POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

dokumen-dokumen yang mirip
Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Polisi Privasi. Pengenalan

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

NOTIS PRIVASI. Maklumat Peribadi Sensitif merujuk kepada maklumat yang berkatian dengan kesihatan anda, pendapat politik, kepercayaan agama dll.

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi Bagi Kumpulan Kobay

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

Polisi Privasi Smiggle

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

KENYATAAN PRIVASI (BAHASA MALAYSIA)

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TERMA & SYARAT PERADUAN

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

1. Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Laman Web Kumpulan ini termasuk:

Peraduan InstaHarapan AADK

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD (No. Syarikat W) NOTIS DAN DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

syarikat-syarikat bersekutunya, entiti-entiti yang dikawal bersamanya dan gabungangabungannya

Baki 2/3 daripada aset akan diagihkan kepada waris Faraid anda mengikut perkadaran Faraid.

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

PETRONAS DAGANGAN BERHAD PROMOSI KOMBO RM5 UNTUK CUTI IDAMAN TERMA & SYARAT Peraduan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

1.3 Sebarang penyertaan yang diterima selepas 31 Julai 2015 pada pm akan dianggap tidak sah.

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

Untuk tujuan kempen ini, Pelanggan yang telah memenuhi semua kriteria di Klausa 2 di atas akan ditakrifkan sebagai Pelanggan Layak.

Kempen CIMB Bank My First Cash Advance Terma-terma dan Syarat-syarat

Dasar Privasi Herbert Smith Freehills Muka surat 1 daripada 10

Perlindungan Keahlian Kad Premier Terma dan Syarat

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh dan Kaedah Penyertaan

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Laman Web Portal Korporat KAF adalah terdiri daripada pelbagai laman web yang dikendalikan oleh Portal Korporat KAF dibawah hakmilik KAF.

Istilah anda merujuk kepada pengguna atau pemerhati laman web kami.

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

Berurusan dengan Pengantara Takaful

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Transkripsi:

POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI Kami mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Notis Perlindungan Data Peribadi ini ( Notis ) memaklumkan kepada anda bagaimana kami menggunakan data peribadi anda berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang berikut: Kami menggunakan data peribadi anda untuk memberikan kepada anda produk-produk dan servis-servis berkenaan dengan pos, kurier dan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan urusniaga yang lain yang dikehendaki oleh anda. Kami berusaha untuk menambah baik produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami secara berterusan untuk anda dan akan menggunakan data peribadi anda untuk mencapai tujuan ini. Kami memberi anda kuasa yang tertentu terhadap data peribadi anda yang disimpan oleh kami, termasuk, siapa yang dibenarkan untuk melihatnya dan bagaimana ianya digunakan. Kami tidak akan menggunakan data peribadi anda untuk berhubung dengan anda untuk pemasaran terus tanpa keizinan anda. Kami akan mengambil langkah-langkah berjaga yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda melalui polisi-polisi keselamatan dan proses-proses perniagaaan yang selamat. Notis ini diterima pakai secara am untuk semua produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Pos Malaysia (termasuk Pos Malaysia Berhad dan kesemua anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutunya termasuk dan tidak terhad kepada PSH Express Sdn Bhd, Datapos (M) Sdn Bhd, Digicert Sdn Bhd, Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd, Effivation Sdn Bhd, PSH Properties Sdn Bhd, PMB Properties Sdn Bhd, Real Riviera Sdn Bhd, Pos Malaysia & Services Holdings Berhad, PSH Capital Partners Sdn Bhd, PSH Venture Capital Sdn Bhd dan Pos Aviation Group). Mungkin terdapat keadaan-keadaan di mana suatu notis perlindungan peribadi yang lain akan diterima pakai untuk urusniaga yang tertentu, dan kami akan memaklumkan kepada anda dengan sewajarnya. Sila baca terma-terma Notis ini dengan teliti sebelum memberikan data peribadi anda kepada kami. Dengan memberikan data peribadi anda atau dengan menggunakan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kami atau dengan berbuat demikian secara berterusan, anda memaklumkan kepada kami bahawa anda memberi izin dan setuju kepada terma-terma dan syarat-syarat Notis ini. Berkenaan dengan data peribadi Pihak Ketiga Individu (seperti yang ditakrifkan di bawah), anda memberi jaminan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan yang berkaitan daripada Pihak Ketiga Individu tersebut untuk menzahirkan data peribadinya kepada Pos Malaysia dan untuk Pos Malaysia memproses data peribadi tersebut. Anda selanjutnya memberi jaminan dan beraku janji untuk mengemukakan sesalinan Notis ini kepada Pihak Ketiga Individu tersebut sebelum menzahirkan data peribadi Pihak Ketiga Individu tersebut kepada Pos Malaysia. Bagaimana kami mengumpul data peribadi anda Secara terus dari anda. Kami mengumpul data peribadi yang anda beri kepada kami apabila anda menggunakan sebarang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan (laman-)

