PERBANKAN PRIORITI TERMA DAN SYARAT

dokumen-dokumen yang mirip
Version 05 Jun 2017 Page 1 PERBANKAN PRIORITI TERMA DAN SYARAT

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

(c) pihak-pihak pemberi cagaran atau mana-mana pihak yang bercadang untuk menyediakan jaminan berkenaan dengan Perkhidmatan pengiriman wang;

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

2. Pemegang kad tambahan dan Kad Kredit-i Korporat adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen Pindahan Baki 2016/17 ini.

PROMOSI GANDAKAN KADAR FAEDAH HONG LEONG

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Fasal-fasal yang dipinda

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad ( HLBB ) dan/atau Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ).

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016

Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

ARAHAN TELEKOMUNIKASI

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Kempen 1% Pulangan Tunai Kad Kredit Hong Leong

PROMOSI PENGURANGAN CEK BAGI PEMEGANG AKAUN SEMASA INDIVIDU - STOP THE CHEQUES & GO ONLINE Dikemaskini pada 01 hb April 2017

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Standard Chartered Saadiq Berhad Terma & Syarat Perkhidmatan & Keistimewaan Perbankan Prioriti

KEMPEN #BankRakyatCares AKAUN DEPOSIT BERJANGKA-i Terma dan Syarat A. Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

3. Untuk tujuan Promosi ini, kedua-dua Kad Kredit dan Kad Debit hendaklah secara kolektif merujuk sebagai "Kad".

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Terma dan Syarat OCBC SME Access

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

Borang Permohonan bermaksud borang permohonan yang dikeluarkan oleh Bank untuk langganan kepada Perkhidmatan (seperti yang ditafsirkan di sini).

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN HARVEST

HONG LEONG BANK BERHAD PROMOSI AKAUN SIMPANAN HARVEST

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK DEBIT MASTERCARD 1. TAKRIF

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

CIMB BANK BERHAD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAWAL SELIA PRIME BANKING

Perjanjian Maybankard Platinum

Untuk tujuan kempen ini, Pelanggan yang telah memenuhi semua kriteria di Klausa 2 di atas akan ditakrifkan sebagai Pelanggan Layak.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

Terma dan Syarat Kad Touch N Go Zing (Credit) Hong Leong

HONG LEONG BANK PROMOSI DEPOSIT DAN MENANG EMAS

HONG LEONG BANK BERHAD DAN HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD

Transkripsi:

