Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

dokumen-dokumen yang mirip
1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) TEKA TEKAN. 2.0 MENONTON DAN MENYERTAI RANCANGAN TEKA TEKAN 2(a) Bagaimanakah saya boleh menonton rancangan Teka Tekan?

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

TERMA & SYARAT PERADUAN

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

3. Untuk tujuan Promosi ini, kedua-dua Kad Kredit dan Kad Debit hendaklah secara kolektif merujuk sebagai "Kad".

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN RASA & MENANG

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA DAN SYARAT ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD SWIPE & WIN ("Kempen")

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

2. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

KEMPEN #BankRakyatCares AKAUN DEPOSIT BERJANGKA-i Terma dan Syarat A. Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Save, Invest and Win. 1. RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M) akan dirujuk sebagai RHB.

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Jumlah minimum transaksi (RM) (i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now*

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Terma & Syarat Kempen MyDebit

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN MIGHTY BITE

1.3 Sebarang penyertaan yang diterima selepas 31 Julai 2015 pada pm akan dianggap tidak sah.

4. Akaun Flexi Mortgage dan semua akaun lain yang tidak dinyatakan di bawah Klausa 3 di atas tidak termasuk dalam Promosi ini.

Kempen bermaksud Kempen Kad Debit AmBank Swipe to Win yang dianjurkan oleh Bank menurut Terma dan Syarat yang ditetapkan dalam dokumen ini.

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

Terma-terma dan syarat-syarat seperti berikut adalah tertakluk kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad ( BMMB ) (6175-W), Kempen Akaun Simpanan Oh Yeah!

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

a) Peserta mestilah mengambil foto hidangan bernutrisi yang disediakan untuk Si Manja.

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh dan Kaedah Penyertaan

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

RHB Investment Bank Berhad Terma dan Syarat Peraduan Dagang & Menang

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma & Syarat ) KEMPEN PROMOSI HARI RAYA ( Kempen ) UNTUK PELANGGAN INDIVIDU DAN PELANGGAN BUKAN INDIVIDU.

TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

TERMA DAN SYARAT Kempen Ganjaran RM150 RHB Smart Account/-i 2018

Sejuta Impian / Dana Belia 1Malaysia Borang Permohonan 2012

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

Promosi Jualan Capture the Culture. Peraturan Rasmi

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

Hadiah-Hadiah 1 Hadiah-Hadiah:

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

Terma & Syarat Promosi Deposit Tetap / Deposit Bertempoh (FD/TD) untuk tempoh 6 bulan dengan hadiah

TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN KEMPEN JomPAY Nationwide

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

Terma & Syarat Kempen Bila-bila Masa, Di Mana Jua dengan affinonline

PETRONAS DAGANGAN BERHAD PROMOSI KOMBO RM5 UNTUK CUTI IDAMAN TERMA & SYARAT Peraduan

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

AmOnline Rakuten Shop & Win Promotion

Kempen Auto-billing TEMPOH KEMPEN

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

PROMOSI PENGURANGAN CEK BAGI PEMEGANG AKAUN SEMASA INDIVIDU - STOP THE CHEQUES & GO ONLINE Dikemaskini pada 01 hb April 2017

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma & Syarat. 1 Penganjuran & Kelayakan. 2 Tempoh Peraduan. 3 Kriteria Kelayakan

KEMPEN SAVE n WIN. 2. Kempen ini terbuka kepada semua para pelanggan individu baru dan sedia ada BMMB yang bermastautin di Malaysia.

2. Pemegang kad tambahan dan Kad Kredit-i Korporat adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen Pindahan Baki 2016/17 ini.

