayasan hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan perjalanan prosidingnya. Penubuhan dan fungsifungsi Lembaga. 7. (1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu badan dengan nama "Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia" yang fungsi-fungsinya ialah (a) mengeluarkan piawaian perakaunan baru sebagai piawaian perakaunan diluluskan;

Laporan Kewangan 7 (b) mengkaji semula, menyemak, atau menerima pakai, sebagai piawaian perakaunan diluluskan, piawaian perakaunan yang sedia ada; (c) mengeluarkan pernyataan tentang prinsip-prinsip bagi laporan kewangan; (d) menaja atau mengusahakan pembangunan piawaian perakaunan yang berkemungkinan; (e) mengendalikan apa-apa perundingan awam yang perlu untuk menentukan kandungan konsep, prinsip dan piawaian perakaunan; (f) membangunkan suatu rangka kerja konsep bagi maksud menilai piawaian perakaunan yang dicadangkan; (g) membuat apa-apa perubahan kepada bentuk dan kandungan piawaian perakaunan yang dicadangkan sebagaimana yang dianggapnya perlu; dan (h) melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. (2) Lembaga hendaklah, berhubungan dengan fungsifungsinya di bawah perenggan (1)(a), (1)(b), (1)(c) atau (1)(g), meminta pandangan Yayasan. (3) Piawaian perakaunan diluluskan yang dikeluarkan atau diterima pakai di bawah subseksyen (1) boleh dinyatakan terpakai berhubungan dengan (a) apa-apa akaun yang disiarkan bagi sesuatu pengusahaan komersial, industri atau perniagaan di Malaysia dan subsidiari seberang laut dan perbadanan berkaitan jika akaun itu akan digabungkan dalam akaun disatukan di Malaysia; dan (b) tempoh perakaunan atau tempoh perakaunan interim;

8 Rang Undang-Undang dan boleh (aa) mempunyai pemakaian secara am atau khusus; (bb) berbeza mengikut perbezaan masa atau hal keadaan. Akta 125. Anggota Lembaga (4) Bagi maksud perenggan (3)(a) (a) "subsidiari" mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Syarikat 1965; dan (b) "perbadanan berkaitan" ertinya perbadanan yang tidak kurang daripada tiga puluh peratus dan tidak lebih daripada lima puluh peratus syernya dipegang oleh suatu perbadanan lain, menjadikan perbadanan yang mula-mula disebut itu suatu perbadanan berkaitan bagi perbadanan yang satu lagi. 8. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) Pengerusi; (b) Akauntan Negara; dan (c) enam orang anggota lain yang hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam perkara-perkara akaun dan laporan kewangan dan dalam satu daripada bidang yang berikut atau lebih: (i) perakaunan; (ii) undang-undang; (iii) perniagaan; (iv) kewangan. (2) Sekurang-kurangnya lima orang daripada anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah anggota Institut Akauntan Malaysia.

Laporan Kewangan 9 (3) Menteri boleh melantik tiga orang penasihat kepada Lembaga untuk mewakili (a) Suruhanjaya Sekuriti; (b) Bank Negara; dan (c) Pendaftar Syarikat. (4) Penasihat yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah dilantik daripada kalangan orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perakaunan, undang-undang, perniagaan atau kewangan. (5) Penasihat yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahuiu meletakkan jawatan atau pelantikannya terlebih dahuiu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang ditentukan oleh Menteri. 9. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu bagi pelaksanaan fungsi-fungsinya. Mesyuarat Lembaga. (2) Enam orang anggota Lembaga hendaklah membentuk kuorum pada semua mesyuarat Lembaga. (3) Penasihat kepada Lembaga berhak menghadiri mesyuarat Lembaga tetapi tidak berhak mengundi. (4) Sesuatu persoalan yang dibangkitkan pada manamana mesyuarat Lembaga hendaklah ditentukan oleh tidak kurang daripada enam undi anggota yang hadir dan mengundi. (5) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan perjalanan prosidingnya. (6) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud mendapatkan pandangan tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

10 Rang Undang-Undang Hilang kelayakan. 10. (1) Seseorang (a) yang tak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan kewajipankewajipannya; (b) yang telah disabitkan dan telah dijatuhi hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun; (c) yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau (d) yang bankrap, tidak layak dilantik menjadi anggota Yayasan atau Lembaga, atau jika dia sedang menjadi anggota Yayasan atau Lembaga hendaklah terhenti menjadi anggota sedemikian. Saraan. Tempoh jawatan. Peletakan jawatan dan pembatalan pelantikan. 11. Anggota-anggota Yayasan dan Lembaga dan penasihat kepada Lembaga tidak berhak mendapat apa-apa saraan tetapi boleh dibayar apa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan elaun sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. 12. Tertakluk kepada seksyen 10, 13 dan 14, seseorang anggota Yayasan atau Lembaga selain daripada anggota ex-officio hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak dilantik semula bagi satu tempoh berturutan saja. 13. (1) Seseorang anggota Yayasan atau Lembaga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan menghantar notis bertulis kepada (a) Menteri, dalam hal Pengerusi; atau (b) Pengerusi, dalam hal anggota lain. (2) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan, tanpa memberikan ap,a-apa sebab baginya, pelantikan seseorang anggota Yayasan atau Lembaga jika difikirkannya suai-manfaat untuk dia berbuat demikian.

