BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

dokumen-dokumen yang mirip
BAB PERTAMA PENDAHULUAN. dan digunakan secara meluas sebagai media dakwah, politik, perdagangan, ilmu

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. beberapa cadangan bagi mengembangkan lagi kajian ini.

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

BAB 1: PENDAHULUAN. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan al-quran al-karim sebagai petunjuk

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB SATU PENGENALAN. Bahasa sangat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingannya tidak dapat dinafikan

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

pertama ini, maka bermulalah perkembangan ilmu qiraat di negara ini secara rasminya.

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Ulasan Buku/Book Review

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB TIGA PENGENALAN IMAM WARSH. Warsh adalah seorang perawi qira: a:t al-qur a:n yang terkenal pada

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

BAB 1 PENGENALAN. Teknologi khususnya yang berkaitan dengan penggunaan komputer adalah

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID?

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

menggunakannya dengan lebih tepat dan berkesan dalam proses pengajaran dan

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

ILMU QIRAAT MODUL 2. Diploma Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah 2013

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab yang terakhir ini akan menyatakan cadangan dan saranan yang boleh

KEMAHIRAN ASAS MENOLONG

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Teori Semantik

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN METODOLOGI PENULISAN HADITH DALAM TAFSIR BAHASA MELAYU : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR AL-MISHBAH DAN TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teori, kaedah-kaedah yang digunakan, di mana pengkaji juga turut meninjau kerangka dan

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SISTEM PENCARIAN HADITH MENGGUNAKAN CIRI ASAS KATA KUNCI DAN KATEGORI

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

BAB KEENAM RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab terakhir ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian rumusan dan bahagian

Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

PENDEKATAN PENGAJARAN

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA FENOMENA PENGEKALAN DAN PERALIHAN DIALEK DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI KG PENDIAT, BOTA NOR AQILAH BT ALIASAM

ANALISIS KONTEKS WACANA DALAM NOVEL CONTENGAN JALANAN MUHAMMAD FAIZUDDIN BIN HASHIM

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

Transkripsi:

BAB SATU PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh huruf (bacaan) adalah untuk memberi kemudahan kepada umat Islam membaca al-qur an al-karim. Faktor perbezaan (khila:f) yang paling menonjol ialah perbezaan dialek (lahjat). Namun, antara syarat penting kepada qira: a:t yang betul ialah apabila bertepatan dengan kaedah-kaedah bahasa Arab. Contohnya, sesiapa yang membaca dengan idgha:m mungkin sukar menerima cara bacaan yang lain. Bukanlah mudah orang lain menyebut perkataan dalam dialek yang lain secara tepat. Hukum-hukum seperti tarqi:q (menipiskan), tafkhi:m (menebalkan), hamzat, ima:lat, tashi:l (memudahkan) dan lain-lain ialah perkara yang hanya boleh difahami dan dipraktikkan dengan betul dan tepat oleh mereka yang ahli memahaminya sahaja. Manna: al-qaïïa:n ( 1991 ), menyatakan bahawa perbezaan antara satu dialek dengan dialek yang lain biasanya hanyalah perbezaan dari segi fonetik. Qira: a:t al-qur a:n sebenarnya ibarat cermin kepada kenyataan yang wujud dalam masyarakat Arab iaitu kepelbagaian dialek dan adat resam. 1

1.1 Latar Belakang Kajian Al-Qur an al-karim diturunkan oleh Allah (s.w.t) dengan tujuh huruf, iaitu tujuh jenis qira: a:t atau cara bacaan. Kesemua cara bacaan yang dinamakan qira: at itu meraikan atau mengambilkira kemampuan orang yang membaca al-qur an al-karim, terutamanya kabilah-kabilah Arab. ( Abduh al- Ra:jiÍiyy, 2008 ) Ayat-ayat suci al-qur an al-karim adalah mukjizat yang mencabar kehebatan orang-orang Arab pada masa itu. Walaubagaimanapun, ianya pasti mengambil kira kemampuan orang yang membaca al-qur an al-karim itu menyebut huruf-huruf dan perkataan-perkataan al-qur an al-karim dengan cara yang betul dan tepat. Seterusnya akan difahami dan dihayati oleh mereka. Ahmad al-bi:liyy ( 1988 ), menyatakan bahawa perbezaan antara qira: a:t al-qur a:n dari segi fonetik adalah kerana faktor-faktor berikut ; i) Perbezaan dari segi penukaran (ibda:l), pembalikan (qalb) dan pemasukan (idgha:m). ii) Perbezaan dari segi ima:lat. iii) Perbezaan dari segi mendahulukan sebutan atau melewatkannya. Menurut Ismail Tekan ( 1995 ), dari sinilah timbulnya perbezaan sebahagian hukum-hukum tajwid di antara tujuh qira: a:t tersebut. Setiap 2

