BAHAGIAN TUJUAN. makna. yang lain. kredit;

dokumen-dokumen yang mirip
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

BAHAGIAN I PERMULAAN

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

Wang sesuatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

Akaun Pelaburan Wafiyah

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Polisi Privasi. Pengenalan

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

D.R. 38/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Koperasi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Peribadi

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

Undang-Undang Malaysia

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Akaun Pelaburan Waheed

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PEKERJA-PEKERJA JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA BERHAD (pindaan: 23 Jun 2012)

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

COACHING ACADEMY PROSEDUR PENUBUHAN & PENDAFTARAN KOPERASI PANDUAN MENUBUH & MENDAFTARKAN KOPERASI. Pengenalan

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

Transkripsi:

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP20 : GARIS PANDUAN MENGENAI FEDERASI KOPERASI KREDIT BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta). Ia bertujuan untuk memberi panduan mengenai pendaftaran, operasi dan keperluan kawal selia federasi koperasi kredit (federation of credit co-operativee societies). TAFSIRAN 2. Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki yang lain makna federasi koperasi kredit atau federasi ertinya suatu kesatuan atau pakatan secaraa sukarela di kalangan koperasi-koperasi kredit; koperasi kredit ertinya koperasi yang dalam undang-undang kecilnya melaksanakan fungsi kredit; dan 1

Kumpulan Wang Anggota (KWA) terdiri daripada: (d) (e) (f) (g) (h) (i) syer anggota; yuran anggota; syer bonus; syer ditebus; Kumpulan Wang Penebusan Syer; Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus; akaun rizab modal; akaun untung rugi terkumpul; dan kumpulan-kumpulan wang lain yang diwujudkan untuk manfaat anggota. LATAR BELAKANG 3. Peranan gerakan koperasi sebagai sektor ketiga menjadi semakin penting pada masa kini dan akan datang. Pengukuhan koperasi fungsi kredit melalui kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan adalah merupakan langkah yang bijak ke arah memantapkan tahap kemajuan dan pencapaian matlamat dalam pembangunan ekonomi Negara. 4. Penubuhan beberapa gabungan di kalangan koperasi kredit wajar digalakkan kerana pengumpulan modal, kepakaran dan tenaga membolehkan koperasi melibatkan diri dalam aktiviti lain pada skala yang lebih besar dan boleh memperkukuh daya saing koperasi. 5. Melalui penggabungan ini, koperasi boleh meneroka bidang-bidang perniagaan baru yang berkaitan dengan kewangan. 2

6. Kebanyakan koperasi kredit di Malaysia mempunyai modal yang tidak mencukupi dan tidak dapat menyediakan jumlah pembiayaan yang besar kepada anggota. Ini merupakan cabaran daripada segi citarasa dan keperluan anggota yang telah berubah. Bagi meningkatkan jumlah pembiayaan, koperasi kredit tidak dapat menyediakan sumber modal yang mencukupi dan akhirnya tidak dapat bersaing dengan koperasi besar dan institusi kewangan lain. 7. Banyak isu dan permasalahan di kalangan koperasi kredit terutamanya bagi pengumpulan sumber dana. Bilangan koperasi kredit yang banyak hanya akan menjejaskan keupayaan dan kemampuan koperasi kerana terpaksa bersaing sesama sendiri di samping menghadkan kemampuan bagi mencapai ekonomi berskala besar. 8. Bagi menangani cabaran koperasi kredit dalam pengumpulan modal yang besar dan keperluan pelanggan yang semakin bertambah, penubuhan federasi koperasi kredit (federasi) adalah merupakan satu alternatif terbaik. Dengan adanya federasi ini, ia dapat mencapai matlamat seperti berikut menyatukan kekuatan koperasi melalui bilangan anggota yang ramai dan seterusnya meningkatkan sumber modal; mendapatkan pakar-pakar daripada pelbagai latar belakang pengalaman; mengurangkan kos dan meluaskan pasaran melalui wujudnya ekonomi berskala besar (economy of scale) dan rangkaian kerjasama (networking); (d) meningkatkan penggunaan teknologi yang membawa kepada perkhidmatan yang lebih cekap; dan 3

