PELABURAN DWI-MATA WANG-i

dokumen-dokumen yang mirip
RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

PB ISLAMIC ASIA EQUITY FUND

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

PUBLIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG (PGRBF)

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

PUBLIC INDUSTRY GROWTH FUND PUBLIC DANA TUMBUH INDUSTRI (PINDGF)

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank


2. KESAHAN MATA GANJARAN

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Berurusan dengan Pengantara Takaful

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Fasal-fasal yang dipinda

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

TERMA DAN SYARAT AKAUN EMAS BIBDS

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Overdraf. November 2017

Pengurusan Kekayaan OCBC Lembaran Maklumat Produk Deposit

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

PUBLIC ISLAMIC ASIA TACTICAL ALLOCATION FUND PUBLIC DANA ALOKASI TAKTIKAL ASIA ISLAMIK (PIATAF)

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

Hong Leong Akaun Semasa-i PowerSME Terma & Syarat

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

PEMBIAYAAN PERIBADI-I TAWARRUQ

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

KEMPEN #BankRakyatCares AKAUN DEPOSIT BERJANGKA-i Terma dan Syarat A. Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U)

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

Jumlah minimum transaksi (RM) (i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now*

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK. CIMB Islamic Bank Berhad

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Transkripsi:

Tarikh Pengeluaran: 22 September 2016 PELABURAN DWI-MATA WANG-i KENYATAAN TANGGUNGJAWAB Lembaran Maklumat Utama Produk ini telah disemak dan diluluskan oleh para pengarah dan/atau jawatankuasa dan/atau orang yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah RHB Islamic Bank Berhad ( RHB Islamic atau Bank ini ) yang diberi kuasa dan mereka secara kolektif dan secara individu menerima tanggungjawab sepenuhnya ke atas ketepatan maklumat yang dipaparkan. Setelah membuat semua pertanyaan yang munasabah, mereka mengesahkan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan mereka, bahawa tidak ada kenyataan palsu atau mengelirukan, atau meninggalkan fakta lain yang akan membuat apa-apa pernyataan dalam Lembaran Maklumat Utama Produk ini palsu atau mengelirukan. KENYATAAN PENAFIAN Segala maklumat berserta dokumen berkaitan dengan produk Pelaburan Dwi-Mata Wang-i, termasuk salinan Lembaran Maklumat Utama Produk ini telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Rangka Kerja Kemuka dan Lancar. Maklumat berserta dokumen berkaitan dengan produk Pelaburan Dwi-Mata Wang-i yang dikemukakan, termasuk Lembaran Maklumat Utama Produk ini tidak harus dianggap sebagai satu penyataan bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengesyorkan Pelaburan Dwi-Mata Wang-i atau mengambil tanggungjawab bagi kesahihan sebarang penyataan yang dibuat atau pendapat atau laporan yang dinyatakan dalam Lembaran Maklumat Utama Produk. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak bertanggungjawab untuk mana-mana ketidakdedahan oleh RHB Islamic yang bertanggungjawab bagi Pelaburan Dwi-Mata Wang-i dan tidak bertanggungjawab ke atas kandungan Lembaran Maklumat Utama Produk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak memberi apaapa representasi terhadap ketepatan atau kecukupan Lembaran Maklumat Utama Produk ini dan menolak sebarang tuntutan terhadap apa jua liabiliti yang mungkin timbul atau kebergantungan terhadap keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada kandungannya. Dikemaskini: September 2016 1

