UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 226 AKTA TAMAN NEGARA 1980

dokumen-dokumen yang mirip
UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

D.R. 35/95 RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 1995

AKTA PILIHAN RAYA 1958

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 4/90 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) [ ]

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 62 AKTA AUDIT Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550)

Undang-Undang Malaysia

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 19/90 RANG UNDANG-UNDANG. b ernama. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais [ ]

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA 1971

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 341 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988

D.R. 4/96. Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

SUSUNAN FASAL BAHAGIAN. 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran.

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1 D.R. 19/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Perdagangan Strategik 1 D.R. 4/2010

DR. 42/91 RANG UNDANG-UNDANG PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1991

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

' "ditetapkan" ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;';

AKTA SARAAN HAKIM 1971

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 38/91. Naskhah Sahih Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

RANG UNDANG-UNDANG AKADEMI SAINS MALAYSIA 1994

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 1 D.R. 13/2015 RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA 2015

D.R. 7/98 RANG UNDANG-UNDANG KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 1 D.R. 33/2010 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Industri Pelancongan (Pindaan) 1 D.R. 44/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

D.R. 12/96 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA AKREDITASI NEGARA 1996

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

D.R. 6/93 RANG UNDANG-UNDANG DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN PERMULAAN

Transkripsi:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 226 AKTA TAMAN NEGARA 1980 Suatu akta bagi mengadakan peruntukan berkenaan dengan penubuhan dan pengawalan Taman-Taman Negara dan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parliamenen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Taman Negara 1980 dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen kecil (2), dipakai diseluruh Malaysia. (2) Akta ini tidak dipakai bagi Sabah dan Sarawak dan Taman-Taman Negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu yang kesemuanya menjadi Taman Negara sebagaimana diperihalkan dalam Jadual kepada Enakmen Taman Negara (Kelantan) dan dalam Jadual-Jadual Pertama kepada Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939 dan Enakmen Taman Negara (Terengganu). 2. Dalam Akta ini - "Ketua Pengarah " ertinya Ketua Pengarah Hidupan Liar dan Taman Negara yang dilantik di bawah akta Perlindungan Hidupan Liar 1972; "pegawai " ertinya Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang disebut di bawah seksyen 8 (1); "Taman Negara" ertinya sesuatu Taman Negara yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 3. (1) Pihak berkuasa Negeri boleh di atas permintaan Menteri merezabkan mana-mana tanah Negeri dalam kawasan Negeri itu (termasuklah manamana kawasan laut) bagi maksud suatu Taman Negara di bawah suatu nama yang akan diberi kepadanya. (2) Kawasan yang direzabkan sedemikian itu hendaklah diletakkan di bawah kawalan suatu Jawatankuasa Taman Negara yang ditubuhkan di bawah Seksyen 7.

(3) Perezapan sesuatu kawasan atau sebahagian darinya di bawah seksyen ini tidak boleh dibatalkan oleh pihak berkuasa Negeri kecuali dengan persetujuan bertulis dari Menteri. (4) Apa-apa perezapan tanah di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu dalam Warta dan pemberitahu itu hendaklah - Memperihalkan tanah rezab itu; Menetapkan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa mengawal tanah yang direzabkan sedemikian itu; Menjadi keterangan muktamad bahawa tanah yang diperihalkan sedemikian itu adalah direzabkan bagi maksud-maksud Akta ini. 4. Tujuan penubuhan Taman-Taman Negara ialah untuk memelihara dan memperlindungi hidupan liar, hidupan tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan dari segi kajibumi, kajipurba, sejarah dan etnologi dan lainlain kepentingan dari segi sains dan pemandangan, dan melalui pemeliharaan dan penggunaannya untuk memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi orang ramai. 5. (1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Penasihat Taman Negara yang hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang berikut - (d) (e) (f) (g) (h) Seorang pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri; Seorang wakil yang dinamakan oleh pihak berkuasa Negeri dari tiap-tiap satu Negeri dalam mana terdapat suatu Taman Negara atau sebahagian darinya; Ketua Pengarah Seorang wakil Perbendaharaan Seorang wakil Bahagian Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Seorang wakil Perbadanan Kemajuan Pelancongan Seorang wakil Jabatan Hutan; dan Tidak lebih dari enam orang lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri (2) Seseorang ahli yang dilantik di bawah perenggan atau (h) seksyen kecil (1) hendaklah memegang jawatan selama sesuatu tempoh masa sebagaimana yang diputuskan oleh Menteri dan Menteri boleh pada bila-bila masa memecatnya dari jawatan tanpa mmeberi apa-apa sebab baginya. 6. (1) Majlis Penasihat Taman Negara hendaklah memberi nasihat kepada Menteri mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan pemeliharaan, penggunaan, penjagaan, pengawalan, pengurusan dan kemajuan Taman-Taman Negara dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dirujuk kepadanya dari masa kesemasa oleh Menteri. (2) Tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Seksyen 11, Majlis

