WABAK DENGGI DI FELDA SERTING SATU, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN: SATU PENGALAMAN

dokumen-dokumen yang mirip
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

PROSEDUR PENGURUSAN WABAK PENYAKIT

KANDUNGAN TAKLIMAT. Nyamuk aedes Denggi Rawatan denggi Pencegahan denggi Statistik Kes Dan Kematian Aktiviti promosi dan pendidikan di sekolah

LAPORAN SIQ (SHORTFALL IN QUALITY) - KEMATIAN KES MALARIA. 2 Cara kes dikesan: ACD PCD MBS Kes Ikutan lain-lain, nyatakan

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

MANUAL PENGGUNA SISTEM Modul 1 : Mendaftar masuk, melihat butiran, mengemaskini dan memadam rekod notifikasi Kemalangan

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.8 TAHUN 1982 Peraturan-Peraturan Bilik Rekod Di Jabatan Ukur Negeri

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1.0 Pendahuluan. 2.0 Skop

SASARAN KERJA TAHUNAN (2014)

RUJUKAN: UKM 3.6/224/3 Jld Oktober 2003 PEKELILING PENDAFTAR BIL. 9/2003

LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN MYSIHAT & KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA LMCK2711: TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

Program Dengue Patrol 2018

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

BAB SATU PENDAHULUAN

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

SASARAN KERJA TAHUNAN ( 2014 )

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Pelan Perancangan Strategik : Bidang HEM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

Bab 11. JARINGAN KAWALAN UKUR KADASTER (Sumber Rujukan : Pekeliling KPUP 5/2002)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

IKHLAS BASIC TERM TAKAFUL

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Jangkitan Patogen/ Keracunan/ Penyakit Pekerjaan. Kesan Insiden : Kematian Kecederaan anggota/kemudaratan Kerosakan harta benda

UNIT PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UTM

SASARAN KERJA TAHUNAN ( 2014 )

K E L U A R G A D E N G G

SMK SYED HASSAN SEKOLAH SUKAN NEGERI

PENGURUSAN SUMBER LUAR (KONTRAK PERKHIDMATAN)

Polisi Privasi. Pengenalan

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN : Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG (ALOR SETAR) Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat jasin

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP

Sustainable Education 54

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

LAPORAN HC KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA : SHARIFAH NADZIRAH BINTI SYED MUTHADZA ALAM SHAH ( A144662)

1.1 Latar Belakang Penyelidikan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

PROSEDUR PENGAMBILAN CONTOH MAKANAN

LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG MENCEGAH NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI

Kejohanan Sukan Ekstrem Paintball Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

BAB V KESIMPULAN. Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang kedapatan atau

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

HUSM/LCD/QP-19 PENGURUSAN SISA HOSPITAL MAKMAL PERUBATAN HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

PENGAJARAN BERPASANGAN

PENYIASATAN KEMALANGAN & SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami tiada apa-apa halangan ke atas

DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN : DATUK DR. MARCUS MOJIGOH (PUTATAN) TARIKH : (SELASA)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA BAGI SEKOLAH-SEKOLAH KPM GARIS PANDUAN. November Versi 1.0

KANDUNGAN. 1.0 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan 1.2 Tujuan 2.0 LATIHANPENGUSIAN BANGUNAN 3.0 BEDAH SIASAT BERSAMA BOMBA. 4.0 KESIMPULAN.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PROSEDUR PEMBELIAN BAHAN ARKIB

SENARAI TUGAS GURU BESAR

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PROGRAM PERLINDUNGAN SINARAN (PPS)

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

POLISI PENGURUSAN TENAGA UMT

2.1 Membolehkan mereka membawa senjatapi semasa menjalankan tugastugas dalam kawasan di tentukan dan menjaga harta benda majikan.

