NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, BUKIT KATIL, MELAKA

dokumen-dokumen yang mirip
Anak kesayangan menjadi hamba

Penangguhan (Wijaya Mala)

Allah menguji kasih Abraham

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Allah menguji kasih Abraham

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan Allah Memberkati Yusuf, sihamba

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Allah Memberkati Yusuf, sihamba

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan Allah Memberkati Yusuf, sihamba

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Oleh Nor Affizar Ibrahim. com.my. gurau tidak lekang

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Yakub si penipu

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Yakub si penipu

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

Gereja menghadapi kesulitan

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Paskah Pertama

Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Paskah Pertama

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

Tafsir Surah Al Nasr. Muhammad Haniff Hassan. /

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Permulaan Kesedihan Seseorang Manusia

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Permulaan Kesedihan Seseorang Manusia

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

kotor kuat kusut lagi

Latar Tempat dalam novel Di Sebalik Wajah

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Rut: Sebuah kisah cinta

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan.

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2

KEJAYAAN IBU TUNGGAL

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala.

Rut: Sebuah kisah cinta

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PROSEDUR TERJEMAHAN UNSUR BUDAYA DALAM NOVEL SAKURA MENGORAK KELOPAK SITI NORAIN BINTI ROSDI

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

BAHAGIAN B. Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

Karya Kreatif Tanah Air Beta. Karya ini diciptakan untuk menuturkan isi hati Mama Tatiana di dalam buku hariannya. Karya

Kelahiran Tuhan Yesus

My Journey with Jesus #2 - Perjalananku dengan Yesus #2 THE JOY OF THE LORD SUKACITA DALAM TUHAN

Kisah pelarian Rohingya: 'Myanmar tanah air kami' RUZY ADILA IDRIS 20 Ogos 2012

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

PERBANDINGAN PENCAPAIAN PEMBELAJARAN BAHASA TAMIL DI DALAM KELAS BIASA DAN KELAS POL

Mungkin sukar untuk dipercayai tanpa a bukti kukuh,

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

Kelahiran Tuhan Yesus

Janji Allah kepada Abraham

KAJIAN TINDAKAN 2011

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Mempertimbangkan Pendekatan Saudara

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Janji Allah kepada Abraham

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui pelaksanaan.

Adakah ada yang Akan Mendoakan Kita?

Borang Soal Selidik. Kurikulum Tirukkuṟaḷ dalam sukatan pelajaran Bahasa Tamil sekolah rendah dan. menengah ke arah Pembentukan insan holistik

PERDAMAIAN Jalan Menuju Kedamaian

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof)

Surat Paulus yang pertama kepada jemaat Tesalonika

Memilih Sikap Positif

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Putera Dari Sungai

Samuel, Anak Tuhan - Pelayan

menghindari pikiran kotor dan perbuatan maksiat?. Saya mohon bantuan anda untuk menemukan solusinya

Tidak kira sama ada di kota atau desa, semua manusia adalah sama di samping Tuhan.

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Allah Memberkati Yusuf Si Budak

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

PILIHAN ANDA PENTING, KERANA KEHIDUPAN ANDA AMAT BERMAKNA. Suarakan Pilihan Anda

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

BAHAGIAN B. Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

Allah Memberkati Yusuf Si Budak

Tabung Pendidikan Jamin Masa Depan Anak BH, 1 Oktober 2015

Seterusnya? Memahami Kesedihan

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Allah Memberkati Yusuf Si Budak

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

Syurga, Rumah Allah Yang Indah

Allah Memberkati Yusuf Si Budak

NOVEL TERMINAL TIGA & SETEGUH KARANG. TAHUN BULAN ASPEK/TAJUK a. Pengakhiran cerita 2001 November

semakin pudar semangat. Akhirnya peluang tiba dengan tidak aku sangka dan mudah sekali rasanya. Ketika aku berpeluh dan berselut tanah kebun belakang

Allah Memberkati Yusuf Si Budak

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Syurga, Rumah Allah Yang Indah

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Setelah para penyamun pergi, Alibaba memberanikan diri keluar dari tempat

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

Transkripsi:

NO. KOD 321 KATEGORI NAMA PENULIS ALAMAT TAJUK CERPEN UMUM NURHADI BIN SAADON NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, 75450 BUKIT KATIL, MELAKA SUAMIKU PENAGIH Ramai yang beranggapan dan memberikan tanggapan yang sangat negatif apabila suami seorang penagih dadah dan keluar masuk penjara atau pusat pemulihan, maka hidup isteri dan anak-anak akan menjadi tidak ketentuan. Masyarakat juga manusia yang biasa seperti kita juga yang mempunyai pelbagai pendapat serta pandangan peribadi yang tersendiri. Pada pandangan sesetengah masyarakat si isteri pasti akan merana, anak-anak pula menjadi liar, tidak tentu hala tuju hidup dan menjadi sepertimana yang telah terjadi pada keluarga mereka. Apakah senario ini saja yang berlaku dalam kehidupan isteri dan anak seorang penagih? Atau mereka juga boleh berjaya seperti keluarga cemerlang yang lain? Mereka juga mempunyai keinginan sepertimana yang kita inginkan untuk menempuh kehidupan dunia yang sementara ini. Golongan seperti mereka ini pasti akan berjaya sekiranya mereka menganggap bahawa Allah sentiasa ada di sisi hamba-nya. Allah tidak akan menguji hamba-nya sekiranya kita tidak mampu untuk mengatasi segala ujian yang diberikan. Kisah ini memaparkan bagaimana pengorbanan dan luahan hati saya sebagai seorang isteri penagih yang terpaksa mengharungi hidup membesarkan anak-anak tanpa suami yang sering keluar masuk penjara dan pusat pemulihan kerana menagih. Semoga pengorbanan saya menjadi teladan buat para isteri yang kemungkinan sedang menghadapi masalah yang sama. Sekiranya kuat pegangan agama kita, maka kuatlah kita untuk melalui pelbagai ujian dan dugaan di dunia. Saya percaya kebanyakan agama lain selain Agama Islam juga ada cara tersendiri untuk membimbing penganut mereka daripada membuat keburukan. 1

Inilah realiti hidup saya sebagai isteri seorang penagih dadah. Terlalu perit untuk melalui hidup, apalagi jika kedua-dua pihak keluarga mengenali suami dengan segala kebaikan. Segala yang buruk tentang suami tidak terlahir dengan kata-kata kerana tidak mahu rahsia keburukan suami terbongkar dan diketahui keluarga. Selama 20 tahun bergelar isteri, kehidupan saya tidaklah sesusah mana dan tidaklah sesenang mana, tetapi saya amat gembira dengan kehidupan yang saya lalui, memiliki suami yang penyayang. Tidak pernah suami menunjukkan penampilan yang dirinya seorang penagih dadah, dia sentiasa membuat saya ketawa walau hubungan saya dengan ipar tidak sebaik mana. Mungkin kerana mereka takut saya ini akan membebankan hidup mereka kerana abang mereka penagih. Bagi saya adanya suami di sisi memberi saya kekuatan untuk saya tempuhi hari mendatang tanpa keluarga di sisi. Di awal perkahwinan, saya dikejutkan dengan berita sedih. Seorang pak cik datang ke rumah menyampaikan berita penangkapan suami saya ketika kandungan sulung saya mencecah usia lapan bulan. Saban hari air mata adalah teman setia, untuk mengadu dengan keluarga saya tidak berdaya. Setiap malam saya mengambil wudu, menunaikan solat sunat, berdoa saya saya diberikan kekuatan serta ketabahan untuk melalui ujian ini. Saya kumpulkan kekuatan untuk pergi ke Balai Polis berjumpa suami di lokap. Saya minta izin suami untuk pulang ke rumah ibu bapa saya di Kuala Lumpur kerana saya mahu meminjam wang untuk menjamin suami. 2

Kepada mereka saya kuatkan diri untuk mengatakan bahawa suami saya terlantar sakit di hospital dan memerlukan wang sebanyak ini untuk menjalani pembedahan. Syukur Alhamdulillah, ayah memberi wang yang saya mahu tanpa banyak bertanya soalan. Setelah dua minggu di rumah keluarga, saya pulang ke rumah dalam keadaan saya sarat mengandung. Saya tidak terus pulang ke rumah tetapi terus ke balai polis untuk bertemu suami di lokap dan menjaminnya. Pasti ramai yang tertanya-tanya sebab apa saya sanggup bersusah payah menjamin suami, sanggup berbohong dengan keluarga demi mendapatkan wang jaminan suami. Ini kerana saya mahu melahirkan anak sulung saya di sisi suami. Saya tidak mahu keseorangan. Bagi saya sejahat mana pun suami saya, dia tetap suami saya, syurga saya di bawah tapak kakinya. Selagimana dia tidak menyuruh saya membuat perkara yang dilarang oleh Allah, selagi itu saya akan taat padanya. Dari anak sulung hinggalah anak ke lima, suami selalu keluar masuk penjara. Setiap kali saya dirundung pilu, saya akan memeluk anak-anak saya, pada mereka saya tumpahkan air mata sedih. Anak-anak saya adalah sumber kekuatan saya pada saat itu. Apabila anak-anak tanya kenapa saya menangis, jawab saya kerana ayah ditangkap polis sebab membawa lori secara berbahaya (ketika itu suami bekerja sebagai pemandu lori). Saya tidak pernah membebankan anak-anak dengan masalah saya dan tidak pernah menceritakan pada anak-anak tabiat buruk ayah mereka. 3

