LAMPIRAN 1 KRITERIA ANUGERAH TOKOH SISWA 2017
A) LATAR BELAKANG ANUGERAH TOKOH SISWA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Anugerah Tokoh Siswa merupakan platform terbaik untuk mengiktiraf dan memberi galakan kepada kepimpinan mahasiswa yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan yang holistik dan kompeten selari dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pengajian Tinggi) 2015-2025. Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperkenalkan penganjuran Majlis Anugerah Tokoh Siswa kali pertama pada 1 Mac 2013. Anugerah ini membuka peluang kepada mahasiswa untuk bersaing secara sihat dan terlibat secara langsung dalam aktiviti pembangunan sahsiah di IPT bagi melahirkan insan yang seimbang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam aspek kepimpinan, sukan, kebudayaan, kesukarelawan, inovasi, keusahawanan, pengucapan awam, dan lain-lain. BIL ANUGERAH TOKOH SISWA TAHUN PENGANJURAN SEKRETARIAT BERSAMA/ TUAN RUMAH 1. ANUGERAH TOKOH SISWA 2013 2014 UMT 2. ANUGERAH TOKOH SISWA 2014 2015 USM 3. ANUGERAH TOKOH SISWA 2015 2016 UMP 4. ANUGERAH TOKOH SISWA 2016 2017 UTM B) OBJEKTIF Penganjuran Anugerah Tokoh Siswa bertujuan untuk : memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap kejayaan individu dan badan mahasiswa dalam pengurusan organisasi dan pelaksanaan program/aktiviti mahasiswa; mengiktiraf peranan individu dan badan mahasiswa yang berjaya memanfaatkan secara positif ruang dan peluang yang disediakan oleh Institusi Pendidikan Tinggi dalam pelaksanaan program/aktiviti kemahasiswaan; dan memberi kesedaran, motivasi serta peluang kepada para mahasiswa untuk mengetengahkan potensi dan mengembangkan bakat yang ada pada diri untuk menjadi insan yang cemerlang. 1
C) ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN I. Sebanyak 15 anugerah mengikut katagori akan dipertandingkan dan 1 anugerah utama akan direbut untuk menerima gelaran Tokoh Siswa Kebangsaan sebagaimana kategori berikut; ANUGERAH TOKOH SISWA ANUGERAH UTAMA ANUGERAH MENTERI PENDIDIKAN TINGGI TOKOH SISWA KEBANGSAAN Hadiah RM3,000.00, Trofi dan Sijil ANUGERAH MENGIKUT KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN 1. ANUGERAH PEMIMPIN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2. ANUGERAH PEMIMPIN KOLEJ KEDIAMAN 3. ANUGERAH PEMIMPIN FAKULTI/PERSATUAN/KELAB 4. ANUGERAH PEMIMPIN BADAN BERUNIFORM 5. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM KEUSAHAWANAN 6. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM KEBUDAYAAN 7. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI 8. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM SUKAN 9. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM PENGUCAPAN AWAM 10. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM WACANA INTELEK 2
11. ANUGERAH PEMIMPIN PELAJAR ANTARABANGSA 12. ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN (KESEJAHTERAAN KOMUNITI) 13. ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN (ALAM SEKITAR) 14. ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN (TERBUKA) 15. ANUGERAH PASUKAN SUKARELAWAN TERBAIK Hadiah- RM1,000.00, Trofi dan Sijil II. Keterangan Anugerah Mengikut Kategori Yang Dipertandingkan. 1. ANUGERAH PEMIMPIN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) peringkat MPP di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dan ciri-ciri kepemimpinan berwibawa dalam pengurusan organisasi. 2. ANUGERAH PEMIMPIN KOLEJ KEDIAMAN dibuka kepada pemimpin mahasiswa kolej kediaman (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dan ciri-ciri kepemimpinan berwibawa dalam pengurusan organisasi kolej kediaman. 3. ANUGERAH PEMIMPIN FAKULTI/PERSATUAN/KELAB dibuka kepada pemimpin mahasiswa Fakulti/Persatuan/Kelab (individu) yang berdaftar secara rasmi di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dan ciri-ciri kepemimpinan berwibawa dalam pengurusan organisasi Fakulti/Persatuan/Kelab. 4. ANUGERAH PEMIMPIN BADAN BERUNIFORM dibuka kepada pemimpin-pemimpin badan beruniform (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dan ciri-ciri kepemimpinan berwibawa dalam pengurusan organisasi badan beruniform. 5. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM KEUSAHAWANAN dibuka kepada terbaik dalam menganjurkan program-program keusahawanan berimpak tinggi. 3
6. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM KEBUDAYAAN dibuka kepada terbaik dalam menganjurkan program-program kebudayaan yang berimpak tinggi. 7. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam menganjurkan program sains, teknologi dan inovasi berimpak tinggi. 8. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM SUKAN dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dan menganjurkan program-program sukan berimpak tinggi. 9. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM PENGUCAPAN AWAM dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam menganjurkan program-program Pengucapan Awam seperti debat dan pidato yang berimpak tinggi. 10. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM WACANA INTELEK dibuka kepada terbaik dalam menganjurkan program/ seminar/ persidangan/ konvensyen/ kolokium/simposium berimpak tinggi. 11. ANUGERAH PEMIMPIN PELAJAR ANTARABANGSA dibuka kepada pemimpin mahasiswa antarabangsa (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam menganjurkan program-program berimpak tinggi dan memberi kesan kepada komuniti tempatan. 12. ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN (KESEJAHTERAAN KOMUNITI) dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dan terlibat dengan program kesukarelawanan yang menjurus kepada kesejahteraan komuniti berimpak tinggi dan meningkatkan kesedaran atau taraf ekonomi dan sosial masyarakat. 13. ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN (ALAM SEKITAR) dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dan terlibat dengan program kesukarelawanan alam sekitar berimpak tinggi dan memberi manfaat kepada alam sekitar melalui program kesedaran, pemeliharaan dan pemuliharaan bagi menjamin kelestarian alam sekitar. 14. ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN (TERBUKA) dibuka kepada terbaik dalam menganjurkan program-program kesukarelawanan berimpak tinggi. 4
15. ANUGERAH PASUKAN SUKARELAWAN TERBAIK dibuka kepada mana-mana kumpulan/pasukan/badan/kelab sukarelawan (berpasukan) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dan menganjurkan programprogram kesukarelawanan berimpak tinggi. Pemenang anugerah (1) hingga (14) secara automatik layak bertanding untuk mendapat Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi. D) PENGHARGAAN KHAS KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI Penghargaan Khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi diberi kepada semua mahasiswa IPT yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa secara individu atau berpasukan. Penerima penghargaan khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) hendaklah memenangi sama ada tempat pertama, kedua atau ketiga dalam semua bidang KECUALI bidang sukan yang telah memberi impak yang tinggi dan berterusan sepanjang pengajian. Penghargaan khas KPPT tidak dipertandingkan dalam Anugerah Tokoh Siswa. E) KRITERIA PEMARKAHAN: i- Calon-calon akan dinilai berdasarkan kriteria berikut; (a) (b) (c) Kategori Yang Dipertandingkan Pengurusan Organisasi 45% Penglibatan mahasiswa 40% Pencapaian Akademik 5% Nilai Tambah 10% Kategori Yang Dipertandingkan Penglibatan mahasiswa 85% Pencapaian Akademik 5% Nilai Tambah 10% Kategori Yang Dipertandingkan Penglibatan pasukan 90% Nilai Tambah 10% 5
ii- Calon yang dicalonkan oleh IPT akan ditemuduga oleh Panel Penemuduga. Pecahan markah bagi sesi temuduga anugerah ini adalah seperti berikut: Perkara JUMLAH MARKAH BERDASARKAN BORANG PEMARKAHAN TEMUDUGA SESI PERTAMA Temuduga berkumpulan dalam bentuk role play Bahasa Inggeris Pecahan markah 70% 10% SESI KEDUA Temuduga individu 20% Pembentangan selama 3 minit dan sesi soal jawab oleh ahli panel mengenai impak program/isu semasa/isu global iii- Pemenang 14 kategori yang dipertandingkan kecuali Anugerah Pasukan Sukarelawan Terbaik akan secara automatik layak bertanding untuk Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi dan diiktiraf sebagai Tokoh Siswa Kebangsaan. 6