D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

dokumen-dokumen yang mirip
D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

D.R. 29/90 RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990

Undang-Undang Malaysia

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

DR. 42/91 RANG UNDANG-UNDANG PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1991

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

D.R. 19/90 RANG UNDANG-UNDANG. b ernama. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais [ ]

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Industri Pelancongan (Pindaan) 1 D.R. 44/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

AKTA PILIHAN RAYA 1958

RANG UNDANG-UNDANG SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

D.R. 25/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pusat Jagaan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SUSUNAN FASAL BAHAGIAN. 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran.

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Yayasan Labuan 1 D.R. 26/2009 RANG UNDANG-UNDANG YAYASAN LABUAN 2009

BAHAGIAN I PERMULAAN

D.R. 17/99 RANG UNDANG-UNDANG BADAN BERKANUN (KUASA MEMINJAM) 1999

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

DR. 31/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2009

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 38/91. Naskhah Sahih Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

Naskhah Sahih Bahasa Malaysia

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 6/93 RANG UNDANG-UNDANG DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN PERMULAAN

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

D.R. 35/96 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penyiaran 1988.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 39/92 y/ RANG UNDANG-UNDANG PERINDUSTRIAN NIAGA HADAPAN 1992

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

D.R. 4/96. Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972.

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 1 D.R. 2/2015 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM 2015

RANG UNDANG-UNDANG PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) 1993

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2012

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Wang sesuatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

Kawalan Harga dan Antipencatutan 1 D.R. 29/2010 RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (Pindaan 1/2017) MALAYSIA Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

b e r n a m a RANG UNDANG-UNDANG Suatu Akta untuk meminda Akta Perhutanan Negara 1984.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

D.R. 21/98 RANG UNDANG-UNDANG FRANCAIS 1998

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

Undang-Undang Malaysia

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 (Akta 521) SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN

D.R. 2/2008 RANG UNDANG-UNDANG AHLI GEOLOGI 2008

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI (Pindaan 1/2018) Tarikh Kuat Kuasa: 1 April 2018

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 1 D.R. 33/2010 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010

Hakmilik Strata (Pindaan) 1 D.R. 33/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hakmilik Strata 1985.

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

P.U. (A) 8/2008 AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (MEKANISME PENSTABILAN HARGA) 2008

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara D.R. 6/2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 24/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996.

Transkripsi:

D.R. 32/90 Naskhah Sahih Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran. BAHAGIAN II KEBOLEHKENAAN CUKAI Skop Pengenaan 3. Aktiviti perniagaan luar pesisir boleh dikenakan cukai. Cukai Berasaskan Penyata 4. Aktiviti perdagangan luar pesisir. 5. Pemfailan akuan berkanun dan penyata keuntungan. 6. Taksiran. 7. Pemilihan. 8. Ketiadaan tempoh asas. Cukai Dikenakan atas Pemilihan BAHAGIAN III KETAKBOLEHKENAAN CUKAI 9. Aktiviti bukan perdagangan luar pesisir. 10. Akuan berkanun mengenai aktiviti bukanperdagangan luarpesisir.

2 RANG UNDANG-UNDANG BAHAGIAN IV PEMBAYARAN DAN MENDAPATKAN CUKAi Pasal 11. Pembayaran cukai. 12. Pembayaran perbezaan dan pembayaran balik. 13. Notis permintaan. 14. Mendapatkan cukai melalui guaman. BAHAGIAN V TANGGUNGJAWAB BAGI PEMATUHAN 15. Orang yang boleh dikenakancukai. 16. Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab bagi pematuhan. BAHAGIAN VI TAMBAHAN Pentadbiran 17. Ketua Pengarah. 18. Perwakilan fungsi-fungsi Ketua Pengarah. 19. Kuasa Menteri untuk memberi arahan. 20. Penyata keuntungan, dll., dianggap sulit. 21. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan. Pelbagai 22. Kuasa untuk meminta maklumat. 23. Kesalahan dan penalti. 24. Pengkompaunan kesalahan. 25. Penalti bagi akuan berkanun palsu.

