AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

dokumen-dokumen yang mirip
"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

LALUAN KEHIDUPAN

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Salman Alfarisy, Lc.* Sekretaris Asia Pacific Community for Palestine

Sesungguhnya Allah memerintahkan kita untuk bersedekah di jalan Allah:

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

Standar Kompetensi : 3. Membiasakan perilaku terpuji.

Oleh: Hafidz Abdurrahman, Lajnah Tsaqafiyah DPP HTI

Apabila Aktivis Dakwah Ditimpa Futur (Malas) Muhammad Haniff Hassan

Sebagai contoh, anda boleh lihat Piagam Madinah di bawah.

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

HALAL, HARAM & SYUBHAT

Standar Kompetensi : 4. Membiasakan perilaku terpuji.

Sejumlah ulama berpendapat bahwa menjalankan shalat berjamaah mengandung banyak nilai kebaikan, diantaranya berikut;

Khutbah Jum'at. Isra' Mi'raj. Bersama Dakwah 1

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

Fadhilat Berbaik Sangka

: : :

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

MODUL 1 Ayat-ayat Al-Qur an tentang kompetisi dalam kebaikan

Diantara rahasia dan hakekat shiyam Ramadhan dapat disimpulkan menjadi tujuh perkara yang dapat dirasakan kenikmatannya dalam ibadah Ramadhan:

Kewajiban berdakwah. Dalil Kewajiban Dakwah

BAB 5 DOSA DAN MAKSIAT

Allah Al-Ghalib (Maha Menang) dan An-Nashir (Maha Penolong)

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

SIKAP MUSLIM MENGHADAPI MUSIBAH. Ust. H. Ahmad Yani, MA. Kondisi Manusia Menghadapi Musibah

Nisfu Sya`ban & Persiapan Untuk Ramadan. Muhammad Haniff Hassan /

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

" Katakanlah : Itu dari (kesalahan) kalian sendiri" [Ali Imran : 165]

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto

FATWA FIQIH JINAYAH : BOM BUNUH DIRI Oleh: Nasruddin Yusuf ABSTRAK

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

Ceramah Ramadhan 1433 H/2012 M Keutamaan Puasa

Jangan Taati Ulama Dalam Hal Dosa dan Maksiat

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

Tafsir Surah Al Nasr. Muhammad Haniff Hassan. /

Tafsir Surat Al-Kautsar

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

TUGAS KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH & UMMAT NABI. Tugas sebagai hamba ialah beribadah. QS 51. Adzariyat 56:

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

Persatuan Dalam al-quran dan Sunnah

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.


Nama : Irma wati Kelas : XI IPA 2 Matpel : Pend. Agama Islam

LAMPIRAN TERJEMAHAN AYAT AL-QUR AN

Pendidikan Agama Islam

*** Tunaikanlah Amanah

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

Kitab Tentang Sumpah (Qosamah), Kelompok Penyamun, Kisas Dan Diyat 1. Qasamah (sumpah)

P e n t i n g n y a T a b a y y u n

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI


Kejayaan Umat Dalam Berhijrah. Dr. Tajuddin Pogo, Lc.MH

Bab 4 Belajar Mendirikan Shalat Berlatih Akhlak Mulia Membangun Kesejahteraan Umat

Ka'bah Lambang Persatuan Umat Islam

Pesan Buat Remaja: Anda Ingin Bercinta & kahwin? oleh Muhammad Haniff Hassan

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Anuraga Jayanegara Tanda-tanda kiamat Tanda-tanda kiamat

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

Kisah Zul Qarnain: Pengajaran Dari Al-Kahf, 18:83-98

AYO BUDAYAKAN SHOLAT SUBUH DI MASJID

Kekhususan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam Yang Tidak Dimiliki Oleh Umatnya

SPIRITUAL SUPPLEMENT

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

PROPOSAL KEGIATAN PERINGATAN ISRA MI RAJ NABI MUHAMMAD SAW SMP NEGERI 14 DEPOK H / 2007 M

SUMBER HUKUM ISLAM 1

Inspirasi Dua Wanita Paling Mulia dalam Sejarah Manusia

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

"Bersegeralah berhaji yakni haji yang wajib, sebab sesungguhnya seseorang tidak mengetahui apa yang akan menimpa kepadanya." (HR Ahmad dan lainnya)