Laporan Kewangan 11 14. (1) Seseorang anggota Yayasan atau Lembaga terhenti memegang jawatan apabila dia mati, (2) Seseorang anggota Yayasan atau Lembaga hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannyajika dia tidak menghadiri tiga mesyuarat Lembaga berturutturut tanpa kebenaran daripada (a) Menteri, dalam hal Pengerusi; atau (b) Pengerusi, dalam hal anggota lain. 15. (1) Menteri boleh memberi Yayasan atau Lembaga arahan-arahan yang bersifat am yang konsisten dengan peruntukan-peruntukan Akta ini tentang pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa Yayasan atau Lembaga, dan Yayasan atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberikan kuatkuasa kepada arahan-arahan itu. (2) Yayasan dan Lembaga hendaklah memberi Menteri apa-apa maklumat yang berhubungan dengan kegiatankegiatannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa. 16. Yayasan dan Lembaga hendaklah mempunyai apaapa kuasa dan hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan yang diberikan atau dikenakan oleh Akta ini. 17. (1) Lembaga boleh, sama ada secara am atau dalam mana-mana perkara yang tertentu, mengambil khidmat. atas terma dan syarat pengambilan khidmat yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Yayasan, mana-mana orang untuk memberikan apa-apa bantuan sebagaimana yang diperlukan atau ditentukan oleh Yayasan atau Lembaga berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsi Yayasan atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini. (2) Yayasan hendaklah, atas syor Lembaga, melantik seorang Pengarah Teknikal yang fungsi-fungsi dan kewajipan-kewajipannya hendaklah termasuk membantu Lembaga dalam pentadbiran harian Lembaga dan dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini. Pengosongan jawatan. Arahan Menteri Kuasa dan kewajipan lain Yayasan dan Lembaga Pengambilan khidmat Pengarah Teknikal dan orang lain.

Pengambilan kerja pegawai dan pengkhidmat. 12 Rang Undang-Undang 18. (1) Yayasan boleh dari semasa ke semasa mengambil bekerja orang-orang yang hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun, dan hendaklah memegang jawatan atas apa-apa terma dan syarat lain, sebagaimana yang ditentukan oleh Yayasan. (2) Yayasan boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmatnya, termasuk Pengarah Teknikal yang dilantik di bawah subseksyen 17(2), dan orang-orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, ganjaran atau elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Yayasan. BAHAGIAN III KEWANGAN Kumpulan Wang 19. (1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan, bagi maksudmaksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang hendaklah ditadbirkan oleh Yayasan. (2) Kumpulan Wang ini hendaklah mengandungi (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini; (b) apa-apa sumbangan yang dibuat oleh mana-mana orang termasuk kumpulan-kumpulan industri dan perbadanan-perbadanan; (c) fee atau bayaran lain yang dibayar kepada Yayasan atau Lembaga; dan (d) segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa jua cara menjadi kena dibayar kepada Yayasan atau Lembaga atau terletakhak pada Yayasan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi-fungsi dan kuasakuasanya. (3) Yayasan boleh mewakilkan fungsinya di bawah subseksyen (1) kepada (a) mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Yayasan;

(b) Lembaga; atau Laporan Kewangan 13 (c) mana-mana pegawai Lembaga. (4) Apa-apa pewakilan di bawah subseksyen (3) tidaklah menghalang penjalanan serentak oleh Yayasan fungsi Yayasan yang diwakilkan sedemikian. 20. Kumpulan wang hendaklah digunakan bagi maksud (a) membayar apa-apa perbelanjaan yang telah dilakukan dengan sah oleh Yayasan atau Lembaga termasuk fee dan kos, sama ada fee guaman atau selainnya, dan saraan pegawai dan pengkhidmat yang diambil bekerja oleh Yayasan, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan atau ganjaran; (b) membayar apa-apa belanja, kos atau-perbelanjaan lain yang sebenarnya dilakukan atau disetuju terima oleh Yayasan atau Lembaga dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya atau penjalanan kuasa-kuasanya di bawah Akta ini; (c) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain Yayasan atau Lembaga dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya atau penjalanan kuasa-kuasanya di bawah Akta ini; (d) secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini. 21. Tahun kewangan Yayasan hendaklah bermula pada satu haribulan Januari dan berakhir pada tiga puluh satu haribulan Disember pada setiap tahun. 22. Wang dalam Kumpulan Wang hendaklah, setakat yang tidak perlu dibelanjakan oleh Yayasan di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut cara yang didapati sesuai oleh Yayasan. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang. Tahun kewangan Yayasan. Pelaburan.

