SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK 2017

dokumen-dokumen yang mirip
2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

DEBAT SANTAI LANCASTER UNIVERSITY 02hb JANUARI 2013

PERTANDINGAN DEBAT DAN PIDATO BAHASA MELAYU POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014 SISTEM DAN PERATURAN PERTANDINGAN PIDATO

DEBAT TERBUKA ILMU KHAS SEPTEMBER 2 OKTOBER 2017 TEMA: PENDIDIKAN DAN KEPENGGUNAAN

PERATURAN UMUM PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI HKSBP38

PERATURAN DAN PANDUAN PERATURAN KHUSUS BAHAS BAHASA MELAYU PIALA PERDANA MENTERI

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN

PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018

ETIKA MESYUARAT AGUNG

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2016 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERATURAN PERTANDINGAN LIGA BOLA SEPAK PANTAI UiTM 2018 PIALA PENGARAH PUSAT SUKAN. Liga Bola Sepak Pantai UiTM 2018 Piala Pengarah Pusat Sukan

Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Naib Canselor HEP dan Piala Pengarah Pembangunan Pelajar HEP

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BADMINTON

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

PERATURAN PERTANDINGAN TARIK TALI PESUMA KE-30

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PESTA RAGBI 10 SEBELAH MRSM SE-MALAYSIA KALI KELIMA, 2008

KEJOHANAN SUKJAB BAGI SUKAN INDOOR PIALA PUSINGAN PROF DR AMINUDDIN ANJURAN KKSSK 2017 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. TARIKH : 6 /3/ /3/2017

PROSEDUR PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2017

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN TENIS ( LELAKI DAN WANITA)

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

Fasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF

KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2001 PERATURAN DAN ACARA ACARA PERTANDINGAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN PING PONG

PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK UiTM PIALA FA. Sepanjang bulan Oktober hingga Disember 2017.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR SUKAN BEKALAN AIR SEMALAYSIA 2018

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PERATURAN PERTANDINGAN DAM AJI PESUMA KE-30

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 3 on 3 KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN TAHUN 2016

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

Minit mesyuarat ialah

SYARAT- SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PIALA FUTSAL NEGARAKU

FUTSAL. 3. JENIS PERTANDINGAN Pertandingan Antara Pasukan Universiti-Universiti Awam Malaysia dan Universiti Jemputan MASUM.

luw$s*^ KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN l MURID l SUKAN 2014 " FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG DAN FORMAT PERTANDINGAN BOLA JARING

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN SEPAKTAKRAW

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

Undang-undang Permainan

PERATURAN AM SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA SUKANUN Kejohanan ini dinamakan SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA atau SUKANUN.

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

KEJOHANAN RAGBI MSSM 2018

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH

FORMAT PERTANDINGAN PERTANDINGAN TARANNUM & TAFSIR

PERATURAN PERMAINAN SUKAN SUPSAT 2017

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 2018

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA SEPAK PIALA MASUM 2014

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL JABATAN PERDANA MENTERI 2013

BOLA KERANJANG 3 ON 3

4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL PIALA KETUA SETIAUSAHA NEGARA TAHUN 2014

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA TAMPAR CAMPURAN KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 2017

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN TARIAN RAMPAIAN 1 MALAYSIA

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA JARING KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Am MASUM.

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA SEPAK

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH MALAYSIA 2015

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA MERDEKA BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI 2013

ISI KANDUNGAN. MAKLUMAT 1.0 Peraturan Am Jurukamera dan Juruvideo 2. PERALATAN 3.0 Pakaian Peralatan 2

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan Kadet Remaja Sekolah di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (Pertandingan Bola Tampar Jabatan Perdana Menteri 2012)

/^-/ KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN l MURID l SUKAN 2014 PERATURAN AM BAHAGIAN SUKAN, KPM

BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN TERBUKA

KEJOHANAN PING PONG TERBUKA UKM 2011 ANJURAN : KELAB PING PONG UKM DENGAN KERJASAMA : PUSAT SUKAN UKM

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW ( LELAKI)

PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEBELAH KELAB BUKIT PERDANA JABATAN PERDANA MENTERI 2011

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN DART

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

SUKAN BEKALAN AIR SE-MALAYSIA m. 5.07m 10.14m

FUTSAL PRASEKOLAH. 1.2 Kejohanan ini merupakan kesinambungan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN RAGBI 15 S SUPER 8 IPT 2017