Mendidik Anak Menuju Surga. Ust. H. Ahmad Yani, Lc. MA. Tugas Mendidik Generasi Unggulan

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Tiga Yang Diridhai Allah dan Tiga Yang Dia Benci

Fatwa Seputar Badal Haji dan Umrah. Serta Hukum Melaksanakan Umrah Berkali-Kali Bagi Jama'ah Haji Saat Berada di Makkah

Keutamaan 10 Hari Pertama Dzulhijjah

Ust. H. Ahmad Yani, Lc. MA. Urgensi Menjaga Lisan

Disebarluaskan melalui: website: TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

UMAT ISLAM PERLU BERKORBAN, JIKA TIDAK INGIN MENJADI KORBAN

ILMUIMAN.NET: Terjemahan Quraan (Draft, Untuk Pribadi)

Transkripsi:

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan Kita & Al-Aqsa Masjid Al-Aqsa mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam. Ini dapat dilihat dari fakta-fakta berikut 1. Ia adalah kiblat pertama umat Islam sebelum Allah menggantikannya dengan Ka bah di Mekah. 2. Ia adalah tempat berakhirnya Isra Rasulullah s.a.w dan bermulanya Mi raj beliau ke langit. Allah taala berfirman yang bermaksud Maha suci Allah yang menjalankan hambanya pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang kami berkati sekitarannya untuk kami tunjukkan tanda-tanda kami. (Al-Isra : 1) 3. Dalam ayat di atas Allah telah mensifatkan Masjid Al-Aqsa sebagai sebuah kawasan yang diberkati. 4. Ia adalah salah sebuah masjid yang disunatkan ke atas umat Islam untuk bersungguhsungguh untuk mengunjunginya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; Tidak perlu disiapkan kenderaan kecuali buat mengunjungi tiga buah masjid, Masjid Al-Haram, masjidku dan Masjid Al-Aqsa. (Riwayat Al-Bukahri, Muslim dan Abu Daud) 5. Pahala beribadah di Masjid Al-Aqsa berlipat kali ganda banyaknya dari masjidmasjid lain kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi di Madinah. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud Satu solat di Masjid Al-Haram sama seperti seratus ribu solat dan satu solat di masjidku sama seperti seribu solat dan satu solat di Baitul Maqdis sama seperti lima ratus solat. (Riwayat At-Tabarani 6. Masjid Al-Aqsa terletak di Baitul Maqdis yang merupakan simbol kesolehan dan perjuangan umat Islam di akhir zaman. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud Akan sentiasa ada se golongan dari umat ku yang berjuang atas kebenaran, mengalahkan musuh-musuh mereka. Mereka tidak akan dimudaratkan oleh sesiapa yang menentang mereka dan apa yang menimpa mereka dari kesengsaraan sehingga datang urusan Allah taala. Para sahabat bertanya Di manakah mereka wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab Mereka di Baitul Maqdis dan sekitaran Baitul Maqdis. (Riwayat Ahmad)