PERBANKAN PRIORITI TERMA DAN SYARAT Semua pelanggan Perbankan Prioriti adalah tertakluk dengan Terma dan Syarat ini. Dalam Terma dan Syarat ini, "Ahli" merujuk kepada anda, pemegang akaun bersama anda atau orang yang anda beri kuasa yang menjadi pelanggan Perbankan Prioriti Hong Leong Bank Berhad ( "Bank "). 1. KRITERIA KEANGGOTAAN BARU 1.1 Untuk memohon keahlian Perbankan Prioriti baru dengan Bank, pelanggan mestilah mempunyai jumlah Aset Dalam Pengurusan yang digabungkankan sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu (RM300,000) atau apa-apa amaun lain yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa ( Baki Minimum ). Bagi maksud di sini, istilah Aset Dalam Pengurusan bermakna jumlah wang yang berada dalam kredit di manamana Akaun Deposit Tetap, Akaun Simpanan, Akaun Semasa dan/atau Akaun Mata Wang Asing dengan Bank dan amaun pokok pelaburan dalam apa-apa Dana Amanah Saham dan/atau Produk Berstruktur dengan Bank pada bila-bila masa. 1.1.1 Bank mempunyai hak untuk menambah danmenggugurkan ataupun mengubah takrif Aset Dalam Pengurusan pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa dengan memberikan notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar. 1.1.2 Ahli digalakkan untuk membuka Hong Leong Akaun Semasa atau Akaun Simpanan ( Akaun ) pada masa permohonan untuk keahlian Perbankan Prioriti baru. Dengan notis terlebih dahulu, Bank berhak untuk menghendaki Ahli membuka Akaun dengan simpanan minimum yang ditetapkan oleh Bank pada masa permohonan untuk menikmati keahlian Perbankan Prioriti. 1.2 Ahli perlu memenuhi kriteria kelayakan Bank untuk menjadi pelanggan Perbankan Prioriti, di mana kriteria boleh diubah dari semasa ke semasa oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya dan kemasukan Ahli ke dalam keahlian Perbankan Prioriti adalah tertakluk kepada penilaian dan pertimbangan Bank. 2. TAKRIF & PENGEKALAN KEAHLIAN 2.1 Sekiranya terdapat lebih daripada satu (1) orang memohon keahlian Perbankan Prioriti, mereka mestilah membuka akaun bersama. Di antara para pemegang akaun bersama, pemegang akaun bersama yang namanya tertera dahulu dalam rekod Bank akan menjadi pemegang akaun Pertama manakala pemegang akaun bersama yang seorang lagi akan menjadi pemegang akaun Kedua. 2.2 Sekiranya Bank diarahkan dan diberi kuasa untuk bertindak mengikut arahan salah seorang pemegang akaun bersama, Akaun itu boleh dikendalikan dan/atau ditutup oleh salah seorang pemegang akaun bersama tersebut. Sekiranya Bank diberi kuasa untuk bertindak mengikut arahan kedua-dua atau semua pemegang akaun bersama, Akaun hanya boleh dikendalikan dan/atau ditutup oleh kedua-duanya atau mengikut mana yang berkenaan, kesemua pemegang akaun bersama. Pemegang akaun bersama akan terikat secara bersama kepada semua urus niaga yang dilakukan dan tertakluk kepada Terma dan Syarat ini. 2.3 Ahli tersebut hendaklah segera memaklumkan kepada Bank secara bertulis akan apa-apa pertukaran alamat, nombor telefon, Penandatangan Dibenar, atau apa-apa butir lain yang dibuat dari semasa ke semasa. Sehinggalah Bank benar-benar ada menerima pemberitahuan Pelanggan mengenai pertukaran berkenaan, Bank berhak merujuk kepada informasi terakhir yang ada dalam rekod Bank dan dikecualikan daripada semua liabiliti daripada merujuk kepada informasi terakhir berkenaan. Versi: November 2017 Page 1

