PENDAHULUAN. Apabila membicarakan berkaitan manuskrip Melayu berunsurkan Islam, pasti

dokumen-dokumen yang mirip
PENDAHULUAN METODOLOGI PENULISAN HADITH DALAM TAFSIR BAHASA MELAYU : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR AL-MISHBAH DAN TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

Ulasan Buku/Book Review

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di IPT Selangor

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 1 PENDAHULUAN. baginda sendiri adalah pentafsir ayat-ayat al-quran yang diturunkan bagi tujuan

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI KERTAS PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29

Program Sarjana Dan Kedoktoran

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK:

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

Melalui penafsiran sama ada tafsir bi al-ma thur mahupun tafsir bi ar-ra yi,

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIAN

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. penyelidikan. Hasil kajian yang diperolehi juga sangat bergantung kepada metodologi

PENGARUH KELANCARAN MEMBACA AL-QURAN TERHADAP KELANCARAN MEMBACA TEKS ARAB: KAJIAN KES DI KUIM. Mohd Zahimie Mohd Dzahid 1, Hakim Zainal 2

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

KOLEKSI BAHAN BACAAN BUKU FIKSYEN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BUTIRAN PERIBADI PROF. MADYA DATO DR. AHMAD BIN ABDULLAH

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 922 Sukatan Pelajaran

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

KEMAHIRAN BERDIALOG TIGA BAHASA MENERUSI PEMBANGUNAN APLIKASI DIALOGUE TRILOGY GAME

Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM

PENGGUNAAN PENANDA WACANA BAHASA ARAB DALAM TEKS KARANGAN PELAJAR STAM

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

JABATAN UKUR BANGUNAN FAKULTI SENfBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KERTAS KERJA SEMINAR DAN BENGKEL ASAS KEUSAHAWANAN (PRA MINI KEUSAHAWANAN) TARIKH 6 DISEMBER 2015 TEMPAT BILIK KULIAH 7

PENGUASAAN KEMAHIRAN PENTERJEMAHAN PERKATAAN ARAB BERIMBUHAN DI KALANGAN PELAJAR IPTA MOHD HARIS BIN SULAIMAN

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

MAKLUMAT KURSUS CTU 261 Islam Dan Pengurusan Alam Sekitar Diploma Kursus Universiti

BAB I PENDAHULUAN. sebuah negara Islam yang sangat termasyhur di Nusantara. Acheh pada masa ini

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

Manhaj Ahl al-hadith: Peranan dan Sumbangannya dalam Ketamadunan Islam

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PENGHARGAAN. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

BAB VI PENUTUP. akan cuba didedahkan beberapa dapatan kajian. Selain beberapa pengamatan yang boleh

PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA DAN KEPERLUANNYA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

BAB I PENDAHULUAN. hukum yang berlaku dalam Islam tidak boleh bertentangan dengan al-qur an. Di

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 2)

Pernyataan masalah. Katakunci : SPI, Institusi Kekeluargaan Islam

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB V PENUTUP. menyimpulkan beberapa kesimpulan serta beberapa saranan untuk menjadi perhatian

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

KULIT BUKU Depan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

ELEMEN - ELEMEN SENIREKA PADA KAIN RENTANG MASAKnaDANKEBERKESANANNYASEBAGAIALAT PERANTARAAN KOMUNIKASI KEPADA MASYARAKAT

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

Katakunci : persediaan guru pelatih, keperluan modal insan

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Transkripsi:

PENDAHULUAN 0.1 PENGENALAN Manuskrip Melayu merupakan antara khazanah berharga yang ditinggalkan oleh ilmuan terdahulu. Menelusuri konteks di Malaysia, terdapat banyak lagi manuskrip yang tidak dikaji oleh penyelidik khususnya manuskrip yang berunsurkan Islam seperti manuskrip Hikayat Mukjizat Nabi. Apabila membicarakan berkaitan manuskrip Melayu berunsurkan Islam, pasti persoalan yang akan timbul ialah berkaitan kebolehpercayaannya sama ada ia bersumberkan sumber yang sahih atau tidak. Terdapat satu unsur yang tidak terlepas daripada manuskrip ini iaitu unsur Isra iliyyat. Justeru, dalam kajian ini penulis akan mengkaji satu kajian yang belum dikaji oleh penyelidik-penyelidik terdahulu iaitu Isra iliyyat Dalam Manuskrip Melayu: Kajian Terhadap Hikayat Mukjizat Nabi. 0.2 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN Perkembangan Islam di Alam Melayu telah bermula sekitar abad ke-11 sehingga mencapai puncaknya pada abad ke-16. Dengan perkembangan tersebut, maka muncullah karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional atau lebih dikenali sebagai manuskrip Melayu. 1 1 Harun Mat Piah et al. (2000), Kesusasteraan Melayu Tradisional, Edisi Kedua, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 37. 1

