GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

dokumen-dokumen yang mirip
SENARAI SEMAK GRADUAN

MAJLIS AMANAH RAKYAT. Terima kasih di atas kesudian saudara/i menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2016.

SILA TELITI DAN FAHAMI KANDUNGAN BERIKUTNYA UNTUK MEMBANTU GRADUAN MENJAYAKAN MAJLIS KONVOKESYEN DENGAN SEMPURNA. MAJLIS KONVOKESYEN

PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN TAJ INTERNATIONAL COLLEGE

PERATURAN MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT KRAF NEGARA (IKN) KE 14 PADA 17 NOVEMBER 2015 MAJLIS KONVOKESYEN

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-14. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-15. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

SYARAT DAN PERATURAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS PENYAMPAIAN DIPLOMA PROGRAM EKSEKUTIF UTMSPACE 2017

Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti.

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-15 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

BUKU PANDUAN 1 DISEMBER 2016 (KHAMIS)

BUKU MAKLUMAT & JEMPUTAN GRADUAN KONVOKESYEN PERDA-TECH KE 7

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEEMPAT POLITEKNIK METrO KUANTAN

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KETIGA POLITEKNIK METRO KUANTAN

1.1 Penyertaan graduan ke Majlis Konvokesyen dan tuntutan Diploma hanya sah setelah menyempurnakan perkara-perkara berikut:

Didoakan semoga saudara/i sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t.

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) KE 14

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METRO KUANTAN KALI PERTAMA

URUSETIA PENGURUSAN GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UTHM KE-17 PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK MAKLUMAN

4.1 PEMULANGAN JUBAH, MORTAR BOARD ATAU BONNET DAN HOOD

4.1 PEMULANGAN JUBAH, MORTAR BOARD ATAU BONNET DAN HOOD

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN UCAM AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) KE 15

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU KALI PERTAMA

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KEDUA

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN UMS KALI KE 17 SELEPAS MAJLIS

MAKLUMAT / PERATURAN & SYARAT ISTIADAT KONVOKESYEN KE-14 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH AMBILAN JANUARI 2010 DAN AMBILAN JUN 2009 SERTA KDPM KDC AMBILAN JAN 2007

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-16 POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

GARIS PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN 2016 POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

MAKLUMAT ISTIADAT KONVOKESYEN KE-15 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)

BUKU PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KALI KE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PANDUAN DAN PERATURAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-16 KUIPSAS 2017

PERATURAN & SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

BUKU PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KALI KE

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE-20

1.1 Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru akan diadakan mengikut maklumat berikut:

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-19 (2017) POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KETIGA

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-12 POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE 31, 2017 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN DAN PANDUAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN UTM. Pejabat Pendaftar (Bahagian Pengurusan Akademik) Universiti Teknologi Malaysia

BUKU PANDUAN GRADUAN M A J L I S K O N V O K E S Y E N K E Di sini lahirnya DA I, ULAMA & UMARA

GARIS PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN 2017 POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEDUA POLITEKNIK METRO KUANTAN

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN KE-15 KOLEJ MULTIMEDIA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2012 GARIS PANDUAN ETIKA PAKAIAN STAF UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

PANDUAN LULUSAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KE-25 POLITEKNIK PORT DICKSON

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AKU JANJI PEMATUHAN KEPADA ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR

KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG

PERATURAN BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KETIGA

PANDUAN LULUSAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KE-26 POLITEKNIK PORT DICKSON

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR) 2014

MAJLIS KONVOKESYEN KE-13 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

ARAHAN: Sila baca panduan ini dengan teliti dan ambil tindakan yang sewajarnya agar urusan pendaftaran dan lapor diri berjalan lancar.

