DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 2) PENSYARAH: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh Sains & Teknologi (UTM)
Silibus Munakahat: Poligami dalam Islam Talak Khuluk Nusyuz, Fasakh, dan rujuk Iddah Nafkah dan penjagaan anak Ila, zihar dan li an
Poligami dalam Islam
DEFINISI POLIGAMI Kamus Dewan: Amalan beristeri lebih daripada satu orang pada masa yang sama Konsep Poligami Di Dalam Islam: Perkahwinan seorang lelaki melebehi seorang isteri dan tidak melebihi empat orang isteri dalam satu masa disebabkan faktorfaktor yang tertentu.
HUKUM POLIGAMI Hukum asal adalah harus. Dan jika kamu takut akan berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilaman kamu mengahwininya), maka kahwinilah eanita-wanita (lain) yang kamu sengani, dua, tiga atau empat. (Surah An-Nisa:3). Hukumnya menjadi sunat jika isteri pertama sakit atau mandul dan suami mampu berlaku adil. Makruh jika sekadar berseronok dan suami meragui kemampuannya berlaku adil. Haram jika suami yakin tidak mampu berlaku adil.
MAKSUD ADIL Keadilan yang diwajibkan bagi suami yang berpoligami adalah dari segi nafkah zahir seperti makan minum, tempat tinggal, giliran tidur dan pergaulan yang baik Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanitawanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budakbudak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. ( Surah An-Nisa : 3 ) Suami tidak diwajibkan berlaku adil dari segi perasaan kasih sayang selagi ianya tidak membawa kepada tindakan zalim. Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Surah An-Nisa : 129 )
HIKMAH POLIGAMI Menjaga kesucian lelaki yang mampu dan terdapat keadaan di mana bilangan lelaki berkurangan dibandingkan disebabkan peperangan atau musibah. Memperbanyak keturunan -Di antara manusia ada yang ingin mendapat keturunan tetapi isterinya mandul atau sakit sehingga tidak mempunyai anak. Mengelakkan wanita dari menjadi andartu atau wanita simpanan. Terhindar dari penyakit yang merbahaya dan menular.
KESIMPULAN Islam tidak bertanggungjawab di atas tindakan mereka yang menyalahkan konsep poligami. Pligami disyariatkan untuk menyahut keperluan, melindungi masyarakat dan menghapuskan maksiat
TALAK DALAM ISLAM
PENGERTIAN TALAK Dari segi bahasa:melepas dan terlepas. Dari segi syarak talak adalah melepaskan ikatan perkahwinan اسم لحل قيد النكاح atau putusnya hubungan perkahwinan antara suami dan isteri dalam waktu tertentu atau selamanya
DALIL DASAR HUKUM TALAK Al-QURAN Firman Allah s.w.t. الط الق م ر ت ان ف إ م ز اك ب م ع ر وف أ و ت س ر يح ب إ ح س ان و ال ي ح ل ل ك م أ ن ت أ خ ذ وا م م ا آت ي ت م وه ن ش ي ئا إ ال ض أ ن ي خ اف ا أ ال ي ق يم ا ح د ود ا لل ف إ ن خ ف ت م أ ال ي ق يم ا ح د ود ا لل ف ال ج ن اح ع ل يه م ا ف يم ا اف ت د ت ب ه ت ل ك ح د ود ا لل ف ال ت ع ت د وه ا و م ن ي ت ع د ح د ود ا لل ف أ ول ئ ك ه م الظ ال م ون Talak itu dua kali (yang boleh dirujuk kembali).sesudah itu boleh-lah dia (rujuk dan) boleh dipegang terus (isteri itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikan) dengan cara yang baik (Al-Baqarah:229) Firman Allah s.w.t: Wahai Nabi!Apabila engkau dan umatmu hendak menceraikan isteri-isteri (kamu) maka ceraikan-lah mereka pada masa mereka dapat emulakan Idahnya (At-Talaq:1)
DALIL DASAR HUKUM TALAK HADITH Sabda Rasulullah s.a.w: Perkara halal yang paling dimurkai oleh Allah Taa la ialah talak (H.R:Imam Abu Daud Dan Imam Tirmizi) *Ijmak Ulama bersepakat mengatakan talak disyariatkan tidak ada seorang pun mengingkarinya.
HIKMAH TALAK DISYARIATKAN Elakkan dari kedua pasangan menderita jika ikatan masih berterusan. Menyenangkan hati kedua pasangan dari bebanan dan tekanan jika perpisahan sebagai jalan penyelesaian. Dapat membebaskan diri pasangan masingmasing secara damai tanpa perbalahan.
HIKMAH TALAK DISYARIATKAN Islam mengutamakan keperluan manusia sebab itu talak disyariatkan. Menunjukkan perbezaan antara Islam dengan agama lain yang tidak bersetuju bahawa penceraian sebagai jalan penyelesaian. Talak hanya akan berlaku jika sebuah pasangan tersebut tidak amalkan ajaran Islam dengan sepenuhnya.
JENIS-JENIS TALAK TalaK Terbahagi 3 bahagian: 1. Sorih dan Kinayah 2. Talak Sunni,Talak Bid ie dan Selain Keduanya 3. Talak Biasa dan Khulu (Tebus Talak)
TALAK SORIH Talak sorih adalah ucapan talak secara jelas yang apabila diucapkan pada isteri maka jatuhlah talak/perceraian walaupun suami tidak berniat untuk cerai. Lafadz talak sharih ada 3 (tiga) iaitu: (a) Talak atau cerai. Seperti kata suami pada isteri: "Aku menceraikanmu." atau "Kamu dicerai" (b) Pisah (mufaraqah) (c) Sarah (pisah) Hukum talak sorih - jika seorang suami melafazkan talak sorih maka telah gugur talak sama ada dia berniat talak mahupun tidak.
TALAK KINAYAH Semua lafaz yang boleh ditafsirkan sebagai talak atau selain talak. Contoh: suami kata pada isteri kamu bebas dari aku kamu berpisah dengan aku kamu terputus hubungan dengan ku kembalilah kepada keluarga kamu kamu haram ke atas ku Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Kamu telah meminta perlindungan daripada Tuhan Yang Maha Besar.Oleh itu balik-lah kepada keluargamu (H.R:Imam Al-Bukhari)
HUKUM TALAQ KINAYAH Lafaz talak kinayah jika seorang suami melafazkan seperti kamu haram ke atasku tidak akan gugur talak melainkan dengan niat untuk ceraikan isterinya baru dikira talak. Dalil lafaz Talaq Kinayah mengenai kisah taubat Ka ab bin Malik r.a apabila dia tidak turut serta dalam peperangan Tabuk.Ka ab berkata: Kembali-lah kamu kepada keluargamu Setelah taubatnya diterima maka isterinya kembali semula kepadanya tanpa ada akad nikah yang baru.
TALAK SUNNI Diceraikan dalam keadaan suci daripada haid dan nifas dan suaminya tidak menyetubuhinya pada masa suci itu. Hukumnya harus dan bagi suami disunatkan menceraikan isterinya dengan talak satu atau talak dua dalam satu masa suci.
TALAK BID IE Talak Bid ie: Telah disetubuhi oleh suaminya dan diceraikan dalam keadaan haid atau nifas,atau diceraikan dalam keadaan suci tetapi suaminya menyetubuhinya semasa suci itu. Hukumnya haram walau bagaimanapun talak dalam keadaan ini tetap gugur dan suami tersebut dikira dosa. Hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar: Beliau telah menceraikan isterinya ketika haid di zaman Nabi s.a.w. Saidina Umar Al-khattab r.a bertanya kepada Nabi s.a.w mengenai perkara itu.rasullullah s.a.w bersabda: Perintahkan supaya beliau rujuk kembali.jangan ceraikan sehingga dia suci kemudian datang haid semula dan kemudiannya suci kembali (H.R:Imam Al-Bukhari)
Sebab-Sebab Talak Bid ie Diharamkan Talak Bid ie diharamkan kerana ia mendatangkan mudarat kepada kaum wanita.ini kerana tempoh edahnya akan menjadi lebih panjang kerana masa haidnya tidak boleh dikira sebagai permulaan edahnya. Sabda Rasulullah s.a.w: Tidak boleh mudaratkan dan tidak boleh memudaratkan (H.R:Imam Malik)
TALAK BUKAN SUNNI DAN BUKAN BID IE Talak bukan sunni dan bukan bid ie: Diceraikan tanpa haid disebabkan masih kecil atau sudah terputus dari haid disebabkan sudah lanjut usia yang tua atau diceraikan dalam keadaan hamil atau juga belum pernah disetubuhi setelah akad nikah atau isteri yang meminta khulu. Talak seumpama ini gugur,diharuskan dan tidak diharamkan kerana tidak memberi mudarat kepada isteri yang diceraikan.edah isteri yang masih kecil atau yang sudah putus haid dihitung dengan kiraan bulan.
