1. Apakah Pembiayaan ASB? Pembiayaan ASB adalah pinjaman bertempoh terjamin yang dikira berdasarkan kadar faedah berubah yang diberikan kepada peminjam individu/individu bersama untuk membiaya pembelian Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Istilah atau rujukan Unit ASB bermaksud Unit ASB atau Unit ASB2, yang mana berkenaan, yang dibeli dan dibiaya oleh Bank dan yang disandarkan dan/atau diberikan dan/atau dicagarkan untuk dan/atau didepositkan dengan Bank sebagai sekuriti. Unit ASB adalah dalam bilangan Sijil Unit ASB seperti yang ditentukan oleh ASNB dengan mengambil kira bilangan sijil yang dipohon oleh anda. Pelan Group Amanah Saham Assurance (GASA) adalah satu pelan insurans pilihan yang anda boleh sertai bagi melindungi Pembiayaan ASB anda. Pelan GASA ini ditajajamin dan dikeluarkan oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad. 2. Apakah yang saya perolehi dari produk ini? a) Jumlah Pinjaman : RM 200,000.00 b) Jumlah Unit ASB dan bilangan Sijil c) Margin Pembiayaan : : 200000 unit Amanah Saham Bumiputera / Amanah Saham Bumiputera 2 100% d) Kadar Faedah : Kadar Asas (KA) + 1.30% e) Kadar Faedah Efektif : 4.15% + 1.30% = 5.45% f) Tempoh Pinjaman : 30 tahun 3. Apakah Kadar Asas (KA)? KA terdiri daripada dua bahagian, kos dana tanda aras kami (BCOF) dan kos Keperluan Rizab Berkanun (SRR) yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia. BCOF kami mencerminkan kos pendanaan untuk pembiayaan kadar terapung dan sebahagian besarnya terdiri daripada Deposit Pelanggan dan pendanaan kadar terapung lain yang diperoleh oleh Bank untuk membiayai pembiayaan ini. 4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada KA? KA kami boleh naik atau turun disebabkan oleh perubahan pada BCOF dan perubahan pada SRR. Perubahan pada BCOF boleh berlaku berikutan perubahan pada Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia, serta faktor lain seperti perubahan pada kos dana yang digunakan untuk membiayai pembiayaan kadar terapung. Contoh: Jika kos deposit pelanggan meningkat, BCOF akan meningkat kerana deposit pelanggan merupakan sebahagian daripada komponen yang digunakan untuk membiayai pembiayaan kadar terapung. BCOF yang lebih tinggi akan mencetuskan kenaikan kadar KA. 5. Sejarah BCOF sejak pelaksanaan KA Sila rujuk kepada www.cimbbank.com.my untuk maklumat ini.
6. Apakah obligasi saya sebagai peminjam? Kadar Asas semasa (KA = 4.15%) Bayaran balik bulanan : 1,129.00 02-Feb-2018 sehingga Jumlah faedah keseluruhan pada akhir tahun ke 30 : RM 206,440.00 Jumlah keseluruhan yang anda perlu bayar termasuk jumlah pinjaman : RM 406,440.00 Sekiranya KA naik 1.00% a) Bayaran balik bulanan : 1,258.00 02-Feb-2018 sehingga Jumlah faedah keseluruhan pada akhir tahun ke 30 : RM 252,880.00 Jumlah keseluruhan yang anda perlu bayar termasuk jumlah pinjaman : RM 452,880.00 Sekiranya KA naik 2.00% a) Bayaran balik bulanan : 1,392.00 02-Feb-2018 sehingga Jumlah faedah keseluruhan pada akhir tahun ke 30 : RM 301,120.00 Jumlah keseluruhan yang anda perlu bayar termasuk jumlah pinjaman : RM 501,120.00 Faedah dikira menurut formula di bawah: Jumlah Dilepaskan x Kadar Faedah Efektif x n / 365 Nota: Jumlah pembayaran balik dan kadar faedah yang dikenakan boleh berubah mengikut perubahan KA.
7. Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar? Yuran Dokumentasi (Tidak dipulangkan): RM53 (termasuk GST) (contoh: RM53 perlu dibayar bagi setiap Sijil Unit ASB) dan RM10 akan dikenakan apabila pembiayaan dilepaskan. Anda adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa cukai barangan dan perkhidmatan yang berhubungan dengan atau berikutan daripada Kemudahan Pembiayaan ASB ini atau apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengannya. 8. Bagaimana jika saya gagal menunaikan obligasi saya? Jika terdapat tunggakan pembayaran balik selama 2 bulan, Sijil Unit ASB yang disandarkan dan/atau diberikan dan/atau dicagarkan dan/atau didepositkan akan dilupuskan serta-merta dan hasil jualan balik kesemua unit di dalam sijil akan digunakan untuk pembayaran penuh baki pinjaman anda. Pembayaran Lewat: Faedah tambahan terhadap pembayaran lewat faedah dan/atau ansuran akan dikenakan pada kadar 1% atas dasar baki harian atau pada sebarang kadar yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa, dengan memberikan notis terdahulu 21 hari kalendar kepada anda dan akan dikenakan pada hari berikutnya selepas tarikh kena dibayar. Hak untuk menjelaskan: Keberhutangan anda kepada Bank di dalam ini yang termasuk keberhutangan masa kini dan masa hadapan yang mungkin ditanggung oleh anda pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa sama ada sebagai peminjam dan/atau penjamin dan/atau penyedia cagaran hendaklah dijamin oleh cagaran yang diwujudkan di dalam ini atau dari semasa ke semasa oleh anda memihak kepada Bank. Bank berhak menolak sebarang baki kredit dalam mana-mana akaun yang ada dengan Bank terhadap sebarang baki tertunggak dalam kemudahan pinjaman berjangka ini selepas memberikan notis terdahulu tujuh (7) hari kalendar. Sementara menunggu Bank melaksanakan tolakan tersebut, Bank berhak menahan dan/atau menggantung pembayaran apa-apa wang daripada baki kredit dalam akaun. Hak untuk melantik Pihak Ketiga untuk Memungut Hutang: Jika sebarang jumlah wang yang perlu dibayar di bawah kemudahan pinjaman berjangka perlu untuk diperolehi semula daripada anda, Bank berhak, selepas memberikan notis terdahulu tujuh (7) hari kalendar kepada anda, mewakilkan kutipan hutang tersebut kepada agensi luar yang dipilih oleh Bank mengikut budi bicaranya dan anda akan bertanggungjawab ke atas yuran kutipan hutang, yuran penilaian, yuran pelelong, yuran profesional lain dan semua caj lain dan kos yang ditanggung berkaitan dengan pemulihan dan/atau penguatkuasaannya. Tindakan undang-undang: Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya anda gagal membalas notis peringatan. Tindakan undang-undang terhadap anda mungkin menjejaskan penarafan kredit anda dan menyebabkan lebih sukar atau mahal untuk anda mendapatkan pembiayaan. 9. Bagaimana sekiranya saya menyelesaikan pinjaman saya sebelum tamat tempoh pinjaman? Sebarang pembayaran untuk menyelesaikan akaun pinjaman anda sebelum tamat tempoh pinjaman tidak akan dikenakan yuran penyelesaian awal.
10. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran? Penjamin tidak diperlukan. Sijil Unit ASB anda akan disimpan oleh pihak Bank sepanjang tempoh pinjaman sebagai cagaran. 11. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat sebarang pertukaran mengenai maklumat peribadi saya? Sila maklumkan pihak Bank tentang sebarang perubahan mengenai maklumat peribadi anda bagi memastikan segala maklumat dari pihak Bank diterima oleh anda tepat pada masanya. 12. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan pembelaan? Jika anda mempunyai masalah dalam membuat pembayaran balik, anda perlu menghubungi kami seawal mungkin untuk membincangkan alternatif pembayaran balik. Anda boleh menghubungi kami di: Customer Resolution Unit Aras 19, Menara Bumiputra-Commerce 11, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur No. Tel: +603 6204 7788 No. Faks: +603 2691 3248 Email: cru@cimb.com Selain itu, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan percuma mengenai pengurusan wang, kaunseling kredit dan penstrukturan semula hutang untuk individu. Anda boleh menghubungi AKPK di: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Tel No: +603 2616 7766 Email: enquiry@akpk.org.my Jika anda ingin membuat aduan mengenai produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh kami, anda boleh menghubungi kami di: Customer Resolution Unit Aras 19, Menara Bumiputra-Commerce 11, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur No. Tel: +603 6204 7788 No. Faks: +603 2691 3248
Email: cru@cimb.com Jika soalan atau aduan anda tidak dapat penyelesaian yang memuaskan dari kami, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di: Block D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur Tel No: 1300 88 5465 Fax No: +603 2174 1515 Email: bnmtelelink@bnm.gov.my 13. Adakah CIMB Bank menawarkan produk Pembiayaan ASB yang lain? Pembiayaan terhadap kolateral lain yang diterima oleh Bank. NOTA PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG MUNGKIN AKAN DIKENAKAN TERHADAP ANDA SEKIRANYA ANDA GAGAL MEMBUAT PEMBAYARAN KE ATAS AKAUN PINJAMAN ANDA. Segala maklumat didalam penyata ini adalah sah pada 02-02-2018.