SURAH ADZ-DZARIYAAT 1

dokumen-dokumen yang mirip
Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PENGAMBILAN IKTIBAR UMUM AYAT

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.4 Nabi Hud AS.

2

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.5 Nabi Shalih AS.

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.6 Nabi Ibrahim AS., Nabi Ismail AS., Nabi Luth AS., dan Nabi Ishaq AS.

Bahagian Ketiga: Tafsiran Ayat-ayat 32-44

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Bahagian Keempat: Tafsiran Ayat-ayat 45-59

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.1 Nabi Adam AS.

TERJEMAHAN SURAH. Mereka mendustakannya dan terus mengikut hawa nafsu mereka(sedarlah) dan sesuatu perkara itu adalah mengikut ketentuan nya.

Disebarluaskan melalui: Website: November, TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.8 Nabi Syu aib AS.

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I


IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Kisah Kaum 'Aad. Khutbah Pertama:

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

TERJEMAHAN SURAH NUH

2

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

Disebarluaskan melalui: Maktabah Raudhah Al-Muhibbin

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

BAHAYA PERILAKU TAQLID MENURUT AL-QUR AN

LALUAN KEHIDUPAN

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Mengusir Asap? Allah Yang Meniupkan Angin dan Menurunkan Hujan

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Diterjemahkan oleh : Abu Sa id Neno Triyono א א א.

Kuliah Minggu Keempat 1.3 Sejarah Sains dan Teknologi Islam

TAFSIRAN AYAT 17 JADI, SIAPAKAH YANG BOLEH MENERIMA AL-QUR AN DAN BERIMAN DENGAN RASULULLAH?

BAB 7: NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

Disebarluaskan melalui: website: Maret, TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

TALIM MADANI #12 IMAN KEPADA ALLAH (PERBEDAAN MALAIKAT DAN MANUSIA)

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

BAHAGIAN A (20 markah)

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

Perintah Pertama di Dalam Alquran

Bahagian Kelima: Tafsiran Ayat-ayat 60-82

Penulis: Al-Ustadz Abu Usamah Abdurrahman bin Rawiyah An Nawawi

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

Seri Iman Kristen (3/10)

Inspirasi Dua Wanita Paling Mulia dalam Sejarah Manusia

MATAN. Karya Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahhab

DOA WIRID YANG TERMUAT DALAM AL QUR AN

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

TAWASSUL. Penulis: Al-Ustadz Muhammad As-Sewed

Allah menguji kasih Abraham

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Allah menguji kasih Abraham

MENDIDIK ANAK DENGAN NASEHAT. Muzdalifah M Rahman* 1

Renungan tentang kehidupan

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Janji Allah kepada Abraham

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Janji Allah kepada Abraham

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

GsHeM I' õ IäI = HÝI PéƒFGy GßMÃGšIý PQçGŠÂHñ G G M G = HsIe G GßR¾G G¾G > KßG¾G ôhäg G GY Péƒ MyG} K ÀG IäMÃG¾G GuĪ MœH} PéêMÂGš CZÂHšÂHºGñwG}

Kedudukan Tauhid Bagi Seorang Muslim

Berpegang Teguh dengan Alquran dan Sunnah

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

Meraih Kebahagiaan Hakiki dengan Syukur, Sabar, dan Istighfar

Mensyukuri Nikmat Musim Hujan

SURAH AL-MUDDATHIR 1


Mulia Quran Terjemahan Bahasa Indonesia. Surah Qamar

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

AGAMA ISLAM TENTANG AKIDAH ISLAM. Oleh : Agus Pernadi Harahap SEKOLAH TINGGI TEHKNIK HARAPAN MEDAN 2013

Persiapan Menuju Hari Akhir

Takwa dan Keutamaannya

Tafsir Surat Al-Kautsar

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Kelompok Azizatul Mar ati ( ) 2. Nur Ihsani Rahmawati ( ) 3. Nurul Fitria Febrianti ( )

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Kufur kepada thaghut adalah syarat sahnya ibadah seseorang, sebagaimana wudhu merupakan syarat sah shalat.

Anak kesayangan menjadi hamba

Himpunan Doa Didalam Al Quran

2 Petrus. 1 1 Dari Simon Petrus, hamba dan

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

Tuduhan Bahwa Berpegang Terhadap Agama Penyebab Kemunduran Kaum Muslimin

BAB V PENUTUP. menyelasaikan seluruh masalah yang ada dalam penelitian: 1. Apakah dalam teks lagu Iwan Fals mengandung nilai dakwah?

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.11 Nabi Dawud AS. dan Nabi Sulaiman AS.

Mulia Quran Terjemahan Bahasa Indonesia. Surah Al Qalam

Begitu Singkatnya Umur Manusia

P e n t i n g n y a T a b a y y u n

> GsGcZGÈH õ IäI HÍIN G Hœ G IáƒH"S šoz IYP G =œg} MãI GßMÃG¾G SÖHºRœ UëH Gy

Transkripsi:

1 SURAH ADZ-DZARIYAAT

2

3

4

TERJEMAHAN SURAH ADZ-DZARIYAAT Demi Angin! dengan kelancaran yang berkesan.(1) Demi Awan! yang mengandungi air yang berkesan.(2) Demi Kapal! Yang bergerak mudah dipermukaan.(3) Demi Malaikat! Yang membahagikan-bahagikan tugas yang diberi.(4) Sesungguhnya segala yang dijanjikan (mengenai Akhirat) itu adalah BENAR.(5) Sesungguhnya Hisab (atas amal baik/jahat) akan tetap dilaksanakan.(6) Demi Langit (di atas) punyai kecantikan, terserlah, stabil dan selari.(7) 5

Sesungguhnya kamu semua (wahai kafir-ingkar) cakap berbalik-balik (di antara percaya dan tidak percaya pada al Quraan).(8) Disisihkan daripadanya (al Quraan) pada orang yang mendustakannya.(9) Hancur punah lah orang yang mendustakan (hari akhirat dan al Quraan).(10) Mereka ialah orang-orang yang dalam kejahilan dan sentiasa lalai kan hari Kiamat.(11) Kononnya, mereka seara mengejek bertanya bila agaknya akan berlaku hari Kiamat itu?.(12) Ingatlah! Hari itu ialah hari di mana mereka semua dibakar atas api.(13) Di katakan pada mereka (pada hari itu): Rasalah segala azab fitnah yang telah disediakan pada kamu semua; yang kamu minta disegerakan selama ini!.(14) 6

Bagi orang-orang yang bertaqwa pula, mereka ditempatkan dalam syurgasyurga yang punyai mata air-mata air yang berbagai.(15) Mereka sentiasa saja menerima semua anugerah-anugerah dari Tuhan mereka; mereka, sesungguhnya di dunia dahulu mereka adalah dari kalangan orang baik-baik (sentiasa berbuat ihsan).(16) Mereka kurang tidur di waktu malam (selebihnya untuk beribadat).(17) Dan di ketika waktu sahur mereka memperbanyakkan beristighfar.(18) Mereka telah menetapkan sejumlah tertentu dalam harta benda mereka untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta.(19) (dan bagi yang mahu mencari) terdapat di atas mukabumi ini tanda-tanda besar tentang kewujudan Allah bagi orang yang mahu menyakinkan diri mereka.(20) (Tanda-tanda itu juga) ada pada diri kamu sendiri! Jadi mengapa kamu tidak mahu memikirkan nya?.(21) 7

