AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL 1. Azman Ab. Rahman 2 & Hairunnizam Wahid 3 Hairullfazli Mohammad Som 4

dokumen-dokumen yang mirip
PELAKSANAAN LIMA HARI BEKERJA SEMINGGU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2017 PENAMBAHBAIKAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

ALAMAT BAITULMAL SELURUH MALAYSIA

KENAIKAN KADAR BANTUAN SARA HIDUP

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA : PENGALAMAN PUSAT ZAKAT NEGERI SEMBILAN USTAZ NOR AZMI BIN HAJI MUSA PENGURUS BESAR PUSAT ZAKAT NEGERI SEMBILAN

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Kalendar Kuda 2018 Malaysia Download

JEMPUTAN MENYERTAI SEMINAR KEBANGSAAN TEKNOLOGI MAKMAL 2017 (SKETMA-13)

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERANAN DAN TUGASAN PERKHIDMATAN PEMBANTU MAKMAL

Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan Antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Set naskah Al-Quran Tafsir Ar-Rahman dalam terjemahan Bahasa Inggeris. Meninjau proses percetakan menggunakan mesin 8-warna.

Borang Penyertaan Pertandingan Marhaban Piala Y.A.B Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

SATU KAJIAN AWAL KEDUDUKAN MASJID Dl NEGERI PERLIS BIRO PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN INSTITUT TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR MALAYSIA

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA BAGI SEKOLAH-SEKOLAH KPM GARIS PANDUAN. November Versi 1.0

MESYUARAT AGUNG KAWASAN KE

SKIM AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FI SABILILLAH MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Objektif korporat yang digariskan berupaya meletakkan FELCRA Berhad di landasan tepat untuk menjadi agensi pembangunan yang bersifat global dan

PELAKSANAAN HRMIS DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM SHARE JPA SIRI 1 6 MAC 2017 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS & TEKNOLOGI PERTAHANAN (STRIDE)

BAB 7 Taburan Penduduk. Bab 7-Taburan Penduduk

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN

1.0 PENGENALAN 2.0 PIHAK YANG BOLEH MEMOHON

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

BORANG PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PELANJUTAN TEMPOH PEMBIAYAAN DEN GAKUAN PELAJA Nama Pelajar :... No. Kad Pengenalan :... Nama IPTA/ IPTS/ POLITEKNIK:...

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PERLANJUTAN TEMPOH PEMBIAYAAN DEN GAKUAN PELAJA Nama Pelajar :... No. Kad Pengenalan :... Nama IPTA/ IPTS/ POLITEKNIK:...

PENGISYTIHARAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (MPPUTM) BAGI SESI 2016/2017

Memorandum Pendidikan

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

SENARAI SEMAK PERMOHONAN KENAIKAN JUMLAH PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

wakaf ini dimanfaatkan juga bagi membiayai fakulti perubatan, memberi biasiswa kepada pelajar perubatan dan pembiayaan pusat penyelidikan perubatan.

SKIM BANTUAN PELAJARAN (SBP) TABUNG PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI PEKEBUN KECIL RISDA

2. Semua calon pelajar dikehendaki mematuhi dan melaksanakan perkara-perkara berikut:

SALINAN BORANG SISTEM PENDAFTARAN KONTRAKTOR LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA) A. MAKLUMAT ASAS SYARIKAT

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI-NEGERI BAGI KAKITANGAN UMS

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA DAFTAR PEMILIH TERKINI SEHINGGA ST 3/2012 STATISTIK PEMILIH BIASA DAN TIDAK HADIR

Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan Antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

BORANG PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

BAB II PROFIL MAHKAMAH SYARIAH SHAH ALAM SELANGOR. A. Sejarah Singkat Mahkamah Syariah Shah Alam Selangor

BAB 8 KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU. 1. Kerajaan Melayu Tua terdiri daripada kerajaan : (ms 122) a. b. c.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