14 Rang Undang-Undang Laporan tahunan. 23. Yayasan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas tamat setiap tahun kewangan, menyediakan suatu laporan tentang kegiatan Yayasan dan Lembaga, kedua-duanya, sepanjang tahun kewangan itu dan menghantar satu salinan laporan itu kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan satu salinan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. Akaun. 24. (1) Yayasan hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas tamat setiap tahun kewangan, menyebabkan disediakan untuk tahun kewangan itu suatu penyata akaun bagi Yayasan yang hendaklah termasuk suatu kunci kira-kira, penyata pendapatan dan perbelanjaan dan penyata aliran tunai. (2) Yayasan hendaklah menyebabkan penyata akaunnya diaudit oleh juruaudit yang dilantik olehnya. (3) Yayasan hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menghantar satu salinan penyata akaunnya yang sudah diaudit berserta satu salinan laporan juruaudit tentangnya kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan satu salinan penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. Ketakpakaian Akta 240. Kuasa meminjam. 25. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 tidaklah terpakai bagi Yayasan. 26. Yayasan boleh dari semasa ke semasa. dengan kelulusan Menteri, meminjam, pada kadar faedah dan bagi tempoh dan atas terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Yayasan bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau obligasi Lembaga atau menjalankan manamana fungsinya atau fungsi Lembaga.

Laporan Kewangan 15 BAHAGIAN IV AM 27. Jika penyata kewangan dikehendaki disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbirkan oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara atau Pendaftar Syarikat, dan piawaian perakaunan diluluskan sudah dikeluarkan atau diterima pakai oleh Lembaga di bawah subseksyen 7(1), penyata kewangan itu hendaklah disifatkan tidak mematuhi kehendak undang-undang itu melainkan jika ia telah disediakan dan disimpan mengikut piawaian perakaunan diluluskan itu. Pematuhan piawaian perakaunan diluluskan. 28. Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau bagi maksud membantu mana-mana pihak berkuasa atau agensi untuk melaksanakan atau menjalankan fungsi atau kuasanya di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia, Yayasan dan Lembaga hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat yang diberikan kepada Yayasan atau Lembaga secara sulit daripada digunakan atau didedahkan tanpa kebenaran. Kerahsiaan. 29. Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang suaimanfaat atau perlu bagi menjalankan atau memberikan kuatkuasa kepada peruntukan-peruntukan Akta ini. Kuasa untuk membuat peraturanperaturan. HURAIAN Rang Undang-Undang ini bertujuan menubuhkan Yayasan Laporan Kewangan dan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia. 2. Bahagian I mengandungi perkara permulaan seperti tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh bagi permulaan kuatkuasa Akta yang dicadangkan. la juga mengandungi, dalam fasal 2, takrif istilah-istilah dan ungkapan-ungkapan tertentu yang digunakan dalam Rang Undang-Undang ini. 3. Bahagian II mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan penubuhan Yayasan Laporan Kewangan dan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia, keanggotaan, kuasa, fungsi dan mesyuarat

16 Rang Undang-Undang masing-masing dan pengambilan khidmat orang-orang untuk membantunya melaksanakan fungsi-fungsi dan menjalankan kuasakuasanya. Kuasa Lembaga berhubungan dengan piawaian perakaunan terkandung dalam subfasal 7(1). 4. Bahagian III mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan penubuhan Kumpulan Wang yang hendaklah ditadbirkan oleh Yayasan, sumber Kumpulan Wang itu, dan maksud yang baginya Kumpulan Wang itu boleh dibelanjakan. Bahagian ini juga memperkatakan tahun kewangan Yayasan dan kuasa Yayasan untuk melaburkan wangnya. Fasal 23 dan 24 bertujuan mengenakan kewajipan pada Yayasan supaya menyediakan laporan tentang kegiatan Yayasan dan Lembaga sepanjang sesuatu tahun kewangan dan penyata akaun Lembaga bagi tahun itu, dan menghantar satu salinan laporan dan penyata itu kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. Fasal 26 bertujuan untuk memberi Yayasan kuasa untuk meminjam wang bagi maksud memenuhi mana-mana obligasi Yayasan atau Lembaga atau melaksanakan mana-mana fungsi Yayasan atau Lembaga. 5. Bahagian IV mengandungi suatu peruntukan penting, iaitu kehendak (dalam fasal 27) supaya piawaian perakaunan diluluskan yang dikeluarkan oleh Lembaga dipatuhi berkenaan dengan akaun yang dikehendaki disimpan di bawah pelbagai undang-undang yang ditadbirkan oleh Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Pendaftar Syarikat. Bahagian IV juga mengandungi peruntukan yang bertujuan memastikan bahawa Yayasan dan Lembaga mengambil segala langkah yang munasabah untuk menghalang penggunaan atau pendedahan tanpa kebenaran maklumat yang diberikan secara sulit kepada Yayasan atau Lembaga, dan peruntukan yang bertujuan memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan. IMPLIKASI KEWANGAN Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang belum dapat ditentukan sekarang ini. [PN. (U 2 ) 1944.]