Melalui manuskrip Melayu, ajaran-ajaran Islam dapat disebarkan secara meluas, namun pada awalnya hanya secara lisan sahaja. Kemudian ia telah pun berkembang kepada penulisan di mana kebanyakannya adalah berbentuk naratif atau hikayat. Dalam menyoroti karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional, terdapat pelbagai manuskrip naratif yang dihasilkan oleh pengarang Melayu sebagai pedoman hidup masyarakat. Antaranya ialah manuskrip yang berunsurkan rakyat, panji, epik, sejarah, hikayat nabi-nabi dan sebagainya. Namun, penulis lebih tertarik untuk mengkaji manuskrip naratif yang berunsurkan Islam iaitu mengenai Hikayat Nabi Muhammad S.A.W 2 dan penulis memfokuskan kajian terhadap Hikayat Mukjizat Nabi. Hikayat ini terdiri daripada Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Mi raj Nabi. Hikayat Mukjizat Nabi tersebut telah dihasilkan oleh pengarang-pengarang Melayu yang mempunyai semangat keislaman dan daya kekreatifan yang tinggi. Namun, persoalannya ialah adakah hikayat-hikayat tersebut bersumberkan prinsipprinsip yang terkandung dalam al-qur an dan al-hadith dan adakah di dalamnya mempunyai unsur-unsur mitos, lagenda atau Isra iliyyat? Justeru untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut, maka ia telah mendorong penulis untuk melakukan kajian tentang Isra iliyyat Dalam Manuskrip Melayu: Kajian Terhadap Hikayat Mukjizat Nabi. 2 Hikayat Nabi Muhammad atau cerita tentang Nabi Muhammad adalah dianggap sebagai paling tua usianya jika dibandingkan dengan karya kesusasteraan pengaruh Islam yang lain. Tambahan pula, cerita-cerita seperti ini muncul seiring dengan kedatangan Islam di Alam Melayu. Rujuk Ismail Hamid & Wahyunah Abd. Ghani (2002), Hikayat Para Nabi dan Tokoh-tokoh Islam dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional, Selangor: Dawama Sdn. Bhd., h. 18. 2

0.3 PERUMUSAN KAJIAN Penulis telah memilih tajuk ini berdasarkan beberapa faktor dan masalah. Antaranya ialah: I. Bagaimana bermulanya penulisan dalam manuskrip Melayu? II. Apakah faktor kemasukan Isra iliyyat dalam manuskrip Melayu? III. Bagaimanakah jenis-jenis Isra iliyyat dalam manuskrip Hikayat Mukjizat Nabi? IV. Adakah terdapat Isra iliyyat dalam manuskrip Hikayat Mukjizat Nabi? 0.4 OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif kajian ini ialah: I. Menjelaskan sejarah kemunculan penulisan dalam manuskrip Melayu. II. III. Mengkaji faktor kemasukan Isra iliyyat dalam manuskrip Melayu. Menghuraikan latar belakang manuskrip Hikayat Mukjizat Nabi secara khusus. IV. Menganalisis Isra iliyyat dalam manuskrip Hikayat Mukjizat Nabi. 0.5 KEPENTINGAN KAJIAN Melalui kajian ini, terdapat beberapa kepentingan tersendiri yang dapat memberi banyak faedah dan maklumat terbaru kepada penulis dan juga masyarakat khususnya. 3

