Lampiran Keterangan Produk untuk MortgageCover

dokumen-dokumen yang mirip
PRUwealth Melindungi masa depan orang tersayang INSURANS BERKAITAN PELABURAN

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

Giro Takaful Pelindung

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS CRITICAL ILLNESS SECURE TAKAFUL RIDER

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Tarikh : 21/01/ ) Produk apakah ini?

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

IKHLAS PAYOR SAVINGS SECURE TAKAFUL RIDER

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Lampiran Penerangan Produk - Premium DriveCare Polisi Insurans Kemalangan Peribadi

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Lampiran Penerangan Produk - Pelan Perlindungan Diri Crystal Essentials

Savings. Dapatkan pemangkin untuk. Manfaat

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Bersama kami untuk mempersiapkan keperluan rohaniah anda.

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

IKHLAS HOSPITAL BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

Skim ini adalah berasaskan Unit dan ringkasan Skim ini adalah seperti berikut:

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Nota: Sila rujuk kepada kontrak polisi untuk butir-butir lengkap mengenai faedah-faedah.

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

IKHLAS COMPREHENSIVE PERSONAL ACCIDENT BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

K E L U A R G A D E N G G

Giro Takaful Premier. Pelan yang melindungi segala yang penting bagi anda BSNMalaysia

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL. PruBSN UmmahLink DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL

PRUvantage. Jangan sia-siakan simpanan anda. Perolehi pulangan terjamin dan perlindungan daripadanya.

Dengan PRUcancer plan, saya boleh berada di sisi keluarga saya untuk selama yang mungkin. MEDICAL

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Skim mypa Care. Date: 12 July 2016

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

i-secure Soalan Lazim:

PRUcash double reward

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Jadual Manfaat JUMLAH YANG DIINSURANSKAN (RM) KELUARGA PELAN INDIVIDU PELAN. 1. KEMALANGAN DIRI Kematian Akibat Kemalangan 300,000 50,000

TAKAFUL IKHLAS BERHAD IKHLAS link Secure Takaful

SOALAN-SOALAN LAZIM : KEMPEN BELI RUMAH DAPAT KERETA BERSAMA BANK RAKYAT

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

KEMALANGAN DIRI PROGRESSIVE POLISI INSURANS KEMALANGAN DIRI

Pengenalan. Apakah Pelan Takaful Pendidikan Anak? Konsep Takaful dalam Pelan Takaful Pendidikan Anak

Teman Pemandu Kenderaan Terma & Syarat

Kehidupan tanpa bebanan bil perubatan.

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

PruBSN PROTECT LINDUNGI HAK DAN KEUTAMAAN KITA. LINDUNGILAH YANG TERSAYANG.

BORANG CADANGAN SUPER PROTECTOR

IKHLASlink Comprehensive Personal Accident Benefit Secure Takaful Rider


2. KESAHAN MATA GANJARAN

DUTI SETEM JELAS UW-NM-F413(E)

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kenderaan baru buatan tempatan terpilih bagi kegunaan teksi / kereta sewa sahaja.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Hadiahkan masa depan yang cerah untuk yang tersayang.

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

SPB1M. BSN memberi perkhidmatan kepada pengusaha bas sekolah untuk ditukar ganti kepada bas baru tertakluk kepada:

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

1. Apa produk ini berkenaan?

Insurans. Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan)

PA KELUARGA PROGRESSIVE

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

IKHLAS VALUE TERM TAKAFUL. Merentangi jurang ketidaktentuan

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Transkripsi:

Lampiran Keterangan Produk untuk MortgageCover Sila membaca Lampiran Keterangan Produk ini sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli MortgageCover. Anda juga dinasihatkan supaya membaca terma-terma dan syarat-syarat umum. Maklumat yang tertera di dalam lampiran keterangan ini adalah sahih pada 18/08/2011 1. Apakah produk ini? MortgageCover ialah insurans bertempoh menyusut dengan premium tunggal. Polisi ini menawarkan perlindungan insurans untuk 10 tahun. Polisi ini membayar manfaat kematian sekali gus sekiranya anda meninggal dunia, mengalami kehilangan upaya penuh & kekal atau menghidap penyakit membawa maut sebelum umur 70 ketika polisi masih berkuatkuasa 2. Apakah perlindungan/manfaat-manfaat yang ditawarkan? Polisi ini memberi: Pelan asas Manfaat Kematian Awal* : RM 100,000.00 Manfaat Kehilangan Keupayaan Penuh dan Kekal Awal* : RM 100,000.00 Manfaat Penyakit Membawa Maut Awal* : RM 100,000.00 Rider Manfaat Bayaran Balik Premium pada Kematangan** : RM 2,419.78 * Manfaat yang akan dibayar bergantung kepada masa tuntutan dibuat dan akan menurun sepanjang tempoh polisi. ** Dengan syarat tiada tuntutan dibuat dalam tempoh polisi. Peringatan : Sila rujuk kepada Illustrasi Jualan untuk maklumat lanjut mengenai manfaat-manfaat dan tempoh pelan asas dan rider. Anda seharusnya memilih pelan yang bersesuaian dengan matlamat kewangan anda. 3. Berapakah premium yang harus saya bayar? Jumlah premium yang harus anda bayar dan terma polisi mungkin berbeza-beza, bergantung kepada keperluan menaja jamin syarikat insurans. Jumlah premium tunggal anggaran yang harus anda bayar ialah RM 2,419.78 4. Apakah yuran-yuran dan caj-caj yang harus saya bayar? Caj serahan akan dikenakan sekiranya anda menyerahkan polisi anda sebelum tempoh polisi tamat 5. Apakah terma-terma dan syarat-syarat penting yang harus saya perhatikan? Umum. Kepentingan Pendedahan - anda seharusnya mendedahkan semua fakta-fakta penting seperti keadaan kesihatan dan menyatakan umur anda dengan betul.. Tempoh Tinjauan Percuma - Anda boleh membatalkan polisi anda dengan memberi balik polisi dalam tempoh 30 hari selepas anda menerima policy tersebut. Premium yang anda bayar (tolak sebarang yuran perubatan) akan dibayar balik kepada anda.. Tempoh kelayakan/menunggu- Kelayakan untuk manfaat Penyakit Membawa Maut di bawah polisi ini hanya akan bermula 30 hari selepas polisi bermula. Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada kontrak polisi untuk senarai penuh terma-terma dan syarat-syarat di bawah polisi ini.

6. Apakah pengecualian-pengecualian utama di bawah polisi ini?. Jika disebabkan membunuh diri dalam tahun pertama, semua premium yang telah dibayar akan dikembalikan tanpa faedah.. Manfaat kehilangan upaya penuh dan kekal tidak akan dibayar jika kehilangan upaya itu secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh: (a) cubaan membunuh diri atau kecederaan diri yang disengajakan, sama ada cubaan atau sengaja, dalam keadaan siuman atau tidak siuman (b) terlibat dalam penerbangan udara melainkan sebagai juruterbang atau anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang menaiki pesawat (c) sebarang penyertaan dalam aktiviti sukan udara seperti peluncuran gantung, menaiki belon terbang, terjun dengan payung terjun, terjun udara, terjun bungee. Polisi ini tidak memberi perlindungan ke atas penyakit sedia ada. Sila rujuk kepada Ringkasan Manfaat di dalam illustrasi jualan untuk maklumat lanjut mengenai pengecualian-pengecualian untuk Kematian, Kehilangan Upaya Penuh & Kekal, Penyakit Membawa Maut di bawah polisi ini. 7. Bolehkan saya membatalkan polisi saya? Sekiranya polisi anda mempunyai nilai tunai, amaun yang akan dibayar oleh syarikat semasa anda membatalkan polisi anda sebelum kematangan akan menjadi kurang daripada jumlah premium yang anda bayar. Anda boleh membatalkan polisi anda dengan memberi notis bertulis kepada syarikat insurans. 8. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya butir-butir perhubungan saya telah ditukar? Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada syarikat insurans mengenai sebarang pertukaran butir-butir perhubungan untuk memastikan semua kiriman tiba di kediaman anda tepat pada masa. 9. Di manakah saya boleh memperolehi maklumat lanjut? Jika anda memerlukan maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami yang terbaharu, sila layari www.uob.com.my atau kunjungi cawangan UOB berdekatan. Hubungi Panggilan Perbankan UOB 121 24 jam kami di talian: Kuala Lumpur 03-2612 8121 Penang 04-2401 121 Johor Bahru 07-2881 121 Kuching 08-2287 121 Kota Kinabalu 08-8477 121 Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai insurans hayat dan insurans perubatan dan kesihatan, sila rujuk kepada buku kecil insuranceinfo mengenai Insurans Hayat' dan 'Insurans Perubatan & Kesihatan yang boleh didapatkan di semua cawangan kami atau anda boleh mendapat satu salinan daripada agen insurans atau melayari www.insuranceinfo.com.my. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila menghubungi kami di: Prudential Assurance Malaysia Berhad Menara Prudential, 10 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 03-2031 8228 Fax: 03-2032 3939 E-mail: customer.mys@prudential.com.my 10. Pelan perlindungan lain seumpama yang ditawarkan Sila rujuk kepada syarikat insurans atau wakil Prudential/Bank untuk pelan seumpamanya yang ditawarkan oleh syarikat insurans. NOTA PENTING: ANDA HARUS MEMILIH JENIS POLISI YANG PALING SESUAI DENGAN KEADAAN SEMASA ANDA. ANDA HARUS MEMBACA DAN MEMAHAMI POLISI INSURANS INI DAN BERBINCANG DENGAN AGEN ATAU MENGHUBUNGI SYARIKAT INSURANS DENGAN TERUS UNTUK MAKLUMAT LANJUT. ADALAH PENTING UNTUK ANDA MENYIMPAN SEMUA RESIT YANG ANDA TERIMA SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN PREMIUM.

