Berurusan dengan Pengantara Takaful

dokumen-dokumen yang mirip
Berurusan dengan Pengantara Insurans

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kenderaan baru buatan tempatan terpilih bagi kegunaan teksi / kereta sewa sahaja.

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

SYNERGY CARDS SDN BHD

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Skim mypa Care. Date: 12 July 2016

i-secure Soalan Lazim:

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

POLISI EMPUNYARUMAH / ISIRUMAH APAKAH YANG MEMBENTUK POLISI INI

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

Kehidupan tanpa bebanan bil perubatan.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Polisi Privasi. Pengenalan

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

Hadiahkan masa depan yang cerah untuk yang tersayang.

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

*Nota: Bagi Leftenan Muda atau setaraf dan ke bawah, umur semasa memohon MESTILAH tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh persaraan

BORANG PERMOHONAN BAI AL- INAH. Tarikh Hantar :... Tarikh Terima :...

PEMBIAYAAN PERIBADI-I TAWARRUQ

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEMPEN PB GOLDEN FORTUNE

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

SPB1M. BSN memberi perkhidmatan kepada pengusaha bas sekolah untuk ditukar ganti kepada bas baru tertakluk kepada:

Transkripsi:

PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 26/10/09 10:13 G52 Page 2 Maklumat Am Untuk maklumat lanjut, sila layari www.insuranceinfo.com.my atau lawatilah kios kami di kebanyakan pejabat cawangan syarikat insurans dan pengendali takaful atau hubungi ejen anda Program pendidikan pengguna oleh: Berurusan dengan Pengantara Takaful

PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 13/10/09 12:53 G52 Page 4 Kandungan Perihal buku kecil ini 01 Siapakah pengantara takaful? Piawaian minimum perkhidmatan 03 Perilaku asas pengantara takaful 05 Tip untuk berurusan dengan pengantara takaful 08 Cara membuat aduan dan saluran penyelesaian yang ada 10 Soalan lazim 12 Penafian Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat guaman. Tarikh: 2009 4 Design Copyright 2009 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.

Perihal buku kecil ini Buku kecil ini merupakan panduan bagi urusan anda dengan pengantara takaful sebelum menyertai pelan takaful. Maklumat tambahan boleh diperoleh daripada laman web kami di www.insuranceinfo.com.my atau melalui siri buku panduan produk dan perkhidmatan umum yang ditawarkan di cawangan syarikat insurans dan pengendali takaful tertentu. Siapakah pengantara takaful? Pengantara takaful ialah seorang profesional yang menawarkan pelan takaful atau mencari peserta baru untuk menyertai kontrak takaful dengan pengendali takaful. Mereka juga dikenali sebagai ejen takaful dan broker takaful. Ejen takaful mewakili pengendali takaful dan melaksanakan fungsi berikut: Mempromosikan produk takaful bagi pihak pengendali takaful; 1

Menerangkan ciri-ciri pelan takaful kepada bakal pelanggan; dan Memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pembaharuan atau pelanjutan sesuatu sijil takaful. (Catatan: Ejen takaful keluarga mempromosikan produk takaful keluarga manakala ejen takaful am mempromosikan produk takaful am) Broker takaful dilantik oleh pelanggan dan menjalankan fungsi berikut: Membantu pelanggan mendapatkan dan memperbaharui perlindungan takaful daripada pengendali takaful; dan Mencadangkan dan menasihati pelanggan tentang pelan perlindungan dan terma takaful yang paling sesuai yang ditawarkan oleh pelbagai pengendali takaful. Pengantara takaful lazimnya dibayar komisen (atau bayaran pembrokeran bagi broker) bagi setiap pelan yang dipasarkan berdasarkan peratusan daripada jumlah caruman yang dibuat oleh pelanggan yang juga dikenali sebagai peserta. 2