(e) meningkatkan kualiti dan memberi nilai tambah (value added) kepada perkhidmatan yang diberi. 9. Federasi menitikberatkan kerjasama di kalangan anggotanya demi menjamin pembangunan federasi yang kukuh dan menjadi institusi yang penting dan efektif dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat. Federasi juga boleh memainkan peranan dalam memantau kepatuhan anggotanya terhadap perundangan koperasi dan perundangan lain termasuk penggubahan wang haram dengan berkesan. 10. Ke arah itu, federasi diwujudkan untuk menggembleng sumber dan meningkatkan kebolehupayaannya sebagai alternatif dalam industri kewangan. BAHAGIAN B : PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN FEDERASI OBJEKTIF FEDERASI KOPERASI KREDIT 11. Objektif federasi hendaklah merangkumi menerima deposit daripada anggota; menerima deposit daripada bukan anggota dengan kelulusan Suruhanjaya; menyediakan kemudahan pembiayaan kepada anggota pada kadar yang munasabah; dan (d) menyediakan perkhidmatan kewangan lain kepada anggota. 4

12. Federasi hendaklah memainkan peranan antaranya menggembleng, menyedia dana serta sumber-sumber kewangan bagi menjalankan objektifnya; memberi perkhidmatan termasuk (i) perundingan; (ii) pengumpulan data; (iii) perakaunan; dan (iv) kesetiausahaan membentuk suatu Jawatankuasa Syariah sebagai rujukan bagi koperasi anggota yang melaksanakan aktiviti berlandaskan prinsip Syariah; (d) menyediakan perkhidmatan teknikal, pendidikan, sokongan dan kewangan yang perlu bagi penubuhan, kestabilan, pertumbuhan dan penyatuan koperasi-koperasi kredit; (e) menganjurkan dan melaksanakan program-program promosi bagi faedah dan kemajuan koperasi-koperasi kredit; (f) menganjurkan seminar, persidangan dan bengkel untuk kepentingan anggota; (g) menjadi perantaraan (intermediary) antara koperasi kredit dengan badan kawal selia dalam membangun dan memperkukuh koperasi kredit; dan 5

(h) mewakili kepentingan anggota di peringkat nasional. PERMOHONAN PENUBUHAN FEDERASI 13. Federasi hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya lima koperasi kredit asas; dua koperasi kredit menengah; atau satu koperasi kredit menengah dan dua koperasi kredit asas. 14. Permohonan bagi penubuhan sesebuah federasi hendaklah mengikut prosedur seperti mana yang digariskan dalam GP12 : Garis Panduan Penubuhan Koperasi. 15. Kelayakan keanggotaan federasi adalah seperti berikut: koperasi asas atau menengah yang fungsinya kredit; dan telah didaftarkan dan beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun. PERMOHONAN PENDAFTARAN FEDERASI 16. Federasi hendaklah menyediakan modal permulaan minimum berasaskan KWA sebanyak RM50 juta dalam tempoh lima tahun pertama; dan menyenggara modal minimum ini tanpa terjejas oleh kerugian pada setiap masa. 6

17. Perkataan federasi hendaklah menjadi sebahagian daripada nama atau jenama koperasi ini. 18. Semasa mengemukakan permohonan pendaftaran, maklumat berikut hendaklah dikemukakan pelan perancangan perniagaan sekurang-kurangnya bagi tiga tahun yang akan datang. Pelan ini akan mengandungi keupayaan federasi dari segi kepakaran dan penggemblengan sumber-sumber yang akan digunakan untuk menyumbang kepada pembangunan gerakan koperasi keseluruhannya serta kepada keluaran negara umumnya; dan maklumat calon anggota Lembaga seperti berikut: (i) maklumat peribadi seperti di Lampiran 1; (ii) laporan kredit di Institusi Kewangan (CCRIS) daripada Bank Negara Malaysia (BNM); dan (iii) laporan status kebankrapan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia. 19. Suruhanjaya boleh secara bertulis pada bila-bila masa menghendaki maklumat tambahan dan menetapkan syarat-syarat tambahan sekiranya perlu bagi pendaftaran federasi. SUMBER WANG 20. Wang sesuatu federasi boleh diperoleh melalui fi masuk; 7

fi tahunan; syer; (d) yuran bagi tujuan sumber aktiviti pembiayaan; dan (e) deposit atau pinjaman. BAHAGIAN C : ORGANISASI DAN PENGURUSAN FEDERASI Tadbir urus 21. Struktur tadbir urus federasi hendaklah merangkumi perkara-perkara berikut Lembaga federasi hendaklah memenuhi kriteria layak dan sesuai seperti mana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; pengurusan berasingan daripada Lembaga federasi; Jawatankuasa Audit Dalaman yang bebas; dan (d) jawatankuasa lain yang dibentuk seperti Jawatankuasa Pencalonan, Jawatankuasa Penggajian dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko. Anggota Lembaga 22. Federasi hendaklah mempunyai suatu Lembaga yang terdiri daripada tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada lima belas orang anggota tertakluk satu pertiga jumlah anggota Lembaga hendaklah dipersetujui oleh Suruhanjaya. 8

