Bahagian Keempat: Tafsiran Ayat-ayat 45-59

dokumen-dokumen yang mirip
Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.1 Nabi Adam AS.

Bahagian Ketiga: Tafsiran Ayat-ayat 32-44

PENGAMBILAN IKTIBAR UMUM AYAT

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

BAHAYA PERILAKU TAQLID MENURUT AL-QUR AN


5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.4 Nabi Hud AS.

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

2

Renungan tentang kehidupan

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

Diterjemahkan oleh : Abu Sa id Neno Triyono א א א.

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

TERJEMAHAN SURAH NUH

Doa-doa Pilihan DOA-DOA PILIHAN

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.8 Nabi Syu aib AS.

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

ngin Ahmar From: hamba Allah Add to Contacts SIM

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

SINOPSIS SURAH AL-KAHFI

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

Kedudukan Tauhid Bagi Seorang Muslim

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.

GsHeM I' õ IäI = HÝI PéƒFGy GßMÃGšIý PQçGŠÂHñ G G M G = HsIe G GßR¾G G¾G > KßG¾G ôhäg G GY Péƒ MyG} K ÀG IäMÃG¾G GuĪ MœH} PéêMÂGš CZÂHšÂHºGñwG}

Mengusir Asap? Allah Yang Meniupkan Angin dan Menurunkan Hujan

BAB 5 PENUTUP. Kajian ini telah membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan konsep

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Persiapan Menuju Hari Akhir

AGAMA ISLAM TENTANG AKIDAH ISLAM. Oleh : Agus Pernadi Harahap SEKOLAH TINGGI TEHKNIK HARAPAN MEDAN 2013


Kisah Kaum 'Aad. Khutbah Pertama:

DOA WIRID YANG TERMUAT DALAM AL QUR AN

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.5 Nabi Shalih AS.

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

Begitu Singkatnya Umur Manusia

Himpunan Doa Didalam Al Quran

Disebarluaskan melalui: website: Maret, TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

MATAN. Karya Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahhab


Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

TALIM MADANI #12 IMAN KEPADA ALLAH (PERBEDAAN MALAIKAT DAN MANUSIA)

2

Perintah Pertama di Dalam Alquran

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Dunia Yang Membuat Lupa Mati

TAFSIRAN AYAT 17 JADI, SIAPAKAH YANG BOLEH MENERIMA AL-QUR AN DAN BERIMAN DENGAN RASULULLAH?

ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin. Bab 2 Kekayaan Hati. Bab 3 Menempuh Cabaran. Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin. Bab 5 Barokatologi (Berkat)

lagi. Allah tidak akan mengampuni pelakunya dan Allah pasti akan

TAWASSUL. Penulis: Al-Ustadz Muhammad As-Sewed

Tuduhan Bahwa Berpegang Terhadap Agama Penyebab Kemunduran Kaum Muslimin

BIMBINGAN TAUHID UNTUK PEMULA DAN ANAK-ANAK

Tahlil Arwah TAHLIL ARWAH

???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Bahagian Kelima: Tafsiran Ayat-ayat 60-82

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Kaidah Memahami Tauhid

SURAH AL-MUDDATHIR 1

Motivasi Untuk Bertaubat

GãMñ I RšZ GlZG ƒi' (6) GâƒMÃIºƒG M±H MšZ GlQ IN³š GœI M OZ

Disebarluaskan melalui: Website: November, TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Takwa dan Keutamaannya

PERDAMAIAN Jalan Menuju Kedamaian

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

RUQYAH LENGKAP RUQYAH DARI BUKU DR KHALID BIN ABDURRAHMAN AL-JARISI. SUMBER AYAT AL-FATIHAH SURAH 2: AL-BAQARAH AYAT 1-7 AL-BAQARAH AYAT 117

Disebarluaskan melalui: website: Desember, TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

Sifat-Sifat Ibadah Yang Benar

Tiga Yang Diridhai Allah dan Tiga Yang Dia Benci

Selanjutnya, ia berpikir untuk kembali dan bertaubat kepadanya agar Dia membebaskannya dari neraka.

Kufur kepada thaghut adalah syarat sahnya ibadah seseorang, sebagaimana wudhu merupakan syarat sah shalat.

2 Petrus. 1 1 Dari Simon Petrus, hamba dan

Allah Al-Ghalib (Maha Menang) dan An-Nashir (Maha Penolong)

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

Pendukung dan Penghalang dari Taubat

Janji YESUS KRISTUS. 2. Matius 6:33 Tetapi carilah dahulu Kerajaan TUHAN dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu.