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

KERAJAAN MALAYSIA. Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981 SISTEM PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU (PUNCH CARD) DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN

Transkripsi:

98 Buletin Kesihatan Masyarakat Isu Khas 1999 WABAK DENGGI DI FELDA SERTING SATU, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN: SATU PENGALAMAN Mohd. Rizal. A. M.* ABSTRAK Satu tinjauan wabak demam denggi telah dijalankan di FELDA Serting Satu, Jempol, Negeri Sembilan. Objektif tinjauan adalah untuk menilai aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan, masalah-masalah yang timbul dan cadangan-cadangan untuk mengelakkan wabak dari berulang lagi. Data-data diperolehi dari rekod perubatan, laporan kes demam denggi dan melalui temuramah. Wabak telah diistiharkan pada 8 hb. Ogos, 1997 dan dikawal 15 hari kemudian. Sebanyak 6 kes demam denggi telah dilaporkan dan disahkan melalui ujian serologi denggi. Strategi pencegahan dan kawalan am yang telah diambil adalah menubuhkan bilik gerakan, memberitahu wabak kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta, menyelia kakitangan vektor dan merancang aktiviti-aktiviti kawalan, mengadakan mesyuarat dengan agensi lain dan menyediakan laporan harian ke Pejabat Cawangan Bawaan Vektor Negeri. Strategi khusus pula meliputi penyiasatan kes, membuat kajian Aedes, penggunaan abate, memusnahkan tempat pembiakan, pengasapan, memberi pendidikan kesihatan, mengadakan gotong-royong dan menguatkuasakan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit, 1975. Masalah--masalah semasa wabak yang telah dihadapi adalah pembuangan sampah yang tidak sanitari, aktiviti kawalan yang kurang berkesan, kekurangan kakitangan dan peralatan serta penglibatan masyarakat yang kurang memuaskan. Cadangan-cadangan yang disarankan adalah membentuk pasukan anti-aedes di kalangan penduduk setempat, memastikan sampah dibuang di tempat yang sesuai, meningkatkan pendidikan kesihatan, menggunakan racun serangga 'water based' dan penggunaan kaedah 'ovitrap'. PENDAHULUAN Penyakit demam denggi telah mula dilaporkan di Malaysia sejak tahun 1902 tetapi jenis demam denggi yang serius iaitu demam denggi berdarah hanya dikenalpasti pada akhir tahun 1962 apabila berlakunya wabak yang pertama di Pulau Pinang (Rudnick et al.). Satu kajian oleh Institut Penyelidikan Perubatan menunjukkan Aedes aegypti yang terdapat dalam kawasan bandar adalah vektor utama dan Aedes albopictus adalah vektor kedua. Pada awal tahun 70an, demam denggi dan demam denggi berdarah telah dikenalpasti sebagai satu masalah utama kesihatan di Malaysia. Kelewatan ini kerana penyakit denggi hanya wajib dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan sejak tahun 1971. * Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, UKM

Buletin Kesihatan Masyarakat Isu Khas 1999 99 Kes-kes denggi mula dilaporkan dari negeri-negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Melaka. Pada tahun 1982, kesemua negeri di Malaysia terlibat dengan penyakit denggi. Sungguhpun penyakit denggi ini biasanya berlaku di kawasan bandar, tetapi kejadian kes dan wabak denggi telah mula dilaporkan di kawasan perkampungan dan pendalaman. Taburan ini disebabkan faktor-faktor ekologi, sosio-ekonomi, tabiat kebudayaan dan kependudukan manusia yang berkaitan dengan tempat pembiakan aedes. Dengan situasi penyakit demam denggi yang semakin serius, maka satu tinjauan wabak denggi telah dijalankan di FELDA Serting Satu, Jempol, N. Sembilan untuk menilai aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan, masalah-masalah yang timbul dan cadangan-cadangan untuk mengelakkan wabak berulang lagi. METODOLOGI Satu tinjauan wabak demam denggi telah dijalankan di FELDA Serting Satu, Jempol, Negeri Sembilan dari 8 Ogos, 97 sehingga 23 Ogos, 97. Kes pertama demam denggi telah dilaporkan pada 6 Ogos, 97 dan diikuti dengan kes kedua pada 8 Ogos, 97. Wabak telah diisytiharkan pada 8 Ogos, 97 dan sebanyak 6 kes demam denggi telah dilaporkan. Kesemua kes telah disahkan melalui ujian 'blot' serologi denggi yang dijalankan di makmal kajikuman Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Data-data mengenai wabak diperolehi dari rekod-rekod perubatan, laporan aktivitiaktiviti kawalan dan pencegahan wabak denggi serta melalui temuramah dengan Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Pilah/Jempol dan Inspektor Kesihatan Cawangan Penvakit Bawaan Vektor. KEPUTUSAN Strategi pencegahan dan kawalan am yang telah diambil antaranya adalah menubuhkan bilik gerakan di Unit Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Pejabat Kesihatan Kuala Pilah. Inspektor Kesihatan yang 'on call' akan bertugas selepas waktu pejabat untuk memantau situasi wabak. Makluman mengenai kejadian wabak juga disebarkan kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti Hospital Kuala Pilah, Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri, Pengurus FELDA, Pegawai Daerah dan Majlis Daerah Jempol. Penyeliaan kakitangan Unit Vektor dipertingkatkan dengan mesyuarat setiap hari untuk merancang aktiviti-aktiviti kawalan dan pencegahan. Laporan harian juga dihantar ke Pejabat Cawangan Bawaan Vektor Negeri untuk pemantauan serta mendapatkan bantuan teknikal. Strategi khusus pula meliputi penyiasatan kes, mengadakan kajian Aedes yang meliputi seluruh lokaliti, menggunakan abate di tempat-tempat yang sesuai dan mengadakan aktiviti pengurangan punca dengan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.

