Panduan Setup Website Jenis Salesletter. Penting: Pastikan anda sudah mempunyai domain dan juga hosting. Dalam contoh ini, kami gunakan contoh ikwebhosting.com. Anda perlu gunakan domain anda sendiri yang telah didaftarkan. Panduan ini adalah untuk membina website jenis salesletter. Untuk panduan membina laman web jenis shopping cart dan brochure, sila download panduan yang telah disediakan diruangan material pembelajaran modul 2. Lakukan langkah berikut berdasarkan projek bisnes anda. PASTIKAN Anda hanya lakukan apa yang ditunjukkan dalam panduan ini sahaja.
Langkah-Langkah: 1. Buka browser anda dan taip URL Cpanel anda. Contoh: http://ikwebhosting.com/cpanel (gantikan ikwebhosting.com kepada nama domain anda sendiri) 2. Login ke Cpanel dengan memasukkan username dan password anda. (Jika anda terlupa / hilang username & password cpanel, check semula dalam email. Kebiasaannya, tajuk email tersebut adalah cpanel Account Information.)
3. Jika anda berjaya login, paparan seperti ini akan muncul. 4. Jika ada bahagian Welcome New User, Do you need help? Abaikannya. Tick pada Don t show this again dan kemudian klik pada No, I m fine. Thanks!
5. Sekarang, scroll ke bahagian bawah sehingga anda jumpa bahagian Software and Services. Klik pada Softaculous. 6. Paparan ini akan muncul.
7. Gerakkan cursor (mouse) pada gambar bernama Wordpress di situ dan klik Install. 8. Anda akan mendapat paparan seperti berikut:
9. Dibahagian Software Setup ini, anda tidak perlu usik apa-apa. Nota: Dibahagian Choose Domain, jika anda mempunyai beberapa domain dalam hosting ini, pastikan anda memilih domain yang anda mahu gunakan untuk website shopping cart ini. Jika mempunyai satu domain, biarkan sahaja. Pada bahagian In Directory, jangan isi apa-apa. Jika ada perkataan secara automatik (bukan anda yang masukkan), delete / buang perkataan tersebut. Biarkan ianya kosong sahaja. 10. Kemudian pada bahagian Site Settings, masukkan Site Name dan juga Site Description. Pada Site Name, masukkan nama produk / bisnes anda. Pada Site Description, masukkan keterangan ringkas produk (seperti slogan ringkas). Nota : Kedua-dua bahagian ini boleh diubah nanti pada bila-bila masa walaupun website sudah siap.
Contoh: 11. Kemudian pada bahagian Admin Account, masukkan username dan password untuk website anda. Anda boleh tentukan sendiri mengikut pilihan anda. Pastikan guna username dan password yang sukar diteka oleh orang lain. Untuk username, perlu ditulis dalam satu perkataan sahaja. Pastikan anda salin dan ingat username dan password yang anda masukkan tersebut. Jika anda lupa, anda tidak akan dapat akses kedalam ruangan editor website anda nanti. Pada bahagian Admin Email, gantikan dengan emel personal anda (Yahoo, Gmail atau sebagainya). PASTIKAN ANDA SALIN USERNAME & PASSWORD AGAR ANDA TIDAK LUPA.
12. Jika sudah selesai memasukkan username, password dan email, scroll sahaja sehingga kebawah, dan klik Install. 13. Proses install akan berjalan dan biarkan sahaja. Ianya mengambil masa hanya beberapa saat sahaja. (Bergantung pada connection internet anda)
14. Jika anda berjaya, anda akan dapat paparan seperti ini: Terdapat dua link disitu. Link pertama adalah link laman web anda. Link kedua pula adalah link untuk akses ke dalam editor laman web anda. Pastikan anda salin (simpan) link tersebut kerana link ini akan anda gunakan untuk edit kandungan laman web. IANYA SANGAT PENTING UNTUK ANDA INGAT.