laman web kami atau semasa anda berurus niaga dengan kami. Ini termasuk maklumat yang anda beri: Apabila anda meminta untuk sebarang perkhidmatan-perkhidmatan atau membuat pembelian sebarang produk-produk dari kami; Apabila anda membuat suatu urusniaga atau berhubung dengan kami; Apabila anda melengkapkan borang bertulis dan hantar kepada kami; Apabila anda berurus niaga dengan kami melalui telefon, e-mail, (laman-) laman web atau secara peribadi; Apabila anda mengambil bahagian dalam tinjauan-tinjauan pelanggan, peraduan-peraduan dan promosi-promosi; Apabila anda mengguna perkhidmatan-perkhidmatan kami; Apabila anda melawat premis-premis kami; atau Dari surat-surat yang anda hantar kepada kami termasuk pertanyaan-pertanyaan dan komen-komen. Apabila anda mengguna laman web. Kami mungkin mengumpul beberapa maklumat secara otomatik apabila anda mengakses (laman-) laman web kami termasuk: Maklumat mengenai penggunaan produk-produk dan perkhimatan-perkhidmatan kami oleh anda, termasuk jenis browser, sistem operasi, platform, alamat IP, cookies, pilihan bahasa dan kawasan; dan Carian yang dibuat melalui laman(-laman) web kami, halaman-halaman dan iklan-iklan yang dilihat oleh anda serta pautan (link) yang anda klik semasa menggunakan laman(-laman) web kami. Daripada pihak ketiga. Kami mungkin akan mengumpul data peribadi anda daripada pihak ketiga, sebagai contoh, apabila kami mendapatkan senarai-senarai pemasaran pihak ketiga, atau memperoleh kebenaran untuk suatu pembayaran yang anda buat menggunakan kad-kad kredit atau debit, atau untuk menyempurnakan pemeriksaan kredit atau frod. Entiti-entiti korporat. Di mana kami berurus niaga atau membuat perjanjian dengan sesebuah entiti korporat, entiti korporat tersebut mungkin akan memberikan kepada kami data peribadi anda berkenaan dengan urusniaga atau perjanjian tersebut. Entiti korporat tersebut adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan keizinan anda untuk menzahirkan data peribadi anda kepada kami. Apakah data peribadi yang kami kumpul Dalam Notis ini, data peribadi bermaksud data yang kami simpan mengenai anda dari mana identiti anda adalah jelas atau boleh dikenalpasti. Ini termasuk: Butir-butir pengenalan anda seperti nama, nombor pengenalan, jantina, bangsa, kewarganegaraan, tarikh lahir, umur dan status perkahwinan; Butir-butir hubung anda seperti alamat (rumah, pejabat atau hantaran bil), (nombor-) nombor telefon, e-mail dan butir-butir hubung yang lain yang anda beri kepada kami dari semasa ke semasa; Butir-butir pekerjaan anda seperti nama majikan anda, jawatan anda dalam syarikat, huraian pekerjaan, (alamat-) alamat syarikat, (nombor-) nombor telefon, huraian pendapatan anda dan pencapaian profesional atau kelayakan;