PERTANDINGAN DIKIR BARAT INOVASI HARI KREATIF DAN INOVATIF (HKIP) UPM 2017

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK PESUMA KE-30

KEJOHANAN LAWN BOWLS TERTUTUP UiTM OPEN TRIPLES 2016

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 18TKB MSSPP

KEJOHANAN BOLA JARING KSS USM 2010

PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE MALAYSIA (PESUMA) KE-31 TAHUN 2017

PERATURAN BOLA JARING 3 ON 3 PIALA MENTERI PELAJARAN

SUKAN SBAM Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah MUKTAMAD.

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN CATUR MSSPP TAHUN 2013 (MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG)

PERATURAN AM SUKAN MASUM

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON KARNIVAL SUKAN, SIRKIT BADMINTON POLITEKNIK MALAYSIA & GRAND FINALE (LELAKI DAN WANITA)

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

SYARAT & PERATURAN KEJOHANAN BOLA JARING MALA 2016

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Transkripsi:

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK 2017 1. AM 1.1. Peraturan ini diterima pakai untuk Pertandingan Debat Piala Menteri Besar Perak 2017. 1.2. Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak pihak penganjur dan keputusan pihak penganjur adalah muktamad. 1.3. Pihak penganjur mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai. 2. SYARAT- SYARAT PENYERTAAN 2.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah dalam negeri-negeri dalam semenanjung Malaysia. 2.2. Setiap sekolah boleh menghantar SATU (1) pasukan bagi satu kategori dan hanya 20 pasukan bagi kategori Bahasa Melayu, 10 pasukan bagi kategori Bahasa Inggeris dan 10 pasukan terawal bagi kategori Bahasa Arab yang terawal sahaja dibenarkan untuk bertanding. 2.3. Bagi setiap pasukan DIWAJIBKAN menghantar seorang pengiring. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan terbatal. 2.4. Pendebat hendaklah hadir di tempat pertandingan 15 minit lebih awal untuk tujuan pengesahan pertandingan. 2.5. Pendebat hendaklah berpakaian kemas semasa pertandingan. 2.6. Pendebat tidak dibenarkan menunjukkan aksi kurang sopan, misalnya mengucapkan perkataan yang kasar dan kurang manis. 2.7. Pendebat tidak dibenarkan menggunakan alat-alat bantuan, ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ketika berhujah. Penggunaan bahan bantuan luar (buku, carta, majalah dan lain-lain) semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama sekali. 2.8. Pendebat tidak dibenarkan menyentuh peribadi seseorang atau isu perkauman, keagamaan, kebudayaan dan isu yang boleh menggugat keselamatan negara. 2.9. Semua peserta hendaklah berkelakuan dengan tertib dan penuh sopan semasa pertandingan. 3. STRUKTUR PERTANDINGAN 3.1. Sistem 'Power Match' kaedah Swiss akan digunapakai bagi pusingan awal (pusingan 1-5) bagi kategori Bahasa Melayu. Manakala bagi kategori Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, Sistem 'Power Match' kaedah Swiss akan digunapakai bagi pusingan awal (pusingan 1-4). Sistem ini akan digunakan untuk menentukan pasukan yang akan berlawan dan peranan mereka selaku kerajaan atau pembangkang.

