PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

dokumen-dokumen yang mirip
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

NO. SOALAN: 26 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARIPADA TUAN NGA KOR MING TARIKH 3 APRIL 2017 RUJUKAN 9691

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

Akaun Semasa Mudarabah

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN KAMAR KHAS OLEH YB DATUK SRI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

Akaun Pelaburan Waheed

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT

Akaun Pelaburan Wafiyah

yang dijamin oleh Kerajaan, senaraikan. Adakah hutang negara sekarang mencapai suatu tahap yang membimbangkan mengikut negara yang sedia ada.

Koperasi Pengangkutan

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

SOALAN NO: 146 PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT BERTULIS PERTANYAAN DARIPADA PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD [PASIR GUDANG]

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

1 SOALAN NO: 91 PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

menyatakan keadaan ekonomi di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang Kedudukan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi yang

Akaun Pelaburan Waheed

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

kakitangan dan struktur syarikat berkenaan. Adakah perlunya

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KETIGA BELAS, MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN

MALAYSIA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT 6 NOVEMBER 2014 (KHAMIS)

CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN GOODS AND SERVICES TAX

Pengenalan kepada Ekonomi

PERUTUSAN TAHUN BAHARU OLEH PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN [ PADANG BESAR ] minta

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

ANTARA BELANJAWAN NEGARA DAN BELANJAWAN ALTERNATIF Zulkifli Hasan

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

SOALAN NO. 29 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

TABUNG HAJI UMUM BONUS JUBLI EMAS UNTUK TAHUN KEWANGAN 2012

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

Akaun Pelaburan Wafiyah

BONUS PENDEPOSIT TABUNG HAJI 2015

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN

Kami mempunyai sebuah set Prosedur bagi melantik Pengurus-pengurus Dana. Langkah-langkah itu adalah seperti berikut:

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Kemelut pekerja wanita

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN : Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG (ALOR SETAR) Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat jasin

dalam tempoh beberapa tahun akan datang sebelum tahun 2020.

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SKW 101 Pengantar Perancangan dan Pengurusan Pembangunan

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

VISI EKONOMI SAYA UNTUK MALAYSIA OLEH PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WONG CHEN [ KELANA JAVA]

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

Pengenalan Makroekonomi

menyatakan bagaimana untuk membantu meningkatkan perniagaan terutamanya di Sabah yang telah mengalami kemerosotan akibat daripada kelembapan ekonomi.

BAB 7 KESIMPULAN. Kajian ini bertujuan melihat perbandingan implementasi intervensi sosial melalui

Pendapatan Isi Rumah. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TAJUK LOKALISASI DALAM PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERSEPSI AMIL

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

12/19/2012 NEGARA MAJU MAJU

semakin meningkat ini dan apakah kaedah serta pendekatan terbaru

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

SENARAI JADUAL DAN CARTA

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TAJUK KEBERKESANAN BANTUAN MODAL DALAM PENGAGIHAN ZAKAT: KES ASNAF FAKIR DAN MISKIN

Akaun Semasa Mudarabah

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA BERTULIS TUAN SU KEONG SIONG [IPOH TIMOR] (ISNIN) 219

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] NO. SOALAN: 30 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT LISAN

MESEJ KEPADA PARA PEMEGANG SAHAM

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN : DATUK DR. MARCUS MOJIGOH (PUTATAN) TARIKH : (SELASA)

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

Transkripsi:

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DARIPADA PERTANYAAN TARIKH DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH LISAN 01.04.2014 Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [Jasin] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah langkah Kerajaan menstrukturkan semula ekonomi negara termasuk rasionalisasi subsidi dan bantuan terus kepada golongan sasar tidak akan membebankan rakyat sebaliknya mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan membawa negara keluar daripada perangkap "berpendapatan sederhana". JAWAPAN: Tuan Yang Dipertua, Saya mohon menjawab pertanyaan VB Ahli Parlimen Jasin bersamasama dengan pertanyaan VB Ahli Parlimen Selayang yang dijadualkan pada 2 April, VB Ahli Parlimen Batu Sapi dan VB Ahli Parlimen Bagan Serai pada 8 April serta VB Ahli Parlimen Keningau dan VB Ahli Parlimen Libaran pada 9 April 2014. lni memandangkan keenam-enam soalan tersebut menyentuh perkara dan isu yang sama. 1

Tuan Yang Dipertua, Pertumbuhan ekonomi telah menghasilkan banyak manfaat kepada rakyat dan negara terutamanya dari segi peningkatan kualiti hidup, pendidikan dan peluang pekerjaan. Kejayaan ini telah dicapai melalui perancangan yang teliti dalam merangka dan melaksanakan sesuatu dasar serta penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang efektif. Semua dasar yang digubal adalah untuk memastikan ekonomi negara terus kekal kukuh, mencatat pertumbuhan yang mampan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Justeru, dalam keadaan ekonomi dunia yang kian mencabar dan kompetitif, Kerajaan perlu merangka pelan strategik supaya pertumbuhan ekonomi negara terus kekal sihat. Kerajaan telah menggubal satu rangka tindakan transformasi nasional untuk membolehkan negara keluar daripada perangkap ekonomi berpendapatan sederhana dan seterusnya mencapai status negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara inisiatif utama untuk mencapai objektif tersebut adalah melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Komuniti (CTP). Pelaksanaan programprogram ini akan memastikan prospek pertumbuhan ekonomi yang berterusan ke arah mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi dengan pendapatan per kapita USD15,000 menjelang tahun 2020. Sememangnya, sejak empat tahun dahulu, Kerajaan juga telah mengambil keputusan untuk melaksanakan Program Transformasi Fiskal atau FTP. FTP bermaksud mengukuhkan kemampanan kedudukan kewangan Negara termasuk mengurangkan defisit fiskal dan hutang Negara serta 2

menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan bersifat holistik. Perlu diketahui, defisit fiskal bukannya satu perkara yang tidak baik. Kedudukan fiskal negara telah berada pada tahap defisit sejak akhir tahun 1990an dan keadaan ini tidak menghalang negara daripada terus membangun. Walau bagaimanapun, Kerajaan perlu memastikan kewangan negara sentiasa berdaya tahan untuk menghadapi sebarang krisis ekonomi pada masa hadapan. lni kerana apabila hutang negara terkawal, ia akan memberi keyakinan kepada pelabur untuk terus melabur di negara kita, khususnya dalam pasaran modal atau capital market. Sebaliknya, jika penarafan kedaulatan Negara (sovereign rating) diturunkan, ia akan memberi implikasi kos pinjaman yang meningkat dan memberi tekanan kepada nilai matawang Negara. Justeru itu, pasaran modal seperti ekuiti dan bon akan terjejas. Semua ini akan membawa kepada kemudaratan rakyat akhirnya. Semestinya, langkah transformasi fiskal ini termasuk rasionalisasi subsidi, adalah untuk meningkatkan kecekapan perbelanjaan dan pengagihan sumber kewangan Kerajaan. Pada masa kini, kebanyakan negara telah mengambil langkah drastik untuk mengurangkan defisit fiskal mereka, namun Malaysia mengambil pendekatan secara beransur-ansur (gradualism) bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan pada masa yang sama berupaya mengekalkan kesejahteraan rakyat. Sebenarnya, langkah rasionalisasi subsidi adalah perlu kerana perbelanjaan subsidi semakin meningkat. Misalnya, pad a tahun 2010, Kerajaan telah membelanjakan RM23.1 bilion atau 15% daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus untuk membiayai subsidi, bantuan dan insentif. Manakala pada tahun 2013, hanya dalam tempog 3 tahun 3