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

Tafsir Surat Al-Fil: Ketika Gajah pun Enggan Memaksiati Allah

> GsGcZGÈH õ IäI HÍIN G Hœ G IáƒH"S šoz IYP G =œg} MãI GßMÃG¾G SÖHºRœ UëH Gy

DOA DELAPAN PULUH AYAT

Bab 4 Belajar Mendirikan Shalat Berlatih Akhlak Mulia Membangun Kesejahteraan Umat

Beramal Untuk Bekal Hari Pembalasan

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Transkripsi:

Bahagian Keempat: Tafsiran Ayat-ayat 45-59 Konsep Hidup dan Kiamat Mengapa kita mahukan Allah dan iman dalam hidup kita ini? Dan mengapa kita mahukan Allah dan iman dalam pergerakan amal harian kita? Allah menjelaskan bandingan ini di dalam ayat-ayat 45 hingga 59 seterusnya untuk renungan kita. Pertama: Hidup di dunia ini seperti air yang membasahi bumi, yang menyuburkan tanah, tetapi akhirnya bila datang kemarau, jadilah ia kering. Maka semua yang telah hidup itu akan menjadi kering dan hancur, terbang ditiup angin. Yang tinggal hanyalah kekuasaan Allah. Bagi yang beriman, iman itulah yang menjadi temannya, dan bagi yang tidak beriman, tiada sesiapa akan bersamanya. Antara anak yang ramai dan harta benda yang banyak, jika tidak diikuti oleh amal soleh, maka tiadalah tinggalan soleh yang boleh dijadikan hasil yang baik di sisi Allah. Kedua: Tinggalan amal soleh yang terbaik, mempunyai kebajikan yang tinggi di sisi Allah dan menjadi cita-cita kepada yang beriman. Untuk apa amal soleh itu perlu menjadi tinggalan kita? Jawabnya, kerana pada akhirnya apabila berlaku Kiamat, gunung-ganang akan hancur berterbangan dan semua manusia di waktu itu akan dihimpunkan di Padang Mahsyar, untuk menghadap Allah di hadapan mahkamahnya, diperiksa semua amal baik dan jahat mereka, dan yang beramal soleh akan mendapat pahala yang besar. 1

Inilah maksud ayat-ayat berikut: Wahai Muhammad, dan kemukakanlah kepada mereka satu lagi misal perbandingan iaitu: KEHIDUPAN DUNIA ini samalah seperti air hujan yang telah Kami turunkan dari langit; ia turun dan kemudian bercampur baur dengan tanah-tanih (menyebabkan kesuburan tanah dan hasil yang hijau). Kemudian bila berlaku kekeringan air itu, maka semuanya akan kering hancur dan terbang ditiup angin. Ingatlah! Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. (45) Harta benda dunia, dan anak-pinak hanya sekadar perhiasan hidup; dan AMAL-AMAL SOLEH yang kekal faedahnya kepada hidup ini dan paling berkebajikan di sisi Allah dari segi pahala balasannya, itulah sebaik-baik asas yang memberi harapan. (46) 2

Iaitu, ingatlah pada satu hari nanti (hari Kiamat), akan Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang, dan pada masa itu engkau akan dapat melihat bumi ini rata dan terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka semua (di Padang Mahsyar), dan tidak seorang pun yang ketinggalan. (47) Mereka tetap akan dibawa menghadap Tuhanmu, Allah, berbaris-baris seraya dikatakan: Kamu semua sekarang ini telah datang menemui Kami dalam bentuk ciptaan sepertimana kamu dijadikan mula-mula dulu, bahkan kamu dahulu menyangka yang Kami tidak akan mengadakan waktu sedemikian rupa (untuk dihimpunkan kamu semua) seperti yang dijanjikan. (48) Tafsiran: Ibnu Kathir mencatitkan bahawa banyak ayat-ayat di dalam Al-Qur an yang membandingkan manusia dengan air hujan. Adanya air hujan memberi nilai kepada kehidupan dan menghijaukan tanaman. Apabila kering, maka kekeringanlah daun-daun dan tumbuh-tumbuhan itu dan menjadi ringan diterbangkan angin. Di antaranya: a) Dalam Surah Yunus, Ayat 24. Firman Allah: 3

Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya tanaman-tanaman di bumi yang terdiri dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang; bercampur-baur, berpaut-pautan disebabkan oleh adanya air itu, hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan terhias cantik, dan penduduknya pun menyangka mereka telah dapat menguasai dan mengambil hasil dari tanaman itu (kerana semua itu adalah hasil kerja mereka). Maka datanglah perintah Kami di waktu malam atau pada siang hari, menimpa mereka dengan bencana, lalu Kami jadikannya hancur-lebur, seolah-olah ia tidak pernah ada sebelum ini. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir dan mengambil iktibar darinya. (Yunus (10): Ayat 24) b) Dalam Surah Az-Zumar (39), Ayat 21. Firman Allah: Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkannya dan menjadi matair-matair di bumi, kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu akan tanam-tanaman yang berbagai jenis dan berbagai warnanya, dan kemudian tanaman itu tumbuh dengan segar menghijau (hingga ke satu masa tertentu). Selepas itu engkau melihatnya berubah warna menjadi kekuning-kuningan, kemudian menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya, segala yang disebutkan itu menjadi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna. (Az-Zumar (39): Ayat 21) 4

c) Dalam Surah Al-Hadid (57), Ayat 20. Firman Allah: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu hanyalah bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan yang melalaikan, serta perhiasan, juga bertujuan untuk bermegah-megah di antara kamu, serta berlumba-lumba memperbanyakkan harta benda dan anak pinak; semuanya ini dibandingkan seperti air hujan yang menumbuhkan tanaman menjadi hijau subur, memberikan keceriaan pada penanamnya yang tertarik hati pada kesuburan itu; yang terus bergerak segar (hingga ke suatu masa), tiba-tiba dilihat kekuningan dan akhirnya hancur bersepai. Ketahuilah bahawa azab Akhirat adalah berat (disediakan kepada yang terlalu utamakan keduniaan), tetapi tetap ada pula keampunan serta keredhaan dari Allah (bagi yang mengutamakan Akhirat ). Kehidupan di dunia ini hanyalah tempat kesenangan bagi orang-orang yang TERPEDAYA. (Al-Hadid (57): Ayat 20) Ketiga-tiga ayat ini menguatkan kefahaman kita bahawa hidup di dunia ibaratkan hujan (tidak lebih dari itu) yang menyuburkan tanah-tanih seketika sebelum menjadi kuning dan kering. Sikap terlalu tumpukan dunia dan kemewahannya akan memperdayakan hidup kita, jalan terbaik ialah dengan mengutamakan tumpuan di Akhirat 5