15. Sekarang, login ke sistem website anda dengan menaip /wp-admin pada domain anda. Contoh: http://ikwebhosting.com/wp-admin (gantikan ikwebhosting.com kepada nama domain anda sendiri) 16. Masukkan Username dan Password yang anda masukkan pada proses pemasangan sebelum ini iaitu pada langkah nombor 11 sebelum ini. *Jika anda lupa, klik pada Lost your password? di bawah bahagian login tersebut.
17. Anda akan masuk ke bahagian Dashboard (admin) sistem website Wordpress: 18. Klik pada perkataan Dismiss untuk membuang bahagian Welcome:
19. Sekarang gerakkan cursor (mouse) pada menu Appearance dan kemudian klik pada Themes. 20. Kemudian klik pada Add New. 21. Taip perkataan nevertheless di kotak carian.
22. Sekarang klik Install dan tunggu proses installation selesai. 23. Klik Activate selepas proses installation selesai.
24. Sekarang gerakkan cursor (mouse) pada menu Plugins dan kemudian klik pada Add New. 25. Taipkan elementor di bahagian kotak keyword (atas sebelah kanan). 26. Pilih Elementor Page Builder dan klik Install Now dan tunggu proses installation selesai.
27. Klik butang Activate. 28. Sekarang anda perlu melalukan beberapa setting lagi untuk menyiapkan laman web anda. Sekarang, kembali semula ke URL wp-admin anda. Contohnya seperti ini: http://ikwebhosting.com/wp-admin. (gantikan ikwebhosting.com dengan nama domain anda sendiri)
29. Jika anda sudah Login ke dalam dashboard, lihat menu di sebelah kiri, dan gerakkan cursor (mouse) pada menu Pages dan kemudian klik pada Add New. 30. Anda akan lihat bahagian editor seperti berikut iaitu tempat untuk anda memasukkan maklumat (content) website seperti ayat, gambar, video dan sebagainya.
31. Anda akan mendapati kotak Edit with Elementor berwarna merah seperti ini jika anda telah aktifkan plugin Elementor yang anda lakukan sebelum ini. Jika tiada, pastikan anda selesaikan langkah 24 hingga langkah 27. 32. Sekarang masukkan nama produk / bisnes anda pada bahagian Title:
33. Di bahagian Page Attributes, pilih Full Width di Template untuk paparan penuh kandungan laman web. 34. Kemudian klik pada Publish untuk save page tersebut:
35. Seterusnya, gerakkan cursor (mouse) pada menu Settings dan kemudian terus klik pada Reading. 36. Tick pada bahagian A static page (select below).
37. Kemudian pada bahagian Front page:, pilih nama page yang anda hasilkan sebelum ini. 38. Akhir sekali, klik pada Save Changes.
39.. Anda telah pun berjaya menghasilkan sebuah website, namun ia masih kosong. Anda perlu memasukkan kandungan website seperti ayat-ayat penerangan, tawaran, gambar produk, testimoni dan sebagainya. 40. Anda boleh melihat hasil laman web yang telah anda bina tadi dengan menggerakkan cursor (mouse) anda pada nama website di atas sekali dan kemudian, klik pada Visit Site. 41. Hasil semasa adalah begini: Untuk memasukkan content ke dalam website, kita akan ke topik seterusnya iaitu penerangan mengenai beberapa fungsi yang terdapat di Elementor Editor. Cara memasukkan content website dan beberapa fungsi penting yang perlu anda tahu.
1. Untuk masukkan dan menambah isi kandungan kedalam laman web anda, pergi semula ke ruangan Dashboard. Kemudian, pergi ke Pages dan klik All Pages. 2. Untuk tidak mengelirukan anda, pertama sekali, klik Trash pada page yang bernama Sample Page. Ia adalah page default (contoh) sahaja yang terbina secara automatik oleh wordpress. Klik sahaja Trash kerana kita tidak memerlukannya..