3 RANG UNDANG-UNDANG b e rnama Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pengenaan, pentaksiran dan pemungutan cukai ke atas aktiviti perniagaan luar pesisir yang dijalankan oleh suatu syarikat luar pesisir di atau dari Labuan dan mengenai perkaraperkara yang berkaitan dengannya. [ ] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN I. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. (2) Akta ini hendaklah berkuatkuasa bagi tahun taksiran 1991 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya. 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain "aktiviti bukan perdagangan luar pesisir" ertinya suatu aktiviti berhubungan dengan pemegangan pelaburan dalam sekuriti, saham, syer, pinjaman, deposit dan harta tak alih oleh suatu syarikat luar pesisir bagi pihaknya sendiri; "aktiviti perdagangan luar pesisir" termasuklah urusan bank, insurans, perdagangan, pengurusan, pelesenan atau apa-apa aktiviti lain yang bukannya suatu aktiviti bukan perdagangan luar pesisir; Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. Tafsiran.

4 RANG UNDANG-UNDANG Akta "aktiviti perniagaan luar pesisir" ertinya suatu aktiviti perdagangan luar pesisir atau aktiviti bukan perdagangan luar pesisir yang dijalankan di atau dari Labuan dalam mata wang selain daripada mata wang Malaysia oleh suatu syarikat luar pesisir dengan bukan pemastautin atau dengan suatu syarikat luar pesisir yang lain, tetapi tidak termasuk urusan perkapalan dan operasi petroleum: Dengan syarat bahawa (i) berhubungan dengan suatu syarikat luar pesisir yang menjalankan perniagaan bank luar pesisir atau perniagaan insurans luar pesisir, aktiviti itu bolehlah dijalankan dengan pemastautin; (ii) berhubungan dengan perniagaan bank luar pesisir, transaksi boleh, jika dibenarkan di bawah subseksyen (2) seksyen 20 Akta Bank Luar Pesisir 1990, dijalankan dalam mata wang Malaysia; dan (iii) berhubungan dengan perniagaan insurans luar pesisir, insurans semula perniagaan insurans domestik boleh diurusniagakan dalam ringgit Malaysia; "amanah luar pesisir" ertinya suatu amanah yang diwujudkan di Labuan di mana penyelesai dan benefisiaribenefisiari terdiri daripada bukan pemastautin; Akta 53. "Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri yang disebutkan dalam seksyen 134 Akta Cukai Pendapatan 1967; "Labuan" ertinya Wilayah Persekutuan Labuan; "Menteri" ertinya Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; "orang" termasuklah suatu syarikat, perkongsian, kumpulan orang dan perbadanan tunggal; "pegawai rasmi" ertinya seseorang yang mempunyai tugas rasmi di bawah, atau diambil kerja untuk melaksanakan, peruntukan-peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967;

CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN 5 "pemastautin" ertinya (a) berhubungan dengan seorang orang sebenar, seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; atau (b) berhubungan dengan mana-mana orang lain, seorang yang telah menubuhkan suatu tempat perniagaan, dan sedang beroperasi, di Malaysia, dan termasuklah seorang yang diisytiharkan sebagai pemastautin menurut kuasa subseksyen (2) seksyen 43, Akta Kawalan Pertukaran 1953; "perniagaan bank luar pesisir" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Bank Luar Pesisir 1990; "perniagaan insurans luar pesisir" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Insurans Luar Pesisir 1990; "syarikat luar pesisir" ertinya suatu syarikat luar pesisir yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat Luar Pesisir 1990, dan termasuklah suatu syarikat luar pesisir asing yang didaftarkan di bawah Akta itu dan suatu amanah luar pesisir; "tahun taksiran" ertinya tahun kalendar; "tempoh asas", berhubungan dengan suatu tahun taksiran ertinya tempoh atau tempoh-tempoh perakaunan yang berakhir dalam tahun kalendar sebelum sahaja tahun taksiran itu. (2) Jika suatu syarikat luar pesisir menjalankan keduadua aktiviti perdagangan luar pesisir dan aktiviti bukan perdagangan luar pesisir, syarikat itu adalah disifatkan sebagai menjalankan suatu aktiviti perdagangan luar pesisir. (3) Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa peruntukan-peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 terpakai berkenaan dengan (a) suatu aktiviti selain daripada aktiviti perniagaan luar pesisir yang dijalankan oleh suatu syarikat luar pesisir; Akta 17. Akta. Akta