Dan di langit pula (boleh diturunkan) rezeki kamu dan juga apa apa yang telah dijanjikan pada kamu.(22) Maka demi Tuhan Penguasa Langit dan Bumi! semuanya itu adalah BENAR sebagaimana kamu benar dalam tutur-kata kamu.(23) Adakah engkau telah mengetahui tentang perihal kedatangan tetamu-tetamu mulia itu pada Nabi Ibrahim?.(24) Ingatlah!, ketika mereka memasuki rumah beliau lalu memberi salam dan beliau menjawab salam itu; beliau berkata (dalam hat nya) nampaknya orangorang ini aku tak kenal pun!.(25) Mereka berhadapan dengan ahli keluarganya, lalu dia menghidang kepada mereka anak lembu panggang (untuk di makan).(26) Maka (nabi Ibrahim pun) mendekatkan dirnya pada mereka dan sambil mempersilakan mereka untuk menjamu selera; lantas dia bertanya pada mereka; Mengapa kalian tak menjamahnya?.(27) 8

Maka (Nabi Ibrahim) rasa cemas dan takut (kerana mereka tidak menjamah jamuan itu)! Lalu mereka berkata padanya: (wahai Ibrahim!) Jangan takut!. Dan mereka menyampaikan khabar gembira kepadanya dengan menjanjikan seorang anak lelaki yang berpengetahuan.(28) (Ketika mendengar berita itu) Isterinya bingkas datang dan menepuk-nepuk mukanya kehairanan dan berkata: Aku ni dah tua dan mandul pula! (bagaimana aku boleh mendapat anak?).(29) Para tetamu itu menjawab: Begitulah sebenarnya kata-kata dari Allah, Tuhan mu! Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, penuh Hikmah dan Maha Mengetahui.(30) Tanya (nabi Ibrahim pada mereka): maka apa lagi tugas kamu semua, wahai utusan Tuhan!?.(31) Jawab mereka: sesungguhnya kami semua diutuskan pergi kepada satu kaum yang sangat berdosa (untuk menghapuskan mereka.(32) supaya kami menimpakan ke atas mereka dengan batu-batu (beracun) dari tanah liat terbakar.(33) 9

Ianya tanah-tanah bertanda (dengan nama) dari sisi Tuhan mu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas itu.(34) Maka kami diperintahkan untuk mengeluarkan dari kaum itu orang-orang yang beriman (sebelum kaum itu dimusnahkan).(35) (Setelah kami teliti) maka kami dapati tak terdapat pun kecuali hanya sebuah rumah orang yang beriman ada di sana.(36) (Mereka semua dimusnah dan dipupuskan) dan Kami tinggalkan tanda-tanda (kebesaran Kami) untuk mereka-mereka yang takutkan azab Allah yang pedih itu untuk mereka hayati.(37) Dan kepada Nabi Musa pula, Kami telah mengutuskan beliau kepada Firaun dengan berbekalkan mukjizat yang nyata.(38) Firaun yang menolak (saranan Musa itu) dengan kekuasaannya sambil berkata: Ini semuanya sihir dan juga perlakuan orang gila!.(39) Maka kami musnahkan nya berserta askar-askarnya dan kami campak dan tenggelamkan mereka dalam laut dan untuk Firaun itu penuh penghinaan.(40) 10

Dan kepada Kaum A aad pula, kami telah mengutuskan kepada mereka (untuk memusnahkan mereka) dengan angin ribut yang mengganas.(41) Ribut itu tidak akan meninggalkan sebarang sisa apabila dia merempuh sehingga semuanya menjadi seperti debu.(42) Dan kepada kaum Thamud pula, ingatlah tatkala Nabi mereka berkata dengan ugut: bersenang-senang lah kamu sehingga ke satu masa tertentu.(43) Mereka sangat angkuh atas perintah Tuhan mereka, maka ditimpakan atas mereka pekikan suara yang kuat yang memusnahkan mereka, sedangkan mereka menyaksikannya sendiri.(44) Kesannya, mereka tidak dapat bergerak dan berdiri dan pastinya tidak siapa pun yang datang menolong.(45) Dan Kaum Nuh pula, sebelum itu, telah ditentukan sebagai kaum yang derhaka dan fasik.(46) (Di antara kekuasaan Kami), Kami telah membina langit yang kukuh rapi; kekuasaan Kami amat luas dan meliputi segala-galanya.(47) 11

Kami telah mencipta bumi dengan cara menghamparkan nya; maka Kami lah sebaik-baik yang mengerjakannya begitu.(48) Dan dari tiap sesuatu yang Kami ciptakan itu adalah berpasangan; semoga dengan itu kamu semua dapat memikirkan nya.(49) Maka segeralah kamu semua kembali kepada Allah; dan aku ini (Nabi Muhammad) hanya mengingatkan kamu sahaja dengan memberi amaran yang nyata.(50) Dan jangan sekali-kali kamu menyekutukan Allah itu dengan tuhan-tuhan patung yang lain; sesungguhnya aku ini memberi amaran yang nyata kepada kamu.(51) Begitulah caranya, setiap Rasul terdahulu yang Kami utuskan semuanya di tuduh oleh kaum mereka sebagai tukang sihir atau seorang yang gila.(52) Seolah-olah mereka berpakat untuk membuat tuduhan-tuduhan itu; sebenarnya semua kaum-kaum itu adalah melampaui batas.(53) 12

Pedulikan lah mereka! dan Engkau (wahai Muhamad) tidak akan dipersalah kan.(54) Teruskan dengan memberi peringatan; sesungguhnya peringatan demi peringatan sangat baik untuk orang-orang yang beriman.(55) Aku mencipta jin dan manusia untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku.(56) Aku tidak perlu kepada mereka untuk mendapatkan rezeki; dan juga Aku tidak perlu kepada mereka untuk mendapatkan makanan.(57) Sesungguhnya, Allah itu adalah punca rezeki (pemberi Rezeki); punyai kekuatan yang terkukuh.(58) Sebaliknya, orang-orang yang zalim (penentangmu itu) punyai balasan yang menyerupai balasan-balasan yang sama dengan kaum-kaum yang terdahulu. Janganlah mereka meminta supaya aku segerakannya.(59) Maka rugi dan celaka lah nasib mereka-mereka yang kufur pada Allah di hari yang telah dijanjikan kepada mereka (iaitu hari Kiamat).(60) 13