23. Untuk mengelak situasi percanggahan kepentingan dalam pengurusan federasi, anggota Lembaga federasi tidak dibenarkan memegang jawatan lebih daripada sebuah federasi kecuali federasi kebangsaan atau nasional. 24. Walau bagaimanapun, anggota Lembaga federasi dibenarkan memegang jawatan anggota Lembaga di koperasi atau syarikat lain tertakluk kepada syaratsyarat yang berikut: koperasi asas, menengah dan atasan sesebuah koperasi yang mempunyai sinergi dengan koperasi asas tersebut; koperasi dalam fungsi yang berlainan; dan syarikat atau organisasi yang berasaskan keuntungan. 25. Bilangan jawatan anggota Lembaga yang boleh dipegang oleh seseorang anggota dalam koperasi atau organisasi seperti yang dinyatakan di para 23 dan 24 hendaklah tidak melebihi lima pada sesuatu masa. 26. Anggota Lembaga dibenarkan mewakili federasi dalam subsidiarinya tetapi hendaklah tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah anggota Lembaga federasi. 27. Apabila seseorang anggota Lembaga memegang jawatan dalam beberapa koperasi lain, beliau hendaklah memastikan masa dan tumpuan yang secukupnya dapat diberikan kepada hal-ehwal setiap koperasi yang diwakilinya. Garis panduan dalaman perlu disediakan dengan memberi penekanan terhadap pembahagian masa dan tumpuan oleh anggota Lembaga yang mempunyai komitmen seperti di atas. 9

Kelayakan Lembaga 28. Lembaga hendaklah mewakili koperasi yang memenuhi kriteria berikut: syer minimum sekurang-kurangnya RM1 juta; KWA yang positif; menerima penarafan sekurang-kurangnya 3 bintang hasil daripada Pemeriksaan Usaha Wajar (DDE) yang dijalankan oleh Suruhanjaya; dan (d) mempunyai keuntungan bagi tempoh tiga tahun terakhir. 29. Federasi hendaklah, sebelum pelantikan atau pelantikan semula anggota Lembaga, meminta penentusahan daripada Suruhanjaya sebagaimana yang ditentukan oleh GP3 : Garis Panduan Pelantikan Atau Pelantikan Semula Anggota Lembaga Koperasi. 30. Lembaga hendaklah memiliki pengetahuan dan pengalaman yang munasabah dalam bidang-bidang yang dinyatakan di Lampiran 2 di mana sekurang-kurangnya: satu pertiga daripada anggota Lembaga hendaklah mempunyai pengalaman dalam bidang kewangan seperti insurans atau takaful, pelaburan dan perbankan; dan seorang daripada anggota Lembaga hendaklah mempunyai pengalaman dalam bidang perundangan. Walau bagaimanapun, perenggan ini tidak terpakai sekiranya anggota Lembaga ini terdiri daripada kalangan anggota Lembaga di bawah para di atas. 10

Hilang kelayakan sebagai anggota Lembaga 31. Tiada seorang pun layak menjadi anggota Lembaga atau kekal sebagai seorang anggota Lembaga federasi jika telah terbukti terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas suatu pertuduhan berkenaan dengan kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; menjadi tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tak berupaya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya; tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi; (d) koperasi yang diwakilinya berhenti menjadi anggota federasi; (e) koperasi yang diwakilinya dibatalkan pendaftarannya oleh Suruhanjaya; (f) telah tidak memegang jawatan sebagai anggota Lembaga dalam koperasi anggota; atau (g) telah dipecat atau digantung sebagai anggota Lembaga dalam koperasi anggota di bawah Akta Koperasi 1993. Pelantikan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) 32. Menurut seksyen 42A Akta, Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada lima orang anggota yang dilantik oleh Lembaga. 11

33. Federasi hendaklah mematuhi GP4 : Garis Panduan Pelantikan dan Fungsi Jawatankuasa Audit Dalaman. 34. JAD hendaklah mempunyai kepakaran atau pengalaman dalam bidang kewangan, perakaunan atau pengauditan. Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengawal Kewangan 35. Pelantikan dan pelantikan semula ketua pegawai eksekutif dan pengawal kewangan federasi hendaklah diluluskan oleh Suruhanjaya dan memenuhi kriteria kelayakan seperti di Lampiran 2. BAHAGIAN D : KEPERLUAN KAWAL SELIA KEHEMATAN Kecukupan modal 36. Pengiraan kecukupan modal hendaklah berdasarkan kepada rangka kerja Nisbah Kecukupan Modal dan peratusan minimumnya hendaklah dikekalkan pada setiap masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya. Likuiditi 37. Pengiraan likuiditi hendaklah berdasarkan kepada rangka kerja likuiditi dan peratusan minimumnya hendaklah dikekalkan pada setiap masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya. 12