Butir-butir bayaran anda seperti nombor akaun bank dan butir-butir kad kredit atau debit; Maklumat-maklumat berkenaan dengan urusniaga tertentu, termasuk maklumat-maklumat pengenalan penghantar dan penerima dan butir-butir hubung dan juga data peribadi yang diberi oleh entiti korporat berkenaan dengan suatu urusniaga atau perjanjian; Rakaman perbualan telefon; Data peribadi suami/isteri, dan tanggungan anda atau pihak ketiga yang lain ( Pihak Ketiga Individu ) dan Maklumat tambahan yang anda beri kepada kami apabila anda berurusniaga dengan kami atau berkendali dengan kami atau apabila melawat kami. Mengapa kami mengumpul data peribadi anda Untuk memberi kepada anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan. Data peribadi yang kami kehendaki mungkin berbeza diantara urusniaga; Untuk mengesahkan pengenalan anda dan untuk mengurangkan risiko akses yang tidak dibenarkan terhadap data peribadi anda apabila anda berurus niaga dengan kami; Untuk meningkatkan dan menambah baik pengalaman anda dengan kami secara amnya. Apabila anda memaklumkan cita rasa anda semasa melengkapkan borang-borang kami, melalui penggunaan (laman-) laman web kami atau apabila anda menghubungi atau berkendali dengan kami secara peribadi, kami akan menggunakan data peribadi ini untuk mengubah suai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan anda; Untuk memberikan kepada anda maklumat-maklumat atau notifikasi-notifikasi mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang mana kami atau agen-agen kami, kontraktor-kontraktor, pekerja-pekerja, syarikat-syarikat bersekutu, rakan kongsi niaga atau perunding profesional Pos Malaysia ( pihak ketiga ) telah dipilih dan percaya akan menarik perhatian anda (Sila rujuk bahagian-bahagian bertajuk Siapa melihat data peribadi anda dan Maklumat penting mengenai opting-out ); Untuk menyediakan statistik-statistik atau analisa atau laporan-laporan dalaman untuk tujuan penyelidikan pasaran; Untuk membolehkan kami menguatkuasa hak-hak undang-undang kami atau untuk menuntut kembali hutang yang kena dibayar oleh anda kepada kami; Untuk melindungi data peribadi anda dan untuk mengurangkan risiko akses yang tidak dibenarkan terhadap data peribadi anda dengan menggunakan data peribadi anda untuk mengesahkan identiti anda apabila anda menggunakan (laman-) laman web dan khidmat bantuan pelanggan kami; Untuk tujuan keselamatan apabila anda melawat premis kami; dan Untuk memastikan kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai.

Siapa melihat data peribadi anda Data peribadi anda mungkin akan digunakan oleh semua syarikat-syarikat dalam Pos Malaysia dan kumpulan syarikat yang berkenaan dengan DRB HICOM Berhad. Siapa melihat data peribadi anda adalah bergantung kepada latar belakang data peribadi tersebut diberikan dan tujuan ianya digunakan (Sila merujuk kepada bahagian bertajuk Mengapa kami mengumpul data peribadi anda ). Data peribadi anda mungkin akan dizahirkan atau dipindahkan kepada pihak ketiga. Ini mungkin termasuk khidmat luar sebarang operasi-operasi atau fungsi-fungsi perniagaan kami kepada pihak ketiga dalam atau di luar Malaysia. Kami mungkin berbuat demikian untuk sebab-sebab yang berikut: Untuk memberikan kepada anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami atau untuk melaksanakan suatu perjanjian dengan anda. Beberapa produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami telah diberikan dengan usaha sama atau melalui pihak ketiga yang tertentu, dan kami perlu menzahirkan data peribadi anda untuk memberikan kepada anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. Kami mungin juga akan berkongsi data peribadi anda dengan pihak-pihak ketiga yang tertentu yang telah dilantik untuk mengendalikan fungsi- fungsi perniagaan kami; Untuk memberikan kepada anda maklumat atau notifikasi-notifikasi mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang kami atau pihak-pihak ketiga tersebut telah memilih dan percaya akan menarik perhatian anda. Sekiranya anda telah memberi keizinan semasa melengkapkan borang-borang bertulis kami, menggunakan (laman-) laman web atau apabila anda berhubung atau berurus niaga dengan kami secara peribadi, kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga yang dipilih secara teliti supaya mereka boleh memberikan kepada anda maklumat-maklumat mengenai produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang mungkin akan menarik perhatian anda; Kami mungkin akan berkongsi data peribadi anda dengan pihak-pihak ketiga (termasuk pihak polis dan agensi-agensi penguatkuasa yang lain) di mana kami percaya bahawa ianya adalah perlu untuk mematuhi undang-undang atau untuk melindungi hak-hak kami atau orang lain, harta benda atau keselamatan. Ini termasuk berkongsi data dengan pihak ketiga untuk melindungi dari frod dan untuk mengurangkan risiko bayaran atau penzahiran data peribadi kepada pihak polis dan pihak-pihak penguatkuasa yang lain untuk mengelak dan mengesan perbuatan jenayah; Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pihak-pihak dan agensi-agensi berkanun untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan; atau Sekiranya kami menjual atau membeli sebarang perniagaan atau aset-aset, kami mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada bakal pembeli atau penjual perniagaan atau aset-aset tersebut. Kami hanya akan berkongsi maklumat dengan pihak-pihak ketiga yang kami percaya akan bertindak dengan menjaga kepentingan anda dan akan menjaga data peribadi anda dengan