3.2. Kesemua pasukan bagi ketiga-tiga kategori akan dikelompokkan dalam satu kumpulan semasa pertandingan pusingan awal. Penentuan pasukan lawan untuk pusingan pertama akan dilakukan secara rawak. 3.3. Selepas pusingan yang pertama, kedudukan setiap pasukan untuk setiap kategori akan ditentukan dengan mengambil kira kriteria-kriteria berikut: i. Menang/Kalah ii. iii. iv. Juri Margin Markah 3.4. Bagi pusingan kedua, pasukan-pasukan yang menang dalam pusingan pertama akan dikelompokkan dalam satu kumpulan dan pasukan-pasukan yang kalah pula akan dikelompokkan dalam satu kumpulan lain. Penentuan seterusnya akan dibuat berdasarkan kedudukan dalam kunpulan-kumpulan tersebut. 3.5. Selepas setiap pusingan, kedudukan setiap pasukan akan ditentukan semula seperti kaedah yang digunakan di atas. 3.6. Melalui kaedah 'power match', ada kemungkinan bahawa pasukan akan bertanding dengan pasukan lawan yang sama lebih daripada sekali. 3.7. Penentuan peranan selaku kerajaan atau pembangkang bagi pusingan awal pertama akan ditentukan secara rawak. Bagi penentuan peranan untuk perlawanan seterusnya akan ditentukan mengikut peranan setiap pasukan dalam pusingan sebelumnya. Selalunya, penentuan sesebuah pasukan adalah berdasarkan jumlah pasukan tersebut menjadi kerajaan. 3.8. Pusingan Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir 3.8.1. Kedudukan pasukan akan ditentukan selepas selesai lima (5) pusingan awal. Ini adalah untuk menentukan pasukan mana yang layak ke peringkat seterusnya. 3.8.2. Kedudukan pasukan ditentukan mengikut kriteria berikut : i. Menang/Kala ii. iii. iv. Juri (Jika berkenaan) Margin Markah 3.8.3. Bagi kategori Bahasa Melayu, 8 pasukan terbaik dalam kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir. 3.8.4. Pertandingan suku akhir akan dijalankan mengikut sistem menang mara. 4 pasukan akan ke peringkat separuh akhir. 3.8.5. Pertandingan separuh akhir juga akan dijalankan mengikut sistem menang mara. 2 pasukan akan ke peringkat akhir. 3.8.6. Penentuan peranan (kerajaan/pembangkang) untuk perdebatan bagi setiap pusingan adalah berdasarkan undian atau lambungan duit syiling di hadapan ketua pasukan masing-masing.

3.8.7. Bagi kategori Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, 4 pasukan terbaik dalam kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir. 3.8.8. Pertandingan separuh akhir akan dijalankan mengikut sistem menang mara. 2 pasukan akan ke peringkat akhir. 3.8.9. Penentuan peranan (kerajaan/pembangkang) untuk perdebatan bagi setiap pusingan adalah berdasarkan undian atau lambungan duit syiling di hadapan ketua pasukan masing-masing. 4. MASA PERSEDIAAN 4.1. Usul perdebatan akan dimaklumkan 30 minit sebelum perdebatan dimulakan. Sebarang masa perjalanan ke tempat perdebatan adalah termasuk dalam 30 minit berkenaan. Semua pasukan adalah diharapkan dapat menepati masa. Perbincangan hanya boleh disertai oleh (4) orang pendebat yang mengambil bahagian SAHAJA. Penggunaan telefon bimbit atau alat-alat komunikasi lain selepas cabutan usul sehinggalah tamat perdebatan adalah DILARANG. 4.2. Mana-mana pasukan yang gagal menghadiri perdebatan selepas 15 minit dari masa permulaan perdebatan dikira kalah. 5. USUL PERDEBATAN 5.1. Senarai usul akan dimuat naik pada hari Isnin, 03 Julai 2017. 5.2. Usul perdebatan yang akan diperdebatkan bagi setiap pusingan hanya akan diumumkan kepada peserta 30 minit sebelum pertandingan bermula. 5.3. Usul-usul akan merangkumi tema-tema yang berlainan bagi setiap pusingan. Antara contoh tema pendidikan dan kepimpinan belia, teknologi, alam sekitar dan sebagainya. 6. STRUKTUR PERDEBATAN 6.1. Bagi kategori Bahasa Melayu, perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya perdebatan ala Parlimen Malaysia. Bagi kategori Bahasa Inggeris, perdebatan dijalankan dalam Bahasa Inggeris mengikut gaya perdebatan ala Parlimen Malaysia. Bagi kategori Bahasa Arab, perdebatan dijalankan dalam Bahasa Arab mengikut gaya perdebatan ala Parlimen Malaysia. 6.2. Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan, iaitu pasukan Kerajaan (pencadang) dan Pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga (3) orang pendebat dan seorang (1) pendebat simpanan. 6.3. Pasukan Kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri dan dua (2) anggota kerajaan manakala Pasukan Pembangkang terdiri daripada Ketua Pembangkang dan dua (2) anggota ahli pembangkang. 6.4. Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi pihak Kerajaan dan Pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat pertama atau kedua daripada pihak masing-masing.

