EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

dokumen-dokumen yang mirip
"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika


FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

3 Wasiat Agung Rasulullah

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

BAB 5 PENUTUP. Kajian ini telah membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan konsep

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

:

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Bersegera Menuju Masjid di Hari Jumat dan Meninggalkan Aktivitas Duniawi

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

PENGORBANAN Oleh Nurcholish Madjid

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

Hakikat Hidup Sukses: Tafsir QS. Ali Imran 185

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Allah Al-Ghalib (Maha Menang) dan An-Nashir (Maha Penolong)

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

Allah Telah Memudahkan Alquran Untuk Dipelajari

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

Berpegang Teguh dengan Alquran dan Sunnah

Perintah Pertama di Dalam Alquran

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Mutiara Islahul Qulub 3

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

Sekolah semai benih.perpaduan. Pelajar perlu disatukan bagi menzahir semangat toleransi antara kaum

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

Motivasi Agar Istiqomah

PENGGUNAAN KATA TANYA/ ISTIFHANIAH DALAM ALQUR AN (SUATU KAJIAN TAFSIR TEMATIK DALAM TAFSIR AL MISHBAH PADA SURAT AL BAQARAH, ALI IMRAN, AN NISA )

Cahaya di Wajah Orang-Orang Yang Memahami Ilmu Agama

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ ASWANZIE ABBYD BIN ZAINAL ABIDIN USTAZ MUHAMMAD ALI BIN JANAS MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

MATAN. Karya Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahhab

Persiapan Menuju Hari Akhir

Macam-Macam Dosa dan Maksiat

LALUAN KEHIDUPAN

Khotbah yang Menggelisahkan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia SERUAN AL- BARZAKH (16 MAC 2012 / 23RABIULAKHIR 1433H)

Kedudukan Tauhid Bagi Seorang Muslim

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF.

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

Kejahatan Mengolok-olok Allah, Syariat-Nya, dan Rasul-Nya

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

BAB III PENYAJIAN DAN ANALISIS DATA

Tafsir Surat Al-Kautsar

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

BAB 7: NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Jadilah Pembuka Pintu Kebaikan

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

BAB I PENDAHULUAN. sendi kehidupan manusia termasuk masalah ekonomi. Kegiatan perekonomian

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Perayaan Tahun Baru Islam

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor.

Bab 4 Belajar Mendirikan Shalat Berlatih Akhlak Mulia Membangun Kesejahteraan Umat

Hadirin yang dirahmati oleh Allah SWT,

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

BAB V PEMBAHASAN. Berdasarkan laporan hasil penelitian yang diuraikan pada BAB IV terlebih di

Memohon Agar Tidak Sesat dan Menyesatkan

Memperhatikan dan Menasihati Pemuda Untuk Shalat

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

Al-Qur an: Sumber Ajaran Islam Pertama

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

Sambutan Presiden RI pada Peresmian Sarana dan Prasarana DDII, Bekasi, 27 Juni 2011 Senin, 27 Juni 2011

Motivasi Untuk Bertaubat

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

Menerima dan Mengamalkan Kebenaran

Transkripsi:

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439) SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa dengan melaksanakan segala perintah-nya dan menjauhi segala larangan-nya. Mudah-mudahan kita sentiasa berada di dalam rahmat serta mendapat perlindungan Allah SWT demi mencari keredhaan-nya di dunia mahu pun di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk: Ekstremisme Agama Ancam Kesatuan Ummah. 1

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN, Dekad ini menyaksikan betapa umat dan negara Islam sering berdepan cabaran yang amat getir. Dahulunya ada yang menjadi peneraju kepada kebangkitan tamadun manusia, namun kini ia mula musnah satu persatu disebabkan pelbagai faktor sama ada yang bersifat luaran mahupun dalaman. Lebih malang, sejarah dan harapan masa hadapan mereka turut dilenyapkan dari lipatan sejarah. Bumi Syria umpamanya satu ketika dahulu ialah sebuah bumi yang permai dan menjadi tumpuan umat Islam yang dahagakan ilmu. Kini apa yang tinggal adalah sisa-sisa runtuhan bangunan dan rakyatnya hidup sebagai pelarian. Begitu juga keadaan umat Islam di Palestin, Afghanistan, Myanmar dan beberapa tempat lagi yang mengalami nasib yang serupa. Persoalannya, apakah penyebab kehinaan seumpama ini terjadi kepada kita umat Islam? Bukankah Allah SWT telah menjanjikan kemuliaan terhadap orang yang beriman sepertimana ayat 8 Surah al Munafiqun yang khatib bacakan sebentar tadi yang mafhumnya: Mereka berkata lagi; Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam). Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Benarlah firman Allah SWT bahawa kemuliaan itu cabang daripada keimanan bagi orang beriman sekalipun di saat-saat genting. Sebaliknya bagi golongan munafik dan tidak beriman, mereka tidak pernah menikmati kemuliaan tersebut kerana dihijab oleh Allah SWT untuk merasainya. SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN, Islam adalah anugerah Allah SWT yang sangat agung kepada umat manusia. Dengannya kita dapat menikmati kemuliaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat jika segala ajarannya diamalkan dengan ikhlas dan betul. Namun, jika 2