Pengiraan dan ilustrasi dipersembahkan di dalam ini menggunakan program kalkulator diperuntukkan oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad (107655-U) (selepas ini akan disebut sebagai Prudential) dan United Overseas Bank (Malaysia) Berhad (271809-K) (selepas ini akan disebut sebagai UOB) tidak bertanggungjawab ke atas ketepatan pengiraan dan ilustrasi tersebut. Pengiraan dan ilustrasi ini adalah cuma anggaran dan boleh berbeza-beza berdasarkan kepada terma-terma dan syarat-syarat Polisi atau di atas perubahan mana-mana faktor yang digunakan dalam pengiraan. NOTA PENTING Dokumen ini telah dicipta sebagai rujukan am sahaja dan tidak mewujudkan apa-apa tanggungan pada UOB atau Prudential. Ianya tidak dan bukan sebahagian dari kontrak insurans. Terma-terma dan syarat-syarat yang tepat adalah terkandung di dalam Polisi Induk yang dipegang oleh UOB. Kadar (kadar-kadar) premium yang digunakan di dalam ilustrasi ini adalah sah untuk 365 hari dan adalah berdasarkan hayat standard. (i.e, hayat yang dicadangkan tidak mempunyai masalah kesihatan /perubatan, risiko-risiko pekerjaan atau tabiat yang mungkin memerlukan premium tambahan) Kadar-kadar premium bagi hayat-hayat substandard adalah tertakluk pada bebanan premium tambahan yang akan ditentukan secara berasingan berdasarkan pada keadaan setiap kes. Prudential akan mengesahkan premium terakhir melalui Surat Kelulusan (Approval Letter) untuk Hayat Standard atau Surat Tawaran Semula (Counter Offer Letter) untuk Hayat Sub-standard. Pada penamatan awal perlindungan, Ahli Diinsurankan akan menerima nilai serahan yang berkenaan pada masa penamatan. Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarian di antara sebarang kandungan dokumen ini dengan kandungan suatu versi dokumen ini yang dikeluarkan atau dicetak dalam Bahasa Inggeris, kandungan dokumen yang telah dikeluarkan atau dicetakkan dalam Bahasa Inggeris akan diberi keutamaan. Mukasurat 1