6 RANG UNDANG-UNDANG (b) suatu perniagaan bank luar pesisir yang dijalankan oleh bank luar pesisir Malaysia berlesen sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Bank Luar Pesisir 1990, yang adalah pejabat suatu bank Malaysia; atau (c) suatu perniagaan insurans luar pesisir yang dijalankan oleh penanggung insurans luar pesisir Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Insurans Luar Pesisir 1990, yang adalah cawangan penanggung insurans Malaysia. BAHAGIAN II Aktiviti perniagaan luar pesisir boleh dikenakan cukai. KEBOLEHKENAAN CUKAI Skop Pengenaan 3. Tertakluk kepada Akta ini, suatu syarikat luar pesisir yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan luar pesisir hendaklah dikenakan cukai mengikut Akta ini bagi setiap tahun taksiran berkenaan dengan aktiviti perniagaan luar pesisir itu. Cukai Berasaskan Penyata Akliviti perdagangan luar pesisir. 4. (1) Cukai atas kadar tiga peratus hendaklah dikenakan bagi suatu tahun taksiran ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi suatu syarikat luar pesisir yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan luar pesisir yang adalah aktiviti perdagangan luar pesisir untuk tempoh asas bagi tahun taksiran itu. (2) Keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi suatu syarikat luar pesisir yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan luar.pesisir yang adalalh aktiviti perdagangan luar pesisir bagi suatu tahun taksiran adalah keuntungan bersih seperti yang ditunjukkan di dalam akaun teraudit berkenaan dengan aktiviti perdagangan luar pesisir sedemikian bagi syarikat luar pesisir itu untuk tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

CUKAI AKTIYITI PERNIACAAN LUAR PESISIR LABUAN 7 5. Suatu syarikat luar pesisir yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan luar pesisir yang adalah aktiviti perdagangan luar pesisir hendaklah, dalam tempoh tiga bulan (atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah) dari permulaan suatu tahun taksiran, memfailkan dengan Ketua Pengarah suatu akuan berkanun dan penyata keuntungan syarikat luar pesisir itu bagi tahun taksiran itu dalam borang-borang yang ditetapkan, 6. Apabila diterima penyata keuntungan syarikat luarpesisir sebagaimana yang disebutkan dalam seksyen 5 bagi suatu tahun taksiran, Ketua Pengarah hendaklah membuat taksiran dalam borang yang ditetapkan bagi tahun taksiran itu dan hendaklah menyampaikan suatu notis taksiran, secara sendiri atau melalui pos, kepada syarikat luar pesisir berkenaan. Pemfailan akuan berkanun dan penyata keuntimgan Taksiran. Cukai Dikenakan atas Pemilihan 1. (1) Walauapapunseksyen4,suatusyarikatluarpesisir yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan luar pesisir yang adalah aktiviti perdagangan luar pesisir boleh, dalam tempoh tiga bulan {atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oieh Ketua Pengarah) dari permulaan suatu tahun taksiran, memilih, dalam borang yang ditetapkan, untuk dikenakan cukai sejumlah dua puluh ribu ringgit bagi tahun taksiran itu. (2) Suatu syarikat luar pesisir hendaklah, apabila membuat pilihan di bawah subseksyen (1), memfailkan dengan Ketua Pengarah suatu akuan berkanun dalam borang yang ditetapkan, (3) Peruntukan-peruntukan seksyen 5 tidaklah terpakai bagi suatu syarikat luar pesisir yang memilih dikenakan cukai di bawah subseksyen (I). 8. (1) Walau apa pun seksyen4 dan 7, jika suatu syarikat luar pesisir yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan luar pesisir yang adalah aktiviti perdagangan luar pesisir tidak mempunyai tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, syarikat luar pesisir itu hendaklah dikcnakan cukai bagi tahun taksiran itu sebanyak dua puluh ribu ringgit. Pemilihan. Ketiadaan tempoh asas.

8 RANG UNDANG-UNDANG (2) Suatu syarikat luar pesisir yang boleh dikenakan cukai di bawah subseksyen (1) bagi suatu tahun taksiran hendaklah, dalam tempoh tiga bulan (atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah) dari permulaan suatu tahun taksiran, memfailkan dengan Ketua Pengarah suatu akuan berkanun dalam borang yang ditetapkan. BAHAGIAN III Aktiviti bukan perdagangan luar pesisir. KETAKBOLEHKENAAN CUKAI 9. Walau apa pun seksyen 3, suatu syarikat luar pesisir yang rnenjalankan suatu aktiviti perhiagaan luar pesisir yang adalah aktiviti bukan perdagangan luar pesisir bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran tidaklah boleh dikenakan cukai bagi tahun taksiran itu. Akuan berkanun mengenai aktiviti bukan perdagangan luar pesisir. 10. Suatu syarikat luar pesisir yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan luar pesisir yang adalah aktiviti bukan perdagangan luar pesisir hendaklah, dalam tempoh tiga bulan (atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah) dari permulaan suatu tahun taksiran, memfailkan dengan Ketua Pengarah suatu akuan berkanun dalam borang yang ditetapkan. BAHAGIAN PEMBAYARAN DAN MENDAPATKAN CUKAI IV Pembayaran cukai. 11. Suatu syarikat luar pesisir hendaklah (a) semasa memfailkan akuan berkanun dan penyata keuntungan syarikat luar pesisir itu bagi suatu tahun taksiran di bawah seksyen 5, membuat bayaran penuh atas akaun bagi cukai yang akan dikenakan bagi tahun taksiran itu; atau (b) semasa memfailkan akuan berkanun di bawah seksyen 7 atau 8, membuat bayaran penuh cukai yang dikenakan bagi tahun taksiran itu.

CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN 9 12. Jika terdapat perbezaan di antara amaun yang telah dibayar di bawah perenggan (a) seksyen 11 dan amaun yang ditaksirkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 6, syarikat luar pesisir hendaklah membayar perbezaan itu atau Ketua Pengarah hendaklah membayar balik lebihan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. 13. (1) Jika suatu syarikat luar pesisir gagal mematuhi seksyen 11 atau 12, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu notis permintaan yang akan disampaikan sendiri atau melalui pos kepada syarikat luar pesisir itu. Pembayaran perbezaan dan pembayaran bahk. Notis permintaan (2) Ketua Pengarah hendaklah, dalam mengeluarkan notis permintaan itu, menambahkan cukai atau baki cukai yang belum dibayar itu sebanyak sepuluh peratus dan amaun sedemikian bolehlah didapatkan sebagai cukai yang genap masanya dibayar. (3) Cukai yang kena dibayar di bawah notis permintaan hendaklah dibayar apabila notis permintaan disampaikan. 14. (1) Cukai yang genap masanya dan kena dibayar bolehlah didapatkan oleh Kerajaan melalui prosiding sivil sebagai suatu hutang yang genap masanya dibayar kepada Kerajaan. (2) Ketua Pengarah dan semua pegawai diberikuasa hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam yang diberikuasa oleh Menteri di bawah subseksyen (1) seksyen 25 Akta Prosiding Kerajaan 1956, berkenaan dengan semua prosiding di bawah seksyen ini. (3) Seorang "pegawai diberikuasa" ertinya seorang pegawai rasmi yang diberikuasa oleh Ketua Pengarah bagi maksud-maksud seksyen ini. BAHAGIAN V TANGGUNGJAWAB BAGI PEMATUHAN 15. Syarikat luarpesisir adalah orang yang boleh ditaksirkan dan boleh dikenakan cukai yang dikenakan di bawah Akta ini. Mendapatkan cukai melalui guaman. Akta 359. Orang yang boleh dikenakan cukai.

10 RANG UNDANG-UNDANG Pegawaipegawai yang bertanggungjawab bagi pematuhan. 16. Tanggungjawab bagi melakukan segala tindakan dan perkara yang dikehendaki dilakukan oleh atau bagi pihak suatu syarikat luar pesisir bagi maksud-maksud Akta ini adalah terletak bersesama dan berasingan pada (a) pengurus atau pegawai utama lain di Malaysia; (b) pengarah pemastautin sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Syarikat Luar Pesisir 1990; (c) setiausaha; (d) dalam hal sesuatu amanah, pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah; (e) mana-mana orang (walau bagaimanapun digelar) yang melaksanakan fungsi-fungsi mana-mana orang yang disebutkan dalam perenggan di atas; dan (f) dalam hal suatu syarikat di bawah likuidasi atau penerimaan, pelikuidasi atau penerima, mengikut mana-mana yang berkenaan. Ketua Pengarah. Perwakilan fungsi-fungsi Ketua Pengarah. BAHAGIAN VI TAMBAHAN Pentadbiran 17. Ketua Pengarah adalah berkuasa menjaga dan menguruskan cukai. 18. (1) Mana-mana fungsi Ketua Pengarah di bawah Akta ini boleh dilaksanakan oleh Timbalan Ketua Pengarah, Penolong Ketua Pengarah, Penolong Kanan Pengarah atau Penolong Pengarah, Hasil Dalam Negeri yang disebutkan dalam seksyen 134 Akta Cukai Pendapatan 1967. (2) Ketua Pengarah boleh secara bertulis mewakilkan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini kepada manamana pegawai rasmi lain.

CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN 11 19. Menteri boleh memberi arahan-arahan bersifat am (yang tidak berlawanan dengan Akta ini) kepada Ketua Pengarah berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsi Ketua Pengarah di bawah Akta ini; dan Ketua Pengarah hendaklah menguatkuasakan apa-apa arahan yang diberikan sedemikian. Kuasa Menteri untuk memberi arahan. 20. (1) Apa-apa penyata keuntungan,akuan berkanun atau maklumat yang dibuat atau diterima bagi maksud-maksud Akta ini hendaklah dianggap sebagai sulit dan tidaklah boleh disampaikan atau didedahkan kepada mana-mana orang kecuali bagi maksud-maksud Akta ini. (2) Jika mana-mana pegawai rasmi, sama ada sepanjang tempoh pekerjaannya atau selepas itu, melanggari subseksyen (1), dia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Penyata keuntungan dll., dianggap sulit. 21. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan secara am bagi maksud melaksanakan, atau menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Akta ini dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan apa yang tersebut di atas, untuk menetapkan apa-apa borang sebagaimana yang dikehendaki ditetapkan oleh Akta ini atau sebagaimana yang difikirkannya perlu. Kuasa Menteri untuk membuat peraturanperaturan. Pelbagai 22. (1) Ketua Pengarah boleh melalui notis bertulis menghendaki mana-mana orang memberi apa-apa maklumat atau butir sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud-maksud Akta ini. (2) Jika mana-mana orang,tanpa alasan yang munasabah, gagal mematuhi notis yang disebutkan dalam subseksyen (1), dia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit. Kuasa untuk meminta maklumat.

12 RANG UNDANG-UNDANG Kesalahan dan penalti. 23. Mana-mana orang yang tanpa alasan yang munasabah (a) gagal mengemukakan suatu akuan berkanun dan penyata keuntungan di bawah seksyen 5; atau (b) gagal memfailkan suatu akuan berkanun di bawah seksyen 7, 8 atau 10, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi Hma ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya. Pengkompaunan kesalahan. 24. Ketua Pengarah boleh, dalam hal dimana difikirannya patut dan wajar untuk berbuat demikian, mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah seksyen 22 atau 23, dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua Pengarah dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu apa-apa jumlah wang sebagaimana yang ditentukan dalam tawaran itu yang tidaklah boleh melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang boleh dikenakan kepada orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu. (2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa perlanjutan masa yang boleh diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (3) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaunkan kesalahan itu dibuat.

CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN 13 25. Jika mana-mana orang dengan sengaja atau cuai membuat apa-apa akuan berkanun yang tidak betul atau palsu di bawah seksyen 5,7,8 atau 10, dia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Penalti bagi akuan berkanun palsu. HURAIAN Rang Undang-Undang ini bertujuan membuat peruntukan mengenai pengenaan, pentaksiran dan pemungutan cukai ke atas aktiviti perniagaan luar pesisir yang dijalankan oleh syarikat luar pesisir di atau dari Labuan. 2. Bahagian I bertujuan membuat peruntukan mengenai perkaraperkara permulaan termasuk takrif beberapa perkataan yang digunakan dalam Rang Undang-Undang. Fasal 2(3) nrenerangkan dengan jelasnya bahawa jika sesuatu syarikat luar pesisir memperolehi apaapa pendapatan daripada sesuatu aktiviti yang bukannya aktiviti perniagaan luar pesisir, pendapatan itu hendaklah tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967. Jika suatu pejabat bagi bank domestik atau cawangan bagi syarikat insurans domestik menjalankan perniagaan bank luar pesisir atau perniagaan insurans luar pesisir, pendapatan daripada perniagaan-perniagaan itu hendaklah juga tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967. 3. Bahagian II adalah mengenai kebolehkenaan cukai. Fasal 3 adalah suatu peruntukan am yang bertujuan menghadkan skop pengenaan cukai hanya kepada suatu aktiviti perniagaan luar pesisir yang dijalankan oleh suatu syarikat luar pesisir. 4. Fasal 4 hingga 6 berhubungan dengan pengenaan cukai melalui penyata keuntungan. Pasal 4 bercadang iintuk mengenakan cukai atas kadar tiga peratus bagi satu tahun taksiran ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi suatu syarikat luar pesisir yang menjalankan aktiviti perdagangan luar pesisir. Keuntungan yang boleh dikenakan cukai adalah berasaskan kepada keuntungan bersih teraudit sebagaimana yang diisytiharkan di dalam penyata keuntungan yang difailkan oleh syarikat luar pesisir di bawah fasal 5. Fasal 5 juga menghendaki sesuatu syarikat luar pesisir memfailkan suatu akuan berkanun. Suatu aktiviti perdagangan luar pesisir termasuklah urusan bank. insurans, perdagangan, pengurusan, pelesenan atau apa-apa aktiviti lain yang bukannya suatu aktiviti bukan perdagangan luar pesisir. Pasal 6 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mentaksirkan cukai berasaskan kepada penyata keuntungan.

