1. Terima kasih kerana dapat bersama kami malam ini. Saya ingin mengambil. peluang dalam perjumpaan kita malam ini untuk mengucapkan terima kasih

dokumen-dokumen yang mirip
Tetamu terhormat, Dr. Yaacob Ibrahim Menteri Penerangan, Perhubungan & Kesenian merangkap Menteri Bertanggungjawab Atas Ehwal Masyarakat Islam

Tetamu terhormat, Encik Masagos Zulkifli Bin Masagos Mohamad, Menteri Sekitaran

Puan Rosa Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Seni Kebangsaan. Profesor Madya Hadijah Rahmat, Pengerusi, Jawatankuasa Anugerah Persuratan

Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura

ENCIK ZAQY MOHAMAD, PENGERUSI, BULAN BAHASA 2013, DI PELANCARAN BULAN BAHASA MELAYU 2013, SABTU, 7 SEP JAM 2.00 PTG DI RIVER ROOM, MUZIUM TAMADUN ASIA

Setiausaha Parlimen Kanan Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura

TEKS UCAPAN OLEH: MAJLIS: SEMINAR PEMBANGUNAN KAPASITI USAHAWAN BUMIPUTERA PADA: TEMPAT:

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

PELANCARAN BULAN BAHASA 2011 RISALAH UNTUK MEDIA 25 JUN 2011, 2.30PTG BANGUNAN LEMBAGA PERPUSTAKAAN NEGARA, VICTORIA STREET

UCAPAN ALUAN PROF. MADYA DR. ZAINAB HAMZAH PENGARAH UNIT MEDIA UniMAP SEMPENA MALAM MESRA MEDIA UniMAP JULAI 2011*HOTEL PUTRA PALACE*

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

TUGASAN 2 (INDIVIDU) SITI AIDA BINTI MUHAMAD A152797

TEKS UCAPAN YBHG DATUK HAJI HASIM BIN HAJI ISMAIL PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA MAJLIS PRA PELANCARAN

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. PROF. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM

Anugerah Persuratan 2017

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Anugerah Persuratan 2015

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

MAJLIS BAHASA MELAYU SINGAPURA (Malay Language Council, Singapore) Tel: Fax:

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

CHIA CHONG YANG A143398

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS BERBUKA PUASA RTM 19 JUN (Salutasi akan dikemaskini pada hari acara)

Siri Ceramah ARIF BUDIMAN. Prof Dr Mahsun Prof Dr Arndt Graf Datuk Al azhar Prof Dr tatiana Denisova

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS: MAJLIS PERASMIAN PROJEK MUTIARA NEGERI SEMBILAN 2011 PADA: 17 NOVEMBER 2011 TEMPAT:

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KPWKM SEMPENA MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KPWKM KE-12 OLEH PUAN CHE AZIZAH BINTI CHE RASHID

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

LAPORAN PROGRAM IFTHAR MAHABBAH KOMUNITI

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MAJLIS SANTAI KOMUNITI & KARNIVAL FITNESS

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain, Penasihat Projek Semaian Kasih;

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

1.1 Perancangan Projek

Program Kongsi Ilmu Kolej Cosmopoint Kuching

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

AMANAT HARI KEBANGSAAN 2016

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Kontrak Pembelajaran Kokurikulum. Kod Kursus. Aktiviti/Projek. Biodata Pelajar

TEKS UCAPAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia.

Alunan Gurindam Nazam di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH BOWLING

TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM KUMPULAN UTUSAN SEMPENA NUZUL AL-QURAN BERSAMA ANGKASA DAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IDRIS BIN HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: SEPETANG MERDEKA PADA: 8 SEPTEMBER 2014 (SELASA) 3 PETANG

Yang Berusaha En. Joannes Solidau Timbalan Ketua Pengarah Operasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

juta pengunjung ke acaraacara warisan di seluruh Singapura pada 2016 juta disumbangkan untuk kesenian dan warisan pada 2016 Lebih daripada

بسمااللهالرحمنالرحیم السلا معلیكمورحمةااللهوبرگاتھ. Terima kasih Saudara /saudari pengacara majlis

