29 Ogos 2014 Program bertemakan Merdeka Raya telah dilangsungkan pada hari jumaat 29 Ogos bertempat di Pasti Nur Iman, Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Program ini berlansung atas tujuan untuk memenuhi tuntutan menyiapkan mini projek bagi subjek AS 101-SoftSkill. Seramai 35 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program ini. Objektif program Merdeka Raya bersama kanak-kanak Pasti Nur Iman ini adalah bagi meningkatkan kemahiran mengendalikan sesuatu program secara berkumpulan. Selain itu, ianya mampu untuk melahirkan semangat kerjasama dan tanggungjawab antara satu sama lain dalam pasukan. Seterusnya, kanak-kanak dapat berusaha untuk memenangi aktiviti yang diadakan serta dapat memberi pengalaman kepada peserta untuk merasai rumah terbuka di tadika bersama kanak-kanak. Justeru itu, program ini telah banyak memberi impak yang positif kepada para pelajar DEC 3 Politeknik Nilai serta membantu dalam perkembangan minda para peserta kami iaitu kanak-kanak Pasti Nur Iman. Aktiviti mewarna Program ini mampu memupuk semangat kerjasama dalam diri kanak-kanak(peserta) dan juga ahli-ahli kumpulan yang menganjurkan program ini.
OBJEKTIF Menjalinkan hubungan kerjasama antara pelbagai pihak Membina hubungan silaturahim antara pelajar Politeknik Nilai DEC3 dengan anak yatim 6 sept 2014 Memberi kesedaran kepada anak yatim bahawa masih ada yang mengambil berat tentang mereka Program Kasih Sayang anak-anak Yatim. Port Dickson, Sabtu 6 September 2014. Seramai 19 orang pelajar Diploma Pengajian Perniagaan (E-Commerce) Semester Tiga dari Politeknik Nilai telah menganjurkan sebuah program iaitu Program Kasih Sayang bersama Yayasan Anak- Anak Yatim/Piatu Islam Daerah Port Dickson seramai 30 orang yang bertempat di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. POLITEKNIK NILAI Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan Tel: 06-7980400 www.polinilai.edu.my
SEKALUNG PENGHARGAAN Bahagian ini ingin didekasikan untuk pihak yang telah banyak bekerjasama di sepanjang Program Kasih Sayang dijalankan samaada secara langsung atau tidak langsung. Penganjur dan pengiring program Kasih Sayang Program Kasih Sayang ini dianjurkan oleh DEC3A yang dipimpin oleh Puan Ummi Adlan Norliza dibawah kursus AS101-Soft Skills yang diiringi oleh Puan Qyrul Zeta di sepanjang program ini berlangsung. Puan Ummi telah banyak mendorong dan membimbing DEC3A sebelum dan selepas mengadakan Program Kasih Sayang tersebut untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Pensyarah Politeknik Nilai sangat berdedikasi tinggi dalam membimbing dan membentuk mahasiswi dan mahasiswa yang berjaya hingga ke menara gading. Perkara ini amat dititikberatkan oleh pensyarah Politeknik Nilai dan Ia amat membanggakan dan mengharumkan nama baik Politeknik Nilai. jentayu burung jentayu, hinggap di balik pokok mayang, bunga kembang akan layu, budi baik bilakan hilang..."
30 September 2014 Hari Ko-kurikulum Pada tarikh pelancaran Rasmi Retail Simulation Mart Unit Ko-kurikulum yang telah berjaya menubuhkan 12 buah kelab dan persatuan bukan akademik menjalankan aktiviti jualan dan mini pameran di sekitar Retail Mart. Objektif penganjuran Hari Ko-kurikulum ini adalah untuk menggalakkan ahli-ahli kelab bersifat inovatif dan kreatif di dalam sebarang tugas yang diberikan. Disamping itu juga memupuk semangat keusahawan di kalangan ahli. Kebanyakan Kelab membuka Gerai Jualan makanan dan minuman yang dimasak panas mahupun telah dibungkus. Terdapat juga Kelab yang mengadakan mini pameran alatan kembara dan rekreasi serta mengambil tempahan Gambar-gambar sekitar Hari ko-kurikulum Senarai Kelab Unit Kokurikulum: Kelab Didik Niaga Kelab Pengguna Kelab Pereka Muda Kelab kembara dan Rekreasi Kelab Mesra Alam Kelab Fotografi Kelab kebudayaan dan Warisan Kelab Sumbangsih Muda Kelab Teater dan Drama Kelab Debat dan Pidato Debate and Public Speaking Club Kelab perantis Muda Lawatan Mesra Tuan Pengarah dan Pensyarahpensyarah ke Gerai-Gerai yang disediakan.
Perkhemahan Asas PISPA PNS 2014 10 hingga 11 Oktober 2014 Pasukan Institusi Sukarelawan Pertahanan Awam (PISPA) Politeknik Nilai mengadakan Perkhemahan Asas Unit Beruniform PISPA di Tapak Unit Sukan Politeknik Nilai. Objektif utama Perkhemahan ini adalah untuk memenuhi syarat Kurikulum selain daripada mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan. Mereka juga diberi peluang menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar di dalam modul latihan Pertahanan Awam. Tenaga pengajar untuk Perkhemahan ini adalah terdiri daripada Anggota Pertahanan Awam Daerah Seremban dan Pegawai Bersekutu dan Ahli SISPA Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Setalah tamat latihan para peserta dianugerahkan Sijil Asas Anggota PISPA daripada Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan. Gambar-gambar sekitar PERKHEMAHAN ASAS PISPA PNS 2014 Kronologi Penubuhan PI- SPA Politeknik Nilai: Permohonan pada 04 Jun 2013 diluluskan dengan no.pend. N/ PISPA-PNS/600-(14)A pada 04 Julai 2013 Taklimat oleh Peg. Ko-ko & Pegawai Anggota JPAM Negeri di dalam MSK pada 17.6.2104 25.6.2014 Pemilihan pelajar sebagai Anggota Pispa PNS. Daripada 84 orang pelajar yang berminat dan telah mengikuti kelas Cuma seramai 42 orang sahaja yang meneruskan sehingga akhir Semester.
Perkhemahan Asas PISPA PNS 2014 14 17 November 2014 1 st Malaysian Polytechnic Civil Defence Annual Camp (1MalPCiDAC) di Akademi Latihan Pertahanan Awam (Alpha) Bangi julung-jul;ung kali diadakan oleh gabungan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Politeknik Malaysia. Objektif utama adalah untuk memberi panduan dan kefahaman kepada pelajar dan Pengurusan PISPA Politeknik Malaysia berkaitan tatacara mengurus tadbir aktiviti dan latihan JPAM mengikut silibus yang telah ditetapkan. Selain itu mengukuhkan jalinan hubungan baik PISPA Politeknik Malaysia dengan JPAM serta menyediakan pasukan PI- SPA Politeknik yang bersedia, bersemangat dan bersatu dalam pasukan. Banyak aktiviti telah dijalankan antaranya adalah Kawad Kaki, Latihan Menyelamat, aktiviti Kerohanian dan Mendaki Bukit Broga. Platun PISPA Politeknik Nilai telah menghantar seramai 5 orang Ahli PISPA menyertai Annual Camp ini. Pada 17 November di dalam Majlis Penutup Annual Camp ini semua Pegawai Bersekutu Politeknik Malaysia termasuklah 7 orang Pensyarah berserta tuan Pengarah Politeknik Nilai telah ditauliahkan pemakaian Pangkat oleh Ketua Pengarah JPAM Y.A.S Dato Zaitun bt Ab. Samad. Senarai Pegawai Bersekutu PI- SPA Politeknik Nilai:. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Tajuddin bin Abdul Rashid Pengarah. Kapt Bersekutu (PA) Cr. Adlan Norliza bt Hj. Abdullah P. Koko. Kapt. Bersekutu (PA) Yusri bin Yusof Pensyarah JPA. Kapt Bersekutu (PA) Shuharzi bin Md Salleh Pensyarah JKM. Kapt Bersekutu (PA) Mohd. Taufik Rezza bin Mohd Foudzi Pensyarah JKM. Kapt Bersekutu (PA) Nuranika Shamimi binti Shamsdin Pensyarah JP. Kapt Bersekutu (PA) Fauziah Shaheen binti Sheh Rahman Pensyarah JAB (ditangguhkan sebab cuti bersalin. Majlis Pentauliahan Pangkat Pegewai Bersekutu PISPA PNS pada 17 Nov 2014. Gambar-gambar sekitar 1MalPCiDAC di ALPHA Bangi
Setelah tertubuhnya Paltun PISPA PNS maka pada semester ini pihak Pengurusan bersetuju untuk mempelawa satu lagi Agensi Keselamatan untuk melatih para pelajar yang berminat menganggotai pasukan Sukarelawan Badan Beruniform di Politeknik ini. Kami telah memilih Briged Relasis sebagai satu lagi pilihan pelajar di PNS ini. Maka pada 18 Nov 2014 beberapa Pegawai dari Unit RELASIS Ibu Pejabat RELA Malaysia telah datang memberi taklimat kepada Tuan Pengarah dan beberapa pensyarah yang bakal dilantik sebagai Pegawai Bersekutu Relasis PNS. Pada Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu, Pengarah Rela Negeri Sembilan juga turut serta di dalam promosi ini. Mereka diberikan satu jam slot untuk memberi taklimat kepada pelajar baharu. Gambar-gambar sekitar TAKLIMAT RELA BERSAMA PENGARAH PNS Gambar-gambar SEMASA TAKLIMAT KEPADA PELAJAR BAHRU SESI DISEMBER 2014.