ISTIADAT PERBARISAN JUBLI EMAS KOR KESIHATAN DIRAJA

dokumen-dokumen yang mirip
MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 159 TARIKH: 20 JUN 2014 (JUMAAT); JAM: PAGI TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 165 TARIKH: 6 JAMADIL AKHIR 1437/15 MAC 2016 (SELASA); JAM: PAGI; TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

PERASMIAN SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2017

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PENGISYTIHARAN DAERAH MUALLIM PERAK DARUL RIDZUAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta alla Wabarakatuh Dan Salam

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN PELAN STRATEGIK MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH UPACARA PERASMIAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH SELAMA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Bismillahi Rahmani Rahim.

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

KETEGUHAN NEGARA DAN CABARAN DI HADAPAN KITA

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.

TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

TEKS UCAPAN YG BHG. BRIG JENERAL DATO PROFESSOR DR KAMARUDIN HUSSIN KOMANDER REJIMEN 509 ASKAR WATANIAH SEMPENA MAJLIS BBQ SKAW SIRI 21/2010

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

TEKS UCAPAN PERASMIAN YAB DATO SERI DR ZAMBRY B ABD KADIR MENTERI BESAR PERAK MAJLIS PERASMIAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SIMPANG PULAI, PERAK

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

KONVENSYEN MEMPERKUKUH PASAK NEGARA: KE ARAH WASIAT LEBIH TERSURAT TARIKH : 5-6 OGOS 2017M / DZULKAEDAH 1438H TEMPAT : HOTEL MARRIOTT PUTRAJAYA

Ucapan Aluan Y.Bhg. Prof. Dato Dr. Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. Sempena Majlis Graduasi Program Pensijilan USIM-BIMB 2016

TEKS UCAPAN YDH KOMANDAN SUKSIS UTM

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

TITAH TUANKU CANSELOR DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

dengan anak isteri mereka dalam bulan yang mulia ini dalam suasana yang meriah itu.

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

Ucapan Prof. Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. Sempena HARI PENDAFTARAN PELAJAR KOLEJ PERMATA INSAN 2016

Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-80 KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCA- RAN PERAYAAN MENYAMBUT ABAD KE 15 HIJRAH DI BANGUNAN PARLIMEN, PADA 21 NOVEMBER, 1979.

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

Yang Berbahagia, Encik Razli Ahmad, Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,

PROGRAM GAP YEAR KESUKARELAWANAN KHIDMAT NEGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA & ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Tuan-tuan dan Puan-puan. Berbalik semula kepada Pertandingan Membaca Al-Quran tahun ini, saya sukalah mengucapkan setinggi-tmggi penghargaan dan

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Keharmonian, Toleransi Penduduk Berbilang Kaum Asas Terpenting Keutuhan Malaysia

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. TAN SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN PKG Yang Berhormat Dato Razali bin Ismail Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

TEKS UCAPAN KOMANDAN PALAPES UniMAP KOL PROF DATO DR. KAMARUDIN BIN HUSSIN PADA 4 FEB 2008 SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM JASAMU DIKENANG

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KAEDAH BELAJAR SAMBIL BERMAIN GURU-GURU CEMERLANG JPWP PADA : 15 SEPT 2005 OLEH PN. MASARIAH BT MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA KUALA LUMPUR


Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Sambutan Presiden RI pd Peringatan Hari Otonomi Daerah XVIII, di Jakarta, tgl. 25 April 2014 Jumat, 25 April 2014

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

SOALAN NO: 16 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA PERTANYAAN DARIPADA

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

بسم هللا الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia yang saya hormati saudara dan saudari pengerusi majlis,

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

PAMERAN DAN PENGAMBILAN ANGGOTA BARU PASUKAN ASKAR WATANIAH, UNIT KOKURIKULUM POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN : KAFETERIA,POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis.

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

TEKS UCAPAN MUSABAQAH TILAWATIL QUR AN PERINGKAT AKHIR BELIA KEBANGSAAN 1432H/2011M

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA TAMAT LATIHAN DAN PENTAULIAHAN INSPEKTOR KOR-SUKSIS UMS SIRI 1/2008

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 1436H/2015M. Oleh: Mohd Fazrin Bin Hamdan

SALUTASI. Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis; Yang Berbahagia Profesor Dr. Sabarudin bin Mohd, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

Layari :

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 22/2017

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

D.R. 4/90 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) [ ]

KANDUNGAN. Muka Surat. Sekapur Sirih Kata Alu-aluan.. 4

Transkripsi:

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR- LAH ISTIADAT PERBARISAN JUBLI EMAS KOR KESIHATAN DIRAJA TARIKH: 14 SYAABAN 1438 / 11 MEI 2017 (KHAMIS) JAM: 8.30 PAGI TEMPAT: DATARAN PANGLIMA TENTERA DARAT, KEM PERDANA SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR. Salam Sejahtera