qira: a:t mempunyai cara membaca yang mengandungi sebahagian kaedahkaedah tajwid yang berbeza hukumnya dengan qira: a:t yang lain, termasuklah ima:lat dan tashi:l. Sebagai buktinya, riwayat afî menentukan hanya satu perkataan sahaja yang dibaca dengan hukum ima:lat, iaitu pada kalimah مج ر ي ها dalam surah Hu:d, ayat : 41. Sedangkan dalam riwayat Warsh, ianya seolah-olah menjadi salah satu ciri yang membawa kelainan daripada qira: a:t yang lain seperti HafÎ. Ia berkaitan secara langsung dengan perbezaan sebutan, iaitu aspek fonetik. Menurut Emran Hj. Bakar ( 1995 : 22 ) ilmu qira: a:t mengkaji tentang al- Qur an al-karim termasuklah bidang bahasa, khususnya fonetik. Namun, kebanyakan masyarakat Islam di Malaysia hanya membaca mengikut qira: a:t Imam A:Îim dengan riwayat afî sahaja. Ini kerana riwayat ini sahajalah yang banyak dipelajari oleh para ulama kita dan dibawa ke Malaysia. Berdasarkan asas tersebut, kajian ini menumpukan kepada perbincangan mengenai perkembangan ilmu qira: a:t, sejarah dan riwayat hidup Imam Warsh imam dan perawinya. Seterusnya, akan dikaji dan dianalisis punca-punca perbezaan sebutan yang menentukan kriteria sesuatu perkataan itu dibaca dengan hukum ima:lat dan tashi:l dalam riwayat Imam Warsh sebagai fokus kajian. 3

1.2 Pernyataan Masalah Bidang qira: a:t al-qur a:n sudah lama dibincangkan oleh ulama terdahulu, namun ianya tidak banyak diberi perhatian yang sewajarnya oleh pengkaji sekarang. Sehinggalah dalam penulisan-penulisan berkaitan bidang tajwid al-qur an juga hanya segelintir sahaja yang menyentuh mengenai qira: a:t al-qur a:n. Masyarakat di negara kita sebenarnya membaca al-qur an menurut qira: a:t A:Îim - riwayat afî sahaja ( mengikut satu daripada tujuh jenis qira: a:t yang masyhur ). Oleh yang demikian, mereka tidak mendapat pendedahan yang sepatutnya mengenai qira: a:t lain termasuk juga riwayat afî sendiri. Terlalu kurang bahan rujukan mengenai ilmu qira: a:t dalam bahasa Melayu. Apatah lagi topik khusus berkaitan ima:lat dan tashi:l. Kebanyakannya hanya menyentuh secara umum sahaja kecuali di institusi tertentu yang fokus kepada bidang hafalan al-qur an dan qira: a:t. Rentetan daripada keadaan ini, maka masyarakat tidak banyak mengetahui tentang kepelbagaian qira: a:t dan riwayat al-qur an al-karim. Sebahagian yang mempelajarinya juga tidak mahir kerana kurang pendedahan. Kekurangan guru atau tenaga pengajar qira: a:t ini akan melambatkan proses mendidik masyarakat ke arah menguasai kepelbagaian qira: a:t al-qur a:n. Seterusnya mencapai kesempurnaan dalam bacaan al-qur an al-karim. 4