1. Kajian ini penting untuk mengetahui kedudukan Isra iliyyat dan manuskrip Melayu. 2. Memperkenalkan manuskrip Melayu kepada masyarakat khususnya manuskrip Melayu yang berunsurkan Islam. 3. Mengetahui latar belakang manuskrip Hikayat Mukjizat Nabi secara khusus. 4. Kajian ini juga penting untuk penulis menelusuri dan menganalisis Isra iliyyat dalam manuskrip Hikayat Mukjizat Nabi. 0.6 SKOP KAJIAN Kajian ini berkaitan Isra iliyyat Dalam Manuskrip Melayu: Kajian Terhadap Hikayat Mukjizat Nabi. Dalam Hikayat Mukjizat Nabi tersebut, ia terdiri daripada Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Mi raj Nabi. Namun, ketiga-tiga hikayat tersebut mempunyai banyak versi dan penulis hanya mengambil dan memfokuskan kajian kepada Hikayat Nabi bercukur (MSS 2706 C), Hikayat Nabi Mi raj (MSS 3411) dan Hikayat Bulan Berbelah (MSS 2706 B) sebagai sampel kajian. 0.7 PENGERTIAN TAJUK Di sini penulis akan menghuraikan perkataan-perkataan yang penting dalam kajian ini. Antaranya ialah: 4

i) Isra iliyyat ialah perkhabaran, periwayatan dan kisah-kisah yang bersumberkan dari Yahudi atau Nasrani yang telah mewarnai pengkajian tafsir dan sunnah. 3 ii) Manuskrip Melayu: Merujuk kepada sebarang naskhah bertulisan tangan sama ada di tulis pada kertas, kulit, daun, buluh dan sebagainya. iii) Hikayat Mukjizat Nabi: Salah satu manuskrip naratif yang berunsurkan Islam. Manuskrip ini terdiri daripada Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Mi raj Nabi. Ia dikarang oleh pengarang Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi dalam bahasa Melayu. 0.8 KAJIAN LEPAS Dalam menyempurnakan kajian ini, penulis telah menyemak dan meneliti beberapa karya atau kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk penulis. Namun, sepanjang pemerhatian penulis, kajian-kajian yang dilakukan adalah tidak menyentuh secara khusus mengenai Isra iliyyat Dalam Manuskrip Melayu: Kajian Terhadap Hikayat Mukjizat Nabi. Walau bagaimanapun, terdapat satu kajian yang membahaskan tentang Unsur-Unsur Lagenda dalam Hikayat Melayu yang Bercorak Islam. Kajian tersebut dilakukan oleh Ismail Hamid. 4 Hasil dapatan kajian, penulis mendapati bahawa kajian tersebut telah membahaskan unsur-unsur lagenda dalam hikayat Melayu secara umum dan tidak membandingkan hikayat tersebut dengan sumber-sumber lain seperti al-qur an dan sebagainya sepertimana yang akan penulis kaji. 3 Salah al-khalidi (1991), Isra iliyyat Mu asarah, Jordan: Dar Amman, h. 10. 4 Ismail Hamid (1982), Unsur-Unsur Lagenda dalam Hikayat Melayu yang Bercorak Islam (Simposium Antarabangsa Kesusasteraan Melayu Tradisional di UKM Bangi, 4-6 November 1982). 5