14 SINOPSIS SURAH Surah yang mengandungi 60 ayat ini diturunkan di Mekah. Seperti surahsurah Makkiyah yang lain, tujahan utama keseluruhan surah ini ialah kepada beriman dengan Allah, Rasul Nya, al Quraan dengan cara membawa ehwal kiamat dan Akhirat sebagai amaran. Yang uniknya, semua janji dan amaran Allah itu adalah benar dan pasti akan dilaksanakan atas yang kufur menyeleweng dari akidah Islam. Dalam surah ini, Allah telah bersumpah sebanyak DUA kali sumpahan dengan menggunakan semua ciptaan Nya. Sumpahan pertama dengan empat perkara besar yang berada di sekeliling kita; iaitu ANGIN, AWAN, KAPAL yang bergerak di atas permukaan laut dan PARA MALAIKAT yang mentadbirkan semuanya ini. Sumpahan kedua dengan menggunakan LANGIT di atas kita yang menyerlahkan semua jenis kecantikan apabila dilihat ketika mendongak ke atas. Tentunya kita diperlukan mengkaji apa yang ada pada semua perkara yang disumpahkan itu: misalnya Angin sebagai ejen membawa kehidupan di dunia, dengan meniup naikkan air menjadi awan dan menyebarkan biji benih di atas tanah dan mengeluarkan makanan untuk makhluk. Awan yang pastinya membawa hujan untuk menyuburkan tanah. Kapal yang belayar di lautan membawa dan menyebarkan barang keluaran ke seluruh dunia dan semua orang akan dapat mengecapi rezeki Allah untuk makluk Nya. Pasti penentuan rezeki dan pentadbiran semuanya ini dilakukan oleh Malaikat bertugas. Sumpahan kedua degan menggunakan LANGIT yang dikatakan mempunyai kecantikan luar biasa dari semua segi, kemantapan nya, seni binanya, kandungannya dengan semua cekerawala; yang boleh mencetuskan rasa keagongan Allah sebagai Pencipta yang terulung yang Maha Mengetahui segala yang dicipta Nya. Kedua-dua sumpahan akan mendorong kita kepada Iman dan Taqwa pada Allah. Tujuan sumpahan itu ialah memberitahu kepada semua manusia yang hari Akhirat itu akan pasti datang dan semua janji-janji Allah untuk membalas

amalan baik dan jahat akan dilaksanakan. Oleh itu berimanlah dengan Allah selagi tidak terlambat. Tujuan sumpahan kedua, menjelaskan bahawa al Quraan itu adalah benar dari Allah dan tidak ada perselisihan pendapat mengenainya jika kita secara ikhlas mahu menerima Allah dan Rasul Nya. Bagi yang tidak mahu menerima kebenaran, maka al Quraan dipertikaikan. Di antara rumusan surah ini yang boleh diturunkan di sini ialah: a) Mempereratkan hati-hati manusia dengan Allah melalui iman dan panduan al Quraan b) Orang-orang kafir tetap menolak iman hanya berdasarkan kepada ilmu mereka yang tidak yakin; dan menyeru orang yang beriman supaya cepat berbalik pada Allah dan menerima Allah. Amaran demi amaran ini untuk mencuit hati supaya menerima Allah seada Nya. Manusia dan Jin dicipta untuk beribadat kepada Nya. c) Orang yang beriman dengan amal kebajikan mereka; menguatkan keimananan dengan bertahajjud malam, beristighfar di waktu sahur, dan menjadikan semua pendapatan mereka dengan membahagikan peruntukan tertentu kepada yang berhak dari kalangan miskin yang meminta dan miskin yang tidak meminta. Di samping itu mereka menggunakan daya fikiran dan kekuatan ilmu untuk meneliti semua di atas bumi untuk menyakinkan diri mereka pada Allah. d) Membawa kisah-kisah orang-orang kafir silam yang telah dimusnahkan sebagai satu amaran untuk kita berfikir. Kaum Luth dan kaum Firaun, Kaum A ad, Kaum Thamud dan bagaimana mereka telah dipupuskan dari muka bumi ini. Apakah perbedaan mereka ini dengan orang-orang yang kufur yang ada pada zaman Rasulullah dan di semua zaman?. e) Bagi memancing fikiran orang yang beriman agar lebih komited pada mencari kenyakinan maka dipamerkan ayat-ayat 20-22 utuk memberi satu ketukan dalam diri agar kita berubah: ayat 20; terdapat tandatanda keagongan Allah di atas mukabumi ini bagi mereka yang mahu mencari kenyakinan; ayat 21; terdapat tanda-tanda kebesaran Allah dalam diri kamu sendiri; tak mahu kamu menyelidikinya? Ayat 22; Terdapat rezeki yang diturunkan dari langit ke atas kamu dan terdapat 15

16 takdir-takdir yang diturunkan dari sana atas kamu. Sepatutnya kita والله أعلم. yakin berfikir atas ayat-ayat ini untuk kita lebih

TAFSIRAN SURAH ADZ-DZARIYAAT Demi Angin! dengan kelancaran yang berkesan.(1) Demi Awan! yang mengendungi air yang berkesan.(2) Demi Kapal! Yang bergerak mudah di permukaan.(3) Demi Malaikat! Yang membahagikan-bahagi kan tugas yang diberi.(4) Sesungguhnya segala yang di janjikan (mengenai Akhirat) itu adalah BENAR.(5) Sesungguhnya Hisab (atas amal baik/jahat) akan tetap dilaksanakan.(6) Tafsiran ayat 1-6: Allah telah bersumpah dengan Angin yang membawa dan menghembus habuk-habuk, bijian benih dan menyimbahkan nya atas tanah, menghembus permukaan air laut supaya ianya naik ke atas menjadi awan hujan, dan apa jua yang boleh dilakukan oleh Si Angin itu. Juga Allah bersumpah dengan Awan yang membawa pokok hujan untuk diturunkan sebagai hujan di mana saja atas bumi ini, dan jua Allah bersumpah dengan Kapal yang belayar di atas permukaan air dan menuju ke destinasi yang dipilih masing-masing untuk sampai, mungkin dengan barang-barang; dan yang akhirnya, Allah bersumpah dengan Malaikat yang telah diberi tugas untuk membahagibahagikan tugas mereka sama ada untuk urusan khusus atau umum seperti yang dikehendaki Allah. Kata Syed Qutub:- Angin, Awan, Kapal dan Malaikat adalah makhluk Allah. Semuanya adalah alat-alat kuasa Allah, dan ianya berjalan mengikut kehendak Nya, bersaing 17

dengan takdir Nya atas makhluk semua. Bersumpah dengan alat-alat ini mendekatkan kita pada keagongan Nya dan membawa hati-hati kita untuk melihat yang ada disebaliknya daripada dalili-dalil wujudnya Allah, melihat Nya dengan kekuasaan Nya. Hati kita akan dapat melihat rahsia-rahsia Nya dan ini akan menambah iman dan kedekatan kita kepada Nya. Pertalian di antara empat perkara yang disumpah oleh Allah ini, mungkin melibatkan soal rezeki.(tafsir Fi Zilalil Quran, Syed Qutub ms. 3374) Tujahan sumpah ini ialah kepada 2 perkara pokok: iaitu segala yang telah Allah janjikan itu seperti berlaku Kiamat, Huru hara hari Kiamat, yang akan pasti berlaku, dan keduanya ialah yang baik dibalas baik dan yang jahat dibalas jahat, adanya Hisab atas semua amalan kita dan sebagainya PASTI akan berlaku. Ini dijelaskan dalam ayat 5 dan 6 di atas. Kemudian Allah membawa kita pada sumpah Nya yang kedua dalam surah ini; Firman Nya: Demi Langit (di atas) punyai kecantikan, terserlah, stabil dan selari.(7) Sesungguhnya kamu semua (wahai kafir-ingkar) cakap berbalik-balik (di antara percaya dan tidak percaya pada al Quraan).(8) Disisihkan daripadanya (al Quraan) pada orang yang mendustakan nya.(9) Tafsiran ayat 7-9: Sekali lagi Allah bersumpah dengan Langit yang tersusun indah, terlengkap binaannya, kukuh dan hebat pandangannya merangkumi di dalam semua yang dicengkamnya dari matahari, cekerawala, bintang dan lain-lain yang diketahui manusia. Semua yang bergerak mengikut takdir penentuan Allah. Allah bersumpah dengan Langit yang punyai sifat tersebut menyata kan tujahannya kepada prasangka dan kata kata orang yang tidak ikhlas dan kufur yang berbelit-belit, tidak ada satu hakikat kebenaran, ikut hati dan nafsu penuh dengan kebatilan dan pembohongan ke atas al Quraan dan atas 18