Sesungguhnya, ALLAH Subhanahu Wata ala memberikan peringatan agar manusia menyediakan satu angkatan tentera yang kuat lagi lengkap, berkeadaan siaga menghadapi musuh seperti yang difirmankan dalam Surah Al-Anfaal ayat 60 bermaksud: Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap untuk berperang, (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh ALLAH, musuh mu, serta musuh-musuh lain yang kamu tidak mengetahuinya; sedang ALLAH mengetahuinya... 1 2. Angkatan Tentera Malaysia mendukung amanah berat lagi penting untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Kor Kesihatan Diraja ditubuhkan untuk melengkap keperluan operasi Angkatan Tentera Malaysia. Keperluan tentera mempunyai pegawai perubatan dalam pasukan, dikenal pasti, seawal penubuhan Kompeni Percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933; ketika itu seorang Pegawai Perubatan British telah diambil berkhidmat dalam Batalion Pertama Askar Melayu. Unit perkhidmatan perubatan dan pergigian kemudiannya diwujudkan; disusuli dengan penubuhan Kor Perkhidmatan Am (Ubat) pada tahun 1960. Kor Ubatan dan Gigian ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1967, bertukar nama kepada Kor Kesihatan Angkatan Tentera pada 10 Ogos 1988; dan pada 7 Jun 1997 1 Al Qurah, Al Anfaal (8:60)

diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong, ditauliahkan sebagai Kor Kesihatan Diraja. 3. Kor Kesihatan Diraja, kini dianggotai oleh enam ratus dua puluh empat (624) orang pegawai dan dua ribu lima ratus lapan puluh lapan (2,588) orang anggota berpangkat rendah. Daripada tanggungjawab awal menyediakan perkhidmatan perubatan medan, peranan Kor Kesihatan Diraja telah berhijrah mengendalikan tanggungjawab lebih besar; kini turut diberikan amanah mengendalikan lima (5) Hospital Angkatan Tentera, lapan belas (18) Rumah Sakit, empat puluh enam (46) Pusat Perubatan, empat (4) Klinik Pergigian Khidmat Pakar dan dua puluh enam (26) Pusat Rawatan Pergigian. Alhamdulillah, dalam bidang klinikal, Kor Kesihatan Diraja telah berjaya melangkah ke peringkat perkhidmatan perubatan tertiar (tertiary care), merangkumi bidangbidang kardiologi, pernafasan (respiratory) dan oftalmologi di samping pewujudan perkhidmatan perubatan regeneratif. 4. Beta menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh warga Kor Kesihatan Diraja yang berjaya memenuhi misi penubuhannya untuk Memelihara Kekuatan Tempur Angkatan Tentera Malaysia Dengan Pemeliharaan Kesihatan, Pencegahan Penyakit, Perawatan dan Khidmat Rehabilitasi serta turut mencipta keharuman nama setelah berjaya mendapat pelbagai pengiktirafan. Dalam 2016, Kor Kesihatan Diraja telah menerima Anugerah Inovasi Negara: Portable Dental Treatment Unit, pengiktirafan lima bintang dalam Sistem Star Rating

Perkhidmatan Awam, pengiktirafan empat bintang Accountability Indeks Monitoring Systems (AIMS), serta Pusat Tanggungjawab Kewangan Markas ATM Terbaik; dan selama empat tahun berturut-turut berjaya mendapat Pengiktirafan Stor Bestari. Anugerah inovasi JERNIH 2014, ialah inovasi sistem penapisan air, bersih dan selamat, dihasilkan oleh Kor Kesihatan Diraja, yang memberikan manfaat kepada penduduk tempatan, begitu juga di luar negara. Sistem penapisan air berinovasi ini turut mendapat pengiktirafan antarabangsa serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan telah diperkenalkan di Afghanistan, di Kampuchea dan di beberapa negara Benua Afrika. 5. Dalam usia lima puluh tahun pewujudannya, Kor Kesihatan Diraja turut memberi bantuan perubatan dan kemanusiaan di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo, di Namibia, di Kampuchea, di Somalia, di Bosnia, di Timor Leste, di Sahara Barat dan di Lubnan. Kor Kesihatan Diraja telah memberi bantuan ketika berlakunya kebakaran hutan di Kalimantan, memberi bantuan kemanusiaan di Kepulauan Flores, Indonesia, serta membantu mangsa Taufan Haiyan di Filipina, pelarian Afghanistan di Chaman, Pakistan di samping turut menyertai Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) ketika berlaku gempa bumi di Turki dan di India. 6. Prestasi pencapaian di dalam negara dan penerimaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta negara-negara lain, membuktikan Kor ini mempunyai reputasi yang cemerlang. Kejayaan tidak tercapai dalam