Piawaian minimum perkhidmatan Pengantara takaful dikehendaki memenuhi piawaian minimum perkhidmatan yang ditetapkan sama ada oleh Bank Negara Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful Association, MTA) atau Persatuan Broker-broker Insurans dan Takaful Malaysia (Malaysian Insurance and Takaful Brokers Association, MITBA). Piawaian minimum perkhidmatan ini memastikan pengantara takaful menjalankan urusan dengan tingkat kebertanggungjawaban dan profesionalisme yang tinggi. Ejen takaful am: tertakluk kepada Tataetika untuk Pengantara Takaful yang ditetapkan oleh MTA; perlu lulus Peperiksaan Asas Takaful, dan memenuhi keperluan latihan Pembangunan Profesional secara Berterusan (Continuous Professional Development, CPD), sekurang-kurangnya 20 jam setahun; dan 8 Pengantara takaful lazimnya dibayar komisen berdasarkan peratusan daripada jumlah caruman yang dibuat oleh peserta

perlu mematuhi piawaian minimum keperluan pendedahan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, yang antara lain menghendaki ejen semasa menawarkan produk, memberikan penjelasan kepada bakal peserta tentang ciri-ciri utama produk yang ingin disertai, butir lengkap komisen yang dibayar, dan prosedur untuk membuat tuntutan dan aduan. Ejen takaful keluarga: tertakluk kepada Tataetika untuk Pengantara Takaful yang ditetapkan oleh MTA; perlu lulus Peperiksaan Asas Takaful, dan memenuhi keperluan latihan CPD sekurang-kurangnya 30 jam setahun; dan perlu mematuhi piawaian minimum nasihat yang wajar yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, yang menghendaki ejen mendapatkan maklumat yang mencukupi tentang bakal pelanggan. Ini bagi membolehkan ejen menganalisis keadaan peribadi dan kewangan bakal pelanggan, dan mengenal pasti keperluan kewangan dan keutamaannya supaya ejen dapat mencadangkan produk takaful yang bersesuaian dan mampu disertai oleh pelanggan. Broker takaful: tertakluk kepada Piagam Pelanggan berhubung dengan Tataamalan Perniagaan yang Baik, dan 4

Tataetika dan Tatakelakuan yang ditetapkan oleh MITBA; dan mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta Takaful 1984. Selain itu, pengurusan kanan dan ahli lembaga pengarah syarikat broker takaful mesti memenuhi kriteria 'layak dan sesuai' dan kakitangannya juga perlu lulus Kursus Sijil Asas Pembrokeran Insurans. Perilaku asas pengantara takaful Apabila berurusan dengan pengantara takaful, anda boleh mengharapkan mereka memenuhi piawaian perilaku profesional yang tertentu apabila mengendalikan keperluan anda. Pengantara takaful hendaklah: menunjukkan Kad Kuasa Ejennya kepada anda apabila diminta berbuat demikian (berkaitan dengan ejen takaful sahaja). Ejen, yang pendaftarannya telah diluluskan oleh Pendaftar Pengantara Takaful, memiliki Kad Kuasa yang mengandungi maklumat 5

seperti nama pengendali takaful yang diwakili oleh ejen berkenaan, dan tempoh sah pendaftaran ejen berkenaan. Seseorang ejen takaful am boleh mewakili sebanyak dua pengendali takaful am sahaja, manakala seseorang ejen takaful keluarga hanya dibenarkan mewakili satu pengendali takaful. Seseorang ejen takaful yang mempromosikan produk takaful keluarga dan juga takaful am boleh menjadi wakil kepada satu pengendali takaful keluarga dan dua pengendali takaful am sahaja. Seseorang broker takaful perlu menjadi ahli MITBA dan mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Lesen ini tertakluk kepada kajian semula setiap tahun; Memahami sepenuhnya terma dan syarat kontrak takaful yang dicadangkan 11

secara amnya memperlihatkan pengetahuan mendalam tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengendali takaful dan pasaran takaful; memahami keperluan anda, dan membantu anda memilih produk dan perkhidmatan takaful yang bersesuaian; menerangkan dengan jelas kepada anda, jenis maklumat yang diperlukan dalam borang cadangan, dan juga tentang betapa mustahaknya untuk memahami fakta-fakta penting; menerangkan dengan jelas, syarat dan terma kontrak takaful yang dicadangkan untuk memastikan anda benar-benar faham tentang produk takaful yang dipertimbangkan; menarik perhatian anda kepada apa-apa sekatan dan pengecualian yang berkenaan di bawah kontrak takaful yang dicadangkan; membuat susulan dan memberikan perkhidmatan yang berterusan kepada anda, seperti memperbaharui sijil takaful, dan memaklumi anda tentang maklumat produk-produk baru yang berkaitan; dan membantu anda semasa anda membuat tuntutan terhadap pengendali takaful. 7

Tip untuk berurusan dengan pengantara takaful Bagi memastikan anda mendapat perkhidmatan terbaik dan nasihat yang betul daripada ejen atau broker takaful anda, anda perlu membuat pertimbangan sama ada beliau menunjukkan ciri berikut: mempunyai pengetahuan mendalam tentang produk takaful; memahami keperluan dan kepentingan anda; memastikan bahawa anda memahami apa yang anda sertai; tidak memberikan janji-janji manis atau mempromosikan secara berlebih-lebihan; menerangkan dengan lengkap tentang produk, skop perlindungan, dan pengecualian, sekiranya ada; dan memberikan perkhidmatan yang baik dan tepat pada masanya. Bagi memastikan kepentingan dan hak anda dilindungi: berurusanlah hanya dengan pengantara takaful yang berdaftar/berlesen; berurusanlah dengan pengantara yang mempunyai rekod pencapaian yang terbukti atau pengantara takaful yang dicadangkan oleh rakan-rakan dan saudara-mara anda; 8

berikan fakta-fakta penting sepenuhnya tentang diri anda secara jujur; jangan termakan pujuk untuk menandatangani borang kosong atau apa-apa yang tidak anda fahami; pastikan anda memahami sepenuhnya produk yang dipertimbangkan; baca manfaat dan syarat-syarat sijil dengan teliti, dan bandingkannya dengan produk lain yang serupa; cari dan kaji beberapa pilihan lain bagi mendapatkan produk yang berpadanan dengan caruman; buat penyertaan berdasarkan keperluan dan kemampuan anda; minta bahan-bahan pemasaran, contohnya ilustrasi pemasaran, risalah produk atau borang fakta pelanggan (untuk pelan takaful keluarga sahaja), dan simpan dokumen ini untuk rujukan masa depan; apabila anda ragu-ragu, dapatkan maklumat lanjut daripada pengantara atau dapatkan penjelasan dari pada pengendali takaful yang menawarkan produk takaful berkenaan; dan minta dan simpan resit sebagai bukti pembayaran caruman kepada pengendali takaful. 9

Cara membuat aduan dan saluran penyelesaian yang ada Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, maklum balas atau aduan tentang seseorang ejen atau broker takaful, rujuk hal ini kepada pengendali takaful atau syarikat pembrokeran berkenaan terlebih dahulu. Anda juga boleh rujuk hal ini kepada: Bagi ejen takaful am dan/atau keluarga Pendaftar Lembaga Pendaftaran dan Peraturan Ejen-Ejen Takaful Persatuan Takaful Malaysia Persatuan Takaful Malaysia Tingkat 21, Blok Utama Dataran Kewangan Darul Takaful Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Tel: 03 2031 8160 Faks: 03 2031 8170 E-mel: info@malaysiantakaful.com 10

PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 Bagi broker insurans dan/atau takaful Pengerusi Persatuan Broker-broker Insurans dan Takaful Malaysia Unit 303, Blok A Pusat Dagangan Phileo Damansara II No. 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara 46350 Petaling Jaya Selangor Tel: 03 7960 8191 Faks: 03 7954 3954 E-mel: mitba@streamyx.com Jika anda masih tidak berpuas hati dengan penyelesaian aduan tersebut, anda boleh menulis kepada: BNMTELELINK Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara Malaysia Peti Surat 10922 50929 Kuala Lumpur Tel: 1 300 88 5465 Faks: 03 2174 1515 E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my 11 11:21 G5

PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109? 23/10/09 11:21 G5 Soalan Lazim