14 RANG UNDANG-UNDANG 5. Fasal 7 bertujuan membenarkan suatu syarikat luar pesisir yang menjalankan suatu aktiviti perdagangan luar pesisir untuk memilih ditaksirkan atas suatu kadar yang tetap sejumlah dua puluh ribu ringgit bagi satu tahun taksiran. Pemilihan ini hendaklah dibuat dalam tempoh tiga bulan (atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah) dari permulaan tahun taksiran itu. Jika suatu syarikat luar pesisir memilih sedemikian, syarikat itu dikehendaki memfailkan suatu akuan berkanun dengan Ketua Pengarah. 6. Fasal 8 menghendaki suatu syarikat luar pesisir yang tidak mempunyai suatu tempoh perakaunan bagi satu tahun taksiran membayar cukai sejumlah dua puluh ribu ringgit dan memfailkan suatu akuan berkanun dengan Ketua Pengarah dalam tempoh tiga bulan (atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah) dari permulaan tahun taksiran itu. 7. Bahagian III adalah mengenai ketakbolehkenaan cukai berkenaan dengan suatu syarikat luar pesisir yang menjalankan suatu aktiviti bukan perdagangan luar pesisir. Fasal 10 menghendaki syarikat itu memfailkan suatu akuan berkanun dengan Ketua Pengarah dalam tempoh tiga bulan (atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah) dari permulaan tahun taksiran itu. Suatu aktiviti bukan perdagangan luar pesisir merujuk kepada pemegangan pelaburan dalam bentuk sekuriti, saham, syer, pinjaman, deposit dan harta tanah yang dipunyai oleh syarikat tersebut. 8. Bahagian IV menerangkan peruntukan-peruntukan mengenai pembayaran dan mendapatkan cukai. Fasal 11 menghendaki suatu syarikat luar pesisir yang menjalankan suatu aktiviti perdagangan luar pesisir membuat bayaran penuh akan cukai syarikat itu semasa memfailkan penyata atau akuan berkanun, mengikut mana-mana yang berkenaan. Fasal 12 membuat peruntukan mengenai pembayaran apaapa perbezaan cukai dan pembayaran balik apa-apa lebihan cukai. Fasal 13 membuat peruntukan mengenai pengenaan penalti sekiranya cukai tidak dibayar. Pasal 14 membuat peruntukan mengenai mendapatkan cukai melalui prosiding sivil. 9. Bahagian V adalah mengenai tanggungjawab bagi pematuhan peruntukan-peruntukan Rang Undang-Undang. Fasal 15 memperuntukkan bahawa syarikat luar pesisir adalah orang yang boleh dikenakan cukai di bawah Rang Undang-Undang. Fasal 16 menyenaraikan orang-orang yang bertanggungjawab bagi pematuhan peruntukan-peruntukan Rang Undang-Undang bagi pihak syarikat luar pesisir. 10. Bahagian VI adalah mengenai pentadbiran dan perkara-perkara pelbagai. Fasal 17 memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah adalah berkuasa untuk menjaga dan menguruskan cukai yang dikenakan di bawah Rang Undang-Undang. Fasal 18 adalah berkenaan dengan perwakilan fungsi-fungsi Ketua Pengarah. Fasal 19 memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk memberi arahan-arahan kepada

CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN 15 Ketua Pengarah dalam melaksanakan fungsi-fungsinya. Fasal 20 adalah berkenaan dengan peruntukan-peruntukan kerahsiaan. Fasal 21 memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menetapkan peraturan-peraturan jika perlu bagi memudahkan pelaksanaan Rang Undang-Undang. Fasal 22 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk memanggil maklumat daripada syarikat luar pesisir bagi maksud-maksud Rang Undang-Undang. Fasal 23 mengandungi peruntukan-peruntukan penal kerana tidak mematuhi peruntukanperuntukan tertentu Rang Undang-Undang. Fasal 24 membuat peruntukan mengenai pengkompaunan kesalahan dan fasal 25 mengandungi peruntukan-peruntukan penal kerana memfailkan suatu akuan berkanun yang tidak betul atau palsu. IMPL1KASI KEWANGAN Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya tidak dapat ditentukan sekarang ini. [PN. (U 2 ) 1614.]