3. Untuk memasukkan atau menambah kandungan untuk website anda, klik Edit pada tajuk page yang anda hasilkan sebelum ini. Contoh: Klik pada tajuk page atau klik pada Edit (di bawah tajuk). 4. Paparan seperti ini akan muncul. Gambar 1 adalah ruangan editor untuk anda masukkan isi kandungan ke dalam laman web. Klik Edit with Elementor untuk memasukkan dan menambah isi kandungan laman web. Gambar 1
Gambar 2 pula adalah ADD NEW SECTION, butang untuk memasukkan kolum sebelum memasukkan kandungan laman web. Gambar 2 5. Pilih salah satu dari mana-mana kolum (gambar 3) untuk 1 kandungan dan teruskan mengikut turutan. Gambar 3
Gambar 4 adalah elements bar di sebelah kiri. Gambar 4
6. Seterusnya, kita akan kenali fungsi-fungsi penting yang terdapat pada bahagian Elementor Editor. 7. Untuk masukkan ayat dan gambar ke dalam website, Klik Text Editor dan bawa kotak kolum yang telah dipilih.
8. Taipkan ayat di ruang Edit Text Editor di bahagian Content dan gunakan fungsi yang ada untuk ubahsuai ayat anda. [Fungsi-fungsi yang lain adalah sama seperti didalam Mirosoft Word].
9. Untuk menukar jenis tulisan, saiz tulisan dan beberapa fungsi lain, klik Style dan pilih Typography kemudian Custom
10. untuk memuat naik gambar, kembali ke bahagian Content dan setkan typing point dan klik Add Media.
11. Klik Upload Files, kemudian klik Select Files. Dan cari gambar pilihan anda yang berada didalam laptop / computer anda. 12. Klik INSERT INTO PAGE untuk menambah gambar.
13. Klik butang SAVE selepas membuat penambahan isi kandungan. klik butang SAVE DENGAN KERAP setiap kali selepas membuat penambahan atau ubahsuai untuk memastikan semua kerja-kerja anda tersimpan dengan selamat. 14. Klik ADD NEW SECTION setiap kali sebelum penambahan kandungan laman web di lakukan.
15. Pilih mana-mana ELEMENTS di bahagian ini. 16. Klik butang SAVE setiap kali kerja-kerja anda selesai.
17. Untuk melihat hasil kerja anda, Klik SAVE dan klik symbol X dan klik VIEW PAGE. 18. Untuk kembali ke dashboard, pastikan anda SAVE terlebih dahulu dan klik Go to Dashboard.
19. Di bahagian dashboard, pastikan anda klik UPDATE untuk memastikan paparan laman web anda terpapar sepenuhnya. Lakukan setiap kali anda kembali ke dashboard. 20. Seterusnya, bahagian CUSTOMIZE. Bahagian ini berfungsi untuk menukar image header, logo dan warna laman web anda. 21. Sekarang gerakkan cursor (mouse) pada menu Appearance dan kemudian klik pada Customize. 22. Di bahagian customize hanya perlu fokus kepada 3 bahagian ini sahaja.
23. Untuk meletakkan logo di laman web, klik Site Identity dan Select Logo (saiz logo 200px X 66px). Untuk menghilangkan Site Title, untick kotak Display Site Title and Tagline. Akhir sekali Klik Save & Publish.
24. Untuk menukar warna di laman web, Klik Colors dan tukarkan di bahagian ini. Kemudian klik Save & Publish.
25. Untuk menukar image header, klik Header Image dan pastikan di laptop atau komputer anda mempunyai gambar berukuran berukuran 940px X 130px. Kemudian klik Add New Image dan akhir sekali Save & Publish.
26. Anda boleh melihat hasil laman web yang telah anda bina tadi dengan menggerakkan cursor (mouse) anda pada nama website di atas sekali dan kemudian, klik pada Visit Site. ----------------------TAMAT----------------------