menggunakan perlindungan-perlindungan keselamatan yang sama yang digunakan oleh kami. Di mana kami menyimpan dan memproses data peribadi Kami secara amnya menyimpan dan memproses data peribadi anda di dalam Malaysia. Walau bagaimana pun, data peribadi yang kami kumpul mengenai anda mungkin diproses dalam, dipindah ke atau disimpan di suatu destinasi di luar Malaysia. Dengan melengkapkan borang bertulis kami, menggunakan (laman-) laman web kami atau apabila anda berhubung dengan atau berkendali dengan kami secara peribadi, anda setuju dengan pemprosesan, pemindahan atau penyimpanan ini di luar Malaysia. Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi dengan selamat dan menurut Notis ini walau pun data peribadi anda diproses dalam, dipindah ke, atau disimpan di suatu destinasi di luar Malaysia. Berapa lama kami menyimpan data peribadi anda Ini bergantung kepada latar belakang di mana anda memberi data peribadi anda dan tujuan kami menggunakannya. Data peribadi anda akan disimpan selama ianya perlu untuk tujuan tersebut (Sila merujuk kepada bahagian bertajuk Mengapa kami mengumpul data peribadi anda ), atau untuk tempoh masa yang diperlukan untuk melindungi hak undang-undang kami. Kami akan menyimpan data peribadi anda: Selama ianya perlu untuk kami memberi anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami yang anda telah membeli atau minta atau dalam melaksanakan suatu perjanjian dengan anda; Untuk tujuan pemasaran untuk memberikan kepada anda maklumat mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang kami atau pihak ketiga rakan kongsi perniagaan kami telah pilih dan percaya akan menarik perhatian anda sehingga anda memilih untuk opt-out dari membenarkan kami untuk memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan pemasaran (Sila merujuk kepada bahagian-bahagian bertajuk Hak-hak anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi dan Maklumat-maklumat penting mengenai opt-out ); Kami mungkin menyimpan rekod-rekod mengenai urusniaga-urusniaga yang anda memasuki dengan kami untuk selama 7 tahun supaya kami boleh memberi maklum balas terhadap sebarang aduan atau pertikaian yang mungkin timbul. Di mana rekod-rekod tersebut terlibat dalam penyiasatan atau prosiding undang-undang, kami akan menyimpan data peribadi tersebut untuk tempoh masa yang lebih lama; dan Kami akan menyimpan data peribadi anda untuk selama yang perlu untuk mematuhi undang-undang. Hak-hak anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi Berkenaan dengan borang-borang bertulis kami, anda boleh mengakses, membetul atau mengemas kini data peribadi anda dengan melengkapkan Borang Permohonan Akses Data Peribadi atau Borang Pembetulan Data Peribadi. Borang-borang ini boleh diperolehi dari atau sekiranya anda menghubungi Bahagian Pematuhan (Compliance Department) kami (Sila rujuk kepada bahagian bertajuk Pertanyaan ) dan kami akan berusaha untuk memenuhi arahan-arahan anda dalam tempoh masa 21 hari dari menerima borang yang lengkap dengan yuran yang diperuntukkan.