Rasulullah sendiri. Semuanya akan melibatkan perselisihan pendapat yang sangat merugikan sesiapa saja yang berada dalam keadaan itu. Di antara prasangka mereka ialah: a) Hidup penuh prasangka mengenai Akhirat b) Semua prasangka itu adalah batil dan tidak benar c) Perbedaan mereka di antara mahu mempercayai al Quraan dan Islam dengan tidak mempercayainya d) Prasangka itu menyesatkan sesiapa yang tersesat; dan akan tersisih dari al Quraan (kata Ibnu Abbas) e) Prasangka ini akan sesuai bagi mereka yang sudah sesat; dan dia akan menyesatkan yang lain yang sesuai untuk sesat; f) Contoh-contoh kumpulan begini yang boleh dikemukakan seperti cerdik pandai yang sentiasa menimbulkan kontroversi mengenai al Quraan dewasa ini. Kemudian Allah gambarkan mereka ini di hari Kiamat seperti firman berikut: Hancur punah lah orang yang mendustakan (hari akhirat dan al Quraan) (10) Mereka ialah orang-orang yang dalam kejahilan dan sentiasa lalai kan hari Kiamat.(11) Kononnya, mereka seara mengejek bertanya bila agaknya akan berlaku hari Kiamat itu?.(12) Ingatlah! Hari itu ialah hari di mana mereka semua dibakar atas api.(13) Dikatakan pada mereka (pada hari itu): Rasalah segala azab fitnah yang telah disediakan pada kamu semua; yang kamu minta disegerakan selama ini!.(14) 19

Tafsiran ayat 10-14: Hancur dan leburlah orang yang berkata kami tak akan dibangkit semula dan mereka tidak pula yakin; Allah samakan mereka dengan pembunuhan, dan patut dibunuh. Mengapa? Mereka dilaknat Allah kerana fikiran dan minda mereka diselimuti oleh kekufuran, syak wasangka, lalai dan terbawabawa dengan kebodohan mereka itu. Mereka ini secara mengejek bertanya bila agaknya berlaku hari Kiamat itu! ha?. Nampak sangat mereka mendustakannya, dangkal dan penuh rasa syak dan mahu menjauhkan diri dari menyoal perkara yang mereka syaki itu. Soalan mereka itu bukan untuk mendapatkan penjelasan yang berilmu, tetapi sebagai ejekan, dan pendustaan. Sebab itu Allah membawa minda mereka untuk melihat sendiri tempat pulang mereka di Hari Kiamat itu; Kata Nya: tengoklah tempat pembakaran kamu itu sendiri sebagaimana kamu membakar jenis logam, jeritan kamu, tangisan kamu sangat menyayukan. Lantas Allah atau penjaga neraka itu akan berkata kepada mereka; Nah! Rasa-lah segala fitnah yang telah kamu buat selama ini di dunia dulu!. Inilah dia yang kamu minta supaya disegerakan atas kamu! Rasalah!. Kemudian minda kita dibawa untuk melihat bagaimana layanan Allah kepada orang yang bertaqwa; iaitu yang ikhlas menerima al Quraan, Rasulullah dan beriman dengan Allah. Mereka didapati melaksanakan yang diwajib oleh Syariaat dan meninggalkan yang ditegah oleh syariaat, Firman Allah: Bagi orang-orang yang bertaqwa pula, mereka ditempatkan dalam syurgasyurga yang punyai mata air-mata air yang berbagai.(15) Mereka sentiasa saja menerima semua anugerah-anugerah dari Tuhan mereka; mereka, sesungguhnya di dunia dahulu mereka adalah dari kalangan orang baik-baik (sentiasa berbuat ihsan).(16) 20

Mereka kurang tidur di waktu malam (selebihnya untuk beribadat).(17) Dan di ketika waktu sahur mereka memperbanyakkan beristighfar.(18) Mereka telah menetapkan sejumlah tertentu dalam harta benda mereka untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta.(19) Tafsiran ayat 15-19: Kumpulan yang bertaqwa ini dijelaskan tempat pulangnya mereka ialah di dalam syurga Allah dengan nikmat-nikmatnya yang disediakan unutk mereka. Bagimanakah mereka boleh memperolehi semuanya ini dijelaskan melalui ayat-ayat 16 hingga ayat 19 di atas; dan dirumuskan seperti berikut: a) Mereka tekun melaksanakan semua yang telah diwajibkan ke atas mereka dari fardu-fardu dalam syariah. b) Sewaktu di dunia dahulu, mereka telah menunjukkan sifat-sifat ihsan dalam semua amalan mereka. c) Tekun beramal dengan beribadat, dalam malam yang panjang dan sedikit sekali mereka tidur. d) Apabila sampai waktu sahur, mereka memperbanyakkan beristighfar. e) Mereka mengeluarkan zakat dengan menyakini bahawa sebahagian kecil daripada pendapatan yang mereka terima ada hak-hak orang miskin yang meminta dan miskin yang tidak meminta di dalamnya. Justeru itu mereka menghormati hak tersebut. Kemudian Allah membawa kita kepada sejenis manusia yang juga dari kalangan ahli syurga sewaktu di dunia lagi mereka cuba mencari keyakinan dalam diri mereka untuk memantapkan iman mereka pada Allah. Amalan mereka ini dijelaskan dalam ayat berikut, Firman Allah: 21

(Dan bagi yang mahu mencari) terdapat di atas mukabumi ini tanda-tanda besar tentang kewujudan Allah bagi orang yang mahu menyakinkan diri mereka.(20) (Tanda-tanda itu juga) ada pada diri kamu sendiri! Jadi menagapa kamu tidak mahu memikirkan nya?.(21) Dan di langit pula (boleh diturunkan) rezeki kamu dan juga apa apa yang telah dijanjikan pada kamu.(22) Maka demi Tuhan Penguasa Langit dan Bumi! semuanya itu adalah BENAR sebagaimana kamu benarnya dalam tutur-kata kamu.(23) Tafsiran ayat 20-23: Mereka yang menjadi ahli syurga, sewaktu di dunia dulu, mereka sentiasa meneliti petunjuk-petunjuk yang membawa mereka kepada keagongan Penciptanya dan kekuasaan Nya daripada apa yang terdapat di atas muka bumi ini. Misalnya dengan melihat semua jenis tumbuhan, bintang-bintang, lautan sungai-sungai, cakap-cakap manusia yang berlainan, rupa dan warna kulit manusia. Mereka juga meneliti iradah dan kudrah di antara manusia-manusia ini yang berbeda dalam fikiran, kefahaman, pergerakan mereka, bahagia dan celaka mereka dan apa yang mendominasi mereka dari segi fizikal dan keperluankeperluan yang dihajati mereka. Semuanya membawa mereka kepada keyakinan tentang wujudnya Allah dan beriman dengan Nya dengan lebih tenang dan yakin. Apabila dia mendongak ke atas langit sana dia tau dari langit terdapat sebabsebab adanya rezeki yang diturunkan darinya; Di antara sebab-sebabnya ialah adanya matahari dengan cahaya suria nya, bulan dengan cahaya dan 22