PENTING/PENAFIAN INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET SANDARAN, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT. Lembaran Maklumat Utama Produk hanya menonjolkan ciri-ciri utama dan risiko produk pasaran modal tidak tersenarai ini. Pelabur adalah dinasihatkan untuk meminta, membaca dan memahami semua dokumen pendedahan sebelum membuat keputusan untuk melabur. LEMBARAN MAKLUMAT UTAMA PRODUK Baca Lembaran Maklumat Utama Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil Pelaburan Dwi-Mata Wang-i. Pastikan juga anda membaca Terma dan Syarat Am, Penyata Pendedahan Risiko, Lembaran Terma Induk untuk Pelaburan Dwi-Mata Wang-i dan tertakluk kepada Penilaian Kesesuaian mana berkenaan sebelum mengambil keputusan untuk melabur di dalam Pelaburan Dwi-Mata Wang-i. Maklumat yang disediakan dalam lembaran ini adalah sah pada. Nama Penyedia Perkhidmatan Kewangan: RHB ISLAMIC BANK BERHAD (680329-V) Nama Produk : Pelaburan Dwi-Mata Wang-i (DCI-i) 1. Apakah produk ini? MAKLUMAT RINGKAS MENGENAI PRODUK Pelaburan Dwi-Mata Wang-i (DCI-i) adalah sejenis produk pelaburan berstruktur Islam dikaitkan dengan pelaksanaan sepasang mata wang di bawah kontrak Wakalah bi al-istithmar (kontrak agensi untuk pelaburan). Selaras dengan kontrak Wakalah bi al-istithmar, Pelabur sebagai Prinsipal melantik RHB Islamic Bank Berhad ("Bank") sebagai agennya, ("Wakil") untuk melabur jumlah pelaburan dengan tujuan untuk mendapatkan pulangan dijangka. Pelaburan oleh Wakil hendaklah dalam instrumen patuh syariah berkaitan dengan DCI-i yang merangkumi opsyen mata wang Islam dan instrumen pasaran wang Islam. Sekiranya pulangan sebenar atau keuntungan melebihi pulangan yang dijangka, Pelabur memberikan Tanazul kepada Bank untuk mengetepikan jumlah yang berlebihan. Sebelum pelaburan oleh Wakil dalam instrumen DCI-i, Pelabur perlu membuat keputusan mengenai pasangan mata wang yang akan menjadi Matawang Asas (pelaburan) dan Mata Wang Alternatif, tempoh pemegangan pelaburan dan Kadar Penukaran. Apabila matang, pelabur akan menerima jumlah awal pelaburan sama ada dalam Mata Wang Asas atau Mata Wang Alternatif bergantung kepada kadar pertukaran pasangan mata wang semasa terhadap Kadar Pertukaran pada Tarikh Tamat. Mata Wang Asas merujuk kepada mata wang di mana pelaburan awal dibuat dan Mata Wang Alternatif merupakan mata wang kedua pasangan mata wang yang dipilih untuk dipasangkan dengan Mata Wang Asas untuk DCI-i. Pelaburan awal dan sebarang pulangan yang perlu dibayar akan sentiasa dibayar dalam mata wang yang lebih lemah seperti yang ditentukan pada Tarikh Tamat mengikut terma DCI-i. Jika kadar pertukaran semasa adalah sama dengan Kadar Penukaran pada Tarikh Tamat, Bank mempunyai budi bicara untuk menentukan mata wang untuk menentukan jumlah pelaburan awal yang akan dibayar. DC-i adalah pelaburan prinsipal tidak dilindungi. Pelaburan Berstruktur Islam ini tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia. KESESUAIAN PRODUK Dikemaskini: September 2016 2