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE 30 POLITEKNIK KOTA BHARU

PERINGATAN SLIP/SIJIL SPM BAGI CALON PELAJAR LULUSAN SPM SEMUA DOKUMEN ASAL

BUKU PANDUAN KONVOKESYEN 2016 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1985 (PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI AWAM)

LAMPIRAN 3 PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

PANDUAN KONVOKESYEN SENARAI SEMAK KANDUNGAN SAMPUL

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-20 (2018) POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE POLITEKNIK MUKAH

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

2. Bayaran hutang hendaklah dijelaskan sebelum tarikh peminjaman jubah selewat-lewatnya pada atau sebelum 20 Oktober 2017.

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KALI KEEMPAT POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU

PANDUAN PAKAIAN BEKERJA DAN UPACARA RASMI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

NDUAN PENDAFTARAN ARAHAN

PANDUAN PENGAWASAN BAGI PEMBANTU PENGAWAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERATURAN PEPERIKSAAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETERANGAN MENGENAI MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR JAN-MEI Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Jan-Mei 2018 adalah pada 17 Mei 2018 (Khamis) bermula jam pagi.

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2015

BAHAGIAN TAJUK MUKA SURAT

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

PERATURAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA IBNU KHALDUN SAMARAHAN.

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-5 POLITEKNIK SANDAKAN SABAH

PENDAFTARAN PELAJAR BARU KOLEJ PROFESIONAL MARA

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR JAN MEI Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Jan Mei 2017 adalah pada 20 Mei 2017 bermula jam pagi.

4. SENARAI KEPERLUAN SEMUA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2016

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Sila baca kelayakan dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang

BORANG PENDAFTARAN KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN (KAFA) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2012/2013 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Transkripsi:

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT BAGI PARA GRADUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ MASA KALI KE-4 Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera Para Graduan, MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ MASA Kolej MASA ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan tuan/puan menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pengajian masing-masing. Bagi mengiktiraf kejayaan tuan/puan, Majlis Konvokesyen Kolej MASA akan diadakan di Dewan D, MAEPS, Serdang, Selangor. Berikut disenaraikan peraturan dan syarat-syarat bagi para graduan menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej MASA kali ke-4. 1.0 PENGESAHAN KEHADIRAN 1.1 Para graduan WAJIB memaklumkan dengan segera pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen kali ke-4 dengan menghantar keratan pengesahan kehadiran yang terdapat di dalam surat jemputan. Sila sahkan kehadiran anda SEBELUM ATAU PADA 7 SEPTEMBER 2015 (ISNIN). 1.2 Pengesahan kehadiran hendaklah disertakan dengan salinan bukti pembayaran yuran yang telah dibuat. Untuk bayaran melalui akaun bank, sila sertakan salinan yang telah dilengkapkan dengan nama pelajar, ID pelajar dan nombor kad pengenalan sebagai rujukan. 2.0 PENDAFTARAN 2.1 Para graduan DIWAJIBKAN mendaftar seperti butiran berikut: Hari : Khamis Tarikh : 1 Oktober 2015 Masa : 8.30 Pagi Tempat : Dewan D, MAEPS, Serdang, Selangor 2.2 Pihak Pengurusan Majlis Konvokesyen berhak untuk menghalang graduan yang tidak mendaftar pada waktu pendaftaran yang ditetapkan daripada menerima diploma dalam Majlis Konvokesyen tersebut. 2