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA PENSYARAH: DR MD. NOR BIN ABDULLAH NAMA PELAJAR: FATIMAH BINTI HUSSIN

MATSUO BASHO. Penterjemah. Leyla Shuri. Darma Mohammad ITBM. Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Sekolah Menengah)

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

MAJLIS MAKAN MALAM KELUARGA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI PAHANG ZON 3 30 SEPTEMBER 2017 CHERENGIN HILLS, JANDA BAIK

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA PELAJAR PASCA SISWAZAH

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

KERJA KURSUS PROJEK: TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDU3105

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

[UNIT UPACARA & PROTOKOL

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Pelancaran Poly Agro Projek Cili Centil Tapak Tanaman Cili Centil 9.30 pagi pagi Datin Hasmah Binti Hassan, Pengerusi Puspanita KPT

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

Yang Berhormat Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan. Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen. Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kepenggunaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis,

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

MAKLUMAT UNTUK MEDIA MAJLIS ANUGERAH PERSURATAN OKTOBER 2017 BALLROOM, HOTEL FOUR SEASONS

ASPIRASI KEBAJIKAN SISWA KURSHIAH 18

Y.Bhg. Prof. Dr. Ali Yeon Md Shakaff, Timbalan Naib Canselor Akakdemik dan Antarabangsa UniMAP.

TEKS UCAPAN YBHG DATO SYED KAMARULZAMAN BIN DATO SYED ZAINOL KHODKI SHAHABUDIN PENGARAH URUSAN

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA PROGRAM JARINGAN PERNIAGAAN BERSAMA YAKULT

Transkripsi:

UCAPAN PROF MADYA MUHAMMAD FAISHAL IBRAHIM, SETIAUSAHA PARLIMEN KANAN (KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN KELUARGA) DALAM MAJLIS MENJUNJUNG BUDI BULAN BAHASA, SELASA, 7 NOVEMBER DI KELAB MASYARAKAT KEAT HONG. Puan Rahayu Mahzam Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2017 Anggota Majlis Bahasa Melayu Singapura Para wakil pertubuhan, Institusi, MAEC dan para peserta Majlis Malam ini Tuan-tuan dan Puan-puan Assalamualaikum w.r.b PENGENALAN 1. Terima kasih kerana dapat bersama kami malam ini. Saya ingin mengambil peluang dalam perjumpaan kita malam ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Bulan Bahasa 2017. 2. Sememangnya, Bulan Bahasa selama lebih kurang tiga bulan telah berakhir Oktober lalu, tapi kita tahu banyak sekali kegiatan bahasa, sastera dan budaya yang terus dianjurkan. Pada hujung minggu yang baru berlalu kita dapat rasakan kemeriahan kegiatan bahasa dan budaya Melayu dengan Pesta Penulis(SWF) anjuran Majlis Seni Kebangsaan (NAC) yang 1

berlangsung di Artshouse dan Festival Muara yang berlangsung di Esplanade. Masyarakat bahasa, sastera dan budaya kita mempunyai pilihan yang luas dalam memilih aktiviti yang mereka sukai. Malah, ada yang terpaksa membuat pilihan antara dua aktiviti yang mereka mahu hadiri. Inilah yang kita panggil good problem masalah yang baik untuk kita. ANTARA KEGIATAN BULAN BAHASA 2017 YANG SAYA HADIRI 3. Tahun ini, saya berpeluang menghadiri beberapa kegiatan Bulan Bahasa. Saya amat gembira sekali kerana sambutan masyakat kita terhadap kegiatan Bulan Bahasa amat hangat sekali. 4. Kegiatan-kegiatan yang dianjurkan di estet-estet perumahan dihadiri oleh pelbagai peringkat masyarakat dari kegiatan untuk kanak-kanak prasekolah hinggalah kegiatan untuk warga emas. Sambutan ini amat menggembirakan sekali kerana inilah matlamat kita apabila menganjurkan Bulan Bahasa, iaitu mahu Bulan Bahasa itu sesuai untuk semua peringkat usia dan golongan. SAMBUTAN TIGA PULUH TAHUN BULAN BAHASA 2018 5. Hadirin sekalian, tahun depan merupakan tahun ketiga puluh Majlis Bahasa Melayu Singapura menganjurkan Bulan Bahasa sejak 1988. Perjalanan selama 30 tahun ini amat bermakna sekali. Saya pasti ada individu dalam 2