S. J. Bagaimanakah boleh saya pastikan bahawa saya berurusan dengan ejen berdaftar? Bagi ejen takaful, anda boleh meminta Kad Kuasa Ejen yang mengandungi maklumat seperti nama pengendali takaful yang diwakili oleh ejen itu dan tempoh sah pendaftarannya atau anda boleh menghubungi pengendali takaful yang berkenaan atau MTA untuk mengesahkan status ejen berkenaan. Bagi broker takaful, anda mungkin ingin memastikan sama ada broker berkenaan mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk mengendalikan perniagaan pembrokeran takaful, dan juga merupakan ahli MITBA. S. J. Apakah yang boleh saya harapkan daripada seseorang pengantara apabila beliau mencadangkan produk takaful keluarga kepada saya? Pengantara bertanggungjawab untuk melaksanakan sekurang-kurangnya perkara berikut: Mendapatkan maklumat yang mencukupi tentang diri anda, seperti butir-butir peribadi dan keadaan kewangan anda; Memahami keperluan kewangan anda yang berkaitan dengan pelan perlindungan, persaraan, pendidikan anak-anak, tabungan, dan pelaburan; 13

Memastikan produk yang dicadangkan bersesuaian dengan keperluan anda, dengan mengambil kira keadaan kewangan anda; Menerangkan mengapa produk yang dicadangkannya bersesuaian untuk anda; dan Memberikan anda maklumat yang mencukupi untuk membolehkan anda membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi sebelum menyertai sesuatu pelan takaful keluarga. S. J. Saya telah dinasihati oleh pengantara supaya membatalkan sijil takaful saya yang sedia ada dan menyertai pelan perlindungan yang baru. Apakah yang harus saya lakukan sebelum membuat keputusan? Sebelum membuat keputusan untuk membatalkan sijil yang sedia ada dan menyertai kontrak yang baru, anda harus mempertimbangkan perkara berikut: Bandingkan ciri-ciri dan manfaat sijil yang sedia ada dengan sijil yang baru; Memahami kos yang terlibat bagi pembatalan, seperti bayaran penamatan sijil yang sedia ada, bayaran penyertaan bagi sijil baru, kerugian nilai wang tunai dan sebarang kehilangan manfaat akibat pembatalan sijil yang sedia ada. Bagi sijil takaful keluarga, nilai serahan wang tunai mengandungi simpanan terkumpul dalam Akaun Peserta, dan 14

sebarang pulangan pelaburan; dan Minta nasihat pengendali takaful atau ejen yang anda peroleh sijil takaful yang sedia ada, untuk mengkaji semula kos yang terlibat. Mungkin tidak begitu bermanfaat bagi anda untuk membatalkan sijil takaful keluarga yang sedia ada untuk menyertai kontrak yang baru. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mendapati bahawa anda tidak akan kerugian ekoran penukaran berkenaan, anda boleh mendapatkan pengesahan bertulis daripada pengendali takaful anda bahawa penukaran tersebut tidak akan merugikan anda. S. J. Saya telah menyertai pelan takaful melalui pengantara. Siapakah yang bertanggungjawab mengeluarkan dan menghantarkan dokumen sijil kepada saya? Pengendali takaful bertanggungjawab mengeluarkan dan menghantarkan sijil dokumen terus kepada anda. Walau bagaimanapun, terdapat juga pengendali takaful yang menghantar dokumen tersebut melalui pengantara kepada anda. Pengantara tidak diberi kuasa untuk mengeluarkan sebarang sijil takaful bagi pihak pengendali takaful. Sekiranya anda tidak memperoleh sijil dalam masa sebulan selepas membayar caruman, anda perlu menghubungi pengendali takaful berkenaan. 15

S. J. Saya membuat caruman melalui ejen/pengantara. Adakah cara ini selamat? Apabila membuat pembayaran caruman, elakkan daripada membayar secara tunai kepada ejen/pengantara. Anda dinasihati supaya membayar terus kepada pengendali takaful, sama ada melalui cek, kiriman wang, arahan tetap, potongan kad kredit atau potongan gaji. Sekiranya anda membuat pilihan untuk membayar melalui ejen anda, pastikan cek atau kiriman wang dibuat atas nama pengendali takaful, dan bukan atas nama ejen/pengantara. Pastikan anda menerima resit sebagai bukti pembayaran. 16