sahaja jumlahnya telah meningkat kepada RM43.3 bilion atau 21% daripada belanja mengurus. Peningkatan ini adalah selari dengan peningkatan harga minyak mentah dunia dan pertambahan jumlah bilangan kenderaan. Pemberian subsidi yang begitu besar akan menjejaskan kedudukan kewangan Negara dan menyebabkan ianya tidak sustainable dalam jangka masa panjang. Oleh itu, pembaharuan fiskal adalah penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan dan memastikan sasaran defisit fiskal pada paras 3.5% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun ini, 3% pada tahun 2015 dan bajet berimbang (balanced budget) pada tahun 2020 tercapai. Komitmen tersebut adalah penting bagi memastikan agar paras hutang sentiasa tidak melebihi 55% daripada KDNK dan menjamin kemampanan fiskal jangka panjang negara. Makanya, langkah rasionalisasi subsidi telah dilaksanakan dengan berhatihati bagi memastikan kesan yang minimum dan tidak membebankan rakyat, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Pelaksanaan rasionalisasi subsidi juga mengambil kira pelbagai aspek termasuk kadar inflasi, kos sara hidup dan kedudukan ekonomi global semasa serta mekanisme sasaran (targeting mechanism). Tuan Yang Dipertua, Hakikatnya, sebahagian daripada penjimatan rasionalisasi subsidi akan digunakan bagi membiayai perbelanjaan pembangunan yang dapat meningkatkan kapasiti produktif negara seperti pembinaan infrastruktur pengangkutan, termasuk jalan-jalan luar bandar dan bandar, hospital dan 4

perumahan. Selain itu, Kerajaan akan dapat membina lebih banyak sekolah dan institusi pendidikan serta latihan yang amat diperlukan dalam pembangunan modal insan. Jadinya, penjimatan yang sebahagian lagi pula akan dipulangkan semula kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan mereka yang mudah terjejas supaya kesan kenaikan kos sara hidup dapat diimbangi. Hasilnya, Kerajaan telah meningkatkan dan meluaskan pemberian BR1 M dalam Bajet 2014. Semestinya, pelaksanaan program BR1 M ini akan diperkemaskan lagi supaya ianya memberi manfaat yang terbaik kepada rakyat pada masa akan datang. Kerajaan akan terus memberi subsidi bagi barangan keperluan dan perkhidmatan asas seperti subsidi harga beras, subsidi minyak masak, subsidi kadar elektrik bagi penggunaan bulanan RM20 ke bawah dan subsidi kadar tol. Tambahan pula, insentif hasil tangkapan nelayan dan insentif pengeluaran padi juga diteruskan. Berkait itu, terdapat bantuan lain yang diterima secara terus oleh rakyat antaranya adalah bantuan persekolahan, bantuan makanan dan minuman, bantuan buku teks dan baucar buku. Selain itu, Kerajaan juga menyediakan bantuan kepada golongan orang asli serta subsidi pengangkutan udara ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Contohnya, bagi tahun 2014, sebanyak RM39.4 bilion atau hampir 20% daripada perbelanjaan mengurus Kerajaan diperuntukkan untuk subsidi, insentif dan bantuan kepada rakyat. 5

Di samping subsidi dan bantuan terus, Kerajaan terus-menerus memberi bantuan dalam bentuk perkhidmatan sosial dengan bayaran paling minimum atau percuma. Antara contohnya adalah rawatan perubatan di klinik dan hospital Kerajaan, pendidikan di sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi awam serta biasiswa dan pinjaman pelajaran. Sesungguhnya, Kerajaan sedar akan kepentingan menjelaskan Program Transformasi Fiskal atau FTP ini kepada rakyat. Sejak September 2013, Kerajaan tidak pernah berhenti memberi penjelasan mengenai rasional langkah mengukuhkan kedudukan fiskal negara, khususnya rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan ( GST), serta inisiatif bagi mengurangkan beban rakyat kesan daripada FTP ini. Penjelasan tersebut tidak terhad di dalam Dewan yang mulia ini sahaja, malahan telah diperluaskan ke seluruh negara melalui pelbagai media massa. lni termasuk penjelasan yang telah dan sedang dilakukan melalui siri ceramah dan taklimat di seluruh negara dengan kerjasama persatuanpersatuan pengguna dan pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan (NGO). Tuan Yang Dipertua, Secara keseluruhannya, langkah-langkah yang telah dinyatakan tadi, jelas menunjukkan bahawa Kerajaan sentiasa komited untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan melaksanakan pelbagai langkah pembaharuan, demi kesejahteraan rakyat. Semua langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan adalah bagi memastikan negara mencapai status negara maju berpendapatan tinggi dengan rakyat dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik. 6