KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

dokumen-dokumen yang mirip
KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

Kempen 1% Pulangan Tunai Kad Kredit Hong Leong

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

HONG LEONG BANK BERHAD DAN HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD

PROMOSI GANDAKAN KADAR FAEDAH HONG LEONG

PROMOSI PENGURANGAN CEK BAGI PEMEGANG AKAUN SEMASA INDIVIDU - STOP THE CHEQUES & GO ONLINE Dikemaskini pada 01 hb April 2017

Kempen 30% Pulangan Tunai pada Hujung Minggu Terma dan Syarat ( T&S )

TERM DAN SYARAT Berikut adalah Terma dan Syarat yang ditetapkan untuk Kempen ini ( T&Cs )

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Kempen Auto-billing TEMPOH KEMPEN

KEMPEN PEMBELANJAAN PASS PERANTAUAN CELCOM KAD KREDIT HONG LEONG BANK

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

HONG LEONG BANK BERHAD PROMOSI AKAUN SIMPANAN HARVEST

TERMA DAN SYARAT Kempen Penggunaan Besar-besaran Kad RHB Pertengahan Tahun 2016

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

HONG LEONG BANK PROMOSI DEPOSIT DAN MENANG EMAS

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN HARVEST

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

Untuk tujuan kempen ini, Pelanggan yang telah memenuhi semua kriteria di Klausa 2 di atas akan ditakrifkan sebagai Pelanggan Layak.

KEMPEN VISA 2018 FIFA WORLD CUP TM

TERMA DAN SYARAT Berikut adalah Terma dan Syarat yang ditetapkan untuk Kempen ini ( T&Cs ):-

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

PELUANG UNTUK MEMENANGI BAUCAR HABIB JEWELS BERNILAI SEHINGGA RM8,000 TEMPOH PROMOSI

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

Program 20% Festive Cash Back. Terma dan Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA DAN SYARAT ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD SWIPE & WIN ("Kempen")

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN JUNIOR 3-IN-1

Kempen bermaksud Kempen Kad Debit AmBank Swipe to Win yang dianjurkan oleh Bank menurut Terma dan Syarat yang ditetapkan dalam dokumen ini.

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

ISTIMEWA PEMBUKAAN CAWANGAN BARU DI TAMAN PUNCAK JALIL

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

KAD UOB VISA INFINITE COMPLIMENTARY AIRPORT CAR RIDE Terma & Syarat Kad UOB VISA Infinite. Tempoh Kempen. Perbelanjaan yang layak

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN JUNIOR 3 DALAM 1

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja Musim Perayaan dan Menang Kad Hadiah CIMB-IKEA (1 Disember Februari 2018)

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Terma & Syarat Kempen Bila-bila Masa, Di Mana Jua dengan affinonline

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

KEMPEN SUKU TAHUNAN KAD KREDIT PRVI MILES UOBM TERMA & SYARAT

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN MIGHTY BITE

Terma dan Syarat OCBC SME Access

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad ( HLBB ) dan/atau Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ).

Terma dan Syarat Kempen Kad Kredit-i Visa Bank Islam SWIPE & DRIVE FURTHER

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

ARAHAN TELEKOMUNIKASI

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

Fasal-fasal yang dipinda

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

2. Kategori mereka yang berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini:

TERMA DAN SYARAT Kempen Ganjaran RM150 RHB Smart Account/-i 2018

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

2018 Kad UOB ONE Terma dan Syarat

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

Kempen CIMB Bank My First Cash Advance Terma-terma dan Syarat-syarat

3. Untuk tujuan Promosi ini, kedua-dua Kad Kredit dan Kad Debit hendaklah secara kolektif merujuk sebagai "Kad".

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD yang mengawal Kempen Belanja dan MenangCIMB-IKEA

Terma-Terma & Syarat- Syarat Kad Kredit Cash Rebate Platinum

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Kempen Spot 8 & Menang Sebuah Toyota Vellfire. Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Transkripsi:

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK TEMPOH KEMPEN Kempen Pembelanjaan Luar Negara dan Dapat 1% Pulangan Tunai ( Kempen ) Hong Leong Bank Berhad (97141-X) ( HLB ) bermula pada 01 September 2017 pukul 00:00:00 jam (12:00 pagi) dan berakhir pada 28 Februari 2018 pukul 23:59:59 (11:59 malam), termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ), melainkan diberitahu sebaliknya. TERMA & SYARAT Terma dan syarat Kempen adalah seperti berikut ( T&S )- KELAYAKAN 1. Kempen ini terbuka hanya kepada Pemegang Kad Kredit HLB Visa sedia ada yang terpilih (termasuk bekas Pemegang Kad Kredit Visa EON Bank) yang menerima jemputan melalui Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS ) ( SMS Jemputan ) daripada HLB semasa Tempoh Kempen ( Pemegang Kad Terpilih ). 2. Pemegang Kad Terpilih berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini: (i) Kakitangan HLB/Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ) sama ada secara tetap atau kontrak, kakitangan mana-mana wakil atau ejen HLB (termasuk juruaudit luar, penjual, pembekal, ejen pengiklanan dan Kempen) serta ahli-ahli keluarga terdekat masing-masing (misalnya, pasangan, anak-anak, ibu atau bapa, adik-beradik); (ii) Pemegang Kad Terpilih yang telah melakukan atau disyaki melakukan sebarang penipuan atau kesalahan undang-undang berkaitan dengan mana-mana kemudahan yang diberi oleh HLB atau telah diisytiharkan muflis (menurut petisyen oleh sama ada bank atau mana-mana pihak ketiga) atau bakal dikenakan prosiding kemuflisan pada bila-bila masa sebelum, semasa atau selepas Tempoh Kempen; atau (iii) Pemegang Kad Terpilih yang telah melakukan atau ditentukan oleh HLB berpotensi melakukan sebarang kesalahan yang ditetapkan di dalam ini, akan serta-merta terlucut kelayakan daripada menyertai Kempen. MEKANISMA KEMPEN Pendaftaran SMS 3. Apabila menerima SMS Jemputan, Pemegang Kad Terpilih dikehendaki menghantar SMS satu (1) kali mengikut format di bawah ini kepada 66600 ( Nombor Ditetapkan ) semasa Tempoh Kempen untuk menyertai Kempen ini ( Pendaftaran SMS ). Format SMS kepada Nombor Ditetapkan: FO<jarak>Nombor Kad Pengenalan 12 digit ( KP ) 4. Pendaftaran SMS yang dilakukan oleh Pemegang Kad Terpilih kepada Nombor Ditetapkan untuk tujuan pendaftaran akan dianggap sebagai keizinan untuk menyertai Kempen ini. 5. Setelah pendaftaran berjaya, Pemegang Kad Terpilih akan menerima pengesahan melalui SMS tanpa dikenakan bayaran kepada nombor telefon bimbit yang digunakan untuk pendaftaran.

6. Pemegang Kad Terpilih hendaklah bertanggungjawab: (i) Menyemak dan memastikan penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing ( Telco ) boleh menyokong penghantaran SMS kepada Nombor Ditetapkan di bawah Kempen ini; (ii) Menjelaskan caj SMS standard yang dikenakan oleh Telco masing-masing bagi setiap SMS yang dihantar di bawah Kempen ini kepada Nombor Ditetapkan. Buat masa ini, Telco yang boleh menyokong penghantaran SMS kepada Nombor Ditetapkan adalah Celcom, Maxis, Digi dan umobile. HLB tidak boleh dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab jika Telco Pemegang Kad Terpilih itu tidak boleh menyokong penghantaran mana-mana SMS kepada Nombor Ditetapkan; dan (iii) Memastikan butir-butir di dalam Pendaftaran SMS yang dihantar kepada Nombor Ditetapkan adalah tepat, lengkap, mengikut format yang diberi dan dalam Tempoh Kempen, jika gagal berbuat demikian, maka Pendaftaran SMS Pemegang Kad Terpilih itu tidak akan diproses dan Pemegang Kad Terpilih tidak akan layak menyertai Kempen ini. 7. Pemegang Kad Terpilih akan menerima pengesahan SMS daripada Nombor Ditetapkan bagi Pendaftaran SMS yang berjaya dihantar kepada Nombor Ditetapkan ( SMS Pengesahan ), tertakluk kepada keadaan lalu lintas SMS di rangkaian Telco berkenaan. SMS Pengesahan ini dijana secara automatik untuk mengesahkan penerimaan Pendaftaran SMS yang dihantar dan TIDAK dianggap sebagai pemberitahuan bahawa Pemegang Kad Terpilih telah memenangi Pulangan Tunai. 8. Bukti Pendaftaran SMS yang dihantar kepada Nombor Ditetapkan oleh Pemegang Kad Terpilih tidak boleh dianggap sebagai pengesahan penerimaan Pendaftaran SMS oleh HLB melainkan Pemegang Kad Terpilih itu menerima SMS Pengesahan seperti dinyatakan dalam fasal 7 di atas di nombor telefon bimbit yang sama digunakan oleh Pemegang Kad Terpilih untuk Pendaftaran SMS. Pemegang Kad Terpilih dianggap tidak layak menyertai Kempen ini jika sekiranya Pemegang Kad Terpilih itu tidak menerima SMS Pengesahan 9. HLB tidak akan dipertanggungjawabkan dan berhak melucutkan kelayakan mana-mana Pendaftaran SMS tak sah yang dihantar kepada Nombor Ditetapkan atas apa jua sebab sekalipun termasuk, tetapi tidak terhad kepada Pendaftaran SMS dua kali, format Pendaftaran SMS tidak betul, Pendaftaran SMS tidak berjaya atau terlewat semasa Tempoh Kempen atas budi bicara mutlaknya tanpa memberikan sebarang sebab. 10. HLB tidak bertanggungjawab, begitu juga HLB tidak mempunyai apa jua kawalan terhadap keadaan kesesakan lalu lintas SMS, kegagalan rangkaian dan/atau gangguan dan/atau kesesakan di pihak Telco berkenaan atau atas apa jua sebab sekalipun semasa dalam proses penghantaran Pendafaran SMS kepada Nombor Ditetapkan atau penghantaran SMS Pengesahan daripada Nombor Ditetapkan kepada Pemegang Kad Terpilih yang mungkin menyebabkan kelewatan Pendaftaran SMS dan pengesahan SMS ketika dihantar semasa Tempoh Kempen. 11. Setelah memenuhi syarat-syarat Pendaftaran SMS seperti tersebut di atas, Pemegang Kad Terpilih yang melakukan perbelanjaan dalam talian untuk transaksi dalam mata wang asing sahaja ( Perbelanjaan Layak ) dengan menggunakan Kad Kredit Hong Leong Visa mereka dalam Tempoh Kempen adalah layak mendapat Pulangan Tunai seperti ditetapkan dalam fasal 15 di bawah. 12. Bagi mengelakkan keraguan, perbelanjaan berikut TIDAK dianggap sebagai Perbelanjaan Layak: (i) Transaksi runcit dalam negara dan antarabangsa menggunakan Kad Kredit Hong Leong Visa/MasterCard;