hendaklah memutuskan tatacaranya di mesyuarat-mesyuaratnya. 7. (1) Suatu Jawatankuasa hendaklah ditubuhkan oleh Menteri bagi tiap-tiap satu taman Negara yang terdiri daripada ahli-ahli yang berikut - Setiausaha Kerajaan Negeri bagi tiap-tiap satu Negeri di mana Taman Negara itu terletak; Seorang wakil dari tiap-tiap satu jabatan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri sebagaimana yang Menteri fikirkan perlu diwakili; dan Lain-lain orang yang tidak melebihi tiga orang jumlahnya sebagaimana yang dilantik oleh Menteri dan Seksyen 5 (2) hendaklah dipakai mutatis mutandis bagi sesuatu perlantikan di bawah perenggani ini. (2) Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa itu, tetapi jika sesuatu Taman Negara dalam kawasan dua Negeri atau lebih, Setiausaha Kerajaan Negeri bagi Negeri-Negeri yang berkenaan itu hendaklah menjadi pengerusi secara bergilir-gilir dan, tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Seksyen 11, Jawatankuasa itu hendaklah memutuskan tatacaranya di mesyuarat-mesyuaratnya. (3) Sesuatu Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Seksyen ini hendaklah bertanggungjawab bagi pemeliharaan, penggunaan, pengawalan, pengurusan dan kemajuan Taman Negara yang baginya ia ditubuhkan dan, dalam melaksanakan tanggungjawabnya di bawah akta ini, jawatankuasa itu hendaklah bertindak mengikut arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Taman Negara dari masa ke semasa. 8. (1) Ketua Pengarah dan lain-lain orang yang dilantik di bawah Seksyen 4 (1) Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dengan sewajarnya peruntukan-peruntukan Akta ini dan pada berbuat demikian orang-orang itu hendaklah disebut dengan nama-nama jawatan yang diberi kepada mereka di bawah Akta itu. (2) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa pengawasan dan arahan am ke atas semua perkara yang berhubung dengan Taman-Taman Negara. (3) Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi kepada Ketua Pengarah arahanarahan yang bersifat am dan yang tidak berlawanan dengan peruntukanperuntukan Akta ini mengenai perjalanan kuasa-kuasa yang diberi kepada, dan tugas-tugas yang dikehendaki dilaksanakan oleh, Ketua Pengarah di bawah akyta ini dan Ketua Pengarah hendaklah menguatkuasakan semua arahan itu. 9. (1) Pihak berkuasa Negeri boleh dengan persetujuan Menteri memajakkan atau membenarkan supaya diguna atau diduduki mana-mana tanah dalam kawasan sesuatu Taman Negara tertakluk kepada syarat-syarat dan sekatan-sekatan

sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan dan bagi mana-mana daripada maksud-maksud yang berikut sahaja - (d) Pembinaan dan penyenggaraan jalan; Pembinaan dan penyenggaraan lapangan terbang kecil; Pembinaan dan penyenggaraan empang dan kolam air; Pembinaan dan penyenggaraan hotel, rumah rihat, rumah kediaman, bangunan dan kerja-kerja kegunaan awam, Jika phak berkuasa Negeri memikirkan mana-mana daripada maksud-maksud ini sebagai perlu dan demi kepentingan kemajuan Taman Negara itu menurut tujuan yang disebut dalam Seksyen 4; dan (e) Perlombongan atau carigali menurut peruntukan-peruntukan Seksyen 10. (2) Mana-mana tanah yang dipajakkan oleh pihak berkuasa Negeri atau mana-mana tanah yang berkenaan dengannya sesuatu kegunaan atau pendudukan telah dibenarkan oleh pihak berkuasa Negeri di bawah seksyen kecil (1) hendaklah terus menjadi sebahagian daripada Taman Negara itu dan ditakluk oleh peruntukan-peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya kecuali setakat mana yang ditetapkan dalam apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Negeri di bawah seksyen kecil (1). (3) Tertakluk kepada Akta ini, apa-apa pajakan atau permit untuk mengguna atau menduduki tanah di bawah seksyen ini hendaklah dikeluarkan menurut Kanun Tanah Negara. (4) Kecuali menurut kuasa apa-apa hak yang diberi oleh atau diperolehi di bawah atau berkenaan dengan mana-mana pajakan atau permit di bawah seksyen kecil (1) atau sebagaimana yang selainnya diperuntukkan dalam Akta ini; tiada seorang pun selain daripada seseorang pegawai boleh mendiami, memasuki, mengguna atau menduduki mana-mana tanah dalam kawasan dan yang menjadi sebahagian daripada sesuatu Taman Negara tanpa kebenaran Ketua Pengarah. 10. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukan dalam seksyen kecil (2), pengendalianpengendalian melombong atau mencarigali tidak boleh dijalankan dalam kawasan sesuatu Taman Negara. (2) Jika pada bila-bila masa pihak berkuasa Negeri mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dalam sesuatu bahagian tertentu sesuatu Taman Negara terdapat bahan galian yang begitu berharga hinggakan akan berlawanan dengan kepentingan Negeri itu jika ia tidak dilombong, pihak berkuasa Negeri boleh dengan persetujuan Menteri mengeluarkan, di bawah undang-undang yang berhubung dengan perlombongan, lesen-lesen untuk mencarigali bahagian Taman Negara itu dan jika perlu mengeluarkan kemudiannya perakuan-perakuan

melombong atau pajakan lombong berkenaan dengan bahagian Taman Negara itu atau mana-mana bahagian daripada bahagian itu. (3) Jika apa-apa perakuan melombong atau pajakan lombong dikeluarkan berkenaan dengan mana-mana tanah dalam kawasan sesuatu Taman Negara, pemegang perakuan atau pajakan itu hendaklah mempunyai hak untuk lalu-lalang, lesenlesen atau lain-lain kemudahan sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan dengan praktiknya hak-hak yang diberi oleh perakuan atau pajakan itu. (4) Walau apa pun yang terkandung dalam undang-undang yang berhubung dengan perlombongan, maka hendaklah ada suatu syarat termaklum dalam sesuatu perakuan melombong atau pajakan lombong yang dikeluarkan menurut seksyen ini bahawa mana-mana pegawai hendaklah mempunyai hak memasuki tanah yang berkenaan dengannya suatu lesen untuk mencari gali, suatu perakuan melombong atau sesuatu pajakan lombong telah dukeluarkan sebagaimana perlu supaya ia boleh menjalankan tujuan Akta ini berkenaan dengan tanah itu dan Taman Negara amnya. 11. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang tidak berlawanan dengan Akta ini berhubung dengan mana-mana atau semua daripada perkara-perkara yang berikut, iaitu - (d) (e) (f) (g) (h) Penutupan kawasan-kawasan tertentu dalam sesuatu Taman Negara dari orang awam; Larangan terhadap pembunuhan, pencederaan, penjeratan, penangkapan atau pengandangan apa-apa hidupan liar dalam kawasan sesuatu Taman Negara dan pelupusan hidupan liar yang dibunuh, dicedera, dijerat, ditangkap atau dikandang itu; Larangan terhadap binatang-binatang yang ditetapkan daripada dibawa masuk ke dalam atau terus berada dalam kawasan sesuatu Taman Negara; Pembakaran dan penebangan tumbuh-tumbuhan atau lain-lain benda yang dijumpai dalam kawasan sesuatu Taman Negara; Pelupusan hidupan liar, tumbuh-tumbuhan atau lain-lain benda yang dijumpai dalam kawasan sesuatu Taman Negara; Pemeriksaan mana-mana orang yang disyaki melanggar mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini; Tempoh dan masa di mana orang awam boleh masuk ke dalam sesuatu Taman Negara atau mana-mana bahagiannya; Kawalan terhadap kelakuan, tanggungan dan kewajipan orang-orang yang melawat atau berjalan, menjelajah atau berkhemah dalam sesuatu Taman Negara dan (tanpa menyentuh keluasan makna peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas) keselamatan orang-orang yang melawat Taman itu dan tanggungan mereka mengenai semua perbelanjaan sewajar yang dikenakan berkenaan dengan gerakan mencari orang-orang yang telah hilang atau (selepas mungkin mematuhi peraturan-peraturan itu) yang dengan munasabah dipercayai telah hilang didalamnya;