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

2. Mekanisma kempen adalah seperti berikut:

KEMPEN PENEBUSAN BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ STAR WARS BB-8

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AL AWFAR 3Xtra Drive

KEMPEN SUKU TAHUNAN KAD KREDIT PRVI MILES UOBM TERMA & SYARAT

Peraduan Kata Buddyz Terma & Syarat

a. Giant b. Tunas Manja/ Billion/ TF Value/ Pantai Timor

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEMPEN PB GOLDEN FORTUNE

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

Transkripsi:

TERMA & SYARAT TEKA TEKAN TEKA TEKAN adalah sebuah rancangan permainan secara langsung yang diwujudkan, dibangunkan dan disiarkan oleh kami di Telekom Malaysia Berhad. Dengan menyertai TEKA TEKAN, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh kesemua terma dan syarat ini termasuk semua pindaan dan semakan yang dibuat kepada terma dan syarat. Usah khuatir, terma dan syarat ini bersifat lurus dan terang serta mudah difahami. Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, anda boleh menghubungi kami di https://unifi.com.my/chat/index.html. Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan: 1. APA TERMA DAN SYARATNYA? Terma dan syarat TEKA TEKAN terdiri daripada semua terma yang dinyatakan di sini dan di dalam Soalan Lazim. Oleh itu, jangan lupa membaca Soalan Lazim juga. Anda boleh mendapatkan Soalan Lazim di pautan Laman Web Rasmi TEKA TEKAN di: http://tekatekan.unifi.com.my. Terma dan syarat ini tersedia untuk dilihat di Saluran Interaktif unifi TV dan Laman Web Rasmi TEKA TEKAN. 2. BILA DAN DI MANA ANDA BOLEH MENONTON TEKA TEKAN? TEKA TEKAN disiarkan secara langsung di HyppSensasi (Saluran 116) setiap hari pada pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam setiap Isnin hingga Jumaat bermula 15 Januari 2018. Episod TEKA TEKAN yang dirakam akan disiarkan pada hari berikutnya selepas siaran langsung. 3. SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI? 3.1 Sesiapa sahaja boleh menyertai TEKA TEKAN. Walau bagaimanapun, hanya pemegang akaun berdaftar TM dengan langganan unifi TV (pelanggan Broadband atau unifi dengan kotak Set-Top-Bpx) layak memenangi hadiah ("Peserta yang Layak"). Sekiranya anda mempunyai berbilang akaun dengan kami, semua akaun individu anda boleh menyertai setiap hari dan pada masa yang sama. Namun, jika terdapat lebih daripada 1 akaun anda yang layak menerima hadiah, anda hanya berhak untuk memenangi 1 hadiah setiap hari. 3.2 Ketidaklayakan Sekiranya anda jatuh ke dalam mana-mana kategori ini, kami mohon maaf, tetapi anda tidak layak memenangi sebarang hadiah:- (i) Jika anda adalah pemegang akaun berdaftar TM yang juga pekerja tetap atau pekerja kontrak atau pekerja di bawah program SLIM atau pelatih amali di Telekom Malaysia Berhad (termasuk anak syarikatnya, pejabat serantau dan syarikat-syarikat berkaitan). Walau bagaimanapun, ahli keluarga anda boleh mengambil bahagian dan memenangi hadiah sekiranya mereka berada dalam kategori Peserta yang Layak; (ii) Jika anda adalah sebahagian daripada pasukan produksi TEKA TEKAN; (iii) Ahli keluarga anda, sekiranya anda adalah sebahagian daripada pasukan produksi TEKA TEKAN. 4. BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI? Anda mesti menonton mana-mana episod siaran langsung TEKA TEKAN dan jawab semua lima (5) soalan yang diberikan semasa siaran langsung dengan menekan butang "#" diikuti dengan butang berwarna pada alat kawalan jauh unifi TV anda. Butiran lanjut tentang cara untuk mengambil bahagian tersedia dalam Soalan Lazim. Hanya jawapan yang lengkap dan betul kepada semua 5 soalan dalam setiap episod siaran langsung layak memenangi hadiah harian.