1.3 Objektif Kajian Berdasarkan pernyataan masalah yang telah dijelaskan, kajian ini menggariskan objektif-objektif seperti berikut : i) Memperkenalkan perkaitan antara qira: a:t al-qur a:n dengan bidang kajian fonetik bahasa Arab. ii) Menjelaskan ciri-ciri umum riwayat Warsh yang masih kurang dikenali di Malaysia. iii) Menganalisis fenomena ima:lat dalam riwayat Warsh. iv) Menganalisis fenomena tashi:l dalam riwayat Warsh. 1.4 Kepentingan Kajian Setiap kajian yang dijalankan tentunya mempunyai kepentingan yang tersendiri. Kajian yang dijalankan terhadap fenomena ima:lat dan tashi:l dalam riwayat Warsh ini menyumbang kepada pengayaan koleksi penulisan ilmiah tentang ilmu qira: a:t al-qur a:n. Masyarakat didedahkan dengan beberapa ciri yang ada pada riwayat Warsh secara khusus. Dapatan kajian ini menyediakan bahan yang berbentuk ilmiah dalam bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi. Kajian ini akan menjadi rujukan para ahli akademik yang 5

membuat kajian pada masa depan. Seterusnya menambahkan khazanah ilmiah dalam pengkajian displin-displin ilmu berhubung al-qur an al-karim. Kajian ini juga memberi pendedahan kepada masyarakat terutamanya para pelajar tentang beberapa hukum bacaan yang akan memantapkan lagi pembelajaran, khususnya apabila mereka memahami perubahan sebenar yang berlaku terhadap sesuatu topik berkaitan seperti ima:lat dan tashi:l. Mereka akan mendapat maklumat yang bermanfaat dan pendedahan mengenai ilmu qira: a:t al-qur a:n dan sejarah ilmu qira: a:t serta tajwid al-qur an berdasarkan riwayat Warsh di samping riwayat afî yang sedia dimaklumi. 1.5 Bidang Kajian Kajian ini menumpukan kepada perbincangan ilmu fonetik bahasa Arab dalam konteks hubungannya dengan ilmu qira: a:t al-qur a:n. Di samping memperkenalkan ilmu qira: a:t dan riwayat Warsh secara umum. Ia juga membincangkan peranan dan faktor dialek bangsa Arab yang menjadi tunjang kepada perbahasan ilmu qira: a:t al-qur a:n. Bahkan, kepelbagaian dialek inilah yang memberi keluasan dan kelapangan kepada umat Islam untuk membaca al-qur an al-karim mengikut kemampuan dan keupayaan mereka. 6

1.6 Batasan Kajian Sebagai sebuah kajian fonetik, maka kajian ini hanya menumpukan kepada topik berkaitan sebutan sahaja. Malah, hanya topik ima:lat dan tashi:l yang cuba dibincang bagi mengenalpasti kaedah dan kriteria yang telah diletakkan oleh imam Warsh. Kajian ini hanya tertumpu kepada kriteria penentuan hukum ima:lat dan tashi:l berdasarkan riwayat Warsh daripada qira: a:t Na:fi. Ianya adalah salah satu hukum bacaan dalam ilmu tajwid al-qur a:n yang berasaskan sebutan. Kajian ini mengambil faktor kriteria penentuannya dalam riwayat Warsh sebagai landasan kajian. 1.7 Tinjauan Kajian Berkaitan Perbincangan mengenai sebutan atau bacaan ima:lat dan tashi:l secara khusus di dalam al-qur an al-karim masih belum banyak diterokai di negara kita. Sebagai contoh, cuma ada beberapa buah disertasi peringkat sarjana di Universiti Malaya yang menyentuh topik ini. Kajian yang pertama ialah disertasi Sarjana Pengajian Bahasa Moden di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya bertajuk : Struktur Bunyi 7