7. Masjid Al-Aqsa adalah tanah haram ke tiga bagi umat Islam setelah tanah haram di Mekah dan Madinah. Berdasarkan pada fakta-fakta di atas dapat disimpulkan bahawa setiap umat Islam mempunyai kaitan dengan Masjid Al-Aqsa. Umat Islam juga memikul amanah untuk memelihara dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa dari segala bentuk pencabulan, kezaliman dan kekejaman. Apa jua yang berlaku ke atas Masjid Al-Aqsa, setiap umat Islam akan dipertanggungjawabkan oleh Allah taala. Kita & Palestin Sebagaimana Masjid Al-Aqsa wajib dipertahankan oleh umat Islam sebagai salah satu tanah suci mereka, maka begitulah juga tanah negara Palestin. Umat Islam di seluruh dunia memikul tanggungjawab memperjuangkan tanah negara Palestin kerana ia adalah sebahagian dari tanah negara umat Islam yang telah dikuasai di zaman saidina Umar r.a. Para ulama telah sepakat mengatakan bahawa wajib ke atas setiap umat Islam mempertahankan setiap inci tanah kepunyaan mereka dari diceroboh dan dirampas oleh musuh. Adalah haram membiarkan tanah umat Islam dirampas dan dijajah. Walau pun kehilangan tanah umat Islam di Palestin tidak memberi kesan pada umat Islam di tempat lain tetapi ia bukan alasan untuk mereka tidak memikul tanggungjawab untuk mengembalikan tanah berkenaan pada yang berhak, kerana Allah taala berfirman yang bermaksud Orang-orang mukmin lelaki dan perempuan sebahagian dari mereka adalah penyokong bagi sebahagian yang lain, mereka menyuruh yang makruf, mencegah yang munkar, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mentaati Allah dan mentaati RasulNya, Allah akan mengurniakan rahmat ke atas mereka, sesungguhnya Allah Maha Perkasa dan Bijaksana. (At-Taubah :71) Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud Perumpamaan hubungan orang-orang mukmin dalam cinta dan kasih sesama mereka ialah seperti satu tubuh. Jika satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasakan sakit dengan berjaga malam dan demam. (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) Seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain seperti satu bangunan. Setiap satu menyokong yang lain. (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) Oleh itu, isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin bukanlah isu bagi rakyat Palestin semata-mata atau isu bagi bangsa Arab sahaja tetapi ia adalah isu bagi umat Islam keseluruhannya.

Peranan & Tindakan Kita Pada batas-batas keupayaan masing-masing, umat Islam di seluruh dunia berkewajiban untuk memainkan peranan dan menyumbang bagi satu penyelesaian terhadap isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin sejajar dengan tuntutan agama mereka dan undang-undang yang ada. Bagi umat Islam yang berada jauh dari Masjid Al-Aqsa dan Palestin, mereka boleh memainkan peranan berikut 1. Menanam rasa sensitif terhadap perkembangan yang berkaitan dengan Masjid Al- Aqsa dan Palestin. 2. Mengambil tahu dan mengikuti berita-berita berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa dan Palestin. 3. Memahami sejarah Masjid Al-Aqsa dan Palestin bagi memahami realiti hari ini. 4. Mendidik anak-anak dan ahli keluarga agar mencintai Masjid Al-Aqsa dan mengetahui sejarahnya dan sejarah bumi Palestin. 5. Menyebarkan maklumat sebenar mengenai Masjid Al-Aqsa dan Palestin kepada masyarakat dan mengajak masyarakat agar turut sensitif terhadap isu ini dan mengikuti perkembangannya. 6. Berdoa kepada Allah taala dalam setiap solat agar Masjid Al-Aqsa kembali ke tangan umat Islam, bumi Palestin dibebaskan dari belenggu penjajahan dan rakyat Palestin mengecapi kembali hak-hak asasi mereka. 7. Memberi sumbangan kewangan bagi membantu rakyat Palestin dan pembebasan Masjid Al-Aqsa melalui dana-dana yang dikendalikan oleh pelbagai agensi bantuan kemanusian dan mengikut undang-undang yang ada. 8. Melibatkan diri dalam kerja-kerja bantuan kemanusian bagi membantu rakyat Palestin dan aktiviti yang berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa. 9. Melakukan apa jua sebagai sebahagian dari jihad di jalan Allah taala bagi tujuan Masjid Al-Aqsa dan Palestin, mengikut kemampuan dan berdasarkan lunas-lunas undang-undang. Allah taala berfirman yang bermaksud Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau berat, dan berjihadlah dengan harta dan diri kamu. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (At-Taubah : 41) Umat Islam dan Keadilan Apabila umat Islam berpendapat bahawa Masjid Al-Aqsa adalah tanah suci yang menjadi amanah Allah ke atas mereka untuk mentadbirnya, ia bukan bermakna bahawa mereka menuntut hak monopoli ke atas Baitul Maqdis kota di mana wujudnya masjid itu.