Seterusnya terdapat beberapa kajian yang dilakukan khusus mengenai manuskrip Melayu, namun ia dikaji dari aspek yang berbeza. Aspek pertama lebih memfokuskan kepada manuskrip berkaitan hadith. Kajian ini bertajuk Riwayat Isra iliyyat: Pengaruhnya dalam Manuskrip Hadith di Alam Melayu (2004). 5 Manakala aspek kedua memfokuskan kepada Hikayat Mukjizat Nabi. Namun naskhah yang dikajinya tidak sama dengan naskhah yang akan dikaji oleh penulis dan ia telah dikaji dari sudut kesusasteraan seperti watak dan perwatakan, latar belakang tempat dan sebagainya. Kajian tersebut ialah Kifayah al-muhtaj fi al-isra wa al-mi raj : Analisis dan Penurunan Teks (1989), 6 Manuskrip Isra dan Mi raj: Satu Analisa dan Transliterasi Teks (1998) 7 dan Hikayat Nabi Mi raj: Satu Analisis Tekstual Berdasarkan Manuskrip PNM 434(2004). 8 Aspek ketiga adalah memfokuskan kepada Hikayat Rasulullah dan dibahaskan dari sudut kesusasteraan juga. Antaranya ialah Peranan Hikayat Nabi Muhammad dalam Pembinaan Kesusasteraan Nusantara (1981) 9 dan Hikayat Rasulullah: Transliterasi, Perbandingan dan Analisis Teks (2000). 10 Selain itu, terdapat juga kajian mengenai Isra iliyyat, namun ia hanya tertumpu kepada kitab-kitab tafsir dan selainnya serta tiada kaitan dengan manuskrip. 5 Rosmawati Ali (2004), Riwayat Isra iliyyat : Pengaruhnya dalam Manuskrip Hadith di Alam Melayu (Tesis ph.d, Jabatan Al-Qur an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 6 Abdul Ghaffar Muhammad (1989), Kifayah al-muhtaj fi al-isra wa al-mi raj : Analisis dan Penurunan Teks (Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya). 7 Noriza Ahmad (1998), Manuskrip Isra dan Mi raj: Satu Analisa dan Transliterasi Teks (Latihan Ilmiah, Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). Manuskrip ini adalah berlainan dengan manuskrip yang akan penulis kaji. Ini kerana manuskrip ini adalah karangan Shaykh Abdul Samad Falembani. 8 Salbarina bt. Basiron (2004), Hikayat Nabi Mi raj: Satu Analisis Tekstual Berdasarkan Manuskrip PNM 434 (Disertasi, Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia). Manuskrip ini berlainan dengan manuskrip yang akan dikaji oleh penulis. Penulis menggunakan naskhah Hikayat Nabi Mi raj (MSS 3411). 9 Ismail Hamid (1981), Peranan Hikayat Nabi Muhammad dalam Pembinaan Kesusasteraan Nusantara (Pertemuan Sasterawan Nusantara di Kuala Lumpur). 10 Haini bt. Wasli (2000), Hikayat Rasulullah: Transliterasi, Perbandingan dan Analisis Teks (Latihan Ilmiah, Kesusasteraan Melayu Tulin, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya). 6

Contohnya kajian mengenai Isra iliyyat Dalam Pengajian Tafsir Dan Sunnah (1998), 11 Pengaruh Isra iliyyat Dalam Kitab-Kitab Tafsir (1999), 12 Isra iliyyat: Pengaruh dan Kesannya ke atas Ilmu-ilmu Islam (2001), 13 Isra iliyyat dalam Kitab Tafsir Melayu Tafsir Nur al-ihsan : Satu Analisis (2001), 14 Isra iliyyat dalam Kisah Balqis: Ayat 23 dan 24 Surah al-naml (2002), 15 Isra iliyyat dalam Tafsir Ibn Kathir : Suatu Kajian terhadap Nabi Ayyub A.S (2002), 16 Isra iliyyat dalam Tafsir : Kajian terhadap Kitab Nur al-ihsan, karya Haji Muhammad Sa id Umar (2003), 17 Isra iliyyat dalam Tafsir : Kisah Musa dan Khidir (2004), 18 Tafsir al-nasafi dan Riwayat Isra iliyyat (2004), 19 Isra iliyyat dalam Kitab Tafsir Anwar Baidawi (2004), 20 Isra iliyyat dalam Tafsir al-qur an : Fokus terhadap Nabi Musa A.S. (2005), 21 Isra iliyyat dalam Kuliah-Kuliah Agama: Kajian di Masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2005), 22 Pengaruh Isra iliyyat Dalam Pengkisahan Ashab Al-Kahfi: Sorotan Kisah ini menurut Kitab : Al-Durr al-basim fi Ashab al- 11 Ishak Hj. Sulaiman (1998), Isra iliyyat Dalam Pengajian Tafsir Dan Sunnah, Jurnal Usuluddin, Bil. 8, Disember 1998. 12 Mohd Nazri bin Ahmad (1999), Pengaruh Isra iliyyat Dalam Kitab-Kitab Tafsir (Disertasi, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia). 13 Hamzah bin Yaakob (2001), Isra iliyyat: Pengaruh dan Kesannya ke atas Ilmu-ilmu Islam, Jurnal Darul Quran, Bil. 7, November 2001. 14 Mazlan Ibrahim (2001), Isra iliyyat dalam Kitab Tafsir Melayu Tafsir Nur al-ihsan : Satu Analisis, Jurnal Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia, Jil.3, Disernber 2001. 15 Sharifah Radziah Wan Mohammad Affandi (2002), Isra iliyyat dalam Kisah Balqis : Ayat 23 dan 24 Surah al-naml (Latihan Ilmiah, Jabatan Al-Qur an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 16 Intan Maizura Mansor(2002), Isra iliyyat dalam Tafsir Ibn Kathir : Suatu Kajian terhadap Nabi Ayyub A.S (Latihan Ilmiah, Jabatan Al-Qur an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 17 Muhammad Ismi Mat Taib (2003), Isra iliyyat dalam Tafsir : Kajian terhadap Kitab Nur al-ihsan, karya Haji Muhammad Sa id Umar (Disertasi, Jabatan Al-Qur an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 18 Wan Rohayu Wan Semanis (2004), Isra iliyyat dalam Tafsir : Kisah Musa dan Khidir (Disertasi, Jabatan Al-Qur an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 19 Abdul Rashid Ahmad (2004) Tafsir al-nasafi dan Riwayat Isra iliyyat, Jurnal Al-Qur an dan Al- Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Bil. 2, April 2004. 20 Mazlan Ibrahim & Ahmed Kamel Mohammad (2004), Isra iliyyat dalam Kitab Tafsir Anwar Baidawi, Jurnal Islamiyyat, Jil 2, Bil. 26, Fakulti Pengajian Islam, UKM. 21 Khairunnisa Ismail (2005), Isra iliyyat dalam Tafsir Al-Qur an: Fokus terhadap Nabi Musa A.S (Disertasi, Jabatan Al-Qur an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 22 Ibrahim Abdullah (2005), Isra iliyyat dalam Kuliah-Kuliah Agama : Kajian di Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Disertasi, Jabatan Al-Qur an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 7