BUTIRAN PELANGGAN Tarikh : 18/08/11 Nombor Akaun Pinjaman : 0 Nama Hayat yang akan Diinsuranskan : 1 Tarikh Lahir : 08/01/80 Umur pada tarikh lahir akan datang : 32 Jumlah Awal Diinsuranskan (RM) : RM 100,000.00 Anggaran Kadar Faedah Pinjaman(i) % : 7 Tempoh Perlindungan (Tahun) : 10 Tempoh Penundaan (Tahun) : 0 Cara Bayaran : Pinjaman Bayaran Balik Premium (Y/T) : Y Anggaran Jumlah Premium BUTIRAN PERLINDUNGAN INSURAN Insurans Premium Tunggal Pelan Asas untuk Hayat yang akan Diinsuranskan : RM 734.00 Insurans Premium Tunggal Bayaran Balik Premium untuk Hayat yang akan Diinsuranskan : RM 1,685.78 Jumlah Premium dibayar : RM 2,419.78 Mukasurat 2

Illustrasi Anggaran Manfaat-manfaat Pelan Asas Jumlah Nilai Tahun Diinsurankan* Serahan** (RM) (RM) MortgageCover Bayaran Balik Premium Nilai Serahan** (RM) Jumlah Nilai Serahan (RM) Car Serahan (RM) 1 102,419.78 544.25 1,146.88 1,691.13 563.71 2 95,045.00 470.65 1,200.65 1,671.30 557.10 3 87,159.00 398.16 1,257.01 1,655.17 551.72 4 78,658.00 327.10 1,316.12 1,643.22 547.74 5 69,543.00 258.40 1,378.15 1,636.55 545.52 6 59,813.00 192.90 1,443.27 1,636.17 545.39 7 49,468.00 132.81 1,511.65 1,644.46 548.15 8 38,304.00 80.44 1,583.48 1,663.92 554.64 9 26,424.00 38.38 1,658.97 1,697.35 565.78 10 13,724.00 10.06 1,738.38 1,748.44 582.81 Premium yang akan dibayar balik di akhir tempoh 10 tahun ialah RM 2,419.78, dengan syarat tiada tuntutan dibuat. Nota-nota : * Jumlah diinsurankan pada permulaan tahun pada kematian, Penyakit Membawa Maut atau tuntutan Hilang Upaya Penuh dan Kekal sebelum umur 70. ** Jumlah anggaran nilai serahan pada permulaan tahun. Anggaran nilai serahan kembali adalah dikira berdasarkan jumlah premium yang telah dibayar.nilai serahan yang diilustrasikan di atas adalah nilai selepas dikenakan caj serahan. Perkadaran premium yang digunakan untuk membayar komisyen kepada rakan strategik Jumlah premium tunggal (tidak termasuk jumlah premium tunggal : RM 734.00 untuk manfaat bayaran balik premium) Komisen yang anda tanggung dan dibayar daripada premium anda Perkadaran potongan premium untuk komisen : 10 % Jumlah Sebenar : RM 73.40 Jumlah premium tunggal untuk manfaat bayaran balik premium : RM 1,685.78 Komisen yang anda tanggung dan dibayar daripada premium anda Perkadaran potongan premium untuk komisen : 5 % Jumlah Sebenar : RM 84.29 Nota Penting : 1. Untuk ringkasan manfaat, sila rujuk muka surat 5, 6, 7, 8 dan 9. 2. Anda perlu puas hati tentang pelan ini akan menunaikan keperluan anda dan premium yang dibayar adalah dalam kebolehan kewangan anda. Sekiranya anda memerlukan sebarang keterangan, sila rujuk kepada wakil-wakil UOB yang mesra. 3. Manfaat Penyakit Membawa Maut tidak akan ditawarkan kepada hayat substandard yang sangat berat Mukasurat 3