hati telah dijangkiti virus ekstremisme, maka hilang kebahagiaan bahkan ada yang cuba menyeret orang lain ke jurang kesesatan. Dalam konteks ini, khatib berpendapat sekurang-kurangnya tiga pengajaran utama yang perlu sama-sama kita renungi dan fikirkan berkaitan isu ekstremisme agama dan krisis umat Islam pada hari ini. Pengajaran pertama ialah ekstremisme tidak boleh ditangani dengan ekstremisme. Krisis di timur tengah umpamanya bukan tercetus semata-mata disebabkan pertembungan mazhab atau sikap ekstrem umat Islam. Tetapi ia adalah gabungan beberapa faktor ditambah dengan percaturan kuasa-kuasa besar yang mempunyai pelbagai agenda dan kepentingan. Dalam hal ini, kita perlu menyedari betapa kompleksnya cabaran ini malah respon dalam bentuk keganasan yang serupa tidak akan mampu menyelesaikan masalah bahkan mendatangkan kemusnahan yang lebih besar. Justeru, keberanian melulu sesetengah umat Islam yang menyertai golongan militan, bukanlah perlambangan sebenar Islam yang mementingkan aspek kebijaksanaan dalam bertindak. SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN, Pengajaran yang kedua ialah terhijabnya doa umat Islam. Kita lihat, setiap kali peristiwa keganasan tercetus di merata tempat khususnya yang membabitkan umat Islam, maka bersegeralah umat Islam termasuk di Malaysia ini melakukan sama ada solat hajat, qunut nazilah dan sebagainya bagi memohon pertolongan Allah SWT. Namun, pernahkah kita cuba menginsafi bahawa barangkali doa kita belum dimakbulkan lagi sehingga ke hari ini adalah disebabkan diri kita sendiri. Al Imam Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumiddin pada bab Amar Ma ruf Nahi Mungkar menyebut hadith Nabi SAW yang mafhumnya: Kamu sepatutnya menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran, atau (jika tidak) Tuhan akan menggantikan untuk kamu pemimpin yang zalim yang tidak akan menunjukkan belas kasihan terhadap golongan tua dan juga muda di 3

kalangan kamu. Kelak golongan agama di kalangan kamu akan mendoakan pertolongan Allah dan ia tidak akan didengar. Mereka meminta pertolongan dan bantuan, tetapi tidak akan dibantu, mereka akan meminta pengampunan tetapi tidak akan diampunkan. Hari ini ada yang berpandangan bahawa amalan Amar Maruf ini sudah tidak penting lagi. Bahkan ada yang berani mengharuskan perkara yang mungkar atas dasar hak kebebasan. Contohnya seperti perlakuan khalwat, hubungan sejenis, hubungan seks luar nikah dan sebagainya yang jelas dilarang di dalam Islam. Kini, kita perlu kembali kepada mesej Islam yang sebenar iaitu Islam membawa rahmat kepada seluruh manusia dan alam. Rahmat yang diasaskan oleh kefahaman Syariah yang betul sehingga membentuk satu kerangka pemikiran dan akhlak Islam yang tinggi. Pemahaman ini juga hendaklah mengambil kira kepelbagaian konteks sosio-sejarah berlandas maqasid syariah, insya Allah boleh menatijahkan kebaikan yang sebenar. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN Pengajaran ketiga yang harus kita fikirkan ialah umat Islam sudah kehilangan sebab yang menjadi faktor ketinggian tamadun Islam terdahulu. Perkara inilah yang ditekankan oleh Shakib Arslan di dalam bukunya Limaza Taakkhara al Muslimun wa Taqaddama Ghairuhum (Mengapa kaum muslimin mundur dan kaum selainnya maju?). Kata beliau, umat terdahulu maju kerana adanya bantuan Allah dan umat Islam ketika itu adalah umat yang beriman serta memelihara syariat Allah. Firman Allah SWT dalam Surah ar Rum ayat 47: Maksudnya: Dan demi sesungguhnya, kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian 4

kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab kami menolong orang-orang yang beriman. Mana mungkin bantuan akan diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang tidak pernah mempedulikan agama dalam urusan-urusan mereka. Malah merekalah yang berusaha sedaya mungkin supaya agama tidak mengongkong kehidupan mereka. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH Khatib mengajak sidang jemaah sekalian, marilah kita sama-sama bermuhasabah di atas apa yang berlaku terhadap umat Islam di seluruh dunia dan di negara kita ini dengan penuh keinsafan. Sesungguhnya kita sendirilah yang mengubah nasib diri dan bangsa kita ke arah yang lebih baik berlandaskan kepada iman dan ilmu. Jika tidak, pasti kita akan berterusan ditipu dan terpedaya dengan pelbagai jenis kekeliruan yang berselirat pada hari ini. Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekalian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya: Pertama: Golongan ekstremis merupakan satu kuasa yang mahu memecahbelahkan kita sebagai satu bangsa. Kedua: Adalah penting bagi seluruh rakyat mendukung Wasatiyah dan memperjuangkan Maqasid Syariah untuk kekal sebagai negara Islam yang memilih jalan tengah, yang sederhana dan progresif. Ketiga: Usah dibiarkan diri untuk mudah mempercayai kepada satu pihak atau pihak yang lain tanpa ilmu dan bukti yang saheh. 5

Maksudnya : Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaulampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul. (Surah Al-Maidah:77) 6

KHUTBAH KEDUA 7

Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan. Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami. Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat sepanjang zaman. 8

9