Kahfi wa al-raqim karangan Shaykh Muhammad bin Ismail Daud al-fatani dan Perbandingannya dengan Sumber Muktabar (2005), 23 Riwayat Isra iliyyat dan Kesan Negatifnya terhadap Islam dalam Era Kemajuan Maklumat (2005), 24 Kisah al-qur an : Kajian terhadap Unsur-Unsur Isra iliyyat dalam Bayan Jamaah Tabligh di Daerah Thepha, Songkhla, Thailand (2006), 25 Isra iliyyat dalam Kisah Para Nabi : Kajian terhadap Kepercayaan Masyarakat Melayu Patani (2006) 26, Pengaruh Isra iliyyat terhadap Iktikad M (2007), 27 Isra iliyyat Moden : Tumpuan terhadap Hedonisme (2007), 28 Tafsir al-jalalayn: Satu kajian dari Aspek Isra iliyyat (2007) 29, Al- Isra iliyyat fi al-mu allafat Al-Wa ziyah al-sirilankiyah: Kitab Nabi Markal Waralaru (Qisas Al-Anbiya ) Annamudhajan (2008) 30 dan Al-Riwayah al-isra iliyyah fi Tafsir al-tabari. 31 Kesimpulannya, penulis mendapati kajian-kajian lepas masih belum menyentuh aspek-aspek yang hendak dikaji oleh penulis, maka penulis tertarik untuk 23 Syarifah Neny Eryana Tuan Syed (2005), Pengaruh Isra iliyyat Dalam Pengkisahan Ashab Al- Kahfi: Sorotan Kisah ini menurut Kitab Al-Durr al-basim fi Ashab al-kahfi wa al-raqim karangan Shaykh Muhammad bin Ismail Daud al-fatani dan Perbandingannya dengan Sumber Muktabar (Disertasi, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. 24 Mohd. Asri Zainul Abidin (2005) Riwayat Isra iliyyat dan Kesan Negatifnya terhadap Islam dalam Era Kemajuan Maklumat (Kertas Kerja Seminar Antarabangsa al-qur an di Kuala Lumpur). 25 Riduwan Asea (2006), Kisah al-qur an : Kajian terhadap Unsur-Unsur Isra iliyyat dalam Bayan Jamaah Tabligh di Daerah Thepha, Songkhla, Thailand (Disertasi, Jabatan Al-Qur an dan Al- Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 26 Hisam Hayimaming (2006), Isra iliyyat dalam Kisah Para Nabi : Kajian terhadap Kepercayaan Masyarakat Melayu Patani (Disertasi, Jabatan Al-Qur an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 27 Khairuddin Sombar (2007), Pengaruh Isra iliyyat terhadap Iktikad M (Latihan Ilmiah, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 28 Mohd Ghazali Md Nor (2007), Isra iliyyat Moden : Tumpuan terhadap Hedonisme (Latihan Ilmiah, Jabatan Al-Qur an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 29 Ayu Baharuddin (2007), Tafsir al-jalalayn : Satu Kajian dari Aspek Isra iliyyat (Latihan Ilmiah, Jabatan Al-Qur an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 30 Mohd Mursalin b. Mohd Ahmad A (2008), Al-Isra iliyyat fi al-mu allafat al-wa ziyah al- Sirilankiyah: Kitab Nabi Markal Waralaru (Qisas Al-Anbiya ) Annamudhajan (Tesis ph.d, Universiti Islam Antarabangsa). 31 Ahmad Najib Bin Abdullah (t.t), Al-Riwayah al-isra iliyyah fi Tafsir al-tabari (Tesis Ph.D, Universiti Islam Madinah). 8

mengkaji tentang Isra iliyyat Dalam Manuskrip Melayu: Kajian Terhadap Hikayat Mukjizat Nabi. 0.9 METODOLOGI KAJIAN Metodologi bermaksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan sebagainya. 32 Ia amat penting untuk mengetahui bagaimana data-data mengenai kajian diperolehi, dikumpul dan seterusnya dianalisis. Dalam menyempurnakan kajian ini, penulis akan menggunakan dua metode utama dalam mencari dan mengumpul data serta menganalisis bahan kajian. Metode-metode tersebut ialah: i. Metode Pengumpulan Data ii. Metode Analisis Data 0.9.1 METODE PENGUMPULAN DATA Kajian ini adalah berbentuk kualitatif 33 di mana penulis banyak memanfaatkan perkhidmatan perpustakaan bagi mendapatkan maklumat. Oleh itu, di dalam mengumpulkan data-data yang berkaitan dengan kajian, penulis telah menggunakan dua metode. Antaranya ialah: 32 Teuku Iskandar (1986), Kamus Dewan, c. 3, Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, h.763. 33 Kualitatif bermaksud penyelidikan empirikal yang datanya bukan dalam bentuk nombor. Rujuk Noraini Idris (2010), Penyelidikan dalam Pendidikan, KL: M C Graw Hill Sdn. Bhd., h. 276. 9

i. Metode Dokumentasi Metode ini digunakan oleh penulis untuk mengumpul data dari bahan-bahan bertulis sama ada sumber primer atau sekunder. Sumber primer ialah sumber awalan atau sumber pertama, sumber sezaman yang masih dalam bentuk asal atau asli yang belum ditafsir. Ia berupa bahan bertulis atau tidak bertulis. 34 Sumber primer yang digunakan penulis dalam kajian ini ialah manuskrip Melayu yang bertajuk Hikayat Mukjizat Nabi di mana ia terdiri daripada Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Mi raj Nabi. Manakala sumber sekunder ialah penyelidikan yang dijalankan oleh seseorang penyelidik sejarah tentang sesuatu peristiwa atau tokoh sejarah berdasarkan sumber primer. Ia dikenali sebagai sumber kedua. 35 Dalam kajian ini penulis menggunakan buku, tesis, disertasi, jurnal, kajian-kajian ilmiah dan sebagainya yang berkaitan dengan kajian. Metode ini digunakan penulis dalam bab satu hingga bab ketiga iaitu ia mendominasi metodologi kajian untuk mengumpulkan data. ii. Metode Historis Metode historis dikenali juga sebagai kajian sejarah yang bermaksud pengumpulan data secara sistematik terhadap peristiwa yang berlaku pada masa lepas. Ia bertujuan untuk menghuraikan peristiwa masa lampau dan meramal peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan. 36 Metode ini digunakan dalam bab satu dan bab dua iaitu untuk mencari fakta-fakta yang berkaitan dengan subjek kajian dari perspektif sejarah. Oleh itu, penulis akan mencari maklumat tentang 34 Ibid.,h. 408. 35 Ibid.,h. 410. 36 Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan, KL: M C Graw Hill Sdn. Bhd., h. 172. 10