BAB TIGA PELAKSANAAN SAHAM WAKAF DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR. (PWS) untuk menjalankan dan menggerakkannya. Untuk itu, melalui bab ini, ia akan

CABARAN INSTITUSI ZAKAT DALAM MENANGANI KEMISKINAN: PENGALAMAN MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

SENARAI SEMAK PERMOHONAN KENAIKAN JUMLAH PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

TEKS ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PEWAKAFAN. 1 P a g e

PENDIDIKAN. Pendidikan di Malaysia

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

Soalan Lazim (FAQ) 4. Bagaimana Pelanggan BMMB sedia ada boleh menyumbangkan dana wakaf di Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)?

KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA. SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA Bagi Minggu 11 tahun 2014 ( 9 15 Mac 2014 )

Program Kongsi Ilmu Kolej Cosmopoint Kuching

TATACARA PENGURUSAN TABUNG ENDOWMEN/WAKAF DAN TABUNG SUMBANGAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

JTK. PRESIDEN Dato Hj. Abdul Fattah Hj. Abdullah Pejabat Presiden. Jawatan Nama Alamat : : : Jalan SS 6/1 Kelana Jaya. Wisma Ungku A.

PEKELILING PERLAKSANAAN ARAHAN WAJIB TAKSIR DAN PEMBAYARAN ZAKAT PENDAPATAN

Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan Antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 3 PENTADBIRAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN. bertanggungjawab dalam mengutip zakat dan mengagihnya kepada asnaf-asnaf yang

JABATAN UKUR BANGUNAN FAKULTI SENfBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

b.. Pengkalan Chepa, Tanjong Mas, Kota Bharu, mempunyai dua cawangan termasuk di Tanah Merah serta pusat sulaman dan kilang menjahit pakaian

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGENALAN MENGENAI JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERSIDANGAN MEJA BULAT: ISU & CABARAN KONTEMPORARI DALAM PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

Kolej Teknologi Darulnaim PANDUAN AM PENDAFTARAN PELAJAR

BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN IPT/ KURSUS UNTUK KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

KURSUS KEMAHIRAN BAHASA (KKB)

Disclaimer. Amaran!!! E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya

TAFSIRAN. Kriteria dan Wajaran Markah Penilaian KPI HRMIS bagi Tahun 2017 adalah seperti berikut: KRITERIA

TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

PEGAWAI PERUBATAN TETAP

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT BUKAN JAWAB LISAN DR. HAJI IZANI BIN HAJI HUSIN

KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF PRESTASI KUTIPAN DANA WAKAF DI SELANGOR. Dewiyana Binti Saparudin 1 Md Yazid Bin Ahmad 2

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Berurusan dengan Pengantara Takaful

PENGURUSAN HAJI TANAH AIR

Transkripsi:

AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL 1 Oleh: Azman Ab. Rahman 2 & Hairunnizam Wahid 3 Hairullfazli Mohammad Som 4 Abstrak Masjid adalah institusi Islam yang amat penting bermula pada zaman Rasulullah s.a.w sehingga ke hari ini. Institusi masjid memainkan peranan penting dalam konteks pembangunan dan pengurusan hal ehwal agama Islam sejak zaman Rasululah SAW sehingga kini. Sejarah Islam mencatatkan bahawa masjid telah menjadi pusat operasi hal ehwal berkaitan baitulmal khususnya yang melibatkan pengurusan zakat. Baginda Rasulullah SAW mentadbir segala urusan negara seperti menyusun dan merancang pelbagai peraturan serta menyelesaikan segala masalah umat semuanya di masjid. Tadbir urus kutipan dan agihan zakat kepada para asnaf ketika zaman Rasulullah SAW secara asasnya adalah dilaksanakan di masjid. Hal demikian kerana pada ketika itu setiap harta yang diperoleh, terutamanya zakat akan dikumpulkan di masjid dan sekaligus dapat menjadikan masjid sebagai institusi baitulmal pertama dalam sejarah. Justeru, artikel ini akan memfokuskan tentang amalan pengurusan zakat di insitusi masjid di Malaysia. Artikel ini akan menumpukan di 3 negeri terpilih iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pengurusan zakat di institusi masjid sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam konteks kutipan dan agihan zakat. Penulis mencadangakan agar 1 Artikel ini dibentangkan di 2nD International Conference on Law, Economic & Education pada 13 & 15 Disember 2017, bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor. Artikel ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan yang telah diluluskan dan dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi, kod penyelidikan: USIM/FRGS/INFAD/FSU/05500/51117. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang telah membiayai penyelidikan ini dan dan Universiti Sains Islam Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan dalam usaha menyempurnakan penyelidikan ini. 2 Profesor Madya, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. azman@usim.edu.my 3 Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia..hairun@ukm.edu.my 4 Pensyarah, Fakulti Syariah & Undang-Undang,Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, hairullfazli@kuis.edu.my