Berkenaan dengan data peribadi yang diberikan kepada kami melalui laman-laman web, anda boleh mengakses maklumat tersebut di muka surat laman bertajuk Edit Your Profile (sekiranya ada) atau menghubungi Bahagian Pematuhan (Compliance Department) kami. Anda juga boleh menggunakan muka surat laman profil ini untuk menukar atau membatalkan maklumat ini termasuk izin anda yang telah diberi kepada kami (Sila rujuk kepada bahagian bertajuk Maklumat penting mengenai opting-out ) dan kami mengalakkan anda untuk berbuat demikian untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami simpan mengenai anda dikemaskini. Data peribadi anda boleh dibatalkan dari rekod simpanan (laman-) laman web dengan mengakses pilihan 'My profile' selepas anda memasuki (laman-) laman web. Di sini anda boleh memilih untuk membatalkan akaun anda dan membatalkan pendaftaran anda dengan kami. Walau bagaimana pun, ini tidak akan membatalkan data peribadi yang: (i) tidak dikumpul melalui (laman-) laman web kami; (ii) kami perlu simpan untuk selanjutya bagi tujuan yang disebut diatas dibawah bahagian bertajuk Berapa lama kami menyimpan data peribadi anda ; atau (iii) berada di dalam rekod simpanan pihak ketiga yang tidak berada di dalam kuasa simpanan kami. Berkenaan dengan data peribadi yang diberikan kepada kami untuk digunakan melalui (laman-) laman web kami, anda boleh melengkapkan borang-borang yang relevan yang sedia ada online di (laman-) laman web kami untuk memohon akses kepada atau untuk membetulkan data peribadi anda. Anda boleh memohon butir-butir mengenai segala data peribadi yang kami simpan mengenai anda, dengan menghubungi Bahagian Pematuhan kami. Bahagian Pematuhan kami akan memberikan kepada anda Borang Permohonan Akses Data tersebut dan Borang Permohonan Pembetulan Data Peribadi yang mana anda harus melengkapkan dan kembalikannya kepada mereka. Yuran untuk perkhidmatan-perkhidmatan akses data peribadi adalah seperti berikut: Permohonan Akses Data Peribadi dengan salinan - RM 10 Permohonan Akses Data Peribadi tanpa salinan - RM 2 Permohonan Akses Data Peribadi sensitif dengan salinan - RM 30 Permohonan Akses Data Peribadi sensitif tanpa salinan - RM 5 Yuran ini boleh disemak semula dari semasa ke semasa. Butir-butir hubung Unit Pematuhan Data Peribadi tertera di bahagian bertajuk Pertanyaan di bawah. Hak anda untuk mengakses data peribadi anda tidak mutlak, dan adalah dihadkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Maklumat penting mengenai opting-out Data peribadi yang kami minta dari anda mungkin wajib atau sukarela, dan mungkin berbeza bergantung kepada produk atau perkhidmatan yang tertentu. Data peribadi wajib adalah maklumat yang diperlukan untuk pemprosesan urusniaga, atau untuk memberi produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan, atau dalam melaksanakan perjanjian. Data peribadi sukarela adalah maklumat yang anda beri kepada kami dengan suka rela, yang kami mungkin proses semasa urusniaga atau untuk memberi anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Ruang berkenaan dengan data peribadi yang wajib akan ditandakan

sedemikian dalam borang-borang bertulis dan borang-borang pendaftaran dalam (laman-) laman web kami. Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan sebarang data peribadi yang wajib yang dikehendaki atau menarik balik persetujuan atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, anda setuju bahawa (walau apapun perjanjian di antara anda dengan kami) kami boleh menghentikan pemberian sebarang produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda tanpa sebarang liabiliti atau sebarang kerugian yang anda mungkin mengalami atas sebab penghentian tersebut. Sekiranya anda tidak menandakan kotak opt-out yang disediakan, kami akan menganggap bahawa kami mempunyai persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda menurut terma-terma Notis ini dan untuk menerima maklumat-maklumat mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang kami atau rakan perniagaan pihak ketiga kami telah pilih dan percaya akan menarik perhatian anda sehingga anda pilih untuk opt-out iaitu untuk tidak membenarkan kami untuk memproses data peribadi anda secara keseluruhannya atau untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran. Anda boleh memilih untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda melalui salah satu cara yang berikut: Menghantar kepada kami notis bertulis kepada butir-butir hubung yang dinyatakan di bahagian bertajuk Pertanyaan ; Dengan menandakan kotak opt-out pada borang-borang bertulis kami berkenaan dengan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami; Mengisi kad Opt-out kami; atau Menukar profil anda pada (laman-) laman web kami (sekiranya ada). Kami akan berusaha untuk mematuhi permintaan anda dalam jangka masa 21 hari / secepat mungkin yang kami dengan berpatutan dapat melakukannya. Berkenaan dengan (laman-) laman web kami, anda boleh menarik balik atau memberi persetujuan anda pada bila-bila masa melalui muka surat Edit your profile (sekiranya ada) atau menghubungi Bahagian Pematuhan kami. Apabila anda memilih untuk menarik balik persetujuan anda dengan memilih untuk opt-out dalam (laman-) laman web kami, ini hanya akan diterima pakai untuk data peribadi anda yang disimpan dalam rekod simpanan (laman-) laman web kami. Ianya tidak akan diterima pakai untuk data peribadi yang anda telah berikan kepada suatu perniagaan dalam Pos Malaysia melalui cara selain daripada (laman-) laman web kami atau sekiranya data peribadi anda telah diberikan kepada pihak-pihak ketiga dengan persetujuan anda. Berkenaan dengan pautan kepada laman-laman yang tertera pada (laman-) laman web kami, sila dimaklumkan bahawa data peribadi yang diberi kepada pihak-pihak ketiga ini tidak berada di dalam kawalan atau tanggungjawab kami dan anda mungkin perlu menghubungi mereka secara terus sekiranya anda ingin menarik balik persetujuan anda untuk mereka terus menggunakan data peribadi anda.