3.0 MAJLIS KONVOKESYEN 3.1 Majlis Konvokesyen Kolej MASA kali ke-4 akan diadakan pada tarikh 1 Oktober 2015 (Khamis). 3.2 Perarakan masuk graduan ke dalam Dewan Konvokesyen adalah pada jam 2.00 petang. 3.3 Graduan yang lewat TIDAK AKAN dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen tersebut. 3.4 Graduan tidak dibenarkan meninggalkan dewan semasa majlis berlangsung dan diminta untuk tidak membuat bising. 4.0 RAPTAI KONVOKESYEN 4.1 Raptai akan diadakan pada 1 Oktober 2015 (Khamis) pada jam 10.00 pagi di Dewan D, MAEPS, Serdang, Selangor. Para graduan diminta untuk berkumpul berhampiran pintu masuk dewan setelah selesai mengambil jubah konvokesyen. 5.0 PENYERTAAN GRADUAN DAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 5.1 Penyertaan graduan ke Majlis Konvokesyen ini hendaklah dibuat menggunakan Borang Pengesahan Kehadiran yang telah disertakan bersama dengan surat jemputan. Borang ini hendaklah dihantar kepada pihak Kolej MASA SEBELUM ATAU PADA 7 SEPTEMBER 2015 berserta bukti pembayaran yuran. 5.2 Para graduan dikehendaki mengisi borang kajian pengesanan graduan secara atas talian ( online ) di http://graduat.mohe.gov.my (boleh mula diisi bermula 7 SEPTEMBER 2015) dan mencetak slip untuk dibawa ketika mengambil jubah. 6.0 KAD KEBENARAN MASUK DEWAN IBU/BAPA/TETAMU 6.1 Setiap graduan akan diberikan DUA (2) keping kad kebenaran masuk dewan untuk DUA (2) orang tetamu sahaja. Kad kebenaran masuk kepada dua orang tetamu ini akan diserahkan semasa sesi pendaftaran graduan. 6.2 Ibu/bapa/tetamu yang tidak mempunyai kad kebenaran ini TIDAK akan dibenarkan memasuki dewan sama sekali. 6.3 Tetamu yang berumur di bawah DUA BELAS (12) tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. 3

6.4 Tetamu diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing SEBELUM jam 1.45 petang. 6.5 Semasa majlis berlangsung, tetamu diminta untuk tidak membuat bising atau melakukan apa-apa aktiviti/perbuatan yang boleh mengganggu kelancaran perjalanan majlis. 6.6 Tetamu DILARANG keluar dan masuk dari dewan semasa Majlis Konvokesyen sedang berlangsung. 6.7 Tetamu diminta agar mematuhi segala arahan yang diberikan oleh pihak jawatankuasa konvokesyen. 7.0 PAKAIAN KONVOKESYEN 7.1 Kod Etika Pakaian Graduan Lelaki 7.1.1 Jubah konvokesyen akan disediakan oleh pihak Kolej MASA. 7.1.2 Graduan dimestikan memakai Lounge Suit warna hitam berserta tali leher atau pakaian kebangsaan (Contoh: Baju Melayu cekak musang berbutang lengkap dan bersamping) warna hitam dan kasut serta stokin berwarna hitam. 7.1.3 Graduan tidak dibenarkan melipat atau menggulung lengan baju. 7.1.4 Graduan haruslah memastikan seluar yang dipakai bersesuaian dari segi lebar, panjang dan warna. 7.1.5 Graduan yang menggunakan tali pinggang harus memastikan saiz kepala tali pinggang tersebut adalah tidak terlalu besar atau keterlaluan dari segi reka bentuk/fesyen. 7.1.6 Graduan tidak dibenarkan memakai tali bow ( bow tie ). 7.1.7 Graduan tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna kuning. 4

7.1.8 Graduan dikehendaki memakai kasut kulit hitam yang bersih dan bersesuaian untuk majlis rasmi konvokesyen. Pemakaian selipar atau sandal adalah dilarang sama sekali. 7.1.9 Graduan yang melanggar mana-mana peraturan ini akan DILARANG daripada menyertai Majlis Konvokesyen. 7.1.10 Sila rujuk Lampiran 1 7.2 Sahsiah Rupa Diri Graduan Lelaki 7.2.1 Graduan hendaklah berambut pendek dan kemas serta tidak mencecah kolar baju. Graduan adalah DILARANG daripada mewarnakan rambut. 7.2.2 Graduan dibenarkan menyimpan misai atau janggut, tetapi mestilah kelihatan kemas dan teratur. 7.2.3 Graduan hendaklah memastikan kuku tangan adalah pendek, bersih dan dirias rapi. 7.2.4 Graduan yang melanggar mana-mana peraturan ini akan DILARANG daripada menyertai Majlis Konvokesyen. 7.2.5 Sila rujuk Lampiran 2 7.3 Kod Etika Pakaian Graduan Wanita 7.3.1 Jubah konvokesyen akan disediakan oleh pihak Kolej MASA. 7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung, sari, atau sut Punjabi. Pakaian kebangsaan tanpa lengan, berlengan pendek dan mencolok mata adalah DILARANG. 7.3.3 Pakaian graduan hendaklah berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan dan tanpa belah di bahagian dada atau kaki. Pakaian daripada kain jenis jarang adalah dilarang. Pakaian tersebut hendaklah tertutup hingga ke pangkal leher di bahagian hadapan dan belakang. 5