2.4 Pemegang akaun Pertama mestilah mengekalkan Baki Minimum berupa Aset Dalam Pengurusan semasa akaun dibuka, dengan atau tanpa pemegang akaun Kedua. Bagi pemegang akaun Kedua yang pertama, pemegang akaun Pertama boleh merangkumkan semua Aset Dalam Pengurusannya yang diletakkan di bawah akaunnya serta juga Aset Dalam Pengurusan yang dipegang di bawah akaun bersama yang dipegang oleh pemegang akaun Pertama dan pemegang akaun Kedua untuk memenuhi Baki Minimum. Akan tetapi, bagi akaun seterusnya yang dibuka dengan pemegang akaun bersama yang lain, sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu (RM300,000) lagi berupa Aset Dalam Pengurusan atau apa-apa amaun lain untuk memenuhi Baki Minimum mestilah dikekalkan semasa akaun dibuka supaya layak untuk keahlian Perbankan Prioriti pemegang akaun bersama. 2.5 Untuk kekal menjadi ahli Perkhidmatan Perbankan Prioriti Hong Leong, Ahli tersebut mestilah pada setiap masa mengekalkan Baki Minimum bulanan Aset Dalam Pengurusan dalam akaun Ahli dengan Bank atau apa-apa amaun lain yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa. 2.6 Kadar keutamaaan yang ditawarkan bagi produk/perkhidmatan terpilih hanyalah tertakluk kepada pemegang akaun Pertama saja. Akan tetapi, pemegang akaun Kedua/tambahan masih boleh menikmati perkhidmatan yang ditawarkan kepada pemegang akaun Pertama Perbankan Prioriti. Pemegang akaun Pertama mestilah mengekalkan Baki Minimum bulanan untuk menikmati manfaatnya. 2.7 Ahli adalah bertanggungjawab memastikan jumlah wang adalah mencukupi dalam akaun-akaun Ahli untuk menjalankan urus niaga yang diingini. 3. KEISTIMEWAAN PERBANKAN PRIORITI 3.1 Kad Debit Perbankan Prioriti 3.1.1 Kad Debit Perbankan Prioriti ( Kad PB ) akan dikeluarkan atas nama Ahli, yang membolehkan Ahli menikmati pengiktirafan, manfaat dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank kepada pelanggan Perbankan Prioriti dari semasa ke semasa dengan menunjukkan Kad PB di mana-mana Pusat Perbankan Prioriti atau cawangan bank. Kad PB hendaklah pada setiap masa menjadi hak milik Bank and hendaklah diserahkan balik apabila diminta atau apabila perkhidmatan ditamatkan. 3.1.2 Kad PB dikeluarkan semata-mata untuk kegunaan Ahli dan tidak boleh dipindah milik, dicagarkan ataupun digunakannya untuk apa-apa maksud lain selain daripada apa yang dibenarkan mengikut terma dan syarat yang dibenarkan mengikut terma dan syarat yang dibentangkan di sini. 3.1.3 Kad PB hanya dikeluarkan kepada pemegang akaun pertama dan kedua Simpanan/Semasa sahaja. 3.1.4 Kad PB akan membolehkan Ahli mengguna kemudahan ATM Bank dan terma dan syarat semasa yang mengawal penggunaan kemudahan ATM Bank akan terpakai kepada Ahli. 3.1.5 Ahli hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kehilangan atau kecurian Kad PB dan mematuhi segala ciri-ciri keselamatan yang berkait dengan Kad PB itu. Sekiranya Kad PB hilang, dicuri atau tersalah letak, Ahli hendaklah segera memaklumkan Bank akan hal tersebut secara bertulis dan Ahli itu hendaklah tetap bertanggungjawab atas segala urus niaga yang dilakukan dengan Kad PB sebelum makluman bertulis tersebut diterima oleh Bank. 3.1.6 Bank boleh mengeluarkan semula Kad PB baru bagi menggantikan kad hilang, dicuri atau tersalah letak dan berhak mengenakan apa-apa caj berhubung dengan hal Versi: November 2017 Page 2

tersebut. Kad baru atau kad gentian akan tertakluk kepada terma dan syarat berkuatkuasa pada masa itu, yang boleh diperolehi jika diminta daripada Pusat Perbankan Prioriti. 3.1.7 Pusat Perbankan Prioriti akan dibuka dalam waktu perbankan biasa pada Hari Urusan. 3.2 Akaun Ahli Terma dan syarat yang mengawal akaun bank berkenaan bagi Ahli tersebut, sama ada tersurat atau tersirat, asalkan tidak bercanggah dengan terma dan syarat di sini, hendaklah terpakai kepada urusan pembukaan, pengendalian dan penutupan akaun bank dan urus niaga yang dilakukan. 3.3 Pertunaian Cek Persendirian Antara Cawangan Ahli boleh menggunakan perkhidmatan Pertunaian Cek Persendirian Antara Cawangan Bank dengan Kad PB tertakluk kepada had yang boleh dikenakan oleh Bank dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa. 3.4 Kad Kredit Bank akan menawarkan kad kredit Hong Leong Bank Infinite kepada Ahli tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia atas syarat pendapatan minimum dan terma dan syarat yang ditetapkan oleh HLB seperti yang di nyatakan diatas borang pemohohan kad kredit. Bagi Ahli Bersama, pemegang Akaun Pertama akan dikeluarkan kad utama dan bagi yang lain-lain pula akan dikeluarkan kad tambahan. Kad kredit tambahan lain yang diminta oleh Ahli akan tertakluk kepada fi dan caj semasa yang dikenakan oleh Bank. Terma dan syarat semasa yang mengawal penggunaan kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank hendaklah terpakai kepada Ahli dan ahli kad tambahan. 3.5 Perkhidmatan Perbankan Prioriti Lain 3.5.1 Peruntukan Perkhidmatan Perbankan Prioriti tertakluk kepada terma dan syarat berkenaan yang berhubungan dengan produk dan perkhidmatan berkenaan. Terma dan syarat bagi produk dan perkhidmatan tersebut tersedia untuk diperiksa atas permintaan Ahli dan Ahli adalah dianggap telah membaca dan memahami terma dan syarat tersebut dan hendaklah terikat dengan terma dan syarat yang sama apabila menggunakan produk atau perkhidmatan tersebut. Sekiranya terdapat percanggahan di antara Terma dan Syarat di sini dengan terma dan syarat bagi produk atau perkhidmatan tersebut, terma dan syarat bagi produk atau perkhidmatan tersebut hendaklah diterima pakai. 3.5.2 Bank boleh menghantar maklumat/ tawaran mengenai apa-apa produk atau perkhidmatan baru yang ditawarkan oleh Bank kepada Ahli dari semasa ke semasa, berdasarkan data peribadi Ahli yang ada dalam rekod Bank. Apabila anda telah bersetuju kepada Bank untuk mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran dan promosi, dan kemudiannya menyampaikan bantahan kepada persetujuan awal, penyampaian bantahan itu hendaklah mengatasi manamana persetujuan awal diberikan kepada Bank. 3.5.3 Penyata gabungan akaun yang mengandungi maklumat berhubungan dengan akaunakaun yang dipegang atas nama Ahli di Bank atau produk/perkhidmatan pihak ketiga yang dipasarkan oleh Bank boleh dikeluarkan dan dihantar kepada salah satu alamat yang diberi kepada Bank oleh Ahli. 3.5.4 Keahlian Perbankan Prioriti seseorang Ahli adalah tertakluk kepada penilaian semula secara berkala. Bank boleh menamatkan keahlian pada bila-bila masa dengan memberikan notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar jika syarat minimum tidak Versi: November 2017 Page 3