Ayat kemudiannya membandingkan bahawa harta benda dunia dan anak-pinak yang ramai hanyalah perhiasan sementara hidup ini, TETAPI amal soleh di dunia dan tinggalan amal soleh itu adalah sebaik-baik kebajikan di sisi Allah dan menjadi impian dan cita-cita yang diberi tumpuan. Harta benda dunia, dan anak-pinak hanyalah sekadar perhiasan hidup: DAN AMAL SOLEH akan kekal faedahnya kepada hidup ini dan paling berkebajikan di sisi Allah dilihat dari segi pahalanya, itulah sebaik-baik asas yang memberi harapan. (46) Tafsiran: Tinggalan amal soleh kita ditekankan oleh Allah dalam ayat ini dan bukan anak pinak yang ramai atau harta benda yang terkumpul. Apakah dia amal soleh itu? Ar-Razi mendefinasikannya sebagai: Setiap amalan dan pertuturan dalam hidup manusia ini yang dilakukan kerana Allah, dan cita-cita pengamal kebajikan kerana Allah itu ialah mendapatkan keredhaan Allah dan pahala untuk menentukan nasibnya di Akhirat nanti. Amalan dan pertuturannya itu akan meninggalkan kesan faedahnya yang boleh diwarisi oleh orang yang terkemudian. Itulah citacitanya. Seterusnya, Allah membawa minda kita kepada keadaan hari kita dibangkitkan semula, di mana telah dicatitkan keadaan huru-haranya, memberi keinsafan kepada kita. 6

Firman Allah: Iaitu, ingatlah pada satu hari nanti (hari Kiamat), akan Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang, dan pada masa itu engkau akan dapat melihat bumi ini rata dan terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka semua (di Padang Mahsyar), dan tidak seorang pun yang ketinggalan. (47) Gambaran Hari Kiamat dalam ayat di atas merangkumi: a) Segala bukit bukau, dan gunung-ganang, bangunan, akan habis diterbangkan seperti kapas. b) Keadaan bumi ini hanya mendatar dan dipenuhi manusia yang dihimpunkan. c) Manusia dihimpunkan untuk menghadapi mahkamah Allah di Padang Mahsyar d) Tidak ada yang terlepas dari himpunan ini walau seorang pun. Ini bererti terkumpullah semua manusia sejak dari zaman Adam as hingga pada akhir hayat hidup dunia. Sesaknya dunia ini tidak dapat digambarkan! e) Semua manusia berbaris-baris mengikut kehendak Allah. f) Manusia dibangkitkan semula dalam bentuk semulajadi, sepertimana mereka dicipta dahulu. Ini berdasarkan fahaman Ayat 48 berikut: 7

Mereka tetap akan dibawa menghadap Tuhanmu, Allah, berbaris-baris seraya dikatakan: Kamu semua sekarang ini telah datang menemui Kami dalam bentuk ciptaan sepertimana kamu dijadikan mula-mula dulu, bahkan kamu dahulu menyangka yang Kami tidak akan mengadakan waktu sedemikian rupa (untuk dihimpunkan kamu semua) seperti yang dijanjikan. (48) Semua gambaran Kiamat ini hanya kita dengar dari Al-Qur an sahaja dan tidak tergambar bagaimana keadaan yang sebenar. Ianya diperdengarkan kepada kita untuk menambahkan iman kita pada Allah bahawa hari Kiamat itu BENAR dan akan berlaku; WALAUPUN sesetengah orang yang kufur menolak akan adanya hari Kiamat ini. Hari Kiamat dan keadaannya dijelaskan dalam ayat berikutnya: Dan Kitab-kitab Amal dibentangkan, engkau akan dapat melihat bahawa orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya, dan mereka akan berkata: Aduhai, celakanya kami ini! Mengapa Kitab ini sedemikian rupa? Catitannya tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, semua dihitung!. Dan mereka mendapati segala amal yang telah mereka lakukan itu telah sedia tertulis. (Ingatlah) Allah, Tuhanmu itu tidak zalim kepada seseorang pun. (49) 8

Keseluruhan, ayat-ayat di atas menggambarkan huru-hara di hari Kiamat, antaranya: a) Setiap individu itu akan dibekalkan dengan Kitabnya (buku catitan amalnya semasa di dunia dulu); samada diterima dengan tangan kanannya atau tangan kirinya. b) Orang yang kufur akan berubah wajah mereka kerana ketakutan, takut terbongkar segala kejahatan mereka kepada semua yang ada atau takut kepada azab yang bakal menunggu mereka dihadapan. c) Gelagat pembaca buku catitan yang terkejut kerana catitan tersebut terlalu terperinci, walau sekecil mana sekalipun, amalan itu dicatitkan. d) Terdapat catitan amal bersekali dengan pahala dosanya. e) Pengakuan Allah, semua catitan itu adalah benar dan Allah tidak menzalimi sesiapa pun. Syed Qutub berkata, ayat-ayat di atas memperlihatkan kepada kita akan huru-hara hari Kiamat yang pasti akan tiba. Kawasan bumi yang terhampar luas, dipenuhi manusia untuk dihisab amal baik dan jahat mereka. Yang menggemparkan mereka ialah segala amalan jahat mereka tertulis, dilihat, dibaca dan terdapat perincian segala amalan mereka yang lalu. Luahan kata-kata mereka menggambarkan mereka terperangkap kerana kekufuran mereka. Dalam keadaan takut, kesal, tertekan dan kelam-kabut, huru-hara yang menekankan persekitaran hari itu menambahkan lagi tekanan atas mereka. Ke mana hendak mereka melarikan diri? Segala amalan maksiat mereka terdedah. Yang pasti pada mereka ialah mereka tidak pernah percaya akan adanya hari seperti ini, iaitu hari mereka dibangkitkan semula! 9

Penyaksian hari Kiamat di atas dan keadaan yang menakutkan kepada orang-orang kufur ingkar sebenarnya berlaku kerana mereka selama ini menyembah mengikut telunjuk Syaitan. Mereka tahu bahawa Syaitan dan zuriatnya adalah seteru kepada manusia, tetapi malangnya mereka menjadi pengikut setia Syaitan ini, dan Syaitanlah yang mengajak mereka kufur pada Allah, tidak percaya adanya hari bangkit semula, tiada amal soleh, tiada Allah dan petunjuknya. Ayat seterusnya menjelaskan perlakuan Syaitan dan pengaruhnya ke atas mereka. Fiman Allah: Dan ingatkanlah peristiwa tatkala Kami berfirman kepada Malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam! Maka sekelian mereka itu sujud kepadanya, kecuali IBLIS. Iblis itu berasal dari golongan Jin, mereka derhaka terhadap perintah Allah, Tuhannya. Patutkah kamu (Wahai yang kufur ingkar!) mengambil dan menjadikan Iblis serta keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang memimpin kamu selain dari Ku? Sedangkan mereka itu musuh-musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim ini; mengambil pengganti yang mereka pilih itu. (50) 10

Tafsiran: Para kafir ingkar ini sebenarnya telah dipengaruhi oleh Syaitan dalam hidup mereka. Misalnya, Syaitan mengajar mereka merasa megah dan sombong dengan kekayaan dunia mereka, menafikan amal soleh sebagai kebaikan, dan menyesat anak Adam supaya syirik pada Allah serta tidak percaya adanya hari Kiamat dan bangkit semula. Di atas sebab itulah Allah meminta orang-orang yang syirik padanya itu supaya memanggil dan menggunakan syirik mereka itu (iaitu Iblis), untuk menolong mereka di dalam Neraka dari azab Allah. Iblis dan Syaitan adalah dari bangsa Jin yang telah fasik dan ingkar perintah Allah, khususnya di saat Allah memerintahkan mereka untuk sujud kepada Adam as. Iblis dan Syaitan ini tidak mahu sujud pada Adam atau perintah Allah, dan tidak mengaku pada kenabian Adam dan menganggap Adam dan anak-anak Adam adalah seteru mereka. Jadi mengapakah orang-orang yang syirik itu, setelah tahu yang Iblis menganggap mereka seteru, MASIH memilih Syaitan dan Iblis ini sebagai sahabat dan pemimpin? Mereka bersekongkol dengan Iblis di dunia ini hingga sanggup menjadi syirik atas pengaruh mereka? Satu pilihan yang tidak masuk akal! Para pengikut Iblis dan Syaitan terlalu ketara dalam masyarakat, meninggalkan perkara wajib dan membuat perkara yang ditegah, dan mereka adalah contoh yang menyebabkan fasiknya umat Muhammad. Pengikut Iblis ini mencipta budaya Iblis dalam hidup ini, dan Iblis pula meniupkan syirik ke dalam diri kita pada Allah. Apakah yang ada pada Iblis sehingga ramai pengikutnya? Dalam ayat seterusnya, Allah menyangkal yang Iblis itu mempunyai keupayaan sama sekali, atau telah dipanggil Allah untuk membantunya untuk mencipta bumi dan langit, atau pernah diminta menolong Allah untuk mencipta diri 11

mereka sendiri. Begitulah, tidak sepatutnya Allah mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantunya. Jadi mengapakah kamu memilihnya sebagai Tuhan selain dari Allah? Iblis dan Syaitan ini tidak mampu membantu pengikut-pengikut yang dipengaruhi mereka yang dikenakan seksaan azab Allah di hari Akhirat, walaupun dicabar Allah supaya membantu sahabat-sahabat mereka itu. Malah mereka sendiri pun sedang diazab Allah. Jadi apalah yang ada pada si PENYESAT ini sehingga mereka dapat menarik ramai pengikut-pengikut? Inilah pengertian keseluruhan ayat berikut (Ayat 51-53): Aku tidak pernah memanggil mereka menyaksi atau membantu Ku mencipta langit dan bumi, dan tidak juga pernah Aku meminta bantuan sesetengahnya untuk mencipta sesetengah yang lain; dan pasti TIDAK sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan ini sebagai pembantu Ku. (51) 12