100 Buletin Kesihatan Masyarakat Isu Khas 1999 Pengasapan telah dijalankan di sekitar 200 meter radius dari rumah kes pertama. Setelah wabak diisytiharkan, semburan 'Ultra Low Volume' telah dijalankan meliputi seluruh lokaliti. Pendidikan kesihatan juga dilaksanakan termasuklah mengedarkan risalah dan poster serta memberi ceramah berkaitan penyakit demam denggi. Gotong-royong juga diadakan dengan disertai penduduk setempat, kakitangan Majlis Daerah Jempol dan Pengurus FELDA. Penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit, 1975 juga dijalankan di mana 12 penghuni rumah yang di dapati positif pembiakan aedes telah dikompaun. Masalah-masalah semasa wabak yang telah dikenalpasti adalah pembuangan sampah yang tidak sanitari. Terdapat satu tempat pembuangan sampah yang berdekatan dengan tempat kediaman penduduk Serting Satu dan semasa kajian Aedes di dapati terdapat pembiakan jentik-jentik. Aktiviti-aktiviti kawalan juga kurang berkesan kerana pengasapan tidak dapat dijalankan dengan sempurna kerana hujan. Kekurangan kakitangan juga menimbulkan masalah kerana kejadian penyakit denggi yang berlaku hampir setiap hari di kawasan lain yang juga memerlukan pengawasan dan tindakan dari kakitangan Unit Vektor. Kekurangan peralatan di Unit Vektor seperti ketiadaan mesin 'Ultra Low Volume' juga melambatkan aktiviti pengasapan. Mesin ULV yang digunakan semasa wabak ini dipinjam dari Pejabat Kesihatan Port Dickson dan ini mengambil masa. Akhir sekali sambutan masyarakat yang kurang semasa ceramah dan gotong-royong menyebabkan penyebaran maklumat tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. CADANGAN Cadangan telah diberi kepada Pengurus FELDA Serting Satu untuk menubuhkan pasukan anti-aedes yang disertai oleh penduduk setempat mengikut blok-blok kediaman. Pasukan ini haruslah memeriksa dan memusnahkan bekas atau tempat pembiakan jentik--jentik sekurang-kurangnya seminggu sekali kerana kitaran hidup nyamuk adalah lebih kurang seminggu. Ini secara tidak langsung menyedarkan warga FELDA supaya menjaga kebersihan dan mengawal pembiakan nyamuk aedes. Pihak pengurusan FELDA harus menangani masalah pelupusan sampah dengan memastikan syarikat yang ditugaskan untuk memungut sampah menjalankan aktiviti mereka dengan baik dan sampah dibuang ke suatu tempat yang jauh dari rumah kediaman. Aktiviti pendidikan kesihatan perlu dipertingkatkan di kalangan penduduk FELDA Serting Satu dan seluruh penduduk berhampiran dari masa ke semasa untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan pembuangan sampah yang sempurna, menjaga kebersihan diri dan sekitar serta bahaya penyakit-penyakit yang boleh memudaratkan mereka. Pihak Kesihatan juga harus menyebarkan maklumat mengenai wabak kepada klinik-klinik swasta yang beroperasi di Bandar Baru Serting dan Bahau. Ini disebabkan ada segelintir masyarakat FELDA Serting yang mendapat rawatan awal di klinik ini dan tidak di diagnosa sebagai demam denggi atau tidak dinotifikasi