dipenuhi, atau atas apa sebab jua pun tanpa memerlukan Bank untuk memberikan sebab untuk notis tersebut. Pelanggan yang terus menggunakan salah satu atau lebih perkhidmatan hendaklah tertakluk kepada Terma dan Syarat Bank berkaitan dengan perkhidmatan tersebut dan peruntukan apa-apa borang/mandat yang bersangkutan dengannya. 3.5.5 Peruntukan kemudahan faks, internet dan bilik mesyuarat di Pusat Perbankan Prioriti Bank adalah untuk kemudahan Ahli saja. Bank tidak akan, secara langsung atau tidak langsung, bertanggungjawab terhadap:- - Kelewatan, kesilapan atau kepincangan semasa penghantaran atau penerimaan mesej yang dihantarkan melalui kemudahan faks atau internet tersebut. - Kehilangan, kerugian atau kecederaan yang menimpa ke atas Ahli atau sesiapa jua semasa Ahli menggunakan kemudahan faks, internet atau bilik mesyuarat. - Perbuatan atau perlakuan Ahli atau sesiapa jua semasa menggunakan kemudahan tersebut, kerana perbuatan atau perlakuan bukanlah kebenaran Bank terhadap perbuatan atau perlakuan Ahli tersebut. Dan Ahli hendaklah menanggung kerugian dan melepaskan Bank daripada apa-apa tanggungan terhadap apa-apa dan semua akibat, tindak-tanduk, prodising, liability, tuntutan, kerugian, kerosakan, caj, kos dan perbelanjaan apa jua pun yang kami tanggung atau hadapi akibat daripada atau bersabit dengan penggunaan kemudahan tersebut atau apa juga hal seperti yang disebutkan tadi. 3.5.6 Produk/ perkhidmatan/ keistimewaan yang diperuntukkan menurut Perbankan Prioriti Bank boleh diubah, digantung atau ditarik balik atau ditamatkan pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa tanpa memberi notis kepada Ahli terlebih dahulu. Bank tidaklah bertanggungjawab atas apa-apa kehilangan, kerugian atau liabiliti akibat daripada atau walau macam mana bersabit dengan apa-apa perubahan, pemberhentian atau penarikan balik semua atau sebahagian produk/ perkhidmatan/ keistimewaan yang diperuntukkan. 3.5.7 Terma dan Syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Terma dan Syarat Am bagi semua Akaun dengan Bank. Terma dan Syarat Am ini boleh diperolehi atas permintaan. 3.6 Arahan lisan / bertulis 3.6.1 Semua arahan berkenaan dengan akaun Ahli yang diberi oleh Ahli tidak boleh batal dan hendaklah dibuat secara bertulis. Ahli hendaklah memastikan arahan yang diberi adalah jelas dan tepat. Jika berkenaan, borang yang ditetapkan oleh Bank hendaklah digunakan untuk memberi arahan. 3.6.2 Ahli boleh memberi arahan melalui cara elektronik kepada Bank dan dengan ini tanpa boleh batal memberi kuasa kepada Bank, yang percaya datangnya daripada pelanggan, dan menganggap arahan tersebut sebagai diberi kuasa penuh dan mengikat Pelanggan biarpun selepas itu didapati Pelanggan tidak memberi kuasa sedemikian. 3.6.3 Pelanggan bersetuju dan mengesahkan bahawa Bank berhak melayan Arahan Elektronik tanpa siasatan di Bank akan identity / kuasa orang yang memberi atau dikatakan memberi arahan tersebut dan Bank sama sekali tidak bertanggungjawab atas salah guna atau penggunaan cara eletronik tanpa kebenaran untuk menyampaikan arahan dan Bank hendaklah dilepaskan daripada liability. 3.6.4 Ahli memahami dan mengaku sepenuhnya akan risiko sedia ada yang dikaitkan dengan penggunaan cara electronic untuk menyampaikan arahan. 3.6.5 Pelanggan selanjutnya mengaku dan bersetuju bahawa Bank tidaklah bertanggungjawab atas kesilapan, peninggalan, penggunaan tanpa kebenaran, duplikasi (penduaan) arahan Elektronik tersebut oleh / bagi pihak Pelanggan dan Versi: November 2017 Page 4