masyarakat kita yang mempunyai pengalaman melibatkan diri dalam kegiatan Bulan Bahasa sejak tahun 80-an lagi. Pengalaman mereka amat berharga sekali. 6. Oleh itu, untuk menyambut tahun ketiga puluh kita menjayakan Bulan Bahasa, MBMS menjemput sumbangan gambar daripada orang ramai ketika mereka melibatkan diri dalam kegiatan Bulan Bahasa. Sekiranya dapat dialih ke salinan lembut, lebih baik. Kami juga sedar, dalam masa 30 tahun ini, pelbagai bahan-bahan seranta telah diberikan contohnya tanda buku, poster, buku nota, beg sandang dan sebagainya. Petiklah beberapa gambar dan hantarlah kepada kami. Ketika menghantar gambar tersebut kepada kami, hantarkan juga pengalaman anda ketika menyambut Bulan Bahasa dalam lebih kurang 20 50 perkataan. PENGHASILAN VIDEO, PAMERAN DAN JURNAL 7. Kami merancang untuk menghasilkan video pendek yang dapat merakam pengalaman orang ramai ketika melibatkan diri dalam Bulan Bahasa sepanjang 30 tahun ini. Kami akan berkongsi video ini nanti melalui pelbagai platform yang ada agar dapat dinikmati oleh masyarakat kita. Sekiranya bahan-bahan yang kami terima melalui gambar yang dihantar sesuai, kami juga akan mengadakan pameran nanti. 3

8. Kami juga merancang untuk menerbitkan sebuah jurnal bahasa dan sastera Melayu bermula pada tahun depan. MBMS dahulu menerbitkan jurnal Sekata dan kami berharap untuk menerbitkan artikel-artikel dan karyakarya penulis kita. PENGERUSI PROJEK TAHUN KE-30 BULAN BAHASA 9. Projek Sambutan Bulan Bahasa ke-30 tahun depan mempunyai dua bahagian. Kegiatan Bulan Bahasa 2018 akan terus diterajui oleh Puan Rahayu Mahzam sebagai pengerusinya. Untuk Projek Khas Bulan Bahasa 2018 pula, Encik Tajudin Jaffar, Setiausaha MBMS akan mengetuainya. Saya percaya mereka akan dapat menjalankan tanggungjawab yang dipikul dengan sokongan masyarakat kita. WISMA GEYLANG SERAI PELANCARAN BULAN BAHASA 2018 10. Hadirin sekalian, kita telah menjayakan Majlis Pelancaran di pelbagai tempat yang menawarkan ciri-ciri uniknya tersendiri seperti di Muzium Tamadun Asia, Muzium Negara dan tahun ini di Taman Warisan Melayu. Tahun depan, sesuai dengan Sambutan Bulan Bahasa 2018 kita berharap kita dapat mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa di Wisma Geylang Serai yang sedang dibangunkan sekarang. Insya-Allah, sekiranya pembangunan Wisma Geylang Serai berjalan seperti yang dijadualkan, kita 4

akan dapat menyambut Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2018 di sana nanti. Sama-samalah kita nantikannya. 11. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih saya kepada Puan Rahayu Mahzam dan Jawatankuasa Bulan Bahasa beliau, para Duta Bahasa dan Rakan Bahasa yang begitu aktif sekali terlibat dalam pelbagai peranan. Terima kasih daun keladi. 12. Saya juga berterima kasih kepada semua pertubuhan, institusi, MAEC, para guru dan pelajar, individu-individu yang tidak sempat saya sebutkan nama mereka di sini yang menyumbang dalam kegiatan-kegiatan Bulan Bahasa. Jangan serik, ya. Ilmu. Budaya. Mesra. Bahasa Kita. Gunakanlah. Sekian, terima kasih. 5