UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UTHM/PP/100-6/3 Jld 12 (3) 3 Ogos 2015 PEKELILING PENGURUSAN BIL.10 TAHUN 2015 TUJUAN SKIM FELO INDUSTRI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. Pekeliling Pengurusan ini bertujuan memaklumkan keputusan Lembaga Pengarah Universiti melalui mesyuarat bilangan 3 tahun 2015, berkaitan dengan penambahbaikan dasar pengambilan Felo Industri. PERLAKSANAAN 2. Skim Felo Industri ini adalah ditindik kepada skim Pensyarah Universiti, pengambilan Felo Industri adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan Pensyarah Universiti yang diperuntukkan melalui Waran Perjawatan. 3. Calon yang dilantik sebagai Felo Industri diberi tempoh sehingga maksimum 5 (lima) tahun untuk melepasi penilaian kesepakaran oleh pihak fakulti bagi tujuan lantikan ke skim Pensyarah Universiti. Tempoh masa tersebut diperuntukkan bagi memberi peluang kepada calon memenuhi kriteria elemen akademik yang ditetapkan seperti pengajaran, penyeliaan, penulisan, penerbitan, penyelidikan dan lain-lain. 4. Bagi calon bukan dari kalangan penjawat awam, calon akan dilantik atas status jawatan sementara. Sekiranya dari kalangan penjawat awam yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan memilih skim berpencen, calon akan dilantik atas status tetap dan disyaratkan melepasi penilaian kesepakaran sebagai salah satu syarat pengesahan perkhidmatan di universiti ini. 5. Kriteria pengambilan serta syarat yang terpakai bagi Felo Industri adalah seperti di Lampiran 1..../2
- 2 - GELARAN 6. Pemakaian gelaran mengikut gred lantikan adalah seperti berikut: BIL. GRED GELARAN i DS51 Felo Industri ii DS53 Felo Industri Kanan PEMBATALAN 7. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka kriteria pengambilan Felo Industri seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Pengurusan Bilangan 16 Tahun 2008 adalah dibatalkan. TARIKH KUAT KUASA 8. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 7 Julai 2015. 9. Sebarang persoalan berkaitan pekeliling ini, boleh dirujuk terus kepada Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar. Sekian, untuk makluman dan perhatian selanjutnya. Terima kasih. DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA Yang Benar ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN Pendaftar 07-4537100 s.k. - YBhg. Datuk Naib Canselor - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) - Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT) - Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) - Dekan-Dekan Fakulti - Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat - Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit AHA/mfaa/03082015/Pekeliling Pengurusan
LAMPIRAN 1 KRITERIA PENGAMBILAN FELO INDUSTRI (BAHARU) Bil. PERKARA BUTIRAN/ PERINCIAN 1. Skim Perkhidmatan Jawatan : Pensyarah Universiti Gred : DS 51, DS 53 2. Tujuan Dasar yang disediakan ini merupakan kriteria tambahan kepada peraturan sedia ada yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan jawatan berkenaan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, khusus bagi pengambilan calon yang mempunyai pengalaman dalam industri dalam bidang yang berkenaan. 3. Syarat Lantikan (umum) 4. Kriteria Khusus (Khas bagi Felo Industri) Akademik Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan; Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan, serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia; Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dan Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan; Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan; DAN Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM. Penentuan Gred lantikan berdasarkan tempoh pengalaman - penentuan tempoh pengalaman adalah diambil kira selepas memiliki kelayakan Sarjana Muda dan bekerja dalam bidang yang relevan i. Lantikan ke Gred DS51 Pengalaman dalam bidang berkaitan minimum 15 tahun; DAN Memiliki kelayakan profesional
Bil. PERKARA BUTIRAN/ PERINCIAN ii. Lantikan ke Gred DS53 Pengalaman dalam bidang berkaitan minimum 18 tahun; DAN Memiliki kelayakan profesional atau Ijazah Kedoktoran (Ph.D) Pengalaman dalam bidang berkaitan minimum 13 tahun; DAN Memiliki kelayakan profesional DAN Ijazah Kedoktoran (Ph.D) 5. Kelayakan Profesional Syarat memiliki kelayakan profesional adalah terpakai bagi bidang kerjaya yang dipantau oleh Lembaga Profesional yang berkaitan seperti berikut: i. Lembaga Arkitek Malaysia ii. iii. iv. Lembaga Juru Ukur Bahan Malaysia Lembaga Jurutera Malaysia Lembaga Juruukur Tanah v. Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah vi. vii. viii. ix. Lembaga Perancang Bandar Malaysia Majlis Perubatan Malaysia (MMC) Majlis Pergigian Malaysia Lembaga Farmasi Malaysia x. Majlis Optik Malaysia xi. xii. Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Institut Akauntan Malaysia (* senarai badan profesional ini adalah tertakluk pada perubahan dari masa ke semasa seperti ditetapkan oleh pihak JPA)
Bil. PERKARA BUTIRAN/ PERINCIAN 6. Pengecualian Kelayakan Profesional 7. Status Lantikan Bagi bidang kerjaya yang tidak dipantau oleh Lembaga Profesional, calon adalah dikecualikan dari syarat memiliki kelayakan profesional. Bagi tujuan kesetaraan, calon perlu memenuhi syarat tambahan seperti berikut: i. Memiliki pengalaman berkhidmat di luar negara dalam bidang yang relevan sekurang-kurangnya selama dua (2) tahun; ii. Pernah memenangi pertandingan peringkat antarabangsa (mewakili negara) dalam bidang yang relevan; iii. Berdaftar dengan persatuan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dalam bidang yang relevan Calon diberi tempoh sehingga maksimum 5 (lima) tahun untuk memenuhi dan melepasi kriteria penilaian kesepakaran fakulti (dalaman) bagi tujuan pertimbangan dilantik sebagai Pensyarah Universiti pada gred yang setara. Calon akan dilantik atas status jawatan sementara sebelum memenuhi syarat penilaian kesepakaran. Sekiranya calon dari kalangan penjawat awam yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan memilih skim berpencen, calon akan terus dilantik secara tetap dan disyaratkan memenuhi kesepakaran sebagai syarat pengesahan jawatan. 8. Gelaran Pemakaian gelaran adalah seperti berikut: Gred Gelaran DS51 DS53 Felo Industri Felo Industri Kanan