2. Siapakah yang sesuai untuk produk ini? Anda mesti menjadi Individu Bernilai Bersih yang tinggi*, Entiti Bernilai Bersih yang tinggi* atau seorang pelabur yang bertauliah* untuk melabur dalam produk ini. Produk ini mungkin sesuai kepada pelabur-pelabur:- a) yang mempunyai pandangan mengenai pengerakan kadar pertukaran mata wang asing untuk jangka masa pendek b) sanggup mengambil risiko dan ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi bagi pelaburan mereka c) tidak kisah dan selesa dengan menerima penebusan pelaburan sama ada dalam Mata Wang Asas atau Mata Wang Alternatif d) yang sanggup memegang pelaburan tersebut hingga matang e) sedang mencari untuk melabur dalam pelaburan hasil-meningkatkan yang patuh Syariah * Definisi terma yang diperuntukkan dalam Borang Permohonan Pelaburan Berstruktur Islam 3. Apakah kontrak Syariah terpakai? KONTRAK SYARIAH Kontrak Syariah terpakai untuk DCI-i adalah Wakalah bi al-istithmar (kontrak agensi untuk pelaburan). Ini merujuk kepada perjanjian diantara Pelabur sebagai Prinsipal dan Bank sebagai Wakil. Dibawah Wakalah ini, Bank akan melaksanakan peranan sebagai agen kepada Pelabur dan akan melaburkan jumlah pelaburan bagi memenuhi objektif pelaburan dengan cara mematuhi prinsip-prinsip Shariah. Ini termasuk penggunaan instrumeninstrumen Islam yang berdasarkan prinsip-prinsip Syariah (termasuk tetapi tidak terhad kepada) Wa ad, Komoditi Murabahah, Bai Al-Sarf dan Tanazul. Bank akan melabur dalam instrumen pasaran wang Islam dan memasuki transaksi Opsyen Matawang-i dengan pihak lain berdasarkan kepada penggunaan kontrak Syariah seperti berikut: Wa ad: Janji satu pihak (wa ad min tarfwahid) diberikan oleh Bank untuk memasuki pertukaran mata wang pada tarikh masa hadapan dengan rakan niaga pada Kadar Laksana jika syarat-syarat tertentu dipenuhi di bawah struktur Opsyen Mata Wang-i Komoditi Murabahah: Bank akan membeli komoditi daripada broker komoditi yang diluluskan. Bank kemudiannya akan menjual komoditi kepada rakan niaga untuk tokokan yang bersamaan dengan premium Opsyen Mata Wangi. Bai al-sarf: Jika Wa ad dibawah Opsyen Mata Wang-i dilaksanakan oleh pihak yang berurus niaga pertukaran mata wang hendaklah dilakukan di bawah kontrak Syariah Bai al Sarf. Jika pihak yang berurusniaga tidak melaksanakan Wa ad dibawah Opsyen Mata Wang-i, tidak akan ada Bai al-sarf di antara Bank dan pihak yang berurus niaga dan dengan itu tiada pertukaran mata wang akan berlaku di antara Bank dan pihak yang berurus niaga. Tanazul. Di bawah konsep Tanazul, pelabur melepaskan haknya dan membenarkan Bank untuk menyimpan sebarang perbezaan daripada Keuntungan Sebenar di atas pelaburan dan Keuntungan Dijangka disebut terlebih dahulu kepada Pelabur. Di bawah konsep yang sama, sebarang yuran agensi untuk perkhidmatan sebagai Wakil juga dilepaskan oleh Bank 4. Objektif Pelaburan CIRI-CIRI PRODUK INI Menawarkan instrumen pelaburan jangka pendek patuh Syariah dengan pendedahan kepada risiko mata wang asing yang memberikan pulangan yang lebih tinggi daripada deposit tetap tradisional. Untuk mencapai Keuntungan Jangkaan yang telah dipersetujui terlebih dahulu dengan Pelabur. Dikemaskini: September 2016 3