bahasa al-qur a:n dan Kaedah Tilawahnya Mengikut Riwayat Hafas, Qalun, Warash dan Duri oleh Makhtar Haji Musa, 1995. Ia membincangkan mengenai penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh huruf dan ciri-ciri perbezaannya, kewajipan membaca al-qur an al-karim dengan tajwid dan beberapa hukum tajwid dalam qira: a:t berkenaan. Namun, pengkaji tidak menyentuh mengenai hukum ima:lat dan tashi:l secara khusus. Kajian kedua juga untuk Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya yang bertajuk : Al-Qira: a:t al-qur a:niyyat Sebagai Satu Aspek Fonologi Bahasa Arab oleh Emran bin Haji Bakar, 1995. Ia hampir sama perbincangan dengan sebelumnya cuma ia menambah perbezaan dialek Arab dari sudut sebutan, pendapat ulama mengenainya, hikmah dan faedah-faedah ilmu qira: a:t dan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perbezaan dialek Arab. Ia juga tidak menyentuh hukum tajwid dalam qira: a:t tertentu, apatah lagi tentang hukum ima:lat dan tashi:l. Kajian ketiga ialah untuk Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya bertajuk : Analisis Kesilapan Sebutan bahasa al-qur a:n di kalangan Pelajar Sekolah Menengah oleh Mohd Nasir bin Mohamed Hasbullah, 2001. Beliau juga cuma menyentuh 8

mengenai hukum ima:lat dalam fasal yang menyenaraikan istilah tanda bacaan al-qur an al-karim rasm Uthma:ni:. Manakala kajian yang keempat ialah disertasi Sarjana Pengajian Usuluddin di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya yang bertajuk : Bacaan al-qur a:n Menurut Qira: a:t Na:fi : Kajian di Maahad Tahfiz al- Qur a:n, Pulai Chondong, Kelantan. Kajian ini dihasilkan oleh Ab. Rahman al-qari bin Abdullah, 2003. Kajian ini juga hanya membincangkan mengenai ciri-ciri riwayat Warsh tetapi tidak menfokuskan secara terperinci hukum ima:lat dan tashi:l dari segi perbincangan fonetik. Namun, kajian ini merumuskan beberapa masalah yang dihadapi pelajar yang mempelajari riwayat Warsh ini seperti kesukaran membaca dengan tepat hukum ima:lat dan tashi:l kerana kurang pendedahan. Oleh itu, topik tentang ima:lat dan tashi:l ini amat perlu dikaji sebagai kesinambungan kepada kajian-kajian yang lalu dan menambahkan khazanah ilmiah dalam bidang pengkajian fonetik al-qur a:n secara spesifik. Seterusnya memperkenalkan ciri-ciri hukum bacaan terperinci mengikut riwayat-riwayat qira: a:t al-qur a:n yang masyhur seperti riwayat Warsh ini. 9

1.8 Metodologi Kajian Berdasarkan tajuk yang dipilih jelas bahawa kajian ini tertumpu kepada kajian perpustakaan. Penulis berusaha mendapatkan sebanyak mungkin data dan maklumat daripada kitab-kitab Arab yang muktabar dalam bidang ilmu qira: a:t dan fonetik bahasa Arab. Di samping kajian-kajian yang telah dijalankan dalam bidang berkaitan. Data juga didapati daripada rujukan-rujukan kepada al-qur an al-karim serta terjemahannya, al-hadith dan terjemahannya serta sumber-sumber lain yang berkaitan dan dapat membantu kajian seperti kamus-kamus istilah serta laman-laman web. Data-data dan maklumat yang kebanyakannya dalam bahasa Arab diterjemahkan ke bahasa Melayu. Kemudian dicerakinkan untuk dibincangkan dalam kajian ini. Segala data mengenai topik ini dikumpulkan, kemudian dibandingkan kerana ada di antara data-data tersebut yang berbeza sumbernya dan menyebabkan berlaku penambahan atau pengurangan, terutamanya kenyataankenyataan yang merujuk kepada biodata imam-imam ilmu qira: a:t dan perawi. Juga kriteria dan kaedah penentuan hukum-hukum bacaan yang banyak perselisihan pendapat antara ulama. Maklumat tersebut dianalisis dan diolah kemudian disusun dalam bab-bab khusus agar menepati tajuk yang dipilih. Penulis juga merujuk kepada pakar-pakar dalam bidang-bidang berkaitan agar memantapkan lagi kajian ini. 10