Ringkasan ini tidak boleh dianggap sebagai pengganti terma dan syarat dalam polisi kumpulan. Sekiranya wujud ketakkonsistenan antara peruntukan dalam ringkasan ini dengan peruntukan dalam polisi kumpulan, peruntukan dalam polisi kumpulan akan diterima pakai. RINGKASAN MANFAAT A. MANFAAT & PENGECUALIAN 1. Jumlah Diinsuranskan yang berkaitan, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Polisi ini, akan dibayar jika Ahli yang Diinsuranskan meninggal dunia, mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal atau menghidap Penyakit Membawa Maut sebelum mencapai umur tujuh puluh (70) tahun. 2. Peruntukan-peruntukan berikut akan terpakai bagi Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh (a) Syarikat akan mengira jumlah keseluruhan Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal yang akan dibayar menurut Polisi ini berkaitan dengan Ahli yang Diinsuranskan itu dan Manfaat Hilang Upaya Lain Manfaat Hilang Upaya Lain bermaksud jumlah manfaat yang akan dibayar berkaitan dengan Ahli yang Diinsuranskan itu di bawah semua polisi lain yang dikeluarkan oleh Syarikat akibat Ahli yang Diinsuranskan itu mengalami hilang menyeluruh dan kekal (walau bagaimanapun terma-terma ini boleh ditakrifkan dalam polisi masing-masing); (b) Amaun keseluruhan Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal yang akan dibayar berkaitan dengan Ahli yang Diinsuranskan itu tidak akan melebihi Ringgit Malaysia Empat Juta (RM4,000,000.00) sahaja; (c) Sekiranya Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal yang akan dibayar berkaitan dengan Ahli yang Diinsuranskan itu adalah setara dengan atau kurang daripada Ringgit Malaysia Satu Juta (RM1,000,000.00), maka Syarikat akan membayar manfaat tersebut dalam satu bayaran sekali gus; (d) Sekiranya Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal yang akan dibayar berkaitan dengan Ahli yang Diinsuranskan itu menurut Polisi ini melebihi Ringgit Malaysia Satu Juta (RM1,000,000.00) tetapi tidak melebihi Empat Juta (RM4,000,000.00), maka Syarikat: i. akan membayar amaun sekali gus sebanyak Ringgit Malaysia Satu Juta (RM1,000,000.00) ii. akan membayar ansuran terakhir pada ulang tahun pertama Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Ahli yang Diinsuranskan; dan akan, sekiranya Ahli yang Diinsuranskan meninggal dunia sebelum bayaran ansuran terakhir, membayar baki yang perlu dibayar berkaitan dengan Ahli yang Diinsuranskan dalam satu bayaran sekali gus. (e) Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal bermaksud bahawa Ahli yang Diinsuranskan: a. semasa berumur lapan belas (18) tahun tetapi di bawah umur enam puluh satu (61) tahun, Ahli yang Diinsurankan i. menjadi tidak berupaya langsung dan buat selama-lamanya untuk terlibat dalam sebarang pekerjaan dan tidak berupaya langsung dan buat selama-lamanya untuk melakukan sebarang kerja bagi mendapatkan upah atau keuntungan; ii. hilang penglihatan menyeluruh dan tidak boleh pulih kedua-dua belah mata; iii. hilang menyeluruh dan tidak boleh pulih akibat putus satu anggota setiap satu pada atau di atas paras pergelangan tangan dan pergelangan kakinya, atau dua anggota pada atau di atas paras pergelangan tangan atau pergelangan kakinya; atau iv. hilang penglihatan menyeluruh dan tidak boleh pulih sebelah mata dan hilang menyeluruh dan tidak boleh pulih akibat putus satu anggota pada atau di atas paras pergelangan tangan atau pergelangan kaki. b. semasa berumur enam puluh satu (61) tahun tetapi di bawah umur tujuh puluh (70) tahun, Hayat Diinsuranskan/Dilindungi menerima pengesahan oleh seorang Doktor bagi kehilangan kehidupan bebas berpanjangan untuk sekurang-kurangnya tempoh minimum 6 bulan yang menyebabkan ketidakupayaan tetap untuk melaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan berikut sama ada dengan atau tanpa penggunaan peralatan mekanikal, alat-alat khas atau alat-alat pembantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang kurang upaya. Untuk tujuan manfaat ini, perkataan kekal, akan bermakna tidak mempunyai harapan untuk pemulihan walaupun dengan pengetahuan perubatan semasa dan teknologi. Aktiviti Harian Kehidupan tersebut adalah: i. Pengalihan Memasuki dan keluar daripada sebuah kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal. ii. Mobiliti Mukasurat 4

Keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang lain tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal. iii.kontinen Keupayaan untuk mengawal usus dan fungsi-fungsi pundi secara sukarela bagi mengekalkan kebersihan diri. iv. Memakai baju Memakai dan menanggal semua barangan pakaian tanpa memerlukan bantuan orang yang lain. v. Mandi/Membasuh Keupayaan untuk membasuh diri di dalam tempat mandian atau pancuran (termasuk memasuki dan keluar daripada tempat mandian atau pancuran) atau membasuh diri dengan cara lain. vi. Makan Semua usaha untuk memasukkan makanan ke dalam badan setelah ia disediakan. Hilang upaya seumpama ini 2(e) mesti kekal dan perlu berterusan selama satu tempoh minimum enam (6) bulan berturut-turut. (f) Selepas membayar Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, jika ada, Jumlah Insurans akan dikurangkan setiap bulan sebagaimana ditentukan oleh Syarikat. Jumlah Insurans yang akan dibayar akan tertakluk kepada terma dan syarat dalam bahagian ini sekiranya Ahli Yang Diinsurankan telah menuntut Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, kemudian mengalami Penyakit Membawa Maut sementara polisi ini masih hidup. Baki Jumlah Insurans yang berkenaan bererti Jumlah Insurans yang tertinggal, selepas penolakan Manfaat Penyakit Membawa Maut dan/ atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal yang telah/ akan dibayar dari Jumlah Insurans. (g) Syarikat tidak akan membayar Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, atau mana-mana bahagiannya: i. melainkan Ahli yang Diinsuranskan mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal bagi tempoh minimum Enam (6) bulan berturut-turut; ii. melainkan Ahli yang Diinsuranskan mengemukakan bukti Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal yang berterusan apabila dikehendaki oleh Syarikat; dan iii.melainkan Ahli yang Diinsuranskan menjalani pemeriksaan kesihatan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar ditakrifkan di bawah) yang dilantik oleh Syarikat apabila dikehendaki oleh Syarikat. 3. Peruntukan-peruntukan berikut akan terpakai bagi Manfaat Penyakit Membawa Maut: (a) Jika Ahli yang Diinsuranskan, yang telah diterima untuk perlindungan Manfaat Penyakit Membawa Maut, menghidap Penyakit Membawa Maut semasa diinsuranskan, Syarikat akan, tertakluk kepada pengemukaan bukti yang memuaskan semasa hayat Ahli yang Diinsuranskan dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Polisi ini, membayar Jumlah Diinsuranskan seperti yang dinyatakan di sini dalam satu bayaran sekali gus kepada Pemegang Polisi. Bukti tersebut hendaklah dikemukakan dalam borang dan dengan cara yang ditetapkan oleh Syarikat atas perbelanjaan Ahli yang Diinsuranskan sendiri. (b) Walau apa pun peruntukan yang berlawanan, Manfaat Penyakit Membawa Maut tidak akan terpakai atau tidak akan dibayar jika gejala-gejala Penyakit Membawa Maut itu kelihatan sebelum atau dalam tempoh Tiga Puluh (30) hari dari Tarikh Penyertaan. (c) Mana-mana Pakar Perubatan yang dilantik oleh Syarikat akan dibenarkan memeriksa Ahli yang Diinsuranskan an menjalankan ujian sebagaimana yang dianggap perlu oleh Pakar Perubatan itu dengan cara seperti yang dikehendaki, dan kegagalan atau keengganan Ahli yang Diinsuranskan untuk menjalani pemeriksaan atau ujian tersebut boleh menyebabkan Syarikat berhak menolak tuntutan di bawah Polisi ini. (d) Syarikat akan mengira amaun keseluruhan manfaat yang akan dibayar di bawah seksyen ini dan Manfaat Penyakit Membawa Maut Lain dan membayar manfaat di bawah seksyen initertakluk kepada amaun keseluruhan tersebut tidak melebihi RM2 juta. (e) Amaun keseluruhan Manfaat Penyakit Membawa Maut yang akan dibayar berkaitan dengan Ahli yang Diinsuranskan tidak akan melebihi Ringgit Malaysia Dua Juta (RM2,000,000.00) sahaja; (f) Selepas membayar Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, jika ada, Jumlah Insurans akan dikurangkan setiap bulan sebagaimana ditentukan oleh Syarikat. Jumlah Insurans yang akan dibayar akan tertakluk kepada terma dan syarat dalam bahagian ini sekiranya Ahli Yang Diinsurankan telah menuntut Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, kemudian mengalami Penyakit Membawa Maut sementara polisi ini masih hidup. Baki Jumlah Insurans yang berkenaan bererti Jumlah Insurans yang tertinggal, selepas penolakan Manfaat Penyakit Membawa Maut dan/ atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal yang telah/ akan dibayar dari Jumlah Insurans. 4. Manfaat Kematian yang ditetapkan dalam Polisi ini tidak akan dibayar bagi mana-mana kematian yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh atau berkaitan dengan membunuh diri Mukasurat 5