5. Strategi Pelaburan DCI-i merupakan akaun pelaburan terhad (RIA) yang dikaitkan dengan pelaksanaan kadar pertukaran untuk sepasang mata wang berdasarkan kontrak Syariah Wakalah bi al-istithmar (kontrak agensi untuk pelaburan). Ia bertujuan untuk mencapai objektif pelaburan dengan melabur dalam instrumen pasaran wang yang mematuhi Syariah dan membuat suatu urus niaga Opsyen Mata Wang Islam. Urus niaga Opsyen Mata Wang Islam membayar premium yang akan menjadi penambah hasil daripada DCI-i. Melabur dalam DCI-i akan mendedahkan pelabur kepada risiko mata wang asing akibat transaksi Opsyen Mata Wang Islam. 6. Apakah yang saya telah laburkan kepada? Apakah yang akan saya perolehi daripada produk ini? Tarikh Dagangan Tarikh transaksi DCI-i telah dipersetujui di antara Pelabur dengan Bank Tarikh Mula a) Dua (2) hari perniagaan selepas Tarikh Dagangan; dan b) Tarikh Amaun Pelaburan didebitkan daripada Akaun Semasa Islam (CA-i)/ atau Akaun Pelbagai Mata Wang Islam (MCA-i) milik Pelabur. Sekiranya dana tidak mencukupi di dalam akaun untuk didebitkan selewat-lewatnya pada 2.00 petang pada Tarikh Mula, pelaburan akan ditamatkan dan Pelabur akan bertanggungjawab terhadap sebarang kos merungkai Tarikh Tamat Tempoh Dua (2) hari perniagaan sebelum Tarikh Matang. Pada tarikh ini kadar Mata Wang Jangkaan pada pukul 2 petang waktu Kuala Lumpur akan ditentukan oleh Bank bagi menentukan mata wang pembayaran bagi Amaun Pelaburan dan Hasil awal. Tarikh Matang a) Hari terakhir dalam Tempoh Pelaburan DCl-i seperti yang ditentukan terlebih dahulu pada Tarikh Dagangan. b) Tarikh apabila Mata Wang Asas atau Mata Wang Alternatif berserta Keuntungan dibayar kepada Pelabur Amaun Pelaburan Minimum MYR 50,000 (atau nilai setara dalam mata wang asing ( FC - Foreign Currency)) Mata Wang Asas Mata Wang Alternatif Kadar lani Kadar Pertukaran Tempoh Pelaburan Perlindungan Prinsipal Keuntungan/Pulangan Yang Dijangka Mata wang di mana pelaburan awal dibuat. Mata wang kedua yang dipasangkan dengan Mata Wang Asas. Kadar pertukaran semasa pasangan mata wang asing Kadar pertukaran hendaklah dipersetujui terlebih dahulu bagi tujuan penukaran Mata wang Asas kepada Mata wang Alternatif pada Tarikh Matang jika terpakai. Minimum antara 1 minggu sehingga maksima 6 bulan (tertakluk kepada kecairan pasaran). Prinsipal produk ini tidak dilindungi. Kadar pulangan yang dipersetujui di antara Pelabur dan Bank sebelum urus niaga disahkan pada Tarikh Dagangan. Ia perlu dibayar sama ada dalam mata wang asas atau alternatif bergantung kepada Kadar Lani pasangan mata wang menyelesaikan terhadap Kadar Penukaran/Laksana pada Tarikh Tamat, seperti terma-terma dan syarat-syarat DCI-i. a) Jika Pulangan sebenar adalah melebihi Jangkaan Pulangan, Bank akan membayar Jangkaan Pulangan kepada pelabur. Sebarang lebihan akan disimpan oleh RHB Islamic sebagai insentif prestasi, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Tanazul yang diberikan oleh Pelabur. Dikemaskini: September 2016 4

b) Jika Pulangan sebenar adalah kurang daripada Jangkaan Pulangan, Bank bertanggungjawab untuk membayar hanya Pulangan sebenar kepada Pelabur. Oleh itu, tiada unsur Hibah (atau hadiah) bagi memenuhi Jangkaan Pulangan. Keuntungan/Pulangan Sebenar Keuntungan/Pulangan Kekerapan Bayaran Keuntungan/ Pulangan Pengiraan Keuntungan/Pulangan Jumlah keuntungan atau pulangan yang dijana daripada pelaburan yang dibuat pada Jumlah Pelaburan termasuk daripada instrumen pasaran wang Islam dan Opsyen Mata Wang-i. Jika Pulangan sebenar adalah kurang daripada Jangkaan Pulangan, Bank bertanggungjawab untuk membayar hanya Pulangan Sebenar kepada Pelabur. Dalam kes ini, tiada unsur Hibah (atau hadiah) yang ditawarkan untuk memenuhi Jangkaan Pulangan. Keuntungan atau pulangan yang akan dibayar kepada Pelabur untuk DCI-i. Keuntungan / pulangan yang dibayar mungkin sama ada Keuntungan Sebenar / Jangkaan Pulangan atau Keuntungan / Pulangan bergantung kepada prestasi DCI-i seperti yang dinyatakan dalam terma-terma dan syarat-syarat yang DCI-i. Satu kali pada Tarikh Matang. Jumlah Pelaburan dalam Mata Wang Asas x Kadar Keuntungan x Tempoh Pelaburan Bilangan hari dalam setahun* *Bilangan hari dalam setahun mungkin 365 hari atau 360 hari berdasarkan pada Konvensyen Bilangan Hari Mata wang Asas yang terpakai. Penebusan pada Tarikh Matang Terma terma pelaburan semula Patuh Syariah Pada Tarikh Matang, pelabur akan menerima Jumlah Pelaburan dan Keuntungan sama ada dalam Mata Wang Asas atau Mata Wang Alternatif pada Kadar Pertukaran berdasarkan mata wang yang lebih lemah. Jika Mata Wang Asas melemah terhadap Mata wang Alternatif, Pelabur akan menerima Jumlah Pelaburan dan Keuntungan dalam Mata Wang Asas. Jika Mata Wang Asas mengukuh terhadap Mata Wang Alternatif, Pelabur akan menerima Jumlah Pelaburan dan Keuntungan dalam Mata Wang Alternatif. Jumlah Pelaburan dan Keuntungan sentiasa akan dibayar dalam mata wang yang lebih lemah ke Akaun CA-i atau MCA-i pelabur seperti yang ditetapkan oleh Pelabur. Satu makluman matang akan dihantar kepada pelabur pada tarikh matang atau dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas itu untuk mengesahkan pembayaran Amaun Pelaburan dan apa-apa keuntungan kepada pelabur. Pelaburan semula oleh pelabur dalam DCI-i baru apabila matang hanya dibenarkan melalui permohonan. Pembaharuan automatik tidak dibenarkan. Pelabur hendaklah membuat penentuan sendiri dan mendapatkan nasihat bebas mengenai pematuhan dengan prinsip-prinsip Syariah DCI-i. Dengan melabur dalam mana-mana DCI-i, Pelabur bersetuju bahawa DCI-i ditawarkan selaras / mematuhi prinsip-prinsip Syariah seperti yang dinyatakan di sini dan tidak boleh menimbulkan, apa-apa bantahan tentang perkara mengenai pematuhan Syariah berkenaan dengan DCI-i. 7. Apakah Terma dan Syarat utama produk ini yang saya perlu tahu? Pengeluaran Awal/ Penamatan Awal Tidak digalakkan. Pelabur mungkin menanggung kos merungkai jika pelaburan ditamatkan sebelum Tarikh Matang, termasuk pembatalan antara Tarikh Dagangan dan Tarikh Mula. Jumlah sebenar untuk dikembalikan kepada pelabur bergantung kepada sebarang kos merungkai yang perlu Dikemaskini: September 2016 5

