LAPORAN PROGRAM DELIGASI MUHIBBAH JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PIS KE SARAWAK Disediakan Oleh: Noor Atielia Binti Shamsul Disemak dan Disahkan Oleh: En. Mohd Emran Bin Mat Hassan Nama Program: Deligasi Muhibbah JPP PIS ke Sarawak Anjuran: Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Politeknik Ibrahim Sultan Tarikh: 07 12 Mac 2013 Lokasi: Politeknik Kuching, UNIMAS, UiTM Kota Samarahan & Sekitar Bandar Kuching Peserta: 35 orang Ahli Kabinet JPP 2 Pegawai Pengiring Sinopsis Program: Pada 7-12 Mac yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah menjalankan satu program Deligasi Muhibbah JPP PIS ke Sarawak. Prongam ini telah disertai oleh seramai 35 orang ahli Kabinet Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi Disember 2012. Program yang julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk mewujudkan jaringan kolaborasi antara Politeknik Ibrahim Sultan dan IPT di Sarawak bagi mewakili Borneo. Selain itu juga program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada semua ahli cabinet JPP bagi melihat dan mentafsir pertembungan dan perbezaan budaya dan etnik yang terdapat di negeri Bumi Kenyalang tersebut. Antara pengisian sepanjang program ini ialah kunjungan Muhibbah ke Politeknik Kuching, UNIMAS dan UiTM Kota Samarahan. Kunjungan ini padat diisi dengan aktiviti seperti diskusi berkaitan pengurusan aktiviti pelajar dan pengurusan pentadbitan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar serta Majlis Perwakilan Pelajar. Disamping berkongsi pandangan dan pendapat, semua ahli deligasi JPP PIS mampu untuk membuka pandangan mengenai dunia luar dari Politeknik Ibrahim Sultan amnya dan luar semenanjung khasnya. Melalui aktiviti ini pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan telah membina beberapa kertas cadangan dan kertas kerja bagi tujuan penambahbaikan system sediada. Selain aktiviti diskusi, para deligasi juga sempat membuat lawatan sekitar kampus yang dikunjungi bagi membuat penilaian terhadap segala kemudahan disana. DELIGASI MUHIBBAH JPP KE SARAWAK Page 1
Bersempena dengan pelancaran Politeknik Kasih pada 2 Mac yang lalu, pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengambil peluang sepanjang kunjungan deligasi ke Sarawak bagi membuat khidmat Komuniti dan Lestari Alam bertepatan dengan konsep Program Politeknik Kasih tersebut. Pada hari ketiga kunjungan para deligasi Polteknik Ibrahim Sultan telah mengadakan Program Khidmat komuniti bertempat di Surau Al-Falah, Kampung Tupong Ulu, Sarawak manakala Lestari Alam dibuat di sekitar Taman Astana, Kuching bagi kerja pembersihan laluan sekitar taman. Program ini merupakan program yang mendidik para peserta agar menjadi seorang yang prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Selain itu program ini juga melatih para peserta agar mencintai alam semulajadi. Program ini diadakan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah telah berjaya mencapai sasaran untuk membersihkan kawasan luar dan dalam surau tersebut. Ketibaan wakil Delegasi Muhibbah Politeknik Ibrahim Sultan pada pukul 3 petang disambut dengan penuh mesra oleh Ketua Kampung Tupong Ulu, Sarawak serta beberapa orang penduduk kampung. Antara aktiviti yang dijalankan untuk membersihkan kawasan sekitar surau tersebut ialah menyapu sampah, mencuci kawasan pagar, mencuci lantai, membersihkan karpet di dalam surau, mencuci cermin, membuat pendawaian semula dan banyak lagi aktiviti yang dijalankan. Selain itu, Deligasi ini juga berpeluang untuk merapatkan hubungan dengan penduduk kampung tersebut. Aktiviti membersih tersebut selesai pada pukul 5.30 petang. Rombongan Deligasi Muhibbah bertolak pulang ke tempat penginapan setelah bergambar bersama penduduk kampong disamping mengadakan program lestari alam di sepanjang 2 km jalan sekitar Taman Astana. Program delegasi ini juga telah mendapat perhatian oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Fadillah Bin Yusof, Timbalan Menteri sains, Teknologi & Inovasi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P194 Petra Jaya. Kunjungan delegasi ini disambut hormat oleh beliau yang diwakili oleh Pegawai Khas, Tn. Hj. Morshidi bin Hj. Said. Beliau dengan bermurah hati telah menaja suatu Majlis Makan Malam yang bertempat di Sinar Serapi Eco Park, Matang. Sepanjang majlis berlangsung wakil deligasi iaitu En. Abdul Razak Bin Salim sempat mempromosi produk dan perkhidmatan yang terdapat di Politeknik Ibrahim Sultan bagi tujuan memperluas teknologi yang ada. Perkongsian ini disambut baik oleh Wakil beliau dan berharap agar suatu kerjasama erat dapat dilaksanakan pada masa akan datang. Terdapat pelbagai lagi pengisian sepanjang deligasi antaranya kunjungan ke perkampungan budaya, kompleks muzium negeri Sarawak dan sebagainya yang pastinya memberi suatu pengalaman yang manis kepada semu deligasi. Program yang sebegini diharapkan dapat dilaksanakan untuk masa akan datang ke lokasi yang berbeza. DELIGASI MUHIBBAH JPP KE SARAWAK Page 2
LAMPIRAN (Deligasi ke UiTM Kota Samarahan) DelegasiJPP PIS bergambar bersama MPP UiTM Kota Samarahan, Sarawak Yang di-pertua JPP Politeknik Ibrahim Sultan bertukar cenderahati dengan Yang di-pertua MPP UiTM Kota Samarahan DELIGASI MUHIBBAH JPP KE SARAWAK Page 3
LAMPIRAN (Deligasi ke UiTM Kota Samarahan) DelegasiJPP PIS bergambar bersama MPP UNIMAS, Sarawak Barisan MPP UNIMAS, Sarawak DELIGASI MUHIBBAH JPP KE SARAWAK Page 4
LAMPIRAN (Khidmat Komuniti Surau al-falah) Deligasi JPP PIS bergambar bersama Jawatankuasa Surau Al-Falah dan penduduk Kampung Peserta membaiki peralatan surau Al-Falah DELIGASI MUHIBBAH JPP KE SARAWAK Page 5