TH Bantu Memperkasakan Usahawan Bumiputera KUALA LUMPUR, Selasa, 23 Ogos 2016 : Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini mengadakan majlis pertukaran memorandum perjanjian dengan usahawanusahawan Bumiputera di Bangunan Ibu Pejabat TH, di sini. Usahasama strategik ini bertujuan memajukan pembangunan usahawan Bumiputera agar mereka lebih berdaya saing dan maju. Inisiatif ini juga sejajar dengan objektif TH membantu syarikat dan usahawan Bumiputera dalam mengembangkan perniagaan serta meningkatkan keupayaan dan kepakaran mereka. Empat (4) syarikat yang telibat dalam majlis pertukaran memorandum perjanjian terdiri daripada Skala Holdings Sdn. Bhd., Bina Paint Industries Sdn. Bhd., Masri Processing Sdn. Bhd. dan Hajar Hijrah Sdn. Bhd. dengan disaksikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Syarikat usahawan Bumiputera ini menceburi pelbagai industri telah menunjukkan kerjasama dan komitmen tinggi untuk tampil ke hadapan bekerjasama dengan pihak TH. Skala Holdings Sdn. Bhd. merupakan kontraktor bagi hiasan dan rekaan dalaman; Bina Paint Industries Sdn. Bhd. adalah pengeluar cat manakala Masri Processing Sdn. Bhd. dan Hajar Hijrah Sdn. Bhd masing-masing terlibat dalam bidang pengilangan dan pemprosesan ayam. 1
Perjanjian ini juga menunjukkan keterlibatan TH sebagai inkubator dalam membimbing serta membangunkan syarikat usahawan kecil ini ke arah menjadi sebuah syarikat yang lebih besar dan mampan pada masa hadapan. YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul dalam kenyataannya berkata, Usaha TH ini adalah untuk membangun serta meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera selaras dengan hasrat kerajaan dalam menyokong penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan komersil serta merealisasikan hasrat kerajaan dalam memperkasa dan melahirkan usahawan Bumiputera berdaya saing setaraf dengan ekonomi kaum lain di negara ini. Selain itu, TH juga bersama dengan organisasi seperti Majlis Perundangan Melayu (MPM), Khazanah Nasional Berhad dan syarikat berkaitan kerajaan lain mengambil langkah pro-aktif bagi mengkorporatkan syarikat-syarikat Bumiputera melalui Pelaburan Ekuiti Langsung. Strategi Pelaburan Ekuiti ini dapat dilihat sebagai cara yang efektif bagi syarikat Bumiputera melonjak dari kedudukan semasa dan menjadikan mereka sebagai syarikat bertaraf antarbangsa. -TAMAT- 2
MAKLUMAT SYARIKAT BUMIPUTERA YANG TERLIBAT MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN DENGAN LEMBAGA TABUNG HAJI Nama Syarikat / Usahawan Skala Holdings Sdn. Bhd. Jenis Perniagaan : Kontraktor bagi Hiasan & Rekaan Dalaman Pengerusi : YBhg. Dato Faridah binti Abdul Jabar Bina Paint Industries Sdn. Bhd. Jenis Perniagaan : Kontraktor & Pengilang Cat Pengarah Urusan : Haji Rosli bin Adam Masri Processing Sdn. Bhd. Jenis Perniagaan : Kilang Pemprosesan Ayam Pengarah Urusan : Encik Masri bin Huat @ Hot Perincian Skala Design Consult Sdn. Bhd (SDC) menjalankan perniagaan hiasan dalaman untuk bangunan kerajaan dan korporat. Syarikat ini mula beroperasi pada 23 September 2000 dan mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut melebihi 16 tahun. SDC adalah 100% milik Bumiputera dan telah berdaftar di bawah Lembaga Arkitek Malaysia. Antara pencapaian syarikat ini ialah merekabentuk hiasan dalaman untuk projek Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Shah Alam, Molecule Café KLCC untuk Petrosains Sdn Bhd, TH Taiping dan UDA Corporate Office & Retail. Bina Paint Industries Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat Bumiputera yang mengeluarkan cat patuh syariah di negara ini. Bina Paint merupakan syarikat Bumiputera yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dan telah memperoleh pengiktirafan Malaysian Brand dan pensijilan Eco Label daripada SIRIM. Masri Processing Sdn. Bhd. (MPSB) menceburi perniagaan pemprosesan ayam telah beroperasi sejak 1992 dan mula membuka kilang pemprosesannya sendiri pada 2007. Syarikat ini telah berkembang dengan pesat dan mencatatkan penjualan melebihi RM100 juta pada tahun 2015. 3
Nama Syarikat / Usahawan Hajar Hijrah Sdn. Bhd. Jenis Perniagaan : Kilang Pemprosesan Ayam Pengarah Urusan : Puan Siti Hajar binti Ghazali Perincian Hajar Hijrah Sdn. Bhd. membangunkan jenama ayamnya sendiri iaitu Ayam Hijrah dan mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan memperoleh Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 4
Lembaga Tabung Haji Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah badan berkanun yang diperbadankan di bawah Akta Lembaga Tabung Haji, 1995 (Akta 535). Aktiviti utama TH adalah dalam pengurusan haji, tabungan dan pelaburan. Antara sektor pelaburan terasnya adalah kewangan Islam, perladangan, hartanah, pembinaan, teknologi maklumat, minyak & gas dan hospitaliti. TH mempunyai 123 buah cawangan di seluruh negara dan satu cawangan di Jeddah, Arab Saudi. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan Tabung Haji, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre ditalian 03-6207 1919. 5