Sila dimaklumkan bahawa sejurus kami menerima pengesahan bahawa anda ingin menarik balik persetujuan anda untuk bahan-bahan pemasaran, promosi / komunikasi, ianya mungkin mengambil masa sehingga 21 hari supaya penarik balikan tersebut tertera dalam sistem-sistem kami. Oleh yang demikian, anda mungkin masih menerima bahan-bahan pemasaran or promosi / komunikasi dalam jangka masa ini. Sila dimaklumkan bahawa walau pun anda memilih untuk opt-out dari menerima bahan-bahan pemasaran atau promosi, kami mungkin akan berhubung dengan anda untuk tujuan-tujuan yang lain berkenaan dengan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang anda berurus dengan kami. Laman-laman web Berkenaan dengan (laman-) laman web, sebahagian maklumat-maklumat akan dikumpul melalui penggunaan "cookies". Cookies adalah butiran-butiran kecil maklumat yang disimpan secara otomatik pada layaran web seseorang dalam komputernya yang boleh dipaut kembali melalui laman web. Maklumat tersebut, sebagai contoh, mungkin termasuk kata laluan pengguna yang disimpan untuk mengelak dari ditaip semula pada lawatan berikutan ke laman web tersebut. Sekiranya anda ingin menamatkan cookies ini, anda boleh berbuat demikian dengan menukar penetapan pada layaran web anda. Sila dimaklumkan bahawa data peribadi yang disalurkan secara elektronik tidak 100 peratus selamat. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pemecahan keselamatan melainkan sekiranya kami cuai. (Laman-) laman web kami mungkin juga mengandungi pautan-pautan kepada laman-laman web yang lain dikawal oleh pihak ketiga. Sila dimaklumkan bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi laman-laman web tersebut. Kami tidak bertanggungjawab berkenaan dengan cara bagaimana syarikat-syarikat atau organisasi-organisasi tersebut mengumpul, mengguna, menzahir atau melindungi maklumat-maklumat yang anda beri kepada mereka. Notis ini hanya diterima pakai kepada maklumat-maklumat yang dikumpul melalui (laman-) laman web yang dikawal oleh Pos Malaysia. Sekiranya anda memilih untuk mengakses laman web pihak ketiga yang dipaut kepada (laman-) laman web kami, anda berbuat demikian atas risiko anda sendiri dan tertakluk kepada sebarang terma-terma perkhidmatan atau polisi privasi (jika ada) yang berkaitan dengan laman-laman web pihak ketiga tersebut. Di mana Pos Malaysia memproses data peribadi anda bagi pihak yang lain, pemprosesan maklumat anda akan bergantung kepada amalan-amalan privasi pihak tersebut. Ini tidak berada di bawah kawalan atau tanggungjawab kami. Anda perlu menghubungi mereka secara terus berkenaan dengan pemprosesan data peribadi anda. Penyemakan semula Notis ini Notis kami mungkin disemak semula dari masa ke semasa dan sekiranya terdapat sebarang penyemakan, ianya akan tertera pada (laman-) laman web kami dan/atau cara-cara komunikasi yang lain yang dianggap sesuai oleh kami. Pertanyaan Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan Notis ini, sila hubungi Bahagian Pematuhan kami di:

Pos Malaysia Berhad Bahagian Pematuhan Tingkat 2, Ibu Pejabat Pos Kompleks Dayabumi Perhatian: Pegawai Pematuhan Data Peribadi Tel: 03 2267 2267 sambungan 2040 Email: pdpapos@pos.com.my Notis ini disediakan dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara terma-terma dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan terpakai. Notis Perlindungan Data Peribadi ini dikemaskinikan terakhir pada: 7 Januari 2015 - Tamat -