100 Kop.K tgn (UiTM) Bhd-4/4/2017 10 Ogos 2017 Anggota Koperasi Kakitangan UiTM Berhad: 1. Kampus UiTM Kelantan 2. Kampus UiTM Terengganu 3. Kampus UiTM Pahang Tuan/Puan, TAWARAN MENGHADIRI KURSUS KEFAHAMAN & PENGURUSAN KOPERASI DI PULAU LANGKAWI, KEDAH Sukacita perkara di atas adalah dirujuk. Adalah dimaklumkan bahawa Biro Pengurusan, Pembangunan & Sumber Manusia Koperasi Kakitangan UiTM Berhad akan mengadakan Kursus Kefahaman & Pengurusan Koperasi anggota koperasi Kampus UiTM Kelantan, Terengganu dan Pahang pada 29 SEPTEMBER 2017 HINGGA 01 OKTOBER 2017 bersamaan hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Sepanjang kursus ini semua peserta akan menginap di Hotel Langkasuka, Kuah, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Sehubungan dengan itu tawaran dibuka kepada anggota - anggota koperasi UiTM Kelantan, Terengganu dan Pahang yang belum pernah menghadiri kursus ini. Bayaran sebanyak RM350.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Lima Puluh Sahaja) akan dikenakan kepada peserta untuk bayaran pengangkutan, feri, penginapan, makan tengahari, makan malam dan lain - lain kos yang berkaitan. Tawaran penyertaan kursus ini adalah secara pakej selama tiga ( 3 ) hari dua (2) malam. Syarat pendaftaran peserta dikehendaki membayar wang penyertaan sebanyak RM350.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Lima Puluh Sahaja). Pembayaran boleh dibayar secara tunai atau ditolak dari pinjaman wang saku yang diambil. Untuk memberi keselesaan kepada anggota koperasi yang ingin mengikuti kursus ini, pihak koperasi menawarkan pinjaman wang saku sebanyak RM 1,000.00 ( Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja ) kepada anggota yang memerlukan dengan syarat anggota berkenaan masih mempunyai kelayakan. Bayaran balik pinjaman ini hendaklah dilunaskan dalam tempoh satu (1) tahun.
Kepada peserta yang sudah mendaftar tetapi membatalkan penyertaan hendaklah mencari ganti atau membayar kos kursus tersebut. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan anda dikenakan surcaj. Sekiranya pinjaman telah diluluskan ia akan dibatalkan. Penyertaan bagi kursus dan lawatan ini adalah seramai 120 orang sahaja mengikut pecahan berikut:- Bil Wakil Tetap Kampus UiTM Jumlah Peserta 1 Encik Yusri Yunus Kelantan 40 Orang 2 Encik Khairul Azhar Abd Rahman Terengganu 40 Orang 3 Encik Faizat Hassan Pahang 40 Orang Tarikh tutup penyertaan ialah 04 September 2017. Untuk keterangan lanjut mengenai Kursus ini, anggota koperasi yang berminat boleh menghubungi Wakil Tetap Koperasi kampus negeri masing-masing. Diperingkat koperasi pusat tuan/puan boleh menghubungi pegawai bertugas kami Azizah Shafie/Nur Syamimi Anuar ditalian 03-55195912 / 55104512 / 55120689. Sekian dimaklumkan, terima kasih. Wassalam. Yang benar, KAMARUL ARIFFIN ZOLKARNAIN YAHAYA Pengerusi Biro Pengurusan, Pembangunan & Sumber Manusia Koperasi Kakitangan UiTM Berhad
ATURCARA KURSUS KEFAHAMAN & PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI 29 SEPTEMBER 2017 ( JUMAAT ) 11.00 Pagi : Menaiki Feri Kuala Perlis ke Kuah Langkawi 12. 00 Tgh : Check In Hotel Langkasuka : Makan Tengahari ( Hotel ) 03. 00 Ptg : Taklimat Program : Pembentangan Kertas Kerja 1 Tajuk : Perkhidmatan Koperasi 05.00 Ptg : Aktiviti Bebas - Persendirian / Berkumpulan 07.00 Mlm : Makan Malam ( Hotel ) 08.00 Mlm : Pembentangan Kertas Kerja 2 Tajuk : Tabung Kebajikan Bersama 10.00 Mlm : Aktiviti Bebas - Persendirian / Berkumpulan 30 SEPTEMBER 2017 ( SABTU ) 07.00 Pagi : Sarapan Pagi ( Hotel ) 08.00 Pagi : Pembentangan Kertas Kerja 3 Tajuk : Pengurusan Kewangan Peribadi Oleh : AKPK 10.00 Pagi : Minum Pagi ( Hotel ) 10.30 Pagi : Pembentangan Kertas Kerja 4 Tajuk : Pengurusan & Pentadbiran Koperasi Oleh : Maktab Koperasi Malaysia (MKM) 12.30 Tgh : Makan Tengahari ( Hotel ) 2.30 Ptg : Aktiviti Bebas - Persendirian / Berkumpulan
7.00 mlm : Makan Malam dan BBQ (hotel) 8.30 mlm : Dialog Bersama Anggota Lembaga Koperasi (ALK) : Penyampaian Sijil : Majlis Penutup 10.00 mlm : Aktiviti Bebas - Persendirian / Berkumpulan 01 OKTOBER 2017 ( AHAD ) 07.00 pagi : Sarapan Pagi ( Hotel ) 10. 00 pagi : Check out hotel 11.00 pagi : Bertolak ke Jeti Kuah Langkawi 12. 00 Tgh : Menaiki Feri Kuah ke Jeti Kuala Perlis 2. 00 Ptg : Menaiki Bas Balik Ke Destinasi Nota: Aturcara ini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.
BORANG PENYERTAAN KURSUS KEFAHAMAN & PENGURUSAN KOPERASI DI PULAU LANGKAWI, KEDAH MAKLUMAT PERIBADI NAMA PENUH :. NO PEKERJA / NO AHLI KOPERASI : NO KAD PENGENALAN: JAWATAN :.. KAMPUS: NO. TEL : ( Pejabat ). (HP) E-MAIL :.. PERSETUJUAN Saya bersetuju mengikuti Kursus Kefahaman dan Pengurusan Koperasi di Pulau Langkawi, Kedah pada 29 September 01 Oktober 2017 ( 3H 2M ) dengan mematuhi syarat - syarat yang telah ditetapkan. Bersama-sama ini disertakan:- 1. Bayaran Penyertaan RM350.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Lima Puluh Sahaja) 2. Borang Pinjaman yang telah siap diisi ( Sekiranya Perlukan Wang Saku RM1,000.00) Sekian, terima kasih. Tandatangan... Tarikh: