HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang

dokumen-dokumen yang mirip
HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Skim Isi Rumah myhome

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

Skim mypa Care. Date: 12 July 2016

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Produk ini memberi perlindungan kepada harta anda dari kerugian atau kerosakan akibat kebakaran atau kilat.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Borang Cadangan Insurans Kebakaran

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Borang Cadangan Insurans Mesin

Borang Cadangan Insurans Dandang dan Bekas Tekanan

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

Giro Takaful Pelindung

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali.

Tarikh : 21/01/ ) Produk apakah ini?

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Pelan kemalangan komprehensif untuk seisi keluarga.

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

Borang Cadangan Insurans Peralatan Elektronik

DUTI SETEM JELAS UW-NM-F006(E)

Borang Cadangan Insurans Plat Kaca

Borang Cadangan Pemilik Rumah / Isi rumah

Jadual Manfaat JUMLAH YANG DIINSURANSKAN (RM) KELUARGA PELAN INDIVIDU PELAN. 1. KEMALANGAN DIRI Kematian Akibat Kemalangan 300,000 50,000

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Kehidupan tanpa bebanan bil perubatan.

Borang Cadangan Skim Insurans Pembantu Rumah (SIPR)

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

IKHLAS CRITICAL ILLNESS SECURE TAKAFUL RIDER

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

i-secure Soalan Lazim:

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

BORANG CADANGAN MOTOSIKAL

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

POLISI EMPUNYARUMAH / ISIRUMAH APAKAH YANG MEMBENTUK POLISI INI

Hadiahkan masa depan yang cerah untuk yang tersayang.

Borang Cadangan Insurans Kebakaran

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Nota: Sila rujuk kepada kontrak polisi untuk butir-butir lengkap mengenai faedah-faedah.

KEMALANGAN DIRI PROGRESSIVE POLISI INSURANS KEMALANGAN DIRI

Diri Semua Risiko Terma & Syarat

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Borang Cadangan Insurans Ereksi Semua Risiko

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

Skim ini adalah berasaskan Unit dan ringkasan Skim ini adalah seperti berikut:

Seksyen Perlindungan Jumlah Dilindungi/ Had Liabiliti (RM)

TAKAFUL IKHLAS BERHAD IKHLAS link Secure Takaful

IKHLAS BASIC TERM TAKAFUL

Pelan Takaful Pengurangan Tempoh Gadai Janji dengan Manfaat Khairat Kematian & Pelan Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

PruBSN GADAI JANJI DAN TAKAFUL RUMAHKU LINDUNGI ASET PALING BERNILAI KELUARGA ANDA

World Traveller Care Takaful Tarikh : 01/01/2018

BORANG PERMOHONAN KONTRAK INSURANS KEBAKARAN (KEDIAMAN)

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Secara amnya, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor:

Borang Permohonan Takaful Kebakaran Individu

SOALAN-SOALAN LAZIM : KEMPEN BELI RUMAH DAPAT KERETA BERSAMA BANK RAKYAT

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS VALUE TERM TAKAFUL. Merentangi jurang ketidaktentuan

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS HOSPITAL BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

World Traveller Care Takaful Tarikh : 01/01/2018

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Transkripsi:

HELAIAN PENERANGAN PRODUK Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang. Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat am. 1. Skim apakah ini? Skim Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang Tarikh: 2 August 2017 Skim Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan bangunan termasuk kelengkapan dan lekapan, dinding, pintu pagar dan pagar disebabkan oleh peril tertentu. 2. Apakah konsep Syariah yang diguna pakai? Skim ini menggunakan Konsep Wakalah dan Tabarru. Wakalah merupakan kontrak di mana peserta melantik pengendali takaful untuk menjalankan transaksi bagi pihaknya untuk melabur dan menguruskan sumbangan dalam Dana Takaful Am (selepas ini dirujuk sebagai "DTA") yang berlandaskan Syariah. Sebagai pulangan, peserta membenarkan pengendali takaful untuk menolak sejumlah amaun sebagai yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan. Baki Sumbangan selepas ditolak yuran Wakalah akan dikreditkan kepada DTA sebagai Tabarru' (juga dikenali sebagai kos insurans dalam insurans konvensional). Tabarru' bermaksud menderma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu peserta lain apabila ditimpa musibah untuk tujuan perpaduan, persaudaraan dan kerjasama di kalangan peserta. Sebarang lebihan daripada DTA akan dikongsi dan diagihkan di antara DTA dan Takaful Malaysia mengikut peratusan berikut: (a) (b) 50% daripada lebihan akan diperuntukkan kepada DTA, yang akan diisytiharkan dan diagihkan kepada peserta yang layak dalam bentuk Pulangan Tunai; dan 50% daripada lebihan akan diperuntukkan kepada Takaful Malaysia. Lebihan daripada DTA itu tidak dijamin dan akan berdasarkan kepada pengalaman tuntutan sebenar Kami dan akan digunakan terlebih dahulu untuk menyelesaikan sebarang Qardh yang terhutang kepada Kami. Kelayakan, pengisytiharan dan amaun Pulangan Tunai akan ditetapkan dan diagihkan mengikut budi bicara mutlak Takaful Malaysia. Pulangan Tunai (jika ada) akan dibayar kepada para peserta yang layak dengan syarat tiada tuntutan telah dibuat dan tiada manfaat telah diterima sepanjang Tempoh Takaful semasa. 3. Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan? Skim ini melindungi kerugian atau kerosakan akibat: i) Kebakaran, kilat, petir, kebakaran dalam tanah ii) Letupan domestik iii) Kerosakan pesawat dan peranti penerbangan dan/atau bahagian yang jatuh daripadanya

iv) Kerosakan hentaman kepada sebarang bangunan yang disebabkan oleh sebarang kenderaan atau haiwan yang bukan milik atau di bawah kawalan Peserta atau mana-mana ahli keluarganya. v) Tangki, perkakas atau paip air yang pecah atau melimpah tidak termasuk: vi) Berkaitan setiap kerugian hingga ke amaun yang dinyatakan dalam Jadual vii) Kemusnahan atau kerosakan yang berlaku semasa Kediaman Persendirian tersebut tidak dijaga viii) Kecurian diikuti dengan kemasukan sebenar secara paksa dan ganas ke dalam atau keluar dari sesebuah bangunan atau sebarang cubaan untuk melakukan yang sedemikian. Dengan syarat Kediaman Persendirian tersebut tidak ditinggal tanpa berpenghuni selama lebih sembilan puluh (90) hari sama ada secara berterusan atau tidak dalam Tempoh Takaful, melainkan jika dipersetujui melalui pengesahan. ix) Hurikan, puting beliung, taufan, angin ribut tertakluk kepada Klausa Ekses seperti yang dinyatakan dalam jadual x) Gempa bumi, letusan gunung berapi tertakluk kepada Klausa Ekses seperti yang dinyatakan dalam jadual xi) Banjir tetapi tidak termasuk kerugian dan kerosakan oleh mendapan atau runtuhan tanah, tertakluk kepada Klausa Ekses seperti yang dinyatakan dalam jadual. Manfaat Tambahan: i) Kerugian sewa tidak melebihi jumlah agregat sehingga 10% daripada Jumlah Dilindungi bagi bangunan/kandungan ii) Liabiliti Pihak Ketiga sehingga RM50,000.00 Berikut adalah perlindungan tambahan tertakluk kepada sumbangan tambahan: Diguna Pakai bagi Bangunan : 1) Rusuhan, mogok dan kerosakan akibat perbuatan hasad dengki 2) Mendapan dan runtuhan tanah 3) Kerugian sewa (jika lebih daripada 10% daripada jumlah yang dilindungi bagi bangunan) 4) Pertambahan jumlah dilindungi bagi liabiliti pihak ketiga daripada RM50,000.00 Hingga RM100,000.00 sumbangan tambahan sebanyak RM10.00 Hingga RM250,000.00 sumbangan tambahan sebanyak RM20.00 Tempoh perlindungan disediakan adalah pada asas jangka panjang antara 5 hingga 30 tahun. 4. Berapakah jumlah sumbangan yang perlu saya bayar? Jumlah sumbangan tahunan yang perlu anda bayar bergantung kepada syarat-syarat pengunderaitan kami dan peril yang dipilih: Kadar yang diguna pakai adalah diantara 0.09258% hingga 0.28600% bergantung pada jenis bangunan, kelas pembinaan dan tempoh perlindungan yang diperlukan. Tertakluk kepada sumbangan minimum sebanyak RM60.00 5. Apakah caj dan yuran yang saya perlu bayar? Jenis Yuran Wakalah Duti Setem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Amaun 60% daripada sumbangan di mana: - Komisen 15% - Perbelanjaan lain 45% RM10.00 6% daripada sumbangan yang dibayar