Dan ingatkanlah pada masa Allah menyeru (dengan perkataan berikut kepada orang-orang yang sedang diazab): Panggillah sekutu-sekutu Ku (Iblis dan Syaitan yang mempengaruhi mereka yang sedang diazab itu), yang pernah kamu bersekutu dengan mereka, untuk menolong kamu! Pada masa itu sekutu-sekutu tersebut dipanggil, tetapi sia-sia saja kerana sekutu-sekutu itu tidak menyahut seruan mereka yang sedang diazab itu. Kami telah jadikan untuk mereka tempat azab yang membinasakan. (52) Dan orang-orang Musyrikin yang berdosa itu tetap akan melihat Neraka (yang berada di sekitar mereka pada masa itu), maka yakinlah mereka bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tiada jalan untuk mengelak dari masuk ke dalam Neraka itu. (53) Tafsiran: Ibnu Kathir mentafsirkan ayat di atas sebagai: Mereka-mereka yang telah kamu lantik sebagai pemimpin kamu, ikutan kamu itu, selain dari Ku, adalah hamba-hamba Ku seperti kamu juga, tak memiliki apa-apa keistimewaan pun. Dan Aku tak pernah memanggil mereka untuk membantu Ku mencipta langit dan bumi ini: TETAPI Aku sebagai Tuhan yang disembah; berdikari dalam mencipta sesuatu itu secara keseluruhannya, Akulah yang mentadbirkannya semua, dan Aku juga mentaqdirkannya semua. TIADA sesiapa yang lain bersama-sama Ku, samada sekutu Ku, menteri Ku, tukang tunjuk Ku, atau nazir penasihat Ku. Sebab itulah Allah mengatakan, mafhumnya: Tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu. 13

Ibnu Kathir memetik Hassan Basri dalam mentafsirkan ayat seterusnya dengan berkata: Bahawa Allah swt menjelaskan bahawa tiada cara untuk mereka yang kufur itu untuk bertemu dengan sekutu mereka yang dahulu, yang menjadi Tuhan sembahan mereka, dan mereka semua terpisah, dan mustahil untuk bertemu. Malah di antara kedua-dua mereka, terdapat pemisah yang bersifat huru-hara besarnya yang menghalang mereka. Jadi, bagaimanakah mereka boleh mendapat pertolongan dari Tuhan sembahan mereka itu? Inilah sindiran dan pulang paku buah keras pada mereka, yang disebut oleh Allah dalam ayat di atas. Imam Ar-Razi pula mentafsirkan ayat seterusnya dengan berkata: Orang-orang kufur ini melihat api Neraka dari jauh sewaktu di Padang Mahsyar lagi. Pada masa itu mereka terasa yang mereka akan disumbatkan ke dalamnya waktu itu juga (maklumlah, atas kekufuran mereka). Walaupun mereka tidak disumbat waktu itu, namun para malaikat telah mengheret mereka ke sana dan mereka tidak dapat melarikan diri. Akhirnya mereka itu dicampakkan juga ke dalam Neraka. Inilah tafsiran-tafsiran yang telah dikemukakan oleh pentafsir-pentafsir yang agung untuk kita ambil iktibar, iaitu kekufuran akan dibalas dengan api Neraka, dan dari segi saikologi ianya sangat menekankan kita, lebih-lebih lagi ianya berlaku di Mahsyar. Semuga Allah menjauhkan kita dari semua kesudahan yang dijelaskan oleh ayat-ayat tersebut di atas. Persoalannya, bagimanakah kita boleh menjauhkan diri dari kukufuran yang akan dibalas dengan api Neraka ini? 14

Al-Qur an adalah jawapannya. Firman Allah dalam Ayat 54: Tafsiran: Dan Kami telah huraikan di dalam Al-Qur an dengan berbagai cara untuk umat manusia; dengan segala macam contoh bandingan; tetapi sememangnya manusia itu sejenis makhluk yang suka membantah. (54) Imam Ar-Razi sekali lagi mentafsirkan maknanya: Orang-orang kafir, yang hidup mereka berbangga dengan harta benda mereka, bertahan melalui banyak penyokong. Telah dijelaskan tentang iman mereka melalui beberapa kriteria, di antaranya: a) Segala perkataan mereka itu tidak betul. b) Dijelaskan beberapa perbandingan untuk mereka fikirkan. c) Segala syubhah mereka itu tidak benar. d) Memberi penjelasan dan mengulang-ulangkan perbahasan itu. e) Mengemukakan jawapan yang mencukupi untuk mereka beriman, tetapi mereka tetap membantah, berdegil dan tidak mahu menerima kebenaran. Inilah sifat orang-orang yang kufur pada Allah. Bagi kita yang mahukan iman, Al-Qur an adalah penjelas, pendorong, dan pembawa kepada Al-Haq, iaitu tidak sesat, tidak terkeluar dari jalan hidayah Allah, dan kita perlu menjauhkan diri dari sifat suka bertekak dan membantah 15