Umat Islam mengakui bahawa umat Kristian dan Yahudi turut menganggap Baitul Maqdis sebagai kota suci bagi mereka. Mereka juga berhasrat untuk beribadah di kota berkenaan dan mengunjunginya sebagai sebahagian dari tuntutan agama. Masjid Al-Aqsa di bawah pentadbiran umat Islam tidak akan menyebabkan hak umat Kristian dan Yahudi untuk beribadah di Baitul Maqdis hilang atau dinafikan. Bahkan Islam menjamin kebebasan mereka untuk beribadah dan mengunjungi Baitul Maqdis. Bahkan Islam juga menjamin bahawa penduduk Baitul Maqdis yang ditadbir oleh umat Islam tidak akan dianiayai dan hak asasi mereka tidak akan dicabul. Ini kerana dalil-dalil berikut akan menjadi pegangan umat Islam dalam berurusan dengan mereka; Firman Allah taala yang bemaksud Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang yang zalim di antara mereka dan katakanlah, Kami telah beriman dengan (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada kamu, Tuhan kamu dan Tuhan kamu adalah satu, dan kepadanyalah kami berserah. (Al-Ankabut : 46) Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangi kamu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Allah hanya melarang kamu menjadikan orang-orang yang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negeri kamu dan membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan barang siapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang zalim. (Al-Mumtahanah : 9) Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud Sesiapa yang menzalimi seorang kafir yang mempunyai ikatan perjanjian dengan negara Islam atau mengurangi haknya atau memaksanya melakukan sesuatu kekuasaan atau mengambil suatu yang menjadi miliknya tanpa kerelaan hatinya, maka saya adalah penentangnya di Hari Kiamat nanti. (Riwayat Abu Daud dan Al-Baihaqi) Sesiapa yang menyakiti seorang zimmi (orang kafir di bawah kekuasaan umat Islam), maka sesungguhnya ia telah menyakiti saya. Siapa yang menyakiti saya, maka ia telah menyakiti Allah taala. (Riwayat At-Tabarani) Sesiapa yang membunuh seorang kafir (di bawah kekuasaan umat Islam), nescaya ia tidak akan mencium bau syurga. Sesungguhnya bau syurga itu boleh dihidu sejauh perjalanan empat puluh tahun. (Riwayat Al-Bukhari, Ahmad, Ibn Majah dan An-Nasa i) Rujuk penulisan para ulama mengenai hak-hak bukan Islam di negara Islam.

Sejarah telah membuktikan pada ketika tentera Romawi yang beragama Kristian menguasai Baitul Makdis, mereka telah menghalau orang-orang Yahudi dan menyiksa mereka. Begitu juga apabila tentera Kristian mengusai Baitul Makdis dari umat Islam dalam Perang Salib, puluhan ribu jiwa umat Islam dan Yahudi dibunuh di Baitul Makdis dan sekitarannya. Namun apabila umat Islam yang menguasai Baitul Maqdis di zaman saidina Umar r.a dan oleh Salahudin Al-Ayubi kemudiannya, tiada catatan yang menunjukkan umat Kristian atau Yahudi di aniaya atau dihalang dari beribadah di sana. Bagi Mereka Yang Lalai & Bagi Mereka Yang Berputus Asa Adalah ditakuti umat Islam yang cuai dan abai terhadap isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin akan tergolong dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud Barang siapa yang tidak mengambil berat mengenai urusan umat Islam, sesungguhnya mereka bukan dari golongan kami. Walau pun realiti hari ini amat memilukan hati umat Islam dan masa depan Masjid Al- Aqsa tidak diketahui, namun umat Islam haruslah optimis bahawa Masjid Al-Aqsa akan kembali ke tangan mereka sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah taala dalam firmannya yang bermaksud; Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam kitab itu Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar. Maka apabila datang saat hukuman yang pertama dari dua hukuman bagi kejahatan itu, Kami datangkan kepadamu (Bani Israil) hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di kampungkampung, dan itulah ketetapan wang pasti terlaksana. Kemudian kami berikan kamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan kami bantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. Jika kamu (Bani Israil) berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi diri kamu sendiri dan jika kamu buat jahat, maka (kejahatan) itu bagi diri kamu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabishabisnya apa saja yang mereka kuasai. (Al-Isra : 4-7) Rujuk kitab-kitab tafsir bagi memahami ayat di atas dan hubungannya dengan realiti hari ini.