sejarah Isra iliyyat dan manuskrip Melayu serta maklumat yang berkaitan dengannya. 0.9.2 METODE ANALISIS DATA Metode analisis data bermaksud proses mengatur, menstruktur dan menginterpretasi data yang telah di kumpul. 37 Dalam menganalisis data, penulis menggunakan tiga kaedah iaitu : i. Metode Induktif Penulis menggunakan metode ini bagi mendapatkan latar belakang manuskrip iaitu Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Mi raj Nabi. ii. Metode Deduktif Penulis menggunakan metode ini ketika menganalisis satu kesimpulan yang nyata berdasarkan kepada bukti-bukti umum untuk mencari bukti-bukti khusus. Metode ini juga digunakan ketika mencari Isra iliyyat dalam manuskrip Hikayat Para Nabi secara umum terlebih dahulu sebelum memperincikannya berkaitan dengan Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Mi raj Nabi. Metode ini banyak diaplikasi dalam bab ketiga. 37 Othman Lebar (2009), Penyelidikan Kualitatif Pengenalan kepada Teori dan Metode, c. 3, Selangor: Univision Press Sdn. Bhd., h. 152. 11

iii. Metode Komparatif Metode ini pula merupakan satu cara bagi membuat kesimpulan dengan melakukan perbandingan data-data yang diperolehi. Justeru itu, metode ini digunakan ketika penulis membandingkan di antara ketiga-tiga Hikayat Mukjizat Nabi. 0.10. SISTEMATIKA PENULISAN Penulis telah membahagikan kajian ini kepada lima bab. Dalam pendahuluan, penulis telah menghuraikan latar belakang masalah, permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, definisi tajuk dan skop kajian, ulasan kajian lepas, metodologi kajian dan sistematika penulisan. Bab pertama, penulis akan menyoroti sejarah penulisan manuskrip Melayu. Dalam bab ini, penulis akan menceritakan secara ringkas sejarah kemunculan manuskrip Melayu yang berkait rapat dengan dakwah Islam dan tulisan Jawi. Selain itu, penulis juga akan menghuraikan bentuk dan sifat manuskrip dari aspek tulisan, alatan yang digunakan untuk penulisan manuskrip, seni hiasan dan penjilidan manuskrip. Bab kedua pula, penulis akan memperkenalkan Isra iliyyat dalam manuskrip Melayu. Dalam bab ini penulis akan memuatkan definisi Isra iliyyat dari segi bahasa dan istilah serta manuskrip Melayu. Seterusnya penulis akan menghuraikan faktor kemasukan Isra iliyyat dalam manuskrip Melayu beserta contoh-contoh manuskrip Melayu yang mengandungi Isra iliyyat. 12

Bab ketiga pula, penulis akan memperkenalkan latar belakang manuskrip Hikayat Mukjizat Nabi yang terdiri daripada manuskrip Hikayat Bulan Berbelah, manuskrip Hikayat Nabi Bercukur dan manuskrip Hikayat Mi raj Nabi. Dalam ketiga-tiga manuskrip ini, penulis akan menghuraikan mengenai keterangan naskhah, pengarang naskhah, keadaan naskhah, ukuran naskhah dan tulisan yang digunakan, kolofon, metode pengarang manuskrip, serta sinopsis ketiga-tiga manuskrip tersebut. Seterusnya bab keempat penulis akan menganalisis unsur-unsur Isra iliyyat dalam manuskrip Hikayat Mukjizat Nabi serta ulasan penulis. Penulis juga akan memaparkan kekerapan Isra iliyyat dalam manuskrip Hikayat Mukjizat Nabi dengan mendatangkan jadual dan graf. Ini bagi memudahkan pembaca melihat secara terperinci Isra iliyyat yang terkandung di dalam manuskrip ini. Manakala bab kelima merupakan bab terakhir bagi kajian ini. Penulis akan mengemukakan rumusan daripada kajian penulis serta cadangan dan saranan daripada pelbagai pihak bagi pengkaji-pengkaji yang akan datang. 13