7.3.4 Graduan dibenarkan memakai aksesori yang bersesuaian sahaja. Graduan yang bertudung hendaklah memakai tudung yang bersesuaian dan tidak keterlaluan dari segi fesyen. 7.3.5 Graduan dikehendaki memakai kasut hitam bertutup yang bertumit tidak kurang dari 2 inci dan tidak melebihi 3 inci. Pemakaian selipar atau sandal adalah dilarang sama sekali. 7.3.6 Bagi tujuan keselamatan dan tujuan-tujuan tertentu yang lain, graduan wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang menutup muka seperti purdah, topeng muka dan lain-lain. 7.3.7 Bagi tujuan keselamatan, graduan dinasihatkan untuk tidak mengenakan barangan kemas yang keterlaluan sehingga boleh mengganggu perjalanan majlis, pemakaian gelang kaki adalah DILARANG. 7.3.8 Graduan tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna kuning. 7.3.9 Graduan yang melanggar mana-mana peraturan ini akan DILARANG daripada menyertai Majlis Konvokesyen. 7.3.10 Sila rujuk Lampiran 3 7.4 Sahsiah Rupa Diri Graduan Wanita 7.4.1 Graduan hendaklah berambut kemas serta tidak keterlaluan dari segi fesyen. Graduan adalah DILARANG daripada mewarnakan rambut. 7.4.2 Graduan hendaklah memastikan kuku tangan adalah pendek, bersih dan dirias rapi. 7.4.3 Graduan dibenarkan untuk mengenakan solekan, tetapi hendaklah bersesuaian, tidak terlalu tebal atau keterlaluan. 7.4.4 Graduan yang mengenakan fesyen rambut bersanggul hendaklah memastikan ketinggian sanggul tidak melebihi paras telinga. 6

7.4.5 Graduan yang melanggar mana-mana peraturan ini akan DILARANG daripada menyertai Majlis Konvokesyen. 7.4.6 Sila rujuk Lampiran 4 7.5 Kod Etika Pakaian Tetamu 7.5.1 Para tetamu/ibubapa/penjaga hendaklah memakai pakaian kemas dan bersopan ketika berada di dalam dewan konvokesyen. Tetamu yang berpakaian kurang sopan atau menjolok mata tidak akan dibenarkan memasuki dewan konvokesyen 7.5.2 Para tetamu/ibubapa/penjaga hendaklah memakai kasut yang bersesuaian dengan majlis. Pemakaian selipar atau sandal adalah dilarang sama sekali. 7.5.3 Sila rujuk Lampiran 5 7

LAMPIRAN 1 (Etika Pakaian Graduan Lelaki) 8

LAMPIRAN 2 (Sahsiah Rupa Diri Graduan Lelaki) 9

LAMPIRAN 3 (Etika Pakaian Graduan Wanita) 10

LAMPIRAN 4 (Sahsiah Rupa Diri Graduan Wanita) LAMPIRAN 5 (Etika Pakaian Tetamu) 11

8.0 PERATURAN PEMINJAMAN JUBAH KONVOKESYEN 8.1 Peminjaman Jubah Konvokesyen 8.1.1 Graduan diminta menguruskan peminjaman jubah konvokesyen pada hari yang telah ditetapkan iaitu pada 1 OKTOBER 2015, JAM 8.30 PAGI 10.00 PAGI. 8.1.2 Sila bawa bersama Borang Peminjaman Jubah borang berwarna MERAH JAMBU (Borang KKM_1/2015) semasa mengambil jubah konvokesyen. 8.1.3 Graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas jubah konvokesyen yang dipinjam. Sebarang kos atau tuntutan ganti rugi yang disebabkan oleh kerosakan atau kecacatan pada jubah tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh graduan. 8.2 Pemulangan Jubah Konvokesyen 8.2.1 Jubah konvokesyen WAJIB dipulangkan sebaik sahaja graduan selesai menerima penganugerahan diploma atau dalam tempoh masa dari jam 5.00 PETANG 7.00 MALAM, 1 OKTOBER 2015. 8.2.2 Skrol dan transkrip akademik rasmi hanya akan diserahkan setelah graduan memulangkan jubah konvokesyen seperti yang tertakluk di dalam syarat-syarat peminjaman dan pemulangan jubah. 8.2.3 Graduan yang gagal memulangkan jubah konvokesyen pada tarikh yang ditetapkan akan dikenakan denda seperti di bawah: RM 200.00 (Sewa RM50.00 (Denda Kelewatan) + Caj Sewa Tambahan Sehari) 1 hari kelewatan RM 250.00 2 hari kelewatan RM 300.00 3 hari kelewatan RM 350.00 4 hari kelewatan RM 400.00* 12

Denda RM 400.00 - graduan akan dianggap berminat untuk membeli jubah konvokesyen yang dipinjam. 8.2.4 Jubah yang rosak atau hilang akan dikenakan bayaran ganti rugi mengikut kadar seperti berikut: KURSUS JUBAH MORTAR BOARD HOOD DIPLOMA *RM 400.00 *RM200.00 *RM150.00 Bayaran denda adalah tertakluk kepada pindaan. Pihak Kolej MASA berhak menukar kadar denda tanpa sebarang notis. 9.0 SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK 9.1 Borang Pelepasan Graduan Graduan diminta melengkapkan Borang Pelepasan Graduan borang berwarna HIJAU (Borang KKM_4/2015) sebelum membuat tuntutan sijil dan transkrip akademik. Borang Pelepasan Graduan ini perlu dibawa semasa proses pengambilan jubah. 9.2 Borang Pengesahan Identiti Pelajar Graduan diminta mengisi Borang Pengesahan Identiti Pelajar borang berwarna UNGU (Borang KKM_5/2015) untuk tujuan semakan maklumat pelajar dan menyerahkan borang tersebut semasa proses pengambilan jubah. 9.3 Tuntutan Sijil & Transkrip Akademik 9.3.1 Graduan diminta melengkapkan Borang Permohonan Tuntutan Sijil borang berwarna BIRU (Borang KKM_3/2015) dan Borang Permohonan Transkrip Akademik borang berwarna PIC (Borang KKM_2/2015) bagi proses permohonan tuntutan sijil dan transkrip akademik. 9.3.2 Sila ambil perhatian bahawa proses tuntutan sijil dan transkrip akademik rasmi para graduan hanya akan bermula pada 23 NOVEMBER 2015 (ISNIN), JAM 10.00 PAGI. Graduan diminta hadir sendiri ke Kolej 13