satu model pengurusan zakat di institusi masjid boleh dibangunkan demi pemerkasaan dari segi kutipan dan agihan zakat. PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Negeri-negeri tersebut adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Kerajaan Persekutuan pula terdiri daripada 3 buah Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Terdapat institusi formal di Malaysia yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal-ehwal yang berkaitan dengan zakat. Institusi ini diletakkan di bawah pengawasan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Kepelbagaian dari sudut pengurusan dan pentadbiran menyebabkan wujudnya perbezaan dalam aktiviti kutipan dan agihan zakat bagi negeri-negeri di Malaysia. Bab ini memfokuskan tiga buah negeri iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan disebabkan oleh faktor pembukaan beberapa kaunter mini zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) secara berjadual atau berkala di masjid-masjid sekitar Selangor dan kaunter zakat oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di beberapa buah masjid di sekitar Kuala Lumpur serta pembukaan pusat mini pungutan zakat oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI SELANGOR Negeri Selangor merupakan negeri yang terawal memperkenalkan urus tadbir institusi zakat secara korporat dengan kaedah menubuhkan organisasi yang berasingan daripada pihak kerajaan negeri dan MAIN. Pelbagai perkembangan telah dilaksanakan oleh institusi-institusi ini sejak ditubuhkan. Pengurusan dana zakat sama ada kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor telah dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Zakat Selangor, di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Pada peringkat awal penubuhan, LZS hanya diberikan hak untuk menguruskan kutipan zakat harta sahaja di Selangor. Namun, pada tahun 1998 peranan LZS telah dikembangkan dengan diberi mandat untuk menguruskan kutipan zakat padi dan fitrah di Selangor (Azman et.al 2017).

LZS berperanan penting dalam mendidik masyarakat ke arah kesedaran berzakat, menyediakan perkhidmatan kutipan zakat serta menguruskan agihan zakat kepada golongan yang layak dan memerlukan. LZS juga telah mengambil inisiatif dan langkah yang lebih progresif demi membantu ummah dalam melaksanakan urusan zakat dengan membuka kaunter perkhidmatan pembayaran zakat di beberapa tempat di negeri Selangor yang dikenali sebagai Kaunter Mini LZS. Lokasi Kaunter Mini LZS di Masjid Kaunter Mini LZS pada awal penubuhannya ditempatkan di lokasi-lokasi terpilih yang menjadi tumpuan masyarakat seperti masjid dan balai penghulu. Pemilihan lokasi-lokasi ini bertujuan agar mudah untuk dikunjungi oleh para asnaf dan tidak menyusahkan mereka untuk datang ke kaunter mini zakat. Kaunter mini zakat di daerah Sabak Bernam dibuka pada setiap minggu iaitu dari minggu pertama hingga keempat pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Terdapat empat masjid tetap yang membuka kaunter mini zakat iaitu Masjid As-Saidiah Pasir Panjang di Sekinchan, Masjid Al-Mujahideen di Bagan Terap, Masjid Jamek Sultan Hishamuddin dan Masjid Ubudiah di Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar. Masjid As-Saidiah Pasir Panjang di Sekinchan dibuka pada hari Isnin setiap minggu manakala Masjid Al-Mujahideen di Bagan Terap dibuka pada hari Selasa setiap minggu. Masjid Jamek Sultan Hishamuddin pula dibuka pada hari Rabu setiap minggu dan Masjid Ubudiah di Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar beroperasi pada hari Khamis setiap minggu. Masjid-masjid di daerah Sabak Bernam ini telah ditetapkan dibuka pada setiap minggu tetapi dibuka pada hari yang berlainan bergantung kepada lokasi masjid tersebut. Manakala di daerah Gombak, kaunter mini LZS hanya dibuka pada setiap hari Selasa minggu pertama iaitu di Masjid Bukit Indah, Ampang dan juga di Masjid Zakaria, Gombak pada hari Selasa minggu yang keempat. Lokasi kaunter mini zakat di daerah Sepang pula adalah di Masjid Putra Perdana pada setiap hari Rabu minggu yang kedua dan di Masjid Sg. Pelek pada hari Rabu minggu yang keempat.

Masjid di daerah Klang yang membuka kaunter mini zakat adalah Masjid Al- Islah di Kg Telok Gong, Masjid Jamiul Redzuan di Kg. Sg. Serdang, Kapar, Masjid Ar-Rahman di Pandamaran Jaya dan Masjid Nurul Amin di Kg. Delek. Kaunter mini zakat di daerah Klang ini tidak menetapkan keempat-empat masjid ini sebagai masjid yang sama pada setiap hari rabu tetapi mengikut kepada giliran yang ditetapkan pada setiap minggu dalam sebulan. Kaunter mini zakat di daerah Klang ini beroperasi pada setiap hari Rabu sahaja. Manakala di daerah Petaling, kaunter mini zakat dibuka di sebuah masjid yang sama pada setiap minggu iaitu masjid As-Salam di Puchong Perdana. Masjid ini hanya membuka kaunter mini zakat pada hari rabu pada setiap minggu. Kaedah yang sama turut diaplikasikan di daerah Hulu Langat iaitu di masjid Bandar Tun Hussien Onn di Cheras. Kaunter mini zakat yang dibuka di daerah ini hanya tertumpu kepada sebuah masjid yang sama pada setiap hari rabu dan pada setiap minggu iaitu dari minggu pertama hingga minggu keempat. Fungsi Kaunter Mini LZS Tujuan utama pembukaan kaunter mini zakat terutamanya di daerah Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor adalah untuk memudahkan urusan agihan zakat bagi para asnaf yang tinggal jauh dari cawangan LZS di daerah berkenaan. Pelbagai perkhidmatan disediakan di kaunter mini zakat dan ia meliputi pertanyaan, pengambilan, penghantaran borang bantuan zakat dan semakan status bantuan zakat. Pada peringkat permulaan pembukaan kaunter mini zakat, ia hanya menawarkan perkhidmatan berkaitan agihan zakat sahaja, manakala perkhidmatan kutipan zakat masih melalui cawangan zakat di daerah. Perkhidmatan kaunter mini zakat yang telah beroperasi sepenuhnya di negeri Selangor adalah di daerah Sabak Bernam, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Walau bagaimanapun, LZS turut merancang untuk memperluaskan kemudahan kaunter mini zakat yang telah sedia ada ke semua daerah di negeri Selangor bagi kemudahan penduduk terutama yang beragama Islam dalam melaksanakan tuntutan zakat.

AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Sistem pengurusan zakat di Wilayah Persekutuan terbahagi kepada dua bahagian iaitu pengurusan kutipan dan pengurusan agihan. Di Wilayah Persekutuan, agensi yang menguruskan kutipan zakat adalah Pusat Pungutan Zakat (PPZ) manakala agensi yang menguruskan agihan zakat adalah Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sebelum Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan, Majlis Ugama Islam Selangor bertindak sebagai institusi yang menguruskan hal ehwal Islam di Kuala Lumpur. Sejak penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kuasa pentadbiran hal ehwal Islam di Kuala Lumpur telah diambil alih oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Walau bagaimanapun, sejak penubuhan syarikat korporat Harta Suci Sdn Bhd yang dikenali sebagai Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) pada 17 November 1989, MAIWP hanya menjalankan aktiviti pengagihan zakat. Urusan kutipan pula diuruskan oleh PPZ-MAIWP tersebut (Azman et.al 2017). Dalam bahagian ini, penekanan akan diberi kepada pengurusan zakat di institusi masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja. Lokasi Kaunter PPZ di Masjid Kaunter zakat yang disediakan di masjid-masjid di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di empat buah masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Masjid Al Imam Al Ghazali di Kepong dan Masjid Abd Rahman Bin Auf di Puchong. Pusat Pungutan Zakat (PPZ) terletak di kaunter Masjid Negara yang beroperasi pada jam 8.15 pagi hingga jam 4.45 petang pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Manakala pada hari Jumaat bermula pada jam 8.15 pagi hingga 12.30 tengahari dan disambung semula pada jam 2.30 petang hingga jam 4.45 petang. Kaunter zakat turut dibuka pada hari Sabtu minggu kedua, keempat dan kelima. Kaunter Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Taman Tun Dr. Ismail pula terletak di Anjung Niaga, Kaunter Masjid At-Taqwa. Ia beroperasi sama seperti di kaunter zakat Masjid Negara iaitu bermula jam 8.15 pagi hingga jam 4.45 petang pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Manakala pada hari Jumaat bermula pada jam 8.15 pagi hingga

12.30 tengahari dan disambung semula pada jam 2.30 petang hingga jam 4.45 petang. Kaunter zakat turut dibuka pada hari Sabtu minggu kedua, keempat dan kelima. Masjid Al Imam Al Ghazali di Kepong dan Masjid Abd Rahman Bin Auf di Puchong turut mempunyai waktu urusan yang sama seperti Masjid Negara dan Masjid At-Taqwa. Walau bagaimanapun, kaunter zakat di keempat-empat buah masjid ini mempunyai jadual yang berbeza ketika menjelangnya bulan Ramadhan iaitu ia dibuka seperti biasa pada jam 8.15 pagi dan ditutup lebih awal daripada waktu biasa iaitu pada jam 4.30 petang. Manakala pada hari terakhir Ramadhan, kaunter dibuka pada jam 8.15 pagi dan ditutup pada jam 1.00 petang. Jadual bagi kaunter zakat ketika bulan Ramadhan ini dibuka selama tujuh hari seminggu dan jadual yang sama turut digunakan ketika menjelangnya penghujung tahun iaitu pada bulan Disember. Fungsi Kaunter PPZ Fungsi masjid bukan hanya tertumpu kepada beribadah, tetapi juga sebagai pusat ilmu yang mampu menyatupadukan masyarakat dan ahli qariah. Masjid juga berperanan sebagai tempat bertukar pendapat, serta mendidik masyarakat tentang kepentingan ilmu dan kesedaran mengimarah masjid. Kaunter PPZ yang dibuka di masjid-masjid mampu menyebarluaskan dakwah zakat kepada ahli qariah dan jemaah masjid terhadap tuntutan kewajipan berzakat sekali gus memperkenalkan PPZ-MAIWP sebagai sebuah institusi kutipan zakat yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI NEGERI KELANTAN Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Tujuan penubuhan MAIK adalah untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan. MAIK. Di samping itu, visi MAIK adalah untuk menjadi sebuah organisasi pengurusan wang zakat dan pengurusan harta baitulmal dan wakaf yang terunggul di malaysia. Oleh itu, MAIK berperanan penting dalam urusan kutipan dan agihan zakat di negeri Kelantan.

Penduduk Muslim di negeri Kelantan dapat memanfaatkan kemudahan untuk menunaikan rukun Islam keempat di Pusat Mini Pungutan Zakat MAIK yang telah mula beroperasi pada tahun 2010. Pusat ini ditempatkan di 11 buah masjid bandar dan jajahan negeri Kelantan. Lokasi Pusat Mini Pungutan Zakat MAIK di Masjid Operasi pungutan zakat diperluaskan di kaunter pungutan zakat di seluruh jajahan negeri Kelantan menerusi kaunter mini di masjid. Antara masjid yang terlibat ialah Masjid Muhammadi di Kota Baharu, Masjid As-Salam di Pengkalan Chepa, Masjid Mahmudi di Bachok, Masjid Sultan Muhammad 1 Jeli, Masjid Ismaili Tumpat, Masjid Ismail Petra Tanah Merah, Masjid Bandar Sultan Muhammad III Pasir Mas, Masjid Tg. Muhammad Faris Petra Kuala Krai, Masjid Tg. Muhammad Faiz Petra Gua Musang, Masjid Sultan Yahya Petra Machang dan Masjid Ibrahimi Pasir Puteh. Pusat Mini Pungutan Zakat MAIK dibuka di masjid-masjid tersebut pada setiap hari iaitu hari Ahad sehingga Khamis bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang manakala waktu rehat adalah dari jam 1.00 tengahari hingga 2.00 petang. Pusat ini akan ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu serta pada hari kelepasan Am. Fungsi Pusat Mini Pungutan Zakat MAIK Pusat Mini Pungutan Zakat MAIK selain bertujuan untuk memudahkan urusan masyarakat beragama Islam di negeri Kelantan menunaikan zakat, pusat ini juga menyediakan perkhidmatan semakan berkaitan dengan bayaran dan resit zakat, semakan kelulusan bantuan bulanan, kelulusan bantuan one-off, dan juga semakan saudara baru. AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI NEGERI- NEGERI LAIN Operasi Zakat Pulau Pinang telah bermula pada 27 Disember 1994 berpusat di Taman Selat, Butterworth. Terdapat tiga cawangan kaunter perkhidmatan zakat telah dibuka pada peringkat awal penubuhan iaitu di Taman Selat, Butterworth, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), dan di Kompleks Bukit Mertajam. Zakat Pulau Pinang kini telah menambah enam lagi cawangan kaunter perkhidmatan zakat iaitu di Nibong Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau, Kepala Batas, Lebuh Buckingham dan Ayer Itam.

Pada 3 Januari 2005, Zakat Pulau Pinang mengorak langkah yang lebih besar apabila berjaya memiliki bangunan sendiri di Bandar Perda, Bukit Mertajam sekaligus menjadikan ia sebagai ibu pejabat Zakat Pulau Pinang yang baru. Zakat Pulau Pinang turut membuka kaunter perkhidmatan zakat di institusi masjid iaitu Masjid Negeri Pulau Pinang di Jalan Ayer Itam, Air Itam Pulau Pinang. Orang ramai boleh berurusan di kaunter pada hari khamis dan Jumaat bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Pada hari khamis, kaunter akan ditutup sebentar pada jam 1.00 petang dan disambung pada jam 2.00 petang. Manakala waktu rehat pada hari Jumaat bemula 12.30 tengahari hingga 2.45 petang. Di Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) berperanan untuk memungut zakat dan fitrah daripada orang Islam di negeri Johor di samping mengagihkan wang kutipan zakat dan fitrah kepada asnaf yang telah ditentukan. Pelbagai kemudahan pembayaran zakat yang disediakan oleh MAIJ iaitu sama ada datang sendiri ke kaunter zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor di semua Pejabat Agama Daerah atau melalui pos (cek / kiriman wang / wang pos / Bank draf ) atau melalui Mesin Deposit Tunai / Mesin Deposit Cek atau melalui Skim Potongan Gaji Bulanan atau agen-agen MAIJ iaitu bank-bank yang terlibat seperti RHB Bank Berhad dan Bank Islam Malaysia Berhad. MAIJ juga telah mewujudkan kaunter bergerak yang dibuka dari semasa ke semasa di institusi masjid di negeri Johor. Kaunter bergerak ini dibuka bermula jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang hanya pada hari Jumaat. Pemilihan masjid menjadi faktor penting dalam menempatkan kaunter bergerak iaitu masjid-masjid yang menjadi tumpuan ramai. Antara masjid yang terlibat dengan kaunter bergerak ialah Masjid Bandar Baru Uda, Masjid Bandar Dato Onn, Masjid Pulai dan masjid di Pasir Gudang. Kaunter ini kurang mendapat sambutan pada awal kewujudannya, tetapi mula mendapat perhatian pada minggu-minggu berikutnya menunjukkan perkembangan positif. Bagi negeri-negeri lain, meskipun tidak disediakan kaunter khusus untuk kutipan dan agihan zakat di masjid, kebanyakan masjid telah melantik amil bagi menguruskan zakat dan memudahkan ahli kariah untuk menunaikan zakat pada bilabila masa. Kaunter zakat di masjid turut dibuka hanya pada bulan Ramadhan untuk menunaikan umat Islam menunaikan zakat fitrah.

KESIMPULAN Masjid berperanan penting dalam menyatupadukan seluruh umat Islam khususnya bagi memudahkan masyarakat Islam melaksanakan tanggungjawab untuk mengeluarkan zakat, di samping menyuntik kesedaran untuk menunaikan zakat serta menjadi tempat agihan dana-dana tersebut kepada pihak yang memerlukan. Justeru, amalan pengurusan zakat di institusi masjid melalui penubuhan kaunter khusus seperti di Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan sangat membantu dalam meningkatkan hasil kutipan zakat dan menjamin keberkesanan sistem agihan zakat. Selain memudahkan orang ramai yang tinggal jauh dari cawangan zakat sesebuah negeri untuk menunaikan zakat, kaunter tersebut juga memudahkan pengagihan kepada asnaf yang tinggal di pedalaman. Satu model pengurusan zakat di institusi masjid boleh dibangunkan bagi memperkasakan kutipan dan agihan zakat di Malaysia. Model ini diyakini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada pihak yang berautoriti dalam pengurusan zakat di Malaysia. RUJUKAN Azman Ab Rahman et al. (2017) Ensiklopedia Pengurusan Zakat Di Malaysia (Siri 1). Penerbit USIM. Laporan Zakat (2008). Kuala Lumpur: Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan. Lembaga Zakat Selangor. Kaunter Mini LZS. http://www.zakatselangor.com.my/kaunter-mini-lzs/ Diakses pada 9 September 2017 Lembaga Zakat Selangor. Kaunter LZS. http://www.zakatselangor.com.my/kaunterlzs/ Diakses pada 9 September 2017 Lembaga Zakat Selangor. Kaunter Zakat Dibuka Tujuh Hari Seminggu http://www.zakatselangor.com.my/terkini/kaunter-zakat-dibuka-tujuh-hariseminggu/ Diakses pada 9 September 2017

Majlis Agama Islam Kelantan. Objektif, Strategi, Visi, Misi & Moto. http://www.emaik.my/portal/index.php/ms/profil/mengenai-kami/objektif-strategi-visimisi-moto.html Diakses pada 11 September 2017 Majlis Agama Islam Kelantan. Perkhidmatan. http://www.emaik.my/portal/index.php/ms/perkhidmatan-kami/pusat-mini-pungutan-zakat Diakses pada 9 September 2017 Pusat Mini Pungutan Zakat MAIK. http://www.e-maik.my/mobile/pmpz.html Diakses pada 9 September 2017 Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Kaunter PPZ. http://www.zakat.com.my/# Diakses pada 9 September 2017 Zakat Pulau Pinang. Lokasi Perkhidmatan Kaunter http://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/2013-06-30-10-54-31/2013-06- 30-10-58-09/kaunter Diakses pada 9 September 2017.