5. KEWAJIPAN ANDA 5.1 Menanggung semua caj dan kos yang berkaitan untuk menyertai TEKA TEKAN. 5.2 Memastikan dan mengesahkan bahawa semua butiran anda yang diberikan pada masa pendaftaran akaun atau kemas kini yang diberikan kepada kami adalah benar, betul dan tepat dan boleh dihubungi termasuk nombor telefon anda yang masih aktif. 5.3 Sekiranya anda adalah pemenang, anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua cukai yang mungkin dibayar atau boleh dikenakan (jika ada), semua kos dan perbelanjaan (termasuk makanan dan perbelanjaan peribadi, dll) (jika ada) untuk tujuan pengutipan hadiah. 5.4 Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kecelakaan, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan akibat penyertaan anda dalam TEKA TEKAN dan pengutipan hadiah. 5.5 Sekiranya anda adalah pemenang dan telah mengambil hadiah dan kami mendapati bahawa anda tidak layak menjadi pemenang kerana alasan yang dinyatakan dalam perenggan 8.1 (v) (b) atau 8.1 (v) (c), anda berkewajipan untuk memulangkan hadiah atau membayar balik jumlah yang bersamaan dengan jumlah hadiah kepada kami dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh kami memberitahu anda tentang kehilangan kelayakan dan kegagalan berbuat demikian membolehkan kami mengambil tindakan undang-undang terhadap anda. 6. PEMENANG 6.1 Pemenang dipilih setiap hari untuk setiap episod siaran langsung dari Peserta yang Layak yang telah menjawab dengan betul semua 5 soalan dalam sesebuah episod TEKA TEKAN. 6.2 Senarai pemenang akan dipaparkan di saluran interaktif unifi TV dan Laman Web Rasmi TEKA TEKAN, dari pukul 10 malam dan selepas setiap episod siaran langsung. 6.3 Anda masih boleh mengambil bahagian dan layak untuk memenangi hadiah dalam episod TEKA TEKAN yang lain walaupun anda telah memenangi hadiah. 6.4 Bukti penyertaan atau menjawab dengan betul kepada semua soalan dalam episod melalui mana-mana medium atau cara tidak melayakkan anda untuk memenangi hadiah secara automatik. 6.5 Hanya Peserta yang Layak berhak untuk menang dan kami akan memberikan hadiah kepada Peserta yang Layak walaupun orang lain mengambil bahagian dan menjawab semua soalan dengan betul menggunakan akaun Peserta yang Layak. Untuk ilustrasi, anda boleh merujuk kepada Soalan Lazim. 6.6 Anda hanya berhak memenangi satu (1) hadiah setiap hari tanpa mengira berapa banyak akaun anda yang layak untuk memenangi hadiah. 7. HADIAH 7.1 Hadiah yang ditawarkan untuk TEKA TEKAN adalah hadiah wang tunai sehingga RM20,000.00 setiap episod ("Hadiah Harian") untuk dikongsi bersama dengan semua pemenang yang dipilih dalam episod itu. 7.2 Sekiranya tidak ada pemenang untuk sesebuah episod TEKA TEKAN, Hadiah Harian akan dibawa ke episod berikutnya ("Jumlah Terkumpul"). Walau bagaimanapun, Jumlah Terkumpul akan dikumpulkan sehingga hari Jumaat minggu yang sama sahaja dan selepas itu akan diset semula semula ke Hadiah Harian sekali lagi. 7.3 Hadiah akan diberikan kepada pemenang melalui cek berpalang. Sekiranya anda adalah pemenang, anda perlu mengambil cek pada masa dan tempat seperti yang dinyatakan dalam Soalan Lazim. Sila rujuk Soalan Lazim sebelum mengambil cek anda. 7.4 Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar/ditebus untuk apaapa jenis kredit atau rebat. Hadiah juga tidak termasuk sebarang aksesori atau item yang ditunjukkan dalam sebarang iklan dan bahan promosi. 7.5 Semua hadiah adalah tertakluk kepada ketersediaan.

8. HAK KAMI 8.1 Kami mempunyai hak dan budi bicara mutlak tanpa notis terlebih dahulu dan tidak mempunyai kewajipan untuk memberikan sebarang sebab untuk:- (i) mengesahkan maklumat yang telah anda berikan pada bila-bila masa kepada kami dalam sebarang bentuk yang kami rasai sesuai atau patut; (ii) tentukan jumlah sebenar yang akan anda terima untuk setiap episod; (iii) menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang bernilai serupa; (iv) menolak penyertaan anda; (v) membatalkan kelayakan pemenang atau melucut hak ke atas hadiah pada bila-bila masa walaupun selepas senarai pemenang dipaparkan di Saluran Interaktif unifi TV dan Laman Web Rasmi TEKA TEKAN sehingga sewaktu pengambilan hadiah, (a) jika pemenang gagal memberikan butiran yang diperlukan yang kami minta, or (b) kerana gagal memenuhi kriteria yang diperlukan untuk menjadi pemenang atau (c) kerana melanggar mana-mana terma dan syarat ini atau (d) kerana gagal mengambil hadiah dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh nama pemenang dipaparkan di Saluran Interaktif unifi TV dan Laman Web Rasmi TEKA TEKAN; (vi) membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang Layak yang kami tentukan telah mengganggu operasi TEKA TEKAN atau telah bertindak melanggar atau berpotensi melanggar terma dan syarat ini; atau kerana menyerahkan penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau palsu. (vii) membatalkan, menggantung, menangguhkan atau melanjutkan TEKA TEKAN tanpa memberi notis terlebih dahulu dalam apa-apa bentuk. 8.2 Keputusan kami adalah muktamad. Sebarang rayuan melalui apa-apa cara atau percubaan untuk merayu, meminta atau apa-apa pertikaian mengenai mana-mana keputusan kami berkaitan dengan sesebuah episod TEKA TEKAN, apa-apa hilang kelayakan Peserta yang Layak atau pemenang atau apa-apa pengumuman atau keputusan yang berkaitan dengan TEKA TEKAN tidak akan dilayan. 9. PENAFIAN DAN PENGECUALIAN LIABILITI 9.1 Kami tidak akan bertanggungjawab atau menanggung liabiliti terhadap sebarang: (i) salah tafsir atau salah nyataan fakta berkenaan dengan hadiah yang ditawarkan seperti yang diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan; (ii) penyertaan atau penglibatan yang hilang, tersalah arah, tidak boleh dibaca, terlambat, cacat, rosak atau diubah; (iii) kegagalan yang anda hadapi, temui atau alami untuk menyertai TEKA TEKAN pada bila-bila masa; (iv) kehilangan atau kerosakan yang anda alami disebabkan oleh penyertaan atau bukan penyertaan anda dalam TEKA TEKAN akibat daripada perbuatan atau peninggalan kami; (v) penyalahgunaan sebarang hadiah atau untuk apa-apa tuntutan atau liabiliti yang timbul daripada penggunaan hadiah-hadiah; (vi) kegagalan mematuhi tanggungjawab kami di mana kegagalan itu disebabkan oleh sesuatu yang melebihi kawalan munasabah kami. Keadaan sedemikian hendaklah termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keadaan cuaca, kebakaran, banjir, taufan, mogok, pertikaian industri, peperangan, permusuhan, pergolakan politik, rusuhan, kekecohan awam, kemalangan yang tidak dapat dielakkan, perubahan undang-undang, serangan siber atau apa-apa keadaan menjurus kepada force majeure. Definisi force majeure adalah seperti yang biasa diterima dalam industri penyiaran di seluruh dunia.

9.2 Kami menafikan sebarang kewajipan untuk: (i) membayar ganti rugi anda untuk apa-apa kos yang ditanggung kerana kegagalan untuk mengutip hadiah disebabkan perubahan dalam masa dan tempat atau disebabkan kehilangan kelayakan anda sebagai pemenang; (ii) mengganti sebarang hadiah yang rosak atau hilang semasa proses pengambilan; (iii) memberi pampasan kepada pemenang bagi kerugian yang dialami atau kos yang ditanggung kerana penggantian hadiah; (iv) memberi pampasan kepada anda untuk kos atau kerugian yang dialami secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh pembatalan, kelewatan, penggantungan atau perlanjutkan TEKA TEKAN atas sebarang sebab; (v) memberi pampasan kepada anda untuk kerugian yang ditanggung atau kos yang ditanggung untuk mengambil bahagian atau tidak mengambil bahagian atau kegagalan untuk mengambil bahagian dalam TEKA TEKAN sama ada disebabkan oleh perbuatan atau peninggalan kami atau sebaliknya. 9.3 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan berkenaan dengan apa-apa hadiah yang diberikan di TEKA TEKAN, khususnya, kami tidak memberi jaminan berkenaan dengan kebolehdagangan, kualiti hadiah atau kesesuaian mereka untuk apa-apa tujuan 10. HAK CIPTA, PENGUMUMAN DAN KERAHSIAAN 10.1 Dengan menyertai, anda memberi kami hak kekal dan tidak eksklusif untuk menyiarkan nama anda, empat (4) digit terakhir atau sebahagian daripada nombor pengenalan anda, alamat pendaftaran, gambar atau imej atau untuk memaparkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan anda untuk sebarang tujuan yang berkaitan dengan TEKA TEKAN termasuk pemberitahuan pemenang, publisiti, pengiklanan, perdagangan atau tujuan promosi di mana-mana media tanpa memberi notis lanjut kepada anda. Anda memahami dan bersetuju bahawa anda tidak berhak untuk menuntut apa-apa pembayaran dalam apa-apa bentuk, bayaran atau pampasan bagi penggunaan imej atau butiran anda berhubung dengan perkara di atas. Nombor pengenalan adalah seperti yang diberikan kepada kami semasa pendaftaran langganan unifi TV. 10.2 Anda mengakui, memahami dan bersetuju bahawa kami boleh berkongsi data peribadi anda (berasaskan keperluan untuk mengetahui sahaja) dengan rakan kongsi atau penaja hadiah kami untuk tujuan TEKA TEKAN. Data peribadi anda ("Data Peribadi") yang telah anda berikan kepada kami berhubung dengan TEKA TEKAN akan dirahsiakan kecuali untuk tujuan dan aktiviti yang dinyatakan dalam terma dan syarat ini. Kami akan mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memelihara integriti dan mencegah sebarang kesalahan atau kehilangan, kerosakan atau pemusnahan Data Peribadi anda dan mematuhi keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. 11. TADBIR UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA Terma dan syarat ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengannya adalah tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah di Malaysia. 12. PINDAAN DAN SEMAKAN TERMA DAN SYARAT 12.1 Kami berhak untuk mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat ini di mana-mana medium dan dalam apa-apa bentuk tanpa notis terlebih dahulu pada bila-bila masa. 12.2 Dengan menyertai TEKA TEKAN, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini, notis, pindaan dan semua keputusan yang telah kami buat.

13. KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD DAN MENGIKAT Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, konflik, ketidakpastian atau kekaburan yang berkaitan dengan terma dan syarat ini atau sebarang perkara yang melibatkan TEKA TEKAN, kami akan menyelesaikan perkara itu mengikut budi bicara kami yang mutlak dan tidak dapat dipertikaikan dan keseluruhan keputusan dalam perkara itu adalah muktamad dan mengikat. 14. BAHASA Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara teks Bahasa Inggeris dan teks Bahasa Malaysia kepada terma dan syarat ini atau Soalan Lazim, teks Bahasa Inggeris akan diguna pakai. 15. TERMA YANG AKAN DIGUNA PAKAI 15.1 Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat yang dipaparkan di Saluran Interaktif unifi TV dan Laman Web Rasmi TEKA TEKAN, terma dan syarat yang dipaparkan di Laman Web Rasmi TEKA TEKAN akan diguna pakai. 15.2 Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat ini dan Soalan Lazim, terma dan syarat ini akan diguna pakai.