bintang serta cekerawala lain yang semua mambantu akan wujudnya rezeki pada semua penghuni dunia. Ini meyakinkan kita yang Pemberi rezeki itu ialah Allah. Dari langit juga Allah akan menunaikan semua apa yang telah Allah janjikan iaitu; pahala dan dosa, baik dan buruk pembalasan Nya, kesusahan dan kesenangan di Akhirat nanti, yang semua termaktub dan tersimpan dalam Loh Mahfuz di atas sana. Ianya telah ditakdirkan semuanya oleh Allah. Setelah menjelaskan semuanya, yang telah memantapkan iman seseorang itu, maka Allah telah besumpah dengan menjadikan diri Nya sendiri sebagai Pemelihara langit dan bumi yang menentukan rezeki pada hambanya, dengan tujahan sumpah Nya itu kepada; semua yang dijanjikan selama ini adalah BENAR dan tahap kebenaran ini dibandingkan sama dengan apa yang kita yakini dari tutur-kata kita dan apa yang kita cakap selama ini. Yang dijanjikan oleh Allah termasuklah semua perkara yang berkaitan dengan hari Kiamat, perkara bangkit semula di hari Akhirat, balasan baik dan jahat mengikut amalan hambanya dan adanya huruhara kiamat yang dahsyat itu. Oleh itu jangan lah kita menaruh syak atas kebenaran itu sebagaimana kita tidak syak sewaktu kita bertutur sesuatu. Lebih-lebih lagi Allah telah bersumpah dengan diri Nya sendiri sebagai Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Kemudian surah ini terus kehadapan dengan membuktikan bahawa segala janji-janji Allah adalah benar dan telah pun dilaksanakan dan dapat dilihat bukti-buktinya di dunia ini lagi. Allah membawa kita kepada kisah-kisah Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Musa, Kaum A aad, Kaum Hud, Kaum Thamud, Kaum Soleh, dan kaun Noh, yang berkait rapat dengan tujuan surah ini, iaitu adalah janji-janji Allah dan separuhnya telah terlaksana dan dapat dilihat di dunia ini. Dari cerita-cerita ini, kita harus awas agar kita tidak disamakan dengan kaum-kaum tersebut yang telah menolak ajaran-ajaran Rasul mereka, menolak Kitab mereka dan ingkar kufur pada Allah dan tidak sekali mempercayai adanya hari Kiamat dan Akhirat; Firman Allah: 23

Adakah engkau telah mengetahui tentang perihal kedatangan tetamu-tetamu mulia itu pada Nabi Ibrahim?.(24) Ingatlah, ketika mereka memasuki rumah beliau lalu memberi salam dan beliau menjawab salam itu; beliau berkata (dalam hatinya) nampaknya orangorang ini aku tak kenal pun!.(25) Tetamu itu berhadapan dengan ahli keluarganya, lalu dia menghidang kepada mereka anak lembu panggang (untuk dimakan).(26) Maka (Nabi Ibrahim pun) mendekatkan dirinya pada mereka dan sambil mempersilakan mereka untuk menjamu selera; lantas dia bertanya pada mereka: mengapa kalian tak menjamahnya?.(27) Maka (Nabi Ibrahim) rasa cemas dan takut (kerana mereka tidak menjamah jamuan itu)! Lalu mereka berkata padanya: (wahai Ibrahim!) Jangan takut!. Dan mereka menyampaikan khabar gembira kepadanya dengan menjanjikan seorang anak lelaki yang berpengetahuan.(28) Tafsiran ayat 24-28: Ayat-ayat 24 hingga 28 memulakan kisah kunjungan beberapa malaikat ke rumah Nabi Ibrahim as. (ayat 24) Mereka memberi salam dan dijawab salam oleh Ibrahim dan Ibrahim tidak pula mengetahui siapakah gerangan tamutamunya datang itu.(ayat 25) Disediakan daging panggang anak lembu untuk makan malam tamu-tamunya itu.(ayat 26) Nabi Ibrahim terkejut mengapa tamu-tamu itu tidak menyentuh makanan yang dihidangkan itu.(ayat 27) Dan Akhirnya terbongkar lah cerita siapa mereka dan tujuan mereka datang mengunjungi Nabi Ibrahim atas 24

perintah Allah untuk menyampaikan khabar gembira kepada Nabi Ibrahim yang beliau akan dianugerahkan seorang anak lelaki bernama Ishak (ayat 28). Ishak adalah anak yang akan penuh berilmu dan akan dilantik sebagai nabi, dan selepas nabi Ishak, dan beliau akan mendapat seorang anak yang dikenali sebagai Yahya. Inilah dia susur galur nabi-nabi yang diutuskan kepada kaum Yahudi. Apakah reaksi isteri Nabi Ibrahim setelah diberitahu oleh malaikat-malaikat ini yang beliau akan mengandung dan bakal melahirkan anak yang diberi nama Ishak itu? Firman Allah: (Ketika mendengar berita itu) Isterinya bingkas datang dan menepuk-nepuk mukanya kehairanan; dan berkata: Aku ni dah tua dan mandul pula! (bagaimana aku boleh mendapat anak?).(29) Para tetamu itu menjawab: Begitulah sebenarnya kata-kata dari Allah, Tuhan mu! Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, penuh Hikmah dan Maha Mengetahui.(30) Tanya (Nabi Ibrahim pada mereka): maka apa lagi tugas kamu semua, wahai utusan Tuhan!?.(31) Jawab mereka: sesungguhnya kami semua diutuskan pergi kepada satu kaum yang sangat berdosa (untuk menghapuskan mereka).( 32) supaya kami menimpakan ke atas mereka dengan batu-batu (beracun) dari tanah liat terbakar.(33) Ianya tanah-tanah bertanda (dengan nama) dari sisi Tuhan mu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas itu.(34) 25

Tafsiran ayat 29-34: Reaksi dari Isteri Nabi Ibrahim, iaitu Sarah agak mengejutkan beliau. Sambil menepuk-nepuk dahinya, beliau terkejut dan menjawab bagaimana beliau boleh melahirkan anak sedangkan dia dah tua dan mandul pula.(ayat 29). Para malaikat menjawab, ini adalah urusan Allah yang penuh dengan hikmah atas apa saja yang dibuat Nya dan Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan itu (ayat 30) Dalam surah Hud, dialog antara malaikat dengan Sarah dijelas dengan jawapan Malaikat yang bertanya Sarah: bolehkah Engkau, wahai Sarah, merasa hairan dengan satu-satu urusan Allah? Ini adalah satu dari Rahmat dan Berkat dari Allah kepada engkau yang menjadi ahli bait (seorang Rasul yang terkanan). Selepas dialog itu berlaku, Nabi Ibrahim terus bertanya tujuan kedatangan tamu-tamu itu selain dari menyampaikan khabar gembira itu.(ayat 31) Jawab para malaikat itu, mereka diutuskan Allah untuk memupuskan satu kaum yang melampau dan maksiat mereka sangat menjijikkan.(ayat 32) Kaum Luth ini telah menolak amaran-amaran Rasul mereka iaitu dari Nabi Luth as. Mereka mendusta akan adanya hari Kiamat dan hari dibangkit semula dan hidup mereka bertuhankan nafsu dan maksiat yang mereka lakukan itu tidak pernah berlaku sebelum ini di dunia. Mereka melakukan kahwin sejenis, lelaki dengan lelaki. Malaikat-malaikat tetamu Nabi Ibrahim ini menyatakan yang mereka membawa bersama mereka senjata pemusnah yang akan digunakan bagi memusnahkan kaum fasik itu. Ianya terdiri dari batu bakar yang kering dan tertulis di atasnya akan nama-nama yang bakal dimusnahkan itu (ayat-ayat 33 dan 34). Ini dijelaskan dalam ayat-ayat berikut: Supaya kami menimpakan ke atas mereka dengan batu-batu (beracun) dari tanah liat terbakar.(33) Ianya tanah-tanah bertanda (dengan nama) dari sisi Tuhan mu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas itu.(34) Mengakhiri kisah tamu-tamu ini, maka mereka pun bergerak ke negeri Sodom dan melaksanakan perintah Allah; Pertama sekali mereka 26