dalam tempoh satu (1) tahun selepas Tarikh Kuat Kuasa yang dinyatakan dalam Sijil Insurans. 5. Selepas membayar Manfaat Penyakit Membawa Maut dan/atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, jika ada, Jumlah Insurans akan dikurangkan setiap bulan sebagaimana ditentukan oleh Syarikat. Jumlah Insurans yang akan dibayar akan tertakluk kepada terma dan syarat dalam bahagian ini sekiranya Ahli Yang Diinsurankan telah menuntut Manfaat Penyakit Membawa Maut dan/ atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, kemudian mengalami kematian sementara polisi ini masih hidup. Baki Jumlah Jnsurans yang berkenaan bererti Jumlah Insurans yang tertinggal, selepas penolakan Manfaat Penyakit Membawa Maut dan/ atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal yang telah/ akan dibayar dari Jumlah Insurans. 6. Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal yang berkait dengan Polisi ini TIDAK akan dibayar berhubung sebarang keadaan/penyakit/kecederan/kejadian yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan atau berkaitan dengan: (a) cubaan membunuh diri atau kecederaan diri yang disengajakan, sama ada cubaan atau sengaja, dalam keadaan siuman atau tidak siuman (b) terlibat dalam penerbangan udara melainkan sebagai juruterbang atau anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang menaiki pesawat penumpang komersil berlesen yang beroperasi melalui laluan yang dujadualkan biasa.; (c) sebarang penyertaan dalam aktiviti sukan udara seperti peluncuran gantung, menaiki belon terbang, terjun udara, terjun bungee dan aktiviti lain seumpamanya.; (d) sebarang keadaan sedia ada 7. Manfaat Penyakit Membawa Maut tidak akan melindungi sebarang Penyakit Membawa Maut yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh: (a) cubaan membunuh diri atau kecederaan diri yang disengajakan Ahli yang Diinsuranskan semasa siuman atau tidak siuman; atau (b) ketagihan alkohol, pengambilan alkohol, narkotik atau dadah melainkan diambil seperti yang dipreskripsikan oleh Pakar Perubatan; atau (c) kecelaruan mental, termasuk tetapi tidak terhad kepada Anoreksia Nervosa, Keresahan, Kemurungan, Mania, Neurosis, Paranoia, Psikosis dan Skizofrenia; (d) sebarang keadaan sedia ada. Mukasurat 6