(i) (j) (k) (l) (m) (n) (o) (p) (q) Fee bagi pengeluaran permit untuk memasuki atau berkhemah dalam kawasan sesuatu Taman Negara, bagi kemasukan kereta ke dalam dan pengambilan fotograf dalam kawasan sesuatu Taman Negara atau bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan penggunaan atau penikmatan sesuatu Taman Negara, Perlindungan, pemeliharaan dan penjagaan terhadap sesuatu Taman Negara dan terhadap kerja-kerja kekal dan kerja-kerja penyenggaraan dan terhadap kemudahan-kemudahan dan ameniti-ameniti dan terhadap hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan dan ciri-ciri yang mempunyai kepentingan dari segi pemandangan, sains dan sejarah didalamnya; Kawalan terhadap lalu-lintas dan pengangkutan penumpang-penumpang dalam kawasan sesuatu Taman Negara; Penyitaan dan pelupusan apa-apa kereta, vesel, binatang atau lain-lain barang atau benda yang berkenaan dengannya berlaku pelanggaraan terhadap mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Seksyen ini; Penalti-penalti berkenaan dengan pelanggaraan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini; Pembinaan dan penyenggaraan hotel, rumah rehat, rumah kediaman, bangunan dan kerja-kerja kegunaan awam; Kuasa-kuasa dan tugas-tugas pegawai-pegawai berhubung dengan perjalanan peruntukan-peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini; Tatacara yang akan dipakai oleh Majlis Penasihat Taman Negara dan jawatankuasa-jawatankuasa Taman Negara di mesyuarat-mesyuarat mereka dan saraan atau elaun yang kena dibayar kepada ahli-ahlinya; Apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh Menteri bagi pengawalan dan pengurusan yang baik sesuatu Taman Negara atau bagi mencapai tujuan ia ditubuhkan. (2) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang berlainan di bawah seksyen kecil (1) berkenaan dengan Taman-Taman Negara yang berlainan.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA A571 AKTA TAMAN NEGARA (PINDAAN) AKTA 1983 Suatu Akta untuk meminda Akta Taman Negara 1980. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Taman Negara (Pindaan) 1983. 2. Subseksyen (3) Seksyen 3 Akta Taman Negara 1980, yang disebut "Akta ibu", dalam akta ini, adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "dengan persetujuan bertulis dari Menteri" dengan perkataan-perkataan "selepas berunding dengan Menteri ". 3. Subseksyen (1) Seksyen 5 Akta ibu adalah dipinda - Dengan memasukkan selepas perenggan perenggan yang berikut: "(aa) Setiausaha Kerajaan Negeri tiap-tiap Negeri di mana terdapat suatu Taman Negara atau sebahagian daripadanya;"; dan Dengan menggantikan perkataan "seorang" dalam perenggan dengan perkataan "tiga orang". 4. Subseksyen (1) Seksyen 7 Akta ibu adalah dipinda - Dengan memasukkan selepas perenggan perenggan yang berikut: "(aa) Pengarah Tanah dan Galian tiap-tiap Negeri di mana terdapat suatu Taman Negara atau sebahagian daripadanya;"; Dengan memasukkan selepas perkataan "dan" di mana ia mula-mula terdapat dalam perenggan perkataan-perkataan ", selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri,"; dan Dengan memasukkan selepas perkataan "Menteri" perkataan-perkataan ", selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri,";

5. Subseksyen (1) Seksyen 9 Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "dengan persetujuan " dengan perkataan-perkataan "selepas berunding dengan". 6. Subseksyen (2) Seksyen 10 Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "dengan persetujuan " dengan perkataan "selepas berunding dengan ". 7. Subseksyen (1) Seksyen 11 Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas perkataan "boleh" di mana ia mula-mula terdapat perkataan-perkataan ", selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri ".