GARIS PANDUAN PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA OLEH PEKERJA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN PEMILIKAN DAN PENGISYTIHARAN HARTA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UKM-SPKP-JP-PK02-BO01 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/05/2012

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM

TATATERTIB & SURCAJ Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Malaysia

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Tarikh Kuatkuasa

BORANG PERISYTIHARAN HARTA Di bawah Peraturan 9, Bahagian II, Jadual Kedua Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) - Akta 605

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

DASAR PELETAKAN JAWATAN

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

PERATURAN LALULINTAS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2012

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI. Polisi Perumahan Universiti ini adalah sebagai panduan kepada tadbir urus dan penghuni rumah Universiti.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

TATATERTIB DAN SURCAJ. (Gambar)

BORANG PERISYTIHARAN HARTA DAN LIABILITI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Tujuan

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang dilantik;

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PERATURAN PENGGUNAAN DAN PEMINJAMAN KENDERAAN UMT

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

SYARAT DAN KELAYAKAN CUTI TANPA GAJI DAN SEPARUH GAJI. Cuti Tanpa Gaji Atas Sebab Persendirian

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Tadbir Rendah yang dilantik terus;

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

Apabila terdapat apa-apa kehilangan, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:-

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

GARIS PANDUAN UNTUK MEMPERBADANKAN SYARIKAT TEMPATAN

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

Ketua sesuatu Pusat Tanggungjawab seperti Dekan, Dekan Penyelidikan, Pengarah, Penyelaras dan Penggawa.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

3. Pegawai Yang Layak Penyelia Asrama (Gred N17) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan.

A. MAKLUMAT PERMOHONAN

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pengawal Keselamatan yang dilantik terus;

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pendahuluan

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA 1973

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

BORANG PERISYTIHARAN HARTA. ii) Tambahan

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PANDUAN PENDAHULUAN PELBAGAI

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

DASAR HARTA INTELEK RAKAN SEKUTU UKM (TAMBAHAN)

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

GARIS PANDUAN PELANTIKAN FELO KOLEJ KEDIAMAN. (1) Kakitangan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaya yang berjawatan tetap atau kontrak; atau

Jawapan: Tuan adalah layak memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan jika tuan telah memenuhi syarat-syarat berikut:

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Universiti Malaysia PAHANG

Pengurusan Kenderaan Universiti Putra Malaysia

JADUAL. (Peraturan 8) (2) Perkara. 2. Rayuan kepada Menteri di bawah seksyen 27 atau 247 Akta

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

1.0 PENGENALAN 2.0 PIHAK YANG BOLEH MEMOHON

Wang sesuatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

Transkripsi:

GARIS PANDUAN PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TUJUAN 1. Garis Panduan ini ialah bertujuan untuk memberikan penjelasan dan panduan mengenai pemilikan dan perisytiharan harta oleh staf di bawah Peraturan 9, Akta Badan- Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000. Definisi 2. Harta bermaksud : (a) Harta tak alih i. Tanah, termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementara; ii. Segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium; iii. Bangunan, termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat atau warung; dan (b) Harta alih i. Apa-apa bentuk wang tunai samada dideposit dan disimpan; ii. Syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain; iii. Apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersil; iv. Apa-apa harta alih yang lain, termasuk segala jenis kenderaan bermotor, barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukan yang harga belian tiap-tiap satunya melebihi enam bulan emolumen atau RM10,000 mengikut mana yang lebih rendah. Ketua Jabatan bermaksud seseorang yang mengetuai sesebuah organisasi samada di peringkat pusat tanggungjawab (ptj), bahagian atau jabatan dalam sesebuah organisasi; Pegawai bermaksud pegawai perkhidmatan awam yang bertaraf tetap, sementara atau kontrak; Pemilik harta bermaksud harta yang dimiliki oleh pegawai atau isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihak isteri atau suami atau anaknya; Perisytiharan harta bermaksud perisytiharan kali pertama, harta tambahan, pelupusan harta, perisytiharan harta untuk tiga (3) tahun sekali bagi pegawai yang memegang jawatan pentadbiran, lima (5) tahun sekali bagi pegawai sedia ada dan pegawai yang telah dinaikkan pangkat. 1

LATAR BELAKANG 3. Di bawah Peraturan 9, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan masingmasing segala harta yang dimiliki olehnya atau isteri atau suami atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana pihak orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya. KEWAJIPAN MENGISYTIHARKAN HARTA Keperluan Membuat Perisytiharan Harta 4. Semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan harta apabila: (iii) (iv) (v) (vi) Dilantik ke dalam perkhidmatan awam; Dikehendaki oleh Kerajaan; Memperolehi harta tambahan; dan Melupuskan harta; Dilantik ke jawatan pentadbiran; Dinaikkan pangkat. Tempoh Perisytiharan Harta 5. Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun. Tempoh perisytiharan harta dikira berdasarkan tarikh terakhir perisytiharan harta dibuat. TATACARA PERISYTIHARAN HARTA 6. Bagi tujuan membuat perisytiharan harta borang yang digunakan adalah seperti di Lampiran A. 7. Borang perisytiharan harta boleh didapati di laman sesawang Pejabat Pendaftar>Muat Turun Dokumen>Borang Perisytiharan Harta. Perisytiharan Harta Kali Pertama 8. Tiap-tiap pegawai yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklah membuat perisytiharan harta setelah melaporkan diri dengan melengkapkan borang sebagai Lantikan Baharu. Borang ini hendaklah disemak dan disahkan oleh Ketua Jabatan sebelum dikemukakan kepada Pejabat Pendaftar tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari selepas tarikh pegawai melaporkan diri. 2

9. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat yang belum lagi membuat perisytiharan harta masing-masing, mereka hendaklah membuat perisytiharan harta dengan melengkapkan borang sebagai Lima Tahun Sekali. Perisytiharan Harta Tambahan dan Pelupusan Harta 10. Pegawai yang memperoleh harta tambahan (kecuali wang tunai atau simpanan yang perubahan jumlahnya kurang daripada enam (6) bulan emolumen hendaklah mengisytiharkan harta tambahan tersebut dengan melengkapkan borang perisytiharan harta sebagai Penambahan/Pelupusan Harta. 11. Pegawai yang melupuskan mana-mana harta yang telah diisytiharkan (kecuali wang tunai) hendaklah mengisytiharkan pelupusan harta tersebut dengan melengkapkan borang perisytiharan harta sebagai Penambahan/Pelupusan Harta. Perisytiharan Harta Bagi Staf Yang Memegang Jawatan Pentadbiran 12. Pegawai yang memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan dikehendaki membuat perisytiharan harta semasa mula-mula memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan dan selepas itu diikuti tiap-tiap tiga (3) tahun sekali sepanjang tempoh beliau memegang jawatan Ketua Jabatan berkenaan. Perisytiharan Harta Bagi Staf Yang Dinaikkan Pangkat 13. Tiap-tiap pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah membuat perisytiharan harta dengan melengkapkan borang sebagai Kenaikan Pangkat. Borang ini hendaklah disemak dan disahkan oleh Ketua Jabatan sebelum dikemukakan kepada Pejabat Pendaftar tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari selepas tarikh pegawai dinaikkan pangkat. PANDUAN PEMILIKAN HARTA TERTENTU Pemilikan Tanah Secara Diberimilik Oleh Kerajaan Termasuk Tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL), Sewaan dan Pajakan. 13. Pegawai boleh memohon dan diberi milik tanah kerajaan untuk pertanian atau lot tapak perumahan dengan syarat mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Naib Canselor. Pemilikan itu tertakluk kepada syarat berikut: i. Keluasan keseluruhan tanah pertanian tidak melebihi 20 ekar, sama ada tanah berkenaan terletak di satu tempat atau di mana-mana tempat di Negara ini secara terkumpul. ii. Tanah tapak perumahan tidak melebihi dua lot di mana-mana tempat di Negara ini. 3

Pembelian Saham, Debentur, Bon dan Sekuriti Lain 14. Seseorang pegawai boleh membeli saham tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut: i. Tidak melebihi 5% daripada modal dibayar atau RM100,000 pada nilai semasa, yang mana lebih rendah daripada tiap-tiap satu syarikat yang diperbadankan di Malaysia. ii. Tidak melebihi 5% daripada modal dibayar dalam tiap-tiap syarikat permodalan dan perusahaan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan; atau iii. Tidak melebihi had yang ditetapkan oleh kerajaan bagi tiap-tiap satu dalam Unit Amanah anjuran Kerajaan. Pemilikan Harta Yang Dilarang 15. Pegawai tidak dibenarkan: Memiliki lesen: a) Kenderaan perniagaan b) Kenderaan perkhidmatan awam; c) Perniagaan hiburan atau Memohon dan memiliki tanah kerajaan untuk tujuan pembalakan dan perlombongan TATACARA MEMPROSES PERISYTIHARAN HARTA Tindakan Ketua Jabatan 16. Ketua Jabatan hendaklah menimbangkan perisytiharan harta pegawai dengan mengambilkira perkara berikut: (iii) (iv) (v) Pegawai mempunyai keupayaan untuk memiliki harta yang telah dilaporkannya. Cara perolehan harta yang dilaporkan itu tidak bertentangan dengan manamana peraturan. Cara perolehan harta tersebut tidak menggunakan kedudukan rasminya atau tidak bertentangan antara kepentingan rasmi dengan kepentingan persendiriannya. Bayaran ansuran bulanan tidak membebankan; dan Faktor lain yang berkaitan dengan keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam. Ketua Jabatan boleh meminta maklumat tambahan jika perlu. 4

17. Sekiranya Ketua Jabatan berpendapat bahawa pegawai memiliki sumber kewangan atau harta yang nilainya jauh melebihi dan tidak seimbang dengan emolumennya, maka Ketua Jabatan hendaklah melalui notis bertulis meminta pegawai itu memberi penjelasan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan notis itu bagaimana dia dapat menyenggara taraf kehidupan sedemikian atau bagaimana dia telah mendapat sumber kewangan atau harta tersebut sebagaiman yang dinyatakan di bawah Peraturan 10, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000. 18. Ketua Jabatan setelah membuat pertimbangan dan berpuas hati dengan perisytiharan harta pegawai hendaklah menandatangani borang perisytiharan harta pegawai di ruangan Disahkan Oleh Ketua Jabatan. Disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Pendaftar 5