satu-satu kebenaran Al-Qur an kerana ianya adalah kitab Allah yang diturunkan. Malangnya, walaupun mereka yang kufur boleh mendapat hidayah dengan meneliti Al-Qur an, tetapi mereka masih berdegil? Ini disebabkan mereka hanya akan percaya jika segala penjelasan itu dapat dilihat, dirasa dan dialami sendiri. Contohnya, ayat-ayat berikut menjelaskan mereka ini mahukan bukti seperti yang berlaku pada orang-orang yang terdahulu: a) Pernah orang kafir memohon pada nabi mereka supaya: Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul batu yang membinasakan kami dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!" (Asy-Syu araa (26): Ayat 187) b) Terdapat orang yang kafir berkata: Mereka berkata sambil mengejek "Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar". (Al- Ankabuut (29): Ayat 29) c) Orang Quraisy pernah berkata kepada Rasulullah: 16

Dan ingatlah ketika kaum Musyrikin Mekah berkata: "Wahai Tuhan kami! Jika betul Al-Qur an itu ialah yang benar dari sisi Mu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Al-Anfal (8): Ayat 32) d) Perkataan orang Quraisy kepada Rasulullah untuk menjadi saksi tentang kerasulan baginda, yang mahu melihat untuk dipercayai ( seeing is believing ), firman Allah: Dan mereka yang ingkar kufur berkata kepada Rasulullah: "Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Qur an, sesungguhnya engkau adalah orang gila. Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami untuk menjadi saksi atas kerasulanmu, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!" Dalam kata lain mereka mahukan apa yang pernah terjadi pada kaum-kaum terdahulu, di mana didatangkan azab ke atas mereka barulah mereka akan percaya, ataupun mereka hanya akan percaya jika azab yang diturunkan itu dilihat dengan mata kepala mereka atau dihadapi. Inilah dia maksud ayat seterusnya: 17

Yang menghalang manusia itu daripada beriman dan beristighfar pada Allah atas dosa-dosa mereka, walaupun telah mendapat petunjuk dari Al-Qur an, ialah mereka mahu melihat dan menghadapinya dahulu (untuk beriman), sambil menunggu didatangi azab yang memusnahkan, sepertimana yang telah menimpa orang-orang terdahulu atau diturunkan azab itu terus ke atas mereka (sebagai bukti kebenaran). (55) Tafsiran: Mereka mendesak mahu melihat sesuatu, barulah mereka mahu beriman. Inilah kedegilan mereka, walaupun Al-Qur an telah menggariskan beberapa petunjuk yang jelas. Mereka mahu merasa azab itu sendiri barulah mahu beriman. Rupa-rupanya Al-Qur an saja masih tidak cukup untuk mereka beriman. Mahu melihat sendiri Jibril membawa Al-Qur an itu pada Rasulullah? Ini berlaku dalam semua zaman dan masa, sehingga pada masa ini pun masih terpakai konsep seeing is believing. Fahamkah mereka bahawa tugas Rasul bukanlah untuk mempersembahkan semua itu sebagai sokongan kepada dakwahnya. Tugas Rasul hanya menyampaikan khabar gembira kepada yang beriman dan khabar duka kepada yang kufur dengan jenis-jenis azab yang menanti mereka. Malangnya permintaan supaya Rasulullah membawa kuasa luarbiasa untuk dipertontonkan kepada mereka untuk menunjukkan kerasulannya, akan diputarbelitkan untuk tujuan mengejek dan menolak iman. Mereka mahu menunjukkan yang benar menjadi perkara yang batil. Dan kemudian menggunakan ayat-ayat Allah bagi tujuan menghina dan mengejek. Ini akan melemahkan dakwah Rasulullah! Kebenaran Al-Qur an adalah jelas dan terang, niat mereka dengan meminta itu dan ini hanyalah kerana mahu memanipulasikan kebenaran dan membatalkannya. 18

Segala apa yang mereka minta itu bukanlah benar mereka mahukannya tetapi untuk ejekan dan manipulasi. Inilah pengertian dari ayat seterusnya. Firman Allah: Kami mengutuskan Rasul-rasul adalah dengan tugas-tugas penyampai khabar gembira kepada yang beriman dan penyampai berita amaran kepada yang kufur. Dan orang-orang kafir itu membantah dengan alasan yang salah demi untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan semua ayat-ayat Ku termasuk amaran-amaran yang disampaikan pada mereka itu sebagai ejekan. (56) Tafsiran: Ibnu Kathir mentafsir ayat ini dengan katanya: Rasul-rasul menyampaikan kabar berita baik kepada yang beriman atas kepercayaan mereka pada Allah dan iman mereka kepadanya; sebaliknya menyampaikan khabar amaran dikenakan azab kepada yang kufur kerana kekufuran mereka dan paling-tadah mereka pada kebenaran yang Haq. Pada masa yang sama, sikap orang yang kufur ini sebagai pembelit; memutar-belitkan satu-satu kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah itu sehingga yang benar menjadi lemah pada pandangan orang. Caranya ialah mengambil balik hujjah-hujjah, dalil-dalil dan perkara luar biasa yang dikemukakan oleh Rasul itu sebagai perkara yang menggelikan hati pendengar dan sebagai ejekan. Inilah dia pembohongan besar ke atas ayat-ayat Allah. 19