mengeluarkan semua orang-orang yang beriman yang berada di negeri Sodom itu. Kebetulan dimasa itu yang beriman hanyalah Nabi Luth dan keluarganya sahaja. Isterinya tidak termasuk sebagai orang yang beriman dan ditinggalkan bersama kaum yang dimusnahkan itu. (ayat 35 dan36). Maka kami diperintahkan untuk mengeluarkan dari kaum itu orang-orang yang beriman (sebelum kaum itu dimusnahkan).(35) Setelah kami teliti) maka kami dapati tak terdapat pun kecuali hanya sebuah rumah orang yang beriman ada disana.(36) (Mereka semua dimusnah dan dipupuskan) dan Kami tinggalkan tanda-tanda (kebesaran Kami) untuk mereka-mereka yang takutkan azab Allah yang pedih itu untuk mereka hayati.(37) Tafsiran ayat 35-37: Menjelang subuh dan Nabi Luth dan keluarganya (kecuali Isterinya) telah sempat keluar dari bumi Sodom itu maka kemusnahan pun bermula, dibalik kan bumi Sodom itu yang bawah ke atas dan yang di atas dijatuhkan dan membunuh hampir semua kaum yang zalim itu. Yang dapat dilihat ialah kesan kemusnahan itu yang telah menjadi batu tanda kepada kekufuran dan keingkaran kaum yang jahat yang tidak mempedulikan amaran Allah (ayat 37).Yang tinggal sekarang ialah lautan mati yang telah dihujani dengan batu sijjil, dan ianya menjadi iktibar kepada yang beriman. Kisah Nabi Musa as yang dihantar kepada Firaun dan kaumnya, dikatakan sebagai yang terbaru yang dipupuskan oleh Allah kerana kaum Firaun itu telah terlalu zalim dan perosak diatas muka bumi. Musa memberi amaran demi amaran, malah melontarkan hujjah dan bukti kerasulan Musa tetapi tidak diendahkan malah mereka bertindak ingkar dan mendustakan Nabi itu. 27

Dan kepada Nabi Musa pula, Kami telah mengutuskan beliau kepada Firaun dengan berbekalkan mukjizat yang nyata.(38) Firaun yang menolak (saranan Musa itu) dengan kekuasaannya sambil berkata: Ini semuanya sihir dan juga perlakuan orang gila!.(39) Maka kami musnahkan nya berserta askar-askarnya dan kami campak dan tenggelamkan mereka dalam laut dan untuk Firaun itu penuh penghinaan.(40) Tafsiran ayat 38-40: Nabi Musa as telah diutuskan kepada Firaun dan kaumnya untuk memberi amaran dan beriman pada Allah dan melepaskan Bani Israel yang telah ditindas dengan zalimnya. Firaun terkenal dengan angkuh dan kufurnya dan mengakui dirinya sebagai Tuhan yang disembah. Bertindak kejam memaksa bani Israel bertungkus lumus menjadi hamba pembinaan dan pembangunan kota mereka secara paksa. Allah mengutuskan Musa as untuk mendakwah Firaun dengan berbekalkan mukjizat yang boleh dilihat dengan mata kepala mereka. Namun beliau telah dikatakan sebagai tukang sihir dan gila.(ayat 38-39). Oleh kerana Firaun dan kaumnya tidak menerima keimanan dan ingkar serta kufur dan bertindak kasar pada Nabi Musa dan Bani Israel maka akhirnya Allah telah memutuskan untuk pupuskan kaum itu dari dunia ini. Mereka ditenggelamkan dalam lautan, mereka mati sebagai kaum yang zalim, kafir melampaui batas dan sangat layak untuk dipupuskan(ayat 40). Inilah kesan tidak mempedulikan amaran Allah, kufur pada Allah dan mendusta nabi mereka, dan mereka dipupuskan. Perlu sekali diambil iktibar darinya. Sekali lagi Allah membawa kepada kita kisah kaum A aad yang juga telah dipupuskan setelah diberi amaran pada mereka. Firman Allah: 28

Dan kepada Kaum A aad pula, kami telah mengutuskan kepada mereka (untuk memusnahkan mereka) dengan angin ribut yang mengganas.(41) Ribut itu tidak akan meninggalkan sebarang sisa apabila dia merempuh sehingga semuanya menjadi seperti debu.(42) Tafsiran ayat 41-42: Kaum A aad pula yang diklasifikasi sebagai kaum yang mendustakan rasul, menolak rasul mereka dan menolak amaran-amaran serta kufur pada Allah dan rasul mereka. Mereka telah dipupuskan dari muka bumi ini dengan angin yang menghancur leburkan mereka menjadi seperti abu. Di dalam surah al Haqqah, Allah gambarkan angin tersebut sebagai ribut yang sangat kencang yang melampau-lampau kencangnya. Ribut ini diarah menyerang mereka selama 7 malam 8 hari secara berterusan. Lalu mereka bergelempangan mati seolaholah mereka seperti batang pohon-pohon kurma yang lompang.(ayat 41-42) Pupuslah kaum A aad kerana kekufuran mereka dan diharapkan janganlah mana mana kaum yang mengikuti jejak mereka. Bagaimana pula dengan Kaum Thamud? Firman Allah: Dan kepada kaum Thamud pula, ingatlah tatkala Nabi mereka berkata dengan ugut: bersenang-senanglah kamu sehingga ke satu masa tertentu.(43) 29

Mereka sangat angkuh atas perintah Tuhan mereka, maka ditimpakan atas mereka pekikan suara yang kuat yang memusnahkan mereka, sedangkan mereka menyaksikan nya sendiri.(44) Kesannya, mereka tidak dapat bergerak dan berdiri dan pastinya tidak siapa pun yang datang menolong.(45) Tafsiran ayat 43-45: Nabi kepada Kaum Thamud ialah Nabi Soleh, sebagai amaran kepada kaum Nya nabi Soleh telah berpesan supaya jangan membunuh unta betina yang berada di kawasan itu kerana ianya adalah atas kehendak mereka juga. Akhirnya mereka menolak amaran itu dan membunuh unta tersebut dan Nabi soleh memberi mereka masa selama 3 hari. Mereka tetap menolak dan tidak mahu berunding. Pada subuh hari keempat, Allah telah memusnahkan mereka dengan petir yang melampau-lampau. Kaum Tahmud ini telah diberi petunjuk kepada hidayah Allah, atas pilihan mereka, mereka lebih suka kepada kesesatan dari hidayah. Saat akhir mereka diberi masa selama 3 hari juga tidak memberi apa-apa kesan pada mereka. Dengan azab Allah itu maka mereka terus tidak dapat bangun atau melarikan diri dari azab tersebut dan pupuslah mereka dari bumi Allah ini. Kaum terakhir yang dikisahkan dalam surah ini ialah kaun Nabi Nuh as. Firman Allah: Dan Kaum Nuh pula, sebelum itu, telah ditentukan sebagai kaum yang derhaka dan fasik.(46) Tafsiran ayat 46: Nuh as sebagai nabi telah mendakwah kaumnya selama hampir 1000 tahun, dan mereka tidak mengindahkan nya, mereka menolak semua amaraannya dan bertindak terus kufur pada Allah. Kaum Noh ini telah dibinasakan dengan air melalui banjir besar yang menelan semua berada di bumi termasuk semua kaum yang kufur itu. 30