(ii) Transaksi dalam talian dalam negara dan antarabangsa menggunakan Kad Kredit Hong Leong MasterCard; (iii) Semua pengeluaran wang tunai daripada Mesin Juruwang Automatik ( ATM ); (iv) Semua transaksi dalam talian dalam negara sama ada dalam Ringgit Malaysia atau mata wang asing; (v) Arahan tetap seperti pengebilan automatik; (vi) Caj kewangan dan fi seperti fi tahunan kad kredit dan cukai kerajaan; (vii) Perbelanjaan luar negara dalam talian dilakukan menggunakan Ringgit Malaysia; dan (viii) Sebarang perbelanjaan dilakukan menggunakan Ringgit Malaysia 13. Perbelanjaan terkumpul Kad Kredit HLB Visa yang dibelanjakan oleh pemegang kad utama dan kad tambahan semasa Tempoh Kempen akan diambil kira dalam pengiraan Perbelanjaan Layak. 14. Penjejakan Perbelanjaan Layak akan berdasarkan tarikh perbelanjaan dan urus niaga Waktu Malaysia yang berjaya dicatatkan dalam sistem HLB sepanjang Tempoh Kempen. HLB berhak menentukan transaksi yang akan dianggap sebagai Perbelanjaan Layak. 1% PULANGAN TUNAI 15. Apabila sahaja Pemegang Kad Terpilih memenuhi kriteria Pendaftaran SMS dan memenuhi syarat-syarat Perbelanjan Layak seperti di atas ( Perbelanjaan Layak ), dia akan menerima 1% pulangan tunai berdasarkan Perbelanjaan Layak mereka yang dibuat sepanjang Tempoh Kempen ( Pulangan Tunai ). 16. Pemberian Pulangan Tunai kepada Pemegang Kad Layak adalah atas dasar siapa cepat dia dapat tertakluk kepada peruntukan Pulangan Tunai berjumlah RM180,000 bagi Kempen ini dan had maksimum Pulangan Tunai adalah RM100 bagi setiap Pemegang Kad Layak sebulan semasa Tempoh Kempen. 17. Pemberian Pulangan Tunai kepada Pemegang Kad Layak adalah berdasarkan jumlah amaun Perbelanjaan Layak yang dicaj kepada mana-mana Kad Kredit HLB Visa dalam Ringgit Malaysia. 18. Perbelanjaan Layak yang dilakukan dalam mata wang asing akan ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran sepertimana ditentukan oleh HLB atas budi bicara mutlaknya 19. Pengiraan Pulangan Tunai akan dilakukan pada penghujung setiap bulan kalendar atas jumlah Perbelanjaan Runcit bagi bulan berkenaan dan tidak terkumpul dari bulan terdahulu. 20. Jumlah Pulangan Tunai akan dikreditkan setiap bulan ke dalam akaun Pemegang Kad Layak dalam masa enam (6) minggu selepas berakhirnya setiap bulan kalendar ( Tempoh Bayaran Pulangan Tunai ). Pada dasarnya Pemegang Kad Layak berkewajipan memberitahu HLB jika sekiranya tidak menerima Pulangan Tunai dalam masa 60 hari selepas berakhirnya Tempoh Bayaran Pulangan Tunai, jika gagal berbuat demikian maka Pemegang Kad Layak dianggap telah menerima Pulangan Tunai itu dan sebarang rayuan atau permintaan pembayaran ganti tidak akan dilayani oleh HLB. 21. HLB tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kelewatan dalam pencatatan sebenar Perbelanjaan Layak dan/atau Pulangan Tunai yang diperolehi. 22. HLB tidak berkewajipan memberitahu Pemegang Kad Layak apabila Pulangan Tunai mencecah Peruntukan Pulangan Tunai maksimum (iaitu RM180,000) semasa Tempoh Kempen.