BAYARAN BALIK RIDER PREMIUM & NILAI SERAHAN 1. Pemegang Polisi boleh memohon kepada Syarikat untuk mendapatkan bayaran balik rider premium berkaitan dengan mana-mana Ahli yang Diinsuranskan dengan membayar premium yang ditetapkan oleh Syarikat. 2. Peruntukan berikut akan terpakai sekiranya bayaran balik rider premium diberikan oleh Syarikat berkaitan dengan Ahli yang Diinsuranskan: a. Syarikat akan (selepas Tarikh Tamat Tempoh yang dinyatakan dalam Sijil Insurans) membayar balik premium yang telah dibayar berkaitan dengan Ahli yang Diinsuranskan itu DENGAN SYARAT tiada tuntutan akan dibayar / telah dibayar berkaitan dengan Ahli yang Diinsuranskan itu menurut Polisi ini; dan b. sekiranya perlindungan insurans di bawah Polisi ini berkaitan dengan Ahli yang Diinsuranskan diserahkan sebelum Tarikh Tamat Tempoh yang dinyatakan dalam Sijil Insurans, Syarikat akan membayar nilai serahan bayaran balik rider premium menurut undang-undang dan peraturanperaturan yang berkaitan. 3. Pemegang Polisi boleh menyerahkan perlindungan insurans berkaitan dengan mana-mana Ahli yang Diinsuranskan menurut Polisi ini sebelum Tarikh Tamat Tempoh yang dinyatakan dalam Sijil Insurans dengan memberi arahan secara bertulis dan mengembalikan Sijil Insurans asal tersebut kepada Syarikat. 4. Apabila mana-mana perlindungan insurans diserahkan menurut Polisi ini, Syarikat akan membayar nilai serahan menurut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan. C. PERLINDUNGAN INSURANS HAYAT BERGABUNG Jika liputan untuk Insurans Hayat Bergabung adalah berkesan: 1. Manfaat yang dihuraikan dalam Bahagian A1, A2, A3, A5 dan B di atas berkesan untuk Ahli Hayat Bergabung. 2. Manfaat Kematian yang ditentukan dalam Polisi akan dibayar pada penerimaan bukti kematian pertama Anggota Hayat Bergabung dan liputan insurans bagi Ahli Hayat Bergabung yang masih hidup secara automatik akan berhenti. Manfaat tidak akan dibayar pada kematian, dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal atau Penyakit Membawa Maut dari Ahli Hayat Bergabung yang masih hidup. 3. Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal hanya akan dibayar berhubung dengan Ahli Hayat Bergabung yang diinsuranskan pertama menderita Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal. Setelah tuntutan, liputan berdasarkan Polisi ini berhubung dengan Ahli Hayat Bergabung lain akan berhenti secara automatik dan segera. Tiada manfaat akan dibayar dalam hal kematian, dan Upaya Menyeluruh dan Kekal atau Penyakit Membawa Maut dari Ahli Hayat Bergabung lain. 4. Jika lebih daripada satu Ahli Hayat Bergabung menderita cacat yang disebutkan dalam C2, 3 dan 4 pada Sijil Insurans. 5. Manfaat Penyakit Membawa Maut hanya akan dibayar berhubung dengan Ahli Hayat Bergabung yang pertama menderita Penyakit Membawa Maut. Setelah tuntutan, liputan berdasarkan Polis ini berhubung dengan Ahli Hayat Bergabung lain akan berhenti secara automatik dan segera. Tiada manfaat akan dibayar dalam hal kematian, dan Upaya Menyeluruh dan Kekal atau Penyakit Membawa Maut dari Ahli Hayat Bergabung lain. 6. Pengecualian yang dinyatakan dalam Bahagian A4, A6 dan A7 di atas berhubung dengan Ahli Hayat Bergabung. D. BAYARAN & TUNTUTAN 1.Semua bayaran balik dan nilai serahan oleh Syarikat akan dibuat kepada Pemegang Polisi atau kepada mana-mana orang lain menurut arahan secara bertulis oleh Pemegang Polisi. 2.Walau apa pun yang terkandung dalam Polisi ini, manfaat tidak akan dibayar menurut Polisi ini: (a) melainkan semua dokumen dan maklumat yang dikehendaki oleh Syarikat telah diberikan kepadanya dalam borang dan jenis seperti yang Syarikat kehendaki (dan dokumen dan maklumat tersebut hendaklah diberikan atas perbelanjaan Pemegang Polisi); Mukasurat 7

(b) melainkan tuntutan manfaat dan semua dokumen dan maklumat berkaitan yang dikehendaki oleh Syarikat dikemukakan kepada Syarikat dalam tempoh Sembilan Puluh (90) hari dari kejadian yang menimbulkan tuntutan; (c) melainkan Ahli yang Diinsuranskan menjalani pemeriksaan kesihatan oleh mana-mana Pakar Perubatan yang dilantik oleh Syarikat (dan pemeriksaan kesihatan tersebut adalah atas perbelanjaan Syarikat) untuk maksud Pakar Perubatan, sila rujuk Polisi. Mukasurat 8