Dari segi kesamaan semua kaum-kaum ini, iaitu kaum-kaum yang terlah di pupuskan itu, mereka mempunyai sifat yang sama iaitu kufur pada Allah, menolak rasul-rasul mereka dan tidak mengindah kan sebarang amaran dari rasul mereka. Mereka semua telah dipupuskan dan menjadi iktibar dan panduan kepada umat yang terkemudian. Justifikasi kisah-kisah ini sangat releven untuk menjadi renungan pada kaum yang sedang didakwah oleh Rasulullah di Mekah, dan sangat berkesan kepada semua muslimin dan muslimat dari semua masa menjadikannya iktibar agar kita tidak menjadi kaum yang serupa yang dilaknat oleh Allah. Selepas membawa minda kita kepada kisah-kisah silam yang boleh memberi iktibar kita kepada balasan yang diterima oleh yang kufur pada Allah menolak rasul nya, maka sekali lagi kita dibawa untuk menyakinkan diri kita tentang Allah, dan keagongan kekuasan Nya untuk kita ambil iktibar; firman Allah: (Di antara kekuasaan Kami), Kami telah membina langit yang kukuh rapi; kekuasaan Kami amat luas dan meliputi segala-galanya.(47) Kami telah mencipta bumi dengan cara menghamparkan nya; maka Kami lah sebaik-baik yang mengerjakannya begitu.(48) Dan dari tiap sesuatu yang Kami ciptakan itu adalah berpasangan; semoga dengan itu kamu semua dapat memikirkan nya.(49) Maka segeralah kamu semua kembali kepada Allah; dan aku ini (Nabi Muhammad) hanya mengingatkan kamu sahaja dengan memberi amaran yang nyata.(50) 31

Dan jangan sekali-kali kamu menyekutukan Allah itu dengan tuhan-tuhan patung yang lain; sesungguhnya aku ini memberi amaran yang nyata kepada kamu.(51) Tafsiran ayat 47-51: Mesej utama dari ayat-ayat 47-51 ini adalah dalam ayat 50 nya; maka bersegeralah kamu semua kembali kepada Allah, dan aku ini hanya mengingatkan kamu sahaja dengan memberi amaran yang nyata Mengapa kita harus kembali pada Allah? Pertama: diserlahkan pada kita tentang keagongan kekuasaan Allah; Allah membina langit dengan kekuasaan Nya yang tidak terbatas; lihat saja ketegapannya, saling cengkam mencengkam, meliputi di dalamnya segala cekerawala, dan kesan semuanya kepada kehidupan ini sangat besar. Bintang-bintang yang berbilion jumlahnya sudah mencemaskan kita untuk mengiranya, apalagi untuk membinanya dan mengeluarkan sesuatu yang berguna darinya. Inilah yang dikatakan Allah Maha Meluas kekuasaan Nya. Luas di sini mungkin dilihat dari segi kepentingan semua yang berada di atas langit itu dalam memberi rezeki kepada kita dan bagaimana pentadbiran rezeki itu dikendali dengan penuh bijaksana. Inilah pengertian dalam ayat ke 47 di atas. Tak mahukah kita berbalik pada Allah? Di permukaan bumi yang meluas ini juga melambangkan kekuasaan yang agong. Matlamat penyediaan bumi yang meluas ini untuk kehidupan dan dengan itu ianya diratakan dalam erti kata dapat menampung kependudukan manusia di atasnya. Penyamarataannya bererti kerehatan, keselesaan, dan kesentosaan. Kan bumi ini syurga kepada manusia yang duduk di atasnya, disertai dengan pengeluaran yang asli untuk kemudahan mansuia. Ciptaan segalanya itu dengan penuh ketekunan dan kehalusan. Ianya adalah nikmatnya yang tidak boleh dinafikan. (inilah pengertian dan tujahan ayat 48) Allah menjelaskan bahawa asas ciptaan Nya melibatkan prinsip adanya positif dan negative nya, atau adanya lelaki dan perempauan atau 32

dikatakan sebagai pasangan. Inilah satu phenomena yang teratur yang mengagumkan untuk manusia dan hidupan di dunia ini. Hal ini telah menjadi ingatan kepada semua manusia yang berfikir tentang adanya dua faktor yang berlawanan untuk mengekalkan pertumbuhan segala-gala di atas muka bumi ini.(ayat 49) Dengan sentuhan kecil ini, Allah mengajak kita segera berbalik kepada Allah, kepada beriman dengan Nya, mengikuti syariaat Nya, menerima Kitabnya dan beramal dengannya untuk hidayah di dunia dan di Akhirat.(ayat 50) Rasulullah hanya sebagai penyampai amaran kepada yang tidak mahu beriman yang mereka akan diazab atas kekufuran mereka. Jangan sekali-kali syirik dengan Nya dengan mengambil tuhan-tuhan patung untuk disembah. Kekufurannya bererti menempah bala di Akhirat nanti. Terdapat dua ayat yang sama; yang bererti Aku hanya sebagai penyampai amaran yang nyata diulang sebanyak 2 kali dan ini menunjukkan kepentingannya pada kita untuk berfikir, betapa Allah sayangkan kita dan mahukan kita menerima Allah dengan seada Nya untuk hidayah di dunia dan selesa di Akhirat. Pesanan ayat ini melibatkan pemberitahuan tentang rasul-rasul yang lalu yang telah dipertanggungjawabkan untuk menggalaskan tugas berat ini. Firman Allah: Begitulah caranya, setiap Rasul terdahulu yang Kami utuskan semuanya dituduh oleh kaum mereka sebagai tukang sihir atau seorang yang gila.(52) Seolah-olah mereka berpakat untuk membuat tuduhan-tuduhan itu; sebenarnya semua kaum-kaum itu adalah melampaui batas.(53) 33