1.8 Rangka Kajian Bagi memantapkan kajian ini penulis membahagikannya kepada enam bab seperti berikut : 1. Bab Satu : Pengenalan Bab ini menerangkan mengenai latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian dan kepentingan kajian. Bab ini juga menjelaskan bidang kajian ini dijalankan serta batasannya, tinjauan kajian berkaitan serta metodologi yang digunakan oleh penulis dalam melaksanakan kajiannya dan akhirnya rangka kajian. 2. Bab Dua : Pengenalan Ilmu Qira: a:t dan Fonetik Bab ini memperkenalkan ilmu Qira: a:t dan ilmu fonetik yang mempunyai perkaitan yang amat rapat. Dibincangkan definisi dari segi bahasa dan istilah, sejarah dan perkembangan kedua-dua ilmu, dalil penurunan serta dalil hukum mempelajarinya. Dikaitkan juga ilmu qira: a:t dan ilmu fonetik serta aspek-aspek yang menjadi topik perbincangan ulama keduadua disiplin ilmu ini. 11

3. Bab Tiga : Pengenalan Imam Warsh Bab ini menjelaskan sejarah hidup Imam Warsh : Nama dan keturunannya, asal-usul Imam Warsh serta kelahiran dan kematiannya. Bab ini juga mengupas mengenai keilmuan dan kemasyhurannya. Bab ini juga menghuraikan tentang keperibadian dan gelaran-gelaran yang diberikan kepadanya. Begitu juga dijelaskan mengenai guru-guru dan murid-muridnya serta kawasan tersebarnya riwayat Warsh secara meluas. 4. Bab Empat : Hukum Ima:lat dalam Riwayat Warsh Bab ini menerangkan mengenai hukum bacaan ima:lat serta definisinya dari segi bahasa dan istilah. Kajian juga dijalankan terhadap faktor-faktor ima:lat dari perspektif ahli bahasa Arab dan ahli qira: a:t al-qur a:n. Seterusnya dianalisis jenis-jenis ima:lat mengikut kriteria yang ditetapkan mengikut pendapat ahli linguistik Arab serta disepakati oleh ulama riwayat Warsh. 5. Bab Lima : Hukum Tashi:l Dalam Riwayat Warsh Bab ini menerangkan mengenai hukum bacaan tashi:l serta definisinya dari segi bahasa dan istilah. Kajian juga 12

dijalankan terhadap faktor-faktor tashi:l dari perspektif ahli bahasa Arab dan ahli qira: a:t al-qur a:n. Seterusnya dianalisis jenis-jenis tashi:l mengikut kriteria yang ditetapkan mengikut pendapat ahli linguistik Arab serta disepakati oleh ulama riwayat Warsh. 6. Bab Enam : Rumusan dan Cadangan Bab terakhir ini menggariskan dapatan-dapatan daripada kajian ini yang didapati hasil kajian dan rujukan terhadap buku-buku rujukan yang berkaitan. Dalam bab ini juga dibawakan kesimpulan-kesimpulan yang dapat dirumuskan setelah dibuat analisis dan kajian serta penerangan mengenai kedua-dua topik utama yang dikaji. Seterusnya dicadangkan beberapa cadangan untuk diambil perhatian oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab, berautoriti dan berwibawa untuk diketengahkan hasil kajian ini dan dimanfaatkan bersama. 13

1.9 Kesimpulan Kajian ini adalah sebuah kajian perpustakaan yang menumpukan kepada dua hukum bacaan yang amat penting dalam riwayat Warsh yang sememangnya terkenal. Kajian ini menganalisis kedua-dua hukum ini secara mendalam agar difahami oleh masyarakat. Hasil kajian sebegini amat kurang didapati di pasaran terutamanya dalam bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini amat diperlukan bagi memberi kefahaman tentang ilmu qira: a:t al-qur a:n dan fonetik bahasa Arab. Kajiankajian sebelum ini belum menyentuh secara langsung tentang ima:lat dan tash:il dalam riwayat Warsh dalam kajian mereka. Maka, amat tepatlah kajian ini dilaksanakan. 14