Pembatalan disebabkan kekurangan dana Kos Merungkai (Unwinding Costs) Penalti bagi Pengeluaran Awal Terma-terma utama lain Terma-terma tambahan dibayar disebabkan oleh penamatan / pembatalan pramatang. Permintaan untuk penamatan awal oleh Pelabur adalah tertakluk kepada persetujuan Bank. Sekiranya Bank bersetuju untuk penamatan awal, pelabur hanya berhak menerima amaun yang bersamaan dengan Amaun Prinsipal tolak Kos Merungkai. Oleh kerana permintaan untuk penamatan awal, jika apaapa keuntungan yang diperolehi daripada penamatan opsyen mata wang Islam dan penempatan pasaran wang Islam, pelabur bersetuju untuk mengetepikan keuntungan tersebut. Pelabur bertanggungjawab untuk memastikan bahawa terdapat dana yang mencukupi di dalam Akaun CA-i atau MCA-i Pelabur dengan Bank pada Tarikh Mula. Jika terdapat dana yang mencukupi di dalam akaun yang berkenaan untuk didebitkan pada 2 petang pada Tarikh Mula, pelaburan akan ditamatkan dan Pelabur akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kos merungkai. (i) kos dana berhubung dengan penamatan awal / pengeluaran jumlah pelaburan yang dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam dan (ii) kos menamatkan, mencairkan atau mewujudkan semula apa-apa perlindungan nilai atau transaksi lain yang berkaitan dengan Opsyen Mata Wang-i. Tiada. Walau bagaimanapun pengeluaran awal akan dikenakan kos merungkai (unwinding cost) yang ditentukan mengikut budi bicara mutlak Bank. a) Keperluan Operasi: Pelabur mengekalkan Akaun CA-i dan MCA-i dengan pihak Bank. b) Sekatan Pemindahan: Pelaburan itu tidak boleh dipindahmilik, diserahkan haknya atau diberikan kepada mana-mana pihak lain oleh Pelabur. c) Risiko Pelaburan: Dengan melabur di dalam produk ini, pelabur terdedah kepada risiko pertukaran mata wang, risiko utama seperti yang dinyatakan di bawah dan semua risiko yang lain seperti yang dinyatakan di dalam Penyata Pendedahan Risiko. Produk Pelaburan Berstruktur Islam ini akan ditawarkan kepada pelabur pada dasar bahawa Bank atau sekutu-sekutunya tidak akan memberikan maklumat, nasihat atau pengesyoran kecuali maklumat fakta mengenai syarat-syarat produk ini dan tidak ada kewajipan fidusiari atau kewajipan akan terhutang oleh Bank kepada Pelabur. Pelabur hendaklah mengetahui bahawa tidak ada komunikasi yang diterima daripada Bank atau gabungannya hendaklah disifatkan sebagai suatu jaminan atau jaminan tentang hasil yang dijangkakan pada pulangan ke atas pelaburan. Produk Pelaburan Berstruktur tertakluk pada Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing Bank Negara Malaysia ("Peraturan") seperti yang diguna pakai dari semasa ke semasa. Jika berkenaan, Pelabur mesti mematuhi dan mendapatkan apa-apa kelulusan yang diperlukan di bawah Peraturan. Bank dilantik sebagai Wakil oleh Pelabur untuk melabur Jumlah Pelaburan dalam urus niaga patuh Syariah yang terpakai dengan DCI-i dengan tiada Dikemaskini: September 2016 6