UMUM 23. Dengan menyertai Kempen ini, Pemegang Kad Terpilih: (a) Bersetuju bahawa mereka telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi T&S di dalam ini; (b) Bersetuju bahawa semua rekod transaksi di dalam atau di luar Malaysia yang terakam dalam sistem HLB dalam Tempoh Kempen ini adalah tepat dan muktamad; (c) Bersetuju bahawa keputusan HLB atas segala hal berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad dan mengikat ke atas semua Pemegang Kad Layak. Sebarang rayuan dan/atau surat-menyurat tidak akan dilayani; (d) Bersetuju bahawa Pulangan Tunai tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau manfaat barangan; (e) Bersetuju untuk mengakses laman web HLB di www.hlb.com.my ( Laman Web HLB ) dari semasa ke semasa untuk menyemak T&S dan untuk memastikan mereka sentiasa mengikuti apa-apa pertukaran atau pindaan kepada T&S; dan (f) Bersetuju nama, nombor Kad Pengenalan (dalam bentuk terlindung) dan/atau foto mereka disiarkan atau dipaparkan dalam Laman Web HLB; 24. HLB berhak untuk: (a) melucutkan kelayakan mana-mana Pemegang Kad Terpilih atas budi bicara mutlaknya daripada menyertai Kempen ini; (b) menolak kelayakan mana-mana Pemegang Kad Layak untuk menyertai Kempen atas apa jua sebab sekalipun yang dianggap wajar oleh HLB menurut budi bicara mutlaknya. (c) melupuskan sebarang atau seluruh Pulangan Tunai jika sekiranya T&S dan Perjanjian Pemegang Kad HLB di dalam ini tidak dipatuhi; (d) meminda jumlah Pulangan Tunai dan/atau menggantikan Pulangan Tunai di dalam ini dengan hadiah gantian yang sama nilainya atas budi bicara mutlaknya dengan cara menyiarkannya dalam Laman Web HLB atau dengan apa-apa cara lain yang dianggap sesuai oleh HLB, untuk memberi notis awal kepada Pemegang Kad Layak; dan (e) menambah, menggugurkan atau meminda T&S di dalam ini, secara keseluruhan atau sebahagian, atau menamatkan Kempen ini, atas budi bicara mutlaknya dengan cara menyiarkannya dalam Laman Web HLB, atau dengan apa-apa cara lain yang dianggap sesuai oleh HLB, untuk memberi notis awal kepada Pemegang Kad Layak mengenai penambahan, pemotongan atau pemindaan T&S atau penamatan Kempen ini. 25. HLB tidak akan dipertanggungjawabkan dan bertanggungjawab atas kegagalan atau kelewatan penghantaran transaksi jualan oleh Visa International Incorporated, syarikat peniaga, pihak pos atau mana-mana pihak yang mungkin menyebabkan Pemegang Kad Terpilih tertinggal daripada menyertai Kempen ini. 26. Akaun kad kredit Pemegang Kad Terpilih mestilah kekal sah/aktif, berkedudukan baik dan tidak melanggar mana-mana T&S dan/atau Perjanjian Pemegang Kad HLB pada bila-bila masa. 27. T&S di dalam ini dan terma dan syarat am Perjanjian Pemegang Kad HLB hendaklah dibaca bersama-sama sebagai suatu perjanjian keseluruhan dan jika terdapat sebarang percanggahan antara T&S ini dengan terma dan syarat am Perjanjian Pemegang Kad HLB, maka T&S tertentu di dalam ini akan diutamakan setakat percanggahan tersebut. 28. T&S adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan Pemegang Kad Layak bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Malaysia.