Had pembiayaan 38. Jumlah pembiayaan kepada setiap koperasi anggota dihadkan kepada dua puluh lima peratus daripada KWA. Had tersebut terpakai kepada jumlah pembiayaan yang diluluskan atau baki pembiayaan, yang mana lebih tinggi. 39. Had berhemat bagi jumlah pembiayaan tersebut hendaklah berdasarkan kepada rangka kerja mengenai had pemberian pembiayaan kepada setiap koperasi anggota yang perlu dipatuhi pada setiap masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya. Pembiayaan kepada pihak yang berkaitan (connected lending) 40. Pelaksanaan pemberian pembiayaan kepada pihak yang berkaitan yang mempunyai kepentingan, hubungan atau boleh mempengaruhi keputusan federasi, hendaklah mengisytiharkan kepentingannya dalam pemberian pembiayaan tersebut dan tertakluk kepada arahan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa. Klasifikasi Pembiayaan Tak Berbayar dan Peruntukan Hutang Lapuk dan Hutang Ragu 41. Federasi dikehendaki untuk mematuhi: Garis Panduan Bagi Mengklasifikasikan Pinjaman Tak Berbayar Dan Peruntukan Bagi Hutang Lapuk Dan Hutang Ragu serta arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa; dan 13

menyenggara peruntukan am sekurang-kurangnya 1.5 peratus daripada jumlah pinjaman selepas ditolak faedah tergantung dan peruntukan hutang ragu dan hutang lapuk. Pengurusan risiko 42. Federasi dikehendaki mempunyai infrastruktur pengurusan risiko yang sesuai untuk mengenalpasti, mengukur dan mengawal risiko dalam aktivitinya. Infrastruktur tersebut seharusnya mengandungi, antara lain, perkara-perkara berikut: had risiko yang berhemat; metodologi bersesuaian bagi mengukur risiko dan pemantauan risiko yang berterusan; kekerapan pelaporan pengurusan mengenai risiko tertentu; dan (d) sistem pengurusan maklumat yang mencukupi. 43. Infrastruktur berkenaan memerlukan penglibatan aktif Lembaga federasi yang menjalankan aktivitinya dan pengurusan untuk memantau dan menilai pengurusan risiko dan prosesnya. Lembaga perlu meluluskan dasar yang konsisten dengan strategi perniagaan, kedudukan modal sedia ada, kebolehan pengurusan dan kesediaan federasi mengambil risiko. Pengurusan perlu memaklumkan Lembaga mengenai pendedahan risiko dan secara proaktif, mengkaji semula dasar dan prosedur pengurusan risiko federasi seiring dengan perubahan profil risikonya. 44. Kawalan dalaman merupakan komponen penting agar federasi beroperasi dengan baik dan selamat. Kawalan dalaman yang berkesan dan kukuh akan membantu mengurangkan risiko kerugian luar jangkaan dan dapat memastikan supaya objektif federasi dicapai. Lembaga dan pengurusan hendaklah memastikan 14

federasi mengendalikan perniagaannya selaras dengan amalan kawalan dalaman dan mematuhi rangka kerja perundangan dan kawal seliaan yang sedia ada. Mesyuarat agung 45. Federasi hendaklah mengadakan suatu mesyuarat agung dengan merujuk kepada Akta Koperasi 1993, Peraturan-Peraturan Koperasi 2010 dan GP14 : Garis Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung. Keperluan kehematan lain yang ditetapkan 46. Federasi juga hendaklah memenuhi keperluan-keperluan dan syarat-syarat kehematan lain yang ditetapkan Suruhanjaya dan agensi kawal selia yang berkaitan dari semasa ke semasa. Pembangunan modal insan 47. Federasi hendaklah menyediakan satu program orientasi dan pembelajaran berterusan serta perancangan kerjaya (career path) dan penggantian (succession planning) untuk pembangunan modal insan. Program tersebut adalah berkaitan dengan pengurusan perniagaan, isu semasa, strategi korporat, perundangan yang relevan dan risiko yang sentiasa berubah-ubah. Syariah 48. Federasi yang menjalankan aktiviti-aktivitinya berlandaskan prinsip-prinsip Syariah hendaklah 15