8. Dengan siapa saya melabur? RHB Islamic Bank Berhad. Ahli Jawatankuasa Syariah adalah: 1. Dr. Ghazali Jaapar Pengerusi 2. Professor Dr Joni Tamkin Borhan 3. Assoc. Prof. Dr Amir Shaharuddin 4. Wan Abdul Rahim Kamil Wan Mohamed Ali 5. Mohd Fadhly Md Yusoff 6. Shabnam Mohamad Mokhtar 9. Apakah senario yang mungkin terjadi terhadap pelaburan saya? kewajipan lanjut atau obligasi di luar terma yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat untuk bertindak bagi pihak Prinsipal. Wakalah hendaklah tamat pada awal kematangan atau penamatan awal DCI-i. Wakil tidak membuat sebarang jaminan perwakilan kepada Pelabur berkenaan dengan pelaksanaan DCI-i dan khususnya untuk keuntungan yang kena dibayar atau jumlah yang akan direalisasikan sekiranya berlaku penamatan awal DCI-i oleh Pelabur. Sebarang kerugian akan ditanggung oleh pelabur dan Bank bertindak sebagai Wakil tidak akan menanggung mana-mana bahagiannya melainkan jika ia timbul daripada kecuaian melampau atau penipuan daripada Bank. Bank atau syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya juga boleh bertindak dalam kapasiti berasingan (selain daripada Wakil) dalam penstrukturan DCIi, termasuk sebagai pembekal instrumen kewangan seperti pelaburan pasaran wang Islam dan Opsyen Mata Wang-i. Jika Bank bertindak atas sifat yang berasingan ini, ia berbuat demikian, bagi pihak sendiri dan bertindak semata-mata dengan mengambil kira kedudukan kewangan sendiri. Senario berikut adalah untuk panduan dan tidak menggambarkan masa lalu, trend pasaran semasa atau masa depan atau prestasi DCI-i. Tarikh Dagangan 25 Mac 2014 Tarikh Mula 27 Mac 2014 Tarikh Tamat Tempoh 1 April 2014 Tarikh Matang 3 April 2014 Pasangan Mata Wang AUD/USD Jumlah Pelaburan AUD 100,000 Mata Wang Asas AUD Mata Wang Alternatif USD Kadar Pertukaran/Laksana 0.9120 Tempoh 7 hari Kadar Keuntungan setahun 9% Kadar Lani 0.9080 Senario 1: Mata Wang Asas menjadi lemah berbanding Mata Wang Alternatif. Jumlah Pelaburan dan Keuntungan tidak akan ditukarkan pada Tarikh Tamat Tempoh. Anda akan terima pada Tarikh Matang:- Jumlah Pelaburan dalam Mata Wang Asas + Keuntungan dalam Mata Wang Asas = AUD 100,000 + AUD 175 = AUD 100,175 Keuntungan = Jumlah Pelaburan x Kadar Keuntungan x Tempoh Pelaburan/Konvensyen Bilangan Hari AUD 100,000 x 9.00% x 7/360 = AUD 175 Senario 2: Mata Wang Asas mengukuh berbanding Mata Wang Alternatif. Jumlah Pelaburan dan Keuntungan akan ditukarkan pada Tarikh Tamat Tempoh. Anda akan terima pada Tarikh Matang:- Dikemaskini: September 2016 7