satu musim. Kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada himpunan usaha yang dilaksanakan secara berterusan - secara konsisten secara sistematik secara berhaluan. Kecemerlangan tidak tercipta melalui retorik dan slogan. Kecemerlangan akan tercipta melalui pimpinan yang berwawasan, komitmen yang bersungguh, tugas yang disempurnakan secara dedikasi, diperlengkap dengan semangat berkorban - semangat berpasukan semangat kesetiaan. Kejayaan yang dicapai dan kecemerlangan yang dicipta oleh Kor Kesihatan Diraja adalah hasil daripada kombinasi komponen-komponen tersebut. 7. Mempertahankan kejayaan dan melonjakkan kecemerlangan adalah cabaran lebih besar setelah kejayaan dicapai dan kecemerlangan tercipta. Prestasi kejayaan dan kecemerlangan lima puluh tahun pertama usia Kor Kesihatan Diraja, hendaklah dijadikan sumber inspirasi menyuntik semangat lebih gigih untuk terus maju dan terus mara, menjiwai dan menghayati cogan kata KHIDMAT DIUTAMAKAN, agar Kor Kesihatan Diraja akan muncul antara Kor yang amat dihargai di dalam Angkatan Tentera Malaysia dan dihormati di peringat antarabangsa. 8. Saudara-saudari yang menganggotai Kor ini adalah minda yang menggerakkan nadi Kor Kesihatan Diraja. Saudari-saudari juga yang telah dan akan terus menyuntik roh, di samping melakar warna dan rupa bentuk Kor Kesihatan Diraja. Saudara-saudari telah membuktikan kesanggupan untuk menggalas dua tugas berat penuh cabaran;

pertama menjadi anggota tentera, dan kedua terlibat dalam bidang kesihatan. Imam Shafie Rahimahullah mencatatkan: Aku tidak tahu suatu yang lebih mulia selepas ilmu halal dan haram melainkan ilmu perubatan 2 9. Tentera dan Perubatan adalah gandingan dua profesion yang tugasannya diperlukan sepanjang siang sepanjang malam; tugas tentera merentasi sempadan waktu, keperluan rawatan kesihatan tidak mengenal masa. Sesungguhnya, setiap seorang saudara-saudari memiliki kembaran dua kesungguhan - dua ketabahan, dua kegigihan dua komitmen, apabila memilih dan terpilih untuk menganggotai Kor Kesihatan Diraja yang dipertanggungjawabkan untuk menghadapi dua tugasan kembar yang sangat mencabar. Saudara-saudari yang menganggotai Kor Kesihatan Diraja serentak melaksanakan dua tanggungjawab fardu kifayah yang besar. Semoga khidmat murni dan jasa bakti yang dicurahkan dalam perkhidmatan, akan dianugerahkan oleh ILAHI ganjaran dunia ganjaran akhirat. 10. Seorang tentera yang hebat akan melaksanakan tugas berlandaskan keimanan, yang mencerminkan kemuliaan akhlak dengan memahami dan menjiwai, tahap kesetiaan, yang tidak mengizinkan berlakunya penganiayaan dan kezaliman. Seorang tentera yang hebat, memiliki sifat bekerja untuk dunia, dan berjuang untuk akhirat. Seorang 2 al Dhahabi, Siyar A lam al Nubala (Beirut, 1996), vol. 10, p.57

tentera yang hebat bersedia mempertahankan kedaulatan tanah airnya hingga ke peringkat menitiskan darah dan mengorbankan nyawa demi memastikan tanah airnya terus bernyawa dan bermaya. Untuk itu, Beta menzahirkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada setiap anggota tentera dan setiap keluarga anggota tentera di atas pengorbanan besar mereka, berbakti kepada bangsa dan negara. 11. Dalam mempertahankan kedaulatan takhta pemerintahan dan kemerdekaan negara, banyak nyawa anggota tentera telah terkorban. Jasad mereka disemadikan di pusara di serata negara, dan kebanyakan mereka disemadikan di pusara yang tidak bernama. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan pengorbanan mereka diterima sebagai pengorbanan yang mendapat rahmat daripada ILAHI. Sempena Istiadat Perbarisan Jubli Emas Kor Kesihatan Diraja pada pagi ini, sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka, marilah sama-sama kita bertafakur, mendoakan semoga roh mereka berada dalam dakapan ihsan dan kasih sayang ILAHI; di kalangan umat Islam, sama-samalah kita membacakan Surah Al-Fatihah, memohon semoga ALLAH SUBHANAHU WATA ALA melimpahkan rahmat ke atas roh-roh mereka yang telah gugur. AL FATIHAH.