Buletin Kesihatan Masyarakat Isu Khas 1999 101 sebagai penyakit denggi. Oleh itu pesakit tidak dirujuk ke hospital dan tindakan awal untuk mencegah merebakan penyakit ini tidak dapat diambil. Cadangan-cadangan lain yang boleh diambil perhatian adalah mempertingkatkan program bebas denggi di sekolah-sekolah di FELDA Serting dengan memberi penekanan bukan sahaja di sekolah tetapi murid-murid dididik sepaya mengamalkan program bebas denggi di rumah masing-masing. Di pihak Unit Vektor, disyorkan penggunaan racun serangga yang berformulasi 'water based' yang boleh membunuh kedua-dua nyamuk aedes dewasa dan juga di peringkat jentikjentik. Penggunaan kaedah 'ovitrap' untuk mengesan kepadatan nyamuk boleh dijalankan. Kaedah ini berguna untuk kajian larva dan memantau aktiviti pengasapan. PERBINCANGAN Wabak demam denggi yang berlaku di FELDA Serting Satu ini telah dapat dikawal selepas 15 hari diisytiharkan. Menurut 'Quality Assurance' bagi protokol untuk program pengawalan penyakit bawaan vektor, wabak demam denggi harus dikawal dalam masa 14 hari. Selain dari masalah-masalah yang telah diterangkan, ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan berlakunya wabak dan tidak dapat dikawal dalam masa 14 hari. Antaranya adalah purata tarikh 'onset' demam dan tarikh masuk ke hospital adalah 7 hari. Ini menunjukkan mereka lambat mendapatkan rawatan atau mendapat rawatan di klinik swasta terdekat dan tidak didiagnosa sebagai demam denggi atau tidak dinotifikasi kepada Pejabat Kesihatan. Dalam masa 'period of communicability' iaitu sehari sebelum onset hingga hari ke 5, pesakit boleh menyebarkan virus denggi melalui gigitan nyamuk dan menyebabkan wabak. Juga diketahui bahawa Aedes albopictus juga berperanan sebagai vektor kepada virus denggi selain Aedes aegypti. Nyamuk A. albopictus boleh terbang lebih jauh iaitu 45 kilometer dan berupaya hidup ditanah pamah dan juga tanah tinggi atau sejuk. Hasil kajian Aedes yang dijalankan di dapati 12 buah rumah terdapat pembiakan Aedes albopictus. Ini seterusnya menyukarkan pengawalan nyamuk dengan aktiviti pengasapan atau melalui 'Ultra Low Volume' kerana nyamuk tersebut boleh terbang jauh. Sehingga kini masih tiada vaksin yang benar-benar berkesan untuk menghapuskan virus denggi. Walaubagaimanapun penyelidikan terhadap vaksin-vaksin ini masih dijalankan di Thailand dan Amerika Syarikat untuk memastikan ia benar-benar berkesan dan selamat untuk digunakan. KESIMPULAN Peningkatan kes demam denggi yang berlaku di kawasan bukan prioriti atau perkampungan harus diambil perhatian oleh semua pihak terutama pihak Kesihatan. Ini memandangkan sebelum ini kawasan bandar dihantui masalah wabak denggi dan langkah pencegahan di kawasan kampung telah diabaikan. Pendidikan kesihatan di kalangan masyarakat tentang sesuatu penyakit dan cara mencegahnya adalah penting bukan sahaja kepada individu tetapi kepada masyarakat dan negara yang terpaksa

102 Buletin Kesihatan Masyarakat Isu Khas 1999 menanggung kos rawatan dan pencegahan. Akhir sekali penglibatan semua pihak baik individu, masyarakat dan agensi-agensi swasta dan kerajaan merupakan satu eleman penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu program tercapai. RUJUKAN Asian Medical News. Ogos 1997. Hlm. 1 & 22. Kawalan dan Pencegahan Wabak Denggi. 1996. Hlm. 1-5. Http://www. Commhlth. medic.ukm.my Panduan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah. 1986. Kementerian Kesihatan Malaysia. Quality Assurance Investigation Protocol for Vector-Borne Disease Control Programme. June 1995. Kementerian Kesihatan Malaysia. Strategi-Strategi Kawalan Wabak Demam Denggi. Mei 1991. Ibu Pejabat Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Kuala Lumpur.