6.5. Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti berikut : UCAPAN SUBSTANTIF Perdana Menteri / Pencadang Pertama Ketua Pembangkang / Pembangkang Pertama Anggota Pertama Kerajaan / Pencadang Kedua Anggota Pertama Pembangkang / Pembangkang Kedua Anggota Kedua Kerajaan / Pencadang Ketiga Anggota Kedua Pembangkang / Pembangkang Ketiga 8 Minit 8 Minit UCAPAN GULUNGAN Gulungan / Rumusan Pembangkang Gulungan / Rumusan Kerajaan 4 Minit 4 Minit 6.6. Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit (1 minit) masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan izin laluan dan loceng akan dibunyikan sekali lagi pada seminit (1 minit) terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan sudah tamat. Loceng akan dibunyikan dua (2) kali menandakan masa berucap tamat. 6.7. Untuk ucapan penggulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada minit ketiga dan dua kali apabila masa berucap tamat. 6.8. Perdebatan yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberi amaran oleh Yang Dipertua Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta menamatkan ucapan dan boleh dikenakan penalti. 7. PERANAN SETIAP PASUKAN 7.1. Peranan pihak Kerajaan adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu mendefinisikan usul, memberi hujah/kes yang menyokong usul dan membidas sebarang cabaran yang dibuat oleh pihak Pembangkang terhadap usul mereka. 7.2. Peranan pihak Pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu menjawab definisi yang dikemukakan oleh Kerajaan dengan hanya sama ada MENERIMA atau MENOLAK sahaja, membina hujahan/kes bangkangan terhadap usul dan membidas hujahan yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan. Setiap PINDAAN konsep pihak Kerajaan adalah DILARANG. 8. PENGHAKIMAN 8.1. Setiap perdebatan akan dihakimi oleh tiga orang panel hakim. Bilangan ahli panel mestilah ganjil. 8.2. Pada setiap pusingan pertandingan, seorang urusetia akan bertindak sebagai Yang Dipertua Dewan dan akan digelar Tuan/Puan Yang Dipertua.

8.3. Yang Dipertua Dewan bertanggungjawab menjemput pendebat berucap, menjaga ketertiban majlis dan tertakluk kepada peraturan ini, membuat keputusan tentang sebarang aspek tatacara dan prosedur perdebatan yang mungkin dipertikaikan. 8.4. Para Hakim mestilah : I. Mencapai keputusan menang / kalah, keputusan seri tidak dibenarkan. Tidak menyampuk atau membuat sebarang komen semasa perdebatan berjalan. 8.5. Ketua Hakim mesti mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang bertanding dan mengumumkan pasukan yang menang dan pendebat terbaik serta alasan terhadap keputusan yang dicapai oleh panel dalam komentar yang tidak melebihi 10 minit. 8.6. Ahli-ahli panel tidak boleh berbincang dan mesti mencapai keputusan dengan sendiri. Setiap hakim akan memberikan undi dan komennya sendiri. 8.7. Jika tiada keputusan secara sebulat suara dapat dicapai, maka keputusan majoriti akan diterima pakai. Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak akan dibenarkan selepas penyerahan undi. 8.8. Hakim hendaklah berlaku adil dalam menilai fakta. Hujahan yang disampaikan harus diterima seadanya selagi ia tidak dibuktikan sebaliknya oleh pihak lawan. 9. PERMARKAHAN 9.1. Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum 100 berdasarkan kepada : I. Isi 40 markah Gaya / Penyampaian 30 markah I Kaedah 30 markah 9.2. Isi akan diadili dari segi kesesuaian, pengembangan dan penjelasan hujah, fakta dan contoh yang digunakan serta bidasan yang berkesan terhadap hujahan pihak lawan. 9.3. Kaedah akan diadili dari segi : I. Keberkesanan penyusunan dan struktur ucapan pendebat. I IV. Keberkesanan penyusunan dan struktur kes sesuatu pasukan secara keseluruhan. Kesinambungan hujah/fakta. Kerja sepasukan. 9.4. Gaya/penyampaian akan diadili dari segi kesesuaian dan keberkesanan gaya menyampaikan hujahan. Penyampaian yang mempunyai nilai bujukan yang tinggi serta dapat menarik perhatian penonton akan dipandang positif oleh hakim (dengan syarat dapat membantu hujahan). 9.5. Ucapan gulungan akan diberikan markah maksimum 50 berdasarkan nisbah pemarkahan ucapan substantif seperti yang disebutkan di atas.