TALAK BIASA DAN KHULU 1-Talak biasa ialah talak yang berlaku kerana keinginan suami. 2-Khulu ialah talak yang berlaku dengan keinginan isteri dan kesungguhannya untuk bercerai.khulu disyariatkan sebagai memenuhi kemahuan isteri. Khulu ialah isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya dengan cara mengembalikan mas kahwin yang telah mereka sepakati sebelum ini kepada suaminya
DALIL KHULU DISYARIATKAN Firman Allah s.w.t: Oleh itu kalau kamu khuatir kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukuman Allah,maka tidak-lah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran tersebut) (Al-Baqarah:229). Kisah Isteri Sabit Bin Qais Rasulullah s.a.w: bertanya: Bolehkah kamu pulangkan kebunnya? Dia menjawab: Boleh! Sabda Nabi s.a.w kepada Sabit bin Qais: Terima-lah kebun itu dan ceraikannya dengan talak satu. (H.R:Imam Al-Bukhari)
HUKUM-HUKUM KHULU 1-Hukum khulu adalah harus.khulu tidak akan berlaku melainkan dengan tebusan berbentuk harta yang diberikan oleh isteri kepada suaminya. 2-Khulu tidak akan berlaku melainkan daripada isteri yang berakal dan matang. 3-Jika suami yang melafazkan talak khulu maka isteri boleh menguruskan dirinya sendiri tanpa suami berhak keatasnya.jika mereka ingin rujuk semula maka wajib untuk akad nikah serta berikan mas kahwin yang baru. 4-Isteri yang sudah di Khulu maka suami tidak boleh talakkannya lagi kerana tidak ada ikatan. 5-Suami diharuskan melafazkan khulu ketika isterinya berada dalam keadaan suci walaupun selepas dia mensetubuhinya.
DALIL TALAK MILIK SUAMI Firman Allah s.w.t: Atau pihak yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan mas kahwin itu sepenuhnya) (Al-Baqarah:237) Pihak yang memegang ikatan nikah ialah suami.
HAK ISTERI DAPATKAN TALAK 1-Jika dia dimudaratkan oleh suaminya. 2-Jika suami cuai dan tidak memenuhi sebahagian daripada hak-hak isteri.kemudian hubungan mereka tidak boleh dibaiki maka ketika itu qadi boleh jatuhkan talak dengan keinginan isteri.
SYARAT SAH TALAK 1-Akad nikah telah sabit berlaku. Firman Allah s.w.t: Wahai orang-orang yang beriman!apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman,kemudian kamu ceraikan mereka sebelum menyentuhnya maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang edah yang kamu boleh hitungkan masanya (Al-Ahzab:49) Sabda Rasulullah s.a.w: Talak tidak berlaku sebelum akad nikah (H.R:Imam Hakim)
SYARAT SAH TALAK 2-Waras serta sempurna akalnya. Sabda Rasulullah s.a.w: Diangkat qalam daripada tiga golongan:daripada orang yang tidur sehingga dia sedar kembali daripada kanak-kanak sehingga dia baligh dan daripada orangorang gila sehingga dia kembali berakal (H.R: Imam Abu Daud)
SYARAT SAH TALAK 3-Mempunyai kuasa memilih yang sempurna dan mencukupi. Talak yang dilafazkan secara paksa tidak gugur. Syarat-syarat talak paksaan: *Jika suami memberi mudarat kepada isteri lalu hakim memaksanya menceraikan isterinya maka gugur talak tersebut kerana ianya syar ie. Paksaan yang boleh memudaratkan suami. *Orang yang memaksa mampu melaksakan ugutannya. Sabda Rasulullah s.a.w: Tidak berlaku talak dan tidak berlaku pembebasan hamba dalam keadaan dipaksa H.R: Ibnu Majah)
Perbincangan Minggu Depan Nusyuz, Fasakh, dan rujuk Iddah Nafkah dan penjagaan anak