Jumlah Pelaburan dalam Mata Wang Alternatif + Keuntungan dalam Mata Wang Alternatif = USD 91,200 + USD 159.60 = USD91,359.60 Jumlah Pelaburan akan ditukarkan kepada Mata Wang Alternatif pada Kadar Pertukaran AUD 100,000 x 0.9120 = USD 91,200 Keuntungan dalam Mata Wang Alternatif = [Jumlah Pelaburan dalam Mata Wang Asas x Kadar Keuntungan x Tempoh Pelaburan/ Konvensyen Bilangan Hari] x 0.9120 AUD 100,000 x 9.00% x 7/360 = AUD 175 AUD 175 x 0.9120 = USD159.60 Senario 3: Kadar Lani sama dengan Kadar Pertukaran pada Tarikh Tamat Tempoh. Dalam senario ini Bank mempunyai budi bicara tunggal untuk menentukan sama ada Jumlah Pelaburan dan Keuntungan akan dibayar dalam Mata Wang Asas (AUD100,175) atau Mata Wang Alternatif (USD91,359.60). Sila Ambil Maklum: DCI-i tidak melindungi prinsipal. Jika pelaburan anda dibayar dalam Mata Wang Alternatif semasa matang dan anda memilih untuk menukar kembali ke Mata Wang Asas, anda mungkin akan menerima kurang daripada Jumlah Pelaburan asal. Senario 4: Kos Merungkai untuk Penamatan / Pembatalan Pramatang. Jika pelaburan telah dibatalkan sebelum tarikh matang, jumlah sebenar yang perlu dipulangkan kepada Pelabur mungkin akan kurang daripada Jumlah Pelaburan awal. Kos Merungkai untuk Penamatan / Pembatalan Pramatang: Tarikh Pembatalan 28 Mac 2014 Jumlah Pelaburan AUD 100,000 Kos Pendanaan (AUD 250) Kos Menamatkan Derivatif Rujukan terbenam (AUD 320) Jumlah yang ditebus [AUD 100,000 (AUD 250+320)] AUD 99,430 Pelabur menerima AUD 99,430 iaitu kurang daripada Jumlah Pelaburan Awal sebanyak AUD 100,000 kerana kos merungkai pada pengeluaran pra-matang. SILA AMBIL MAKLUM: Simulasi di atas disediakan untuk tujuan ilustrasi sahaja dan bukan ramalan atau petunjuk apa-apa jangkaan atau prestasi. Ia tidak mewakili penamatan sebenar atau kos penamatan yang mungkin disediakan untuk anda. Ia tidak menunjukkan semua kesudahan yang mungkin atau menerangkan semua faktorfaktor yang boleh memberi kesan kepada nilai urus niaga. 10. Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar? Tiada CAJ DAN YURAN RISIKO RISIKO UTAMA 11. Apakah risiko utama yang di kaitkan dengan produk ini? Dikemaskini: September 2016 8

Pelabur akan terdedah kepada risiko-risiko berikut: i) Jika anda menamatkan pelaburan anda sebelum tempoh matang, anda akan tertakluk kepada kos merungkai yang agak signifikan. Amaun ditebus apabila penamatan awal adalah selepas ditolak kos ini dan berkebarangkalian akan kurang daripada Amaun Pelaburan awal ii) Risiko Harga dan Pasaran iii) Kecairan dan Gangguan Pasaran iv) Risiko Mata Wang v) Risiko Kredit dan Undang-undang vi) Risiko Opsyen vii) Risiko Operasi Sila rujuk kepada Penyata Pendedahan Risiko untuk ringkasan bagi faktor risiko-risiko utama di atas. Anda dinasihati agar membaca Lembaran Maklumat Utama Produk untuk DCI-i, Lembaran Terma Induk, Terma dan Syarat Am, Penyata Pendedahan Risiko untuk terma-terma dan syarat-syarat terperinci yang terpakai dan risiko melabur di dalam produk ini. Anda dinasihati agar mempertimbangkan dengan berhatihati semua faktor-faktor risiko sebelum membuat keputusan pelaburan. Anda mungkin perlu untuk melengkapkan Penilaian Kesesuian berdasarkan panduan berkenaan. 12. Apakah strategi penilaian yang digunapakai dan berapa kerapkah penilaian boleh didapati? Penilaian keatas produk ini adakan disediakan oleh Bank berdasarkan permintaan daripada pelabur kami. Penilaian dikira berdasarkan harga pasaran semasa pada masa permintaan. 13. Bagaimanakah boleh saya keluar daripada pelaburan ini dan apakah risiko dan kos yang terlibat? Tempoh bertenang tidak terpakai untuk produk berjangka pendek ini. Sila rujuk kepada penerangan di atas untuk Penamatan/Pengeluaran Awal DCI-i. 14. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan kepada butiran hubungan saya? Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan pihak kami tentang sebarang perubahan terhadap butiran hubungan anda untuk memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya. 15. Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut? Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan tentang pelaburan, sila merujuk kepada buku kecil banking info berkenaan Investing Your Money, yang boleh didapati di semua cawangan kami dan di laman web www.bankinginfo.com.my. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di: Kumpulan Perbankan RHB Kumpulan Perbendaharaan dan Pasaran Global Tingkat 3, Menara Dua, RHB Centre Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Tel : 1300 882 847 Emel : treasury@rhbgroup.com / customer.service@rhbgroup.com 16. Lain-lain Produk Pelaburan berkaitan Derivatif yang boleh didapati Sila hubungi Pengurus Perhubungan anda atau lawati cawangan-cawangan RHB Islamic Bank atau RHB Bank. 17. Apakah yang boleh saya lakukan jika saya ingin membuat aduan? 1. Sekiranya anda mempunyai sebarang maklum balas, pertanyaan atau aduan, sila hubungi kami:- Dikemaskini: September 2016 9

a) melalui telefon : 1300 882 847 b) melalui emel : treasury@rhbgroup.com / customer.service@rhbgroup.com c) melalui laman web : www.rhbgroup.com d) melalui surat : Kumpulan Perbankan RHB Kumpulan Perbendaharaan dan Pasaran Global Tingkat 3, Menara Dua, RHB Centre Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur 2. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan hasil proses penyelesaian pertikaian dalaman pihak kami, anda boleh rujuk pertikaian anda kepada yang berikut:- SURUHANJAYA SEKURITI (i) (ii) Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC) a) melalui telefon : 03-2282 2280 b) melalui faksimili : 03-2282 3855 c) melalui emel : info@sidrec.com.my d) melalui surat : Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC) Unit A-9-1, Tingkat 9, Menara A Menara UOA Bangsar No.5, Jalan Bangsar Utama 1 59000 Kuala Lumpur Anda juga boleh mengajukan aduan anda kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia walaupun anda telah memulakan proses penyelesaian pertikaian dengan SIDREC. Untuk membuat aduan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia: a) melalui telefon kepada Aduan Hotline : 03-6204 8999 b) melalui faksimili : 03-6204 8991 c) melalui emel : aduan@seccom.com.my d) melalui borang aduan atas talian di : www.sc.com.my e) melalui surat : Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia No. 3, Persiaran Bukit Kiara Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur BANK NEGARA MALAYSIA (i) Bank Negara Malaysia Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) a) melalui telefon : 03-2698 8044 sambungan 8950/8958 b) melalui laman web : http://www.bnm.gov.my/bnmlink/index.htm (ii) BNMTELELINK a) melalui telefon : 1300-88-LINK (1300-88-5465) b) melalui faksimili : 03-2174 1515 c) melalui emel : bnmtelelink@bnm.gov.my d) melalui surat : Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara Malaysia Peti surat 10922 50929 Kuala Lumpur Dikemaskini: September 2016 10

Kami dengan ini mengaku bahawa kami telah membaca dan memahami Lembaran Maklumat Utama Produk ini. Individu Syarikat Tandatangan Tandatangan Nama Syarikat: No. Pendaftaran Perniagaan: _ Nama Penandatangan yang Dibenarkan: Nama Penandatangan yang Dibenarkan: Tandatangan Tandatangan No. MyKad: No. MyKad: Nama Penandatangan/Wakil yang Dibenarkan Nama Penandatangan/Wakil yang Dibenarkan Tarikh: Tarikh: No. MyKad: No. MyKad: Tarikh: Tarikh: Winner of Structured Products Asia Awards 2016 Dikemaskini: September 2016 11