Saya mahu anak-anak menghormati ayah mereka, walau siapa pun ayah mereka, saya tidak mahu memutuskan kasih sayang anak-anak dengan ayah mereka, apa lagi ayah mereka tidak pernah mengkasari mereka malah selalu memberi tunjuk ajar yang baik walau dia sendiri terjebak dengan penagihan dadah. Terlalu sukar menasihati suami yang selalu leka dengan dunianya, tetapi saya tidak pernah marah atau bergaduh di hadapan anak-anak. Saya selalu memberi anak-anak kata-kata perangsang supaya mereka berjaya dalam pelajaran. Hari-hari berlalu dalam sekelip mata, kini anak-anak saya telah dewasa, yang sulung berusia 20 tahun, sedang menjalani pengajian ijazah pertama dalam jurusan perakaunan di sebuah IPTA terkemuka di Malaysia. Dari peperiksaan UPSR (5A), PMR (8A) dan SPM (10A1), kini kedukaan dan keperitan saya terubat dengan setiap gred penilaian CGPA yang selalu diperolehnya iaitu 3.90-3.96, setiap kali peperiksaan semester. Anak kedua saya melanjutkan pengajiannya di kolej IPTS Shah Alam. Anak saya ini memang tidak pernah berminat dengan bidang akademik, jadi saya masukkan dia ke bidang kemahiran yang diminatinya. Anak ketiga saya berada di tingkatan 3 dan akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini dan anak yang ke empat dan kelima masih bersekolah rendah. 4

Sekarang baru anak-anak saya tahu kenapa ayah mereka selalu keluar masuk penjara dan saya memberitahu mereka, bukan saya membenci ayah mereka atau sengaja mahu merahsiakan perkara yang sebenarnya, tetapi saya tidak mahu mereka terjebak dengan masalah saya. Saya tidak mahu mereka merasa tertekan dengan masalah yang dihadapi kami sekeluarga. Saya sering mengatakan bahawa saya mahu supaya anak-anak saya berjaya dan dapat mengubah nasib keluarga apabila dewasa nanti. Dengan kejayaan mereka itulah penawar serta ganjaran yang amat besar untuk saya setelah pelbagai rintangan yang dilalui. Kini suami saya juga baru setahun keluar dari Pusat Pemulihan Akhlak dan saya amat berharap biarlah ini penahanannya yang terakhir kerana dia pun tidak muda lagi, sudah mencecah 50 tahun. Ajal maut pasti akan tiba tanpa lewat walaupun sesaat, kerana kematian itu pasti. Walau tiada apa yang dapat saya beri kepada anak sulung saya atas kejayaannya, tetapi setiap kali peperiksaan penting, nama saya akan jadi sebutan, suami saya juga memberitahu pada saya pihak penjara amat kagum dengan kecekalan saya mendidik anak-anak. Tidak semua penagih dadah yang dapat memberi pelajaran sempurna untuk anak-anak kerana kebanyakan isteri penagih dadah akan tertekan dengan masalah suami dan anak-anak akan jadi mangsa. Bagaimana pihak penjara tahu kejayaan anak saya? Ini kerana saya selalu menghantar surat dan mengirimkan salinan keputusan peperiksaan anak saya kepada suami semasa dia dalam tahanan. 5

Sebelum saya menutup tirai cerita saya ini, ingin saya nasihatkan kepada para isteri yang senasib dengan saya, pandanglah wajah anak-anak yang tidak berdosa, jangan kita jadikan mereka tempat melemparkan kemarahan, tetapi anggaplah mereka sahabat yang sering membahagiakan kita. Biarlah kita sengsara, tetapi lawan jiwa rapuh kita dengan kekuatan dan semangat untuk melihat anak-anak berjaya. Saya melalui pahit getir kehidupan sebagai isteri penagih dadah selama bertahun lamanya, bayangkan kesengsaraan yang saya lalui seorang diri tanpa tempat mengadu melainkan hanya pada Allah yang Maha Esa. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana diberi kekuatan dan kesabaran yang luar biasa ini. Saya harap kebahagiaan ini akan berterusan. Doa saya semoga anak-anak saya akan mendapat perlindungan, hidayah dan diberkati hidup mereka di dunia dan akhirat. Kepada suami, harapan dan doa saya yang tidak pernah putus, bertaubat dan berubahlah demi anak-anak. Ingatlah kepada Allah dan kembali ke pangkal jalan. Demikanlah kisah saya yang dapat saya sampaikan. Diharapkan sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit kekuatan, serta janganlah kita lupa pada Allah yang menciptakan semua makhluk, rapatkanlah diri pada-nya di saat kita susah mahupun senang. Sekian. ****************************** 6