9.6. Kriteria utama pemarkahan adalah nilai bujukan ucapan iaitu sejauh mana ucapan itu meyakinkan dan memberi sokongan terhadap usul satu-satu pasukan dan konteks perdebatan. 10. FAKTA BARU 10.1. Tiada sebarang fakta baru dibenarkan bagi disampaikan dalam substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan. Contoh baru adalah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta adalah dikira baru sekiranya : I. Ia tidak digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu Ia bukan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan. 11. DEFINISI 11.1. Tugas memberi definisi usul atau perbahasan yang wajar dan boleh didebatkan adalah hak dan tanggungjawab pihak Kerajaan. 11.2. Pihak Pembangkang boleh : I. Menerima definisi kerajaan secara keseluruhan / mutlak, ATAU Menolak secara keseluruhan/mutlak dan mengemukakan definisi alternatif. 11.3. Pihak Pembangkang boleh menolak definisi pihak Kerajaan secara keseluruhannya hanya jika; I. Definisi pihak Kerajaan tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud sebenar usul. I Definisi pihak Kerajaan adalah truistik iaitu tidak boleh dibangkang dengan hujahan rasional. Definisi pihak kerajaan berdasarkan kepada pendefinisian yang terlalu spesifik atau hanya melibatkan masa dan tempat yang tidak masuk akal. 12. PENJELASAN (CELAHAN) 12.1. Penjelasan (celahan) dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau menimbulkan fakta penting. Ia hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan diberi untuk penjelasan dan jawapan terhadap penjelasan efektif/berkesan. 12.2. Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak samada untuk menerima atau menolak penjelasan yang cuba diberikan. Bagaimanapun, penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius oleh hakim. Adalah disyorkan setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya dua penjelasan. Walaubagaimanapun, pertandingan ini tidak mengenakan had maksimum atau minimum bagi menerima penjelasan.

12.3. Penjelasan tidak boleh melebihi 15 saat. Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat. Jika penjelasan belum selesai, pendebat yang meminta penjelasan hendaklah duduk serta-merta. 12.4. Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhirnya minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali menandakan permulaan dan sekali lagi pada pengakhiran waktu meminta penjelasan dibenarkan. Penjelasan tidak boleh diminta dalam upacara gulungan. 12.5. Hanya ahli dari pihak lawan boleh meminta penjelasan. Pendebat hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah dengan cara yang sesuai seperti berdiri, mengangkat tangan, membuat permohonan dan sebagainya. 12.6. Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak, pendebat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menunggu peluang yang lain. 12.7. Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berdebat tidak boleh menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau peruntukan masa 15 saat yang diberi belum tamat (yang mana dulu). Pendebat tidak wajar memotong penjelasan yang diminta oleh pasukan lawan apabila penjelasan telah diterima. 13. BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG 13.1. Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang Dipertua Dewan semasa perdebatan berlangsung bagi menarik perhatian beliau terhadap pelanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti : I. Penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan, ATAU I Pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan/atau ucapan gulungan, ATAU Mana-mana pendebat yang melebihi had masa daripada 30 saat. 13.2. Adalah tanggungjawab setiap pasukan yang menyuarakan bantahan terhadap sebarang pelanggaran peraturan, keputusan Yang Dipertua Dewan sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad. 13.3. Jika bantahan diterima, Yang Dipertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan akan dikira daripada masa pendebat yang sedang berucap. 14. KEPUTUSAN 14.1. Ketua Hakim akan mengumumkan pasukan yang menang dan pendebat terbaik serta membentangkan ulasan dan alasan bagi keputusan tersebut. 14.2. Keputusan Panel Hakim muktamad dan markah-markah yang dicatatkan oleh mereka adalah sulit dan rahsia. Sebarang kesulitan atau bantahan perlu dikemukakan kepada Urusetia Pertandingan.