Pedulikan lah mereka! dan Engkau (wahai Muhamad) tidak akan dipersalahkan.(54) Teruskan dengan memberi peringatan; sesungguhnya peringatan demi peringatan sangat baik untuk orang-orang yang beriman.(55) Tafsiran ayat 52-55: Pengalaman kebanyakan rasul-rasul yang lalu ialah mereka dituduh sebgai tukang sihir atau seorang yang gila. Ini seolah satu standard yang ada.(52) walaupun dalam kurun-kurun yang berlainan, nampaknya kecenderungan mereka adalah sama sahaja, menolak ajaran rasul-rasul mereka, mahukan kebebasan membuat sesuatu itu berdasarkan nafsu. Tabiat mereka ialah melampaui batas kemanusiaan dan hidup didorong oleh nafsu kebinatangan. Dalam semua hal ini, nabi dan rasul tidak akan dipertangungjawab atas kegagalan mereka dalam melaksanakan tugas mereka yang berat itu.(ayat 53) Sebaiknya ialah, jangan pedulikan mereka yang tidak mahu kepada hidayah, dan biarlah mereka dalam kegelapan mereka.(ayat 54) Rasulullah sebaliknya, akan teruskan dakwahnya itu, kerana sebarang penyampaian perkara benar itu akan memberi faedah kepada orang yang beriman. Jangan jadikan orang kafir itu sebagai penghalang kepada kesuburan perkembangan Islam dikalangan orang yang beriman.(55) Syed Qutub membuat komen di atas ayat ini dengan menyatakan bahawa semua pendusta agama, bersifat degan satu sifat unggul sejak zaman berzaman lagi; iaitu menolak agama dengan alasan ianya adalah Jenis Sihir atau ianya dibawa oleh seorang yang tidak Waras ; atau gila. Inilah terdisinya. Tujuan utama untuk melemahkan gerakan dakwah kebenaran itu kerana mereka merasa segala kuasa mereka akan terhakis dengan adanya kebenaran ini. Jadi dalam hal ini kegagalan untuk menghapuskan samasekali kesesatan, dan kekufuran dikalangan manusia yang didakwah mereka bukanlah tanggungjawab nabi-nabi tersebut. Kumpulan pendusta ini tidak harus diberi perhatian, sebaliknya diteruskan dakwah-dakwah baik ini, sekurangkurangnya ia memberi kebaikan dan munafaat kepada orang yang beriman. Memperingatkan manusia kepada Allah, dan kepada kebaikan adalah tugas 34

para nabi dan rasul, tetapi menentukan hidayah bukanlah tugas nabi tersebut sebaliknya ianya adalah hidayah dari Allah kepada yang menerimanya. Ianya sesuai dengan matlamat dan tujuan manusia itu dicipta oleh Allah.(Syed Qtub ms. 3386. Fi zilall Quraan, jilid 6) Apakah matlamat, falsafah dan tujuan manusia itu dicipta? Firman Allah: Aku mencipta jin dan manusia untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku.(56) Aku tidak perlu kepada mereka untuk mendapatkan rezeki; dan juga Aku tidak perlu kepada mereka untuk mendapatkan makanan.(57) Sesungguhnya, Allah itu adalah punca rezeki (pemberi Rezeki); punyai kekuatan yang terkukuh.(58) Tafsiran ayat 56-58: Ayat di atas boleh diertikan sebegini Aku mencipta jin dan manusia untuk aku perintahkan pada mereka supaya beribadat pada Ku, dan bukan kerana aku perlu kepada mereka (ibnu Kathir ms 239 Jlid 4). Ibu Abbas pula berkata untuk jin dan manusia berikrar beribadat kepada Ku, sama ada secara taat atau secara paksa. Ertinya, ciptaan jin dan manusia ini mempunyai matlamat dan falsafahnya; iaitu beribadat kepada Allah;. Dalam kata lain jika semua pergerakan manusia itu memenuhi konsep beribadat pada Allah, maka sesungguhnya dan sepatutnya manusia itu telah memenuhi matlamat ini. Jika dia gagal beribadat pada Allah, maka dia gagal dalam memenuhi hakikat kejadiannya. Hidupnya akan kosong dari sebarang matlamat, inilah nilai hidupnya. Matlamat ini sebenarnya telah mengikat jin dan manusia kepada pengabdian tunduk kepada kuasa Allah, menunjukkan bahawa dia adalah hamba kepada 35

Tuhan dan menggambarkan hubungan Tuhan yang disembah dangan hamba Nya. Manusia ditetapkan sebagai khalifah di atas mukabumi ini yang mempunyai peranan meng imarah kan bumi ini agar ianya sejahtera untuk dihuni. Semuanya dengan meletakkannya sebagai satu ibadah. Manusia yang bermatlamatkan ibadah ini akan menyerapkan dua fungsi utama: iaitu menghayati makna ubudiayah pada Allah dalam jiwanya; iaitu di sana ada Allah yang disembah, dan Allah yang mengatur hidup ini. Kedua: memberi fokus kepada Allah dalam semua gerakan hidup ini dalam diri kita. Ini mengalirkan rasa ikhlas kepada Allah dalam semua kerja-kerja kita. Allah manafikan yang Dia memerlukan apa-apa dari makhluk Nya; Hambahamba Allah yang memastikan mindanya kepada ubudiah pada Allah akan diberi pahala yang sebaik-baiknya dan sebaliknya yang tidak mengakui keubudiah Nya maka akan dibalas dengan azab neraka. Manusia sebenarnya adalah fakir dan memerlukan Allah untuk mendapatkan rezeki, dan Allah sebagai Pemberi rezeki kepada mereka. Bagaimana jika jin dan manusia itu tidak menerima konsep wujudnya mereka adalah untuk beribadat pada Allah Tuhan semesta Alam? Mereka dikatakan sebagai yang zalim! Firman Allah: Sebaliknya, orang-orang yang zalim (penentangmu itu) punyai balasan yang menyerupai balasan-balasan yang sama dengan kaum-kaum yang terdahulu. Janganlah mereka meminta supaya aku segerakannya.(59) Maka rugi dan celaka lah nasib mereka-mereka yang kufur pada Allah di hari yang telah dijanjikan kepada mereka (iaitu hari Kiamat).(60) Tafsiran ayat 59-60: Jika jin dan manusia itu tidak dapat menerima kewujudan mereka untuk beribadat pada Allah, maka dikategorikan sebagai zalim; dan jauh sekali diri 36

nya terlibat dalam satu kaedah yang mulia ini. Zalim yang mengundang azab dari Allah, sebagaimana azab-azab yang pernah terkena ke atas kaum-kaum yang lalu, seperti Kaum A aad, Thamud, Kaum Noh dan Firaun. Mereka pasti dan bakal menerima azab yang telah ditetapkan atas mereka ini. Bagi mereka yang tak sedarkan janji ini, yang terus mencabar meminta supaya disegerakan azab ini diberi ingatan supaya janganlah memintameminta begitu, mereka pasti akan diberi azab tersebut Rugilah hidup mereka yang telah lari dari matlamat asalnya, dan hidup mereka penuh dengan kerugian, rugi di dunia dan rugi di Akhirat. Hari akhirat ialah hari yang telah ditetapkan kedatangan azab tersebut atas mereka. Itu lah janji-janji Allah yang ditekankan dalam ayat awal surah ini selepas Allah bersumpah. Tunggu dan terima semua azab-azab yang dijanjikan itu kecuali lah mereka berbalik pada Allah sebelum mereka mati. Insafkan diri kita, dan kita perlu tanya diri kita, adakah kita juga disamakan dengan kumpulan yang disarankan dalam surah ini?. Inilah peluang untuk kita memperbaiki diri kita untuk kita tidak jatuh dalam kategori orang-orang والله أعلم akhirat. yang celaka dan rugi di dunia dan Tafsiran surah ini dan susunannya, siap ditulis dan edit pada selasa والحمد! 1437. 23/02/2015 bersamaan 14 Jamadiawal 37