bahawa apa-apa salah faham, kerugian atau kelewatan yang berpunca daripada arahan tersebut adalah emata-mata atas risiko Pelanggan. 3.6.6 Pelanggan dengan ini membuat aku janji untuk melepaskan Bank daripada liability dan menanggung rugi Bank secara penuh daripada semua atau apa-apa kerugian, tuntutan, kerosakan, kos, perbelanjaan (termasuk bayaran guaman bagi Peguamcara dan klien sendiri) dan semua liability lain, walau apa pun yang mungkin ditanggung oleh Bank atau keadaan yang dihadapi Bank sebagai akibat daripada Bank menerima dan bertindak mengikut Arahan Eletronik. 3.6.7 Ahli boleh memberi arahan secara lisan kepada Bank melalui telefon dan dengan ini tanpa boleh batal memberi kuasa kepada Bank untuk bertindak mengikut arahan lisan tersebut. Apa-apa arahan lisan tersebut mestilah serta-merta disahkan secara bertulis dihantar melalui faks atau dengan tangan kepada Bank dengan syarat bahawa kegagalan untuk berbuat demikian tidaklah menyentuh apa-apa yang dilakukan oleh Bank sebagai mematuhi arahan lisan tersebut. Bank boleh pada bilabila masa menahan diri daripada bertindak segera atas arahan lisan tersebut yang diberika supaya dapat mengesahkan kesahihannya tanpa memikul tanggungjawab atas kerugian, liabiliti atau perbelanjaan yang berbangkit daripada bertindak atau menahan diri daripada atau lewat bertindak mengikut arahan tersebut walaupun selepas itu didapati arahan lisan tersebut tidak diberi oleh Ahli itu. 3.6.8 Semua arahan yang diberi oleh Ahli akan dianggap sebagai arahan baru kecuali arahan itu adalah pengesahan atau pertukaran atas apa-apa arahan yang diberi terdahulu. 3.6.9 Ahli bersetuju bahawa Bank tidak diwajibkan menyiasat tujuan pemindahan jumlah wang atau aset sebagaimana diminta dilakukan oleh arahan tersebut atau identiti orang yang membuat pemindahan. 3.6.10 Rakaman: Bank adalah berhak mebuat rakaman atas segala arahan dan percakapan melalui telefon. Semua rakaman tersebut hendaklah kekal menjadi hak milik Bank dan hendaklah menjadi bukti muktamad atas arahan yang diberi dan mengikat Ahli. Ahli dengan ini bersetuju dan memberi izin untuk rakaman tersebut. 3.7 Caj / fi perkhidmatan Perbankan Prioriti 3.7.1 Bank boleh mengenakan caj/fi perkhidmatan bulanan / suku tahunan / enam bulan sekali atau apa-apa jumlah lain yang ditentukan oleh Bank mengikut budi bicaranya yang mutlak pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa jika bulanan Aset Dalam Pengurusan disatukan dalam akaun Ahli (Semua akaun yang diletakkan di bawah pemegang akaun Pertama) kurang daripada Baki Minimum. Bank mempunyai hak untuk mengenakan apa-apa fi, caj, atau levi lain atas apa-apa perkhidmatan yang ditawarkan tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada Ahli. Fi, caj dan levi yang dipotong daripada akaun tidak akan dibayar balik. 3.7.2 Ahli dengan ini memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit salah satu akaun Ahli bagi fi, caj atau levi tersebut dari semasa ke semasa dan jika tidak ada akaun yang ditentukan untuk maksud ini atau jika akaun yang ditentukan itu tidak mempunyai jumlah wang yang mencukupi, Bank dengan ini diberi kuasa oleh Ahli untuk mendebit mana-mana akaun lain Ahli untuk maksud ini tanpa notis atau persetujuan Ahli. 3.8 Pembatalan keahlian Perbankan Prioriti 3.8.1 Keahlian Perbankan Prioriti Ahli boleh ditamatkan atau dibatalkan oleh Bank dengan salah satu cara berikut:- (a) Dengan memberi notis bertulis dan mengisi dan menyerahkan borang (Borang Permohonan Perkhidmatan) kepada Bank untuk memaklumkan niat Ahli untuk menamatkan keanggotaan; atau Versi: November 2017 Page 5

