Melaksanakan Pemberian Anda Panduan rujukan ringkas untuk peserta pelan saham Melaksanakan bermakna membeli saham syarikat anda pada harga yang telah dipratetapkan (harga pemberian), tanpa mengira harga pasaran saham pada waktu pelaksanaan. Setelah pemberian anda diletak hak, ia mudah untuk melaksanakan 1 pilihan saham anda atau Hak Penaikan Nilai Saham dalam talian anda hanya ikut langkah-langkah ini. Akses pelan saham anda dengan memilih tab Pekerja Di Luar A.S. di NetBenefits.com. Cari pemberian yang anda ingin laksanakan. Dari menu lungsur turun Pilih Satu, pilih Laksana Pemberian. Jika anda belum lagi mengaktifkan akaun anda, pilihan Laksana Pemberian tidak akan tersedia. Pilih Aktifkan, dan apabila anda telah mematuhi arahan tersebut dan mengaktifkan akaun anda, pilihan untuk Laksana Pemberian akan muncul. Anda akan diminta untuk memilih kaedah pelaksanaan. Mungkin terdapat beberapa pilihan yang disenaraikan pada halaman untuk anda pertimbangkan. Anda hanya akan melihat kaedah pelaksanaan yang dibenarkan oleh syarikat anda. Klik Tunjukkan Contoh untuk mendapatkan penerangan tentang setiap kaedah.
Gunakan Kalkulator Pelaksanaan untuk menyemak kaedah pelaksanaan yang anda mahu jadikan model. Alat ini akan membantu menganggarkan jumlah wang tunai yang boleh anda terima daripada transaksi pelaksanaan dan cara ia boleh memberi kesan terhadap akaun anda. Klik Mula Laksana, untuk menjalankan pelaksanaan anda. Jenis Pelaksanaan: Ini ialah kaedah yang anda pilih untuk melaksanakan pilihan anda. Ia akan dipraisi daripada skrin sebelumnya. Simbol: Ini ialah kod saham/simbol perdagangan syarikat anda dan akan diisi secara automatik untuk anda. Kuantiti: Ini merujuk kepada amaun opsyen yang anda ingin laksana pada masa ini. Nilai pasaran adil ketika pelaksanaan: Harga ini akan digunakan untuk menilai jualan saham anda. Harga Pemberian: Harga untuk saham yang anda beli. Ini dipratentukan oleh syarikat anda dan terangkum dalam perjanjian pemberian anda. Jenis pesanan: Ini ialah kaedah yang akan digunakan untuk dagangan. Waktu Penguatkuasaan: Had masa yang anda mahu untuk dagangan. Syarat: Tiada bermaksud penjualan tanpa sebarang syarat terhadap pesanan. Semua atau Tiada bermaksud penjualan semua saham. Jika seluruh pesanan untuk menjual tidak dapat diisi, jangan jual apa-apa saham. Kadar Penangguhan Cukai dan Penangguhan Cukai Tambahan: Amaun yang akan ditahan daripada hasil anda untuk meliputi keperluan penangguhan cukai. Kadar ini ditentukan oleh peraturan cukai negara anda dan syarikat anda. Pindahan Wang: Hasil dagangan akan didepositkan ke dalam akaun pelan saham anda; dari situ, anda boleh meminta cek atau pindahan kawat bank, atau anda boleh memindahkan aset dalam akaun pelan saham anda ke akaun lain yang telah ditetapkan. Apa-apa pindahan wang yang melebihi $100,000 akan memerlukan anda untuk menghubungi wakil. Arahan panggilan boleh ditemui di akhir dokumen ini. Nota: Komisen dan bayaran dikenakan terhadap transaksi Laksana dan Jual.
Setelah anda memilih kaedah pelaksanaan, lengkapkan maklumat itu. Untuk mendapatkan bantuan dengan terma dan medan, semak seksyen Memahami Bahasa Perdagangan Saham pada halaman 5. Klik Pratonton untuk menyemak maklumat dan memastikan ia betul.
Setelah anda menyemak butiran pesanan anda, klik Serah. Tunggu sehingga skrin ini muncul untuk mengesahkan bahawa transaksi anda telah diterima. Simpan rekod nombor pengesahan untuk rujukan pada masa depan, sekiranya diperlukan. Transaksi anda akan mengambil masa dua hari perniagaan untuk dijelaskan, selepas itu dananya akan tersedia kepada anda. Jika anda belum menambah arahan pengagihan sebelum ini, proses kelulusan boleh mengambil enam atau lebih hari untuk selesai. Jika anda memilih untuk menerima hasil anda melalui cek atau kawat, anda akan diminta untuk melengkapkan maklumat pada skrin ini untuk mengarahkan Fidelity tentang tempat yang akan menerima wang anda. Anda akan menerima nombor pengesahan kedua untuk transaksi ini. Anda boleh menjangkakan pindahan dana melalui kawat atau penghantaran melalui mel selepas dagangan saham selesai. Anda boleh menyemak status transaksi anda atau melihat baki akaun anda pada halaman ringkasan anda di NetBenefits.com. Untuk mendapatkan bantuan lanjut, hubungi Wakil Fidelity Stock Plan Services. Wakilwakil sedia berkhidmat pada hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 8 malam, waktu tempatan anda, tidak termasuk semua hari cuti yang diikuti oleh Bursa Saham New York, kecuali Good Friday. Arahan panggilan boleh ditemui di Fidelity.com/globalcall.
Memahami Bahasa Perdagangan Saham Jenis Pesanan Dagangan Pasaran Pesanan pasaran mengarahkan Fidelity untuk membeli atau menjual sekuriti untuk akaun anda pada harga tersedia yang seterusnya. Pesanan pasaran itu akan kekal berkuat kuasa hanya selama hari tersebut, dan biasanya menyebabkan pembelian atau penjualan segera semua syer saham, kontrak opsyen atau bon yang dimaksudkan, selagi sekuriti tersebut diniagakan secara aktif dan dibenarkan oleh keadaan pasaran. Maksudnya, pesanan pasaran menjamin pembelian atau penjualan sebenar tetapi bukan pada harga yang khusus. 2 Had Pesanan had untuk menjual menetapkan harga minimum pada jualan, bermaksud ia tidak akan sekali-kali dijual di bawah harga ini; walau bagaimanapun, ia boleh dijual pada harga yang lebih tinggi. Apabila anda membuat pesanan had untuk membeli, saham tersebut layak untuk dibeli pada atau di bawah harga had anda, tetapi tidak sekali-kali melebihinya. Anda boleh mengatakan bahawa pesanan had menjaminkan harga untuk anda, tetapi ia tidak menjamin bahawa pasaran boleh sebenarnya memenuhi pesanan anda. Anda boleh membuat pesanan had sama ada untuk hari pesanan itu dibuat (pesanan hari) atau untuk tempoh yang berakhir apabila pesanan itu telah dilaksanakan atau apabila ia dibatalkan oleh anda (pesanan terbuka atau pesanan yang berkesan sehingga dibatalkan (GTC)). Pesanan henti Pesanan henti secara umumnya digunakan untuk melindungi keuntungan atau untuk mengelakkan lebih banyak kerugian jika harga sesuatu sekuriti itu tidak menguntungkan anda. Pesanan itu boleh juga digunakan untuk menetapkan kedudukan dalam sekuriti jika pesanan itu mencapai ambang harga yang tertentu atau untuk menutup kedudukan pendek. Bukan semua sekuriti atau sesi perdagangan (pra dan pasca pasaran) layak untuk pesanan henti. Had Waktu Dagangan Anda boleh menetapkan had waktu terhadap pesanan dagangan saham dengan memilih satu daripada jenis waktu berkuat kuasa berikut: Hari Pengehadan ini mempunyai waktu tamat tempoh lalai pada jam :00 petang waktu Timur (ET). Anda boleh memilih waktu tamat tempoh pesanan anda sendiri antara jam 10:00 pagi dan :00 petang ET dalam tokokan 30 minit (cth., jam 10:00 pagi, 10:30 pagi, 11:00 pagi, dsb.). Jika semua atau sebahagian daripada pesanan anda belum dilaksanakan pada waktu tamat tempoh yang anda pilih, pesanan anda akan dibatalkan. Berkuat kuasa sehingga dibatalkan Untuk pesanan yang dibuat di NetBenefits.com, pengehadan ini mempunyai tarikh tamat tempoh lalai 180 hari kalendar daripada tarikh masukan pesanan pada pukul :00 petang ET. Anda boleh memilih tarikh dan/atau waktu tamat tempoh pesanan anda sendiri, sehingga 180 hari kalendar daripada tarikh masukan pesanan. Jika semua atau sebahagian daripada pesanan anda belum dilaksanakan pada waktu tamat tempoh yang anda pilih, mana-mana bahagian pesanan anda yang masih terbuka akan dibatalkan. Sekuriti kawalan dan terhad mesti dijual berdasarkan keperluan SEC Kaedah 1. Dokumentasi tambahan, kelulusan, dan syarat mesti dipenuhi sebelum menjual, yang boleh mengehadkan keupayaan anda untuk menjual pada waktu yang dinyatakan. Pasaran saham tidak tentu dan boleh turun naik dengan banyak berdasarkan perkembangan syarikat, industri, politik, kawal selia, pasaran, atau ekonomi. Melabur dalam saham melibatkan risiko, termasuk kehilangan wang pokok. 1 Semak dokumen pelan anda untuk sebarang peraturan yang mungkin menghendaki anda untuk memegang saham anda untuk tempoh yang ditetapkan. 2 Untuk mengekalkan pasaran yang adil dan teratur, kebanyakan pusat pasaran secara umumnya tidak menerima permintaan pembatalan selepas jam 9:28 pagi waktu Timur (ET) untuk pesanan pasaran yang layak untuk pelaksanaan apabila pasaran dibuka pada jam 9:30 pagi ET. Penerimaan permintaan pembatalan oleh Fidelity antara jam 9:28 pagi dan 9:30 pagi ET tidak menjamin pembatalan pesanan tersebut. Semua permintaan untuk membatalkan sesuatu pesanan akan diproses dengan sedaya upaya. Ketersediaan sistem dan masa respons mungkin tertakluk kepada keadaan pasaran. Komisen dan bayaran akan dikenakan terhadap dagangan. Penyimpanan rekod dan perkhidmatan pentadbiran untuk pelan pampasan ekuiti syarikat anda disediakan oleh syarikat anda serta pembekal perkhidmatannya. Fidelity Stock Plan Services, LLC 2017 FMR LLC. Hak Cipta Terpelihara. 81697.1.0 1.988583.100 3/31337