Setelah kita mengenal pasti sifat-sifat orang yang kufur pada Allah sebagai suka berbantah-bantah atas perkara-perkara benar; suka memutar-belitkan fakta kebenaran dengan cuba melemahkan kebenaran itu, dan menjadikannya bahan ejekkan, maka Allah telah memberitahu kita yang orang-orang kufur ini pernah diperdengarkan dengan kebenaran melalui ayat-ayat Al-Qur an yang diselitkan hujjah-hujjah tertentu, NAMUN mereka tetap kufur. Pada Allah, orang yang paling zalim ialah mereka-mereka yang telah diberi ingatan dengan ayat-ayatnya, tetapi berpaling tadah dan melupakan segala yang pernah dilakukan oleh kedua-dua tangannya tanpa muhasabah diri, tidak merasa takut langsung atas kekufuran mereka, atas maksiat mereka dan tidak terasa adanya azab yang menunggu mereka. Kezaliman besar ini dibalas dengan ditutup hati-hati mereka dari hidayah Allah dan dihalang mereka dari memahami kebenaran. Hati-hati mereka tidak akan terbuka lagi untuk meneliti dan memahami segala keterangan yang ada. Maka mereka akan terus berada dalam kegelapan iman selama-lamanya. Apabila mereka diajak kepada ugama Allah dan Islam, tidak terdapat Nur Hidayah dalam hati mereka untuk itu, dan mereka terus berada di dalam gelap. Ini kerana Allah telah menutup hati-hati dan amalan mereka dengan mewujudkan rasa benci mereka kepada kebenaran. Begitu juga dipekakkan pendengaran mereka dari hidayah Allah, bererti mereka tidak suka mendengar sesuatu pun dari ayat-ayat Allah. Namun dengan kekufuran itu pun, Allah tidak menurunkan azab yang spontan ke atas kekufuran mereka itu sebagai balasan, TETAPI segala balasan itu ditangguhkan kerana semuanya akan dibalas mengikut masanya; iaitu di hari Kiamat, hari segalanya dihisab nanti. 20

Inilah dia kemurahan Allah dan RahmatNya, tidak membalas azab secara tiba-tiba atas mereka yang zalim ini tetapi tunggu sehingga hari Kiamat, hari yang dijanjikan. Inilah keseluruhan fahaman ayat berikut: Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang telah diberi ingatan dengan ayat-ayat Tuhannya; lalu ia berpaling tadah daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua-dua tangannya; sesungguhnya (disebabkan sikap mereka yang buruk itu) Kami litupkan hati-hati mereka dengan lapisan-lapisan, yang menghalang mereka daripada memahami hidayah, dan Kami juga menjadikan penyumbat yang menjadikan telinga mereka pekak kepada hidayah. Sehingga, jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk hidayah Allah, mereka tidak sekali-kali mendapat petunjuk itu selama-lamanya. (57) Dan Tuhanmu Maha Pengampun, melimpah-limpah RahmatNya. Jika Dia mahu menyeksa mereka di dunia ini, atas sebab kekufuran mereka itu, tentulah Dia akan menyegerakan azab itu dan pasti akan menimpa mereka; TETAPI Dia tidak berbuat demikian, bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang tidak akan sekali-kali dapat sebarang tempat perlindungan (iaitu dihari Kiamat). (58) 21

Tafsiran: Orang yang dianggap zalim melampau oleh Allah ialah orang yang apabila melihat ayat-ayat Allah, tidak pernah mengambil iktibar darinya, atau bila melihat jalan yang terbaik untuk ikutan, dia berpaling tadah dengannya, tetapi apabila dia terserempak dengan jalan yang tidak baik, dia jatuh cinta dengannya dan tidak mengambil apa-apa usaha untuk menjauhkan dirinya dari kejahatan itu. Ibnu Kathir berkata: Mana-mana hamba Allah, yang telah diingatkan kepadanya dengan ayat-ayat Allah, kemudian ia buat-buat lupa sehingga dia lupa kepadanya, dia menolaknya dan cuba tidak mahu mengerti maksudnya, dan tidak memberi sedikit pun kesan pada hatinya, dan pada masa yang sama dia lupa adanya amalan-amalan buruk dan jahat yang pernah dilakukannya sebelum ini; maka hati-hati mereka akan ditutup dari hidayah Allah, supaya mereka tidak minat memahami Al-Qur an dan penjelasannya; dan menutup telinga mereka dari sebarang petunjuk. Samada diseru kepada hidayah atau tidak, mereka tidak akan mendapat hidayah selama-lamanya. Wahai Muhammad, Tuhanmu itu Maha Pengampun, punyai Rahmat yang luas. Di antara keluasan RahmatNya ialah menangguhkan kepada mereka akan azab yang sepatutnya diterima dengan segera; mungkin dengan keperihatinan Allah, dan Dia menutup serta mengampunkan, dan yang terus dengan maksiatnya akan menemui azab mereka pada hari Kiamat. Pada hari itu mereka tidak boleh melolos dari azab Allah, tiada yang menolong, kerana hari itu ialah hari di mana hanya amalan yang diambil kira. Walaupun ayat di atas seolah-olah azab yang ditangguhkan itu akan dibawa kepada hari Kiamat tetapi ada kes-kes kezaliman dibalas oleh Allah secara tunai, mungkin sewaktu bermulanya kezaliman hingga berakhirnya kezaliman itu, 22