(b) (c) (d) Jika Ahli mungkir dalam apa-apa pinjaman atau kemudahan yang diberi oleh Bank kepada Ahli atau mana-mana institusi kewangan yang lain; atau Apabila Ahli meninggal dunia atau gila atau jika Ahli menjalani apa-apa hukum tahanan atau kebankrapan (muflis); atau Jika ada apa-apa pertukaran undang-undang atau peraturan yang tidak memungkinkan atau menyalahi undang-undang bagi Bank untuk terus memperuntukan perkhidmatan Perbankan Prioriti. 3.8.2 Walau apa pun yang dinyatakan tadi, Bank mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan apa-apa atau kesemua perkhidmatan yang tersedia di dalam Perkhidmatan Perbankan Prioriti pada bila-bila masa tapa memberi notis kepada Ahli dan tanpa memberikan apa-apa alasannya atau menyebabkan liabliti ke atas Ahli. 3.8.3 Sebaik saja keahlian Perbankan Prioriti ditamatkan sama ada oleh Ahli atau Bank, Kad PB hendaklah dikembalikan kepada Bank dan apa-apa baki debit dalam akaun Ahli hendaklah dibayar dengan segera. 4. TANGGUNG RUGI 5. AM Ahli bersetuju membebaskan dan menanggung rugi Bank sepenuhnya daripada segala tuntutan, tindakan, prosiding, kerugian, kos dan perbelanjaan (termasuk fi guaman atas dasar tanggung rugi penuh) dan liabiliti lain yang ditanggung atau dihadapi oleh Bank yang bertindak mengikut arahan Ahli atau akibat keengganan Bank yang didapati sesuai bertindak memenuhi sebahagian arahan tersebut atau bersabit dengan penggunaan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan di dalam Perkhidmatan Perbankan Prioriti Bank atau dalam menguatkuasakan Terma dan Syarat ini dan mendapatkan kembali amaun yang kena dibayar kepada Bank atau ditanggung oleh Bank dalam apa-apa prosiding undang-undang biar apa pun bentuknya. Jika keahlian Perbankan Prioriti diperluaskan kepada dua atau lebih pelanggan secara bersama, maka pelanggan bersama itu hendaklah secara bersama bertanggungjawab atas apa-apa dan semua liabiliti yang ditanggung di sini atau yang bersabit dengannya. 5.1 Pertukaran Alamat Ahli hendaklah dengan segera memaklumkan kepada Bank akan apa-apa pertukaran alamat surat-menyurat. Selain itu, Ahli hendaklah juga dengan segera memaklumkan kepada Bank akan apa-apa pertukaran majikan semasa dan/atau alamat pejabat. 5.2 Pengecualian Kesabaran, kecuaian atau pengecualian Bank dalam menguatkuasakan mana-mana Terma dan Syarat ini sama sekali tidak akan menjejaskan hak Bank selepas itu untuk menguatkuasakan terma dan syarat ini dengan tegas. 5.3 Pindaan Terma dan Syarat Bank mempunyai hak untuk mengubah, meminda, menambah atau menggugurkan Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengikut budi bicaranya yang mutlak. Jika ada pelanggan Perbankan Prioriti tidak setuju untuk menerima perubahan, dia hendaklah segera memberi notis kepada Bank untuk menamatkan keahlian Perbankan Prioriti dan Bank boleh menarik balik salah satu atau semua perkhidmatan itu daripada Ahli. Jika Ahli terus menggunakan perkhidmatan selepas dimaklumkan, maka Ahli akan dianggap telah setuju menerima perubahan, pindaan, penambahan atau pengguguran tanpa syarat. 5.4 Undang-undang Penguatkuasaan Versi: November 2017 Page 6