6. Apakah sebahagian daripada terma dan syarat penting yang patut saya ketahui? Sebahagian daripada terma dan syarat penting yang patut anda ketahui adalah: Tanggungjawab Pendedahan Kontrak Takaful Pengguna Menurut Perenggan 5 daripada Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon takaful ini sepenuhnya untuk tujuan yang tidak berkaitan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah yang munasabah untuk tidak membuat pernyataan yang salah dalam menjawab soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon takaful ini). Anda dikehendaki menjawab soalan-soalan dalam Borang Cadangan ini dengan lengkap dan tepat. Kegagalan untuk mengambil langkah yang munasabah dalam menjawab soalan-soalan berkenaan, mungkin mengakibatkan pembatalan kontrak takaful anda, penolakan atau pengurangan tuntutan, perubahan terma atau penamatan kontrak takaful anda. Kewajipan pendedahan di atas hendaklah diteruskan sehingga kontrak takaful anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami. Sebagai tambahan kepada soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon takaful ini), anda dikehendaki untuk mendedahkan apa-apa perkara lain yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan. Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak takaful anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan takaful ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah. Kontrak Takaful Komersial Menurut Perenggan 4(1) Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon takaful ini untuk tujuan yang berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda berkewajipan untuk mendedahkan apa-apa perkara yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan dan apa-apa perkara yang munasabah yang boleh dijangka, jika tidak ia boleh menyebabkan pembatalan kontrak takaful, penolakan atau pengurangan tuntutan, perubahan terma atau penamatan kontrak takaful anda. Kewajipan pendedahan diatas hendaklah diteruskan sehingga kontrak takaful anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami. Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak takaful anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan takaful ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah. Perubahan Risiko anda mesti memaklumkan Syarikat atau ejen anda secara bertulis terhadap sebarang perubahan penting yang berlaku sepanjang tempoh sijil supaya pindaan yang wajar akan disahkan ke dalam sijil anda. Tanggungjawab Peserta - anda perlu mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi keselamatan hartanah yang dilindungi. Anda mesti memastikan supaya harta anda dilindungi dalam amaun yang sewajarnya, sama ada ke atas: a) Asas nilai pasaran - kami akan membayar kos penuh bagi membaiki kerosakan harta tersebut tolak amaun haus, lusuh dan susut nilai. b) Asas nilai gantian kami akan memulihkan, membaiki atau mengganti harta yang kerugian atau rosak tersebut tanpa sebarang penolakan dibuat bagi amaun haus, lusuh atau susut nilai dengan syarat jumlah yang dilindungi itu mencukupi untuk meliputi jumlah kos penggantian. Jumlah perlindungan tidak mencukupi anda mesti memastikan supaya jumlah yang dilindungi adalah mencukupi, jika tidak, syarat-syarat purata akan diguna pakai bagi jumlah perlindungan yang tidak mencukupi pada masa kerugian berlaku. Anda dianggap akan membayar sendiri perbezaan yang timbul dan akan menanggung bahagian yang boleh ditaksir daripada kerugian tersebut dengan sewajarnya. Ekses adalah jumlah kerugian yang perlu anda tanggung sekiranya berlaku tuntutan.

7. Apakah pengecualian utama bagi Skim ini? Skim ini tidak melindungi kerugian tertentu seperti: i) Peperangan, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan atau sebarang tindakan keganasan ii) Arahan kerajaan atau Perbandaran Awam atau Pihak Berkuasa Tempatan iii) Senjata nuklear atau pengionan radiasi atau pencemaran. iv) Kerugian turutan atau dalam apa jua bentuk. v) Kerosakan harta ke atas data atau perisian vi) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kecurian oleh pembantu rumah anda atau mana-mana ahli keluarga atau isi rumah. vii) Bir, arak, gambar haiwan atau barangan yang digunakan untuk tujuan keagamaan seperti berhala. viii) Seksyen Liabiliti kepada Awam tidak meliputi sebarang kecederaan melibatkan asbestos atau kerosakan melibatkan penggunaan, kehadiran, kewujudan, pengesanan, pengalihan, penghapusan atau pengelakan pendedahan asbestos atau pendedahan potensi terhadap asbestos. ix) Sebarang acara/aktiviti lain yang dilarang/bertentangan dengan Syariah. Nota: Senarai di atas adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil untuk senarai pengecualian yang lengkap bagi Skim ini. 8. Bolehkan saya membatalkan sijil saya? Ya, anda boleh membatalkan sijil anda pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat pemulangan sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat apa-apa tuntutan. 9. Apa yang perlu saya buat sekiranya terdapat perubahan dalam butiran peribadi saya? Adalah penting bagi anda memaklumkan kepada kami sebarang perubahan mengenai maklumat anda bagi memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya. 10. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut? Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan Skim Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang, sila hubungi kami atau mana-mana cawangan kami atau ejen kami atau anda boleh merujuk kepada buku panduan insuranceinfo berkaitan Takaful Pemilik Rumah/Pemegang Rumah, yang boleh didapati di cawangan kami atau layari www.islamicfinanceinfo.com.my Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi: Unit Khidmat Pelanggan (CSU) Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K) Menara Takaful Malaysia, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Peti Surat 11483, 50746 Kuala Lumpur. Tel: 1-300 88 252 385 Faks: 603-2274 0237 E-mel : csu@takaful-malaysia.com.my Laman web: takaful-malaysia.com.my

11. Jenis-jenis perlindungan lain yang sama dan boleh didapati Sila rujuk kepada cawangan atau ejen kami untuk mendapat maklumat mengenai perlindungan lain yang serupa yang boleh didapati. NOTA PENTING: ANDA PERLU MEMBACA DAN MEMAHAMI SKIM INI DAN BERBINCANG DENGAN EJEN/WAKIL BANK/KAKITANGAN ATAU HUBUNGI KAMI TERUS UNTUK MAKLUMAT LANJUT. Syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan diselia oleh Bank Negara Malaysia. Maklumat yang dinyatakan di dalam helaian penerangan produk ini adalah sah pada 2/8/2017.