MASA bermula tarikh tersebut untuk mendapatkan sijil dan transkrip akademik daripada Biro Hal Ehwal Pelajar. Graduan juga dinasihatkan untuk menuntut sijil dan transkrip masing-masing dalam tempoh 60 HARI daripada tempoh berkenaan (23 November 2015) untuk mengelakkan sebarang kesulitan. 9.3.3 Bagi graduan yang tidak dapat hadir pada Majlis Konvokesyen, anda dikehendaki menuntut sijil dan transkrip akademik dengan segera. Pihak Kolej MASA tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan/kehilangan dan sebagainya ke atas sijil dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut dalam tempoh 60 HARI selepas Majlis Konvokesyen berlangsung. 9.3.4 Graduan boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil sijil dan transkrip akademik dengan cara mengemukakan surat perwakilan/kebenaran dan salinan kad pengenalan graduan kepada pihak Kolej MASA. Graduan juga perlu mencatatkan nama dan nombor kad pengenalan orang yang mewakilkan dalam surat perwakilan/kebenaran serta slip bayaran graduan yang telah dijelaskan. 9.4 Salinan Asal Sijil & Transkrip Akademik Setiap graduan hanya layak mendapat satu set asal sijil dan transkrip akademik. Dokumen-dokumen tersebut hanya akan diberikan sekiranya graduan telah memulangkan jubah konvokesyen dengan lengkap. 9.5 Kesilapan Pada Sijil Dan Transkrip Akademik Apabila sijil dan transkrip akademik dituntut, graduan dinasihatkan untuk menyemak sijil dan transkrip akademik masing-masing dengan teliti. Jika terdapat sebarang kesilapan pada sijil dan transkrip akademik, graduan perlu membuat laporan bertulis PADA HARI YANG SAMA graduan menerima sijil dan transkrip akademik tersebut. 14

9.6 Kehilangan Sijil Dan Transkrip Polisi Kolej MASA menetapkan bahawa sijil asal hanya akan diberikan sekali sahaja. Jika berlaku kerosakan/kehilangan sijil asal, ia tidak akan diganti. Graduan dinasihatkan menyimpan sijil dengan sebaik mungkin. Jika berlaku kerosakan/kehilangan sijil dan transkrip akademik, pihak Kolej MASA hanya akan memberikan surat pengesahan tamat pengajian sahaja. 9.7 Permohonan Semula Transkrip Jika graduan kehilangan transkrip akademik, RM 20 akan dikenakan untuk permohonan percetakan semula transkrip. Bayaran boleh dibuat secara tunai pada Unit Kewangan Kolej MASA. 9.8 Maklumat Tambahan Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai tuntutan sijil dan transkrip akademik, graduan boleh menghubungi pihak Kolej MASA melalui talian telefon 03-80623000 atau emel berikut: convocation@kolejmasa.edu.my 10.0 GAMBAR KONVOKESYEN 10.1 Pihak Kolej MASA akan menyediakan perkhidmatan jurugambar dan juruvideo profesional bagi merakam gambar graduan semasa Majlis Konvokesyen sedang berlangsung di dalam dewan. Oleh yang demikian, graduan dan tetamu adalah DILARANG daripada mengambil gambar atau merakam video menggunakan apa-apa alat elektronik seperti kamera, telefon bimbit, dan sebagainya. 10.2 Graduan adalah dibenarkan untuk membawa jurugambar/juruvideo persendirian. Namun, jurugambar/juruvideo persendirian tidak akan dibenarkan masuk ke dalam dewan sewaktu Majlis Konvokesyen berlangsung. Perkhidmatan mereka hanya tertakluk di kawasan luar Dewan Konvokesyen. 11.0 BARANG-BARANG PERSENDIRIAN 11.1 Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang persendirian seperti komputer riba, kamera, tas tangan dan lain-lain barang 15

berharga ke dalam dewan pada hari konvokesyen. Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kecurian atau kerosakan. 11.2 Graduan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan barang persendirian masing-masing. Pihak Kolej MASA tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kerosakan atau kecurian yang mungkin berlaku ke atas barang-barang tuan/puan semasa Majlis Konvokesyen berlangsung. 12.0 KUASA KOLEJ MASA 12.1 Graduan yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang dinyatakan di atas boleh diambil tindakan oleh pihak Kolej MASA dengan tidak membenarkan para graduan menyertai Majlis Konvokesyen tersebut atau tuntutan sijil dan transkrip akademik tuan/puan akan dibekukan. 13.0 PERINGATAN 13.1 Graduan/Ibubapa/Tetamu dinasihatkan untuk makan tengahari terlebih dahulu sebelum memasuki dewan. Pintu dewan akan DITUTUP dan DIKUNCI sepanjang Majlis Konvokesyen berlangsung untuk mengelakkan sebarang gangguan terhadap kelancaran perjalanan majlis. 16