Terma dan Syarat ini hendaklah dikuasai oleh dan ditafsirkan mengikut undangundang Malaysia dan Ahli dengan ini bersetuju tunduk kepada bidang kuasa bukan eksklusif mahkamah di Malaysia. 5.5 Produk/Perkhidmatan Baru (a) Bank boleh dari semasa ke semasa memperkenalkan produk dan perkhidmatan baru bagi manfaat Ahli secara umumnya. Penerimaan Ahli dengan cara yang ditetapkan oleh Bank dan penggunaan produk baru atau tambahan, ciri atau perkhidmatan tersebut hendaklah disifatkan penerimaan oleh Ahli terhadap terma dan syarat produk dan perkhidmatan berkenaan dan apa-apa terma dan syarat tambahan tersebut (jika ada) yang ditetapkan oleh Bank. (b) Bank boleh mempelbagai, menggantung, menarik balik atau menamatkan manamana atau semua perkhidmatan di bawah Perbankan Prioriti pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang alasan mengenainya. Ahli boleh mengetahui perkhidmatan dan keistimewaan semasa yang disediakan kepada ahli melalu laman web Bank di www.hlb.com.my (c) Dari semasa ke semasa, Bank mungkin memperkenalkan keistimewaan dan perkhidmatan Perbankan Prioriti yang disediakan oleh pihak ketiga kepada Ahli. Mana-mana perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga adalah tertakluk kepada terma dan syarat pihak ketiga tersebut dan Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian sekalipun yang mungkin dialami oleh Ahli sehubungan atau berkaitan dengan perkhidmatan sedemikian. 5.6 Penafian & Batasan Liabiliti Tanpa menyentuh apa-apa peruntukan lain di sini, Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Ahli atau mana-mana pihak ketiga terhadap ganti rugi, kehilangan keuntungan atau pendapatan, nama baik atau apa-apa bentuk kehilangan atau ganti rugi khas/teladan, bersampingan, langsung atau berbangkit biar apa pun cara berlakunya sama ada melalui peninggalan, kecuaian, apa-apa kemungkiran kontrak biar bagaimana berlaku pun sama ada melalui peninggalan, kecuaian, apaapa kemungkiran kontrak atau sebaliknya dan sama ada Bank telah diberitahu akan hal yang sama bagi salah satu yang berikut:- i. akibat urus niaga tanpa kebenaran yang dijalankan atas akaun Ahli sebelum Bank mendapat notis bertulis akan hal yang sama atau sebelum Bank berupaya menyekat urus niaga tanpa kebenaran daripada dilakukan; atau ii. sekiranya Bank tidak dapat melakukan apa-apa operasi atau memperuntukkan salah satu perkhidmatan disebabkan sesuatu hal di luar kawalan Bank termasuk tetapi tidak terhad kepada kebakaran, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, wabak, bencana alam atau kudrat Tuhan, rusuhan, kekacauan awam, pertikaian perindustrian, tindakan musuh awam, embargo, peperangan, bekalan bahan api atau apa-apa factor dalam bentu kuasa atau di luar kawalan Bank, dan sekiranya Bank didapati bertanggungjawab, maka liabiliti Bank secara tunggal dan seluruh terhadap tuntutan atau tindakan tersebut tidaklah melebihi amaun urus niaga terlibat yang menimbulkan tuntutan itu. Kegagalan Ahli untuk mematuhi mana-mana terma yang terkandung di sini atau terma yang dirujuk kepadanya akan membebaskan Bank daripada semua liability. 5.7 Taksiran dan Takrif Menurut Terma dan Syarat ini, melainkan konteks memerlukan maksud yang lain:- Versi: November 2017 Page 7

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Istilah Bank bermaksud Hong Leong Bank Berhad. Istilah Hari Urusan bermaksud hari Bank dibuka untuk perniagaan di Kuala Lumpur dan mana-mana negeri lain dalam mana urus niaga yang bentuknya dikehendaki atau dicadangkan menurut Terma dan Syarat ini hendak dijalankan atau dikuatkuasakan (tidak termasuk hujung minggu rasmi yang diiktiraf di Negeri berkenaan dalam Malaysia). Istilah Aset Dalam Pengurusan membawa makna yang dikaitkan dengannya dalam fasal 1.1 di atas. Istilah Baki Minimum membawa makna yang dikaitkan dengannnya dalam fasal 1.1 di atas. Istilah Kad PB membawa makna yang dikaitkan dengannya dalam fasal 3.1.1 Perkataan yang membawa maksud tunggal hendaklah meliputi jamak dan begitu juga sebaliknya. Perkataan yang membawa maksud maskulin hendaklah meliputi feminin dan neutral dan begitu juga sebaliknya. Tajuk dan subtajuk di sini adalah untuk kemudahan rujukan semata-mata dan hendaklah diabaikan dalam mentafsirkan peruntukan Terma dan Syarat ini. Versi: November 2017 Page 8