atau dibalas pada masa kezaliman itu berlaku. Untuk menjadi iktibar kepada semua, ayat berikut membawa contoh pelaksanaan azab Allah kepada kezaliman yang dibuat pada masa itu atau dimasa yang terdekat dengannya. Firman Allah: Tafsiran: Dan terdapat beberapa bandar-bandar yang telah Kami musnahkan penduduknya kerana mereka melakukan kezaliman, dan kami telah tetapkan satu masa tertentu bagi kebinasaan mereka. (59) Ayat ini memberi contoh tentang penduduk-penduduk derhaka terawal dari kaum Thamud, Kaum Aad dan Kaum Luth, dan semua yang bersama dengan mereka telah dibinasakan pada masa kezaliman itu sedang berlaku. Begitu juga di zaman Rasulullah, kebinasaan yang berlaku dalam peperangan Badar. Iaitu dalam hal-hal ini, Allah menyegerakan kebinasaan mereka, sehingga tidak lagi diberi tangguh waktu untuk mereka bertaubat. Kata Ibnu Kathir: Waktu kebinasaan itu telah ditentukan pada waktu tertentu, diketahui dan boleh dirasai, begitulah juga ianya boleh berlaku pada kamu semua. Berwaspadalah wahai yang syirik, takut-takut terkena pada kamu apa yang telah pernah berlaku pada kaum-kaum terdahulu, kerana kamu membohongi Rasulullah yang termulia, teragung sebagai nabi dan kamu semua tidaklah kuat sangat mempertahankan kebinasaan ini, dan takutilah azab Kami ini. 23

Begitulah tafsiran ayat-ayat 45-59, yang begitu telus pengajarannya dan yang membacanya akan berhati-hati dalam hidup ini agar tidak tersasar keluar dari beriman pada Allah. Bermula dengan perbandingan hidup ini dengan air hujan yang membasahi dan menghijaukan bumi, dan selepas melalui proses ini, berlakulah kekeringan dan segala yang hijau tadi berubah menjadi kuning, kemudian kering dan ringan di hembus angin. Satu perbandingan yang menakjubkan dan mengetuk jiwa orang yang terlalu keduniaan, supaya menstabilkan dunianya dengan Akhiratnya; iaitu hidup di bumi ini hendaklah berpandukan iman dan amal soleh. Harta yang dicari, anak yang dianugerahi hendaklah kita syukuri dan gunakan semua itu ke arah amal soleh, dan tinggalan soleh itu adalah yang terbaik di sisi Allah. Seterusnya, dalam ayat tersebut juga ditekankan perkara Akhirat, dan pertemuan di hari Mahsyar, hari yang penuh huru-hara dan yang terselamat ialah orang yang beramal soleh, beriman dan ikhlas pada Allah. Semua catitan amal kita didedahkan dan berdasarkan catitan itulah kita akan ditentukan samada ke Syurga atau ke Neraka Allah. Allah tidak menzalimi kita, tetapi kitalah yang menzalimi diri sendiri. Peranan yang dimainkan oleh Syaitan yang boleh mempengaruhi iman kita harus diambil perhatian. Syaitan akan mewas-waskan kita, takut-takut kita akan menjadi sasarannya untuk diselewengkan akidah kita kepada Allah. Jangan sembah Syaitan, sembahlah Allah. Syaitan tidak ada apa-apa kekuatan, kerjanya hanya membisik supaya kita lari dari jalan yang benar. Syaitan adalah seteru manusia, mengapa harus kita menjadikannya sebagai Tuhan dan mensyirik diri dengan Allah? Penyembah Syaitan yang syririk pada Allah diperlihatkan Neraka dan bayangkanlah bagaimana itu akan menjadi tempat tinggalnya? 24

Allah meminta kita meneliti Al-Qur an, dan hayati ajarannya kerana Al-Qur an adalah dari Allah, yang digunakan oleh Rasulullah dalam dakwah beliau. Kurangkan membantah perkara yang benar, terima dengan hati yang terbuka dan penuh iman. Usahlah ikut gelagat orang yang kufur yang hanya mahu beriman jika mereka dipersaksikan dengan kehadiran perkara-perkara luarbiasa seperti yang pernah ditunjukkan pada kaum-kaum yang terdahulu. Terimalah Allah dengan seadanya. Seperkara penting, jangan kita menjadi musuh Allah yang berusaha memutar-belitkan yang benar itu sehingga dipandang lemah. Ini berlaku dengan cara mengambil ayat-ayat Allah, dalil-dalil dan hujjah-hujjahnya, dijadikan ejekan. Apabila Al-Qur an menjadi rujukan kita, kita membaca dan menghayatinya dan dijadikan imam kita dalam hidup ini. Maka itulah yang dikehendaki Allah. Penzalim yang paling jahat ialah orang yang telah membaca, menilai dan memahaminya kemudian dia menolak dan ingkar dengannya. Hukum Allah ke atasnya mungkin secara tunai di dunia ini lagi, atau akan ditangguhkan sehingga dia berhadapan dengan mahkamah Allah di Akhirat nanti. Pada hari itu tiada sesiapa yang boleh membantu atau meloloskan diri dari segala azab yang disediakan. Semuga kita sentiasa berada di bawah RAHMAT Allah. 25