membentuk suatu Jawatankuasa Syariah yang juga menjadi rujukan Syariah bagi anggota-anggotanya; atau merujuk kepada mana-mana Penasihat Syariah di institusi lain yang diiktiraf untuk memastikan pelaksanaan aktiviti-aktivitinya adalah menurut prinsip-prinsip Syariah. Kapasiti 49. Federasi berkemampuan menyediakan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi, modal insan dan pemprosesan aktivitinya. Keperluan-keperluan lain yang ditetapkan 50. Federasi hendaklah memenuhi keperluan-keperluan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan Suruhanjaya dan agensi kawal selia lain yang berkaitan. OPERASI Juruaudit luar 51. Federasi hendaklah melantik juruaudit luar di mana pelantikan atau pelantikan semula juruaudit tersebut hendaklah mematuhi kehendak Akta Koperasi 1993. 16

Pengsumberanluar (Outsourcing) fungsi bukan teras 52. Federasi boleh menggunakan perkhidmatan pihak ketiga bagi fungsi bukan teras. Walau bagaimanapun, federasi hendaklah mempunyai tanggungjawab dan kawalan terhadap fungsi tersebut. 53. Federasi yang menggunakan khidmat pihak ketiga hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi kajian semula pemeriksaan wajar dilaksanakan terhadap pihak ketiga; kelulusan Lembaga federasi diperolehi; perjanjian perkhidmatan diadakan; (d) akujanji bertulis pihak ketiga disediakan untuk mematuhi peruntukan kerahsiaan; dan (e) pelaporan dan mekanisma pemantauan yang teratur diwujudkan. Aduan pelanggan 54. Federasi hendaklah menyediakan saluran dan mekanisma untuk menangani aduan daripada anggota atau pelanggannya mengenai aktiviti atau perkhidmatan yang dijalankan dan ditawarkan oleh federasi. Pelaporan 55. Menurut perenggan 14(1) Akta, koperasi hendaklah mengemukakan apaapa maklumat lain yang dikehendaki Suruhanjaya berkenaan dengan penubuhan, 17

keanggotaan, pengendalian dan kedudukan kewangan koperasi termasuk minit mesyuarat Lembaga. 56. Suruhanjaya boleh dari semasa ke semasa menghendaki federasi untuk mengemukakan maklumat-maklumat lain sebagai tambahan, jika perlu. PENYELIAAN DAN PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN 57. Federasi hendaklah komited untuk memastikan entitinya tidak disalahgunakan bagi aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. 58. Oleh itu, federasi bertanggungjawab mewujudkan kawalan-kawalan yang mencukupi terutamanya pelaksanaan usaha wajar (due diligence) serta kaedah mengenali pelanggan (know your customer) dan melaporkan apa-apa transaksi yang luar biasa kepada Suruhanjaya bagi mengelak daripada digunakan sebagai konduit bagi aktiviti tersebut. PEMELIHARAAN KERAHSIAAN 59. Anggota Lembaga, pegawai, pekerja, juruaudit atau mana-mana orang yang mempunyai akses kepada maklumat mana-mana anggota atau pelanggan yang diperoleh dalam melaksanakan perniagaan atau tugas dengan federasi, tidak boleh digunakan untuk kepentingan peribadi dan tidak boleh dizahirkan kepada mana-mana orang tanpa izin anggota atau pelanggan melainkan yang dibenarkan oleh undangundang bertulis. 18

AM 60. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Akta dan Peraturan. Pengecualian terhadap mana-manaa peruntukan dalam garis panduan ini boleh diberikan oleh Suruhanjaya secaraa bertulis kepada mana-mana federasi demi kepentingan gerakan koperasi. PEMAKAIAN DAN TARIKH KUAT KUASA 61. Garis panduan lain yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya adalah terpakai kepada federasi selagi tidak diperuntukkan selainnya dalam garis panduan ini. 62. Suruhanjaya boleh dari semasa ke semasa mengeluarkann peraturan, garis panduan atau arahan berhubung dengan federasi. 63. Semua federasi hendaklah mematuhi peruntukann di bawah Akta, Peraturan- dari semasa ke semasa. Peraturan, perintah, garis panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya 64. Garis panduan ini dikuat kuasakan pemakaiannya mulai 1 Disember 2011. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIANN DIUTAMAKAN (DATUK HAJI MD. YUSOF BIN HAJI SAMSUDIN) Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Tarikh: Peneraju Kecemerlangan Koperasi 19